Kaki melawan

Jika ada apa-apa pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Ads

Wednesday, May 11, 2011

Pemandu : Ron 95 patut naik, tapi dikekalkan sehingga pilihanraya.


Mengikut rancangan penyelarasan subsidi yang dicadangkan oleh Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), harga petrol RON95 sepatutnya telah dinaikkan oleh kerajaan kepada RM2.05 seliter sekarang. Mengikut perancangan, ini seharusnya dilakukan dengan dua pelarasan - iaitu 15 sen sekitar akhir tahun lalu dan 10 sen lagi pada separuh masa pertama tahun ini.


Namun harga sekarang tetap kekal pada RM1.90 seliter. Harga RON95 dinaikkan dua kali tahun lalu

- iaitu lima sen setiap kali pada 16 Julai dan 4 Disember.

Tahun ini sahaja, harga petrol RON97 dinaikkan empat kali dan kini pada paras RM2.90 seliter, iaitu paras tertingginya.



Menghadapi pilihan raya

Menurut akhbar China Press, harga petrol RON95 sekarang adalah 80 sen lebih murah berbanding harga pasaran - bermaksud harga sepatutnya adalah RM2.70 seliter jika diselaraskan mengikut harga pasaran.



Spekulasi tersebar luas bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak akan membubarkan parlimen akhir tahun ini ataupun pada tahun depan kerana ekonomi dikatakan semakin merudum sejak kebelakangan ini.

Jika rasionalisasi harga petrol ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum, rakyat berkemungkinan akan menghadapi kenaikan agak ketara sehingga boleh menyebabkan inflasi petrol.

Setakat ini, hanya sasaran rasionalisasi subsidi untuk gula yang disaran dinaikkan 20 sen sekilo bagi setiap setengah tahun berjaya dipatuhi.

Terima kasih kerajaan dan pemandu sebab tak menaikkan ron 95 sekarang. Lepas pilihanraya nak naik, naiklah sebab kami tetap akan pangkah bn lagi. Dont worry be happy. Jangan lupa mengundi tangan yang memberi kita semua makan ye.

Ameno : 1malaysia suka barang naik. Kalau tak, takan pangkah barang naik tiap2 kali pru betul tak? Hehehe..


Anak ketua menteri sarawak taib mahmud sah bercerai.


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah hari ini mengesahkan penceraian antara anak Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib, dengan pasangannya Datin Seri Shahnaz Abdul Majid, dengan lafaz cerai talak satu.

Ketua Hakim Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Abdullah, membenarkan lafaz itu selepas berpuas hati bahawa perkahwinan pasangan itu menyaksikan perpecahan dan tidak dapat dipulihkan. "Mahkamah mensabitkan gugur lafaz talak kali pertama berjumlah satu dan memerintahkan Shahnaz untuk beredah tiga kali suci," kata Mohamad.

Katanya, mahkamah turut berpuas hati bahawa pada ketika ini Shahnaz selaku defendan dalam keadaan suci selain tidak melakukan sebarang hubungan sebagai suami isteri dan tidak hamil. Mahmud Abu Bekir, seorang ahli perniagaan yang diwakili peguam Saadiah Din, memfailkan permohonan penceraian pada 14 Feb lepas mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam selepas dikatakan berlaku ketidaksefahaman antara pasangan itu.

Okey fine. Cerai-cerai lah. Bukan hal aku pun sampai nak menyibuk sangat. Tapi berapakah tuntutan harta bekas isteri akan menuntut dari bekas suami? Mao tahu? Baca bawah ;

Mahkamah juga menetapkan 27 Jun ini untuk sebutan bagi kes tuntutan mutaah sebanyak RM100 juta dan harta sepencarian bernilai RM400 juta terhadap ahli perniagaan itu bagi memboleh pihak defendan memfailkan pembelaan.

Anak sapa? Anak ketua menteri sarawak. Heheheh.. mutaah rm100 juta? Hehehe.. mutaah bhai.  





Ameno : Bagi aku rm5k pun dorang tak rugi apa.. heheh

Mahathir : Belilah proton untuk amal jariah.

Penasihat Proton Holdings Bhd Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dakwaan sesetengah pihak bahawa harga kereta yang dijual di negara ini mahal kerana pengeluar kereta nasional itu adalah tidak benar.

"Dari dulu lagi, kerajaan telah mengenakan cukai yang tinggi supaya negara tidak melihat pengaliran wang kita (dalam penjualan kereta) terlalu banyak ke luar negeri," kata beliau semasa berucap pada pelancaran Pusat Logistik Proton di Sijangkang dan Tanjung Malim, semalam.

Dr Mahathir berkata mereka yang membeli kereta Proton adalah satu perbuatan amal jariah kerana apabila Proton maju, ramai yang mendapat kerja dan dapat menyara keluarga mereka.


Pada masa yang sama, Dr Mahathir berkata Proton perlu menumpukan kepada kualiti buatan keretanya kerana dalam perniagaan, imej adalah penting. Jika ada yang mengadu tidak puas hati, biarpun seorang, ia akan memberi gambaran seolah-olah semua kereta buatan Proton bermasalah, katanya.

Mengenai dakwaan seorang penulis blog yang mengatakan tingkap kereta Proton tidak boleh diturunkan sehingga pemilik kenderaan itu terpaksa membuka pintu dan turun daripada keretanya untuk membayar tol, beliau berkata dakwaaan itu keterlaluan.


"Saya juga bawa kereta melalui tol dan saya belum lagi ternampak orang yang bawa kereta Proton (terpaksa) turun daripada kereta kerana nak bayar tol.

"Namun demikian ramai yang percaya inilah sebenarnya yang berlaku," kata beliau, sambil menjelaskan bahawa dakwaan sebegitu walaupun kecil, perlu mendapat layanan yang baik daripada syarikat.

Sebenarnya tak guna bila kita hanya tahu membangkang tapi tak menjelaskan secara terperinci kepada kerajaan tujuan kita membangkang. Nampaknya kerajaan dan mahathir masih tak faham2 lagi punca rakyat naik menyampah dengan proton. Takpelah kat sini biar aku elobrate sket supaya mahathir dan kerajaan fahamkan dulu asas kenapa rakyat marahkan proton neh.

