Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 4 Mei 2011

Hishamuddin : PAS mampu sepakat dengan UMNO.


PUTRAJAYA: PAS yang mendakwa boleh bekerjasama dengan DAP tanpa terlalu merujuk kepada prinsip perjuangannya sepatutnya mengambil sikap sama untuk bersepakat dengan UMNO. 

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata PAS tidak wajar terlalu khuatir dengan kemungkinan masa depan untuk mengambil sikap berbaik-baik dengan UMNO.

“Saya melihat politik negara agak ‘fluid’ (longgar). Banyak pendirian, khususnya pembangkang yang ideologi dan perjuangan tidak begitu jelas termasuk PAS.“Kalau sekiranya PAS dan DAP mampu bekerjasama atau dilihat dapat bekerjasama tanpa merujuk kepada prinsip perjuangan masing-masing, maka kita juga boleh dalam senario politik sekarang melihat keadaan dalam konteks realiti di bawah sana (rakyat),” katanya pada sidang media di sini, semalam. 

Katanya, beliau percaya parti pembangkang juga mahu terbabit dalam perkongsian pembentukan bangsa sekali gus menunjukkan kematangan dalam negara demokrasi. 

Ditanya sama ada kemungkinan PAS khuatir akan hilang sokongan pengundi Cina jika bekerjasama dengan UMNO, Hishammuddin berkata: 

“Apa hendak takutkan bayangan kemungkinan yang boleh berlaku. Kita boleh duduk dan berbincang dengan semua pihak, apa kita nak takut, bukan pilihan raya umum (akan diadakan) esok.” 
 
Hishammuddin berkata, kerjasama PAS dan UMNO itu boleh dilakukan kerana ia memenuhi tuntutan perubahan politik semasa kerana sebarang perbincangan di mana-mana peringkat parti akhirnya memerlukan kelulusan pucuk pimpinan parti masing-masing. 

Beliau diminta mengulas kenyataan pimpinan MCA yang memberi syarat supaya PAS sanggup menggugurkan prinsip negara Islamnya terlebih dahulu jika mahu menyertai Barisan Nasional (BN). 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebelum ini meminta PAS bekerjasama dengan UMNO dan meninggalkan pakatan pembangkang. 

Hishammuddin berkata, BN tidak berkompromi dalam hal yang menjadi pokok perjuangan tetapi semua pihak perlu mencari jalan untuk disesuaikan dengan keperluan, permintaan, tuntutan dan cita rasa rakyat. 

Beliau berkata, UMNO boleh bekerja sama dengan mana-mana parti asalkan ia tidak menyebabkan ancaman kepada keselamatan negara. 

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata bahagian UMNO yang berasa perlu mengadakan uji cuba sistem pengundian parti yang baru boleh melakukannya untuk memastikan ia berjalan lancar apabila dilaksanakan kelak. 

Beliau berkata, uji cuba yang dilaksanakan di bahagian Sembrong, Johor, kelmarin menunjukkan beberapa isu logistik seperti keperluan dewan, kertas undi, masa mengundi dan kotak undi yang perlu diatasi. 

Petikan neh aku amek dari bh online. Pagi tadi aku baca benda neh tapi busy kan hari neh. Baru lah berkesempatan untuk online dan update apa-apa yang patut.

Sebenarnya kalau korang fahami dan baca betul-betul petikan di atas, korang akan nampak yang tersirat macam apa yang aku nampak. Nak tahu apa yang aku nampak?

1. Prinsip perjuangan umno dan pas berbeza. Ini di akui oleh hishamudin sendiri di perenggan ini ;

Kalau sekiranya PAS dan DAP mampu bekerjasama atau dilihat dapat bekerjasama tanpa merujuk kepada prinsip perjuangan masing-masing, maka kita juga boleh

1point untuk penyokong pas kerana kami pilih islam.
0 point untuk penyokong umno kerana mereka pilih sekular.

