Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 10 Mei 2011

Hot : Kenaikan gula ada kaitan dengan petrol ron 97!

Sebenarnya ramai yang masih taktahu bahawa kenaikan gula ron 95 baru2 neh ada kaitan dengan kenaikan minyak ron 97. Fakta ini tidak disebarkan oleh parti pembangkang kerana mereka tidak mahu rakyat beralih sokongan daripada PR kepada BN. Dan macam biasalah PR sudah tentu akan menggunakan apa sahaja cara untuk merampas kekuasaan dari BN. Biasalah mereka lawan2 nak masuk putrajaya punya pasal. Lihat data di bawah neh. Korang pasti terkejut bila melihat kenaikan gula ron 95 sebenarnya mempunyai kaitan rapat dengan petrol ron 97 ;


Hah, nampak? Selain dari petrol, tebu juga dikawal oleh negara asia barat. OPEC telah menamakan tebu sebagai bahan alternatif kepada petrol untuk menghasilkan tenaga pada masa akan datang. Malaysia juga tidak menanam tebu atas faktor cuaca. Kalau tak dah lama lah kerajaan kita tanam tebu untuk membantu rakyat. Sebab tue kita tak boleh blame kerajaan atas kenaikan minyak dan gula sebab benda neh dikawal oleh pasaran global.

Dalam masa yang sama kita tak boleh nak blame kerajaan terus terusan di atas kenaikan harga barangan makanan secara mendadak akibat kenaikan petrol di malaysia. Minggu neh sahaja pasaran minyak global naik sehingga 1,0000 kali ganda dari harga asal. Daripada US116 dollar setong kepada US100 setong. Ini diluar kawalan kerajaan. Lihat bukti di bawah ini ;



Sebab itulah pada masa yang sama menteri menasihatkan kepada peniaga jangan menaikkan harga dengan sesuka ahti. Ingatlah peniaga bukan nya kerajaan. Kerajaan berhak menaikkan harga gula dan petrol kerana kerajaan bukan peniaga. Tetapi peniaga ialah peniaga. Dengarlah nasihat dan amaran dari kerajaan. Kenaikan gula juga akan mengurangkan pesakit obesiti, kencing manis dan darah tinggi. Stastistik nya korang boleh lihat disini. 99% pesakit kencing manis, obesiti dan darah tinggi sembuh setelah gula naik secara mendadak dua tahun kebelakangan neh ;


Akhir kata dari aku, janganlah kita mengigit tangan orang yang memberi kita makanan. 


Ameno : "niat" makan : sahaja aku makan ini nasi pada malam neh kerana bersyukur kepada beer end..... sah? tak sah? sah kan? boleh lah makan yerk.. heheheh..

Perkasa : Dunia lebih selamat tanpa osama.




Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyokong kenyataan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa dunia kini lebih selamat selepas pemimpin Al-Qaeda Osama bin Laden dibunuh Amerika Syarikat.

Namun, PERKASA tetap membantah tindakan Amerika Syarikat yang membunuh dan membuang jenazah Osama ke laut, kata timbalan presiden pertubuhan Melayu itu, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar.

"Apa yang kita bantah ialah tindakan membuang jenazah itu ke laut sebab itu menghina (Osama) sebab dia ada agama, sebagai seorang Islam.

"Agama mana yang benarkan mayat penganutnya dibuang ke laut?" katanya lagi ketika dihubungiMalaysiakini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan tindakan Amerika yang menembak mati Osama dalam operasi mengejut di sebuah perkampungan di Pakistan pada 2 Mei lalu.

"Ini juga satu penghinaan. Kenapa dia dibunuh kalau dia tidak ada senjata. Kenapa dia tidak ditangkap dan dibicarakan," katanya lagi ketika dihubungiMalaysiakini.

Terdahulu, beliau bersama sekumpulan lebih sepuluh orang anggota PERKASA berhimpun di hadapan kedutaan Amerika di Jalan Ampang, Kuala Lumpur bagi menyuarakan bantahan ke atas pembunuhan berkenaan.

Satu notis bantahan yang dialamatkan kepada presiden Amerika Barack Obama turut diserahkan kepada seorang pegawai kedutaan berkenaan petang ini.

Apa yang diperkatakan oleh perkasa neh ada pros dan cons.  Bagi aku perkasa tak payahlah nak uphold sangat pegangan sekularisme si najib tue. Bagi najib semua yang ada kaitan dengan islam ialah ;

1. ektremis / puak pelampau
2. pengganas
3. pengacau

Tak hairanlah dia berani bidas syeikh yusoff alqardawi demi amerika. Tak heran juga dia sanggup putuskan bekalan gasoline malaysia ke iran. Apa nama? Syiah? Habis tue israel bagus sangat? Heh. Antara iran dengan israel @ amerika, baik aku pilih iran. 

Apatah lagi benda tak terbukti depan mata syiah iran membunuh. Setakat youtube 2,3 kerat yang memaparkan golongan minoriti tak boleh mewakili seluruh iran. Apatah lagi puak2 dalam iran yang sentiasa mencari jalan untuk jatuhkan ahmadinejad sebab ahmadinejad memperkasakan islam di iran. Antaranya artis2 yang nak berhibur cara keterlaluan tidak dibolehkan sehingga memaksa artis2 macam neh migrate ke negara lain untuk cari rezeki hiburan dengan cara yang tak senonoh.

