Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 20 Mei 2011

Rakyat diminta bersama kerajaan untuk kurangkan subsidi.


Ikut kata awang adek aka bodoh piang nama khusus yang aku bagi kat menteri neh pasal aku geram, dia minta rakyat bersama2 kerajaan dalam isu pengurangan subsidi.

Tidak pula dia jelaskan rakyat perlu bersama2 dalam bentuk macam mana tapi rasanya menteri bodoh piang neh lupa kot yang kita lantik dia untuk bantu kita, bukan kita lantik dia untuk kita pula buat kerja2 bagi pihak dia. Kalau kita letakkan dia di kerusi pemimpin dan kita kena bantu untuk buat kerja2 dia maka apa point dia berada di kedudukan itu? Lebih baik sahaja dia berambos jauh2 dan letakkan aku kat kerusi tue. Then boleh lah aku bagi alasan bodoh piang macam neh kat rakyat marhaen pula.

Bukan kah fungsi menteri itu sendiri ialah buat kerja untuk bantu rakyat? Adakah fungsi menteri sudah bertukar kini? Bukankah fungsi rakyat melantik pemimpin yang sepatutnya boleh buat kerja untuk mereka? Apakah peranan rakyat telah tukar kini daripada pilih pemimpin yang patut bantu rakyat kepada pilih pemimpin dan bantu buat kerja2 pemimpin?

Kalau bantuan tenaga ataupun buah fikiran ada logik juga kat sini. Sama2 jaga keamanan dan keharmonian negara. Tapi kalau bantu kempiskan poket sendiri untuk kembungkan poket kroni aku kira itu sangat gampang. Dan lebih gampang bila si bodoh piang menyebut product "tepung" disitu. Apakah ini petanda tepung bakal naik?

1. semua bentuk roti?

2. semua jenis kek?

3. semua jenis makanan yang berasaskan tepung?

4. semua jenis product yang berasaskan tepung?

Ya terima kasih menteri bodoh piang. Terima kasih kerana naikkan semua harga barang di malaysia. Tak rasanya menunggu saat untuk memamposkan anda.

Ameno : Shutdap lebih bagus untuk bodoh piang.

TPM : Guna semula 1sen untuk bendung kenaikan barang.



WOwwww... ini betul2 WOW... apakah cadangan neh benar2 keluar dari kepala hotak manusia yang memegang jawatan no dua dalam sistem pentadbiran negara? Ya. Itulah hakikatnya. Macam tak percayalah ini macam punya cadangan mengarut nak mampos diperkenalkan oleh TPM kita.

Menurut berita yang aku petik bulat2 dari utusan malaysia, TPM berkata begini ;

1. Langkah ini juga akan membendung kenaikan harga tinggi yang ada kaitan dengan nilai satu sen.

2. Mengatasi kenaikan harga barang.

3. Dan ini kata2 tipiem yang aku petik dari utusan ;

"Misalnya, jika harga ditetapkan rm1.71sen, ia ditambah sebanyak empat sen untuk menjadikannya rm1.75sen. Sudah tentu memberi keuntungan kepada peniaga tetapi membebankan rakyat"

Korang faham tak apa yang aku HIGHLIGHT kan tue? TPM cakap ;

==> Kalau bil rm1.71sen ia akan dinaikkan kepada rm1.75sen.

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Woit lue toksah jadi tpm lah. Kalau bil rm1.71sen mana ada naikkan jadi rm1.75sen! Sebaliknya ia jadi rm1.70sen. Kurang satu sen beb. Mana pula bebankan rakyat macam tue. Sebaliknya tolak ansur. Dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan pun kerajaan sendiri tak faham bhai. 

Kah kah kah
Kah kah kah kah
Kah kah kah kah kah

kelawakkan apakah ini?

Dengar sini tipiem, meh aku ajar semula dasar yang ko perkenalkan kepada kami pada tahun 2009 tak silap aku.

Kalau bil berakhir dengan angka 1,2, 6,7 ==> bil akan dikurangkan kepada 5sen yang terdekat. Dikurangkan ye. Maknanya kalau bil ko rm1.76sen = ia akan jadi rm1.75sen.

Kalau bil berakhir dengan angka 3,4,8,9 ==> bil akan dinaikkan kepada 5sen yang terdekat. Dinaikkan ye. Maknanya kalau bil ko rm1.98sen = ia akan jadi rm2.00

Dalam erti kata lain dasar ini tidak membebankan dan menyusahkan rakyat. Memang di negara2 yang berpendapatan tinggi, sen2 macam neh dihapuskan sebab tak laku. Kalau kerajaan memperkenalkan semula dasar ini adakah ini bermaksud bahawa negara kita menuju ke arah negara yang berpendapatan rendah semula?

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Lawak! Beginilah jadinya bila menteri sendiri tak turun pergi bayar bil sampaikan dia sendiri pun tak faham dasar yang dia perkenalkan. Yang lebih teruk ialah dia boleh slumber meroyan mengarut2 dalam tue dan penyokong2 umno pula boleh kekal sokong kemengarutan dia tue. 