2. Umno hanya mementingkan perjuangan bangsa semata-mata. Ini juga di akui oleh hishamuddin sendiri.

beliau percaya parti pembangkang juga mahu terbabit dalam perkongsian pembentukan bangsa

1point untuk penyokong pas kerana menolak sentimen asobiyah.
0point untuk penyokong umno kerana menjadi geng asobiyah. 

Nabi saw dah larang tueee.. fuhhh..

3. Umno ajak pas bergabung sebab takut hilang undi orang cina. Lihat sini.

PAS khuatir akan hilang sokongan pengundi Cina jika bekerjasama dengan UMNO, Hishammuddin berkata: “Apa hendak takutkan bayangan kemungkinan yang boleh berlaku. Kita boleh duduk dan berbincang dengan semua pihak, apa kita nak takut, bukan pilihan raya umum (akan diadakan) esok.” 

1point untuk PAS sebab masih mendapat kepercayaan masyarakat cina.
0point untuk UMNO sebab orang cina tak percayakan UMNO dah.

Pulak tue nak seret PAS terjun lombong sekali dengan dia.. apa daa dengki betul. Heh.

4. UMNO takmau islam. Tengok sini pula ;

kerjasama PAS dan UMNO itu boleh dilakukan kerana ia memenuhi tuntutan perubahan politik ;

MCA yang memberi syarat supaya PAS sanggup menggugurkan prinsip negara Islamnya terlebih dahulu jika mahu menyertai Barisan Nasional (BN).  ;


BN tidak berkompromi dalam hal yang menjadi pokok perjuangan tetapi semua pihak perlu mencari jalan untuk disesuaikan dengan keperluan, permintaan, tuntutan dan cita rasa rakyat.

1point untuk penyokong pas sebab memperjuangkan islam walaupun tanpa umno.
0point untuk umno sebab tidak akan memperjuangkan islam with or without pas.

Dah kalau gitu watpe nak bergabung pula? Sama je natijahnya macam berkerjasama dengan dap pun.. kah kah kah

5. PAS bukan parti ancaman negara. Ini diakui oleh umno sendiri. Lihat sendiri ;

UMNO boleh bekerja sama dengan mana-mana parti asalkan ia tidak menyebabkan ancaman kepada keselamatan negara.

1point untuk penyokong pas sebab berani berkata benar meskipun umno sering gunakan ISA untuk gertak kita.

0point untuk penyokong umno sebab membiarkan akta isa digunakan oleh pemimpin umno terhadap ahli pas walaupun ahli pas bukan ancaman negara merujuk kepada kata2 hishamuddin sendiri.  

Jumlah punggutan point setakat neh.

5 markah untuk penyokong pas.
0 markah untuk penyokong umno.

dengan ini aku mengistiyarkan penyokong pas adalah pemenang dan berjuang di jalan yang benar. Amin.. hehehhe..

Apa? Penyokong umno dah bengang? Ada aku kesah? Kah kah kah..

Ameno : Hehehe.. boooo dah kalah...

Hot : Bukti rosmah wanita contoh.

Pada hari ini aku berbangga kerana piem wanita aku yang ferst. Enh silap..  piem aku punya bini yang ferst mencipta rekod malaysia sebagai isteri piem yang tercantik, tercekap dan terpopular berjaya mengharumkan nama negara malaysia di dunia. Baca bawah ;


Kepada wanita-wanita di luar sana.. berbanggalah anda kerana rosmah telah membanggakan seluruh rakyat malaysia.. dia wanita contoh..

Kah Kah Kah.. 
adeehh dehhh.. sesak nafas aku. 
jap Aku nak cari air sat. Korang layanlah berita neh. Hehehe..


Sumber dari rakan fb.


Ameno : Bangga-nya aku..  najib sudi masuk radio hot.fm neh. Hehehe

Selasa, 3 Mei 2011

Farahana jamaluddin heroin baru umno..