1. Mahathir cakap kalau kita beli proton ibarat kita buat amal jariah.

Aku setuju. Bukan proton je. Semua product pun sama. Orang kata alah membeli, menang memakai. Tetapi dengan proton neh kita cuma alah membeli, alah memakai gak. Maksudnya di sini ; kalah membeli, kalah memakai. Sudah lah nak membelinya memerlukan wang yang banyak. 1point. Kualitinya pula cikai. 1 point lagi. Lepas tue nanti adalah yang datang menepek cakap bhai tue zaman bila bhai? Proton sekarang dah maju bhai. Zaman bila punya hal bukan kes beb. 5 tahun lepas beli proton pun guna duit gak. Bukan guna daun ngok! Apa beza duit 5 tahun lepas dengan duit selepas 5 tahun berlalu? Tetap terbuang gak atas kereta yang kualitinya cikai. Kalau proton dah upgrade kini macam maa pula customers proton terdahulu yang jadi bahan ujikaji sebab beli kereta proton kualiti cikai? Ada rebet ka ketika nak trade in beli kereta proton baru yang konon nya dah improved sesangat. Ada ke? Takde bhai. Takde. 

Sebab tue rakyat marah. Kalau agak2 belum bagus lagi, usah produce product baru. Usah buat pengeluaran untuk cari modal. Apa salahnya buat RnD dulu. Buat betul2. Buat habis2. Guna duit kerajaan lebih sikit pun takpe. Pelaburan guna wang cukai rakyat pun takpe. Amek. Kalau ini cara boleh digunakan untuk meningkatkan kualiti proton, go on. Buat. Tapi jangan keluarkan product cikai dengan harga mahal nak mampos. Itupun aim semata2 nak collect untung. RnD pun incompleted. Atas jalan sudey 2 tahun tak sampai dah berkokak2 proton sana sini. Sapa tak marah kalau macam tue? Sudahlah modalnya sikit atas kilang. Di keluarkan pula kepada rakyat dengan harga yang melambung2. Kalau kat rakyat sendiri mahal kat rakyat luar negara lagi mahal takpe gak bhai. Tapi kat rakyat sendiri ;

1. kualiti cikai nak mampos = harga mahal nak mampos

2. kualiti sket punya baik [atas sikit dari product china] = harga sikit punya murah [lagi murah dari kereta china]

Sapa tak marah beb? Sapa tak terasa ahti? Sapa tak sedih? Sapa tak makan ahti? Sapa tak geram? Sapa tak emosi? Sapa? Lue bilang sama gua.. sapa? Semua rakyat malaysia mesti sedih bhai. Cara tunjuk emosi je berbeza2. 

Ada yang malas layan, mampos ko lah gomen. Ada yang cari duit2 banyak2 pehtue beli kereta import dalam or luar negara, ada yang cabut pergi luar negara.. habis tue yang takde duit? Yang miskin? Yang baru belajar nak hidup berdikari? Macam mana? Ini lah dia mereka yang bersuara. Minta kerajaan luangkan sikit waktu dengar suara dan keluhan ahti mereka. 

Tangan satu belah bertepuk takan ada bunyik bhai. Ko tepuk kat dinding ke, kat peha ko ke apa ke tetap tak sama bunyiknya macam tangan bertepuk dengan tangan. Sebab itu kerajaan kena turun pandang DENGAR. DENGAR apa yang rakyat MAHU. amek PEDULI. Ambil PEDULI kesengsaraan rakyat, penderitaan rakyat. Bukan tak dengar peh tue pandai2 buat analisis yang rakyat hanya tahu memberontak. Fack U.

Naik public transport? Boleh. No hal. Tapi ada improve? Bas kat tempat aku 2 jam sekali. 2 jam sekali bhai. Bas kawasan daerah yang dah naiktaraf jadi pembandaran. Itu tempat aku. Kalau kat tempat terpencil macam mana. Ada bas? Ada? Sebab tue nak taknak kena ada transport. Ukur kemampuan? Nak gak layan import. Tapi revision ukur kemampuan. Rasanya tak layak. So nak taknak apa akhirnya? Itulah dia kerajaan. Suara rakyat takmo peduli. Mereka je betul abadi.

Kalau kat tempat yang maju macam key ell, public transportation pula makin mahal. Charge melambung2. Itu pun tak menyeluruh. So macam mana nak mencekik? Harga semua benda kat malaysia mahal. Cubalah bertolenrasi. Ko mahalkan harga proton, ko kurangkan harga pengangkutan. Kasi menyeluruh semua tempat. Ini tidak. Semua ko bedal. Itu ini semua mahal. Takpe gak tue actually. Asal gaji tinggi? Arh sudah. Gaji pun rendah nak mampos. Mana boleh hidup. Sudahnya kita tertekan dan memberontak.

2. Mahathir cakap masalah tingkap itu kecil.

Ya. Kecil. Kecil bagi dia kot. 2 tahun lepas sedara aku beli viva. 3 bulan je dah cukup. Entah2 tak sampai kot. Tingkap rosak tak leh turun cermin. Pintu kereta? Pecah dia punya handdle. Ya. Memang mahathir tak pernah nampak pengguna proton buka tingkap ketika nak bayar tol, sebab mahathir tak bernasib baik nak bertembung dengan pengguna macam tue. Hey.. nanti dulu? Kenapa mahathir cakap macam tue? Kenapa perlu tunggu dan tengok orang lain yang pakai proton untuk bayar tol pula? Mahathir sendiri bagaimana? Tak pakai proton ke untuk buat ujikaji sendiri? Arhh sudah. Proton bagus? Proton baik? Proton cemerlang? Tapi tak pakai proton? Ya. Ini pemimpin yang kita cari.Anda cari. Saya cari. Kita 1malaysia cari. Heh.

Ameno : Aku yakin proton yang bakal dilancarkan tak lama lagi bagus meskipun tak pernah guna. Hehehe..

Malaysia insider bangang bila promote papa gomo.

Tak sangka aku isu papa gomo balun bigdog pun boleh masuk malaysia insider. Tengok bawah beb ;



Aku agak hairan melihat penulisan papa gomo yang skema. Betul ke dia tulis macam tue? Setahu aku yang dia pandai tulis ialah aljuburi, anwar harus bertaubat, pas itu melayu, dapig, pas sesat, dan macam2 lagi lah kejian dia sehingga aku tak sanggup nak tulis kat sini lagi. Tapi dah alang2 dia tulis eloklah aku komen sket. Pasal aku rasa korang pun kena faham gak asas kenapa papa gomo balon si bigdog neh.

Jadi bagaimana pula Bigdog ini boleh mengeluarkan satu perkara yang tidak pasti yang mana sekarang kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi mangsa akibat dari kebodohan Bigdog ini,” katanya.

