Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 21 April 2011

Hot : Email 1malaysia kena bayar, bukan free.

Arhh sudah. 2 hari lepas najib cakap free. Sekarang neh cakap lain pula. Email neh email berbayar beb. Baca bawah ;





Point penting ;

1. Pemandu cakap email 1malaysia neh dulunya inisiatif kerajaan + swasta. Aik? Semalam cakap inisiatif swasta, kelmarin inisiatif kerajaan, hari neh pula dia cakap dulu ia adalah inisiatif bersama? Percakapan ini agak pusing2 lah.

2. Agensi kerajaan [ataupun lain2 agensi] perlu membayar jumlah tertentu untuk menggunakan perkhidmatan email neh. Jadi kalau dah dibayar maknanya bukanlah free lagi.

3. Tricubes neh pun ada terlibat dalam projek aplikasi mycard.  Dan terlibat dalam mesin pengimbas mycard. Patutlah mycard asyik rosak je. Kualiti mesin pengimbas pun tahap cikai2 rupa. Heh.

4. Setiap satu email [ataupun perkhidmatan] dibayar rm0.50. Lebih murah dari paper. Aik ada ka paper putih berkos rm0.50 sen sekeping yang kerajaan guna sekarang?

5. Kata dia lagi kos surat yang disalah hantar akibat alamat boleh mencecah rm2 dan email 1malaysia neh boleh membantu kerajaan melakukan penjimatan.

Aku dah taktahu nak cakap apa dah. Aku dah tak boleh nak cakap apa dah. Anggaplah 1malaysia ada 1komputer sekurang2nya di 1rumah. Okey?

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Email free?
Free apa kena bayar 5 kupang?
Free ka tue? ke ada istilah free yang lain yang kita taktahu? Yelah kalau barang naik dinamakan penyelarasan harga, kalau email berbayar neh pula dikatakan email free 1malaysia?

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Adooiii 1malaysia kena tipu woitt..

Ameno : Arhhh sudah penat layan penipu

Isu LYNAS : Harapan rakyat kuantan berkecai..

Nampaknya susah lah rakyat kuantan nak bebaskan diri daripada operasi kilang lynas neh. Cuba baca bawah ;


Aku tarik keluar point penting. 

1. Kata timbalan menteri sains, teknologi dan inovasi Lesen yang dikeluarkan oleh lembaga atom ialah untuk pembinaan kilang sahaja. Kilang sahaja bhai. Kilang. Bukan lesen untuk operasi. Aik ko nak ke buat rumah yang ko tak boleh duduk? Aku tanya jawab jujur beb. Nak ke kita kalau diberikan tanah kemudian diberikan kelulusan untuk dirikan rumah di atas tanah tersebut tapi belum tentu kita boleh duduk dalam rumah tersebut? Nak ke? Mesti lah taknak. Dah tentu2 buang duit dan buang tenaga kita. Sama gak dengan pihak pentadbir lynas. Sudah tentulah mereka tahu dan yakin bahawa mereka boleh beroperasi di gebeng sebab itulah mereka berani keluar modal dan bina kilang.
 

Modal yang dikeluarkan bukan sikit2 alah. Makan berjuta2 ringgit. Bukan bina kilang biasa. Tapi kilang yang perlu kepada tahap keselamatan dan pengawasan yang canggih. Jadi alasan kerajaan bahawa kilang ini hanya diluluskan pembinaan-nya sama sekali tak masuk akal. Apatah lagi lynas akan beroperasi secara sah mulai september 2011 ini.

2. Kata datuk fadillah lagi kilang ini selamat. Malahan lebih selamat dari nuklear. Betul ke? Mana aku tahu kenyataan dia betul ke tidak. Apa kata yang pakar2 cuba ulas sket kat sini. Betul atau tidak kenyataan dia neh.

Dan bila dia kata dengan berulang kali bahawa kilang ini selamat, aku agak menjadi kurang yakin. Bukan kah tiada mana-mana pakar berani beri jaminan bahawa kilang ini selamat? Sebaliknya hanya berani memberikan jaminan bahawa radiasi akan berada di paras yang terkawal. Masalahnya menteri neh tak faham. Kenyataan dia bertentangan dengan pengarah lembaga atom. Pengarah EAPL cakap di sini bahawa lynas berhasrat menyimpan sisa radioaktif di loji simpanan mereka sampai bila2. Dan lembaga atom takan benarkan itu berlaku. Akan tetapi lynas pula berkata lembaga atom tiada hak untuk menghalang kerana mereka mempunyai kelulusan penuh dari kerajaan. Aik??