Sebenarnya aku tak tahu lah kalau korang perasan ke tak perasan benda neh. Benda neh berlaku pada hari ahad ataupun sabtu. Aku ingat-ingat lupa. Tv3 undang farahana iaitu penghina tuan guru nik aziz ke tv3 untuk memberikan ulasan berhubung isu sumpah eskay dan perangai amk yang bergaduh dalam masjid. 

Aku memang nak tulis pasal si farahana neh pada awalnya. Tapi aku rasa aku nak tunggu utusan keluarkan kenyataan dia dalam bentuk video dulu. Alah macam eskay. Difilemkan dan di-iklankan. Takan farahana punya takde pula? Heh.

Tapi tunggu punya tunggu. Takde. Takpe. Baru satu hari. Aku tunggu lagi. Aik takde gak. Apasal paper utusan tidak mengiklankan dan membediokan babak heroin terkenal umno ketika ini? Aku agak kecewa sebentar. Aku sedih. Siyes. Lihat muka aku betul2. Nampak tak aku ketawa berdekah2? Itu tandanya aku sedih yang amat atas perbuatan utusan neh. Heh.

Korang tahu apa yang si farahana neh ulas kat depan tv3? Fuhhhh.. dia cantik bhai. Bertudung. Memang sopan. Kening dia pun sama. Cun. Trim baik punya. Heh.

Farahana cakap ;

1. Dsai tidak patut lari dari kebenaran.

2. Wan azizah patut bersumpah mewakili suami dia sebab wan azizah mengatakan pelaku dalam video seks bukan dsai.

3. Pas patut berundur dari PR kalau betul pas parti yang memperjuangkan islam.

4. AMK memalukan sebab buat provokasi dalam masjid.

Kah Kah Kah..

Apa yang lawak bangang dalam kenyataan farahana neh? Yang sampai ko gelak2 neh..? Siyes. Mana ada lawak dude. Aku gelak bukan pasal kenyataan farahana neh beb. Aku gelak because.. aku nampak si farahana neh baca sekerip depan kamera. Ada aku kesah dengan kenyataan dia? Nope. Aku kesah pasal sekerip je. Aku heran apsal dia kena baca sekerip depan camera pulak kalau sungguh itu statement yang keluar dari sanubari dia. Itu je. Kah Kah Kah..

Adoiii tv3 + umno = buat lawak. Kot ye pun korang nak menambahkan garam + perasa + ajinamoto buatlah kasi elok sket. Ini tidak. Terang-terangan mata di farahana tue ke bawah tengok paper dan baca balik depan tv. Cakap macam takde emosi. Mendatar je nada suara. Lainkali suruh si farahana hafal sekerip dulu. Jangan baca depan tv. Buat malu. Orang tahu itu wayang beb. Orang tahu. Kenyataan yang keluar dari kepala hotak tak perlukan sekerip. Macam yang aku tulis dalam belog neh. Aku tak perlukan sekerip pakatan rakyat untuk merapu sakan segala bagai dalam belog neh sebab aku punya sukalah aku nak mengarut apa pun dah belog aku. Heh.

Dah korang baca lah kenyataan-kenyataan farahana neh. Baca lah elok2. Kah Kah Kah..




Ameno : Heroin umno.. depan tv bertudung.. belakang tv? Heh. lue fikirlah sendiri.
Ada video menarik untuk di share? NaK menang RM5k? Klik sini

Isu derma judi : DAP atau UMNO tipu?

Tadi aku tengok berita tv3. Umno pulau pinang ada bagitau bahawa mereka dah serahkan semula semua wang derma yang dicollect dari warga tua di pulau pinang pada disember tahun lepas. Entah betul entah tidak. Aku kalau berita tv3 neh 0.01 aku percaya. Yang aku percaya kat berita tv3 neh ialah bab cuaca. Heh.