Kerajaan harus memandang serius isu yang dimomokkan blog Bigdog kerana yang menanggung beban dalam hal ini adalah kerajaan BN dan bukannya Pakatan Rakyat Bagaimana hendak kita bela blogger yang merosakkan keharmonian kaum di Malaysia ” katanya

Dua kali papa gomo sebut isu neh menjejaskan barisan nasional bukan nya pakatan rakyat. Dah jelas apa yang papa gomo cuba sampaikan disini bukanlah apa yang terkandung dalam jiwa dia. Dia dibeli untuk merapu dalam belog. Aku rasa dia ada tulis pasal isu kristian neh. Sebab aku pernah baca. So aku pun godek2 lah belog dia tadi. Dah sah memang aku jumpa. Malaysia insider neh pun bebal tak sudah gak. Main amek je source bangang macam tue untuk disebarkan dalam paper sendiri. Memanglah nama jeff oii clear. Memanglah isu pengkristian di pulau pinang clear. Tapi bila orang yang baca belog tue orang akan positive thinking terhadap dap ka? Lihat bawah ;




Arhh sudah. Dap tiada agenda untuk mengkristian pulau pinang dan malaysia buat masa ini tetapi agenda mereka cuma di sarawak sahaja. Inilah laporan penuh papa gomo yang mana wartawan malaysia insider yang bahlol petik sekerat2 then siarkan dalam paper online mereka. Bagi mereka yang nak siasat betul ke tak betul papa gomo cakap macam tue sudah tentu akan search blog papa gomo. Dan bila mereka masuk apa yang mereka akan jumpa?

1. Dap tak kristian pulau pinang dan malaysia bhai. Dap cuma.. baca CUMA kristiankan sarawak je bhai. Sawarak je. bukan pp bukan malaysia tapi sarawak. Heh.

2. Video2 seks yang memfitnah dsai. Penulisan2 yang menfitnah pas, pkr dan dap.

Inilah yang wartawan BANGANG tak sudah neh kasi PROMOTE. Ingatkan betul lah si papa gomo neh balon bigdog. Rupanya tidak. Dia balon bigdog sikit tapi dia balon DAP, PR lagi banyak dalam artikel bangang tue. Jangan2 wartawan neh pro umno kot. Sebab tue support pemfitnah.

Tak boleh blah bila penulisan fitnah macam papa gomo neh disokong oleh wartawan. Nak tulis pun tulis lah penuh2 bagi habis. Kenapa nak petik separuh2 kenyataan papa gomo? Selain dia suruh kerajaan tangkap bigdog dia juga claimed dap nak mengkristian kan sarawak. Kenapa perlu di ambil penulisan macam neh dan diletakkan di portal online? Ini hanya akan menyebarkan fitnah terhadap PR dan memburukkan imej PR. 

Apatah lagi papa gomo neh pun patut di isakan sebab menyebarkan fitnah terhadap pr, terutamanya lim guan eng, nik aziz dan dsai. Sampai ke sudah prdm boh layan report polis terhadap papa gomo. Silap2 wartawan malaysia insider kena troll untuk mempromosikan artikel fitnah papa gomo kot. Heh.

Ameno : Wartawan malaysia insider ke maleyyyy firsttttt inside?

GST, Cukai dan rakyat yang tertipu.

Semalam sapa ada tengok buletin utama? Arhh mesti ramai pembaca belog neh tak tengok sebab anti kat buletin utama kan? Takpe. Korang leh baca bawah. Sedikit intipati apa yang najib cakap kat dalam tv3 semalam cuma tak menyeluruh je lah ;



Selain dari perkara di atas, najib juga ada mengulas isu penyelarasan subsidi yang dilakukan baru2 neh membawa impak positif kepada negara untuk menuju ke sebuah negara yang berpendapatan tinggi. Mungkin nak ulas pasal kenaikan petrol dan gula tapi tak berani nak ulas sembrono so bagi lah ulasan yang nampak ekonomik sket paling koman orang2 yang tak faham apa2 terus jadi tak faham apa2. Heh.

Apa yang aku nak sekarang ialah isu pembohongan najib. Aku sendiri merasakan bahawa GST dan idea menjadikan malaysia sebuah negara yang berpendapatan tinggi memang relevant. Tapi yang tak kena disini ialah cara pelaksanaan. Kalau gaji rm350 masih wujud di malaysia toksah hadap lah nak jadikan malaysia sebuah negara yang berpendapatan tinggi. Nanti jadi macam tunisia pula. Pemimpin memang kaya raya sebab negara banyak kutip hasil tapi penduduk miskin segala bagai sampai tak cukup makan sebab nak tampung kos sara hidup yang tinggi. Seharusnya kerajaan cari alternatif menaikkan gaji pekerja2 yang rendah supaya mereka boleh survive dalam pelan kerajaan. Jangan buat pelan syok sendiri tapi dalam ahti rakyat najib asyik kena maki. Heh.

Point pembohongan najib ;

1. Pengurangan cukai korporat dan cukai pendapatan individu.

Korang tahu tak cukai korporat dan cukai pendapatan individu dikira macam mana? Neh bukan cukai orang2 yang berpendapatan biasa2, serdahana ataupun rendah bhai. Ini cukai untuk orang2 yang meraih pendapatan ribu2 tiap2 bulan beb. Setakat gaji rm2k sebulan kebawah toksah hadaplah kena cukai neh. Neh seme cukai2 yang orang kaya kena bayar, especially cukai korporat. Pengurangan cukai2 neh ada kaitan dengan kita ka? Korang rasa bagus ka? Meh sini aku kasi terang lanjut.

- org2 yang berpendapatan tinggi kena bayar cukai. Katakanlah mereka kena bayar 3% dari pendapatan tahunan mereka. Setelah kerajaan kurangkan maka mereka hanya perlu bayar 2% je.

- Kehilangan hasil kerajaan dalam cukai korporat dan individu tiada apa2 masalah sebab kerajaan ada GST.

- GST neh apa? GST neh semua kena bayar. Miskin ka, kaya ka, apa ka, asal beli barang mesti kena bayar. 

Secara ringkasnya begini, kerajaan mengurangkan kutipan dari orang kaya, dan kerajaan mencari peluang untuk mencari hasil dari rakyat malaysia. Disebabkan kerajaan nak collect sokongan dari orang kaya [pengurangan cukai] , maka 1malaysia kena tanggung beban neh. Siapa orang2 kaya neh? Banyak dari mereka kroni BN.Akhirnya yang dapat untung siapa? Lue fikirlah sendiri.

