Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 8 April 2011

Layan suami dulu : PERKASA sokong Ibrahim Ali.

Hahahaha.. lawak siot.. confirmlah para isteri muslim semalaysia makin hangin baca benda kat bawah neh ;

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini mempertahankan kenyataan presidennya, Datuk Ibrahim Ali dengan menegaskan soalan yang dikemukakannya di Parlimen semalam ditujukan kepada wanita Islam sahaja.

Ia berhubung kenyataan ahli parlimen Pasir Mas itu berkaitan isteri perlu utamakan keinginan suami. "Adalah perlu diperiksa dulu di mana kenyataan Datuk Ibrahim itu dikeluarkan," kata setiausaha agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali. 

"Ia disebut dalam Dewan Rakyat ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Timbalan. Menteri Datuk Masitah mengenai 'apakah peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mendidik para isteri mengenai tanggungjawab mereka''. 

"Kalau dilihat, soalan YB Pasir Mas itu adalah ditujukan kepada wanita Islam, bukan seluruh wanita di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Ia berkaitan dengan Islam. Walaupun Datuk Ibrahim secara lansung menyebut keinginan suami dan isteri kena berhenti dari segala urusan lain, itu sebenar menekankan bahawa adalah perlu isteri menjaga kepentingan suami supaya berlaku keharmonian rumahtangga dan begitu juga suami perlu menjaga kepentingan isteri dan ini juga demi keharmonian rumahtangga. 

"Apa pun kenyataan yang Datuk Ibrahim buat dalam Dewan Rakyat itu adalah sesuatu yg dianjurkan oleh Islam. Semua orang Islam tahu hal ini dan tiada siapa di kalangan umat Islam boleh nafikannya," katanya. 

Bagaimanapun, kata Syed Hassan, bagi mereka yg bukan Islam sudah tentu tidak dapat menerima apa yang dikatakan oleh Ibrahim, tetapi sekali lagi ianya tidak ada kena mengena dengan kaum lain. 

"Soalannya ditujukan kepada timbalan menteri yang bertanggungjawab kepada Jakim. Ini perlu difahami oleh masyarakat bukan Islam.
"Jadi ketua Pertubuhan Bantuan Wanita(WAO), Ivy Josiah perlu lihat dulu kepada siapa kenyataan Datuk Ibrahim itu ditujukan. 

"Tidak nafi peranan WOA sangat mulia demi membantu kaum wanita, tetapi bila menyentuh berkaitan dengan Islam, WOA perlu juga hati-hati supaya tidak menyinggung perasaan orang Islam dalam isu-isu tertentu," katanya lagi. 

Yang pasti, tambahnya, sekali lagi perlu ditegaskan bahawa kenyataan Ibrahim bukan ditujukan kepada wanita yang menganut agama lain. "Dan jangan sesekali memandang keji dengan kenyataan yang betul pada tuntutan Islam. Kami dengan agama kami, kamu dengan agama kamu," tambahnya.


Okey aku nak ulas sket ;

1. Pernah kah perkasa amek peduli stastistik perceraian di malaysia? Kata ustazah mashitah setiap 15 minit satu pasangan bercerai [muslim sahaja] secara purata untuk 5 tahun [tak silap aku].

2. Punca MAJORITI perceraian pula ialah suami curang. Hebat!

3. Kalau dah suami curang.. apsal pula si ibrahim nak salahkan perempuan [isteri] pula?

4. Ini nama nya sendiri buat salah, tp salahkan org lain. Dalam erti kata lain, bila suami berzina = hubungan sulit = isteri yang salah = wanita non islam ko diam, bukan hal ko = wanita islam ko terima, ada faham!! = persepsi perkasa.

5. Hey.. come on lah kalau baru balik kerja takan dan2 nak beromen dengan bini ko? Mesti ko pun letih gak. Nak mandi dan layan anak2 kan?

6. Dan kalau time tue isteri tengah sibuk pun bukan ada apa2 masalah besar pun.

7. So kalau dah tiba waktu malam.. apa je masalahnya? Kan boleh "game over"?

Benda neh simple. Kalau tak reti nak cakap baik ko jangan cakap. Jangan suka2 nak salahkan isteri dalam semua hal. Kalau dibuka topik neh lebih mendalam nanti jadi pergaduhan antara jantina pula. Tapi kenyataan perkasa neh seperti satu dikriminasi pada wanita. Bukanlah isteri tidak tahu tanggungjawab mereka, ttp janganlah suka2 nak putarbelitkan kenyataan. Bila dikatakan isteri kena tinggalkan "apa2 perkara" termasuk atas unta sekalipun tgklah waktu dan situasi juga. 

Kalau dah depan2 orang, korang nak beromen kena layan juga ke? Tak kan? So, kalau dah isteri tengah masak, ko sabarlah sket kot ye pun tak sempat menyempat nak "game over" pun. Sabar pun ada gak dalam islam. Habis tue ko taknak amek pula? Pandai lah korang geng2 PERKASA ikut half-half. Bodoh punya manusia. Angin betul aku. Tapi apsal hah? Heh.


Kenyataan penuh ibrahim ali di sini

Ameno : Perkasa neh berani tunjuk bodoh depan2. Heh.

[Dari sarawak] DAP mendapat sambutan hebat dari Kuching

Berita terkini, terima berita dari kawan.

Semalam, DAP Violet Yong mendapat sambutan kira-kira 7000 orang di kawasan 101 manakala sambutan BN hanya ada 100 ekor kutu sahaja.