Ya, ya aku tahu. Kenapa ko tgk tv3 hah kalau ko tak percaya.. blablabla.. lagi blablabla.. pr bodoh.. blablabla.. lagii.. menyampah.. blablab.. arhh sudah lah korang penyokong umno. Korang neh memang bebal. Opss sorry aku terjujur. Tidak mempercayai tv3 tidak bererti aku kena menghalang pendengaran dan pandangan aku daripada menilai tv3. Dengan menonton tv3 barulah aku boleh membuat perbandingan yang lebih telus. Ingat aku macam korang ke? Malam sket lah.. Aku jenis tengok dan selidik semua sumber then baru buat analisa. Bukan main cedok bulat-bulat peh tue pandangan pun bulat-bulat atas orang.  Otak dah sah2 lain. Cuba lah kasi pandangan lain2 gak. Heh.

Baca bawah ;


Kata umno mereka bukan pertikaikan sumbangan wang ehsan tapi sumber nya aje. Walaupun aku rasa nak tergelak memikirkan reason mereka sambil membayangkan cukai kasino dan sumbangan berjaya group kepada anak2 yatim di selangor pada beberapa tahun dulu ttp aku cool je. Heh. Tapi kat tv3 tadi dorang cakap ada berbeza sket. Dorang cakap apa korang nak tahu tak? Kalau taknak tahu pun takpe. Aku tetap nak tulis gak. Heh.

1. Umno pp cakap dap main politik. Saja bagi derma untuk raih sokongan. 

Arhh sudah. Tapi kat utusan cakap korang bukan mempertikaikan niat sumbangan. Kecuali sumbernya sahaja. Niat neh semua sama je. Mana2 parti pun memang turun padang untuk raih sokongan. Kalau yang sungguh2 ikhlas demi rakyat memang ada. Tapi tak banyak. Aku tahu ada tapi malas lah nak sebut nama. Tapi lim guan eng tak tersenarai lah dalam kepala hotak aku buat masakini.

2. Umno pp cakap wang sumbangan dah dipulangkan tahun lepas pada bulan dec 2010.

Aku sungguh tak dengar citer neh. Kalau dah di pulangkan heran gak aku asal dap main isu neh. Ke dap pun taktahu korang dah pulangkan? Hehehe..

3. Umno pp cakap dap tak bina rumah kos rendah selama 2 tahun memerintah.

Yang neh aku zero info. Cakap banyak pun tak guna. Mari kita tunggu dan lihat sapa betul sapa salah.

Apa pun membandingkan gerakan dan dap di penang kini.. gerakan adalah jahat. Aku tahu. Aku pernah hidup di penang dulu. Melayu dan cina bergaduh di kawasan tertentu. Bagi orang key ell macam aku yang hidup dalam suasana cina, india satu geng.. memang tak selesa dok kat pulau pinang dulu. Macam hawau. Sampai satu saat aku pun heran apsal yang cina dok mengata2 melayu dalam bahasa cina [kantonis] depan2 aku..? Tidak kah mereka faham yang aku boleh faham bahasa kantonis? Memang lah aku tak belajar secara formal bahasa kantonis ttp sebab terlalu banyak sangat kawan cina dari aku tak faham.. jadi lah faham. Dah dengar dari kecik sampai sekarang. 

Suasana hidup di johor lebih baik. Walaupun ber-geng jahat dengan cina + india + melayu kami tetap satu kepala budak2 jahat. Begitu juga di sekolah key ell. Walaupun kadang2 bengkek gak dengan perangai budak2 cina yang saja cari pasal tapi budak2 cina yang kiut miut terutama nya yang berambut panjang tetap aku ushar.. kah kah kah
 
korang2 yang umno neh tak suka budak cina.. errr ada aku kesah? Kah kah kah.. Pergilah mampos. Heh

Ameno : RINdu nak main uno dengan sorang member cina lama.. hehehehe..

Hot : Blog mahathir kena virus.

Kesian chedet. Blog chedet kena attack dengan virus lah plak. Baca bawah ;


Risau gak aku dengan malware-malware neh. Dengar citer malware neh berbahaya pada windows. Once dia masuk komputer kita. Habis jahanam. Bagi korang yang gemar baca belog chedet elok hold dulu niat korang. Tunggu belog chedet fully recover barulah korang baca balik belog dia okeyh..

