Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 15 Mei 2011

Isu Kristian agama rasmi : Ibrahim Ali : 'Kalau nak perang salib boleh'

“Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut…Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut. “Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan darah,” katanya disambut tepukan kira-kira 150 hadirin. 


“Ini satu cabaran ke arah kedaulatan umat Islam yang majoriti Negara ini…Mula dengan bangsa berjangkit dengan agama. Bila bangkit soal agama ertinya soal jihad,” tegas Ibrahim.

Ahli parlimen Pasir Mas itu mendakwa kumpulan minoriti berani mencabar ketuanan Melayu dan Muslim kerana mereka digalakkan oleh ketua umum PKR Datuk Anwar Ibrahim untuk menarik undi mereka.

“Ramai orang Kristian di Malaysia orang Cina. Orang Kristian (di dunia) ramai di Amerika Syarikat. Tali barut Amerika Syarikat di Malaysia Anwar Ibrahim. Kita nampak, dah masuk saf-safnya,” katanya.
 


Apa menda lah si katak neh merapu sakan. Nak perang konon. Perang lah dengan umno dulu. Ini akidah umat islam pun di lanyak2. Macam af, mentor dan segala bagai hiburan tue. Neh ada ahti nak perang dengan kristian. Macamlah kristian tue kacau kau. Dorang buat kerja2 dakyah dorang. Bila masa dorang sibuk anjur konsert sana sini. 

Yang muslimah seksi pun bersepah. Ada yang bogel terang2 dalam filem atas nama watak. Yang itu ko taknak perang pula? Bodoh sial katak neh. Kan aku dah mencarut. Bukan aku nak defend kristian. Tapi cara ibrahim ali neh memang sial gila. Saja nak wujudkan sentimen keagamaan bagi orang kristian benci islam. Sial betul lah dia neh.

Bila orang kristian baca statement katak gila neh sah2 dorang akan pandang negatif kat orang islam. Kalau dorang dok pandang negatif kat ibrahim ali je takpe. Apa aku ada kesah. Gi lah mampos sama dia. Tapi masalahnya seluruh umat islam akan terheret sekali di atas kebangangan katak neh. Dah pihak gereja menafikan bahawa mereka tiada hasrat untuk menjadikan agama rasmi malaysia ialah kristian, maka ko terima je lah. Kalau ko rasa mereka ada agenda macam tue ko dedahkan je lah bukti. Pita rakaman di tangan polis sekarang. Apsal polis taknak dedahkan kandungan terbabit? Pernah ko peduli?

Lagipun bab2 ikrar neh isu peribadi. Semua penganut pun akan berikrar untuk menegakkan agama masing2. Kristian begitu. Buddha begitu. Islam juga begitu. Apsal kita boleh ada hak pula untuk campurtangan dalam ikrar peribadi dorang di majlis yang juga peribadi mereka?

Agak bohong lah kalau ko cakap ko tiada cita2 untuk mendakwahkan seluruh penganut kristian agar masuk islam. Mungkin juga ko tiada. Tak siapa tahu. Tapi aku suka kalau seluruh umat kristian di malaysia peluk agama islam. Sebab mereka paling dekat dengan fahaman dan ajaran islam sebenarnya. Dan aktiviti2 dakyah kristian di sarawak dan sabah dimatikan. Cita2 tue aku ada. Tapi biasalah. Ini memang cita2 normal bagi orang islam. 

Bagi org kristian mereka pun ada cita2 gak. Tapi kenapa pula kita ada hak untuk kawal cita2 mereka? Cita2 dan pelan taktikal mereka semua adalah sah selagi mana ia tak bercanggahan dengan undang2 di malaysia. Soal akidah umat islam, itu kita kena atasi sendiri. Kalau kita asyik menyalah kristian 24 jam itu ini memang sangat2 tak patut. Padahal yang buat mentor tue orang melayu. Yang layan idola kecil pun orang melayu. Yang dok sms rajalawak pun orang melayu. Yang dok meroyan menangis2 tengok af pun orang melayu bhai. Dah tue kalau orang melayu + islam sendiri yang pilih jalan untuk hidup SESAT ko nak salahkan KRISTIAN pula buat apa?

Ini memang strategi mereka. Kalau dah tahu perangi lah guna akal bahlol. Yang ko sibuk nak perang2 pastu tanamkan sikap kebencian kepada mereka buat apa? Kristian dan islam memang lah berbeza. Takan boleh bersama sampai bila2. Yang haq adalah haq. Tak mao nya bercampur dengan batil. Tapi itu tak bermaksud yang kita kena gunakan peperangan untuk menegakkan hujah masing2. Jalan perdebatan dan dialog kan ada. Kenapa tidak gunakan pendekatan tue? Kenapa perlu bermusuhan dengan kristian pula? Kenapa mesti nak membenci orang kristian pula?

Inilah sikap tipikal melayu bangang bebal tak sudah. Yang terang2 maksiat dia taknak tegur. Dia taknak perangi. Dia taknak peduli. Yang benda tak pasti kesahihannya dia marah segala bagai. Mana tak kena gelak umat islam malaysia bhai. Macam mana tak gelak? Macam mana tak kena ejek? Macam mana tak kena hina?

Pasal minda dorang neh bebal. Benda yang sah2 SALAH, HARAM, BERDOSA, dorang buat derk je. 

Oii pasangan que haidar dan bini dia pergi majlis yang ada arak bhai. Cuba kasi warning sket kat artis2 macam neh tindakan dorang tue salah..

Mana suara menteri? Entah. Dah mampos ke rais yatim tue? Takan takde penganti?

Oiii nurul ain bogel bhai dalam majalah dan filem. Seksi gila. Menteri pls pls pls take note dan bagi amaran sket.

Mana suara menteri? Entah. Dah mampos agaknya mereka semua. Jamil khir pula buta huruf. Tak reti membaca der komen2 neh.

Oiii majalah mangga menjana seksi kelucahan terlampau bhai.. cuba tarik permit dorang tue. Majalah org islam apa macam tue.. playboy gile..

Mana suara menteri? Takde. Dah mampos. Semua menteri2 islam di malaysia neh dah mampos. Yang hidup ialah menteri2 kristian. So kita perang je lah dengan kristian. Dah angkat senjata masing2? Jom salib!

Ameno : Kristian pun lagi bagus dari ibrahim ali.

Ismail sabri : Kerajaan kaji harga RON 95, LPG dan DIESEL.





Ismail sabri yang juga menteri perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan, memberitahu kepada pihak media dalam satu sidang akhbar bahawa harga ron 95, diesel, LPG akan dikaji setiap enam bulan oleh jawatankuasa pemandu rasionalisasi subsidi harga barang kawalan [PEMANDU]. WOW. Aku baru tahu peraturan itu wujud. Sebelum neh pernah gak aku baca bahawa ismail sabri cakap petrol ron 95 tidak akan di naikkan dalam masa terdekat. Tapi sekarang kenyataan dia dah berbeza sket. Setiap 6 bulan harga bagi ketiga2 bahan neh akan dinilai semula. Jadi adakah ini bermaksud kenaikan akan berlaku pada bulan jun ataupun julai? Atau mungkin ogos? WOW..