Apa itu sisa radioaktif? Seberapa bahaya dia kepada alam, binatang dan manusia? Semua neh perlukan kajian yang mendalam dan teliti tetapi kerajaan nampaknya tak peduli. Kilang itu akan beroperasi kurang dari 5 bulan lagi. Kat mana rakyat kuantan nak salurkan bantahan mereka kalau kerajaan pusat dan negeri selari dengan kehendak lynas?

Apa yang mereka boleh buat? Apa yang kita boleh bantu? Aku pun buntu. Kerajaan taknak dengar pun rayuan kita.

Ameno : Duit lebih penting dari nyawa.

Hot : Pakar korea cakap lelaki dalam video sepadan anwar !

Arhh sudah. Aku fikir kes tersebut dah tamat tapi rupanya belum. lihat bawah ;


Kata kes closed. Heran aku.

Baca bawah ;


Berita Harian pada tajuk utamanya hari ini memetik sumber sebagai berkata sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut akhbar milik Umno itu, polis juga telah mengenalpasti lokasi video seks tersebut dirakamkan - iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur - dan wanita terbabit adalah dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara.

Selain itu, akhbar tersebut juga melaporkan siasatan polis tidak terlalu memfokuskan pada isu jam tangan Omega, yang sebelum ini didakwa kepunyaan Anwar - yang diserahkan kepada polis bersama video berkenaan.

Sebelum ini, blog-blog pro-Umno sibuk melaporkan bahawa jam tangan itu adalah hadiah daripada kerabat diraja Arab Saudi tetapiBerita Harian hari ini melaporkan polis mengesan jam itu dibeli di Taiwan pada tahun 2004.


"Isu jam itu tidak begitu penting. Namun berdasarkan pemeriksaan dengan wakil pengedar di Taiwan, ia hanya mula merekodkan identiti pemilik pada 2008.
“Justeru, jika ia dibeli pada 2004, amat sukar bagi polis mengenalpasti pemiliknya, kecuali pemilik sendiri secara sukarela mendaftarkan jam itu,” kata sumber akhbar tersebut.
Isu video seks itu pertama kali timbul apabila sebulan lalu, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah - yang menggunakan nama samaran 'Datuk T' - menjemput wartawan terpilih menyaksikan tayangan video berkenaan di Hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur.
Beliau bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim, kemudiannya mendedahkan bahawa mereka adalah dalang di sebalik video tersebut dan mengaku bertanggungjawab.

Penganalisis dari korea cakap individu dalam video sepadan anwar. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan dan ungkapan itu? Apa yang sepadan dan bagaimanakah dia menilai kesepadanan itu? Itu yang kita perlu dengar dan ambil tahu.

Dalam erti kata lain,  suruh dia bentangkan hasil analisis dia kepada umum. Habis citer.

Ameno : mufti cakap jangan main, tp umno masih lagi jaja isu neh. Heran aku.

Edisi siasat : [Isu email 1malaysia] Analisis penuh.

Marilah kita fahami topic ini berdasarkan kepada fakta yang kita ada. Kita bukan pembangkang yang hanya tahu membangkang membuta tuli. Kita ialah pembangkang yang tahu apa yang perlu kita kritik dan apa idea yang perlu kita salur bagi mengantikan idea pemimpin yang kita kritik. Di sini mari kita kupas dari awal kes neh sampailah saat ini adakah benar kerajaan kita menipu kita berkaitan email 1malaysia?

Kita start dari kelmarin. Kronologi kejadian dia begini ;

1. Najib umumkan insiatif email 1malaysia.

2. Najib mengumumkan ia dalam pc pelan tambahan ETP.

3. Bila najib sebut inisiatif sudah tentulah kita fikir ia adalah galakan dari kerajaan untuk rakyat. Ia normal untuk kita fikir macam tue.

4. Dan dalam waktu yang sama projek neh ada KPI [indeks pengukur prestasi] tertentu. Sila lihat bawah ;





5. Namun projek ini mendapat bantahan rakyat kebanyakan. Kerana apa? 50juta dihabiskan untuk buat email free? Email dah lama free pun. Untuk apa kerajaan buat email free yang memang dah sedia wujud? Lagipun email ini tidak sampai kepada tempat2 yang terpencil akibat tiada perkhidmatan internet dan kemudahan komputer. Malahan ada  tempat yang tiada elektrik sekalipun. Jadi inisiatif ini tidak menyeluruh. 

6. Kemudian nya pada hari sama yang sama sebelum najib masuk tidur dia cakap dalam twitter dia bahawa email 1malaysia insiatif pihak swasta.

7. PEMANDU juga mengatakan hal yang sama.

8. Keesokkan harinya semua media arus perdana menayangkan perkara yang sama. Iaitu ;

EMAIL 1MALAYSIA TIDAK MENGGUNAKAN DANA AWAM, KATA NAJIB.

