Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 16 Mei 2011

Tol Cheras - Petaling Jaya [Metramac] dimahsuhkan malam ini!




WOW... 

WOW...

WOW....

Bagus. Ini satu perkembangan yang baik. Sepatutnya tol neh dah lama dimahsuhkan. Sebab aku duduk sini. So adalah sedikit sebanyak yang aku tahu. Konsesi neh sepatutnya dah tamat zaman berzaman. Tak silap aku tahun 1995. Kalau salah tolong betulkan ya. Tapi ketika itu kerajaan berikan alasan. Maaf. Tak dapat aku ingat sebab time tue aku kanak2 ribena. Bila dah dewasa neh baru faham perkara2 pasal neh.

Memandangkan tol tersebut dah dihapuskan aku inginlah mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada ;

1. Pemimpin2 tertinggi Pakatan rakyat terutamanya nik aziz, ustaz azizan, khalid ibrahim, anwar ibrahim dan lim guan eng. Disebabkan mereka bersungguh2 buat kerja barulah kerajaan umno menjadi semakin alert dengan keluhan2 rakyat. Amin.

2. Kerajaan. Disebabkan korang merasa takut kepada kemaraan rakyat especially bila korang dah mula memberikan bunga2 kenaikan harga minyak ron 95 maka korang mula lah pasang umpan untuk mengurangkan stress rakyat.

Memang pemahsuhan tol neh tak dapat memuaskan semua rakyat malaysia tetapi masih ada yang rasa seronok. Kita tumpang seronok untuk mereka yang seronok. Dan semoga pakatan rakyat menjadi semakin kuat di malaysia. Disebabkan kita ada pembangkang yang kuat, suara kita akan dipedulikan oleh kerajaan.

Ameno : Bila nak mahsuhkan subsidi ipp kepada kroni pula?

Kiub tomyam pun dah naik harga? WTF!!!



Huishh dasatnya betul lah harga barang2 kat malaysia sekarang. Especially harga barang2 makanan. Macam tak percaya lah dalam tempoh dua hingga tiga tahun neh perbelanjaan untuk membeli makanan telah meningkat melebihi dari 50%. Ini bukan satu peratusan yang rendah bhai. Ini sangat2 tinggi. Kita perlu berbelanja lebih untuk makan. Itu baru makan je. Belum masuk keperluan lain. Tak heran kenapa rakyat malaysia berebut2 wang syiling yang berteraburan atas jalanraya. Tak hairan juga kenapa beras direbut2 oleh rakyat malaysia ketika eksiden. 

Apa? Takde perikemanusiaan terhadap mangsa kemalangan jalanraya? Nak ada perikemanusiaan macam mana kalau diri sendiri pun dah tersepit segala bagai beb. Lue jangan nak salahkan tangan yang mengutip2 duit syiling dan beras-berasan atas jalanraya tue aje. Lue mesti faham gak kenapa rakyat malaysia jadi macam neh. Kos sara hidup kian meningkat dengan kerajaan haramjadah tak amek peduli masalah rakyat melainkan meneruskan misi dendam peribadi untuk menjatuhkan anwar ibrahim dan PR aje bhai.

Berbalik kepada tajuk artikel neh, aku betul2 terkejut tadi beb. Pagi tadi aku pergi kedai. Beli paper dan lauk basah. Takat rm10 memang dapat dua benda aje beb. Nak cepat punya pasal nak hantar budak pergi sekolah last2 aku terbawa rm10 je. Tak kesahlah tue.

Ayam : rm3.59 = suku ayam je neh bhai.
Sotong 6 ekor : rm3.
Paper : rm1.50 
Roti : rm1.20

Neh je lah yang aku dapat. RM10 je aku bawa. Nak beli rencah2 masakan? Hah kena reload duit lah jawab. Tapi pasal busy sangat, aku soh lah orang lain belikan rencah2 tomyam. Nak masak karang. Buat makan petang. Memang jarang aku makan betul2 sharp tengahari. Jarang yang amat2.

Then masa aku masak tadi, aku pun buka lah kiub tomyam tue. Masukkan dalam kuali. Aku perasan label harga dia rm1.30. Hurm. Bukan kah harga kiub neh rm1.10 je? Sebelum tue rm1. Sebelum tue rm0.90. Sebelum tue rm0.70. Sebelum tue rm.50. Hurm.. ada lagi ke sebelum2 tue? Entah. Aku cuma ingat dulu benda neh rm0.50sen je. Pada tahun 2008 kot. Tapi sekarang dah rm1.30? Sejak bila neh bhai? Baru je aku beli bulan lepas rm1.10. Pasal tue aku bengkek gila.

Gula naik 20sen. Kiub tomyam pun naik 20sen gak. Apa kena mengena gula dengan kiub tomyam pula? Takan pasal minyak ron 97? Arhh sudah. Mampos lah macam neh. Kalau setiap satu barang makanan naik 10-20sen tak ke kita sedang berada di alam kemamposan sekarang neh? Barang makanan ada berapa jenis? Berapa banyak rencah nak dibeli untuk masak satu2 jenis lauk. Boleh kalau kita nak masak ayam, kita beli ayam je. Peh tue automatik ayam tue transform jadi ayam masak halia. Boleh ke? Dah tentu2 tak boleh punya.

Nak masak kena guna bahan. Kena guna rencah. Kalau barang basah naik + barang kering naik = kos untuk memasak makanan pun naik. Kalau masak kat rumah pun dah rasa mahal. Apatah lagi yang makan kat kedai. Lagi lah mahal nak mampos.

Kalau ada sejuta jenis product makanan di malaysia neh, bayangkan sejuta2 tue meningkat kos pembuatan dia. Dah tentu2 harga pembelian kita meningkat. Contohnya macam neh  ;

Bulan april 

Ayam = rm5 suku
ikan = rm7 4 ekor
tomyam = rm1.10
bawang = rm2
ikan bilis = rm3
lobak = rm2 total = rm20.10sen

Peh tue kerajaan umumkan kenaikan minyak ron 97 dan gula.

Bulan mei

Ayam = rm5.50 suku
Ikan = rm7.30 4 ekor
Tomyam = rm1.30
Bawang = rm2.40
Ikan bilis = rm3.30
Lobak = rm2.20 total = rm22

Faham tak apa yang aku cuba cakapkan neh? Maksudnya kat sini walaupun kenaikan kiub tomyam tue cuma 0.20 = macam pencacai umno punya alasan, tapi itu kalau satu barang punya harga. Kalau dah 10 barang? 20 barang? 30 barang? Sekali beli berapa banyak kos tambahan kita kena peruntukan? Nampak tak? Memang kalau kita beli satu barang je takde lah kita nak kecoh atau terasa sangat bila kenaikan cuma 0.20 sen. 

Tapi ia jadi isu bila semua barang yang kita beli semua naik harga. Daripada semurah2 kenaikan rm0.10 kepada semahal2 naik harga macam horlick yang dah naik rm0.50sen kot. Member lah cakap. Entah betul entah tidak aku taktahu. Jarang aku minum horlick. Dah alang2 bercerita pasal kenaikan harga neh, untuk pengetahuan korang maggie tomyam kat tempat aku sekarang harga dia ialah rm1.30 sebungkus. Untuk maggie kari ada sesetengah tempat rm1 dan sesetengah tempat rm1.10. Heh. 