So kalau agak2 nak bela najib sebab iran tue syiah baik tak payahlah. Seburuk2 iran yang korang anggap syiah tue pun dia mengaku Allah swt itu tuhan kita. Sebaik2 israel + amerika yang korang agung2 bagai nak rak sangat tue tak mengakui Allah swt.. hehehe.. setakat nak cakap pasal syiah hina Nabi saw, hina isteri Nabi saw lah sahabat2 Nabi saw dan segala bagai.. baik cermin diri dulu. Benda tue berlaku zaman bila? Lain orang buat lain orang plak kena tanggung. Apatah lagi syiah neh ada banyak versi. Entah mana2 syiah korang cedok peh tue justify iran tak pasal2. Seseorang itu tidak dibuktikan bersalah sehingga mereka diadili. 

Malaysia tidak pula menghalang amalan syiah di amalkan di malaysia kecuali untuk tujuan sebaran [berdakwah kepada rakyat malaysia] jadi ini tidak boleh menjadi penyebab kepada kita untuk benci iran atau syiah tak semena-mena. Kalau iran dibenci pasal syiah dan korang membenarkan tindakan najib, maka korang memang umat islam yang hanya tahu bertaklid membabi buta. Bukan tak boleh siasat dan usaha mencari kebenaran. Mungkin lebih mudah meletakkan kesalahan daripada mengambil tahu punca/asbab kepada berlakunya kejadian2 tertentu.

Dalam kes neh najib tak bagi ruang pun kepada iran untuk dengar pandangan mereka bila iran memilih untuk menentang israel dan amerika secara terbuka. Tahu2 je lepas balik dari perjumpaan dengan obama terus potong bekalan gasoline ke iran. Itupun secara senyap2. Malaysia sepatutnya diketuai oleh pemimpin yang berani sound amerika dan israel tetapi sejak najib jadi menteri segala2nya yang dia buat benar2 menjatuhkan airmuka umat islam. Disini kita laungkan slogan anti israel tapi dalam diam2 kilang coke bakal dibina di malaysia. Rasa macam takde maruah pula orang muslim malaysia neh.

Apa yang diperkatakan oleh perkasa mengenai mayat osama tue memang betul. Tapi macam yang dah pernah aku tulis kat sini, diam lebih bagus. Menyokong najib hanya akan memperbodohkan perkasa. Osama neh entah wujud entahkan tidak. Kalau lah osama neh sungguh2 wujud dan mempunyai pelan taktikal untuk menyerang us dan israel, obama patut biarkan osama hidup untuk korek semua rahsia2 alqaeda. Malahan patut buat duit lagi. Rakam dokumentari ke apa ke. Ini tidak tahu2 je tembak then buang mayat dia. Konspirasi gak neh. Banyak najib perlu belajar dari obama.Video seks mirip dsai gagal habis. Kursus lagi. Ya, kursus lagi. Heh.

Ameno : Syiah iran sesat. Sunnah najib cuma halalkan judi sukan je. Heh.

Dr maza ucapkan tahniah kerana kerajaan naikkan harga gula.

Ye, sepertimana yang kita sedia maklum, kenaikan gula telah menurunkan peratusan jumlah pesakit ;

1.kencing manis
2.darah tinggi
3.obesiti
4.kanser

Yang mana korang leh rujuk link neh dan sebarkan bukti neh banyak2. Kali neh dr.maza juga telah memuji tindakan bernas kerajaan dalam menaikkan harga gula. Bersama kita bergandingan bahu dengan kerajaan dalam mengurangkan subsidi dan menaikkan harga barang makanan di malaysia. Ingatlah, tanggungjawab kita kepada kerajaan, siapalah kita tanpa kerajaan dan janganlah mengigit tangan yang memberikan anda makanan.. Rujuk gambar di bawah ;


Kali neh satu lagi tokoh ternama di malaysia memuji tindakan bernas dan bijak kerajaan kita. Lihat bawah ;


Oleh itu usahlah naik marah2 dengan tindakan kerajaan. Jikalau ahli agama dah mengatakan tahniah kepada kerajaan, maka kita haruslah mencontohi sikap dan akhlak ahli agama tersebut. Tahniah kerajaan kerana naikkan harga gula. Hehehehe...

Ameno : Tahniah kerana slumber je pow duit rakyat..


Tengku adnan : Bukan najib, tapi anwar yang "anak babi" !

WOW..  baru ku tahu memaki pembangkang ialah budaya bertamadun. Memaki parti kerajaan ialah perkara yang tidak bertamadun. Bukan kah ini hebat? Aku patut tukar diri aku dari status pembangkang kepada status kerajaan untuk membolehkan diri aku memaki hamun. Heh.

Lihat bawah ;



Nota : Perbuatan memaki hamun dalam apa jua keadaan, bentuk, oleh sesiapa sekalipun dan ditujukan kepada sesiapa sekalipun dilarang oleh Allah swt.

Ameno : Cara tengku adnan marah menunjukkan tengku  adnan memang seseorang yang bertamadun..

Ezam : Sah, anwar akan melarikan diri!