Berita ada berapa kali? Berita ada di berapa tv? Semua berita sama saja. Tv1 sampai awani. Bahasa melayu sampai english semua lebih kurang sama. Termasuk gak sebaran di fb ;


9. Baiklah katakanlah kata2 najib itu benar. Kami terima yang tricubes berbaik ahti sediakan satu inisiatif  untuk rakyat melalui jalinan kerjasama dengan rakyat. Oleh itu kenapa najib ubah perkara di bawah?





Korang faham tak apa yang aku faham? Tengok gambar di atas neh. 

- Mula2 tricubes cakap email 1my adalah projek insiatif kerajaan.

- kemudian bila benda neh kecoh ia jadi insiatif swasta pula.

Takpe2. Kita rakyat malaysia yang sabar. Kita bersangka baik kepada kerajaan kita. Kita katakan mereka tersalah tulis. Dan mmg betul. Sepertimana sangkaan kita. Kerajaan dan2 cakap mereka tersalah tulis. Cukup rapat kita dengan kerajaan sehinggakan apa yang mereka fikirkan pun kita tahu tanpa perlu tunggu mereka biat penjelasan. Lihat bawah ;


Betul tak? Takpe2. Kita sangka baik je pada mereka. Biasalah kesilapan boleh berlaku di mana2. Heh.

10. Dan kemudiannya dalam waktu yang sama tricubes mula bersuara bahawa dana rm50 ialah dana dari syarikat mereka. Baguslh. Tapi kita ada merasa sedikit hairan. Bagaimanakah sesebuah syarikat sanggup melabur rm50juta kepada rakyat tanpa mengharapkan apa2 balasan? Adakah syarikat itu sudah sangat kaya sehingga sanggup membekalkan perkhidmatan percuma macam google? Google lain lah. Dia bagi khidmat free tapi iklan dia berlambak2. Dari situ dia jana pendapatan. Jadi tricubes neh jana pendapatan dari mana untuk tampung kos operasi pengendalian email 1malaysia neh?

11. Dan kemudian kita dapat tahu bahawa tricubes menghadapi masalah kewangan. Syarikat mereka akan dikeluarkan dari pasaran saham malaysia. Mereka berada di kedudukan yang teruk. Lihat bawah ;


 Apakah yang dimaksudkan dengan GN3? 

GN3 ialah syarikat yang bermasalah dalam penstukturan kedudukan kewangan dan operasi syarikat.

Apa maksudnya dalam bahasa pasar?

Senang cakap syarikat neh kelam kabut operasi dia. Pula tue ada masalah kewangan. Mungkin akaun dia tak tele, mungkin duit yang dinyatakan atas dokumen berlainan bila check di bank, mungkin ada kesalahan audit yang besar dalam laporan kewangan mereka dan macam2 lagi. Yang pasti ia masalah berat. Mungkin juga akibat perbelanjaan yang tidak cermat. Bila modal pusingan keluar banyak dan keuntungan yang dapat tak selari dengan perbelanjaan memanglah bermasalah besar. So ini mungkin antara masalah2 syarikat neh. Kenapa mereka bermasalah kita takmo lah tuduh2 sbb takde bukti kukuh tapi apa yang penting kita tahu yang syarikat ini mmg bermasalah.









Di atas ini ialah ceo / pegawai2 / BOD of tricubes.

Sumber dari semut. Thanks semut.



Baiklah. Kita sangka baik sekali. Katakan tricubes memang ada niat untuk bantu rakyat malaysia sampaikan syarikat sendiri nak bankrupt pun tak kesah. Heh.

12. Tapi yang heran nya kenapa tricubes ada kaitan secara tidak langsung dengan adik perdana menteri kita pula? Ini lagi pelik. Kenapa kebetulan nya begini ;



- MAMPU bagi projek pada tricubes yang takde duit tapi boleh funding rm50 juta utk buat email free yang ada kaitan pula dengan adik najib?

Adakah MAMPU cuai dalam pemilihan syarikat sehingga gagal menyemak bahawa tricubes menghadapi masalah kewangan yang teruk? Dan tak sedar connection tricubes dengan najib? Siapa yang duduk dalam MAMPU? Mereka tak reti buat siasatan ke? Upah je lah rakyat marhaen. Nampak rakyat lebih cekap buat kerja dari MAMPU. Heh.

Kan tak pasal2 imej najib tercalar dalam isu neh. Sepatutnya bila MAMPU dah sedar yang tricubes neh bermasalah dalam kewangan mereka patut agihkan aje projek neh pada syarikat lain. Kalau tidak nanti projek stop sbb tricubes tiada dana lagi untuk habiskan kerja dia. Macam mana? Heh.