Lue bayangkan. Makan maggie je pun dah mahal. Lue nak kami makan apa? Pasir? Boleh makan ke? Kalau boleh sekarang gak aku telan. Sanggup der. Janji halal.

Nota : Kerajaan akan umumkan kenaikan minyak ron 95, gas memasak, dan diesel pada bulan 6. Ismail sabri minta kita bersedia supaya kita tidak rasa terkejut. Ya, rasa terkejut mungkin tidak. Tapi rasa nak mencekik seseorang tue wujud. Heh

Ameno : Ini betul2 kerajaan sial!


Anwar akan di masukkan penjara by hook or by crook!


Bacaan keputusan oleh hakim mahkamah tinggi Mohammad Zabidin berhubung dalam kes liwat karut lagi mengarut neh bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Tak silap aku hakim neh baru2 mendapat satu penghargaan dari kerajaan. Bersama2 hakim neh, gani patail pun turut dapat penghargaan juga. Kalau bukan hakim neh tolong betul kan yer. Tapi gani patail tue memang aku sure habis. Sebab dengar nama dia disebut. Manakala hakim tue aku cuma ternampak iras2 muka dia je kat dalam majlis anugerah pingat darjah apa tah. Aku taktahu. Neh hakim2 punya anugerah.

Keputusan hakim neh untuk meneruskan kes dengan mengarahkan dsai membela diri memang mengarut. Sengaja nak menyusahkan dsai. Kalau dsai gagal membela diri menurut persepsi juri dan hakim maka dsai akan straight masuk ke penjara semula sedangkan kes neh macam aku katakan tadi ia adalah kes yang karut lagi mengarut.

Mana ada bukti kegiatan liwat tue berlaku. 1malaysia pun tahu ini adalah perbuatan dendam peribadi umno kepada pkr khususnya anwar ibrahim sebab terlibat semula dalam politik. Sudahlah berpolitik, menentang kerajaan pula tue. Sudahlah menentang kerajaan, berhasrat merampaskan putrajaya pula tue. Sampai 5 negeri tumbang di tangan pembangkang. Kalau membiarkan dsai bernafas aman dengan bebas, kemungkinan besar bn akan hilang kuasa.

Dah lah kes neh berjalan tanpa fakta dan asas yang kukuh.  BN tahu sangat yang rakyat sedar sangat bahawa kes liwat neh mengarut tapi sengaja diteruskan sebab nak uji berapa ramai rakyat yang sanggup ke jalanraya untuk membawa budaya reformasi tahun 1998. Di samping itu BN menaikkan lagi harga2 barang di malaysia supaya rakyat pening memikirkan kesempitan hidup di malaysia supaya tiada sesiapa yang mampu memikirkan kes dsai. Ini semua strategi mereka. Ini semua agenda mereka.

Kalau ko takde duit + perlu berjuang untuk bebaskan diri dari kezaliman pemerintah , apa yang ko akan buat? Sudah tentu nak taknak ko kena usaha cari duit. Betul tak? Untuk tolong pemimpin2 yang teraniaya pun ko takde masa. Sebab ko terpaksa bantu diri ko terlebih dahulu. Inilah yang dilakukan oleh badigol nasional.

Dihamburkan segala bagai kesusahan dan keperitan hidup kat kita. Supaya kita tak mampu memberontak untuk melawan kerajaan. Mana ada orang miskin susah gila bagai nak pergi demo situ sana sini? Mana ada bhai. Nak berdemo pun guna duit gak. Nak memberontak pun perlukan kos kesana kemari. Sebab itu bn menekan kita. Mereka tekan kita dari segenap aspek. Sebab mereka tahu dengan menekan periuk nasi kita mampu menyekat kita daripada memberontak.

Then secara mudah dorang leh sumbatkan dsai dalam penjara. Dorang fikir bila dsai masuk penjara kita akan hilang harapan. Dan dorang akan mampu pertahankan kuasa dorang sampai ke hari kemamposan dorang.Tapi dorang silap. Rakyat malaysia memang takan turun ke jalanraya dalam masa terdekat neh.Atas banyak2 sebab tertentu. Kesusahan hidup, kos hidup yang makin naik, masalah penganguran, dan macam2 masalah lain2. Tapi suka di ingatkan, pada hari dsai masuk penjara, ialah hari di mana bn akan hilang kuasa. Terus. 

Berapa banyak doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan Allah swt pada hari itu? Fikir lah. Kita tak memberontak di atas kesusahan dsai. Kita memberontak sebab kita susah. Kita memberontak sebab dsai mahu keluarkan kita dari kesusahan tetapi badigol nasional menyekat usaha dsai. Sebab itu, kita adalah pihak yang dizalimi. Melawan kerajaan kita memang tak mampu. Tetapi kerajaan yang melawan Allah swt tidak akan kekal di dunia. Ingat tue.

Fakta2 menarik mengenai liwat boleh masuk ke sini kami benci saiful bukhari dengan merujuk beberapa nota dan disccussion lama yang memang disediakan khusus oleh admins kbsb bagi tujuan perbincangan dan kajian bagi mereka yang mempercayai bahawa kes liwat neh benar2 berlaku.

Ameno : Lue tangkap dsai, rakyat ttp benci lue. Tanpa pilihanraya lue akan jatuh. Lue berani cabar, lue berani lah terima akibatnya.

Untuk mereka yang mahukan hadiah rm30k boleh cuba larian marathon disini 
Peraduan dari sunslik menawarkan hadiah rm35k. Gadis boleh cuba ini 

Ahad, 15 Mei 2011

Isu Kristian agama rasmi : Ibrahim Ali : 'Kalau nak perang salib boleh'

“Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut…Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut. “Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan darah,” katanya disambut tepukan kira-kira 150 hadirin. 


“Ini satu cabaran ke arah kedaulatan umat Islam yang majoriti Negara ini…Mula dengan bangsa berjangkit dengan agama. Bila bangkit soal agama ertinya soal jihad,” tegas Ibrahim.

Ahli parlimen Pasir Mas itu mendakwa kumpulan minoriti berani mencabar ketuanan Melayu dan Muslim kerana mereka digalakkan oleh ketua umum PKR Datuk Anwar Ibrahim untuk menarik undi mereka.

“Ramai orang Kristian di Malaysia orang Cina. Orang Kristian (di dunia) ramai di Amerika Syarikat. Tali barut Amerika Syarikat di Malaysia Anwar Ibrahim. Kita nampak, dah masuk saf-safnya,” katanya.
 


Apa menda lah si katak neh merapu sakan. Nak perang konon. Perang lah dengan umno dulu. Ini akidah umat islam pun di lanyak2. Macam af, mentor dan segala bagai hiburan tue. Neh ada ahti nak perang dengan kristian. Macamlah kristian tue kacau kau. Dorang buat kerja2 dakyah dorang. Bila masa dorang sibuk anjur konsert sana sini. 

Yang muslimah seksi pun bersepah. Ada yang bogel terang2 dalam filem atas nama watak. Yang itu ko taknak perang pula? Bodoh sial katak neh. Kan aku dah mencarut. Bukan aku nak defend kristian. Tapi cara ibrahim ali neh memang sial gila. Saja nak wujudkan sentimen keagamaan bagi orang kristian benci islam. Sial betul lah dia neh.