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Ameno : Satu malaysia kena tipu bhai.. sanggup ke lue orang duduk di negara yang diperintah oleh pemimpin macam neh? Ubah sekarang sementara kita masih hidup bhai. Bukan suruh sokong PR 100% beb. Kita cuma jadikan PR pusat je. Kita banding pembaruan yang PR boleh buat dalam masa tak sampai pun 5 tahun. Kenapa takut nak buat perubahan? Kenapa pilih untuk berundur sebelum mencuba? Tak teringin ke nak duduk rumah mampu milik yang cantik dan kereta import yang murah setelah PR pegang malaysia beb? Ini antara manifesto PAKATAN RAKYAT. Kita rakyat, kalau bn gagal kita tolak, kalau PR gagal kita tolak, contohi amerika, mereka sering tukar kepimpinan berkali2.. ada tak mereka semakin kebelakang? No..mereka kedepan kerana mereka berani. Dan kita kebelakang kerana kita? Pengecut + dayus.

Nota : Angka 7 telah ditukarkan kepada 9. Terima kasih atas teguran.

Subsidi bot nelayan hapus, makanan laut naik harga!



WOW.. ini yang aku suka neh. Dari satu kenaikan membawa kepada satu kenaikan pula. Sebab tue aku ajak reramai untuk sambut "bulan barang naik" = june 2011, bagi mengenangkan kenaikan harga barangan secara besar-besaran di malaysia.

TPM = Muyyiddin yasin dalam satu kenyataan yang dipetik oleh aku dalam akhbar utusan memberitahu begini  ;

" Kerajaan terpaksa melaksanakan rasionalisasi termasuk mengurangkan subsidi diesel BOT LAUT DALAM mulai 1 jun ini. Mulai jun pengusaha bot nelayan perlu membeli diesel pada harga rm1.80 seliter berbanding rm1.25 seliter pada masa kini "

Owhh.. okey fine. Apa kena mengena dengan aku pula? Aku bukannya nelayan bot dalam pun. So kenaikan 0.55sen diesel untuk nelayan bot nelayan sepatutnya takde effect kat aku. Apa kerja bot nelayan laut dalam neh? Tangkap ikan? Udang? Sotong? Ketam? Makanan laut? Adakah kenaikan diesel akan dicampakkan kepada barang2 perniagaan mereka kelak? Iaitu makanan laut? Jadi nanti makanan laut akan naik harga lah yerk?

Kalau gitu penguasaha2 makanan laut terpaksa berbelanja lebih untuk dapatkan bahan mentah lah yerk? Pengilang2 yang menggunakan makanan laut untuk membuat product mereka pun terpaksa up kan lagi modal mereka lah yerk? Owh.. okey. Ada effect lah pada harga makanan laut dan berasaskan makanan laut. So apa? Takyah makan makanan laut? Ada banyak makanan lain? Biar kita boikot makanan laut pula ke? Owh okey. Thanks atas cadangan pencacai2 umno. Kumawwoo.. heh 

Ameno : Boikot makanan laut = boikot product nelayan = gangu periuk nasi mereka + kerajaan naikkan kos sara hidup = hapus subsidi = bagi kroni = support langkah kerajaan? Adakah aku bodoh piang mcm orang umno?

Khamis, 19 Mei 2011

Elektrik naik pada 25 mei.

Nampak sangat kerajaan kita neh kerajaan penipu alzalim alpembohong. Mula2 semalam khairy dah bagitau melalui twitter bahawa pemuda umno akan membuat satu usul kepada kerajaan untuk membantah kenaikan ron 95 dan tariff elektrik. Ketua pemuda umno juga meminta agar semua cawangan pemuda umno seluruh negara membuat usul yang sama.

Alih2 hari neh kerajaan cakap mereka takmo naikkan harga minyak sebaliknya nak gantikan dengan elektrik? Apa ke bangang sangat kerajaan neh? Cuba korang baca statement neh baik2  ;



Kalau korang faham ikut apa yang aku faham maka kesimpulannya adalah begini  ;

1. Kerajaan dah luluskan kenaikan tariff elektrik pada hari mereka naikkan harga gula. Bila tue? Dah lama kan?

2. Okey, peh tue ismail sabri pula umumkan kerajaan nak naikkan ron 95.

3. Sekarang kerajaan flipflop cakap cam ular belit2 pula. Mereka kata mereka mungkin tak jadi naikkan ron 95 tapi mengantikan ia dengan kenaikan tariff elektrik padahal benda neh kerajaan dah lama lulus. Cuma tak berani umum time kenaikan gula sebab takut!! WTF!!!

4. Tapi diesel super tetap dimahsuhkan bulan june neh.

5. Kenaikan tambang tetap berlaku.

6. Kenaikan harga barang tetap berlaku. Risiko kenaikan tambang bas 30% tetap wujud.

7. Walaupun kerajaan naikkan tariff elektrik sekarang akan datang kerajaan tetap cari alasan untuk menaikkan minyak ron 95.