Heheheh.. ezam yang cakap. Bukan aku. Dia cakap kat utusan. Baca bawah ;


Dari kata2 ezam kat atas dapatlah aku simpulkan begini ;

1. Ezam cakap dsai nak timbulkan huru hara dalam negara

2. Ezam cakap selepas dsai timbulkan huru hara dsai akan can cin caw..

3. Dan untuk mengelakkan perkara itu terjadi maka ezam mencadangkan agar pasport dsai ditahan oleh polis.

4. Untuk mengekang politik dan cakap kotor dsai, polis perlu ambil tindakan tegas terhadap dsai.

5. Dia mendapat semua maklumat itu dari satu sumber.

Heheheheh.. betul ke? Mana aku tahu. Dah dia [ezam] yang cakap. Kalau nak tahu betul ke tak betul tanyalah dia sendiri. Dia tak layan pun twitter aku. Aceeerr kena provoke cikit dia lari.. hehehe..

Dan macam biasalah apalah umno mengutuk dsai tanpa zul nordin disisi. Kat bawah neh pula pengakuan zulkifli nordeen ;

Dalam pada itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, Anwar boleh memanggil Najib sebagai pandi kutti tetapi hakikatnya rakyat tahu Perdana Menteri tiada sifat sebegitu.
Yang ada sifat sebegitu adalah orang yang suka menuduh orang lain,” katanya.


Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin pula berkata, kenyataan kesat itu jelas membuktikan betapa rendahnya nilai moral Anwar.

“Orang yang sanggup mempolitikkan agama dan nama Tuhan sendiri akan sanggup lakukan apa sahaja untuk kepentingan dirinya,” kata beliau.

Hehehe.. korang dah baca belog tuan zulkifli nordeen ka? Kalau belum pergi lah baca ye. Satu kata kesat pun takde dalam belog dia. Sesuci malaikat youuu.. auwww.. kah kah kah

Ameno : muntah.

Hot : Anwar akui sebut anak babi!

KUALA LUMPUR _ Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau ada menyebut perkataan ‘Pandi Kutti’ yang bermaksud anak babi dalam satu perhimpunan melibatkan majoriti masyarakat India di Kelang, Selangor semalam.

Namun beliau berkata, ia tidak ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebalik beliau mendakwa, perkataan pandi kutti merujuk kepada budaya politik yang dibawa UMNO.

“UMNO memfitnah – saya sebut: politik porno, zalim, rasuah seperti pandikuty; tidak sebut nama siapa,” katanya melalui akaun Twitter miliknya petang ini.

Anwar berkata demikian bagi menjawab persoalan dari seorang lagi pengguna akaun Twitter yang dikenali sebagai Izizree yang mahu tahu kenapa Anwar memanggil Perdana Menteri sebagai anak babi.

Anwar didakwa meluahkan perkataan itu ke atas Najib dan tindakannya itu telah mengundang kemarahan banyak pihak terutama yang berada dalam kerajaan dan parti.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang nyata marah dengan perbuatan Anwar itu berkata, UMNO tidak akan menuntut Anwar agar memohon maaf kepada Perdana Menteri.

“Tak guna minta permohonan maaf daripada orang yang gila, beliau dah gila, biarkan sahaja, tak perlu ikut gila sepertinya,” katanya di sini siang tadi.



KUALA LUMPUR – UMNO tidak akan menuntut permohonan maaf dari Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan tindakannya menggelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai “anak babi”, demikian menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tegasnya tindakan menuntut permohonan maaf berhubung perkara itu adalah sesuatu yang sia-sia.
“Tak guna minta permohonan maaf daripada orang yang gila, beliau dah gila, biarkan sahaja, tak perlu ikut gila sepertinya,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Anwar Ibrahim dalam sesi ceramahnya di hadapan penyokong Hindu di Dewan Hamzah, Klang baru-baru ini yang menggelarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘pandikutti’ atau anak babi.
Sambil menggambarkan sikap politik tidak matang Ketua Pembangkang itu, Tengku Adnan seterusnya berkata UMNO kesal dengan sikap Anwar yang suka menggunakan gelaran tertentu kepada musuh politiknya bagi menyembunyikan kelemahan sendiri.
“Saya tak setuju bila dia suka cakap bukan-bukan, tolong jadi orang yang lebih matang. Saya tak faham kenapa beliau guna perkataan-perkataan sedemikian rupa.
“Kita kecewa dengan kenyataan sedemikian, jangan bagi gelaran yang bukan-bukan kepada orang,” katanya.
Dalam masa yang sama, beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional berkata, Anwar sepatutnya melihat kekurangan dirinya sendiri sebelum menghina orang lain dengan pelbagai gelaran.
“Sebelum kita panggil orang dengan gelaran tertentu, kita kena tengok diri kita dulu baik atau tidak baik. Masalahnya dengan Anwar, beliau tak tengok dirinya dalam cermin, sebab itu tak sedar diri,” katanya. -MediaUMNO

Kali neh aku tak bersetuju dengan tindakan anwar ibrahim mengelarkan umno sebagai anak babi. Apatah lagi anwar ibrahim melabelkan politik fitnah dan porno umno ibarat anak babi. Haiyoo.. sejak bila anak babi pandai fitnah dan main politik rasuah? Aku tak pernah tahu dan aku heran kenapa anwar menuduh anak babi yang terdosa tue. Anak babi itu lebih bagus sikap mereka berbanding umno. Menyamakan umno dan anak babi sebenarnnya  telah memfitnah anak babi itu sendiri. Kita tak boleh fitnah manusia. Tapi dalam masa yang sama kita pun tak boleh fitnah binatang. Apatah lagi binatang ini tidak berupaya nak membela dirinya di mana2 mahkamah. Sorrylah geng, kali neh aku rasa dsai memang sama sekali tak patut melabelkan umno sebagai anak babi. Kesian anak babi yang tak berdosa jadi mangsa dan di samakan pula dengan parti politik yang zalim. Hish. Dasat. Heh.