Jika benarlah itu berlaku ini bermaksud ron 95, LPG dan diesel akan naik serentak? WOW.. wowww.. WOWWWW.. wowwww... WOW.. apa aku nak cakap selain dari WOWW..? Aku hanya mampu..

WOWW...

Dalam satu kenyataan yang sama juga ismail sabri memberitahu bahawa ;

1. Kerajaan mengangarkan bahawa subsidi untuk tahun neh sepatutnya cuma rm14billion tetapi ianya dijangka akan meningkat kepada 17billion.

2. Tahun lalu subsidi untuk minyak ialah rm10.3 billion. Namun disebabkan kenaikan harga minyak [masa bila? Minyak dunia sekarang turun bhai..] subsidi turut meningkat sebanyak 70 peratus.

3. Sekiranya kerajaan terus menanggung subsidi kenaikan harga barang tersebut maka itu akan menyebabkan defisit kerajaan semakin meningkat. [Aikk.. kita plak penyebab kerajaan mengalami defisit?]

4. Harga baru untuk ron 95, LPG dan diesel akan ditentukan oleh kerajaan selepas PEMANDU bermesyuarat pada JUN neh. [Samada naik ataupun kekal]

5. Ismail sabri juga mengulas isu kenaikan harga gula baru2 neh mampu mengekang usaha penyeludupan gula ke thailand. [tepuk dahi jap, boleh lah join sekaki dengan si bodoh piang awang adek tue sekali]

6. Harga gula akan disemak pada disember depan selepas kontrak jangka panjang dengan pembekal gula di beberapa negara di dunia tamat. [Apa kena mengena pembekal gula dunia dengan kita? Kita pembekal gula gak.. kita buat untuk keluaran sendiri kan? Ke kita import gula gak neh bhai? Jap.. aku confuse sey]

7. Jika harga gula di pasaran dunia lebih tinggi dari malaysia, maka kerajaan akan menaikkan harga gula pada masa itu, jika sebaliknya maka harga gula akan kekal.

Fuhh.. siyes aku blur. Bagi aku amat mustahil untuk mempercayai bahawa kita beli gula yang bersubsidi. Aku tak percaya dulu. Aku masih tak percaya sekarang. Aku tak percaya pun gula ada subsidi bhai. Mustahil rakyat malaysia tak mampu beli gula. Kilang gula kerajaan yang punya. Mereka keluarkan kos untuk proses gula.Then mereka jual kepada pemborong. Then pemborong sampaikan kepada kita. Setiap satu proses yang berlaku keuntungan + modal di ambil kira. So dari mana istilah subsidi neh muncul bhai? Dari ceruk mana? Apa yang di istilahkan subsidi kat sini bhai?

Kalau gula ada subsidi macam mana roberk kuok boleh kaya? Takan kerajaan bodoh piang pergi bayar duit subsidi kat roberk kuok pula? Bagi pandangan aku ialah, apa yang di istilah sebagai subsidi bagi kerajaan ialah bila kerajaan tak boleh nak jual gula sama macam yang negara2 lain jual. Maksudnya kat sini harga gula di thailand sekarang rm3 duit malaysia. Dan malaysia merasakan mereka patut jual rm3 juga. So ble kerajaan tak boleh jual dengan harga tersebut mereka katakan kat kita bahawa gula ada subsidi. Ini pandangan aku.

Tapi pelik gak aku. Nak compare dengan thailand buat apa? Thailand gula memang mahal. Tapi kereta murah bhai. Barang elektrik pun murah gak. Ada lah beberapa barang yang murah di thailand. Tapi di malaysia? Semua mahal nak mampos. Arhh sudah. Kerajaan hanya pandai cari keburukan negara2 lain dan bandingkan dengan malaysia. Bila perkara2 yang baik dari negara lain kita bangkit kat kerajaan, kerajaan bodoh piang bagi ulasan bodoh piang. Macam isu proton. Belilah proton untuk amal jariah. Ini bodoh piang. Hanya orang bodoh piang je support kerajaan bodoh piang.

Ameno : Ismail sabri bodoh piang.


DR. Juanda Jaya : Dakwa pelaku seks



Dr. Juanda hari neh muncul kat front page akhbar mingguan utusan berhubung topic di atas. Kenyataan dr Juanda yang aku petik dari akhbar terbabit ialah ;

1. Mahu pihak berkuasa bertindak terhadap pelaku video seks yang didakwa mirip pemimpin pembangkang

2. Pihak yang dedahkan video juga perlu disiasat. Bagaimana mereka perolehi video dan siapakah dalangnya?

3. Jabatan peguam negara, penguatkuasa syariah, pendakwa syarie dan mahkamah syariah jangan hanya jadi penonton dan duduk di atas pagar.

4. Sekiranya kerajaan indonesia boleh mengambil tindakan terhadap penyanyi ariel peterpan, kenapa kerajaan malaysia tidak?

Tiada yang tak kena pun pada saranan mufti perlis neh. Bagi aku dia mempunyai hujah yang bernas. Masalahnya sekarang pdrm enggan mendedahkan pelaku video seks terbabit kepada umum atas alasan mereka tahu jika ;

- mereka cakap pelaku video seks ialah anwar ibrahim, mereka kena hasilkan bukti konkrit bagi mendakwa dsai. Sudah tentu ramai rakyat akan marah jika pdrm tidak ambil apa2 tindaka terhadap dsai.

- Mereka juga akan menerima tekanan dari media dalam dan luar negara kenapa dsai masih boleh berpolitik dan tiada pendakwaan dijalankan jika pdrm mengesahkan pelaku video seks ialah dsai.

Sebab tue sampai sekarang pdrm tak berani amek apa2 tindakan. Bukan pasal dsai berada dalam video terbabit. Kalau sungguh dsai berada dalam video terbabit, senanglah kerja polis. Tak payah susah2 import player fitnah dari luar negara Dah sah2 dsai sendiri akan undur diri. Dan mungkin akan didakwa sebab dia org islam. 

Masalah jadi rumit sebab pdrm tahu bukan dsai dalam video terbabit. Itu pasal mereka tak boleh nak mengesahkan bahawa pelaku video seks ialah dsai. Mereka hanya berani cakap video seks terbabit adalah tulen. Yang mana aku semakin ragu2 sekarang sebab baru2 neh orang umno ada keluarkan video seks terbabit versi color bhai. Terkejut aku beb. Video seks yang tersebar versi tiada color, mereka leh pula buat kasi ada color. Fulamakk.. canggih tue bhai. Macam mana jika aksi seks itu juga adalah rekaan? Ini semua peranan teknologi. Bagi mereka yang blur teknologi macam aku dengan mudah akan terperangkap dengan kecangihan teknologi zaman kini.

Dalam kenyataan yang sama juga pdrm mengesahkan bahawa rakaman video itu adalah tulen yang mana kali ini ia disahkan oleh pakar khidmat pengimejan video dari luar negara [USA]. Sebelum neh dari korea selatan. Sebelum korea, pdrm juga sahkan bahawa video itu tulen. Masuk kali neh dah 3 kali polis hanya berani ulas bahawa video itu tulen tapi tidak mahu sahkan pelaku video seks terbabit.