Ameno : Selalu menda neh leh jangkit2 .. org kata lah.. bukan aku. Aku cedok balik je.. hehehe
Sudahkan anda bersedia menjana pendapatan melalui facebook? 

Hot : Eskay janji pendedahan terbaru!

Wowwww..... eskay ada pendedahan lagi lah. Dan berita ini lebih panasss.. panasss.. panasss dari isu video seks.. lihat bawah ;


Point penting ;

1. Eskay akan dedahkan perkara tersebut pada minggu hadapan.

Okey aku tunggu. Hehehe..

2. Benda yang nak didedahkan itu lebih penting dari video seks. Ini melibatkan kepentingan negara.

Yeke? Kalau camtue napa tak dedahkan neh dulu der? Alamak.. lue salah pilih keutamaan lah.. Hehehe..

3. Eskay sudi menjalani ujian mengesan pembohongan.

Thanks to husam sebab menyampuk tak pasal2. Nanti kalau dsai disuruh dan ditanya bukan2 terutamanya kesilapan2 dia di dalam umno di ungkit ketika ujian terbabit macam mana? Dia dah bertaubat kan? So benda neh tak membantulah wahai encik husam.

4. Tetapi eskay nak dsai jalani dulu ujian terbabit.

Which is dsai memang takan buat sebab benda neh mempunyai implikasi negatif daripada positif. Dsai bukan maksum. Dan thanks to husam gak sbb bawa isu neh. 1 point utk bloggers umno maki dsai. Hehehe..

Tapi taktau lah kalau tiba2 dsai sungguh2 nak layan cabaran menjalani ujian neh pula. Bagi aku better dia bersumpah daripada jalani ujian neh. Umno kan suka percaya pada sumpah daripada bukti. Kah Kah Kah..

Kita sama2 nantikan next week. Benda panas yang eskay nak expose.. Wow.. tungguuuu..

Ameno : Bila ummi nak dedahkan 17 klip sex neh. Tak sabar2 i taw.. hehehe...

Indeks kebebasan media : Malaysia share kedudukan dengan madagascar!

Hehehe.. apa? 143 dari 196? Apa media malaysia bebas? Hehehe.. kesian. Kita share kedudukan dengan madasgascar rupanya. Negara madasgascar neh haram aku tak kenal. Aku kenal lepas ada muncul kartun madasgascar the movie tue. Then ada kartun peguins2 kat astro tue yang kebetulan memang aku selalu layan kartun tue. Kah Kah Kah..

Baca bawah ;

Malaysia menduduki tangga 143 daripda 196 negara yang disenaraikan sebagai negara yang mempunyai media masa yang bebas.

Kajian yang dibuat oleh Freedom House yang berpangkalan di Amerika Syarikat menujukkan akhbar di Malaysia masih tidak bebas.

freedom house 2011 global press freedom mapMalaysia yang mendapat hanya 64 mata berkongsi kedudukan dengan Madagascar dan Angola di benua Afrika.

Kajian Kebebasan Akhbar 2011 ini dibuat sempena Hari Kebebasan Akhbar Dunia yang disambut hari ini.

Freedom House, yang terletak di Washington DC, mendapati kebebasan media di seluruh dunia semakin merosot dengan hanya seorang daripada enam orang yang menghuni di negara yang mempunyai kebebasan akhbar.

“Pada 2010, khususnya terdapat kebimbangan di Asia Barat dan Amerika Selatan, manakala peningkatan dicatatakan di kawasan sub-Sahara Afrika,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

azlanSekitar Asia Tenggara, Filipina, Indonesia, Thailand dan Kemboja menduduki tangga yang lebih tinggi daripada Malaysia.

Filipina terletak di tangga 93 dengan 46 mata dan Indonesia, di tangga 108 dengan 53 mata. Akhbar di kedua-dua negara dikategorikan sebagai 'separa bebas'. Akhbar di Thailand pula (tangga 138) dan Kemboja (141) adalah 'tidak bebas'.