Dalam masa yang sama melabelkan politik umno sebagai anak babi sepatutnya dirasai oleh adnan yaakob sendiri sebab dia pun sebahagian dari umno. Bila anwar sebut umno ianya harus terpalit kepada semua individu2 dalam umno yang main rasuah, porno dan fitnah. Kalau yang tak main perkara2 neh tak sepatutnya terasa. Tapi yelah apsal semua ahli2 umno menyalak cakap dsai menujukkan ayat tue kepada najib razak? Adakah dalam mindset penyokong kerajaan bahawa najib razak adalah individu pertama yang mereka captured sebagai pemain politik fitnah, jijik, porno dan rasuah? Hish.. tak boleh blah. Rupanya persepsi umno terhadap najib razak sama macam persepsi pembangkang terhadap umno. Heh.

Ameno : Makan ciliiii rasa pedasss...

Isnin, 9 Mei 2011

Panas : Video seks mirip dsai dari angle berlainan dah keluar!

Rasanya memang takde harapan lah polis ke kdn ke kerajaan ke nak tangkap dan balon papa gomo hidup2 aku rasa. Sekarang neh video seks mirip dsai dirakam dari sudut berlainan sedang disebarkan. Aku pun tengah download benda tue. Hey bhai.. lue minat porno ke bhai? Yang lue dok download2 neh pasal apa? 

Celaka betul. Tak pernah aku rasa malu macam neh. Memang terhina sungguh aku rasa sehingga terpaksa mendownload lucah-lucahan neh semata2 untuk menjatuhkan rejim pemfitnah.Maki hamun tak payah cakap lah. Berbakul2 dah aku rasa aku terima bagi sesiapa yang masuk belog aku neh. Nak marah dorang pun takley gak pasal dorang cakap benda benar beb. Mana leh download, sebar dan tengok video lucah atas alasan nak kaji mengkaji. Bagilah sejuta alasan pun kat dunia atau akhirat benda salah tetap salah beb. Ko nak bela diri ko kat dunia memang lah boleh. Depan Allah swt mengelupur ko. Siyes. Aku pun dah cuak habis. Tapi aku memang tak boleh nak redha dan sabar dengan tindakan keji umno. Sorry, nak taknak aku memang akan download gak untuk fahamkan betul2 tang mana aslinya video neh. 

Apa? korang pun nak download gak? Tak payah lah der. Rezeki boleh lah kita share sama2. Dosa biarlah aku tanggung sorang2. Lepas aku tengok porno t aku update sini.

Ameno : Porno memorno.

Hot: Rahmat kenaikan gula!

Nampaknya ramai yang suka marah melulu bila kerajaan naikkan harga gula. Biasalah jenis tak bersyukur memang cam gitu. Susah kita nak terangkan kepada mereka satu persatu hasil yang dapat kerajaan dan rakyat nikmati kesan daripada kenaikan gula. Owh lupa buat yang belum tahu lagi, gula telah pun dinaikkan sebanyak rm0.20. Daripada rm2.10 kepada rm2.30 Berkuatkuasa esok. Baca bawah ;



Sebenarnya kadangkala rakyat malaysia suka sangat menilai perkara-perkara macam neh dari aspek negatif. Padahal apa yang kerajaan buat sebenarnya tak semua buruk dan teruk. Contohnya isu kenaikan gula. Selain dapat menjimatkan subsidi, tahu kah korang bahawa peratusan penghidap kencing manis, darah tinggi, obesiti dan kanser telah menurun akibat kenaikan harga gula sejak dua tahun neh? Semua penyakit2 neh berkaitan rapat dengan gula.

Hah. Ramai yang tak tahu pasal benda neh sebab apa? Sebab blog dan media pro pembangkang [termasuklah aku] tak perasan [bagi aku] dan tidak mahu ambil peduli mengenai hal ini. Bagi mereka alah.. benda kecik setakat dapat mengurangkan beberapa jenis penyakit dan mengamalkan gaya hidup sihat.. biasalah tue. Semua kerajaan mesti buat macam tue. Memang betul. Tapi masalahnya benda baik yang kerajaan buat kita kena support. Apatah lagi benda-benda neh di sokong oleh fakta dan data2 yang terperinci bhai. Jangan lah asyik nak hentam kromo je. 

Adooiiiyaiii... Kat sini aku bagi 3 bukti keratan akhbar dan link website yang menunjukkan bahawa peratusan pesakit obesiti, kencing manis, kanser, darah tinggi telah menurun sekaligus menurunkan bil perubatan untuk merawat penyakit2 ini.




Selamat membaca. Dan ingatlah kita pembangkang hanya menentang dengan fakta, bukannya auta.

Ameno : Manis. Hehehe..

Hot : Sambut hari ibu haram!