Dengan membiarkan persoalan siapakah pelaku video seks sebenarnya sedikit sebanyak membebankan dsai. Selagi nama dsai tidak dibersihkan selagi itulah penyokong umno akan menggunakan hujah2 neh untuk mengutuk dsai segala bagai. Mana boleh macam neh. Polis patut tegas sket. Kalau nak cakap dsai, cakap betul2. Kalau taknak cakap ia dsai pun cakap terang2. Jangan main tarik tali. Kalau pdrm tuduh dsai senang sket dsai dan pkr cari jalan utk bersihkan fitnah ke atas dsai. Kalau pdrm tak tuduh dsai lagi senang kerja dsai. Ini tidak. Jawapan yang pasti takde. Nak defend diri kang, pdrm tak tuduh bahawa dsai terlibat dalam rakaman terbabit. So macam mana? Kan dah menyusahkan orang tue. 

Walau bagaimanapun kenyataan utusan tidak memetik seluruh kenyataan mufti perlis yang asal. Mufti perlis TIDAK menuduh dsai ialah pelaku dalam video terbabit. Kenyataan asal mufti perlis boleh di rujuk kat sini.

Ameno : Utusan hanya berani amek sekerat2 dan selewengkan banyak2. Heh

Krisis libya : 11 imam di bunuh kejam.

Jurucakap kerajaan libya, Moussa Ibrahim mengesahkan bahawa terdapat sekurang-sekurangnya 11 orang imam terbunuh dalam serangan terbaru Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara [NATO] ke atas libya di bandar brega, kelmarin.

Ketika tentera NATO datang menyerang libya pada waktu tengah malam, kesemua kumpulan imam terbabit sedang tidur. Namun NATO tidak menunjukkan kekesalan di atas tindakan mereka sebaliknya mereka mempertahankan tindakan mereka menyerang kumpulan imam terbabit atas alasan rumah tumpangan yang diami oleh kumpulan iman terbabit ialah pusat kawalan dan arahan untuk menentang NATO.

Kumpulan imam terbabit dijadualkan untuk mengetuai solat mohon keamanan di libya. Namun hasrat mereka tidak kesampaian apabila tentera NATO menyasarkan serangan di kawasan awam berbanding janji NATO sebelum ini iaitu hanya menyasarkan serangan di kawasan ketenteraan muammar gaddafi.

Selain daripada 11 imam yang terbunuh, dipercayai 50 orang awam turut tercedera dalam serangan terbabit.  Jurucakap libya juga menegaskan bahawa angka kematian mungkin akan meningkat kerana kebanyakkan mangsa yang cedera dalam serangan terbabit berada dalam keadaan yang kritikal.

Tindakan tidak berperikemanusian itu juga dikecam oleh PBB, tetapi macam biasalah PBB hanya berupaya untuk mengecam tetapi tiada kuasa untuk menghalang. Heh. Apa yang amat dikesalkan ialah NATO tetap akan meneruskan misi menyerang LIBYA sedangkan muammar gaddafi dipercayai telah meninggalkan libya. Dipercayai motif serangan NATO ke atas libya tidak menyasarkan gaddafi semata2, sebaliknya mereka kini dalam misi menawam libya.

Sebab tue aku cakap, rakyat libya yang minta tolong kat NATO dan amerika tue bengap tak sudah. Kalau sungguh NATO nak bantu, dorang takan serang libya dengan peluru berpandu. Sudah semestinya dorang menjadi tentera pengawal di libya bagi menahan serangan gaddafi ke atas rakyat libya. Elok2 sorang serang, sekarang hah amek ko, dua2 serang ko. Menyesal kini sudah tiada berguna lagi. 

Apa2 pun yang berlaku di dalam negara kita sendiri, biar susah macam mana pun janganlah kita nak harapkan negara luar bantu kita. Biarlah kerajaan kita zalim sekalipun, biar kita jatuhkan kezaliman kerajaan kita dengan tangan kita sendiri. Meminta bantuan luar even duit sekalipun sangat2 tidak disukai oleh aku. Kalau ini dilakukan oleh BN or PR, korang dulu yang akan jatuh kemamposan sebab memperolok2 kedaulatan malaysia.

Ameno : 11 imam itu syahid. Aku percaya.

Sabtu, 14 Mei 2011

Surat tukar status warganegara : Zuraidah diperangkap, terperangkap atau memerangkap?

Susulan pendedahan zuraidah [timbalan pengerusi pkr selangor, ketua wanita pkr, ahli parlimen ampang] berhubung surat tukar status kewarganegaraan pendatang di hulu selangor yang didedahkan baru2 neh, lihat gambar di bawah neh ;




Umno hulu selangor menafikan kewujudan surat terbabit. Umno membuat penafian tersebut di balai polis. Dan umno hulu selangor mendakwa bahawa mereka telah menunjukkan bukti di balai polis bahawa surat itu adalah surat palsu. Terdapat beberapa perbezaan di surat yang didedahkan oleh yb zuraidah. Beberapa perkara yang menjadi hujah di pihak umno ialah ;

1. letter head tak sama seperti yang biasa digunakan oleh umno hulu selangor.
2. Corak tanda tangan yang berbeza
3. Ejaan nama yang juga tidak sama.

Semua ini dilaporkan oleh umno hulu selangor. Surat yang biasa dibuat oleh umno hulu selangor aku takde. Maybe ada bloggers umno yang dah upload benda tue untuk buat perbandingan. Tapi satu atau dua surat tiada beza. Banding membanding pun tiada guna. Benda neh hanya akan menimbulkan kecelaruan.

Celaru kerana betul ke kita boleh percayakan umno hulu selangor? Menerusi track record mereka.. Mereka tiada anugerah kejujuran. Award penipu mereka banyak. Award penyapu pun sama juga. Jadi tak hairan kalau rakyat celaru. Dan menerusi track record PKR pula. Herm. Jap. Herm. Apa yang harus aku katakan? Nanti aku dibalon pula. Herm. Begini sahaja kesimpulan yang aku boleh buat ;

1. Zuraidah perlu dedahkan sang pembocor maklumat tersebut. Dedahkan dia.
Kalau zuraidah di pihak yang benar, usah segan2 dedahkan individu yang bagi surat tersebut kepada zuraidah. Ini akan menyelesaikan banyak soal-jawab.  

Jangan buang masa bawa kes neh ke mahkamah. Ini semua aktiviti yang tidak sihat dikalangan pemimpin. Sket2 mahkamah. Sket2 mahkamah. Habis tue rakyat yang susah banyak terabai nak tunggu pemimpin2 parti dok bertelagah situ sana sini je buat apa? Baik gunakan masa yang ada cari orang susah dan bantu rakyat. Peluang untuk rakyat reundi pr balik cerah asal pr benar2 buat kerja di selangor.

2. Zuraidah kena cari bukti2 yang boleh menyokong kenyataan dia. Mesti ada. Terai cari pendatang2 asing yang konon nya akan diberikan status warganegara tue. Tangkap gambar mereka satu persatu. Paling2 koman dedahkan di seluruh selangor bahawa individu2 neh bakal dapat status warganegara untuk mengundi bn padahal mereka pendatang asing. Orang bn ka, pr ka kalau tahu mesti marah punya. Confirm.