8. Hampir kebanyakkan penduduk di malaysia menggunakan elektrik. Termasuklah bidang perniagaan. Semua guna elektrik sekarang. Jadi kalau kerajaan kata impak kenaikan elektrik lebih kecil dari kenaikan ron 95 kerajaan silap. Ron 95, elektrik = semua rakyat malaysia pakai.  Jadi apa pula impak kenaikan elektrik lebih kecil dari ron 95?

Pendek kata, bagi aku mudah je. Kerajaan nak naikkan, naikkan je. Naik. Penatlah. Setiap hari pun kita dilanda kegelisahan. Bila ron 95 nak naik? Bila gas memasak nak naik? Bila tambang bas nak naik? Kerajaan pula dalam masa yang sama asyik2 mengungkit itu ini. Subsidi menyusahkan kerajaan..blablabla.. najib baru2 neh kutuk subsidi candu kepada rakyat.. blablabla.. seolah2 kita neh ketagihan gila duit kerajaan. Sumpah siyes dia buat kita macam peminta sedekah bhai. Siyes sakit ahti macam kita neh takde maruah pula dok injak2 maruah kita. Paddykutty betul lah.

Lepas tue nanti mulalah dok ugut2 "dont bite hands that feeds u". So lalu ke kita nak menghadapi tekanan2 neh? Sanggup ke korang hidup dan dalam masa yang sama kerajaan asyik canang2kan 24 jam yang kehidupan korang tue 100% dibawah kekuasaan kerajaan, kalau takde kerajaan korang bukan sapa2 pun. Sanggup ke? Aku siyes tak sanggup.Malas dan tak hingin aku nak mengharapkan simpati org yang tak satusen pun tak ikhlas nak simpati kat aku. Baik aku cari simpati pada orang yang betul2 ikhlas nak bantu aku. 

Sebab tue kalau kerajaan nak naikkan, biar je dorang naikkan. Jangan nanti bila dorang tak naikkan ron 95 neh dorang pergi canang 1malaysia bahawa dorang simpati pada nasib rakyat padahal sebelum2 neh dan akan2 datang mereka tetap akan naikkan apa2 barang selagimana mereka memerintah malaysia neh. Lakonan mereka tue mungkin digunakan untuk meraih undi. Apa yang pasti ron 95 tetap akan dinaikkan. Cepat atau lambat. Sebelum ataupun selepas pilihanraya. Tiada jaminan kerajaan tidak akan naikkan ron 95 meskipun selepas mereka naikkan tarif elektrik.

Ameno : U can straight go to hell. I dont want any government of barang naik.

Cantiknya rosmah bertudung..

Lawa gila rosmah perdana menteri malaysia neh. Erkk silap. Isteri perdana menteri malaysia.. sorry tersilap yang disengajakan. Hehehe.. Lawaaaa betul mem rosmah kita. Betul tak? Tengok bawah ;


Tengah2 aku dok puji2 kelawaan, kecantikan dan keayuan rosmah mansur yang bertudung tiba2 aku disound seorang ahli umno yang menuduh aku menyebarkan fitnah. Fuit.. bila masa aku sebarkan fitnah neh bhai? Gua bukan umno. Hanya umno je suka fitnah. Gua anti-fitnah neh bhai. Jari lue takde insurans ke bhai? Sekali gua tangankan jari lue tahu lah lue rumput tue hijau ke ataupun ibrahim ali [baca katak] lebih hijau.

Dia tetap berkeras mati2 cakap aku fitnah. Aku cakap mana2 fitnah? Kalau ada ko buktikan. Aku no hal minta maaf kalau sungguh2 aku salah.

" Tuee.. gambar rosmah yang ko dok puji2 tue.. "

" Gambar mem rosmah yang bertudung neh?"

"yelah.. kan fitnah tue, bila masa rosmah mansur bertudung? fitnah je kerja puak pas neh 24 jam"

"huk alohh.. " terkesima aku.. takan gambarkan rosmah bertudung salah ye tak?

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

kalau super impose gambar dsai berbogel dengan tgna takpe lah kot. Ye tak? 

Kah kah kah
kah kah kah kah 
kah kah kah kah kah

Nota : cerita di atas ialah rekaan semata2 untuk memerli. Sekian harap maklum. Hehehe..

Ameno  : Whoo rosmah kau memang cantiklah.. heheh..

Nazri: Tiada tindakan terhadap Ibrahim Ali



Nazri berkata pengguna Twitter dan penulis blog juga telah melakukan kesalahan membuat kenyataan yang dianggap sensitif terhadap kumpulan lain.

"Jika saya mengambil tindakan sekarang (terhadap Ibrahim), saya mesti berbuat demikian terhadap semua blog dan mereka (yang membuat komen yang sama) dalam Twitter," kata Nazri.

Itu, tambahnya, akan merupakan satu tugas yang sukar kerana kerajaan akan dituduh mengekang kebebasan bersuara.

Nampak sangat nazri aziz neh pilih kasih. Kenapa pula nak kaitkan kenyataan ibrahim ali dengan blog dan pengguna twitter? Kalaupun kenyataan2 mereka bersifat marah, kebencian dan racist, itu sebab ibrahim ali yang mulakan isu neh dulu.