Isu neh panas beb. Aku sendiri pun blur. Malahan aku taktahu nak cakap apa. Walaubagaimana pun meluahkan disini bukan bermaksud aku menidakkan apa2 keputusan yang dibuat oleh ahli agama. Sekadar meluahkan beberapa perkara yang menjadi persoalan2 aku supaya perkara ini berjumpa dengan jawapan nya kelak.

Hah? Apa nama? Kalau ustaz cakap dah haram tue haram lah beb. Yang ko sibuk persoalkan napa. Ko fikir ko tue sapa? Hebat sangat ke bab2 agama neh?

Hek eley.. gua sedar lah gua tak pandai bab2 agama bhai. Pasal tue gua cakap tadi, gua tanya. Gua tanya untuk dapatkan kepastian. Gua bukan letak conclusion kat sini beb. Gua berhak tanya pasal benda neh meragu2kan diri gua. So what? Sejak bila pertanyaan itu menjadi suatu keharaman pula buat umat islam? Sesi tanya bertanya neh akan merungkaikan pelbagai masalah dan mendatangkan kefahaman kelak.So aku punya pasal lah aku nak tanya pun supaya aku boleh faham kenapa hari ibu neh haram! Ada faham?

Benda neh sebenarnya aku dah terbaca 3,4 hari yang lepas. Cuma tak nampak lagi bukti bahawa ustaz sendiri cakap perkara tue haram. Then bila aku nampak bukti itu sendiri, so aku terkalut banyak. Bukan sebentar atau sedikit. Tapi banyak bhai. Lihat bawah ;

Hait. Hukum sambut hari ibu haram? Haram? Apa dia? Haram. Jap. Apa? Haram.. whorr haram. Haram ke? Semuslim malaysia sambut hari ibu neh beb. Ahli pas pun sambut. Siyes. Nak tipu apa. Pemimpin pas pun ada wish kot kat fb dan twitter masing2. [kot aje ye, bukan aku cakap ada, aku cakap KOT]. So haram ke perkara neh?

Kenapa haram? Sebab ada kaitan dengan kristian? Whorr.. okey fine itu pandangan ustaz. Sudah tentulah ustaz neh bukan main pandai2 ulas. Sudah tentulah ustaz neh mempunyai ilmu agama yang tinggi. Siapalah kita nak dibandingkan dengan ilmu ustaz neh. Namun di bawah ini ialah persoalan2 yang terbit dari benak aku. Jangan marah bhai. Aku cuma nak cari jawapan. Aku tahu ramai orang cerdik agama ada fb. Ada twitter. Ada belog. Mungkin korang leh bantu aku seek jawapan kepada persoalan2 aku kat bawah neh ;

1. Apakah benar hari ibu neh ada kaitan dengan umat kristian? Adakah ia benar2 berasal dari kristian [agama] ataupun dari manusia yang menganuti kristian [budaya]? 

Contohnya macam neh, aku cipta tanglung. Kebetulan aku orang islam. Dan ciptaan tanglung aku popular. Setelah zaman berlalu, tiba2 orang kristian cakap tanglung haram sbb ada kaitan dengan org islam. Hait.. ketika aku menciptakan tanglung aku tak expect pun ia akan dikaitkan dengan agama aku, sekadar nak menyatukan seluruh umat manusia bermain tanglung sama2 semoga mereka boleh bermuafakatan. Itu je. So kat sini aku nak tahu. Kenapa hari ibu neh haram? Haram sbb ia memang berasal dari agama kristian ataupun haram kena dia diasaskan oleh penganut kristian? So facebook, patut haram juga? Ini pertanyaan ye.

2.Aku tak rasa hari ibu neh menjurus kepada kemungkaran apabila kita menyambutnya. Memang lah orang kata hari2 ialah hari ibu. Betul ke hari2 dorang sambut hari ibu pun? Heh. Tapi salah ke peruntukan satu hari khusus untuk sambut ibu masing2 secara besaran2? Ia diadakan supaya perkara ini boleh meluas. Hari neh aku, ko, kita dan seluruh manusia celebrate ibu masing2.. so apa masalahnya kalau begitu? Bukan nya ada roh2 kristian pun kan? Yang aku tahu ada roh2 keuntungan. Peniaga mencari keuntungan dengan menjual hadiah hari ibu. Heh.

Jadi kenapa tidak amek yang baik [niat sambut ibu] dan buang yang keruh [diasaskan oleh penganut kristian]. Bukan kah penganut kristian juga ialah manusia ciptaan Allah swt?Adakah jika hari ibu ini dicipta oleh orang islam maka ia dibolehkan? Jika ya mari kita jadikan 8 jun sebagai hari ibu untuk orang islam.

Aku siyeslah semakin binggung dengan benda2 macam neh. Benda yang aku rasa ianya tak memudaratkan orang islam tak patutlah kita fikir terlalu jauh dan terlalu dalam. Ini pandangan aku lah. Tapi aku tahu korang memang hebat. Sudah tentu pandangan korang pun hebat gak. Heh.


Nota : Sambutan hari ibu bukan bererti sayang ibu satu hari. Tiap2 hari sayang ibu cuma pengkhususan 1 hari untuk meraikan ibu. Ker korang tiap2 hari celebrate ibu bawa pergi dinner dan etc? Heh.