3. Surat tersebut memang wujud. Dan umno telah menunjukkan surat lain untuk mengaburi pandangan rakyat. Boleh jadi semua tue. Macam aku katakan tadi reputasi umno sebagai sang pemfitnah telah terbukti secara global. So segalanya tidak mustahil.

Dalam pada itu, umno sempat mendedahkan bahawa PKR lah yang telah mendaftarkan pengundi asing iaitu seramai 351 warga bangladesh untuk membolehkan mereka undi PKR menjelang PRU - 13 kelak. Perkara ini sedang disiasat oleh sprm sejak sebulan yang lalu cuma tidak didedahkan supaya siasatan tiada ganguan. Arh sudah. Mana satu betul neh? Umno ke pkr yang daftar pengundi asing? Ataupun kedua2 mereka daftar pengundi asing?


Umno daftar pengundi asing. PKR daftar pengundi asing. Habis tue nanti malaysia jadi apa? Negara asing? Pakar politik ada mengulas bahawa umno dan pkr sekarang masing2 sedang hangat main perang saraf. Entah ulasan dia neh relevant ke tidak dengan topic neh. Tapi kalau nak main perang2 saraf sampai menfitnah sana sini aku rasa dorang memang bodoh piang. 


Menyusahkan rakyat. Nak main perang saraf pun mainlah. Tapi apasal kena main guna warga asing pula. Dasar paddykutty betul. Cuba main perang saraf ikut akal. Cuba sama2 berlumba buat kebaikan untuk rakyat? Bukan berlumba2 buat fitnah. Kalau dah berlumba2 buat fitnah itu bukan perang saraf bhai. Itu perang fitnah. Perang saraf yang terdapat banyak dalam taktik peperangan islam dahulu kala bukan lah berunsurkan perang fitnah. Ingat tue.


Dalam kes neh aku sesungguhnya mamai. Bab kepercayaan aku kepada umno memang zero. Tapi aku tak menolak bahawa kemungkinan umno di fitnah. Benda tue mungkin benar. Bab pkr daftar pengundi asing bagi aku susah sket nak percaya. Sebab takan dan2 spr dan ahli parlimen umno dedahkan pkr daftar pengundi asing selepas zuraidah buat pendedahan. Kenapa tidak sebelum itu? 

Dan kenapa tiada bukti sokongan? Almaklumlah nak mendaftarkan perlukan ic betul tak? Kalau perlukan ic mesti kena deal dengan jpn. JPN lak bn yang pegang. So sudah semesti ibarat makan kacang bagi umno kalau nak tunjukkan bukti. Betul tak? 351 pengundi asing kononnya juga didaftarkan di spr.  Sudah semesti pihak spr ada rekod terbabit, betul? Jadi kalau benar, pe kata dedahkan bukti tue aje. Leh lah aku analisis sket. 


Amacam? Ada berani tunjuk bukti tak umno? Macam yb zuraidah buat? Heh.


Ameno : Perang rakyat korang belum tahu lagi..
Percutian ke taman negara, rm290 seorang untuk 3 hari 2 malam
Tukar ipad jadi handphone? Erk.. apa tue? 


Awang adek : Kenaikan harga gula kurangkan aktiviti penyeludupan.

Fack lah U kerajaan. Memang fack betul lah. Dasar paddykutty. Kan aku dah geram neh. Asalnya hari neh aku takmo maki hamun bn dan umno. Itu azam aku. Siyes. Tapi memang dasar fack lah dorang neh. Tak boleh bagi can sebentar kat aku. Memang tak boleh. Sapa tahan bhai ble dorang cakap dorang naikkan harga gula untuk bendung aktiviti penyeludupan? Fack U lah! Baca bawah ;


Huk aloh. Lue nak naikkan rega gula semata2 nak banteras aktiviti penyeludupan? Habis tue polis penyeludupan buat apa? Buat apa jaga sempadan tue bhai kalau akhirnya  1malaysia kena bantu lue untuk buat kerja2 lue? Bek lue bayar gaji kat kita orang pasal kita orang dah bantu lue untuk banteras aktiviti penyeludupan. Betul tak?

Berapa lama lue duduk dalam kerajaan? Takan lue fail nak atasi masalah2 neh? Carilah kaedah yang tak menyusahkan rakyat? Tak boleh ka? Dah lue gagal atasi then senang2 lue kasi masalah tue pada rakyat pula. Memang fack lah government neh. Dasar paddykutty. Amek ko. Aku dah geram gile. Siyes.

Cuba lue siasat macam mana aktiviti penyeludupan tue boleh berleluasa. Lue siasat habis2. Harga cuma salah satu faktor kecik je bhai. Kalau dah berlaku di kelantan baik lue naikkan gula di kelantan je. Saje aku bagi idea bodoh neh. Kalau iye lah sungguh2 harga menyebabkan penyeludupan tue berleluasa. Rasanya itu bukan faktor utama. Rasanya kelemahan pihak penguatkuasaan adalah penyumbang terbesar dalam kegiatan neh. Maybe dorang kena rasuah. Arhh sudah, mereka yang buat masalah, kita lak tanggung beban. Dasar kerajaan paddykutty betul!

Peh tue ada ahti lagi bhai. Nasihat kita soh kurangkan gula. Huk aloh. Lue ingat kita orang mencekik gula 24 jam ke bhai? Masalahnya lue ada otak lue kasi fikir. Gula bukan untuk kegunaan di rumah aje bhai. Gula neh digunakan untuk macam2. Especially dalam pemprosesan makanan. 

So kalau gula dah naik harga ini akan mempengaruhi makanan bhai. Tak kiralah makanan yang siap diproses ke ataupun makanan mentah ke, ataupun apa2 makanan / minuman sekalipun. Ia secara langsung akan menaikkan harga barangan makanan. Kuihmuih toksah cakap lah. Air mair toksah sebut lah. Ini product2 mcm kek, dan segala bagai kan guna gula. Product2 makanan yang siap diproses yang jual kat seluruh pasaraya kan guna gula. Huk aloh, takan aku nak makan kek buatan sendiri plak padahal aku bukan reti making baking neh bhai. Roti yang simple tue pun aku fail nak buat neh kan pula kek. Arhh sudah.  Bila anwar nak jadi piem neh. Tak sabar rasanya nak balon anwar kalau dia naikkan rega gula. Heh.

Ameno : kerajaan fack kasi alasan paddykutty. Heh

Kutukan wordpress kepada pengguna blogspot..

Rasanya ramai tahu semalam lebih kurang dekat sehari dari tengahari bawa ke tengah malam semua pengguna blogspot tak boleh mengakses blog masing2. Ini bukan isu besar. Biasalah team blogger memang jenis buat kerja. So ini antara kerja mereka. Cuma yang peliknya ada bloggers yang merengek tak tentu hala. Merengek macam budak kecik. Merengek sampai ke pemilik wordpress. Last2 rengekan di balas perli. Padan muka !