'Berita baik' bagi Malaysia adalah ia disenaraikan di atas Singapura (150), Brunei (163), Vietnam (177), Laos (184) dan Myanmar (191).

Pada 2009, Malaysia berada di tangga 143, tetapi menunjukkan sedikit pencapaian pada tahun lalu dengan menduduki tangga 141.

Menurut kajian itu, 10 negara teratas adalah Finland, Norway, Sweden, Belgium, Iceland, Luxembourg, Andorra, Denmark, Switzerland, Liechtenstein, Belanda dan Palau.

azlanManakala 10 negara yang paling buruk pula adalah Burma, Cuba,Guinea, Eritrea, Iran, Libya, Korea Utara, Turkmenistan dan Uzbekistan.

Antara 53 negara Komanwel, mereka yang di bawah kedudukan Malaysia termasuk Cameroon, Sri Lanka, Gambia dan Swaziland.

Laporan itu meletakkan setiap negara kepada tiga kategori - bebas, separa bebas dan tidak bebas.

 Point penting ;

1. Mata malaysia ialah 64

2. Kedudukan malaysia merosot pada tahun ini selepas meningkat naik pada tahun lalu.

3. Jika dibandingkan dengan indonesia, thailand, kemboja dan filiphina, malaysia memang kalah.

4. Tapi jangan bimbang pemimpin malaysia pasti akan bandingkan media kita dengan singapore. Hehehe.. Sebab singapore berada di tangga ke 150. Kurang 7 tangga dari malaysia.

5. Kebebasan media merosot di semua negara pada tahun ini. Atas sebab beberapa perkara. Mungkin pergolakkan di asia barat mempengaruhi perkara tersebut.

6. Kedudukan malaysia di anak tangga ke 143 membuktikan media di malaysia masih berada dalam lingkungan TIDAK BEBAS.

Ameno : Umno makin cuak..
Join contest dulu.. layan samsung galaxy free tab untuk 3 terawal

Mukhriz : Tubuh kolej umno dan biasiswa umno.


Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Anda umno? Bagus. Tak lama lagi anda akan memperolehi manfaat untuk ;

1. memperolehi biasiswa umno

Dan

2. Masuk ke kolej umno

Kata mukhriz nama umno digunakan sebab nak ingatkan rakyat khususnya golongan muda apa sumbangan umno terhadap masyarakat malaysia selama ini.

Biasiswa ini juga terbuka untuk semua bukan ahli2 umno je walaupun ada nama umno kat pangkal nama kolej dan biasiswa.. kah kah kah

Aku bukan apa. Aku teringat kes pinjaman tekun. Kalau nak pinjam kena jadi ahli umno dan undi bn. Silap2 biasiswa umno dan kolej umno pun akan buat perkara yang sama kot.

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Ini pula versi bahasa melayu yang aku baru jumpa. Bacalah.

Ameno : Biasiswa umno?? kah kah kah..

Fakta LYNAS yang anda mesti tahu part II


Nampaknya najib, adnan yaakob dan kerajaan negeri pahang masih tidak berganjak daripada keputusan dorang berhubung isu lynas. Takpe. Mari kita lihat dua dokumen kat atas neh sama2 dan huraikan beberapa fakta lynas yang diselewengkan oleh pihak2 yang berkepentingan dalam project neh.

1. Carta 1 ialah carta bagaimana industri rare earth [tanah jarang] akan beroperasi di malaysia kelak.

2. Carta 1 juga menunjukkan bahan yang bakal terhasil dan sisa yang bakal terbuang akibat daripada pemprosesan rare earth di pahang kelak.

3. Dalam carta 1 melalui nota kaki ada dijelaskan bahawa pihak lynas tidak mempunyai pelan terperinci bagi menjelaskan kemana kah hala tuju sisa buangan tosic ini akan pergi. Adakah sisa ini akan melepak di pahang selama-lamanya atau apa? Tahu kah anda penyakit yang dihadapi oleh masyarakat china akibat sisa  toxic bahan seperti ini? Baca sini. Sudah tentu media arus perdana tidak akan mendedahkan kepada rakyat malaysia.