2. Kelebihan GST dan meningkatkan kesedaran awam.

Ketika najib cakap pasal neh depan tv3 aku pun rasa cam nak mencarut pula. Arhh sudah pandy kutty betul. Elok2 aku taktahu terus anwar ibrahim ajar aku jadi tahu. Kan dah terguna pakai. Aii janganlah salahkan anwar ibrahim pula kalau masing2 dah mencarut pandykutty kat najib neh. Sendiri mencarut sendiri tanggung akibat bhai. Heh.

Yang najib tak faham dari dulu lagi isu GST neh bukan pasal kesedaran awam ke segala bagai. Kerajaan nak buat itu ini untuk bangunkan negara dan mencari pendapatan untuk dibenefitkan balik kepada rakyat no hal. Aku fully support usaha kerajaan. Cuma idea yang bernas harus di follow up dengan pelaksanaan yang juga bernas. Bukan pelaksanaan yang syok sendiri. Kenapa tidak buat survey dimanakah silap dan lemahnya GST sehingga rakyat memilih untuk menolaknya? Amek tahu punca. 

Buat penyelesaian masalah untuk atasi rejection rakyat terhadap GST. Dah overcame masalah basic then baru ko proceed GST. Kalau dari dulu dok bagi kesedaran segala bagai kat rakyat tapi kerajaan satusen pun tak nak amek tahu apa sebab rakyat REJECT benda alah neh pun tak guna juga bhai. Ini lah nama nya pelan syok sendiri. Sendiri buat pelan sendiri cakap berjaya. Heh.

Tengoklah di tv3 semalam. Najib sendiri puji pelan dia. Dia cakap rakyat dah terima GST. Najib, aku CABAR ko.. aku CABAR ko buka open SMS. Live lagi telus. Mari kita buat undi SMS. Berapa ramai yang setuju dan tidak setuju dengan GST neh najib. Amacam? Ada berani? Setiap undian haruslah telus jangan nak main cilok sana cilok sini. Heh.

3. Najib cakap GST akan di implement kan next year.

WOW.. najib. Nampak sangat engkau pembohong. 2011 itu next year apa nya? Itu this year. This year is 2011 najib. Bukan next year. Ko neh tertinggal 1 tahun ke? Tahun neh dah ada GST bhai. Lue check sini, bil astro, maxis, broadband lue sendiri kalau tak percaya aku cakap apa. Bil telefon dan streamyx pun ada beb. KFC dan Sate kajang pun kena bhai. GST neh sama je dengan GST yang najib nak laksanakan tue. Tiada beza pun. Cuma apa yang najib sedang hold sekarang ialah GST secara menyeluruh pada barangan2 runcit. GST untuk syarikat2 perkhidmatan dan jenama popular dah lama dilaksanakan. Ini macam punya pemimpin, kalau depan tv pun dia berani tipu kita meskipun kebenaran neh kita dah tahu, toksah hadaplah dia nak bela kita bawa ke jalan Allah swt. Toksah hadap bhai. 

Orang islam kalau masih bersama sang penipu macam neh elok bunuh diri je bhai. Malu. Hek eley.. penyokong umno dah marah ke? Penyokong umno nak kutuk2 PR konon nak bagi aku sakit ahti lewteww.. heh. Kutuk jelah Apa aku ada sakit ahti? Taksub bukan sebahagian dari jatidiri aku. Heh.

Ameno : Penipu + pembohong = umno.


Tuesday, May 10, 2011

Hot : Kenaikan gula ada kaitan dengan petrol ron 97!

Sebenarnya ramai yang masih taktahu bahawa kenaikan gula ron 95 baru2 neh ada kaitan dengan kenaikan minyak ron 97. Fakta ini tidak disebarkan oleh parti pembangkang kerana mereka tidak mahu rakyat beralih sokongan daripada PR kepada BN. Dan macam biasalah PR sudah tentu akan menggunakan apa sahaja cara untuk merampas kekuasaan dari BN. Biasalah mereka lawan2 nak masuk putrajaya punya pasal. Lihat data di bawah neh. Korang pasti terkejut bila melihat kenaikan gula ron 95 sebenarnya mempunyai kaitan rapat dengan petrol ron 97 ;


Hah, nampak? Selain dari petrol, tebu juga dikawal oleh negara asia barat. OPEC telah menamakan tebu sebagai bahan alternatif kepada petrol untuk menghasilkan tenaga pada masa akan datang. Malaysia juga tidak menanam tebu atas faktor cuaca. Kalau tak dah lama lah kerajaan kita tanam tebu untuk membantu rakyat. Sebab tue kita tak boleh blame kerajaan atas kenaikan minyak dan gula sebab benda neh dikawal oleh pasaran global.

Dalam masa yang sama kita tak boleh nak blame kerajaan terus terusan di atas kenaikan harga barangan makanan secara mendadak akibat kenaikan petrol di malaysia. Minggu neh sahaja pasaran minyak global naik sehingga 1,0000 kali ganda dari harga asal. Daripada US116 dollar setong kepada US100 setong. Ini diluar kawalan kerajaan. Lihat bukti di bawah ini ;



Sebab itulah pada masa yang sama menteri menasihatkan kepada peniaga jangan menaikkan harga dengan sesuka ahti. Ingatlah peniaga bukan nya kerajaan. Kerajaan berhak menaikkan harga gula dan petrol kerana kerajaan bukan peniaga. Tetapi peniaga ialah peniaga. Dengarlah nasihat dan amaran dari kerajaan. Kenaikan gula juga akan mengurangkan pesakit obesiti, kencing manis dan darah tinggi. Stastistik nya korang boleh lihat disini. 99% pesakit kencing manis, obesiti dan darah tinggi sembuh setelah gula naik secara mendadak dua tahun kebelakangan neh ;


Akhir kata dari aku, janganlah kita mengigit tangan orang yang memberi kita makanan. 


Ameno : "niat" makan : sahaja aku makan ini nasi pada malam neh kerana bersyukur kepada beer end..... sah? tak sah? sah kan? boleh lah makan yerk.. heheheh..

Perkasa : Dunia lebih selamat tanpa osama.




Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyokong kenyataan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa dunia kini lebih selamat selepas pemimpin Al-Qaeda Osama bin Laden dibunuh Amerika Syarikat.