Menyampah siot aku baca. Konon nya nak mengangkat taraf wordpress lebih bagus dari blogspot lah tue. Padahal wordpress ataupun blogspot sama sahaja. Yang beza cara kita serap info bagi menjayakan belog masing2. Wordpress dan blogspot masing2 ada kejayaan, kelebihan, kelemahan dan ketidakbagusan masing2. Dalam erti kata lain tiada yang perfect pada blogspot, sama seperti tiada yang perfect pada wordpress.

Apa? Ko tak layak kritik wordpress bhai. Lue pakai blogspot. Apa barang lue kritik wordpress? 

Huk alohh.. memang ku pakai blogspot. Tapi ku ada werdeperes juga. Lue tak percaya, lue masuk sini


Terai masuk. Itu werdeperess.. kue tinggal. Pasal kue kata werdeperess tak bagus. Kue kata benda neh tak bagus. Dan kue kata jujur dan ikhlas dari ahti. Bukan untuk bodek hosting situ sana sini.. Heh.

Arhh sudah dia neh ada hosting wordpress rupa. Arhh sudah aktif lagi tapi dia tinggal. Biar betik bhai..

Jadi adil kan aku memberikan pandangan pasal wordpress kat sini? Sebenarnya macam aku dah cakap tadi, blogspot ataupun wordpress masing2 ada kelemahan dan kelebihan masing2. Masing2 ada bagus dan ada yang tak bagus. Ini normal. Platform apa yang kita nak guna untuk buat belog itu hak dan privacy kita. Bagi pengguna wordpress kalau korang tak suka korang boleh pergi mampos.

Pergi mampos pasal tak menghormati hak dan keputusan pengguna2 blogspot. Pergi mampos pasal korang fikir pengguna wordpress berstandard dari pengguna blogspot. Dan sila pergi mampos juga pasal korang fikir korang lebih hebat dari pengguna wordpress.

Hah apa? Nak marah? Sabar dulu bhai. Sabar. Pergi mampos tue untuk mereka yang perasan bagus je. Untuk mereka yang menghormati pengguna blogspot, janganlah pergi mampos. Pergilah hidup dan pergilah bergaul sesama kita. Aku bukan apa. Aku tengok terlalu banyak kutukan wordpress kepada blogspot. Mereka rasa bila mereka bayar hosting dan domain sendiri mereka lebih berstandard dari orang lain. Padahal tue seme takde apa2 bhai. Lazimlah. 

Ada benda free. Ada benda berbayar. Kalau orang tue suka kepada benda free yang dah memang free pasal apa benda yang berbayar neh nak bengkek pula pada orang yang suka benda free? Huk alohh.. lue yang pandai2 nak bayar itu ini, lue pula bengkek ble ada orang suka guna benda free. Ke lue bengkek sebab semakin ramai orang yang suka guna benda free maka semakin tak laku lah pakej hosting? Heh.

Sekarang neh dengar dan faham betul2 apa yang aku nak tulis neh. Apa pun platform yang blogger nak guna untuk berblogging adalah hak masing2. Tak kiralah apa sebabnya pun. Kalau lue nak blogging guna blogspot, okey lue punya pasal. Kalau lue nak blogging guna wordpress itu pun lue punya pasal. Kalau lue nak berblog bisnes elok lue amek wordpress supaya bussiness lue tue boleh nampak standard. Tapi kalau lue nak blogging untuk maki hamun kerajaan macam gua, elok lue guna blogspot sebab apa, ble lue dah masuk ke dalam ISA nanti, blog lue still wujud dan cuba teka apa? Lue takyah bayar 1sen pun untuk pastikan belog lue kekal wujud. Heh

Nota : Sendiri makan cili sendiri rasa pedas. Aku suka makan cili. Malah hari2 makan cili dan hari2 rasa pedas. WOW.

Ameno : Sama tapi tak serupa.


Jumaat, 13 Mei 2011

Polis dilarang tahan PATI.

Lawak gila benda neh. Biar betul ada larangan macam neh? Apa je masalahnya polis nak tahan PATI pun? Apsal pula boleh keluar larangan bangang lagi membangangkan neh? Korang tengok bawah ;


Huk aloh. Kang polis kena kutuk pasal membela pula si PATI2 neh takpe ke beb? Aku malas nak tuduh2 sebab tak tahu kes sebenarnya asbab kepada larangan neh. Tapi yelah beb. PATI. Bukannya PADI. Neh kita bicara soal PATI. Tak faham ke PATI tue apa? Meh aku explain ;

PATI = Pendatang tanpa izin

PADI = Pendatang dengan izin

So kalau dah PATI tue pendatang tanpa izin tak kesahlah tue dia buat hal ke tak buat hal ke dia memang patut ditahan sebab dia masuk malaysia tanpa izin. Sejak bila pula PATI masuk malaysia bukan menjadi satu kesalahan jenayah? Memasuki malaysia tanpa izin itu sendiri dah merupakan perbuatan jenayah. Adoiiyaii..

Macam aku cakap tadi, aku memang malas nak tuduh2. Tapi tersebar gak gosip mengatakan bahawa ini strategi bn untuk kekal berkuasa. Mereka depends on pati2 neh untuk mengundi mereka kelak. Entah betul entah tidak. Aku tak punya saksi apatah lagi dokumen untuk menyokong kenyataan di atas. Sekadar gosip je beb. Alah.. biasalah gosip mengosipkan budaya 1malaysia. Heh

Apa pun polis patut aware lah benda neh. Bukan apa polis tue tanggungjawabnya harus mengutamakan keselamatan rakyat. Tolonglah faham definisi rakyat tue betul2. Memang betul, kalau langgar arahan pihak atasan nanti boleh dibuang kerja. Itu kalau langgar sorang2. 

Cuba lah buat satu gerakan dalaman sket. Buat satu gerakan senyap2. Untuk polis langgar arahan pihak atasan secara berjemaah. Perlu ada satu polis untuk mengetuai misi ini. Bentuk satu kumpulan kecil. Orang kata sedikit2 lama2 jadi bukit. So ble lagi masanya polis nak memberontak dan tolong rakyat, kalau bukan sekarang. Inilah masanya untuk polis dan rakyat sama2 kita langgar pemerintah. Kita langgar mereka, biar mereka mampos. Mampos pasal menyusahkan kita. Amacam? Enhh jap neh akta hasutan ke? Boleh masuk ISA ke sebab hasut polis untuk langgar arahan pihak atasan? Heh.

Ameno : Polis pun manusia.

Khamis, 12 Mei 2011

Barangan luput tarikh dijual semula.

Hish. Sadis betul lah keluarga neh. Kejam gila. Memang fefree je dapat gelaran paddykutty. Sendiri yang cari nahas. Geram siot bila aku tonton berita neh. Adalah dalam 5 minit yang lepas. Terus buat aku geram. Silap2 aku dah terbeli kot salah satu product mereka. Baca bawah dulu ;

Lokasinya nun di pedalaman di Kampung Sungai Salak, Batu 10, Jalan Gombak Lama.
Seminggu membuat risikan dan intipan malam semalam - banglo ini akhirnya digempur penguatkuasa KPDNKK.

Dan ini barangan yang ditemui. Dari serbuk coklat pelbagai jenama terkenal, serbuk teh hingga losyen badan dan lampin bayi dipercayai dikutip dari tong sampah.