13. Dan apa yang lebih pelik bila mana tricubes cakap flipflop. Mula2 email neh ini percuma. Tetapi sekarang ia berbayar pula. Baca bawah ;


Arhh sudah. Mula2 tadi percuma. La neh berbayar pula. Mana satu betul? Adakah begini ;

1. Jika ianya inisiatif kerajaan maka tricubes bagi percuma je, sbb kerajaan dah tanggung modal apa yang perlu ialah bayar kos operasi tiap2 tahun 

ATAU

2. Jika ianya inisiatif swasta maka rakyat perlu bayar untuk semakan notis dan lain2 perkara yang berkaitan sbb kerajaan nak jimatkan kos kertas? 

Atau

1. Ia memang percuma ttp atas media dilaporkan bahawa seolah2 dana itu dana tricubes ttp atas dokumen kerajaan, kerajaan mmg bayar kepada tricubes bagi menutup semua spekulasi dan kecaman terhadap kerajaan?

Jadi yang mana satu tepat bagi merujuk kepada situasi sekarang?

14. Dan sudah tentulah projek ini menyusahkan rakyat dipandang dari sudut mana sekalipun. Samada percuma ataupun berbayar dana awam tetap kena keluar juga.

Apakah cadangan yang terbaik bagi mengantikan perkara di atas?Sebenarnya mudah. Apa yang perlu kerajaan buat ialah ;

- tolak dana tricubes. Stop je projek neh.

- bina satu kumpulan untuk mencari pakar2 it malaysia

- sasaran mereka ialah ;

1. bina search enjin seperti google/social networking/email/games/ tp ciptaan tempatan agar blh bersifat antarabangsa.

2. pemilihan pakar2 it neh hendaklah dilantik dengan telus dan amanah tanpa korupsi. Lantik anak2 muda yg baru habis ijazah. Mereka neh sebenarnya bersemangat nak buat sesuatu utk negara. Bagi mereka peluang.

3. Bagi dana. Bagi berapa banyak dana yg perlukan utk buat research dan bina program.

- umumkan pencapaian projek neh dari semasa ke semasa. Agar kita blh tahu prestasi mereka. Letakkan program2 mereka di internet agar kita sebagai pengguna boleh review apa2 masalah dalam program utk in order to bagi feedback agar mereka blh repair kelemahan2 mereka.

- dah siap, launch lah. Bagi masa untuk masyarakat terokai dan guna. Biar dia popular. Buat jv dengan syarikat2 gergasi mcm apple ke atau sapa2 je lah.

- iklan product anak tempatan secara meluas. Buat kempen dan contest. Bila program anak tempatan neh dah berkembang mcm google masa tue barulah kerajaan blh fikir pasal nak kaut untung. Satu hari berapa pengiklan masyuk..  dan tentu2 projek neh akan cipta banyak peluang pekerjaan dan menaikkan  nama malaysia pada tahap antarabangsa. Ketika itu kita tak perlu rely pada google ataupun aplikasi luar negara.

Kalau tak berani modal, tak berani buat perubahan, tak berani bagi peluang, tak berani percaya pada anak2 tempatan sampai bila kita nak maju? Inisiatif2 inilah yang kerajaan kena bagi. Bukan buat email percuma 1malaysia yang entah hapa2 tue. Itu projek jangka masa pendek. Buang duit pun ya. Fikir sket secara meluas. Buka sket otak tue. Aku yakin kita memiliki programmer yang hebat2. Ini masanya untuk kerajaan buka dan beri peluang kepada bakat rakyat malaysia. 50juta itu digunakan utk ini adalah lebih baik daripada hantar sheikh muzaffar ke angkasawan.

NOTA : Kami tidak dengki kerajaan berikan projek neh kepada syarikat bumiputera. Aku juga percaya orang cina bersikap demikian. Apa yang kami tekan ialah kami mahu satu2 projek yang dilaksanakan itu mendatangkan kesan baik kepada rakyat secara langsung.

Ameno : Arhh sudah rajin aku membebel neh.


Rabu, 20 April 2011

Tiada cadangan menaikkan RON 95!

Bila si sabri ismail neh cakap macam tue, dia terus buat aku ragu2. Yelah. Asal dia bercakap mesti barang naik. Minyak tak naik tapi barang lain tetap naik. Kita bukan hanya nak kurangkan kenaikan minyak malahan kita berharap barang2 lain especially barang2 makanan tidak naik ataupun jangan naik secara ;

- mendadak [tinggi]

- tiba-tiba

- sembunyik2.