Malam ini, di kawasan BDC, DAP (sorry, dunno which representative) mendapat sambutan kira-kira 3000 pada pukul 9.15 p.m. Wakil BN, Dr. Sim memberi RM200 kepada sesiapa yang kasihan terhadapnya untuk mendengar ceramahnya. Di samping itu, Dr. Sim memberi makanan percuma kepada sesiapa yang hadir.

--------------------------------------------------------------

Tuesday night, I myself went to listen a DAP public Forum "Where has all our money gone?" 2 of the DAP members who spoke for that night was Petaling Jaya utara's representative Tony Phua and Penang CM Lim Guan Eng. The room was PACKED and they had to open the wall to expand the room. Still, we were are packed like sardines! Some ppl stood at the back throughout the whole talk. I dare say the room has more than 500 people. Everyone was looking forward to see CM Lim Guan Eng speak. "Sarawak memang sangat kaya. Sarawak ada minyak, ada gas, ada bijih timah, ada emas, ada tanah... malangnya, sarawak juga ada BUAYA... buaya yang berkaki dua... jadi anda semua mesti memilih orang yang BERANI MENANGKAP BUAYA...crocodile hantar..."

--------------------------------------------------------------

Sebarang kesilapan amat dikesali.

Hot! Gaji samy vellu RM22,227 sebulan!

Perghh.. terkejut aku bila [bukan ble macam dulu : aku terpaksa belajar menulis menggunakan ejaan yang betul kerana email aku sudah dihujani dengan pelbagai teguran. Ada yang mengatakan begini, blog ko bukan budak-budak je baca.. termalu aku.. sampai nak cari suratkhabar.. tue yang jumpa citer neh] baca paper tadi.

Macam tak percayalah.. yang samy vellu ada jawatan dalam kerajaan. Aku nak upload gambar dia clear-clear. Aku dah amek guna handphone sebenarnya. Aku fikir aku nak terus transfer ke laptop peh tue aku ingat ari tue adik aku format laptop aku since tue takley bluetot..  [ woii ko baca neh kan, sila betulkan balik tq ] 

Pehtue aku terfikir gak.. alamak kan ada usb cable, gunalah benda alah tue.. sekali wayar tue plak melesap kan memane. Sebenarnya mmg macam tue. Time kita nak pakai kan dia hilang. Time kita taknak pakai kan, enhh pepandai plak dia muncul2 depan kita. Hampeh!

Peh tue aku fikir.. whorr takpe aku guna kad memori je lah.. aku pun siap2 lah tutup hp aku dan keluarkan memori kad.. peh tue aku cari2 mana wey memori kad aku..? Lah.. n81 8G mana pakai memori kad ngok.. hp aku tue sekali ngan memori.. aisehmen.. siot betul lah. Last2 aku tarah akal aku habis2an. Biasalah aku jenis takmo mengalah. Sebab tue mak aku kata aku degil. Heh.

Aku upload dari hp. Aku masuk fb then aku upload gambar. Then aku copy-save balik then aku edit then aku upload sini. Jalan panjang siot.. Takpe aku sabar. Aku sabar neh.. siyes!! 

Dah kita sambung balik citer di atas. Korang tengok gambar neh. Kalau aku rajin, aku scan dan upload balik yang clear punya ;


Petikan neh aku amek dari kosmo. Isi kandungan petikan tersebut ialah ;

1. Samy dapat gaji sebulan termasuk elaun rm27,227 sebulan. Kiranya tiap2 bulan lah tue. Tetap ke tak tetap aku tak pasti.

2. Jawatan yang dia pegang bagi membolehkan dia dapat duit kat atas neh ialah DUTA KHAS INFRASTRUKTUR KE INDIA DAN ASIA SELATAN. Satu jawatan yang setaraf MENTERI.

3. Samy vellu juga dapat pelbagai lagi kemudahan dan elaun yang lain, bersesuaian dengan jawatan dia sebagai duta.

4. Dia ada  enam kakitangan khas.

5. Yang bertugas di pejabat tingkat 25, plaza sentral, kuala lumpur.

6. Jawatan neh samy pegang sejak awal januari 2011.

7. Jawatan ini tidak bertindih dengan mana-mana kementerian dan jabatan kerajaan.

8. Rasionalnya wujud jawatan ini ialah meningkatkan penglibatan syarikat2 malaysia dalam pembangunan infrastuktur di india dan asia.

Okey? Semua detail penting aku dah collect dari paper tersebut. Aku rasa kat malaysia neh memang samy vellu je kot yang boleh buat jalan.. orang lain takde. Lagipun neh kan jawatan baru. Jawatan neh tak pernah wujud pun sebelum neh. So apa2 yang kerajaan buat mmg rasional dan berbaloi-baloi lah.. wa cakap lue..

aku.. nak gelak enh.. okey?? Kalau korang nak gelak.. gelaklah.. pecah perut nanti jangan cari aku sudah..

kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah
kah kah kah kah kah kah


Nota : Ejaan akan diperbaiki dari semasa ke semasa. Terima kasih atas segala teguran.

Ameno : Gila baban taknak lepas jawatan menteri kerjaraya.. menteri lain pun jadi lah.. kah kah kah lawak siotttt...

Ibrahim Ali : Isteri punca suami buat hubungan sulit.