Kalau ibrahim ali tak cakap pasal perang2 dan menfitnah penganut kristian macam2, takde sapa nak marah atau hentam-balas ibrahim ali. Bukan susah sangat nak faham. Ketika dsai dedahkan kerjasama malaysia-apco tue, kerajaan amek tindakan nyahkan dsai dari parlimen padahal dsai bercakap benar. Tetapi tuduh dsai memberikan kenyataan berupa hasutan dan memberikan persepsi negatif kepada imej kerajaan. Boleh pula amek tindakan?

Nik aziz dilarang masuk dan memberikan ceramah di masjid2 seluruh negara kerana didakwa menghasut, yang itu boleh pula kerajaan amek tindakan? Bullshitlah kerajaan neh. Aku bukan apa. Aku fikir benda neh ada effect buruk kalau ibrahim ali dibiarkan. Dia tue orang melayu. Melayu yang mengaku islam. Tindakan2 dia dan kenyataan2 dia sebenarnya tak membuatkan orang benci kat dia aje beb. Orang bukan islam sebenarnya membenci org islam disebabkan kenyataan2 bodoh dia. Siyes. 

Aku baca beberapa komen negatif yang pro kristian dan di dalam neh banyak orang cina. 90% semua kutuk dan kondem melayu + islam segala bagai. Ingatkan nak cerca ibrahim ali je. Ini tidak, dengan ibrahim, dengan melayu, dengan islam semua dorang balon. Hanya 10% yang rasional je nasihatkan member2 dorang bahawa ibrahim ali bukan mewakili kaum melayu + islam. So kalau nak maki hamun tolong lah maki ibrahim ali dan perkasa je. Tapi ramai gak yang ingore nasihat2 macam tue. Dorang fikir melayu hipokrit. Kalau bukan mewakili islam + melayu kenapa kerajaan tak amek tindakan? Budak2lah katakan. Dorang masih tak faham perjalanan politik neh macam mana.

Aku nak printscreen pun cuak. Kasar gila bahasa dorang. Memang segala bagai maki kepada melayu dan islam. Nak marah dorang pun takley. Dah nasihat tak makan pula. Last2 blah je. Itu baru dunia facebook. Belum dunia realiti. Berapa ramai lah yang marah bila tahu ibrahim ali cakap nak perang salib dengan puak kristian neh? Dan berapa ramai lah yang sakit ahti bila kerajaan tak haddle isu neh betul2. Isu neh betul2 menjejaskan keharmonian kaum di malaysia lah. Ibrahim ali neh nak kena sumbat katak dalam mulut dia baru berhenti mengarut kot.

Ameno : Ibrahim ali bukan melayu, dia berbangsa katak yang masih bertatih pasal islam.

Apa yang ditakuti oleh potatoes nehh?? 

Rabu, 18 Mei 2011

Tambang pengangkutan awam naik 30%.


Bersedia untuk mampos. Aku tidak menggunakan pengangkutan awam. Jarang lah. Bukan tak pernah guna. Cuma jarang. Kali terakhir aku guna bulan february hari tue. Yang aku maki sakan perkhidmatan bas kat bukit jalil tue. Geram siot.

Tadi aku ada nampak satu link. Benda neh cerita pasal kemungkinan tambang / kos pengangkutan awam akan naik sebanyak 30% pada bulan jun serta merta berikutan subsidi super dimahsuhkan pada jun 2011 mendatang.

Benda neh cerita dalam bahasa cina. Aku terai translate ke english. Failed. Tak faham gak apa dia tulis. Translate ke melayu. Pun failed. Isi kandungan detail tue aku tak dapat faham. Apa yang aku dapat faham secara kasar ialah ;

1. Kos / operasi pengangkutan akan naik 30%.. sejajar dengan pemahsuhan subsidi super bulan depan

2. Persatuan akan naikkan tambang pengangkutan berkuatkuasa jun 2011 jika kerajaan meneruskan niat mereka untuk mahsuhkan subsidi diesel super.

3. Tayar, bateri, spart parts.. dan apa2 lagi then ada tulis 30%.

4. Kenaikan tambang kurang dari 30% tidak dapat menampung kos operasi tambahan akibat pemahsuhan diesel super.

5. Jadi mereka menuntut paling kurang ialah 30%.

6. Perlu anjurkan dialog untuk membahaskan isu neh.

Dan bla bla bla.. aku tak faham. Ayat bahasa english nya lebih elok dari bahasa melayu tapi aku rasa banyak maksud lari. Korang leh baca sendiri kat sini kalau faham bahasa cina. Yang penting semua tue aku taknak tahu dan amek tahu. Yang aku rasa aku perlu amek tahu ialah kadar pengangkutan awam akan dinaikkan. Kalau persatuan menuntut kenaikan 30% selepas diesel super dimahsuhkan ini bermaksud tambang bas akan naiklah.

Kalau sebelum neh tambang rm2.00 maka selepas dinaikkan 30% maka jadilah rm2.60. WOW.. itu suatu peratusan yang tinggi. Adakah pengguna2 pengangkutan awam terutamanya BAS dan teksi [limosin] boleh menampung kenaikan neh? Teksi limosin neh setahu aku banyak pengguna2 airport pakai. 