Bila orang kristian baca statement katak gila neh sah2 dorang akan pandang negatif kat orang islam. Kalau dorang dok pandang negatif kat ibrahim ali je takpe. Apa aku ada kesah. Gi lah mampos sama dia. Tapi masalahnya seluruh umat islam akan terheret sekali di atas kebangangan katak neh. Dah pihak gereja menafikan bahawa mereka tiada hasrat untuk menjadikan agama rasmi malaysia ialah kristian, maka ko terima je lah. Kalau ko rasa mereka ada agenda macam tue ko dedahkan je lah bukti. Pita rakaman di tangan polis sekarang. Apsal polis taknak dedahkan kandungan terbabit? Pernah ko peduli?

Lagipun bab2 ikrar neh isu peribadi. Semua penganut pun akan berikrar untuk menegakkan agama masing2. Kristian begitu. Buddha begitu. Islam juga begitu. Apsal kita boleh ada hak pula untuk campurtangan dalam ikrar peribadi dorang di majlis yang juga peribadi mereka?

Agak bohong lah kalau ko cakap ko tiada cita2 untuk mendakwahkan seluruh penganut kristian agar masuk islam. Mungkin juga ko tiada. Tak siapa tahu. Tapi aku suka kalau seluruh umat kristian di malaysia peluk agama islam. Sebab mereka paling dekat dengan fahaman dan ajaran islam sebenarnya. Dan aktiviti2 dakyah kristian di sarawak dan sabah dimatikan. Cita2 tue aku ada. Tapi biasalah. Ini memang cita2 normal bagi orang islam. 

Bagi org kristian mereka pun ada cita2 gak. Tapi kenapa pula kita ada hak untuk kawal cita2 mereka? Cita2 dan pelan taktikal mereka semua adalah sah selagi mana ia tak bercanggahan dengan undang2 di malaysia. Soal akidah umat islam, itu kita kena atasi sendiri. Kalau kita asyik menyalah kristian 24 jam itu ini memang sangat2 tak patut. Padahal yang buat mentor tue orang melayu. Yang layan idola kecil pun orang melayu. Yang dok sms rajalawak pun orang melayu. Yang dok meroyan menangis2 tengok af pun orang melayu bhai. Dah tue kalau orang melayu + islam sendiri yang pilih jalan untuk hidup SESAT ko nak salahkan KRISTIAN pula buat apa?

Ini memang strategi mereka. Kalau dah tahu perangi lah guna akal bahlol. Yang ko sibuk nak perang2 pastu tanamkan sikap kebencian kepada mereka buat apa? Kristian dan islam memang lah berbeza. Takan boleh bersama sampai bila2. Yang haq adalah haq. Tak mao nya bercampur dengan batil. Tapi itu tak bermaksud yang kita kena gunakan peperangan untuk menegakkan hujah masing2. Jalan perdebatan dan dialog kan ada. Kenapa tidak gunakan pendekatan tue? Kenapa perlu bermusuhan dengan kristian pula? Kenapa mesti nak membenci orang kristian pula?

Inilah sikap tipikal melayu bangang bebal tak sudah. Yang terang2 maksiat dia taknak tegur. Dia taknak perangi. Dia taknak peduli. Yang benda tak pasti kesahihannya dia marah segala bagai. Mana tak kena gelak umat islam malaysia bhai. Macam mana tak gelak? Macam mana tak kena ejek? Macam mana tak kena hina?

Pasal minda dorang neh bebal. Benda yang sah2 SALAH, HARAM, BERDOSA, dorang buat derk je. 

Oii pasangan que haidar dan bini dia pergi majlis yang ada arak bhai. Cuba kasi warning sket kat artis2 macam neh tindakan dorang tue salah..

Mana suara menteri? Entah. Dah mampos ke rais yatim tue? Takan takde penganti?

Oiii nurul ain bogel bhai dalam majalah dan filem. Seksi gila. Menteri pls pls pls take note dan bagi amaran sket.

Mana suara menteri? Entah. Dah mampos agaknya mereka semua. Jamil khir pula buta huruf. Tak reti membaca der komen2 neh.

Oiii majalah mangga menjana seksi kelucahan terlampau bhai.. cuba tarik permit dorang tue. Majalah org islam apa macam tue.. playboy gile..

Mana suara menteri? Takde. Dah mampos. Semua menteri2 islam di malaysia neh dah mampos. Yang hidup ialah menteri2 kristian. So kita perang je lah dengan kristian. Dah angkat senjata masing2? Jom salib!

Ameno : Kristian pun lagi bagus dari ibrahim ali.

Ismail sabri : Kerajaan kaji harga RON 95, LPG dan DIESEL.





Ismail sabri yang juga menteri perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan, memberitahu kepada pihak media dalam satu sidang akhbar bahawa harga ron 95, diesel, LPG akan dikaji setiap enam bulan oleh jawatankuasa pemandu rasionalisasi subsidi harga barang kawalan [PEMANDU]. WOW. Aku baru tahu peraturan itu wujud. Sebelum neh pernah gak aku baca bahawa ismail sabri cakap petrol ron 95 tidak akan di naikkan dalam masa terdekat. Tapi sekarang kenyataan dia dah berbeza sket. Setiap 6 bulan harga bagi ketiga2 bahan neh akan dinilai semula. Jadi adakah ini bermaksud kenaikan akan berlaku pada bulan jun ataupun julai? Atau mungkin ogos? WOW..

Jika benarlah itu berlaku ini bermaksud ron 95, LPG dan diesel akan naik serentak? WOW.. wowww.. WOWWWW.. wowwww... WOW.. apa aku nak cakap selain dari WOWW..? Aku hanya mampu..

WOWW...

Dalam satu kenyataan yang sama juga ismail sabri memberitahu bahawa ;

1. Kerajaan mengangarkan bahawa subsidi untuk tahun neh sepatutnya cuma rm14billion tetapi ianya dijangka akan meningkat kepada 17billion.

2. Tahun lalu subsidi untuk minyak ialah rm10.3 billion. Namun disebabkan kenaikan harga minyak [masa bila? Minyak dunia sekarang turun bhai..] subsidi turut meningkat sebanyak 70 peratus.

3. Sekiranya kerajaan terus menanggung subsidi kenaikan harga barang tersebut maka itu akan menyebabkan defisit kerajaan semakin meningkat. [Aikk.. kita plak penyebab kerajaan mengalami defisit?]

4. Harga baru untuk ron 95, LPG dan diesel akan ditentukan oleh kerajaan selepas PEMANDU bermesyuarat pada JUN neh. [Samada naik ataupun kekal]

5. Ismail sabri juga mengulas isu kenaikan harga gula baru2 neh mampu mengekang usaha penyeludupan gula ke thailand. [tepuk dahi jap, boleh lah join sekaki dengan si bodoh piang awang adek tue sekali]

6. Harga gula akan disemak pada disember depan selepas kontrak jangka panjang dengan pembekal gula di beberapa negara di dunia tamat. [Apa kena mengena pembekal gula dunia dengan kita? Kita pembekal gula gak.. kita buat untuk keluaran sendiri kan? Ke kita import gula gak neh bhai? Jap.. aku confuse sey]

7. Jika harga gula di pasaran dunia lebih tinggi dari malaysia, maka kerajaan akan menaikkan harga gula pada masa itu, jika sebaliknya maka harga gula akan kekal.