Kepada para isteri korang baca bawah neh dulu ;




Kemudian korang baca bawah neh pula ;


Aku taktahu nak kata. Aku rasa Ibrahim Ali cakap macam tue berdasarkan pengalaman sendiri kot.

Kah Kah Kah.. Lawak siott..

Isu kain dalam sendiri pun nak citer kat dalam parlimen..


Ameno : Telah terbukti "kejantanan" ibrahim ali.. "Perkasa" betul. Kah kah kah

latest Sarawak - beat the cheats

TAIB SAID HE DID NOT CORRUPT MAKE MONEY FROM SARAWAK.HE IS BULLSHIT N TRY TO CHEAT SARAWAK PEOPLE. ASK HIM WHO OWN NAIM, CMS, TITANIUM & ETC? WHO ACQUIRE THE STATE LAND AT BATU LINTANG & BDC?? SARAWAKIANS DONT BE FOOLED AGAIN. TO SAVE SARAWAK PLS SEND THIS MESSAGE AT LEAST 10 OF YOUR FRIENDS

Hot : Kilang nuklear dalam pembinaan.

Aku ada terima satu email semalam. Individu ini memperkenalkan diri sebagai "N". Ini apa yang dia tulis kat dalam email tersebut ;

Salam bro. 

Minta bro siasat benda ni samada betul atau tidak.

1. Benda ni dah lama sebenar nya, seblum tsunami melanda jepun dan kebocoran nuklear di sana.
Masa tu aku masih baru bekerja dan pergi jumpa client sekitar cyberjaya. Disitu la aku ternampak pusat nuklear dan tertanya sendiri "sejak bila kita ada nuklear kt malaysia" Aku minta maaf tak ambik gamabr masa aku gi sana. Benda ni aku x ambik pusing apabila diumum kan Malaysia nak buat Tenaga Nuklear walaupun media sudah bagitahu buruk baik nya buat benda tu. Ini buat aku teringat "bukan mereka sudah buat ke kt sini?

2. Lepas tsunami landa jepun boss aku suruh cari client nk wat bisness. So 1st site aku cari    ialah http://www.malaysia.gov.my/ nak cari company. Di sini la ada bukti nya ada site gov nuclear malaysia. 

3. So berlaku persolan adakah benar Malaysia ada ujian nuclear? Tu website apa? Napa nuclear? Nape x bgth kt rakyat? Lagi2 di bawah mosti

Aku bg print screen tunjuk kt bro. Bro lihat sendiri do website gov.
Kat bawah neh ialah tiga keratan gambar yang dia printscreen bagi aku ;




Kesimpulan yang boleh aku buat ialah begini ;

1. Satu2 projek nuklear sebelum di buat, haruslah dikaji terlebih dahulu. Oleh itu kewujudan jabatan2 di atas memang perlu. Mungkin mereka di bahagian research.

2. Dan jabatan2 seperti ini bukanlah baru dibuat. Contohnya kita nak buat tenaga nuklear tahun neh takanlah tahun neh baru kita nak buat kajian? Sudah tentulah tidak. Kajian telah dilakukan pada tahun2 sebelumnya.

3. Kenapa hasil kajian tidak di umumkan kepada orang awam, aku kurang pasti.

4. Kenapa ketika mula2 buat jabatan ini kerajaan tak umumkan pada awam? Aku juga tidak pasti. Mungkin kerajaan berpendapat mereka hanya akan umumkan kepada orang awam apabila mereka sudah bersedia untuk membawa teknologi nuklear ke malaysia.

5. Gambar ketiga menunjukkan file tender bagi pembinaan nuklear di malaysia. Kita sekarang bukan berada di posisi yes or no. Kita sekarang di posisi kena terima nuklear wujud di malaysia. So segala bantahan kita atas projek ini adalah sia2.

6. Rakyat malaysia mempunyai pelbagai analisis dan andaian masing2 berkenaan teknologi ini. Antara beberapa pandangan yang aku sering baca ialah ;

- tidak menolak nuklear, ttp menolak kerajaan kerana bimbang ia tidak di urus tadbir dengan cekap.

- menolak nuklear kerana masih ada banyak sumber alam yang blh dimanfaatkan. jadikan jepun sebagai contoh.

- tidak menolak nuklear kerana teknologi ini murah dan efektif. Rakyat belum terima informasi yang penuh. Sebab itu mereka tidak faham.

- Menolak nuklear kerana tiada jaminan kos elektrik dan pelbagai yang berkaitan dengan nuklear akan jadi rendah apatah lagi kerajaan mesti membandingkan dengan singapura bila letak charge kepada rakyat nanti.

Ini antara pandangan2 yang popular. Apa yang pasti, kita kena bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menerima nuklear di malaysia samada kita suka ataupun tidak.


Ameno : Negara mana yang paling bagus utk perantau enh?

Khamis, 7 April 2011

Tutorial : Lajukan Broadband yang dah habis limit.



Semalam aku jalan-jalan kat blog ataupun berblog walking aku terjumpa satu tutorial yang menarik dan tiptop. Ble aku baca sampai habis perghh mmg best siot. So aku patut tulis balik dalam belog untuk rujukan mendatang.

Bagi yang guna broadband macam aku memang sure layan tutorial neh. Benda neh aku tak test lagi sebab broadband aku masih ada data lagi. Tengoklah beb baru awal bulan. Agak2lah pun nak menganas habiskan data broadband pun kan? Heh.

Aku ciplak benda neh kat sini.