Sorrylah geng. Aku pun pecah kepala dengan kenaikan minyak dan segala bagai neh. Dah semak kepala hotak aku fikir macam2 masalah. Aku betul2 dah takde ruang untuk fikirkan masalah pengguna pengangkutan awam. Nak suruh korang sabar? Aku rasa tak patut kot. Korang berhak marah. Sebab aku pun tengah marah gak neh. Macam mana ek kita nak gulingkan kerajaan bn neh? Ada idea bernas tak? Kan aku dah cakap tadi kat kbsb samada kerajaan yang mampos ataupun kita yang mampos. Korang pilih.

Ameno : aku pilih kerajaan yang mampos. 

PDRM : Tidak perlu untuk polis dedah pelaku video seks.

JOHOR BAHRU: Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, tiada keperluan daripada segi undang-undang bagi pihaknya untuk mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan pemimpin sebuah parti pembangkang.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada kesalahan mengedar dan mempamer video lucah, di mana tiada keperluan di pihak polis untuk mendedahkan identiti pelakunya


"Tiada keperluan undang-undang untuk mendedah pelakunya. Jikalau kita mengambil tindakan yang lebih daripada had undang-undang, kita akan dituduh pula terbabit di dalam politik.

"Kita menjalankan tanggungjawab menyiasat kes ini, apa yang tidak boleh didedah kita tidak akan dedah. Jangan mendesak kita, kita mengikut peruntukan undang-undang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.




 Beliau mengulas kenyataan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim hari ini yang mendakwa kredibiliti polis akan terjejas jika ia masih teragak-agak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu.

Khalid berkata, polis sudah pun selesai menjalankan siasatan terhadap kes mengedar dan mempamer video lucah itu dan kini terpulang kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk meneruskan tindakan selanjutnya. 

 
"Polis menjalankan siasatan, sama ada tuduh ke tidak itu bukan tanggungjawab polis, itu Jabatan Peguam Negara. Kita menjalankan apa jua arahan pendakwa raya tentang video lucah itu," katanya.

Urm.. polis neh memang ingat rakyat neh bebal agaknya. Ye tak? Korang faham tak apa yang si khalid neh cakap kat atas? Meh aku terangkan sket ;

1. Polis tidak akan dedahkan pelaku video seks sebab tugas polis ada hadnya. Di samping itu untuk mengelakkan persepsi bahawa pihak polis terlibat dalam politik.

Ameno : Aku cuba fahamkan apa yang si khalid neh cuba cakap. Aku rasa apa yang dia cuba nak sampaikan ialah begini ;

- Kalau pihak A menuduh pihak B buat zina dan pihak A buat laporan polis bagi menguatkan dakwaan dia, dan pihak B pun buat laporan polis untuk menafikan tuduhan tersebut dan setelah menyiasat pihak polis tidak memperjelaskan perjalanan siasatan kepada pihak B atas alasan polis tiada kuasa dan bidang kuasa polis terhad.  Samada pihak A ataupun B yang benar, polis pun tak BOLEH buat apa2 untuk menjelaskan perkara neh sebab BIDANG KUASA PDRM TERHAD!

Polis tak tahan ko ataupun tuduh ko, tapi dalam masa yang sama polis buat derk je pasal maruah ko. Tuduh tidak, bersih pun tidak, diletakkan ko dalam kedudukan tengah2 dan membiarkan masyarakat was2 pasal ko. Ko rasa bagus ke ko hidup macam tue? Ada otak fikirlah. Dsai neh bukan batu bhai. Ada perasan bhai. Dalam seratus caci maki mestilah satu dua tersentuh gak ahti dia kalau baca. 

Kalau nak AIBkan nama orang macam neh aku fikir pdrm neh memang gila. Time hidup neh boleh lah berlagak bhai. Esok lusa dah mampos menjawablah ko dengan Allah swt pdrm. Ko jawab. Berani kan aniya orang? Manusia2 yang suka aniaya orang neh sebenarnya tak percayakan Allah swt, hukum2 Allah swt. Silap2 dorang tak percaya akhirat [hari pembalasan] wujud pun. Mana lah tahu. Kalau takut kepada Allah swt tentu takan buat kerja sekerat2 macam neh. 

Cakap je lah terus terang samada DSAI ataupun bukan DSAI dalam video terbabit. Kalau pdrm tiada kuasa maka siapa yang ada kuasa untuk dedahkan pelaku video seks pula? Cuba bagitau?

2. Polis hanya menyiasat pengedar video seks. Itu sebab polis tidak akan dedahkan pelaku video seks.

Owh okey. Sekarang cuma siasat pengedarnya sahaja. Dan video itu tulen. Polis dah cakap tiga kali. Sekarang neh kalau video itu tulen polis nak buat apa? Polis taknak dedahkan nama pelaku video seks sebab tiada peruntukan undang2 untuk berbuat demikian dan

3. Polis tak boleh dakwa pengedar video seks. Itu semua kuasa AG.

dalam masa yang sama polis tak boleh amek tindakan kepada pengedar video lucah sebab tiada kuasa, Kalau macam tue sekarang aku pergi edar video lucah, kalau korang [polis] tahan aku, boleh atau tidak aku bagi alasan yang sama? Kalau agak2 aku kena tahan dengan polis boleh tak aku maki polis PADDYKUTTY?