Namun, PERKASA tetap membantah tindakan Amerika Syarikat yang membunuh dan membuang jenazah Osama ke laut, kata timbalan presiden pertubuhan Melayu itu, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar.

"Apa yang kita bantah ialah tindakan membuang jenazah itu ke laut sebab itu menghina (Osama) sebab dia ada agama, sebagai seorang Islam.

"Agama mana yang benarkan mayat penganutnya dibuang ke laut?" katanya lagi ketika dihubungiMalaysiakini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan tindakan Amerika yang menembak mati Osama dalam operasi mengejut di sebuah perkampungan di Pakistan pada 2 Mei lalu.

"Ini juga satu penghinaan. Kenapa dia dibunuh kalau dia tidak ada senjata. Kenapa dia tidak ditangkap dan dibicarakan," katanya lagi ketika dihubungiMalaysiakini.

Terdahulu, beliau bersama sekumpulan lebih sepuluh orang anggota PERKASA berhimpun di hadapan kedutaan Amerika di Jalan Ampang, Kuala Lumpur bagi menyuarakan bantahan ke atas pembunuhan berkenaan.

Satu notis bantahan yang dialamatkan kepada presiden Amerika Barack Obama turut diserahkan kepada seorang pegawai kedutaan berkenaan petang ini.

Apa yang diperkatakan oleh perkasa neh ada pros dan cons.  Bagi aku perkasa tak payahlah nak uphold sangat pegangan sekularisme si najib tue. Bagi najib semua yang ada kaitan dengan islam ialah ;

1. ektremis / puak pelampau
2. pengganas
3. pengacau

Tak hairanlah dia berani bidas syeikh yusoff alqardawi demi amerika. Tak heran juga dia sanggup putuskan bekalan gasoline malaysia ke iran. Apa nama? Syiah? Habis tue israel bagus sangat? Heh. Antara iran dengan israel @ amerika, baik aku pilih iran. 

Apatah lagi benda tak terbukti depan mata syiah iran membunuh. Setakat youtube 2,3 kerat yang memaparkan golongan minoriti tak boleh mewakili seluruh iran. Apatah lagi puak2 dalam iran yang sentiasa mencari jalan untuk jatuhkan ahmadinejad sebab ahmadinejad memperkasakan islam di iran. Antaranya artis2 yang nak berhibur cara keterlaluan tidak dibolehkan sehingga memaksa artis2 macam neh migrate ke negara lain untuk cari rezeki hiburan dengan cara yang tak senonoh.

So kalau agak2 nak bela najib sebab iran tue syiah baik tak payahlah. Seburuk2 iran yang korang anggap syiah tue pun dia mengaku Allah swt itu tuhan kita. Sebaik2 israel + amerika yang korang agung2 bagai nak rak sangat tue tak mengakui Allah swt.. hehehe.. setakat nak cakap pasal syiah hina Nabi saw, hina isteri Nabi saw lah sahabat2 Nabi saw dan segala bagai.. baik cermin diri dulu. Benda tue berlaku zaman bila? Lain orang buat lain orang plak kena tanggung. Apatah lagi syiah neh ada banyak versi. Entah mana2 syiah korang cedok peh tue justify iran tak pasal2. Seseorang itu tidak dibuktikan bersalah sehingga mereka diadili. 

Malaysia tidak pula menghalang amalan syiah di amalkan di malaysia kecuali untuk tujuan sebaran [berdakwah kepada rakyat malaysia] jadi ini tidak boleh menjadi penyebab kepada kita untuk benci iran atau syiah tak semena-mena. Kalau iran dibenci pasal syiah dan korang membenarkan tindakan najib, maka korang memang umat islam yang hanya tahu bertaklid membabi buta. Bukan tak boleh siasat dan usaha mencari kebenaran. Mungkin lebih mudah meletakkan kesalahan daripada mengambil tahu punca/asbab kepada berlakunya kejadian2 tertentu.

Dalam kes neh najib tak bagi ruang pun kepada iran untuk dengar pandangan mereka bila iran memilih untuk menentang israel dan amerika secara terbuka. Tahu2 je lepas balik dari perjumpaan dengan obama terus potong bekalan gasoline ke iran. Itupun secara senyap2. Malaysia sepatutnya diketuai oleh pemimpin yang berani sound amerika dan israel tetapi sejak najib jadi menteri segala2nya yang dia buat benar2 menjatuhkan airmuka umat islam. Disini kita laungkan slogan anti israel tapi dalam diam2 kilang coke bakal dibina di malaysia. Rasa macam takde maruah pula orang muslim malaysia neh.

Apa yang diperkatakan oleh perkasa mengenai mayat osama tue memang betul. Tapi macam yang dah pernah aku tulis kat sini, diam lebih bagus. Menyokong najib hanya akan memperbodohkan perkasa. Osama neh entah wujud entahkan tidak. Kalau lah osama neh sungguh2 wujud dan mempunyai pelan taktikal untuk menyerang us dan israel, obama patut biarkan osama hidup untuk korek semua rahsia2 alqaeda. Malahan patut buat duit lagi. Rakam dokumentari ke apa ke. Ini tidak tahu2 je tembak then buang mayat dia. Konspirasi gak neh. Banyak najib perlu belajar dari obama.Video seks mirip dsai gagal habis. Kursus lagi. Ya, kursus lagi. Heh.

Ameno : Syiah iran sesat. Sunnah najib cuma halalkan judi sukan je. Heh.

Dr maza ucapkan tahniah kerana kerajaan naikkan harga gula.

Ye, sepertimana yang kita sedia maklum, kenaikan gula telah menurunkan peratusan jumlah pesakit ;

1.kencing manis
2.darah tinggi
3.obesiti
4.kanser

Yang mana korang leh rujuk link neh dan sebarkan bukti neh banyak2. Kali neh dr.maza juga telah memuji tindakan bernas kerajaan dalam menaikkan harga gula. Bersama kita bergandingan bahu dengan kerajaan dalam mengurangkan subsidi dan menaikkan harga barang makanan di malaysia. Ingatlah, tanggungjawab kita kepada kerajaan, siapalah kita tanpa kerajaan dan janganlah mengigit tangan yang memberikan anda makanan.. Rujuk gambar di bawah ;


Kali neh satu lagi tokoh ternama di malaysia memuji tindakan bernas dan bijak kerajaan kita. Lihat bawah ;


Oleh itu usahlah naik marah2 dengan tindakan kerajaan. Jikalau ahli agama dah mengatakan tahniah kepada kerajaan, maka kita haruslah mencontohi sikap dan akhlak ahli agama tersebut. Tahniah kerajaan kerana naikkan harga gula. Hehehehe...