Ini nota yang mengatakan sambutan hari ibu adalah haram. 


Di dalam wall ustaz ramai mengatakan bahawa sambutan hari ibu haram kerana ustaz yang cakap.. salah satunya ialah ini ;



Memandangkan ada yang bertanya, maka aku nak bagitau yang aku dah pastekan link blog ini di wall ustaz. Sorry, ini cuma pertanyaan aku kepada ustaz. Yang korang naik marah kenapa pula der? Hehhehe.. balon2 jangan tak balon..

3 soklan aku kepada ustaz ;

1. ustaz, kenapa tak boleh sambut hari ibu? apakah bukti wikipedia layak digunakan untuk menjadi saksi bahawa hari ibu ada kaitan dengan kristian? saya meragui sumber2 dari wiki dan saya mengesyaki bahawa wiki digubal untuk membuatkan kristian dan islam salingbercakaran seterusnya yahudi [org yg tidak beragama] mengambil kesempatan di atas peperangan itu.


2. Merujuk kepada kata2 ustaz di atas ; apakah majlis fatwa kebangsaan patut membincangkan isu neh? Jika haram, maka katakan terus terang dan begitulah sebaliknya. Kalau kita sayangkan akidah umat islam, kita tak boleh lah cakap macam neh kan? 

‎[Ustaz Azhar Idrus ( Original )]~ hari ibu ialah hari mother church atau ibu gereja kristian.. siapa yg nak sambut silakan.. siapa yg rasa takut rosak akidahnya sebab raikan hari besar kristian ini.. jgn sambut.. -semua fatwa yg bercanggah dgn nas quran dan hadith adalah terbatal secara otomatik.
Siapa nak sambut silakan? saya beranggapan ayat ini tidak ditulis oleh ustaz sendiri.

3. Apakah tindakan ustaz jika suatu masa kelak, kristian menafikan hari ibu ada kaitan dengan mereka? Adakah hari ibu neh dibolehkan sambut ataupun kita patut tukar hari ibu kepada hari yang lain? 


Ramai yang saya lihat kurang jelas mengenai sambutan hari ibu. Sambutan hari ibu ialah satu hari yang digunakan untuk meraikan ibu. Bukan bermasksud sayang ibu satu hari je.  Semoga ustaz boleh merungkai persoalan2 saya. Terima kasih ustaz.



Ameno : Seme benda ada kaitan dengan kristian..lama2 org kristian malaysia bunuh diri kot.. seme benda yang org islam tak leh sambut dikaitkan dengan kristian.. aisehmen..

Hot : DAP diminta jelaskan isu ubah islam jadi kristian!

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Kan aku dah cakap. Menda neh akan tiba2 terpalit kepada pembangkang padahal kita satusen pun taktahu apa2. Kah kah kah baca bawah beb ;

KUALA LUMPUR: Usaha menjadikan Kristian agama rasmi oleh pemimpin DAP bukan saja mencabul Perlembagaan Persekutuan, malah menggugat keselamatan negara. 
 
Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dan DAP digesa memperjelaskan dakwaan itu seperti didedahkan dua laman blog sebagai menghormati perlembagaan yang menetapkan Islam agama rasmi. 



Cubaan pembangkang untuk mengubah perlembagaan disebabkan tanggapan kerajaan yang ada hari ini lemah dan tindakan itu perbuatan ekstrem serta boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkara yang termaktub dalam perlembagaan perlu dihormati dan dipertahankan semua pihak.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata kehilangan kuasa majoriti dua pertiga kerajaan di Parlimen menyebabkan ada puak semakin berani mengambil kesempatan untuk menimbulkan pelbagai masalah berbanding ketika pemerintahan beliau. 

Bagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah mahu siasatan terperinci sebelum tindakan diambil serta mahu pihak yang memulakan isu berkenaan dikenakan hukuman tegas jika terbukti benar. 

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, meminta polis segera menyiasat kerana ia boleh menimbulkan pelbagai persepsi negatif memandangkan isu itu amat sensitif. 

 
Presiden Persatuan Penulis Nasional Kebangsaan (PENA), Salleh Rahmad meminta tidak ada pihak cuba meruntuhkan perancangan kemerdekaan walhal mereka tahu Islam adalah agama rasmi.

Point penting ;

1. Usaha menjadikan Kristian agama rasmi oleh pemimpin DAP bukan saja mencabul Perlembagaan Persekutuan, malah menggugat keselamatan negara.

Bila masa lah pula dap tiba2 menjadi isu kat sini? Bukan kah pendedahan dua blog terbabit mengenai ikrar 35 paderi di salah satu majlis tertutup?So paderi tue lah yang mencabul perlembagaan persekutuan. [utk info paderi2 dah deny all allegation] Lagipun macam mana pembelog terbabit tahu? Adakah mereka berada disitu pada ketika itu?Adakah ada orang lain [kristian pro bn] disitu pada ketika itu cuba untuk mengapi2kan suasana? Lagipun jeff oi hanya pergi sahaja. Dia kristian dan tak aneh org kristian pergi majlis macam neh. Yang aneh nya pdrm ada rakaman mengenai isu terbabit. Why not dedahkan rakaman tersebut untuk kami analisis sendiri. Heh.

2.Ahli parlimen dap kena jelaskan isu neh.