Fuhh.. siyes aku blur. Bagi aku amat mustahil untuk mempercayai bahawa kita beli gula yang bersubsidi. Aku tak percaya dulu. Aku masih tak percaya sekarang. Aku tak percaya pun gula ada subsidi bhai. Mustahil rakyat malaysia tak mampu beli gula. Kilang gula kerajaan yang punya. Mereka keluarkan kos untuk proses gula.Then mereka jual kepada pemborong. Then pemborong sampaikan kepada kita. Setiap satu proses yang berlaku keuntungan + modal di ambil kira. So dari mana istilah subsidi neh muncul bhai? Dari ceruk mana? Apa yang di istilahkan subsidi kat sini bhai?

Kalau gula ada subsidi macam mana roberk kuok boleh kaya? Takan kerajaan bodoh piang pergi bayar duit subsidi kat roberk kuok pula? Bagi pandangan aku ialah, apa yang di istilah sebagai subsidi bagi kerajaan ialah bila kerajaan tak boleh nak jual gula sama macam yang negara2 lain jual. Maksudnya kat sini harga gula di thailand sekarang rm3 duit malaysia. Dan malaysia merasakan mereka patut jual rm3 juga. So ble kerajaan tak boleh jual dengan harga tersebut mereka katakan kat kita bahawa gula ada subsidi. Ini pandangan aku.

Tapi pelik gak aku. Nak compare dengan thailand buat apa? Thailand gula memang mahal. Tapi kereta murah bhai. Barang elektrik pun murah gak. Ada lah beberapa barang yang murah di thailand. Tapi di malaysia? Semua mahal nak mampos. Arhh sudah. Kerajaan hanya pandai cari keburukan negara2 lain dan bandingkan dengan malaysia. Bila perkara2 yang baik dari negara lain kita bangkit kat kerajaan, kerajaan bodoh piang bagi ulasan bodoh piang. Macam isu proton. Belilah proton untuk amal jariah. Ini bodoh piang. Hanya orang bodoh piang je support kerajaan bodoh piang.

Ameno : Ismail sabri bodoh piang.


DR. Juanda Jaya : Dakwa pelaku seks



Dr. Juanda hari neh muncul kat front page akhbar mingguan utusan berhubung topic di atas. Kenyataan dr Juanda yang aku petik dari akhbar terbabit ialah ;

1. Mahu pihak berkuasa bertindak terhadap pelaku video seks yang didakwa mirip pemimpin pembangkang

2. Pihak yang dedahkan video juga perlu disiasat. Bagaimana mereka perolehi video dan siapakah dalangnya?

3. Jabatan peguam negara, penguatkuasa syariah, pendakwa syarie dan mahkamah syariah jangan hanya jadi penonton dan duduk di atas pagar.

4. Sekiranya kerajaan indonesia boleh mengambil tindakan terhadap penyanyi ariel peterpan, kenapa kerajaan malaysia tidak?

Tiada yang tak kena pun pada saranan mufti perlis neh. Bagi aku dia mempunyai hujah yang bernas. Masalahnya sekarang pdrm enggan mendedahkan pelaku video seks terbabit kepada umum atas alasan mereka tahu jika ;

- mereka cakap pelaku video seks ialah anwar ibrahim, mereka kena hasilkan bukti konkrit bagi mendakwa dsai. Sudah tentu ramai rakyat akan marah jika pdrm tidak ambil apa2 tindaka terhadap dsai.

- Mereka juga akan menerima tekanan dari media dalam dan luar negara kenapa dsai masih boleh berpolitik dan tiada pendakwaan dijalankan jika pdrm mengesahkan pelaku video seks ialah dsai.

Sebab tue sampai sekarang pdrm tak berani amek apa2 tindakan. Bukan pasal dsai berada dalam video terbabit. Kalau sungguh dsai berada dalam video terbabit, senanglah kerja polis. Tak payah susah2 import player fitnah dari luar negara Dah sah2 dsai sendiri akan undur diri. Dan mungkin akan didakwa sebab dia org islam. 

Masalah jadi rumit sebab pdrm tahu bukan dsai dalam video terbabit. Itu pasal mereka tak boleh nak mengesahkan bahawa pelaku video seks ialah dsai. Mereka hanya berani cakap video seks terbabit adalah tulen. Yang mana aku semakin ragu2 sekarang sebab baru2 neh orang umno ada keluarkan video seks terbabit versi color bhai. Terkejut aku beb. Video seks yang tersebar versi tiada color, mereka leh pula buat kasi ada color. Fulamakk.. canggih tue bhai. Macam mana jika aksi seks itu juga adalah rekaan? Ini semua peranan teknologi. Bagi mereka yang blur teknologi macam aku dengan mudah akan terperangkap dengan kecangihan teknologi zaman kini.

Dalam kenyataan yang sama juga pdrm mengesahkan bahawa rakaman video itu adalah tulen yang mana kali ini ia disahkan oleh pakar khidmat pengimejan video dari luar negara [USA]. Sebelum neh dari korea selatan. Sebelum korea, pdrm juga sahkan bahawa video itu tulen. Masuk kali neh dah 3 kali polis hanya berani ulas bahawa video itu tulen tapi tidak mahu sahkan pelaku video seks terbabit.

Dengan membiarkan persoalan siapakah pelaku video seks sebenarnya sedikit sebanyak membebankan dsai. Selagi nama dsai tidak dibersihkan selagi itulah penyokong umno akan menggunakan hujah2 neh untuk mengutuk dsai segala bagai. Mana boleh macam neh. Polis patut tegas sket. Kalau nak cakap dsai, cakap betul2. Kalau taknak cakap ia dsai pun cakap terang2. Jangan main tarik tali. Kalau pdrm tuduh dsai senang sket dsai dan pkr cari jalan utk bersihkan fitnah ke atas dsai. Kalau pdrm tak tuduh dsai lagi senang kerja dsai. Ini tidak. Jawapan yang pasti takde. Nak defend diri kang, pdrm tak tuduh bahawa dsai terlibat dalam rakaman terbabit. So macam mana? Kan dah menyusahkan orang tue. 

Walau bagaimanapun kenyataan utusan tidak memetik seluruh kenyataan mufti perlis yang asal. Mufti perlis TIDAK menuduh dsai ialah pelaku dalam video terbabit. Kenyataan asal mufti perlis boleh di rujuk kat sini.

Ameno : Utusan hanya berani amek sekerat2 dan selewengkan banyak2. Heh

Krisis libya : 11 imam di bunuh kejam.

Jurucakap kerajaan libya, Moussa Ibrahim mengesahkan bahawa terdapat sekurang-sekurangnya 11 orang imam terbunuh dalam serangan terbaru Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara [NATO] ke atas libya di bandar brega, kelmarin.

Ketika tentera NATO datang menyerang libya pada waktu tengah malam, kesemua kumpulan imam terbabit sedang tidur. Namun NATO tidak menunjukkan kekesalan di atas tindakan mereka sebaliknya mereka mempertahankan tindakan mereka menyerang kumpulan imam terbabit atas alasan rumah tumpangan yang diami oleh kumpulan iman terbabit ialah pusat kawalan dan arahan untuk menentang NATO.