Ameno : Tahniah kerana slumber je pow duit rakyat..


Tengku adnan : Bukan najib, tapi anwar yang "anak babi" !

WOW..  baru ku tahu memaki pembangkang ialah budaya bertamadun. Memaki parti kerajaan ialah perkara yang tidak bertamadun. Bukan kah ini hebat? Aku patut tukar diri aku dari status pembangkang kepada status kerajaan untuk membolehkan diri aku memaki hamun. Heh.

Lihat bawah ;



Nota : Perbuatan memaki hamun dalam apa jua keadaan, bentuk, oleh sesiapa sekalipun dan ditujukan kepada sesiapa sekalipun dilarang oleh Allah swt.

Ameno : Cara tengku adnan marah menunjukkan tengku  adnan memang seseorang yang bertamadun..

Ezam : Sah, anwar akan melarikan diri!

Heheheh.. ezam yang cakap. Bukan aku. Dia cakap kat utusan. Baca bawah ;


Dari kata2 ezam kat atas dapatlah aku simpulkan begini ;

1. Ezam cakap dsai nak timbulkan huru hara dalam negara

2. Ezam cakap selepas dsai timbulkan huru hara dsai akan can cin caw..

3. Dan untuk mengelakkan perkara itu terjadi maka ezam mencadangkan agar pasport dsai ditahan oleh polis.

4. Untuk mengekang politik dan cakap kotor dsai, polis perlu ambil tindakan tegas terhadap dsai.

5. Dia mendapat semua maklumat itu dari satu sumber.

Heheheheh.. betul ke? Mana aku tahu. Dah dia [ezam] yang cakap. Kalau nak tahu betul ke tak betul tanyalah dia sendiri. Dia tak layan pun twitter aku. Aceeerr kena provoke cikit dia lari.. hehehe..

Dan macam biasalah apalah umno mengutuk dsai tanpa zul nordin disisi. Kat bawah neh pula pengakuan zulkifli nordeen ;

Dalam pada itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, Anwar boleh memanggil Najib sebagai pandi kutti tetapi hakikatnya rakyat tahu Perdana Menteri tiada sifat sebegitu.
Yang ada sifat sebegitu adalah orang yang suka menuduh orang lain,” katanya.


Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin pula berkata, kenyataan kesat itu jelas membuktikan betapa rendahnya nilai moral Anwar.

“Orang yang sanggup mempolitikkan agama dan nama Tuhan sendiri akan sanggup lakukan apa sahaja untuk kepentingan dirinya,” kata beliau.

Hehehe.. korang dah baca belog tuan zulkifli nordeen ka? Kalau belum pergi lah baca ye. Satu kata kesat pun takde dalam belog dia. Sesuci malaikat youuu.. auwww.. kah kah kah

Ameno : muntah.

Hot : Anwar akui sebut anak babi!

KUALA LUMPUR _ Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau ada menyebut perkataan ‘Pandi Kutti’ yang bermaksud anak babi dalam satu perhimpunan melibatkan majoriti masyarakat India di Kelang, Selangor semalam.

Namun beliau berkata, ia tidak ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebalik beliau mendakwa, perkataan pandi kutti merujuk kepada budaya politik yang dibawa UMNO.

“UMNO memfitnah – saya sebut: politik porno, zalim, rasuah seperti pandikuty; tidak sebut nama siapa,” katanya melalui akaun Twitter miliknya petang ini.

Anwar berkata demikian bagi menjawab persoalan dari seorang lagi pengguna akaun Twitter yang dikenali sebagai Izizree yang mahu tahu kenapa Anwar memanggil Perdana Menteri sebagai anak babi.

Anwar didakwa meluahkan perkataan itu ke atas Najib dan tindakannya itu telah mengundang kemarahan banyak pihak terutama yang berada dalam kerajaan dan parti.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang nyata marah dengan perbuatan Anwar itu berkata, UMNO tidak akan menuntut Anwar agar memohon maaf kepada Perdana Menteri.

“Tak guna minta permohonan maaf daripada orang yang gila, beliau dah gila, biarkan sahaja, tak perlu ikut gila sepertinya,” katanya di sini siang tadi.



KUALA LUMPUR – UMNO tidak akan menuntut permohonan maaf dari Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan tindakannya menggelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai “anak babi”, demikian menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tegasnya tindakan menuntut permohonan maaf berhubung perkara itu adalah sesuatu yang sia-sia.
“Tak guna minta permohonan maaf daripada orang yang gila, beliau dah gila, biarkan sahaja, tak perlu ikut gila sepertinya,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Anwar Ibrahim dalam sesi ceramahnya di hadapan penyokong Hindu di Dewan Hamzah, Klang baru-baru ini yang menggelarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘pandikutti’ atau anak babi.
Sambil menggambarkan sikap politik tidak matang Ketua Pembangkang itu, Tengku Adnan seterusnya berkata UMNO kesal dengan sikap Anwar yang suka menggunakan gelaran tertentu kepada musuh politiknya bagi menyembunyikan kelemahan sendiri.
“Saya tak setuju bila dia suka cakap bukan-bukan, tolong jadi orang yang lebih matang. Saya tak faham kenapa beliau guna perkataan-perkataan sedemikian rupa.
“Kita kecewa dengan kenyataan sedemikian, jangan bagi gelaran yang bukan-bukan kepada orang,” katanya.
Dalam masa yang sama, beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional berkata, Anwar sepatutnya melihat kekurangan dirinya sendiri sebelum menghina orang lain dengan pelbagai gelaran.
“Sebelum kita panggil orang dengan gelaran tertentu, kita kena tengok diri kita dulu baik atau tidak baik. Masalahnya dengan Anwar, beliau tak tengok dirinya dalam cermin, sebab itu tak sedar diri,” katanya. -MediaUMNO

Kali neh aku tak bersetuju dengan tindakan anwar ibrahim mengelarkan umno sebagai anak babi. Apatah lagi anwar ibrahim melabelkan politik fitnah dan porno umno ibarat anak babi. Haiyoo.. sejak bila anak babi pandai fitnah dan main politik rasuah? Aku tak pernah tahu dan aku heran kenapa anwar menuduh anak babi yang terdosa tue. Anak babi itu lebih bagus sikap mereka berbanding umno. Menyamakan umno dan anak babi sebenarnnya  telah memfitnah anak babi itu sendiri. Kita tak boleh fitnah manusia. Tapi dalam masa yang sama kita pun tak boleh fitnah binatang. Apatah lagi binatang ini tidak berupaya nak membela dirinya di mana2 mahkamah. Sorrylah geng, kali neh aku rasa dsai memang sama sekali tak patut melabelkan umno sebagai anak babi. Kesian anak babi yang tak berdosa jadi mangsa dan di samakan pula dengan parti politik yang zalim. Hish. Dasat. Heh.