Itu yang kita geram sangat. Contohnya isu susu tin dan santan. Naik. Senyap2. Tv takmo lapor. Ataupun tak boleh nak lapor. Macam isu kenaikan ayam. Naik. Lepas 2 minggu naik baru tv lapor. Tapi bila harga ayam dari ladang turun, peniaga masih tidak turunkan harga. Jadi dimanakah penguatkuasa undang2 yang membela rakyat? Takde. Apa yang ada ialah si sabri ismail neh dok mengedepotpetpotpet depan tv dalam parlimen angkat diri. Heyy pergi mammmmmm lah. Barang naik banyak dan aku rasa sangat2 terbeban.

Kalau korang nak tahu cuba korang bawa rm10 beli lauk. Korang hanya dapat beli 2 jenis lauk untuk dimakan oleh empat orang sebanyak 2kali makan. Dan itupun tanpa rencah2. Contohnya ko beli ayam nak masak kari. Peh tue ko beli sayur masak air. Ko fikir ko boleh masak tanpa beli rencah2 seperti kari? Mesti nak beli serbuk kari. Dah tue dengan rm10 mana cukup ayam nak makan 4 orang untuk 2 kali makan. Itu baru 4 orang. Kalau keluarga yang ada 7/8 bilangan orangnya, mana nak cukup rm10. Nak beli ayam pun tak lepas beb. Gila.

Korang baca statement terbaru ismail sabri neh hah ;


Faham ke apa yang ismail cakap neh? Dia cakap belum ada cadangan beb. Belum ada. Bukan tiada langsung. Kalau tiada langsung kita boleh faham memang tiada kenaikan untuk menaikkan harga minyak. Tapi dia cakap belum ada cadangan. Maksudnya kalau ada sapa2 nak cadangkan agar minyak dinaikkan, makna nya kerajaan akan mempertimbangkannyalah kot. Ye tak?

Dah tue dalam parlimen cubalah jawab hujah2 rakyat. Dah terang2 kat situ menulis bahawa rakyat beranggapan bila minyak dunia naik, kerajaan kita akan untung sekali. Si ismail sabri neh tak menjawab soalan. Maknanya persepsi rakyat memang betul. Soalan neh bukan hari neh aku tanya hari neh ko kena jawab.  Aku tanya berbulan2 yang lepas, dan ko jawab berbulan2 akan datang. Dalam parlimen. Itupun jawapan yang disediakan oleh kakitangan ko. Ko mana ada masa nak tengok semua soalan2 tue. 

Ko kan sibuk layan konsert anak ko yang rambut perang bagai nak rak tue. Entah macam lah dia nak solat jumaat.  Bukan aku tuduh dia kena liwat macam saiful pula sampai kena mandi2 wajib. Tapi kan normal bagi lelaki mimpi basah peh tue mandi wajib. Ke anak ko tak alami menda2 tue? Heh.

Lantak ko lah. Anak sendiri jaga sendiri. Malas aku main peribadi ko.

Ameno : Ada sapa2 nak buka cadangan agar ron 95 dinaikkan kepada ismail sabri?

Hot : Selamat tinggal facebook.

Assalamualaikum pada pemilik blog Ameno World..Tujuan saya mengirim
emel ini adalah untuk meminta pandangan saudara berkenaan saya tidak
dapat mengakses laman-laman sosial di internet tetapi dapat mengakses
laman lain pada hari ini..Saya pelik kerana saya dapat mengakses
facebook menggunakan proxy website tetapi tidak dapat mengakses secara
terus..Kebelakangan ini saya memang aktif dalam memberikan komen dan
pandangan di facebook di page anti kerajaan dan sebagainya. Adakah
kemungkinan disebabkan itu perkara ini berlaku pada saya??saya
menggunakan broadband celcom dan 2 3 hari lepas saya dihubungi oleh
pusat celcom ingin membuat survey berkenaan penggunaan internet dan
katanya maklumat saya tidak akan didedahkan..dia tidak meminta no.ic
atau alamat penuh..sekadar bertanyakan negeri,bandar,mukim dan kampung
selain soalan isi rumah dan bilangan pengguna internet di rumah. Saya
dapat mengakses melalui handset tetapi tidak dapat komen di page
selain hanya wall saya sendiri sahaja..saya melihat hari ini di page
Rosmah Mansur:sila minta maaf pada umat islam berkenaan berkenaan
laman sosial kerajaan malaysia yang saya boleh akses iaitu
rilek.net..twitter saya masih boleh akses tetapi saya tida akaun
twitter...saya kemukakan bukti di attachment..selain itu seperti yang
diheboh-hebohkan iaitu emel 1malaysia akan digunakan sepenuhnya tidak
lama lagi..saya bimbang rakyat malaysia tidak akan dapat akan dapat
mengakses semua emel yahoo,google atau hotmail atau mana-mana laman
sosial lagi selepas ini seperti yang saya alami ini..mungkin dibuat
berperingkat sbb itulah masih ramai yang boleh akses facebook..mohon
jika perkara ini penting dibuka perbincangan di blog saudara...kiranya
boleh laporkan pada facebook berkenaan rilek.net yang meniru facebook
supaya menyaman kerajaan malaysia...saya kira saya tidak dapat
mengakses facebook lagi selepas ini...saya amat marah akan keadaan ini
dan sampai mati saya tidak akan mengundi kerajaan BN yang bangsat
ini!!