Aik.. ahli parlimen dap pula kena jelaskan? Kenapa bhai? Bukan kah yang dituduh itu paderi kristian bukan nya ahli parlimen dap? Dia cuma hadir je ke upacara itu atas kapasiti penganut kristian. Bukanlah dia tue paderi ataupun penyedia ikrar kepada paderi2 tue beb. Apsal dap pula yang kena jawab isu yang mereka sendiri pun blur pasal tiba2 je mengaitkan mereka dengan perkara neh.


3. Zahid hamidi bidas cubaan pembangkang tukar perlembagaan.


Arhh sudah. Tiba2 PR plak dituduh macam2. Apsal pula pr kena jawab isu yang satusen kita pun taktahu apa2. Isu neh kan umno yg timbulkan? Umno kaitkan pula dengan PR kenapa pula? Habis tue adakah parti politik di malaysia tak boleh pergi mana2 upacara keagamaan kelak? Kalau g budha nanti nak jadikan budha agama rasmi? Kalau g kuil kang.. isu len plak yang timbul? Kah kah kah.. pr satusen pun takde kaitan dengan isu yang dimainkan oleh umno. Dan umno claimed paderi yang buat ikrar tue so patutnya umno direct siasat paderi2 tue. Jangan heret pr pula dalam isu yang satusen pun pr takde kaitan.


LIM guan eng jawab disini.

Ameno : Ada je agenda nak mengaitkan pembangkang itu ini..

Ahad, 8 Mei 2011

Hot : Ceramah anwar ibrahim kena gempur!



[TVS] PELABUHAN KLANG 8 MEI : Lebih seratus anggota polis bersenjata malam tadi dikerah untuk menggagalkan ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjawab fitnah Umno, khususnya bersabit video lucah fitnah.

Polis mendakwa ceramah Muafakat Rakyat Anti Politik Fitnah & Lucah itu memerlukan permit walaupun berlangsung di di Markas PAS Taman Teluk Gadung Indah.

Tindakan polis yang dipimpin oleh Ketua Polis Daerah Klang Assistant Kommisioner Mohammad Mat Yusop mematikan sistem pembesar suara dikecam oleh kira-kira 1,000 penduduk setempat yang berhimpun di situ, sungguhpun pelbagai kekangan dan sekatan jalan dikenakan terhadap mereka.

Polis kemudian mengarahkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali untuk menghentikan ucapannya beberapa kali sementara menunggu ketibaan Anwar.

"Jangan takut, lawan tetap lawan. Lawan kita UMNO bukan pegawai Polis," kata Azmin sebelum dihentikan buat kali ketiga oleh pihak polis beberapa saat kemudian.

Ketibaan Anwar sejurus selepas itu diiringi dengan laungan reformasi oleh penyokong yang hadir.

Anwar  hanya sempat berucap selama 5 minit sebelum menyuraikan majlis tersebut.

"Saya tidak mahu ada masalah dengan dia (Polis) sebab dia pun terima arahan. Jadi saya nak elak kerana kalau saya berkeras, yang susah ialah rakyat. Tapi ini tak bermakna saya setuju. Sistem ini zalim. Ini jelas. Tak ada sebab. Kita minta tempat, markas PAS semua tak boleh," kata Anwar.

Anwar turut menyeru agar hadirin tidak patah semangat dalam mengubah Malaysia pilihan raya kan datang.

"Sebab itu saya ingin gesa saudara-saudara, jangan sedikitpun terhakis semangat kita untuk lakukan perubahan. Ini negeri kita, kita mahu rakyat dibebaskan. Biar yang atas hina kita tapi lawan tetap lawan," kata Anwar sebelum menyertai hadirin melawat ke sekitar kawasan perumahan itu bertemu orang ramai.


Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Maruah polis
kuasa umno
kerajaan barisan nasi0nal
semua terjejas gara-gara 1 manusia yang konon nya peliwat dan penzina neh..

kah kah kah'
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

1malaysia cuak dengan anwar ibrahim neh.. sapa anwar ibrahim neh? Hebat sangat ke dia sampai umno buat macam2 untuk sekat karier politik dia di malaysia? Aku pun tak tahu nak jawab apa.. soklan tue layak di jawab oleh anwar je sebenarnya..

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah..

Ameno : desperate gila..

Zulkifli nordin : Rampas kedudukan islam wujud!


Pendedahan neh dibuat oleh zulkifli nordin 110%. Heh. Bila aku baca dan teliti kan ayat2 dia kat atas tak ubah macam dia buat statement politik, bukan statement atas wujud dasar kesedaran dia sebagai orang islam.

Point dia kat atas neh ialah ;

1. Dia cakap gerakan untuk merampas kedudukan islam sebagai agama rasmi di malaysia wujud.

Fine. Apa nama gerakan tue? Why not ko dedahkan kepada public?

2. Gerakan neh wujud sejak setahun yang lalu. Mereka bergerak secara senyap untuk hakis islam di malaysia.

Okey fine, bila ko tahu dan kenapa baru ko dedahkan sekarang? Seline pula dengan isu kristian neh. Pandai ko pilih timing. Heh. Dan2 gerakan tue ditubuhkan sejak setahun yang lalu. Apsal tak cakap je pada 8 mac 2008? Senang sket aku nak blame pr dalam isu neh. Hehehe..