Dalam masa yang sama melabelkan politik umno sebagai anak babi sepatutnya dirasai oleh adnan yaakob sendiri sebab dia pun sebahagian dari umno. Bila anwar sebut umno ianya harus terpalit kepada semua individu2 dalam umno yang main rasuah, porno dan fitnah. Kalau yang tak main perkara2 neh tak sepatutnya terasa. Tapi yelah apsal semua ahli2 umno menyalak cakap dsai menujukkan ayat tue kepada najib razak? Adakah dalam mindset penyokong kerajaan bahawa najib razak adalah individu pertama yang mereka captured sebagai pemain politik fitnah, jijik, porno dan rasuah? Hish.. tak boleh blah. Rupanya persepsi umno terhadap najib razak sama macam persepsi pembangkang terhadap umno. Heh.

Ameno : Makan ciliiii rasa pedasss...

Monday, May 9, 2011

Panas : Video seks mirip dsai dari angle berlainan dah keluar!

Rasanya memang takde harapan lah polis ke kdn ke kerajaan ke nak tangkap dan balon papa gomo hidup2 aku rasa. Sekarang neh video seks mirip dsai dirakam dari sudut berlainan sedang disebarkan. Aku pun tengah download benda tue. Hey bhai.. lue minat porno ke bhai? Yang lue dok download2 neh pasal apa? 

Celaka betul. Tak pernah aku rasa malu macam neh. Memang terhina sungguh aku rasa sehingga terpaksa mendownload lucah-lucahan neh semata2 untuk menjatuhkan rejim pemfitnah.Maki hamun tak payah cakap lah. Berbakul2 dah aku rasa aku terima bagi sesiapa yang masuk belog aku neh. Nak marah dorang pun takley gak pasal dorang cakap benda benar beb. Mana leh download, sebar dan tengok video lucah atas alasan nak kaji mengkaji. Bagilah sejuta alasan pun kat dunia atau akhirat benda salah tetap salah beb. Ko nak bela diri ko kat dunia memang lah boleh. Depan Allah swt mengelupur ko. Siyes. Aku pun dah cuak habis. Tapi aku memang tak boleh nak redha dan sabar dengan tindakan keji umno. Sorry, nak taknak aku memang akan download gak untuk fahamkan betul2 tang mana aslinya video neh. 

Apa? korang pun nak download gak? Tak payah lah der. Rezeki boleh lah kita share sama2. Dosa biarlah aku tanggung sorang2. Lepas aku tengok porno t aku update sini.

Ameno : Porno memorno.

Hot: Rahmat kenaikan gula!

Nampaknya ramai yang suka marah melulu bila kerajaan naikkan harga gula. Biasalah jenis tak bersyukur memang cam gitu. Susah kita nak terangkan kepada mereka satu persatu hasil yang dapat kerajaan dan rakyat nikmati kesan daripada kenaikan gula. Owh lupa buat yang belum tahu lagi, gula telah pun dinaikkan sebanyak rm0.20. Daripada rm2.10 kepada rm2.30 Berkuatkuasa esok. Baca bawah ;



Sebenarnya kadangkala rakyat malaysia suka sangat menilai perkara-perkara macam neh dari aspek negatif. Padahal apa yang kerajaan buat sebenarnya tak semua buruk dan teruk. Contohnya isu kenaikan gula. Selain dapat menjimatkan subsidi, tahu kah korang bahawa peratusan penghidap kencing manis, darah tinggi, obesiti dan kanser telah menurun akibat kenaikan harga gula sejak dua tahun neh? Semua penyakit2 neh berkaitan rapat dengan gula.

Hah. Ramai yang tak tahu pasal benda neh sebab apa? Sebab blog dan media pro pembangkang [termasuklah aku] tak perasan [bagi aku] dan tidak mahu ambil peduli mengenai hal ini. Bagi mereka alah.. benda kecik setakat dapat mengurangkan beberapa jenis penyakit dan mengamalkan gaya hidup sihat.. biasalah tue. Semua kerajaan mesti buat macam tue. Memang betul. Tapi masalahnya benda baik yang kerajaan buat kita kena support. Apatah lagi benda-benda neh di sokong oleh fakta dan data2 yang terperinci bhai. Jangan lah asyik nak hentam kromo je. 

Adooiiiyaiii... Kat sini aku bagi 3 bukti keratan akhbar dan link website yang menunjukkan bahawa peratusan pesakit obesiti, kencing manis, kanser, darah tinggi telah menurun sekaligus menurunkan bil perubatan untuk merawat penyakit2 ini.




Selamat membaca. Dan ingatlah kita pembangkang hanya menentang dengan fakta, bukannya auta.

Ameno : Manis. Hehehe..

Hot : Sambut hari ibu haram!

Isu neh panas beb. Aku sendiri pun blur. Malahan aku taktahu nak cakap apa. Walaubagaimana pun meluahkan disini bukan bermaksud aku menidakkan apa2 keputusan yang dibuat oleh ahli agama. Sekadar meluahkan beberapa perkara yang menjadi persoalan2 aku supaya perkara ini berjumpa dengan jawapan nya kelak.

Hah? Apa nama? Kalau ustaz cakap dah haram tue haram lah beb. Yang ko sibuk persoalkan napa. Ko fikir ko tue sapa? Hebat sangat ke bab2 agama neh?

Hek eley.. gua sedar lah gua tak pandai bab2 agama bhai. Pasal tue gua cakap tadi, gua tanya. Gua tanya untuk dapatkan kepastian. Gua bukan letak conclusion kat sini beb. Gua berhak tanya pasal benda neh meragu2kan diri gua. So what? Sejak bila pertanyaan itu menjadi suatu keharaman pula buat umat islam? Sesi tanya bertanya neh akan merungkaikan pelbagai masalah dan mendatangkan kefahaman kelak.So aku punya pasal lah aku nak tanya pun supaya aku boleh faham kenapa hari ibu neh haram! Ada faham?