Ada juga dari tapak pelupusan. Ada yang telah luput tarikh, lebih tiga tahun lalu. Serbuk coklat ini misalnya telah rosak tetapi akan dibancuh semula dan dijadikan aiskrim. Dan kemudian dijual kepada pelajar melalui penjaja di hadapan sekolah.

Ketika serbuan, dua wanita sedang melakukan kerja membuang cetakan tarikh luput pada botol susu segar.Seorang daripada mereka bertaraf penduduk tetap.Kedua-duanya ditahan bagi membantu siasatan mengikut akta perihal dagangan 1972.

Pengarah Penguatkuasa KPDNKK Selangor, Osman Nawang berkata, barangan terbabit dijual kepada pengusaha restoran, warung dan kedai runcit.

Hampir 4,000 barangan termasuk beribu-ribu helai pelekat tin susu bernilai lebih 30 ribu ringgit dirampas.

OSMAN NAWANG/PENGARAH PENGUATKUASA KPDNKK SELANGOR


"Kita syaki barang2 ini dikutip samada daripada sumber2 yang telahpun bersepakat atau bersekongkol dengan mereka, terutamanya apabila kita dapati byk barg2 rejek dan sebagai dan mungkin juga kegiatan mengutip dari tempat2 pembuangan sampah atau mungkin kedai2 yang telah tamat tempoh barangan itu,mereka kutip semula dan cuci balik kemudian jual semula."

Keji dowh cara dorang meniaga cari untung neh. Betul2 fikir hidup sendiri je. Langsung tak hirau nyawa orang awam. Yang aku bengkek dengan berita tue dia tapis pula jenama2 barangan yang penjenayah neh proses semula. 

Tapi memang tak boleh nak salahkan berita tue 100% gak. Sebab apa bukan pembuat / pengilang yang menghasilkan product tue jual barang luput. Neh kerja orang lain. Mungkin kerja pihak ketiga. Kalau didedahkan nama jenama2 tue mungkin pengguna akan hilang kepercayaan nak beli barangan tue. Walaupun mungkin tak lama tapi aku fikir 2,3 bulan adalah kot. So kat situ merugikan semua pihak sebenarnya.

Barangan yang penjenayah neh proses semula, dia akan agih2kan pula kat kedai2 runcit, restoran2. Adoii.. taktahu product rosak neh dorang edarkan kat mana. Tak semesti operasi kat gombak dorang jual barangan tersebut kat gombak gak. Boleh jadi tempat lain. Silap2 luar dari area kl dan selangor. Kiranya benda neh boleh terkena kat sapa2 pun. Bayangkan enh, susu tin yang dah tarikh luput pun dorang leh proses dan jual semula. Itu yang luput. Kira ada maaf sket sebab luput tarikh walaupun ada yang sampai lebih dari 3 tahun.  

Tapi masalahnya bukan itu je yang dorang proses beb. Yang dorang kutip2 kat tong sampah dan tempat pelupusan sampah pun ada beb. Fack betul lah penjenayah neh.

Antara jenama barangan yang aku suspect lah ;

1. Horlick
2. milo
3. vico
3. nestum
4. susu tin yang ada omega2 kat depan tue.. brand apa aku lupa.
5. susu segar brand nestle kot.. ataupun marigold. Tak berapa cam sangat botol dia.

Tengok gambar kat bawah neh ;






Losyen neh nivea kot. Itupun dorang sanggup susah payah keluar modal untuk buat kerja haram macam neh. Memang fack lagi lah jawabnya. Yang paling jijik sekali ialah dorang siap proses pampers bhai. Pampers wa cakap lue. Pampers mana ada tarikh luput bhai. Kalau ada tak tahu pula aku. Kalau dah proses pampers untuk dijual semula.. adoii.. haizhh.. memang fack lagi lah kat dorang neh.

Pampers neh dah sah2 budak yang pakai. Ke pampers untuk orang TUA? Tak kisahlah baby ke orang tua ke yang pasti pampers neh untuk kegunaan mereka yang tak terdaya beb. Sampai terdesak nak cari duit gila fack sanggup buat kerja macam neh untuk cari rezeki. Memang patut pun di bagi fack kat dorang neh. Dasar fikir kocek sendiri je.

Yang tak boleh blah tue ble dorang buat aiskrim dari coklat yang dah luput dekat 3 tahun. Peh tue dorang jaja plak aiskrim tue kat budak2 sekolah. Kegiatan neh didalangi oleh satu keluarga. 1keluarga yang keji. Memang patut 1keluarga neh dapat fack berjemaah. Silap2 dah ada yang sakit sebab dorang neh. Dan silap2 dah ada kot yang mati juga pasal dorang neh. 

Ameno : Benci gila dengan manusia yang tamak.

Agenda kristian untuk orang melayu malaysia.

Adakah korang percaya bahawa ada gerakan dakwah terancang kristian khusus untuk orang melayu malaysia? Ia khusus untuk orang melayu. Ia khusus untuk orang melayu yang beragama islam. Ya. Melayu. Dan ya, untuk orang islam. Pendedahan ini mungkin mengejutkan. Mungkin juga tidak mengejutkan. Mungkin juga ada yang akan geram. Tapi aku nasihatkan simpan sahaja bahasa maki dan geram dalam jiwa. Dengan memaki hamun tidak akan menyelesai waima satu masalah sekalipun. Dengan mengetahui gerakan ini, kita sudah tentu boleh faham kenapa berlaku beberapa perkara di malaysia. Dengan mengetahui kewujudan gerakan ini, kita sudah tentu harus fikirkan alternatif yang boleh mengatasi perkara ini terus berleluasa.

Orang kristian boleh berkata apa sahaja. Tetapi suka atau tidak, islam ialah agama rasmi di malaysia. Redha atau tidak, ini adalah hakikat. Mereka kena terima. Oleh itu hanya ISLAM sahaja boleh didakwahkan secara terbuka. Mana2 agama selain dari islam tidak boleh diberikan peluang seumpama ini apatah lagi jika gerakan mereka menyasarkan orang melayu + islam itu sendiri. Jika mereka tidak TOUCH.. akidah orang islam mungkin sedikit sebanyak kita patut memahami kehendak mereka. Tetapi ia jadi sebaliknya apabila hasrat mereka memang menyasarkan kepada orang melayu + islam itu sendiri. Lihat printscreen di bawah. Focus pada beberapa perkara yang aku tandakan ;






Gerakan mereka terancang bhai. Aku pun terkejut. Tapi bukan nak maki hamun mereka. Sebaliknya memikirkan macam mana kita tak boleh buat dan fikir macam yang mereka fikirkan. Di manakah kita selama neh? Tidur atau merasa selesa kerana islam agama rasmi yang tak boleh di ubah oleh perlembagaan? Islam sebagai agama rasmi memang tak boleh ubah dalam perlembagaan negara buat masakini. Tetapi akidah umat islam bukan macam buku perlembagaan yang tersimpan rapi dalam perlembagaan. Akidah umat islam ialah sesuatu yang halus. Setiap saat kita terbuka untuk berpaling dari menyembah Allah swt kepada ISA selagi kita belum mati.

