Semalam aku telah menghabiskan beberapa jam untuk baca analisis kicdefella mengenai ulasan nya berhubung isu video seks yang melibatkan pemimpin kanan pembangkang.
3 point penting yang aku tertarik nak ulas ialah ;
1. Ketulenan video seks
2. Kemustahilan membuat video seks palsu
3. Jalan cerita eskay.
Ramai dari kita mengakui bahawa video seks itu tulen. Dan kerana itu mereka mengalihkan persoalan [tumpuan] bahawa adakah pelakon video itu juga tulen? Tulen di sini bermaksud = anwar ibrahim. Adakah pelaku watak seks dalam video itu ialah anwar ibrahim? Siapakah yang membuatkan kita memiliki persepsi ini? Dari mana, dari siapa, dan dari apa yang menyebabkan minda kita bergerak dari pada memikirkan persoalan ketulenan video seks kepada ketulenan pelaku video seks pula?
Kat sini aku ingatkan korang semua ;
1. Yang cakap ia tulen ialah pdrm.
2. Siapa pdrm ini? siapakah ketua pdrm neh? Hubungkaitnya dengan umno apa pula?
3. PDRM = Geng umno = umno yang cakap video itu tulen.
Bila PDRM umumkan bahawa video itu tulen. Ia terpapar di semua media massa dan media alternatif. Semua dari kita menerapkan persepsi itu dalam diri dan jiwa masing2 tanpa sedikit pun keraguan. Kenapa tak ragui? Berita alternatif cakap, pdrm cakap ia tulen. Berita alternatif cenderung memaparkan berita yang benar. Kalau berita alternatif yang laporkan aku percaya.
Memang betul paparan berita alternatif bahawa pdrm cakap bahawa video itu tulen adalah benar. Tetapi siapa tahu bahawa apa yang pdrm cakap itu adalah benar pula? Siapa tahu? Aku? Ko? Umno? Sapa?
Sejak bila kita percayakan kata-kata umno? Kenapa kita terpedaya dalam persepsi mereka? Kenapa kita termasuk dalam perangkap mereka?
Video itu belum tentu tulen. Bah kan bukan video tulen pun. Dsai dah menafikan itu dia. Oleh itu kenapakah bloggers pro pembangkang sibuk membandingkan gambar dsai dulu dan sekarang seolah-olah melupakan persoalan ketulenan video tersebut? Kenapa?
Bloggers umno ada memaparkan persamaan gambar anwar ibrahim dalam dan luar video dari segi geometri. Untuk membuat perbandingan ini mereka kena ambil dari sudut yang sama, dengan memaparkan garisan yang ada nombor.
Benda neh ada dalam CSI. Aku dah tgk banyak kali. Ia boleh di ambilkira sebagai satu point penting. Tapi perbandingan geometri mereka tidak tepat. Mereka cuma lakar garisan tapi takde no. Soalnya sekarang penting ke kita bandingkan gambar dsai dulu dan sekarang?
Video itu palsu, gambar dsai dulu dan sekarang bukan isu. Video itu dibuat-buat. Aksi itu tak wujud. Ia rekaan. Ia bukan di ambil dari sebarang video porno thailand. Ia mungkin mengambil paparan klip-klip ketika dsai berada di penjara. Ia digabungkan dalam bentuk video. Memang boleh. Ini zaman teknologi dan zaman kecanggihan. Yang mustahil ialah bagi mereka yang tiada pengetahuan.
Asal ada pengetahuan + keinginan + usaha = yang mustahil jadi realiti.
Yusri abdul halim, orang yang pakar dalam bidang ini pernah mengulas bahawa amatlah mustahil bagi SESEORANG untuk membuat video palsu selama 2o minit. Mustahil. Siapa yusri neh? Dia orang yang pakar dalam bidang video2, filem2 dan segala bagai yang berkaitan dengan dunia pengarahan video klip dan filem.
Pandangan dia memang benar. Tak mungkin dia mengatakan sesuatu yang bercanggahan dengan ilmu dan pengalaman yang dia miliki. Kata2 dia boleh di ambilkira. Dia bukan orang politik. Dia bebas dan pandangan dia tak patut dipertikaikan.
Tetapi dia cakap SESEORANG. Ini bukan isu seseorang. Ini isu sekumpulan. Beginilah kesimpulannya ;
1. seseorang = buat video seks palsu selama 20 minit = mustahil. [tetapi bukan pula tidak mungkin]
2.sekumpulan = buat video seks palsu selama 20 minit = ???
adakah mustahil lagi? Bukan pakai 1 otak beb. Ini pakai berotak-otak.Ada banyak otak2 kepandaian digabungkan.