Satu malaysia dibabikan oleh kerajaan straight to our faces. Ko nak dakwa or tahan pengedar video lucah tak boleh sebab bukan bidang kuasa ko. Serah kepada AG. Tapi ko boleh tahan seseorang yang TIDAK MENCURI motorsikal dalam ordinan darurat pula? Korang neh polis ke? Betul ke korang neh polis? Aku rasa korang bukan polis lah. Betul siyes. Ke aku yang ketinggalan zaman neh? Ke tugas polis dah tukar? Bukan lagi menjaga keamanan rakyat cuma menjaga paddykutties? Cuba elobrate sket kat aku. Siyes aku binggung.

Ameno : Paddykutty to paddykuties now..

Anwar ibrahim live di yahoo-chat esok!

Parliamentary Opposition Leader and former deputy prime minister Anwar Ibrahim will be the first Malaysian to appear on Yahoo! Malaysia's newly-launched interactive ‘Question Time’ segment at 11:30 am this Thursday, May 19.  The politician will spend at least an hour with Yahoo! Malaysia editors who will act as facilitators during the live chat session.

Early indications point to a strong interest in this event from Yahoo! users not only from Malaysia but also from South East Asia and other parts of the world where Anwar has a strong following.

The live Q&A session will be conducted via the ‘Cover It Live’ platform, which features real-time chat sessions. Yahoo! Malaysia Country Editor S Vicknesan said it was a great opportunity for the man-(and woman)-in-the-street citizen to interact directly with Anwar, one of the country's most prominent politicians.



"Questions from our audience, which can be in English and Bahasa Malaysia, must be concise, on topic, to the point and relevant to the discussion at hand," he said, adding that brevity would be important due to the large volume of participants expected.

"Of course, Yahoo! users need no reminding with regards to respecting the dignity of the forum as the conversations they generate will help raise the level of political discourse in Malaysia.

"We will try our best to accommodate all questions but constraints of time and volume may not allow this. We pray for the understanding of our users,” he said, adding that the main aim of the event was to provide a more direct and frequent link for interaction between the Malaysian public and their leaders.





Okey aku malas nak translate penuh. Aku translate benda2 penting je okeyh.

1. Esok korang leh chatting dengan anwar ibrahim live dalam satu ruangan sembang interaktif yang baru dilancarkan oleh yahoo.

2. Nama benda tue question time. Aku pun taktahu macam mana nak access benda neh nanti aku terai lah check dan akan share link tue kat sini. Dari apa yang aku dapat gambarkan melalui penulisan di atas ialah macam kita sembang2 time pengundian keputusan pilihanraya kat anilnetto dan macam kita sembang2 kat utusan online time eskay sumpah menyumpah tue. Alah kan ada guna satu software cover it live tue then kita tekan play tue? Hah lebih kurang gitu lah aku rasa tapi link nya belum ada. So takley kongsi sini. Nak access benda tue kat mana so aku pun taktahu lagi. Akan diupdate kelak lepas aku tahu ye.

3. Dsai akan muncul jam 11.30 pagi waktu tempatan esok. So meh lah reramai kita tanya dsai macam2 esok. 

4. Prepare lah sebarang soklan2 ilmiah. Soklan2 provokasi ka, lucah ka, porno ka, liwat ka tidak akan dilayan, harap maklum. Kalau nak buat provokasi sila pergi mampos.

5. So kalau korang teringin nak tanya apa2 perkara pada dsai terutamanya apa misi dan visi dia andai dia jadi pm kelak, korang digalakkan untuk sembang menyembang bersama dsai esok. 

Update : korang kena klik sini untuk chat dengan dsai esok, tak silap aku lah. Kena register bagi sesapa yang belum register.

Ameno : 10 pagi esok aku dah prepare.. heheh..

Harga minyak naik AS$98 setong di Asia

SINGAPURA: Harga minyak melonjak kepada AS$98 setong bagi pasaran Asia, hari ini, di tengah-tengah kelemahan dollar Amerika Syarikat (AS) serta laporan bekalan minyak mentah menunjukkan tanda bercampur-campur susulan permintaan AS. 

Penanda aras minyak mentah bagi Jun mencatatkan peningkatan 96 sen kepada AS$97.87 setong pada tengah hari dagangan waktu elektronik di sini pada Bursa Merkantil New York.