Kumpulan imam terbabit dijadualkan untuk mengetuai solat mohon keamanan di libya. Namun hasrat mereka tidak kesampaian apabila tentera NATO menyasarkan serangan di kawasan awam berbanding janji NATO sebelum ini iaitu hanya menyasarkan serangan di kawasan ketenteraan muammar gaddafi.

Selain daripada 11 imam yang terbunuh, dipercayai 50 orang awam turut tercedera dalam serangan terbabit.  Jurucakap libya juga menegaskan bahawa angka kematian mungkin akan meningkat kerana kebanyakkan mangsa yang cedera dalam serangan terbabit berada dalam keadaan yang kritikal.

Tindakan tidak berperikemanusian itu juga dikecam oleh PBB, tetapi macam biasalah PBB hanya berupaya untuk mengecam tetapi tiada kuasa untuk menghalang. Heh. Apa yang amat dikesalkan ialah NATO tetap akan meneruskan misi menyerang LIBYA sedangkan muammar gaddafi dipercayai telah meninggalkan libya. Dipercayai motif serangan NATO ke atas libya tidak menyasarkan gaddafi semata2, sebaliknya mereka kini dalam misi menawam libya.

Sebab tue aku cakap, rakyat libya yang minta tolong kat NATO dan amerika tue bengap tak sudah. Kalau sungguh NATO nak bantu, dorang takan serang libya dengan peluru berpandu. Sudah semestinya dorang menjadi tentera pengawal di libya bagi menahan serangan gaddafi ke atas rakyat libya. Elok2 sorang serang, sekarang hah amek ko, dua2 serang ko. Menyesal kini sudah tiada berguna lagi. 

Apa2 pun yang berlaku di dalam negara kita sendiri, biar susah macam mana pun janganlah kita nak harapkan negara luar bantu kita. Biarlah kerajaan kita zalim sekalipun, biar kita jatuhkan kezaliman kerajaan kita dengan tangan kita sendiri. Meminta bantuan luar even duit sekalipun sangat2 tidak disukai oleh aku. Kalau ini dilakukan oleh BN or PR, korang dulu yang akan jatuh kemamposan sebab memperolok2 kedaulatan malaysia.

Ameno : 11 imam itu syahid. Aku percaya.

Sabtu, 14 Mei 2011

Surat tukar status warganegara : Zuraidah diperangkap, terperangkap atau memerangkap?

Susulan pendedahan zuraidah [timbalan pengerusi pkr selangor, ketua wanita pkr, ahli parlimen ampang] berhubung surat tukar status kewarganegaraan pendatang di hulu selangor yang didedahkan baru2 neh, lihat gambar di bawah neh ;




Umno hulu selangor menafikan kewujudan surat terbabit. Umno membuat penafian tersebut di balai polis. Dan umno hulu selangor mendakwa bahawa mereka telah menunjukkan bukti di balai polis bahawa surat itu adalah surat palsu. Terdapat beberapa perbezaan di surat yang didedahkan oleh yb zuraidah. Beberapa perkara yang menjadi hujah di pihak umno ialah ;

1. letter head tak sama seperti yang biasa digunakan oleh umno hulu selangor.
2. Corak tanda tangan yang berbeza
3. Ejaan nama yang juga tidak sama.

Semua ini dilaporkan oleh umno hulu selangor. Surat yang biasa dibuat oleh umno hulu selangor aku takde. Maybe ada bloggers umno yang dah upload benda tue untuk buat perbandingan. Tapi satu atau dua surat tiada beza. Banding membanding pun tiada guna. Benda neh hanya akan menimbulkan kecelaruan.

Celaru kerana betul ke kita boleh percayakan umno hulu selangor? Menerusi track record mereka.. Mereka tiada anugerah kejujuran. Award penipu mereka banyak. Award penyapu pun sama juga. Jadi tak hairan kalau rakyat celaru. Dan menerusi track record PKR pula. Herm. Jap. Herm. Apa yang harus aku katakan? Nanti aku dibalon pula. Herm. Begini sahaja kesimpulan yang aku boleh buat ;

1. Zuraidah perlu dedahkan sang pembocor maklumat tersebut. Dedahkan dia.
Kalau zuraidah di pihak yang benar, usah segan2 dedahkan individu yang bagi surat tersebut kepada zuraidah. Ini akan menyelesaikan banyak soal-jawab.  

Jangan buang masa bawa kes neh ke mahkamah. Ini semua aktiviti yang tidak sihat dikalangan pemimpin. Sket2 mahkamah. Sket2 mahkamah. Habis tue rakyat yang susah banyak terabai nak tunggu pemimpin2 parti dok bertelagah situ sana sini je buat apa? Baik gunakan masa yang ada cari orang susah dan bantu rakyat. Peluang untuk rakyat reundi pr balik cerah asal pr benar2 buat kerja di selangor.

2. Zuraidah kena cari bukti2 yang boleh menyokong kenyataan dia. Mesti ada. Terai cari pendatang2 asing yang konon nya akan diberikan status warganegara tue. Tangkap gambar mereka satu persatu. Paling2 koman dedahkan di seluruh selangor bahawa individu2 neh bakal dapat status warganegara untuk mengundi bn padahal mereka pendatang asing. Orang bn ka, pr ka kalau tahu mesti marah punya. Confirm.

3. Surat tersebut memang wujud. Dan umno telah menunjukkan surat lain untuk mengaburi pandangan rakyat. Boleh jadi semua tue. Macam aku katakan tadi reputasi umno sebagai sang pemfitnah telah terbukti secara global. So segalanya tidak mustahil.

Dalam pada itu, umno sempat mendedahkan bahawa PKR lah yang telah mendaftarkan pengundi asing iaitu seramai 351 warga bangladesh untuk membolehkan mereka undi PKR menjelang PRU - 13 kelak. Perkara ini sedang disiasat oleh sprm sejak sebulan yang lalu cuma tidak didedahkan supaya siasatan tiada ganguan. Arh sudah. Mana satu betul neh? Umno ke pkr yang daftar pengundi asing? Ataupun kedua2 mereka daftar pengundi asing?


Umno daftar pengundi asing. PKR daftar pengundi asing. Habis tue nanti malaysia jadi apa? Negara asing? Pakar politik ada mengulas bahawa umno dan pkr sekarang masing2 sedang hangat main perang saraf. Entah ulasan dia neh relevant ke tidak dengan topic neh. Tapi kalau nak main perang2 saraf sampai menfitnah sana sini aku rasa dorang memang bodoh piang. 


Menyusahkan rakyat. Nak main perang saraf pun mainlah. Tapi apasal kena main guna warga asing pula. Dasar paddykutty betul. Cuba main perang saraf ikut akal. Cuba sama2 berlumba buat kebaikan untuk rakyat? Bukan berlumba2 buat fitnah. Kalau dah berlumba2 buat fitnah itu bukan perang saraf bhai. Itu perang fitnah. Perang saraf yang terdapat banyak dalam taktik peperangan islam dahulu kala bukan lah berunsurkan perang fitnah. Ingat tue.