Buka broadband korang dan sambungkan ke internet macam biasa. Lepas tue follow step kat bawah neh okey ;
 
1. Mula-mula korang kena pastikan apa ip address korang. Cara nak check ip korang kena klik sini. 

2. Lepas tue buka notepad. Korang tahu kan apa tue notepad? Kalau taktahu tanya rosmah okey. Heh.

3. Paste benda neh kat notepad tadi. 

c:\windows\system32\ping [jarak] ip adress korang [jarak] -t

4. Save kan file tadi sebagai ping.bat.  Save kat desktop.

5. Kemudian cari balik file yang korang savekan tadi. Klik untuk buka. Nanti akan terkeluar satu command prompt. Biarkan command prompt tue terbuka ketika korang sedang online.

Then korang bandingkan internet speed korang sebelum dan selepas buat benda neh bila broadband korang habis data/cecah limit. okey? Aku tak terai lagi sebab masih ada data. So takley nak share pengalaman. Cuma baca pengalaman orang lain je. Kalau korang tengok ada perubahan share sini okey. 

Last, sila ulang balik dari mula kalau korang terkeluar/mengeluarkan diri dari connection okey.

Benda neh untuk seme jenis broadband. Nanti share result kat sini okey. Nak tgk betul ke tak.

Jom join contest yang paling mudah dengan facebook. Antara hadiah menarik ialah iphone4, kamera dan tv lcd 

Ameno : Best gak buat tutorial neh. Hahaha..

Panas ! Warisan Merdeka sedang dibina?

Rakaman di bawah ini ialah hasil research admin ;



Point penting ;

1. Hasil tinjauan admin group terbabit tapak yang berdekatan dengan tanah cadangan pembinaan warisan merdeka mendapati wujud pekerja pembinaan.

2. Apabila didekati dan ditanya kepada pekerja-pekerja terbabit mereka memberikan jawapan ini ;

- kawasan itu termasuk dalam laluan mrt yang bakal di bina tidak lama lagi. Oleh itu mereka sedang melakukan ujikaji tanah ataupun sewaktu dengan-nya. Aku rasa sebelum bina apa2 kena uji kot stuktur dan kekuatan tanah kat situ. Aku rasa je lah. Aku tak pandai bab2 neh.

- Tinjauan dalam kawasan tanah kosong [yang ditutup dengan zink [aku rasa]] pula mendapati ada khemah untuk pekerja pembinaan berehat. Tengok gambar di bawah neh ;





- Dan apabila di tanya kepada mereka, apa yang akan di bina di sini. Mereka kata hotel 5 bintang.

3. Persoalan nya kita tahu tapak itu sepatuntnya tapak pembinaan menara warisan. Ke dah tukar? Ke nak bina hotel + menara warisan?

4. Katakanlah memang benar bina menara  warisan.  Tapi kenapa satu haramjadah rakyat malaysia tak tahu pun dan kenapa kerajaan kita melangkaui kemahuan dan kehendak ahti kita? Dan kenapa ia seperti di sorok-sorok dari pengetahuan umum? Mahathir ketika membina kl tower dan klcc boleh dikatakan kerja2 pembinaan sering dilaporkan oleh station tv dan media massa.

5. Sebenarnya KLCC dan KL Tower yang wujud di malaysia sudah lebih dari mencukupi dan boleh digunakan untuk kegiatan pelancongan dan sebagainya. Itupun banyak lagi kosong aku dengar walaupun aku tak pernah pergi selidik satu persatu ruang pejabat dalam tue. 

Daripada sibuk buat warisan merdeka lebih baik buat hub halal kat tengah-tengah bandar tue. Pelan dah ada dalam kepala hotak saya. Kalau nak email je nanti saya kasi butiran. Faham tak piem? Ko neh bikin aku panas je lah.



Ameno : Suka sembunyi2 bila nak buat sesuatu tue selalunya ditafsirkan sebagai ada niat jahat.. betul ke?Kita patut check kontraktor yang terlibat dalam projek neh.. amacam? Sapa boleh periksa...?


Sengal Zone : Fasilitator 5

Clue 5 : berasal dari Sabah !

Nota : Untuk makluman entry neh takde kena mengena dengan politik. 

Ameno : Apa menda lah yang aku layan neh..

Terkini : Pegawai kastam yang mati : Bukan kaki rasuah.




Kat bawah neh ialah komen yang aku petik dari sini ;


Anonymous said...

Salam wbth.. Bro aku taktau nak mula dari mane..just nak info mintak ko siasat. kematian pegawai kastam Port Klang. Kwn aku ramai keje forwarding bagitau tadi kat wisma kastam kecoh,mcm kastam mogok pasal kematian ni.kaunter semua tutup.polis takeover wisma xbagi org masuk.tak kuar TV kot.. point aku adalah: Arwah si mati ni dorg ckp bila solat kat wisma dia selalu jadi imam..so mane logik org yg beriman nak bunuh diri..tu satu hal,dlm byk2 pegawai dia ni paling susah nak amek rasuah atau duit kopi.Isu dia di tahan pun (melalui sumber lisan org kastam)SPRM kantoi voucher RM30 jer dari sykt forwarding bagi dia.tapi bukti xsahih ade atau tak. kedua : ini adalah konspirasi Pengarah Kastam Negeri Sgor sengaja nak kenekan dia,( ko siasat lar,aku ni bagi ko sumber lisan jer )sebagai kambing itam.dan semua kastam tau pengarah dorg giler pangkat & kuasa. ketiga : geng2 forwarding ni ckp yg ske lari cukai,byr cukai tipu ni semua sykt2 tempatan yg dimiliki VVIP.Kalau company international semua byr proper. Aku juz nak inform kat ko supaya dgn skil yg ko ade ko bleh mintak rakan2 blogger lain siasat dgn lebih detail,tgk keperibadian si mati ni.majoriti geng fwrding kat port klang percaya dia clean,alim dan baik sahsiah nyer..lagipun dia dah pencen tapi sambung khidmat jer. ok gang,arios.