Pandai + pandai = terlebih pandai
Mungkin mustahil bagi yang pandai, tapi adakah mustahil juga bagi yang terlebih pandai?
Dalam erti kata lain, untuk membuat video seks palsu adalah mungkin. Kemungkinan itu ada walaupun ia mustahil. Sama seperti bila kita anggap mustahil ada telur tiruan dan beras tiruan. Jika mereka ada niat nak menipu demi duit dan kekekayaan biar semustahil bagaimana sekalipun mereka sanggup redah demi ketamakkan mereka.
Akhir sekali jalan cerita eskay yang tidak konsisten. Setelah membaca blog kicdefella aku dapat melihat unsur2 penipuan oleh eskay. Aku hairan jika kicdefella tak nampak unsur penipuan tersebut.
Dalam banyak2 blogger, kickdefella antara blogger yang aku suka. Blog dia bagi aku memang ada point yang kuat. Ia bukan blog picisan seperti parpukari atau papa gomo yang jelas memaparkan mentaliti mereka yang bengap.
Tapi aku hairan kenapa ada sesetengah pengkomen blog kicdefella tidak dapat menerima hakikat yang kicdefella bebas menyokong mana-mana parti politik? Kenapa perlu maki hamun dia dengan bahasa yang kesat lagi kasar? Tak suka dia sekalipun, hujahkan lah dengan penuh bernas. Bukan dengan penuh maki.
Hak dia untuk menyokong umno kemudian menyokong pakatan kemudian menyokong umno balik adalah milik dia sepenuhnya. Hak dia bukan lah hak kita untuk mempertikaikan. Kalau dia menfitnah, jawab balik dengan penuh fakta. Bahasa maki sebenarnya kalah dunia akhirat.
Bahasa penipuan eskay dapat dilihat dari petikan kat bawah neh ;
1.Dia pergi haji tahun 2010.
2.Dia sediakan bilik + perempuan kepada dsai pada tahun 2011
3.Sebelum dia jumpa video klip, dia belum bertaubat walaupun dia dah pergi haji.
4.Selepas dia jumpa video klip, dia dah bertaubat walaupun dia dah lama pergi haji.
5. Dalam erti kata lain dia bertaubat bukan pasal dia pergi haji ttp pasal dia jumpa video klip.
Konklusi nya begini ;
Eskay jumpa video klip = tonton video seks = bertaubat.
Eskay pergi haji = tak jumpa lagi video seks = masih bekalkan tempat dan wanita kpd dsai.
Belum pernah lagi aku tahu bahawa menonton video seks boleh menyebabkan seseorang itu bertaubat. Ini yang pertama dan aku mesti cakap aku kagum dengan eskay. Heh.
Semua maklum ini adalah perlawanan peribadi umno vs pkr. Yang dituduh iaitu anwar ibrahim tak cakap banyak. Anwar ibrahim sendiri menyerahkan kes ini kepada pihak polis. Anwar ibrahim sendiri tak bantah penubuhan siasatan suruhanjaya diraja dan mahu menunjukkan jam omega tersebut kepada pihak polis jika pdrm minta.
Dalam erti kata lain, anwar ibrahim mahu memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membersihkan nama nya. Dia juga berpakat dengan wan azizah dimana wan azizah handle isu fitnah zina dan dia handle isu prn sarawak. Walaupun dilihat wan azizah gagal menjalankan amanahnya dengan cekap.
Yang tak kena tuduh pula berlebih-lebihan. Contohnya chegu bard. Chegu bard pula sibuk nak dedahkan video seks kj. Apa kena mengena kj pula dalam isu neh? Kalau umno dikecam hebat kerana membiarkan tayangan video seks pada tahun 2011, kenapa chegu bard tidak ditangkap ketika mengedarkan gambar/klip lucah pemimpin umno pada tahun 2008? Bila masa pula matlamat menghalalkan cara?
Adakah ini bermaksud ;
umno edar video lucah palsu = umno edar gambar lucah palsu = salah = kena tangkap.
pkr edar video lucah [belum pasti kesahihan] = pkr edar gambar lucah [samada sahih atau palsu] = betul = perjuangan rakyat.