Dalam kes neh aku sesungguhnya mamai. Bab kepercayaan aku kepada umno memang zero. Tapi aku tak menolak bahawa kemungkinan umno di fitnah. Benda tue mungkin benar. Bab pkr daftar pengundi asing bagi aku susah sket nak percaya. Sebab takan dan2 spr dan ahli parlimen umno dedahkan pkr daftar pengundi asing selepas zuraidah buat pendedahan. Kenapa tidak sebelum itu? 

Dan kenapa tiada bukti sokongan? Almaklumlah nak mendaftarkan perlukan ic betul tak? Kalau perlukan ic mesti kena deal dengan jpn. JPN lak bn yang pegang. So sudah semesti ibarat makan kacang bagi umno kalau nak tunjukkan bukti. Betul tak? 351 pengundi asing kononnya juga didaftarkan di spr.  Sudah semesti pihak spr ada rekod terbabit, betul? Jadi kalau benar, pe kata dedahkan bukti tue aje. Leh lah aku analisis sket. 


Amacam? Ada berani tunjuk bukti tak umno? Macam yb zuraidah buat? Heh.


Ameno : Perang rakyat korang belum tahu lagi..
Percutian ke taman negara, rm290 seorang untuk 3 hari 2 malam
Tukar ipad jadi handphone? Erk.. apa tue? 


Awang adek : Kenaikan harga gula kurangkan aktiviti penyeludupan.

Fack lah U kerajaan. Memang fack betul lah. Dasar paddykutty. Kan aku dah geram neh. Asalnya hari neh aku takmo maki hamun bn dan umno. Itu azam aku. Siyes. Tapi memang dasar fack lah dorang neh. Tak boleh bagi can sebentar kat aku. Memang tak boleh. Sapa tahan bhai ble dorang cakap dorang naikkan harga gula untuk bendung aktiviti penyeludupan? Fack U lah! Baca bawah ;


Huk aloh. Lue nak naikkan rega gula semata2 nak banteras aktiviti penyeludupan? Habis tue polis penyeludupan buat apa? Buat apa jaga sempadan tue bhai kalau akhirnya  1malaysia kena bantu lue untuk buat kerja2 lue? Bek lue bayar gaji kat kita orang pasal kita orang dah bantu lue untuk banteras aktiviti penyeludupan. Betul tak?

Berapa lama lue duduk dalam kerajaan? Takan lue fail nak atasi masalah2 neh? Carilah kaedah yang tak menyusahkan rakyat? Tak boleh ka? Dah lue gagal atasi then senang2 lue kasi masalah tue pada rakyat pula. Memang fack lah government neh. Dasar paddykutty. Amek ko. Aku dah geram gile. Siyes.

Cuba lue siasat macam mana aktiviti penyeludupan tue boleh berleluasa. Lue siasat habis2. Harga cuma salah satu faktor kecik je bhai. Kalau dah berlaku di kelantan baik lue naikkan gula di kelantan je. Saje aku bagi idea bodoh neh. Kalau iye lah sungguh2 harga menyebabkan penyeludupan tue berleluasa. Rasanya itu bukan faktor utama. Rasanya kelemahan pihak penguatkuasaan adalah penyumbang terbesar dalam kegiatan neh. Maybe dorang kena rasuah. Arhh sudah, mereka yang buat masalah, kita lak tanggung beban. Dasar kerajaan paddykutty betul!

Peh tue ada ahti lagi bhai. Nasihat kita soh kurangkan gula. Huk aloh. Lue ingat kita orang mencekik gula 24 jam ke bhai? Masalahnya lue ada otak lue kasi fikir. Gula bukan untuk kegunaan di rumah aje bhai. Gula neh digunakan untuk macam2. Especially dalam pemprosesan makanan. 

So kalau gula dah naik harga ini akan mempengaruhi makanan bhai. Tak kiralah makanan yang siap diproses ke ataupun makanan mentah ke, ataupun apa2 makanan / minuman sekalipun. Ia secara langsung akan menaikkan harga barangan makanan. Kuihmuih toksah cakap lah. Air mair toksah sebut lah. Ini product2 mcm kek, dan segala bagai kan guna gula. Product2 makanan yang siap diproses yang jual kat seluruh pasaraya kan guna gula. Huk aloh, takan aku nak makan kek buatan sendiri plak padahal aku bukan reti making baking neh bhai. Roti yang simple tue pun aku fail nak buat neh kan pula kek. Arhh sudah.  Bila anwar nak jadi piem neh. Tak sabar rasanya nak balon anwar kalau dia naikkan rega gula. Heh.

Ameno : kerajaan fack kasi alasan paddykutty. Heh

Kutukan wordpress kepada pengguna blogspot..

Rasanya ramai tahu semalam lebih kurang dekat sehari dari tengahari bawa ke tengah malam semua pengguna blogspot tak boleh mengakses blog masing2. Ini bukan isu besar. Biasalah team blogger memang jenis buat kerja. So ini antara kerja mereka. Cuma yang peliknya ada bloggers yang merengek tak tentu hala. Merengek macam budak kecik. Merengek sampai ke pemilik wordpress. Last2 rengekan di balas perli. Padan muka !

Menyampah siot aku baca. Konon nya nak mengangkat taraf wordpress lebih bagus dari blogspot lah tue. Padahal wordpress ataupun blogspot sama sahaja. Yang beza cara kita serap info bagi menjayakan belog masing2. Wordpress dan blogspot masing2 ada kejayaan, kelebihan, kelemahan dan ketidakbagusan masing2. Dalam erti kata lain tiada yang perfect pada blogspot, sama seperti tiada yang perfect pada wordpress.

Apa? Ko tak layak kritik wordpress bhai. Lue pakai blogspot. Apa barang lue kritik wordpress? 

Huk alohh.. memang ku pakai blogspot. Tapi ku ada werdeperes juga. Lue tak percaya, lue masuk sini


Terai masuk. Itu werdeperess.. kue tinggal. Pasal kue kata werdeperess tak bagus. Kue kata benda neh tak bagus. Dan kue kata jujur dan ikhlas dari ahti. Bukan untuk bodek hosting situ sana sini.. Heh.

Arhh sudah dia neh ada hosting wordpress rupa. Arhh sudah aktif lagi tapi dia tinggal. Biar betik bhai..

Jadi adil kan aku memberikan pandangan pasal wordpress kat sini? Sebenarnya macam aku dah cakap tadi, blogspot ataupun wordpress masing2 ada kelemahan dan kelebihan masing2. Masing2 ada bagus dan ada yang tak bagus. Ini normal. Platform apa yang kita nak guna untuk buat belog itu hak dan privacy kita. Bagi pengguna wordpress kalau korang tak suka korang boleh pergi mampos.

Pergi mampos pasal tak menghormati hak dan keputusan pengguna2 blogspot. Pergi mampos pasal korang fikir pengguna wordpress berstandard dari pengguna blogspot. Dan sila pergi mampos juga pasal korang fikir korang lebih hebat dari pengguna wordpress.

Hah apa? Nak marah? Sabar dulu bhai. Sabar. Pergi mampos tue untuk mereka yang perasan bagus je. Untuk mereka yang menghormati pengguna blogspot, janganlah pergi mampos. Pergilah hidup dan pergilah bergaul sesama kita. Aku bukan apa. Aku tengok terlalu banyak kutukan wordpress kepada blogspot. Mereka rasa bila mereka bayar hosting dan domain sendiri mereka lebih berstandard dari orang lain. Padahal tue seme takde apa2 bhai. Lazimlah. 