Tanpa perlu ubah perlembagaan negara, islam belum tentu kekal di malaysia. Apa yang perlu mereka ubah cuma akidah umat islam. Di atas neh sesuatu perkara yang aku rasa nak terpeliot ble baca. Tak sangka begitu tersusun dan bagusnya mereka dalam menjalankan kegiatan dakwah. Ianya bersistematik dan dipantau dari semasa ke semasa. Untuk tidak merasa kagum aku rasa sangat mustahil. Melihatkan usaha dan kesungguhan mereka aku benar2 terpaut. Alangkah bagusnya jika gerakan islam juga seperti ini. Aku tahu memang ada banyak gerakan islam macam neh. Yang menjadi tak bagusnya kegiatan dakwah islam tidak menyeluruh kerana kekangan pihak2 tertentu. 

Kalau dilihat dari stastistik di atas, jelas agenda kristian itu tidak dibawa oleh orang tempatan [rakyat malaysia]. Sebaliknya ia dibawa oleh orang luar. Dari negara mana dan gerakan apa, aku kurang pasti. Tetapi adakah pembinaan gereja terbesar di asia tenggara di bukit jalil merupakan salah satu agenda mereka? Aku taktahu. Hanya mereka yang tahu je boleh jawab. Mereka selangkah ke alam berdakyah secara bebas di malaysia. Di setiap hotel hampir wujud bible. Ini ilusi biasa. Menyalahkan bible dan kristian adalah fikiran yang bodoh.

Sebaliknya umat islam kena kuatkan lagi usaha2 dakwah dan kerja2 untuk membaikpulih akidah umat islam. Bayangkan umat islam hari neh tidak tahu mencukur kening itu haram. Malahan ada yang menganggap mewarnakan rambut guna pewarna rambut bersumberkan halal, hukum nya halal. Yang lebih sadis, ramai dikalangan mereka tidak bersolat. Apa yang lebih aneh, selalunya orang2 yang tak bersolat neh lah yang akan naik marah terlebih dahulu bila tahu bab2 macam neh. Heh.

Cuma aku aku heran, bila solat pun tinggal, apakah layak di gelar orang islam? Lue fikirlah sendiri.

Ameno : Bina masjid besar bersebelahan gereja. Mari kita usaha lebih keras dari mereka.. hehehe.


Rabu, 11 Mei 2011

Pemandu : Ron 95 patut naik, tapi dikekalkan sehingga pilihanraya.


Mengikut rancangan penyelarasan subsidi yang dicadangkan oleh Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), harga petrol RON95 sepatutnya telah dinaikkan oleh kerajaan kepada RM2.05 seliter sekarang. Mengikut perancangan, ini seharusnya dilakukan dengan dua pelarasan - iaitu 15 sen sekitar akhir tahun lalu dan 10 sen lagi pada separuh masa pertama tahun ini.


Namun harga sekarang tetap kekal pada RM1.90 seliter. Harga RON95 dinaikkan dua kali tahun lalu

- iaitu lima sen setiap kali pada 16 Julai dan 4 Disember.

Tahun ini sahaja, harga petrol RON97 dinaikkan empat kali dan kini pada paras RM2.90 seliter, iaitu paras tertingginya.



Menghadapi pilihan raya

Menurut akhbar China Press, harga petrol RON95 sekarang adalah 80 sen lebih murah berbanding harga pasaran - bermaksud harga sepatutnya adalah RM2.70 seliter jika diselaraskan mengikut harga pasaran.



Spekulasi tersebar luas bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak akan membubarkan parlimen akhir tahun ini ataupun pada tahun depan kerana ekonomi dikatakan semakin merudum sejak kebelakangan ini.

Jika rasionalisasi harga petrol ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum, rakyat berkemungkinan akan menghadapi kenaikan agak ketara sehingga boleh menyebabkan inflasi petrol.

Setakat ini, hanya sasaran rasionalisasi subsidi untuk gula yang disaran dinaikkan 20 sen sekilo bagi setiap setengah tahun berjaya dipatuhi.

Terima kasih kerajaan dan pemandu sebab tak menaikkan ron 95 sekarang. Lepas pilihanraya nak naik, naiklah sebab kami tetap akan pangkah bn lagi. Dont worry be happy. Jangan lupa mengundi tangan yang memberi kita semua makan ye.

Ameno : 1malaysia suka barang naik. Kalau tak, takan pangkah barang naik tiap2 kali pru betul tak? Hehehe..


Anak ketua menteri sarawak taib mahmud sah bercerai.


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah hari ini mengesahkan penceraian antara anak Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib, dengan pasangannya Datin Seri Shahnaz Abdul Majid, dengan lafaz cerai talak satu.

Ketua Hakim Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Abdullah, membenarkan lafaz itu selepas berpuas hati bahawa perkahwinan pasangan itu menyaksikan perpecahan dan tidak dapat dipulihkan. "Mahkamah mensabitkan gugur lafaz talak kali pertama berjumlah satu dan memerintahkan Shahnaz untuk beredah tiga kali suci," kata Mohamad.

Katanya, mahkamah turut berpuas hati bahawa pada ketika ini Shahnaz selaku defendan dalam keadaan suci selain tidak melakukan sebarang hubungan sebagai suami isteri dan tidak hamil. Mahmud Abu Bekir, seorang ahli perniagaan yang diwakili peguam Saadiah Din, memfailkan permohonan penceraian pada 14 Feb lepas mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam selepas dikatakan berlaku ketidaksefahaman antara pasangan itu.

Okey fine. Cerai-cerai lah. Bukan hal aku pun sampai nak menyibuk sangat. Tapi berapakah tuntutan harta bekas isteri akan menuntut dari bekas suami? Mao tahu? Baca bawah ;

Mahkamah juga menetapkan 27 Jun ini untuk sebutan bagi kes tuntutan mutaah sebanyak RM100 juta dan harta sepencarian bernilai RM400 juta terhadap ahli perniagaan itu bagi memboleh pihak defendan memfailkan pembelaan.

Anak sapa? Anak ketua menteri sarawak. Heheheh.. mutaah rm100 juta? Hehehe.. mutaah bhai.  





Ameno : Bagi aku rm5k pun dorang tak rugi apa.. heheh

Mahathir : Belilah proton untuk amal jariah.

Penasihat Proton Holdings Bhd Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dakwaan sesetengah pihak bahawa harga kereta yang dijual di negara ini mahal kerana pengeluar kereta nasional itu adalah tidak benar.

"Dari dulu lagi, kerajaan telah mengenakan cukai yang tinggi supaya negara tidak melihat pengaliran wang kita (dalam penjualan kereta) terlalu banyak ke luar negeri," kata beliau semasa berucap pada pelancaran Pusat Logistik Proton di Sijangkang dan Tanjung Malim, semalam.

Dr Mahathir berkata mereka yang membeli kereta Proton adalah satu perbuatan amal jariah kerana apabila Proton maju, ramai yang mendapat kerja dan dapat menyara keluarga mereka.