Sekarang kita lihat carta dua pula. 

4. Banyak peluang pekerjaan akan terhasil daripada perindustrian lynas ini.

tidak. Sebaliknya ia adalah kilang yang menggunakan teknologi moden dan hanya memerlukan lebih kurang 450 individu yang mengendalikan / mengawasi mesin2 dalam kilang ini.

5. Rakyat malaysia berpeluang mempelajari teknologi untuk memproses nadir bumi dan ini boleh membantu negara kelak.

Malaysia bukanlah tempat yang mempunyai nadir bumi yang banyak. Teknologi dan pengetahuan ini tidak memanfaatkan rakyat malaysia sepenuhnya.

6. Malaysia akan memperolehi keuntungan rm1.7billion setahun hasil dari operasi kilang lynas.

Kilang lynas dikecualikan cukai selama 12 tahun di malaysia.

7. Tahap bacaan radiasi di kuantan berada pada paras rendah.

Ya. Sebab operasi kilang lynas belum bermula.

8. Tahap radiasi yang bakal dihasilkan oleh lynas adalah berbeza dengan jepun. Selepas terdedah selama 70 jam apa yang anda rasakan ialah seperti di x-ray sahaja.

Betul. Tapi pendedahan yang berterusan yakni setiap hari di setiap jam akan menghasilkan penyakit.

9. Penghantaran bahan lombongan dari australia ke malaysia tidak boleh dikira sebagai radioaktif.

Bahan lombongan [mentah] yang dihantar masih belum diproses, ttp setelah diproses akan menghasilkan radioaktif. Sisa nya pula dibuang di malaysia untuk selama-lamanya.

10. Bukanlah lynas tiada penyelesaian bagaimanakah mahu menguruskan sisa buangan radioaktif di malaysia. Cuma mereka melebihi jumlah yang ditetapkan. 

Lynas pernah mengakui bahawa mereka berhak untuk menyimpan sisa buangan radioaktif di malaysia selama-lamanya kerana itu antara perkara yang dijanjikan oleh kerajaan. Lynas juga tidak menunjukkan kertas cadangan bagaimanakah mereka mahu memansuhkan sisa radioaktif yang terhasil akibat pemprosesan tanah jarang.

Ini antara yang aku petik dari carta di atas. Tulis ringkas2 je. Korang kena baca dan fahamkan sendiri apa sebenarnya yang berbahaya pada penduduk pahang. Lynas dan lembaga atom pandai bermain kata2. Orang cakap sisa.. dorang refer thorium yang belum diproses. Orang cakap perkara yang bakal berlaku dorang pula asyik deny cakap perkara ini [thorium] masih terkawal. Thorium yang belum terhasil memang lah normal dan wujud di alam semulajadi. Apa yang menjadi bahaya ialah thorium ini diproses. Sepanjang masa ia diproses [diekstrak] dan menghasilkan sisa buangan segala-galanya jadi bahaya kepada penduduk. Sebelum ia [thorium] diproses memang lah everything is normal and under control. Tapi after? Inilah perkara yang orang pahang tengah fightkan.

Andai kata perkara ini benar-benar selamat, sudah tentu perak tidak akan batalkan MoU dengan syarikat China atas perkara yang sama, bukan?

Untuk melihat dua carta ini dengan lebih jelas sila klik sini.

Ameno : Sebelum dan selepas berbeza.

Isnin, 2 Mei 2011

Tutorial : Facebook colourful.

Aku taktahu apa tujuan aku buat toturial neh. Mula-mula aku rasa kelakar lepas terai benda alah tue. Peh tue aku rasa arhh seronok gak. Boleh terai kat semua tempat. Bukan kat facebook je. Kat google pun boleh. Habis seme jadi color2. Kelakar pula. Tapi seronok sekejap boleh lah. Agak2nya kalau nak kekal bercolorful macam neh baik tobat tak yah main facebook lagi. Sakit mata dowh. Sekejap2 boleh lah. Sekadar rasa seronok-seronok. 