Benda neh sebenarnya aku dah terbaca 3,4 hari yang lepas. Cuma tak nampak lagi bukti bahawa ustaz sendiri cakap perkara tue haram. Then bila aku nampak bukti itu sendiri, so aku terkalut banyak. Bukan sebentar atau sedikit. Tapi banyak bhai. Lihat bawah ;

Hait. Hukum sambut hari ibu haram? Haram? Apa dia? Haram. Jap. Apa? Haram.. whorr haram. Haram ke? Semuslim malaysia sambut hari ibu neh beb. Ahli pas pun sambut. Siyes. Nak tipu apa. Pemimpin pas pun ada wish kot kat fb dan twitter masing2. [kot aje ye, bukan aku cakap ada, aku cakap KOT]. So haram ke perkara neh?

Kenapa haram? Sebab ada kaitan dengan kristian? Whorr.. okey fine itu pandangan ustaz. Sudah tentulah ustaz neh bukan main pandai2 ulas. Sudah tentulah ustaz neh mempunyai ilmu agama yang tinggi. Siapalah kita nak dibandingkan dengan ilmu ustaz neh. Namun di bawah ini ialah persoalan2 yang terbit dari benak aku. Jangan marah bhai. Aku cuma nak cari jawapan. Aku tahu ramai orang cerdik agama ada fb. Ada twitter. Ada belog. Mungkin korang leh bantu aku seek jawapan kepada persoalan2 aku kat bawah neh ;

1. Apakah benar hari ibu neh ada kaitan dengan umat kristian? Adakah ia benar2 berasal dari kristian [agama] ataupun dari manusia yang menganuti kristian [budaya]? 

Contohnya macam neh, aku cipta tanglung. Kebetulan aku orang islam. Dan ciptaan tanglung aku popular. Setelah zaman berlalu, tiba2 orang kristian cakap tanglung haram sbb ada kaitan dengan org islam. Hait.. ketika aku menciptakan tanglung aku tak expect pun ia akan dikaitkan dengan agama aku, sekadar nak menyatukan seluruh umat manusia bermain tanglung sama2 semoga mereka boleh bermuafakatan. Itu je. So kat sini aku nak tahu. Kenapa hari ibu neh haram? Haram sbb ia memang berasal dari agama kristian ataupun haram kena dia diasaskan oleh penganut kristian? So facebook, patut haram juga? Ini pertanyaan ye.

2.Aku tak rasa hari ibu neh menjurus kepada kemungkaran apabila kita menyambutnya. Memang lah orang kata hari2 ialah hari ibu. Betul ke hari2 dorang sambut hari ibu pun? Heh. Tapi salah ke peruntukan satu hari khusus untuk sambut ibu masing2 secara besaran2? Ia diadakan supaya perkara ini boleh meluas. Hari neh aku, ko, kita dan seluruh manusia celebrate ibu masing2.. so apa masalahnya kalau begitu? Bukan nya ada roh2 kristian pun kan? Yang aku tahu ada roh2 keuntungan. Peniaga mencari keuntungan dengan menjual hadiah hari ibu. Heh.

Jadi kenapa tidak amek yang baik [niat sambut ibu] dan buang yang keruh [diasaskan oleh penganut kristian]. Bukan kah penganut kristian juga ialah manusia ciptaan Allah swt?Adakah jika hari ibu ini dicipta oleh orang islam maka ia dibolehkan? Jika ya mari kita jadikan 8 jun sebagai hari ibu untuk orang islam.

Aku siyeslah semakin binggung dengan benda2 macam neh. Benda yang aku rasa ianya tak memudaratkan orang islam tak patutlah kita fikir terlalu jauh dan terlalu dalam. Ini pandangan aku lah. Tapi aku tahu korang memang hebat. Sudah tentu pandangan korang pun hebat gak. Heh.


Nota : Sambutan hari ibu bukan bererti sayang ibu satu hari. Tiap2 hari sayang ibu cuma pengkhususan 1 hari untuk meraikan ibu. Ker korang tiap2 hari celebrate ibu bawa pergi dinner dan etc? Heh.


Ini nota yang mengatakan sambutan hari ibu adalah haram. 


Di dalam wall ustaz ramai mengatakan bahawa sambutan hari ibu haram kerana ustaz yang cakap.. salah satunya ialah ini ;



Memandangkan ada yang bertanya, maka aku nak bagitau yang aku dah pastekan link blog ini di wall ustaz. Sorry, ini cuma pertanyaan aku kepada ustaz. Yang korang naik marah kenapa pula der? Hehhehe.. balon2 jangan tak balon..

3 soklan aku kepada ustaz ;

1. ustaz, kenapa tak boleh sambut hari ibu? apakah bukti wikipedia layak digunakan untuk menjadi saksi bahawa hari ibu ada kaitan dengan kristian? saya meragui sumber2 dari wiki dan saya mengesyaki bahawa wiki digubal untuk membuatkan kristian dan islam salingbercakaran seterusnya yahudi [org yg tidak beragama] mengambil kesempatan di atas peperangan itu.


2. Merujuk kepada kata2 ustaz di atas ; apakah majlis fatwa kebangsaan patut membincangkan isu neh? Jika haram, maka katakan terus terang dan begitulah sebaliknya. Kalau kita sayangkan akidah umat islam, kita tak boleh lah cakap macam neh kan? 

‎[Ustaz Azhar Idrus ( Original )]~ hari ibu ialah hari mother church atau ibu gereja kristian.. siapa yg nak sambut silakan.. siapa yg rasa takut rosak akidahnya sebab raikan hari besar kristian ini.. jgn sambut.. -semua fatwa yg bercanggah dgn nas quran dan hadith adalah terbatal secara otomatik.
Siapa nak sambut silakan? saya beranggapan ayat ini tidak ditulis oleh ustaz sendiri.

3. Apakah tindakan ustaz jika suatu masa kelak, kristian menafikan hari ibu ada kaitan dengan mereka? Adakah hari ibu neh dibolehkan sambut ataupun kita patut tukar hari ibu kepada hari yang lain? 


Ramai yang saya lihat kurang jelas mengenai sambutan hari ibu. Sambutan hari ibu ialah satu hari yang digunakan untuk meraikan ibu. Bukan bermasksud sayang ibu satu hari je.  Semoga ustaz boleh merungkai persoalan2 saya. Terima kasih ustaz.



Ameno : Seme benda ada kaitan dengan kristian..lama2 org kristian malaysia bunuh diri kot.. seme benda yang org islam tak leh sambut dikaitkan dengan kristian.. aisehmen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...