Penurunan nilai dollar AS menjadikan harga minyak lebih murah untuk pelabur yang mempunyai mata wang berbeza, di mana seterusnya mempengaruhi kenaikan nilai pasaran minyak mentah. - AP


Berita dipetik dari bh online. Hairan aku. Kenaikan minyak 0.90 sen dikira sebagai kenaikan bagi mereka dan mereka laporkan di seluruh akhbar2 arus perdana milik mereka tetapi bila minyak turun mereka tak pula laporkan? Sila tengok petikan artikel di bawah ;



Sila perhatikan juga tarikh artikel ini dikeluarkan. Bagi yang nak rujuk artikel penuh boleh klik sini. Apa yang buat aku tak faham ialah ;


1.Apa beza harga minyak dunia dan asia sehingga laporan berita di atas hanya menyebut asia sahaja?


2.Bukan kah jika harga minyak dunia / asia meningkat malaysia akan turut mengalami keuntungan?


3. Kenapa media arus perdana tidak laporkan harga minyak dunia turun? Tetapi memilih hanya melaporkan harga kenaikan minyak sahaja?


Nampak tak apa benda yang aku cuba nak explain kat korang neh? Faham tak permainan dan rentak kerajaan kita? Bila harga minyak turun, kerajaan kita taknak laporkan kepada kita sebab dia taknak kita tahu. Kenapa mereka taknak kita tahu? Itu yang kena kita amek peduli beb.


Dan bila harga minyak sedunia naik, beria2 depa dok laporkan kepada kita. Sana sini hebahan. Masuk radio, masuk paper, keluar tv buat iklan. Aik.. duit buat iklan kementerian dan pemandu ada pula? Duit buat iklan jimat cermat ada pula?Tapi duit subsidi tarak?


Kenapa mereka cuma nak kita tahu bahawa minyak naik naik naik dan naik sahaja. Kenapa bila minyak turun turun turun dan turun lagi laporan tersebut tidak diwar2kan? Sudah tentu ada sesuatu yang tidak betul disini. Mereka [kerajaan] nak mewujudkan persepsi bahawa segala bagai kenaikan di malaysia adalah masalah dunia / global dan tiada kena mengena dengan mereka.

Sebab tue aku syak mereka sebenarnya gunakan duit kita untuk sesuatu tujuan yang lain. Tujuan apa aku kurang pasti. Tapi yang pasti malaysia sekarang menuju ke arah bankrupt. Bankrupt bukan pasal ada kaitan dengan permasalahan dunia. Bankrupt pasal malaysia diterajui oleh najib. Muka najib bukan bermuka orang alim + baik + soleh. Dia tiada ciri2 itu pun. Melihat muka dia aku seperti terpandang aura kejahatan dan kegelapan. Tetapi takmo aku ulas lebih2 kat sini takut kena cefour bhai. Pandai2 korang lah tafsir apa yang aku cuma nak elobrate kan neh. 


Ameno : minyak dunia naik yang tak naik..

Zaid : Yakin Anwar pelaku seks dan minta PDRM dedahkan!

Zaid hari neh masuk paper utusan dan muncul di front page. Tajuk dia ialah dedah segera pelakon seks. Heh. Pelakon seks? Pelakon? Bukan pelaku? Pelakon neh bukan ke maksudnya seseorang yang melakonkan sesuatu adegan? Heh. Lantaklah tue. Tapi aku tak gemar pasal dia tuduh dsai berzina. Huk aloh.. dia neh berdendam ke apa dengan dsai?

Kenyataan dia dalam utusan adalah seperti berikut ;

1. Polis akan dituduh punyai kepentingan politik jika terus main tarik tali.

2. Jangan sampai masyarakat melihat polis pun ikut rentak tarian orang politik.

3. Siasatan sudah lengkap dan disahkan tulen oleh pakar antarabangsa, dedahkanlah siapa pelakunya.

4. Seseorang sudah dikaitkan dan saya yang menonton juga yakin tetapi pemimpin tersebut menafikan. Jadi penting polis sahkan siapa pelaku agar kekeliruan ini ditamatkan.

5. Anwar ibrahim boleh didakwa oleh undang2 jika pelaku video seks terbabit terbuktinya dirinya kerana membuat laporan polis palsu menafikan dia adalah pelaku dalam video seks terbabit.

6. Itu sebab pdrm perlu dedahkan siapakah pelaku video seks terbabit.

WOW.. 

WOWW..

WOWWWWWW...

Kenapa zaid ibrahim sewenang2nya menuduh dan mengatakan bahawa dia yakin lelaki tersebut ialah anwar ibrahim?Kenyataan zaid ibrahim dalam utusan neh bagi aku ialah statement balas dendam. Pasal apa? Pasal tak dapat duduk dalam PKR. Itu je sebabnya.

Apa yang aku dapat simpulkan dalam isu neh ialah  ;

1. Jika pdrm main tarik tali dengan tidak menyebut nama dsai secara direct adalah pelaku video seks terbabit maruah dsai tetap tercemar sebab penyokong kerajaan akan menggunakan hujah2 polis bahawa video seks adalah tulen. Yakni video tulen = pelaku tulen.