Waklue !!! Bukan hanya trio t sahaja yang kena tangkap. Chegu bard pun kena tangkap. Matlamat mereka neh dah jauh terpesong. Jauh demi kuasa. Kalaupun mmg benar rais yatim dan kj buat maksiat, dosa mereka takde kena mengena dengan kita.
Moral mereka mmg penting buat rakyat. Kita kena pilih pemimpin yang ada moral baik. Ini betul. Kalau ada bukti kesalahan moral mereka, hadapi ikut saluran yang betul. Lapor kepada pihak penguatkuasa.
Jangan sebarkan gambar lucah mereka. Ini aib. laporkan pada pihak berkuasa. Jangan dedahkan mereka. Manusia mana ada sempurna. Kalau 5,6 tahun lepas kita sosial, mungkin 5,6 tahun ini kita dah bertaubat. Jadi kenapa kisah dulu harus jadi kayu pengukur kehidupan kini kita? Allah swt ampunkan umatNya yang dah bertaubat, jadi siapa kita nak nilai umatNya sebagai jahat?
Kenapa aku beria2 nak tengok video lucah anwar ibrahim? Kenapa aku beria2 minta mereka dedahkan? Mudah. Aku provoke mereka. Aku umpan mereka. Hanya dengan pendedahan dan merungkaikan misteri video lucah sahaja akan mendedahkan mereka menipu. Dan ia terbukti. 110% bak kata zul nordin.
Menjawab hujah kicdefella ;
1. Video hitam putih memang satu penipuan. Video hitam putih hanya nak tutup clue kerana kesan yang berbeza jika video berwarna yang dipertontonkan. Contohnya kain pelikat dsai. Adakah dsai memiliki kain pelikat warna itu. Contohnya pakaian wanita itu. Di mana kah ia dibeli? Fashion tahun berapa. Begitu juga dengan warna perabot. Ia perlu kepada hitam putih untuk tutup klue. Ia tak boleh hadir dalam bentuk warna kerana ia aksi rekaan. Mungkin beberapa klip gambar dsai dipetik dalam penjara dan digabungkan menjadi 1 jalan cerita.
2. Anwar ibrahim tidak perlu menjawab soalan2 eskay. Eskay dan anwar ibrahim masing2 menyimpan rahsia masing2. Mereka bermain teka2, kita rakyat tak perlu terjebak sekali. Soalan eskay, jawapan anwar, takde effect pun kepada rakyat kebanyakkan macam kita. Apa yang perlu kita tumpu dan kita selaku penyokong rakyat mengharapkan anwar ibrahim tumpu, ialah masalah rakyat. Rahsia anwar yang lepas ketika dia berada dalam umno, bukan hal saya. Yang saya tahu ialah anwar ibrahim dah berubah dan perlu diberikan peluang untuk mengubah landskap politik malaysia.
3. Isu perut buncit, gempal dan rendah atau tinggi dsai dalam video seks ialah isu persepsi. Persepsi ini diterapkan kepada rakyat oleh anwar ibrahim melalui telahan wartawan alternatif. Pada hakikatnya, boleh jadi itu memang gambar anwar ibrahim. Tetapi itu bukan menunjukkan aksi ataupun keadaan yang sebenar pada ketika itu dan pada tarikh itu. Sebab ia video seks rekaan. Kalau ia video seks sebenar, tak perlu kita suruh, anwar ibrahim sendiri yang akan letak jawatan. Takan dia sanggup video seks nya disebarkan ke seluruh dunia? Dia tahu ia palsu. So dia tak perlu takut.
4. Eskay hanya mendedahkan sekarang bukan kerana dia baru ada bukti ttp eskay di bayar untuk mengatakan bahawa dia ada bukti. Padahal, pada waktu itu ketika dsai sedang melakukan aksi itu, dia boleh call jabatan pencegahan maksiat, laporkan ia dan biar penguatkuasa yang tangkap. Live lagi masuk tv dan akhbar.
Semua di atas ini adalah permainan politik yang menyusahkan rakyat. Rakyat sesama rakyat perlu berperang sesama mereka untuk menegakkan hujah dan dalil masing2. Sedangkan rakyat ada misi yang lebih besar lagi. Rakyat macam kita patut desak dan gesa kerajaan menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat bukan kita yang bantu mereka menyelesaikan masalah utk mereka mempertahankan kuasa mereka di malaysia ini.
Kalau ini yang kerajaan mahu teruskan, revolusi mesir itu akan berlaku malaysia. Itu doa kami. Tunggu dan lihat.
Ameno : Siasatan suruhanjaya diraja akan membuktikan eskay menipu secara fakta.