Pada masa yang sama, Dr Mahathir berkata Proton perlu menumpukan kepada kualiti buatan keretanya kerana dalam perniagaan, imej adalah penting. Jika ada yang mengadu tidak puas hati, biarpun seorang, ia akan memberi gambaran seolah-olah semua kereta buatan Proton bermasalah, katanya.

Mengenai dakwaan seorang penulis blog yang mengatakan tingkap kereta Proton tidak boleh diturunkan sehingga pemilik kenderaan itu terpaksa membuka pintu dan turun daripada keretanya untuk membayar tol, beliau berkata dakwaaan itu keterlaluan.


"Saya juga bawa kereta melalui tol dan saya belum lagi ternampak orang yang bawa kereta Proton (terpaksa) turun daripada kereta kerana nak bayar tol.

"Namun demikian ramai yang percaya inilah sebenarnya yang berlaku," kata beliau, sambil menjelaskan bahawa dakwaan sebegitu walaupun kecil, perlu mendapat layanan yang baik daripada syarikat.

Sebenarnya tak guna bila kita hanya tahu membangkang tapi tak menjelaskan secara terperinci kepada kerajaan tujuan kita membangkang. Nampaknya kerajaan dan mahathir masih tak faham2 lagi punca rakyat naik menyampah dengan proton. Takpelah kat sini biar aku elobrate sket supaya mahathir dan kerajaan fahamkan dulu asas kenapa rakyat marahkan proton neh.

1. Mahathir cakap kalau kita beli proton ibarat kita buat amal jariah.

Aku setuju. Bukan proton je. Semua product pun sama. Orang kata alah membeli, menang memakai. Tetapi dengan proton neh kita cuma alah membeli, alah memakai gak. Maksudnya di sini ; kalah membeli, kalah memakai. Sudah lah nak membelinya memerlukan wang yang banyak. 1point. Kualitinya pula cikai. 1 point lagi. Lepas tue nanti adalah yang datang menepek cakap bhai tue zaman bila bhai? Proton sekarang dah maju bhai. Zaman bila punya hal bukan kes beb. 5 tahun lepas beli proton pun guna duit gak. Bukan guna daun ngok! Apa beza duit 5 tahun lepas dengan duit selepas 5 tahun berlalu? Tetap terbuang gak atas kereta yang kualitinya cikai. Kalau proton dah upgrade kini macam maa pula customers proton terdahulu yang jadi bahan ujikaji sebab beli kereta proton kualiti cikai? Ada rebet ka ketika nak trade in beli kereta proton baru yang konon nya dah improved sesangat. Ada ke? Takde bhai. Takde. 

Sebab tue rakyat marah. Kalau agak2 belum bagus lagi, usah produce product baru. Usah buat pengeluaran untuk cari modal. Apa salahnya buat RnD dulu. Buat betul2. Buat habis2. Guna duit kerajaan lebih sikit pun takpe. Pelaburan guna wang cukai rakyat pun takpe. Amek. Kalau ini cara boleh digunakan untuk meningkatkan kualiti proton, go on. Buat. Tapi jangan keluarkan product cikai dengan harga mahal nak mampos. Itupun aim semata2 nak collect untung. RnD pun incompleted. Atas jalan sudey 2 tahun tak sampai dah berkokak2 proton sana sini. Sapa tak marah kalau macam tue? Sudahlah modalnya sikit atas kilang. Di keluarkan pula kepada rakyat dengan harga yang melambung2. Kalau kat rakyat sendiri mahal kat rakyat luar negara lagi mahal takpe gak bhai. Tapi kat rakyat sendiri ;

1. kualiti cikai nak mampos = harga mahal nak mampos

2. kualiti sket punya baik [atas sikit dari product china] = harga sikit punya murah [lagi murah dari kereta china]

Sapa tak marah beb? Sapa tak terasa ahti? Sapa tak sedih? Sapa tak makan ahti? Sapa tak geram? Sapa tak emosi? Sapa? Lue bilang sama gua.. sapa? Semua rakyat malaysia mesti sedih bhai. Cara tunjuk emosi je berbeza2. 

Ada yang malas layan, mampos ko lah gomen. Ada yang cari duit2 banyak2 pehtue beli kereta import dalam or luar negara, ada yang cabut pergi luar negara.. habis tue yang takde duit? Yang miskin? Yang baru belajar nak hidup berdikari? Macam mana? Ini lah dia mereka yang bersuara. Minta kerajaan luangkan sikit waktu dengar suara dan keluhan ahti mereka. 

Tangan satu belah bertepuk takan ada bunyik bhai. Ko tepuk kat dinding ke, kat peha ko ke apa ke tetap tak sama bunyiknya macam tangan bertepuk dengan tangan. Sebab itu kerajaan kena turun pandang DENGAR. DENGAR apa yang rakyat MAHU. amek PEDULI. Ambil PEDULI kesengsaraan rakyat, penderitaan rakyat. Bukan tak dengar peh tue pandai2 buat analisis yang rakyat hanya tahu memberontak. Fack U.

Naik public transport? Boleh. No hal. Tapi ada improve? Bas kat tempat aku 2 jam sekali. 2 jam sekali bhai. Bas kawasan daerah yang dah naiktaraf jadi pembandaran. Itu tempat aku. Kalau kat tempat terpencil macam mana. Ada bas? Ada? Sebab tue nak taknak kena ada transport. Ukur kemampuan? Nak gak layan import. Tapi revision ukur kemampuan. Rasanya tak layak. So nak taknak apa akhirnya? Itulah dia kerajaan. Suara rakyat takmo peduli. Mereka je betul abadi.

Kalau kat tempat yang maju macam key ell, public transportation pula makin mahal. Charge melambung2. Itu pun tak menyeluruh. So macam mana nak mencekik? Harga semua benda kat malaysia mahal. Cubalah bertolenrasi. Ko mahalkan harga proton, ko kurangkan harga pengangkutan. Kasi menyeluruh semua tempat. Ini tidak. Semua ko bedal. Itu ini semua mahal. Takpe gak tue actually. Asal gaji tinggi? Arh sudah. Gaji pun rendah nak mampos. Mana boleh hidup. Sudahnya kita tertekan dan memberontak.

2. Mahathir cakap masalah tingkap itu kecil.

Ya. Kecil. Kecil bagi dia kot. 2 tahun lepas sedara aku beli viva. 3 bulan je dah cukup. Entah2 tak sampai kot. Tingkap rosak tak leh turun cermin. Pintu kereta? Pecah dia punya handdle. Ya. Memang mahathir tak pernah nampak pengguna proton buka tingkap ketika nak bayar tol, sebab mahathir tak bernasib baik nak bertembung dengan pengguna macam tue. Hey.. nanti dulu? Kenapa mahathir cakap macam tue? Kenapa perlu tunggu dan tengok orang lain yang pakai proton untuk bayar tol pula? Mahathir sendiri bagaimana? Tak pakai proton ke untuk buat ujikaji sendiri? Arhh sudah. Proton bagus? Proton baik? Proton cemerlang? Tapi tak pakai proton? Ya. Ini pemimpin yang kita cari.Anda cari. Saya cari. Kita 1malaysia cari. Heh.

Ameno : Aku yakin proton yang bakal dilancarkan tak lama lagi bagus meskipun tak pernah guna. Hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...