Aku dengar citer dia nak pergi haji tahun neh? Betul ke? Masih ingat kes arwah aminulrahsid yang di lemparkan dengan pelbagai tuduhan negatif di media sedangkan dia bukanlah penjenayah dan sebagainya?

Isu Pegawai kastam neh pun lebih kurang sama gak. Pegawai neh dituduh rasuah dan dituduh bunuh diri atas sebab rasa bersalah. Entah betul entah tidak. Agak2lah nak bela kerajaan pun takpayahlah buat citer. Tapi kes neh aku rasa tak boleh bawa pergi sebab kali neh melibatkan nyawa kakitangan kerajaan yang hilang nyawa di jabatan kerajaan. Kerajaan sudah tentu akan cuba sedaya tutup mulut orang awam. Tak silap aku pengarah kastam di tv3 tadi telah memberikan kata2 begini ;

"kepada kakitangan kastam yang terlibat dalam siasatan rasuah sila jangan buat tindakan melulu dan terburu-buru, kalau ada masalah boleh berbincang dan rujuk kita"

Aik? Kenapa dia cakap macam tue? Mudah. Dia nak timbulkan persepsi bahawa pegawai tersebut bunuh diri. Ahli keluarga mangsa juga dilarang berjumpa media. Kenapa? Korang baca sini kata-kata kawan arwah yang mengenali arwah.

Bagi mematikan semua spekulasi negatif terhadap arwah siasatan terperinci mesti dilakukan. Tapi nak suruh siapa siasat kalau dah pdrm pun bawah kerajaan? Lue fikirlah sendiri.


Ameno : Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan dia bersalah.

Rabu, 6 April 2011

TV3, Jam Omega dan Wan Azizah Part II

Ini part 1, baca dari mula aku malas nak ulang tulis.

Tv3 hari ini menerusi buletin utama telah menyiarkan berita mengenai jam omega sama seperti semalam. Cuma semalam tajuknya EMOSI tapi hari neh tajuk dia JAM OMEGA. Vitie yang sama cuma jalan cerita di ubah sedikit.

Ini video ulasan nazri terhadap jawapan balas wan azizah yang menafikan lelaki di dalam video terbabit ialah suami nya ;



Nazri cakap nak bawa benda neh ke kabinet sebab wan azizah menafikan yang dsai ialah individu yang dituduh dalam video terbabit. Alasan nazri bersebab. Dia nak tubuhkan siasatan diraja untuk menyiasat kesahihan dan ketulenan video terbabit. Dia siap cakap yang wan azizah cakap "pelakon" tue bukan suami wan azizah. Apa itu pelakon pula? Sepatutnya dalam kes ini ia PELAKU bukannya PELAKON. Heh.

Lagipun wan azizah tak sebut pun pelakon.Wan Azizah cuma cakap lelaki dalam video seks itu bukan suami nya. Heh.

Bagi aku ini memang peluang yang baik buat pakatan rakyat. Sama macam kes liwat II yang dibawa ke mahkamah. Akhirnya kebangangang saifool dan kerajaan terserlah. So untuk isu neh pun, biarlah mereka nak bawa ke RIC pun. Kita tengoklah kebangangang mereka terserlah lagi. 

Di buletin utama tadi, tv3 interview beberapa ahli parlimen. Semua memberikan jawapan yang senada. Semua nak kan suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk siasat video terbabit. Dan semua turut memberikan jawapan yang senada dalam isu jam omega. Ini termasuk geng sekatak. Semua geng katak ada tadi kecuali ibrahim ali.

Mereka mahu dsai dan wan azizah menunjukkan jam tersebut kepada tatapan umum. Bagi aku memang perlu pun wan azizah berbuat demikian. Ini bagi mematikan spekulasi. Bukan kita tuduh dan syak yang bukan-bukan. Tetapi takde salahnya pun jam omega tersebut ditayangkan ke hadapan khalayak. 

Namun ada rakan blogger mempunyai jawapan yang berbeza. Wan azizah mungkin ada sebab yang kukuh kenapa dia simpan jam tersebut. Boleh baca sini.

Tapi bagi aku sendiri, jam omega tersebut patut dipertontonkan kepada rakyat malaysia dengan jaminan kerajaan, pdrm dan mana-mana pihak berkuasa tidak boleh memaksa dsai dan wan azizah serahkan jam tersebut kepada mahkamah dan pdrm atas alasan nak menyiasat. Aku percaya mereka mungkin cuba nak main tipu.

Selepas itu tv3 turut menyiarkan kisah wee chee keong yang kena ugut. Dipercayai ada kaitan dengan kenyataan dia berhubung dengan isu skandal video seks di tv3 semalam. Ini kali kedua [atau lebih] dia menerima ugutan menerusi handphone [sms]. Dia menerima gambar ikan mati. Aku rasa nak tergelak tengok muka dia beria-ria bercerita. Entah2 geng sendiri yang hantar saja nak bagi dia rasa cuak kemudiannya pakatan rakyat pula yang dapat imej buruk. Mana nak tahu kan? Dia siap buat laporan polis lagi. Heh. 