Ini adalah kiriman email yang aku terima. Dan di bawah ini adalah attachment yang dia cakapkan tue ;




Aku tak dapat nak siasat kesahihan cerita dia sebab ini adalah kes yang pertama dan aku pula tak berani nak buka laman web rilek.net tue. Silap2 ia virus untuk blocking kita dari access fb arh sudah mampos aku kang.

Namun aku buka topic neh untuk perbincangan dan pandangan umum. Lagipun itulah harapan pengirim email neh. Kalau ada apa2 yang korang rasa leh share sini, share lah. Mungkin ada cara / tips nak atasi masalah penulis email neh.

Ameno : Dulu aku guna broadband aku takley buka website topengperakunmasked, mmg celcom sekat access ke blog tersebut. Tapi kalau sungguh broadband celcom sekat access ke facebook secara berperingkat dan dibuat secara sembunyi2 mmg tak mustahil tapi takan lama. Orang akan perasan gak.

Edisi barang naik : Tarif air melaka naik senyap-senyap.

Tindakan kerajaan negeri Melaka menaikkan tarif air tanpa mengambil kira bebanan kewangan yang dipikul oleh rakyat negeri itu amat dikesali.

Antara mereka yang lantang membantah tindakan itu, termasuk Ketua Dewan Pemuda Pas Melaka, Kamaruddin Sidik (kiri). 

Katanya, tindakan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) yang menaikkan tarif air secara tegesa-gesa dan tidak memaklumkannya terlebih dahulu kepada rakyat seolah-olah satu cubaan untuk mengelakkan protes rakyat.

Menurutnya ia suatu yang tidak konsisten sedangkan kerajaan negeri Melaka sendiri pernah mengkritik kenaikan harga air di Selangor dan Kedah tidak lama dulu.

"Apabila kerajaan Selangor dan Kedah buat tindakan sebegitu sebelum ini yakni menaikkan tarif air mereka bising. Tapi kini mereka naikkan tanpa sebarang pengumuman.

"Saya yakin ini ada hubung kaitnya dengan pembaziran dana kerajaan yang berleluasa dan tindakan ini adalah untuk menampung kekurangan dana ini," katanya.

Sejak awal bulan ini, tarif baru air bagi pengguna di kawasan kediaman adalah 60 sen selepas penggunaan 20 meter padu. Tarif lama adalah 55 sen selepas 15 meter padu pertama. Tarif baru bagi perniagaan pula adalah RM1.80 bagi penggunaan melebihi 100 meter padu.

Susahkan rakyat
Sementara itu, ADUN kawasan Ayer Keroh dari DAP, Khoo Poay Tiong, turut mempertikaikan tindakan kerajaan negeri yang dianggapnya sebagai menyusahkan rakyat.

Menurutnya, beliau difahamkan kuasa menentukan kenaikan harga air berada di dalam tangan pusat.

Bagaimanapun, itu bukan isunya. Isu di sini adalah bagaimana harga air boleh dinaikkan sedangkan rakyat tidak dimaklumkan.

"Ramai yang tidak puas hati kerana tindakan menaikkan harga air ini telah dijalankan secara senyap, seolah-olah untuk mengelak sebarang protes," kata Khoo (kiri).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Melaka Bhd (SAMB), Mohd Khalid Nasir, ketika dihubungi bagi mendapatkan maklum balas mengesahkan memang terdapat 'penyelarasan' terhadap tarif air.

Bagaimanapun menurutnya, tindakan sedemikian adalah berdasarkan arahan yang dikeluarkan pusat.



Point penting yang kita mesti faham ;
1. Melaka naikkan tarif air senyap-senyap untuk elak protes rakyat.

La kenapa nak elakkan protes rakyat? Biasalah tue mana ada rakyat suka barang naik. Aku pun tak suka.

2. Tapi sebelum tue kutuk2 kedah dan selangor sebab naikkan tarif air.

Laa aku pikir dok2 kutuk makna nya mestilah tak buat kan kan kan? Kah kah kah

3. Peh tue cakap tindakan tersebut datang dari kerajaan pusat.

Laaa.. semua tahu benda neh. Kat kedah dan selangor pun macam tue juga. Tapi penyokong umno memilih untuk tidak percaya kepada fakta yang tidak memihak kepada mereka je. Kah kah kah..