2. Jika pdrm dedahkan nama pelaku video seks ialah dsai, dsai juga akan di dakwa dan pihak polis tidak berminat nak layan laporan dsai berhubung isu neh meskipun dsai adalah mangsa. Dalam erti kata lain daripada polis sibuk siasat siapakah dalang pencipta skandal video seks yang menyasarkan untuk menyerang maruah dsai agar dia brhenti berpolitik, polis lebih rela bersama2 kerajaan untuk menuding semua kesalahan kepada anwar ibrahim meskipun anwar ibrahim sudah menafikan dia terlibat dalam sebarang kegiatan perzinaan dalam video terbabit. Polis tidak akan berusaha untuk mencungkil kebenaran bagi pihak anwar ibrahim.

So samada dsai buat laporan polis ataupun tidak dsai tetap akan dibalon kiri kanan atas bawah. Hurmm..

Jadi polis cuma menyiasat ketulenan video seks dan hanya menyiasat cerita eskay. Polis tidak menyiasat cerita anwar ibrahim. Kalau begitu ini memang berat sebelah.

Polis tidak akan mendedahkan anwar ibrahim bukan pelaku video seks. Kemungkinan neh bagi aku hampir mustahil tetapi tak mungkin ia tidak akan berlaku. Samada polis diam tidak mendedahkan pelaku seks ialah dsai bagi membiarkan segala tohmahan buruk terhadap dsai ataupun mendedahkan pelaku video seks ialah dsai.

Penyokong2 pakatan rakyat khususnya pkr kena bersiap sedia lah hadapi fitnah zina I ya. Nampaknya kita dipihak yang tiada kuasa, tiada duit dan tiada apa2 kena menggunakan strategi iman + akal untuk melawan kezaliman dan membanteras fitnah.

Nota : apsal belog aku takley upload gambar hah? Dia tulis server rejected.

Ameno : bila fitnah + duit + kuasa bersatu = syaitan bermaharajalela..

Tariff elektrik turut naik beb!

Fuhh.. seiring dengan langkah kerajaan untuk mengurangkan jumlah subsidi bagi menjimatkan wang kerajaan [untuk siapa aku taktahu] dan meringankan beban [rakyat = beban rupanya] kerajaan, maka kerajaan akan turut mengkaji semula tariff elektrik. 

Terkejut tak? Jangan terkejut. Kan Ismail Sabri dah bagi amaran awal2 lagi. Pengumuman awal kerajaan berkenaan kenaikan itu ini bagi mengurangkan subsidi adalah bertujuan menghilangkan rasa kejutan di ahti rakyat. So janganlah rasa terkejut2. Heh.

Sekarang neh melalui twitter khairy jamaluddin [pemuda umno] dah mencadangkan satu usul untuk membantah kenaikan minyak ron 95 dan tariff elektrik. Selain dari dua perkara neh kita tahu yang gas memasak turut akan dinaikkan dan jika ron 95 naik maka semua pengilangan  ataupun perindustrian yang menggunakan petroleum dan diesel akan menaikkan harga product2 mereka. Tak kiralah apa product terbabit pun. Kalau kilang proses minyak sawit  guna petroleum sebagai bahan bakar untuk gerakkan mesin2 berat dan besar mereka semasa pemprosesan maka harga minyak masak juga akan meningkat. Kalau kilang besi guna petroleum untuk gerakkan mesin2 bagi membentuk besi, aloy dan etc maka harga bagi barang2 neh turut meningkat. Pendek kata bukan sekadar minyak kereta ataupun motor ko akan meningkat je beb.

Ia merangkumi semua. Semua benda yang menggunakan petroleum / diesel untuk bergerak, menjana kuasa ataupun membentuk product. Fuhh.. banyak tue. Banyak benda akan naik bulan 6 ataupun 7 ataupun 8. Mungkin secara berperingkat-peringkat. Mungkin juga kerajaan tidak jadi naikkan harga ron 95 jika terlalu banyak bantahan. Tapi aku rasa kerajaan akan naikkan juga. Mungkin 0.05 sen paling rendah. Tapi ikut track rekod si penipu [najib] tue dia suka naikkan harga minyak macam celake. Sekali naik 0.50 sen. Ingat tak pada tahun 2007 ataupun 2008? Dia bagi alasan kita naikkan harga minyak sekaligus supaya kerajaan tak perlu susah2 naikkan harga minyak lagi dah pada masa akan datang. Sekali sang penipu tue naikkan lagi harga minyak sebanyak 0.78 sen pula. Memang kecelakaan yang amat dia tue. 

Apa pun kita kena terima sebarang kemungkinan. Kalau sungguh ;

- petrol 95
- gas memasak
- tarif elektrik
- diesel
- pengangkutan awam

NAIK bulan jun neh.. maka kita kena cari jalan untuk mengurangkan beban kita pula. Dah kerajaan cakap kita beban bhai.. takan korang terhegeh2 nak melepak dengan kerajaan macam neh? Hidung tak mancung, pipi tersorong2, kerajaan tak hingin kat korang, tapi korang plak melebih2 bela kerajaan. Fack betul lah sikap tue. Orang yang dah tak suka, redha je lah. Kenapa perlu buang masa undi orang yang benci korang? Bodoh. Heh.

Ameno  : cinta bertepuk sebelah tangan.
Kaki contest? Sertai contest2 menarik disini! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...