Pelik juga aku kenapa tv3 focus pada isu neh. Isu neh sebenarnya bukanlah breaking news macam isu pegawai kastam yang mati di bangunan sprm. Isu neh sebenarnya dah basi. Malahan isu neh diketengahkan dulu berbanding isu pilihanraya negeri sarawak. Aku heran.

TV3 memperuntukkan 10 minit penuh [aku kira okey] untuk mencipta tanggapan buruk terhadap dsai supaya rakyat benci dsai.
Mungkin sebab tv3 dah takde jalan lain apabila mereka sedikit sebanyak UMNO telah terkesan dengan result di bawah neh ;





Hasil poll ini setakat ini ialah ;
1. 3,167 memilih jawapan no 1.
2. 300 memilih jawapan no 2.
3. 978 memilih jawapan no 3. [juga jawapan aku]
4. 717 memilih jawapan no 4. 

Maksudnya bilangan orang yang tak kesah individu dlam video tersebut samada anwar ataupun tidak lebih ramai berbanding dengan jumlah yang menyakini ia anwar. Pelik. Orang umno tak amek poll neh ke? Aku cabar klik sini untuk sertai survey.

Stastistik poll ini memang boleh dipercayai disebabkan satu pengguna facebook hanya boleh pilih satu2 jawapan pada satu kali. Kalau dia ada dua akaun lain, makna nya dia cuma boleh undi 2 kali dan begitulah seterusnya. Aku undi dua kali dan kedua2 nya aku pilih jawapan no 3.

Aku ada sebab kenapa pilih no 3. Aku mahukan siasatan terperinci di jalankan. Aku bukan hanya mahu buktikan video ini adalah palsu, aku mahu buktikan lebih dari itu. Aku mahukan fakta. Separuh dari kami dah yakin video itu didalangi umno. Tapi siapakah "nama" dan watak utama selain dari datuk t kita kena amek tahu. Kita perlu korek seme jalan citer berkaitan video ini.

Once bila kita dah dapatkan kebenaran dan hakikat, barulah kita tahu siapakah dalang dibalik video ini selain datuk t. Kita mesti amek tahu dan siasat habis habisan hingga ke hujung citer. Jangan bagi mereka sembunyikan waima satu kebenaran pun.

Tengok aje isu liwat II. Mana mereka berani nak mainkan sangat. Pasal semakin lama semakin terserlah kebodohan mereka. Mereka siarkan berita sekerat2 di tv3 pun ramai orang yang tak percaya. Kalau mereka siarkan berita penuh? Dah sah2 mereka kena maki.

So sama gak dengan isu neh.Biarkan jelah nak tubuh RCI. Kita korek kebangangang mereka satu persatu. Kita tengok siapa yang kena.

Ameno : Dengar citer kucing sebelah jiran rumah korang takley beranak pun anwar punya pasey.. betul ke? klik sini.


[Video] Hot! Gambar tingkap lokasi kes kematian pegawai kastam di sprm!

Aku dapat gambar tingkap neh dari rakaman video malaysiakini. Memang wartawan malaysiakini sengaja rakam gambar tingkap-tingkap yang wujud kat pejabat sprm, tempat berlaku kes "kematian mengejut" tue mungkin nak membandingkan dengan alasan pegawai sprm.

Korang tengok bawah ;



Lepas tue korang tengok alasan pegawai sprm dan pdrm kat bawah neh ;


1. PDRM kata mereka mengklasifikasikan kes neh sebagai kematian mengejut. Dilabelkan sebagai kematian mengejut sebab polis nak siasat secara mendalam. Pdrm juga berkata pegawai tersebut terjatuh dari tingkap setinggi 20 meter. So kat atas tadi tue ialah tingkap-tingkap yang terdapat di pejabat sprm.

2. SPRM kata mayat ditemui di tingkat 1. 

3. Maksudnya kat sini  tingkat 1 = gelanggang badminton. Betul kan?

4. Aku perhatikan gambar2 tingkap tue. Aku tengok memang seseorang boleh terjun dari situ. Aku tak hairan kalau ada orang sungguh nak bunuh diri. Tapi aku hairan kenapa di sprm? Lagipun pegawai kastam tersebut belum dibuktikan sebagai pesalah. So, takan dia bodoh2 nak pergi bunuh diri?

5. Teori aku ialah ada orang kenakan/gunakan sprm untuk tutup beberapa isu. Boleh baca lanjut kat sini.

NOTA : TV3 buletin utama tidak menjadikan isu ini sebagai tajuk utama mereka. Kematian pegawai kastam ini dilaporkan kurang 2 minit. Itupun selepas berita berlalu selama 20 minit.

Nak masuk cabutan bertuah? Percuma, cuma perlu akaun facebook. 

Nota : Terdapat kesilapan tajuk sehingga menghasilkan kesilapan url. Perkataan pembunuhan digantikan dengan kematian. Harap maklum.

Ameno : Mati tidak sengaja.

Hot : Pegawai kastam mati di bangunan SPRM.