4. Isu sebenar bukan isu kenaikan meskipun ia membebankan. Isu sebenar ialah kenapa ia dirahsiakan? Bagi rakyat yang taktahu apa2 sudah tentu tak perasan bahawa tarif air dinaikkan secara senyap2.

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Ini ke dia sikap kerajaan kita?
Dia punya negeri dia kasi naik senyap2 bilang orang takmo aaaaa..
Orang punya negeri dia kasi naik juga tapi dia kasi kecoh 1 dunia..

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

1malaysia kena tipu woittt... 

Ameno : Hehehehe.. salahkan je pusat mmg sah2 pusat salah.. tapi kenapa negeri cam backup keputusan pusat? Itu satu persoalan tue. Kalau tak backup apsal senyap2? Heh.

Entry hot : [isu video seks] Eskay nak sumpah depan kaabah.

Alahai.. si eskay neh dah sanggup bersumpah2 pula. Dah tue dia pilih bersumpah depan kaabah. Apakah ada beza kalau sumpah depan kaabah dan sumpah tempat lain? Apakah dibolehkan bersumpah sedangkan eskay neh dah buat tuntutan untuk tubuhkan siasatan diraja. Dah tue? Proceed je lah dengan tuntutan tersebut.

Apa kerja separuh2 jalan neh. Heran aku. Baca bawah ;



Sumpah-sumpah neh bukan budaya orang islam. Patutlah dulu aku pernah baca berkaitan isu neh. Akan datang, di akhir zaman semua manusia akan bersumpah untuk membuktikan bahawa mereka ialah dipihak yang benar. Sehingga kita tak dapat bezakan mana satu yang bersumpah palsu dan mana satu yang bersumpah benar.

Alah cam kat mahkamah tue. Main sumpah2. Boleh ke? Sebelum bagi kenyataan bersumpah dulu. Bukan tak pernah terjadi berapa banyak kes penipuan yang dilakukan oleh saksi. Sumpah tetap sumpah. Tipu jalan juga.

Jadi apa relevantnya sumpah di sini? Apa yang aku tahu berkaitan isu sumpah neh sepertimana yang aku pernah dengar kata2 seorang yang beriman dulu ialah ;

1. seseorang yang bersumpah mestilah faham yang dia sudah kehabisan jalan / iktihar untuk membuktikan dia di pihak yang benar.

2. seseorang yang bersumpah mestilah sudah menggunakan semua jalan perundangan dunia dan sedar bahawa jalan2 tersebut tidak dapat membersihkan nama dia daripada tuduhan tersebut.

3. seseorang yang bersumpah mestilah bersolat sunat istiqarah dan meminta bantuan dari Allah swt.

4. seseorang yang bersumpah bukanlah orang yang fasiq dan terlibat dengan dosa-dosa besar. Ini disebabkan agar dia tidak menjadikan sumpah dia sebagai alat untuk membebaskan diri daripada segala tuduhan yang dilemparkan.

Nah..bukan mudah rupanya untuk bersumpah. Apatah lagi bersumpah di depan kaabah. Apa yang perlu eskay buat ialah proceed je dengan rci tue. Biar kita sama2 tengok dan nilai. Biar kita sama2 kupas kebenaran tersebut. Amacam eskay? Jangan lah belum apa2 dah main sumpah2.Lagipun kalau semua orang bersumpah untuk membuktikan mereka dipihak yang benar apa guna pula pdrm dan mahkamah di malaysia neh? Heh.

Dan yang neh pula kenyataan terbaru shuib ;



Arhh sudah. Tadi korang bertiga gak yang beria2 sanggup bersumpah. Tapi sekarang tiba2 korang babitkan dsai dan tuan guru pula. Apa kes? Ko nak bersumpah itu ko punya pasal lah. Yang tiba2 dsai dan tuan guru kena bersumpah pasai apa? Dsai dah serahkan kes neh pada pdrm. Dsai pun dah cakap kalau nak proceed rci, proceed lah. Awatnya kecoh2 pulak neh? Awattt???

Benda simple je. Mereka bertiga angin pasal kena dakwa. Mereka kata tak sebarkan video lucah. Dah tue yang upload kat u tube sapa? Takan nak tuduh pdrm pula?
Lagi satu isu masalah empat saksi tue kena fahamlah. Bila ada adegan seks, ko dah tahu lokasi dia kat mana, ko call jabatan pencegahan maksiat. Bila jabatan pencegahan maksiat datang serbu, mereka nampak. Automatik kat situ mereka yang tahan pasangan yang berkhalwat adalah mereka yang menjadi saksi juga.

Haittt... simple je. Tapi masih tak faham2. Shuib pun sedar zaman sekarang sukar nak cari orang benar2 boleh dipercayai. Kalau ko sendiri sukar nak percayakan sapa2, lagilah kami sendiri tak boleh nak percayakan ko. Ngertik ngak?