3. Zul cakap perjuangan gerakan tue sama macam tuntutan pihak pembangkang kepada IFC.

Kah kah kah. Cakap pembangkang tue baik2 sikit woit. Bila masa pula PEMBANGKANG yang menuntut haramjadah merepek punya tuntutan tue? Hoii yang aku tahu cuma ahli dap je kecoh2 pasal tue. PKR dan PAS takde kena mengena pun. Malahan mca dan mic pun ada memekik isu tue apa. Tapi dorang [dap, mca, mic] tak terlibat secara langsung [jika secara diam2 aku tak sure] tuntutan2 merepek tue.  Itupun isu nya diperbesar2kan. Bagi mencari amarah org islam dan bukan islam. Kah kah kah. Dan2 pembangkang ada kaitan pula dengan tuntutan tak munasabah pada IFC neh pula. Kah kah kah.. Adoiii zul2 ko neh memang mulut suka fitnah.

4. Zul cakap gerakan tersebut menuntut budak umur 18 tahun haruslah dibiarkan bebas / tidak beragama sehingga mereka memilih untuk beragama kelak. 

Memang perkara neh wujud. Tapi bukan kisah tahun lepas. Neh bertahun2 punya kisah. Dan ia wujud akibat kelemahan sistem pentadbiran dan undang2 di malaysia which is yang pegang kedua2 perkara tersebut sejak dulu lagi ialah bn dan umno. Kah kah kah. Apahal lak PR yang di blame kan secara tiba2 neh? Bangang punya zul!

5. Zul cakap gerakan neh juga menuntut agar persatuan agama diwujudkan di sekolah2 rendah dan menengah.

Aku rasa zul neh biol kot. Sejak aku sekolah dari kecik lagi persatuan budda, persatuan kristian, persatuan agama islam dah memang wujud di sekolah2. Haitt. anak dia tak pergi sekolah ka apa? Kalau sekolah agama tue memang lah takde persatuan2 macam neh. Tapi bagi aku yang bersekolah di sekolah majoriti cina persatuan2 neh dah mmg wujud. Dah lama dah. Dah berzaman. Hehehe..

6. Zul cakap ada ahli parlimen yang memperjuangkan tuntutan gerakan tersebut.

Bagus. Aku pun nak tahu sapa. Dedahkan lah nama ahli parlimen tue. Berani kerana benar takut kerana salah kan zul kan? Itulah yang dia selalu laung2kan di belog dia. Kah kah kah..

Ameno : Menakut2kan org islam + melayu = budaya umno. period!

Panas : JMM cabar dsai kata eskay pembohong!!!!


JMM neh agaknya duduk kat tempat yang tiada bekalan elektrik kot. Tak pun dia duduk kat tempat yang tiada tv. Aku rasa dah berulang2 kali dsai cakap ini semua fitnah ke atas dirinya. Kalau dah namanya fitnah automatik lah dia cakap eskay tue penipu aka pembohong. Perlu ke dsai cakap dan sebut kan betul2 perkataan pembohong dan penipu untuk membuatkan org umno dan jmm percayakan dsai?Aku rasa dia sebut atau tak sebut bukan isu pun kat sini.

Tapi sejak akhir2 neh aku perasaan yang jmm neh banyak buat kenyataan demi kenyataan dalam isu politik. Pekata korang tukar je nama korang daripada jaringan melayu malaysia kepada jaringan bodek umno lagi tepat aku rasa. Daripada ketua nya sampai ke wanita yang bernama farahana seme nya buat kenyataan politik yang berat sebelah dan bias. Kalau ngo tue buatlah cara ngo betul2. Bukan nya hanya hentam pembangkang ke 24 jam. Cuba bawa isu2 melayu pasal nama ngo tue ada kaitan dengan org melayu. Ke orang melayu di malaysia neh memang suka layan cerita ;

1. seks ?
2. porno ?
3. fitnah ?
4. sumpah ?
5. liwat ?

Takde isu nak balon dsai.. ini macam punya isu pun utusan letak dalam paper dia. Sah isu goblok! Pasal tak tahan sangat aku terpaksa scan untuk buktikan kepada korang yang mana utusan dan umno memang kerja dorang memburuk2kan imej dsai 24 jam non-stop!

Haitt.. sampai ke mampos minda melayu tak cerdik. Balik2 isu yang sama je diputarkan. Dah habis jmm mengamuk kang perkasa pula mengamok dah habis perkasa kang umno plak mengamuk dah habis mengamuk kang jmm cabar bersumpah peh tue perkasa peh tue umno peh tue isu cabar cakap eskay pembohong peh tue perkasa peh tue umno peh tue omega peh tue dna peh tue kristian peh tue... itu ini.. bila masanya dorang fikir isu rakyat hah? Asyik main politik je. Politik politik juga tapi buatlah kerja juga. Ini tidak kerajaan taler pembangkang, pembangkang self-defense, then repeat balik benda2 yang sama. Rakyat tersepit tengah2 tengok dorang saling bertelagah. Benda neh hanya akan terhenti kalau umno dan bn terima hakikat yang dorang dah kalah di lima negeri. Masalah menjadi2 sebab bn taknak terima kekalahan mereka. Bodoh tak sudah!

Ameno : Aku cabar jmm masuk umno terus!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...