Ada benda free. Ada benda berbayar. Kalau orang tue suka kepada benda free yang dah memang free pasal apa benda yang berbayar neh nak bengkek pula pada orang yang suka benda free? Huk alohh.. lue yang pandai2 nak bayar itu ini, lue pula bengkek ble ada orang suka guna benda free. Ke lue bengkek sebab semakin ramai orang yang suka guna benda free maka semakin tak laku lah pakej hosting? Heh.

Sekarang neh dengar dan faham betul2 apa yang aku nak tulis neh. Apa pun platform yang blogger nak guna untuk berblogging adalah hak masing2. Tak kiralah apa sebabnya pun. Kalau lue nak blogging guna blogspot, okey lue punya pasal. Kalau lue nak blogging guna wordpress itu pun lue punya pasal. Kalau lue nak berblog bisnes elok lue amek wordpress supaya bussiness lue tue boleh nampak standard. Tapi kalau lue nak blogging untuk maki hamun kerajaan macam gua, elok lue guna blogspot sebab apa, ble lue dah masuk ke dalam ISA nanti, blog lue still wujud dan cuba teka apa? Lue takyah bayar 1sen pun untuk pastikan belog lue kekal wujud. Heh

Nota : Sendiri makan cili sendiri rasa pedas. Aku suka makan cili. Malah hari2 makan cili dan hari2 rasa pedas. WOW.

Ameno : Sama tapi tak serupa.


Jumaat, 13 Mei 2011

Polis dilarang tahan PATI.

Lawak gila benda neh. Biar betul ada larangan macam neh? Apa je masalahnya polis nak tahan PATI pun? Apsal pula boleh keluar larangan bangang lagi membangangkan neh? Korang tengok bawah ;


Huk aloh. Kang polis kena kutuk pasal membela pula si PATI2 neh takpe ke beb? Aku malas nak tuduh2 sebab tak tahu kes sebenarnya asbab kepada larangan neh. Tapi yelah beb. PATI. Bukannya PADI. Neh kita bicara soal PATI. Tak faham ke PATI tue apa? Meh aku explain ;

PATI = Pendatang tanpa izin

PADI = Pendatang dengan izin

So kalau dah PATI tue pendatang tanpa izin tak kesahlah tue dia buat hal ke tak buat hal ke dia memang patut ditahan sebab dia masuk malaysia tanpa izin. Sejak bila pula PATI masuk malaysia bukan menjadi satu kesalahan jenayah? Memasuki malaysia tanpa izin itu sendiri dah merupakan perbuatan jenayah. Adoiiyaii..

Macam aku cakap tadi, aku memang malas nak tuduh2. Tapi tersebar gak gosip mengatakan bahawa ini strategi bn untuk kekal berkuasa. Mereka depends on pati2 neh untuk mengundi mereka kelak. Entah betul entah tidak. Aku tak punya saksi apatah lagi dokumen untuk menyokong kenyataan di atas. Sekadar gosip je beb. Alah.. biasalah gosip mengosipkan budaya 1malaysia. Heh

Apa pun polis patut aware lah benda neh. Bukan apa polis tue tanggungjawabnya harus mengutamakan keselamatan rakyat. Tolonglah faham definisi rakyat tue betul2. Memang betul, kalau langgar arahan pihak atasan nanti boleh dibuang kerja. Itu kalau langgar sorang2. 

Cuba lah buat satu gerakan dalaman sket. Buat satu gerakan senyap2. Untuk polis langgar arahan pihak atasan secara berjemaah. Perlu ada satu polis untuk mengetuai misi ini. Bentuk satu kumpulan kecil. Orang kata sedikit2 lama2 jadi bukit. So ble lagi masanya polis nak memberontak dan tolong rakyat, kalau bukan sekarang. Inilah masanya untuk polis dan rakyat sama2 kita langgar pemerintah. Kita langgar mereka, biar mereka mampos. Mampos pasal menyusahkan kita. Amacam? Enhh jap neh akta hasutan ke? Boleh masuk ISA ke sebab hasut polis untuk langgar arahan pihak atasan? Heh.

Ameno : Polis pun manusia.

Khamis, 12 Mei 2011

Barangan luput tarikh dijual semula.

Hish. Sadis betul lah keluarga neh. Kejam gila. Memang fefree je dapat gelaran paddykutty. Sendiri yang cari nahas. Geram siot bila aku tonton berita neh. Adalah dalam 5 minit yang lepas. Terus buat aku geram. Silap2 aku dah terbeli kot salah satu product mereka. Baca bawah dulu ;

Lokasinya nun di pedalaman di Kampung Sungai Salak, Batu 10, Jalan Gombak Lama.
Seminggu membuat risikan dan intipan malam semalam - banglo ini akhirnya digempur penguatkuasa KPDNKK.

Dan ini barangan yang ditemui. Dari serbuk coklat pelbagai jenama terkenal, serbuk teh hingga losyen badan dan lampin bayi dipercayai dikutip dari tong sampah.

Ada juga dari tapak pelupusan. Ada yang telah luput tarikh, lebih tiga tahun lalu. Serbuk coklat ini misalnya telah rosak tetapi akan dibancuh semula dan dijadikan aiskrim. Dan kemudian dijual kepada pelajar melalui penjaja di hadapan sekolah.

Ketika serbuan, dua wanita sedang melakukan kerja membuang cetakan tarikh luput pada botol susu segar.Seorang daripada mereka bertaraf penduduk tetap.Kedua-duanya ditahan bagi membantu siasatan mengikut akta perihal dagangan 1972.

Pengarah Penguatkuasa KPDNKK Selangor, Osman Nawang berkata, barangan terbabit dijual kepada pengusaha restoran, warung dan kedai runcit.

Hampir 4,000 barangan termasuk beribu-ribu helai pelekat tin susu bernilai lebih 30 ribu ringgit dirampas.

OSMAN NAWANG/PENGARAH PENGUATKUASA KPDNKK SELANGOR


"Kita syaki barang2 ini dikutip samada daripada sumber2 yang telahpun bersepakat atau bersekongkol dengan mereka, terutamanya apabila kita dapati byk barg2 rejek dan sebagai dan mungkin juga kegiatan mengutip dari tempat2 pembuangan sampah atau mungkin kedai2 yang telah tamat tempoh barangan itu,mereka kutip semula dan cuci balik kemudian jual semula."

Keji dowh cara dorang meniaga cari untung neh. Betul2 fikir hidup sendiri je. Langsung tak hirau nyawa orang awam. Yang aku bengkek dengan berita tue dia tapis pula jenama2 barangan yang penjenayah neh proses semula. 

Tapi memang tak boleh nak salahkan berita tue 100% gak. Sebab apa bukan pembuat / pengilang yang menghasilkan product tue jual barang luput. Neh kerja orang lain. Mungkin kerja pihak ketiga. Kalau didedahkan nama jenama2 tue mungkin pengguna akan hilang kepercayaan nak beli barangan tue. Walaupun mungkin tak lama tapi aku fikir 2,3 bulan adalah kot. So kat situ merugikan semua pihak sebenarnya.