Artikel penuh shuib di sini.

Rakyat malaysia bersatu dalam 1 facebook? Apa tue?

Ameno : Sumpah2.. kena makan sumpah baru tahu..

Hot : [ Isu lynas ] adnan yaakob sudah terjatuh salahkan batu.. lawak!

Adoii rakyat pahang sebelum aku menyambung entry neh dengan perkara yang bersesuaian dengan tajuk aku nak bagitau korang tiga perkara dulu. Perkara tersebut ialah ;

1. Korang tahu tak sapa yang kaki tebang hutan simpan di pahang? Pergi check tengok.

2. Korang tahu tak laki sapa yang tengah pegang malaysia neh? Pergi periksa cepat.

3. Korang tahu tak sultan apa yang paling banyak bagi anugerah datuk? Jawapan simpan dalam ahti. Hehehe..

Okey sambung balik. Kalau nak tahu si adnan neh dah mengamuk sakan kat rakyat pahang yang dok protes isu kilang lynas neh. Memang lah wajar protes beb. Kalau aku di tempat mereka pun aku protes. Gila apa nak sehidup dengan tempat yang penuh radiasi? Risiko untuk mandul, anak cacat, merosakkan kesihatan tubuh badan adalah tinggi berbanding penduduk yang takde kilang lynas neh kawasan mereka. Korang baca neh dulu. Kenyataan dari adnan neh ;





Aku tarik keluar point penting kat sini ;

1. Adnan cakap bukan pahang [kerajaan negeri] yang luluskan lynas neh. So apasal nak marah2 kat dorang pula.

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

menteri besar pahang ka neh? menteri besar pahang punya jawapan ka neh? Awat kelakar sangat neh? 

Yang bagi tanah sapa?
Yang luluskan pembinaan kilang tue sapa?
Bukan kerajaan negeri ka? La tanah tue milik sapa? Kerajaan pusat ka?

Takde kuasa untuk lulus?
takde kuasa untuk tutup? apa nama? tutup? takda kuasa? Habislah rakyat pahang camne..

2. Adnan cakap pakar atom malaysia = lembaga perlesenan atom malaysia kasi lulus. hehehe..

Peh tue baca pula kat bawah neh ;



Arhh sudah. Pakar atom pula bersuara. Mereka tak kasi lulus pun kilang neh. La awat si adnan cakap AELB dah kasi approved? Mereka masih dalam perbincangan akhir. Belum bagi kelulusan muktamad. Dah tue adnan menipu ka wey?

Point penting ialah ;

1. Isu yang dibincangkan di sini ialah isu loji simpanan radioaktif. 

2. AELB cakap kalau lynas nak simpan kena ikut had yang ditetapkan mereka. Contohnya berapa banyak nak simpan dalam satu2 masa, dan berapa lama nak disimpan sebelum dihapuskan [dinyah] bagi menghilang mudarat kepada rakyat pahang.

3. Si lynas plak kata, mereka ada hak untuk simpan sampai bila2. Kerajaan dah bagi keizinan. Haitt.. kerajaan mana neh bhai? Kerajaan mana? Kang si adnan tue bising pula. Kalau kerajaan negeri pahang, memang sah2 lah kami boleh balun adnan yaakob. Tapi kalau kerajaan negara malaysia memang sah2 kami balun najib. Heheheheh..

4. Lynas kata sifar risiko kepada rakyat pahang. Maksudnya simpanan sisa radioaktif di loji tersebut sampai bila2 tidak akan terdedah kpd rakyat lah. Kiranya mereka nak cakap mereka mempunyai pelan aspek keselamatan yang cukup tinggi dan cekap. Heh. Sekali malapetaka datang macam jepun tue boleh ka nak elak?

5. Dan apa yang paling penting ialah lynas tetap akan teruskan project neh tanpa mengira apa2 bantahan. Amboiii apa yang kerajaan dapat sampaikan lynas boleh pijak rakyat pahang neh? Cuba kasitau sket.. 

Dalam erti kata lain, kerajaan main sembrono je lulus seme pembinaan kilang lynas di malaysia neh. Patutnya tunggu dulu. Selesaikan dulu satu persatu. Biar AELB check dan kaji butiran2 proposal lynas. Dah complete dan memenuhi piawaian AELB barulah proceed bina kilang. 

Bukannya rundingan tengah on, dalam masa yang sama, kilang pun terus dibina. Adoiiyaiii rakyat pahang nasib korang lah.. aku mmg sokong perjuangan korang tp aku taktahu lah kalau2 si adnan dan najib akan sokong korang ke tidak.

Ameno : Project belum semak habis, duit dah terima. Patutlah pun.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...