Tengahari tadi aku sempat tengok berita awani tentang isu neh. Awani ada memaparkan bangunan SPRM tempat pegawai kastam tersebut terbunuh [ditolak, dibunuh atau apa, aku tak sure]. Aku tak faham macam mana bangunan tersebut boleh menyebabkan kematian misteri sebanyak dua kali. Kalau sekali mungkin boleh di anggap kebetulan. Tapi ini kali kedua. Dan ini menjejaskan nama baik SPRM. Perlu di ingat aku TIDAK membuat apa-apa kesimpulan di bawah ;

SPRM membunuh pegawai kastam terbabit.
SPRM mempunyai kaitan dengan kematian tersebut.

Cuma SPRM kena bertanggungjawab sketlah. Ini dah kali kedua. Dan sudah tentu orang akan membuat macam-macam spekulasi. Spekulasi orang lain aku takmo ulas, sebab aku takley baca otak orang lain. Spekulasi yang aku buat sendiri je yang aku nak ulas.

Berdasarkan jalan cerita yang aku dapat dari berita awani tadi, kisahnya lebih kurang begini ;

1. Pegawai kastam tersebut antara 62 individu yang ditahan dalam siasatan rasuah.

2. Dia lepaskan 2 hari lepas selepas di ikat jamin.

3. Dia kemudian nya kembali semula ke pejabat SPRM untuk bantu siasatan. Dia datang awal pagi dan telah menunggu beberapa seketika sebelum berhasil menemui pegawai siasatan.

4. Kemudian pegawai sprm keluar sekejap dari bilik untuk ambil file siasatan yang melibatkan kes pegawai kastam terbabit.

5. Sekembalinya semula dia ke pejabat tersebut dia tengok pegawai dah takde.

6. Then dia cari di seluruh lokasi. 

Teettttt...... Sampai sini aku terpaksa cakap aku dah berasa ragu-ragu. Ini adalah SPEKULASI aku semata-mata. 

Sepatutnya pegawai sprm hanya perlu call sahaja pegawai terbabit. Atau mungkin dia takde no telefon kakitangan kastam tue. Tapi boleh sahaja dia beranggapan bahawa pegawai terbabit dah balik kot. Pergi tandas ke apa ke. Ataupun semua itu tidak tertulis di berita bagi memendekkan cerita. Entah aku pun tak pasti. Tapi cerita dia yang beria2 cari di seluruh sprm benar2 mencurigai aku. Mungkin kah pegawai sprm tersebut telah diberitahu sesuatu oleh pegawai kastam terbabit? Maksud aku.. mungkinkah dia bagitau dia di UGUT bunuh oleh mana2 individu? Sebab itulah pegawai sprm beria2 cari dia.

7. Pegawai kastam itu kemudian nya ditemui terbaring di gelangang badminton milik sprm dan dipercayai terjatuh dari tingkat 3. 

Teettt.. aku tak percaya dia terjatuh. Sila tengok gambar bangunan sprm neh ;




SPEKULASI AKU ==> Ada boleh terjatuh ka? Dia dibunuh. Aku yakin dengan SPEKULASI aku. Perghh.. Kenapa dia dibunuh di bangunan SPRM? Siapa yang bunuh dia? Semua tue aku nak tahu. Memang kes ini akan menyedihkan ahti keluarga mangsa. Tak dapat dinafikan tapi orang yang ingin TAHU macam aku tak mungkin duduk diam dan berhenti berkata-kata.

Aku rasa pegawai kastam tersebut sengaja di bunuh di bangunan sprm bagi menekan pihak sprm. Kenapa SPRM? SPRM dah teruk tercemar. Reputasi sprm dah tercalar teruk. Maka orang yang bunuh dia berhajat menekan SPRM habis-habisan. 

Siasatan SPRM mengenai rasuah dan kastam akan terhalang. Ini kerana orang lebih berminat nak tahu kenapa ada individu boleh mati di pejabat sprm. Orang lebih berminat nak tahu benda alah neh. Daripada nak tahu perjalanan kes rasuah yang membabitkan kastam. Telah berkali-kali dibuktikan yang SPRM cuma pandai siasat separuh jalan. 

Kes TBH juga begitu. Orang lebih berminat nak tahu kenapa TBH mati di pejabat sprm. Daripada siasat perjalanan rasuah ronnie liu. TBH di panggil ke pejabat kerana ronnie liu. Ronnie liu entahkan bersih dari rasuah entahkan tidak. Kes dia tergantung macam tue je. Last2 terpaksa ditutup.

Mungkin lah SPRM sekarang neh nak cuba keluar dari persepsi masyarakat yang memandang mereka macam sampah. Tapi sayangnya SPRM masih cuai dan leka. Kalau nak bebas dari persepsi masyarakat, SPRM kena lebih tegas. Pasang cctv di setiap tempat di SPRM. Cakap je terus terang nama pegawai dan pemimpin kerajaan yang menekan SPRM. 

Jangan selindung2 mereka lagi. Kes ini umpama ikan kecik yang dibunuh oleh ikan besar. Memang sama2 ikan. Tapi ikan besar takmo kena jerat jala macam ikan kecik kena. Ikan kecik pula takmo kena jerat sorang2. Mungkin dia dah bersedia mendedahkan nama tapi belum sempat dia berbuat demikian, dia dibunuh atas sebab tertentu. Ini semua ada kemungkinannya. Tapi kebenarannya, Allah swt lebih tahu.

Lagi berita tentangnya di sini ;

http://www.malaysiakini.com/news/160772 < == PDRM klasifikasikan sebagai kematian mengejut. Oiii.. bukan kematian tp pembunuhan mengejut.