Korang nak tahu aku main apa tadi. Meh aku kasi tunjuk. Aku main benda alah neh. Tengok bawah ;



Arhh sudah. Seme jadi color2. Hehehe. Kaler kuning buat sakit mata aku siot. Selain dari links korang bertukar menjadi warna - warni.. korang nya links juga akan blink-blink. Cara nak main permainan neh mudah je. Pasal apa aku panggil permainan sebab benda neh orang takde kerja macam aku je layan.
Kah Kah Kah..

Mula-mula korang buka facebook korang.

Then copy code kat bawah neh  ;

javascript:i=0;c=["red","green","blue","yellow","magenta","orang e"," pink","violet"]; a=document.links;setInterval('i++;a[i % document.links.length].style.color=c[i % c.length]',1);void(0); alert("-=[Colorful Facebook, permainan dari AmenoWorld]=-")
Then pergi balik ke facebook korang tue. 

Pergi kat url. Then klik kanan. Peh tue pilih paste and go. Nanti dia keluar satu kotak, tekan je ok. Tengok bawah ;




Then dia jadilah macam paparan di atas. Siap.

Arhh sudah.. nak facebook yang asal balik? Mana aku tahu. Dia takley tukar format balik lah. Seumur hidup lah korang berblink-blink macam tue.. Kah Kah Kah.. 

Takde arhh aku gempak je lebih. Demam kepop aku dah kebah neh. Kalau korang nak facebook yang asal refresh je balik nanti dia hilang arh seme2 tue. Kalau korang memang spesis suka kenakan member2 korang, tutorial neh memang best. Korang leh colorfulkan facebook member korang dan tipu dia cakap fb dia kena virus.. kah kah kah.. tengok dia terkena tak dengan penipuan korang tue.. kah kah kah.. errr jap. Apsal aku ajar korang menipu neh? Takan jangkit virus menipu dari eskay pula? Arhh sudah. Kena cari penawar neh.

Ihsan dari sini

Ameno : Kaler maler..


Hot : [Video] Pegawai penjara belasah remaja, polis tolong cover.


Jangan tak percaya.. inilah sikap polis di malaysia. Video dibawah ini sebagai saksi utama ;


Bukti di atas ialah saksi kepada kekasaran pihak berkuasa terhadap orang awam. Dan ianya cuba diselindungkan oleh beberapa orang pegawai polis. Bagaimana insiden ini bermula? Meh aku bagi summary dia ;

1. Isu remeh pasal parking je. 

2. Pengarah penjara tue marah then bebudak tue pun minta maaf lah.

3. Then takde pasal budak yang minta maaf kena tampar.

4. Then kawan2 budak tue datang nak selamatkan keadaan. 

5. Tapi lain pula jadi. Ketua pengarah penjara panggil member2 dia plak.

6. Tak sampai 5 minit seme dah kemurun budak2 tue.Sampai ada yang kena tumbuk.

7. Ben, panik lalu [budak yg dibelasah] lari masuk ke kedai serbaneka untuk perlindungan.

8. Sementara member dia yang lain call polis. Ada juga nak tolong tapi dihalang dan ditumbuk.
9. Tapi pegawai dan rakan2 tue kejar si ben sampai dalam kedai.
10. Peh tue belasah budak tue teruk2 macam dalam video di atas.

11. Dalam setengah jam polis pun sampai.

12. Ingatkan nak tolong budak tue tapi hampeh.

13. Polis buat dunno je sampailah ben diheret keluar oleh geng2 pembelasah dia.

14. Then ben di bawa ke balai untuk diambil keterangan.

15. Peh tue pergi hospital then buat medical checkup dan ambil buat.

16. Polis juga soh tutup kes dan selesai cara damai

Untuk detail baca sini

Jika gagal melihat video tersebut, klik sini.

Nota : Pegawai penjara itu dipercayai mabuk ketika insiden tersebut.


Ameno : Arhhgg internet buat hal lah plak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...