Barangan yang penjenayah neh proses semula, dia akan agih2kan pula kat kedai2 runcit, restoran2. Adoii.. taktahu product rosak neh dorang edarkan kat mana. Tak semesti operasi kat gombak dorang jual barangan tersebut kat gombak gak. Boleh jadi tempat lain. Silap2 luar dari area kl dan selangor. Kiranya benda neh boleh terkena kat sapa2 pun. Bayangkan enh, susu tin yang dah tarikh luput pun dorang leh proses dan jual semula. Itu yang luput. Kira ada maaf sket sebab luput tarikh walaupun ada yang sampai lebih dari 3 tahun.  

Tapi masalahnya bukan itu je yang dorang proses beb. Yang dorang kutip2 kat tong sampah dan tempat pelupusan sampah pun ada beb. Fack betul lah penjenayah neh.

Antara jenama barangan yang aku suspect lah ;

1. Horlick
2. milo
3. vico
3. nestum
4. susu tin yang ada omega2 kat depan tue.. brand apa aku lupa.
5. susu segar brand nestle kot.. ataupun marigold. Tak berapa cam sangat botol dia.

Tengok gambar kat bawah neh ;






Losyen neh nivea kot. Itupun dorang sanggup susah payah keluar modal untuk buat kerja haram macam neh. Memang fack lagi lah jawabnya. Yang paling jijik sekali ialah dorang siap proses pampers bhai. Pampers wa cakap lue. Pampers mana ada tarikh luput bhai. Kalau ada tak tahu pula aku. Kalau dah proses pampers untuk dijual semula.. adoii.. haizhh.. memang fack lagi lah kat dorang neh.

Pampers neh dah sah2 budak yang pakai. Ke pampers untuk orang TUA? Tak kisahlah baby ke orang tua ke yang pasti pampers neh untuk kegunaan mereka yang tak terdaya beb. Sampai terdesak nak cari duit gila fack sanggup buat kerja macam neh untuk cari rezeki. Memang patut pun di bagi fack kat dorang neh. Dasar fikir kocek sendiri je.

Yang tak boleh blah tue ble dorang buat aiskrim dari coklat yang dah luput dekat 3 tahun. Peh tue dorang jaja plak aiskrim tue kat budak2 sekolah. Kegiatan neh didalangi oleh satu keluarga. 1keluarga yang keji. Memang patut 1keluarga neh dapat fack berjemaah. Silap2 dah ada yang sakit sebab dorang neh. Dan silap2 dah ada kot yang mati juga pasal dorang neh. 

Ameno : Benci gila dengan manusia yang tamak.

Agenda kristian untuk orang melayu malaysia.

Adakah korang percaya bahawa ada gerakan dakwah terancang kristian khusus untuk orang melayu malaysia? Ia khusus untuk orang melayu. Ia khusus untuk orang melayu yang beragama islam. Ya. Melayu. Dan ya, untuk orang islam. Pendedahan ini mungkin mengejutkan. Mungkin juga tidak mengejutkan. Mungkin juga ada yang akan geram. Tapi aku nasihatkan simpan sahaja bahasa maki dan geram dalam jiwa. Dengan memaki hamun tidak akan menyelesai waima satu masalah sekalipun. Dengan mengetahui gerakan ini, kita sudah tentu boleh faham kenapa berlaku beberapa perkara di malaysia. Dengan mengetahui kewujudan gerakan ini, kita sudah tentu harus fikirkan alternatif yang boleh mengatasi perkara ini terus berleluasa.

Orang kristian boleh berkata apa sahaja. Tetapi suka atau tidak, islam ialah agama rasmi di malaysia. Redha atau tidak, ini adalah hakikat. Mereka kena terima. Oleh itu hanya ISLAM sahaja boleh didakwahkan secara terbuka. Mana2 agama selain dari islam tidak boleh diberikan peluang seumpama ini apatah lagi jika gerakan mereka menyasarkan orang melayu + islam itu sendiri. Jika mereka tidak TOUCH.. akidah orang islam mungkin sedikit sebanyak kita patut memahami kehendak mereka. Tetapi ia jadi sebaliknya apabila hasrat mereka memang menyasarkan kepada orang melayu + islam itu sendiri. Lihat printscreen di bawah. Focus pada beberapa perkara yang aku tandakan ;






Gerakan mereka terancang bhai. Aku pun terkejut. Tapi bukan nak maki hamun mereka. Sebaliknya memikirkan macam mana kita tak boleh buat dan fikir macam yang mereka fikirkan. Di manakah kita selama neh? Tidur atau merasa selesa kerana islam agama rasmi yang tak boleh di ubah oleh perlembagaan? Islam sebagai agama rasmi memang tak boleh ubah dalam perlembagaan negara buat masakini. Tetapi akidah umat islam bukan macam buku perlembagaan yang tersimpan rapi dalam perlembagaan. Akidah umat islam ialah sesuatu yang halus. Setiap saat kita terbuka untuk berpaling dari menyembah Allah swt kepada ISA selagi kita belum mati.

Tanpa perlu ubah perlembagaan negara, islam belum tentu kekal di malaysia. Apa yang perlu mereka ubah cuma akidah umat islam. Di atas neh sesuatu perkara yang aku rasa nak terpeliot ble baca. Tak sangka begitu tersusun dan bagusnya mereka dalam menjalankan kegiatan dakwah. Ianya bersistematik dan dipantau dari semasa ke semasa. Untuk tidak merasa kagum aku rasa sangat mustahil. Melihatkan usaha dan kesungguhan mereka aku benar2 terpaut. Alangkah bagusnya jika gerakan islam juga seperti ini. Aku tahu memang ada banyak gerakan islam macam neh. Yang menjadi tak bagusnya kegiatan dakwah islam tidak menyeluruh kerana kekangan pihak2 tertentu. 

Kalau dilihat dari stastistik di atas, jelas agenda kristian itu tidak dibawa oleh orang tempatan [rakyat malaysia]. Sebaliknya ia dibawa oleh orang luar. Dari negara mana dan gerakan apa, aku kurang pasti. Tetapi adakah pembinaan gereja terbesar di asia tenggara di bukit jalil merupakan salah satu agenda mereka? Aku taktahu. Hanya mereka yang tahu je boleh jawab. Mereka selangkah ke alam berdakyah secara bebas di malaysia. Di setiap hotel hampir wujud bible. Ini ilusi biasa. Menyalahkan bible dan kristian adalah fikiran yang bodoh.

Sebaliknya umat islam kena kuatkan lagi usaha2 dakwah dan kerja2 untuk membaikpulih akidah umat islam. Bayangkan umat islam hari neh tidak tahu mencukur kening itu haram. Malahan ada yang menganggap mewarnakan rambut guna pewarna rambut bersumberkan halal, hukum nya halal. Yang lebih sadis, ramai dikalangan mereka tidak bersolat. Apa yang lebih aneh, selalunya orang2 yang tak bersolat neh lah yang akan naik marah terlebih dahulu bila tahu bab2 macam neh. Heh.

Cuma aku aku heran, bila solat pun tinggal, apakah layak di gelar orang islam? Lue fikirlah sendiri.

Ameno : Bina masjid besar bersebelahan gereja. Mari kita usaha lebih keras dari mereka.. hehehe.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...