Individu yang meninggal itu ialah ;

Ahmad Sarbeni Mohammed, 56 tahun dan berkhidmat sebagai pembantu pengarah di pejabat jabatan kastam diraja malaysia, selangor.

Mari kita sedekahkan Alfatihah buat arwah dan semoga kebenaran terungkap suatu hari kelak.
Ameno : Siasat habis-habisan. Siasat semua. Siasat rasuah dan siasat siapa yang bunuh dia. Tak mungkin dia tiba2 mati di situ..

[Latest Sarawak] : SPR main tipu, terima dokumen BN dan PAS tidak menang di muara tuang.

Belom dapat disahkan lagi tetapi terdapat maklumat yang menyatakan bahawa PAS telah menang di N15 Muara Tuang tanpa bertanding disebabkan BN Sarawka gagal menyerahkan borang penamaan calon...akan diteruskan dengan pencarian maklumat yang lebih terperinci.

Telah disahkan bahawa Brother kepada Pehin Taib didiskualifikasikan dan calon PAS telah menang tanpa bertanding di N15 Muara Tuang...berita ini telah disahkan.....salam Lawan

Updated : SPR telah menerima nota bantahan dari calon bn meskipun masa untuk menerima bantahan telah tamat. SPR main tipu dan PAS bertanding dengan BN di kawasan tersebut. 1 lawan 1.

Di edit oleh : AmenoWorld

Untuk yang serius : Jana pendapatan online.

Entry neh untuk orang yang serius je. Orang yang main-main boleh baca tapi tak digalakkan register dan join benda alah neh sebab nanti result dia main-main gak. Ble dia dapat result main-main sudah tentulah dia akan mengumpat hasil result yang main-main itu ke seantero internet. So ini yang kita takmo dan kita nak elakkan. 

Bagi mereka yang nak menjana pendapatan menerusi internet, dua sikap neh dia mesti ada. 

1. Serius
2. Tidak ikut-ikutan.

Bab serius aku dah explain kat atas. Bab tidak ikut-ikutan neh aku rasa kita semua tahu. Kita jangan ikut apa yang orang buat. Kalau orang ikut apa yang kita buat takpe. Heh.

Sorry..sorry.. aku main-main je kat atas neh tadi. Hahaha.. Kita jangan ikut apa yang orang nak. Maksudnya, kalau kawan2 korang approach korang then soh korang register sekian-sekian.. korang pun tertonggong-tonggonglah register. Lepas tue satu haram jadah korang tak faham apasal korang kena register benda alah tue. Tak ke kat situ menunjukkan korang suka ikut-ikutan? Ble korang tengok kekawan korang ada earning tapi ko takde earning hah mula lah korang naik geram. Then mesti korang akan mengutuk kawan korang dalam ahti.

So, untuk jana pendapatan dari sini korang kena ada dua sikap di atas. Kalau korang saja-saja nak register sebab aku suruh baik tak payah. Kalau korang nak hadiah macam semalam, klik sini, lantak korang lah. Janji bukan pasal aku yang suruh.

Benda neh agak menarik dan berbeza dari churp-churp. Selain suka buat contest, bagi reward dan hadiah menarik, korang boleh cari pendapatan melalui promosi kempen-kempen yang dilakukan oleh pihak pengiklan melalui media mereka.
Contohnya air-asia sign beriklan dengan pihak mereka, sekian-sekian lepas tue nanti dia akan bagi korang link promosi. Apa yang perlu korang buat ialah amek link tersebut dan promosi guna ;

1. facebook
2. twitter.

Setiap orang yang klik dia bayarlah 0.20 sen [bukan semua kempen]. Tapi yang membuatkan dia berbeza dengan churp-churp ialah ;

1. pakej kempen dia lebih banyak dan meluas.

2. ada contest dan hadiah yang menarik [bukan kempen ya, memang ada contest utk ahli2]

3. ada macam-macam reward.

Tapi satu kekurangan di sini ialah reward dan gift dia selalunya limited. Kiranya macam neh lah, sapa cepat dia dapat. Sapa perasan ada contest dan reward dulu, sertai dulu, dia dapat hadiah dulu lah. Kalau kita jenis seminggu sekali baru nak buka dan check, ucap selamat tinggal jelah. Memang takde harapan nak rebut iphone ke apa2 yang sepatutnya dalam tue.

Dan apa yang menariknya mengenai kempen ini, korang hanya perlu promosi perkara yang korang sendiri tertarik untuk promosi. Kalau korang promosi semua kempen demi duit, lupakan sahaja. Ble korang promosi satu2 benda alah tue atas sebab duit, maka dah takde apa dah yang korang nampak di hadapan korang melainkan ikon duit semata-mata. Dah tue, kalau ada kekurangan ataupun ketidakbagusan dalam product yang korang promosikan tue korang ada nak bagitau kat orang lain? Haramm!!! Jangan harap lhorr.. Sebab korang cuma nampak duit je kan?? Mana sanggup nak kutuk kempen sendiri beb.

Aku promosikan kesemua kempen-kempen di bawah neh sebab aku tertarik. Ada juga beberapa kempen dalam neh yang aku tak suka macam dalam churp-churp so aku memilih untuk tidak mempromosikan ia. Aku diberikan pilihan itu dan aku suka. Tak sama macam advertlets. Dia tak bagi aku pilihan untuk promosikan iklan-iklan yang tertentu. Buat masa sekarang aku agak sakit jiwa memikirkan iklan perempuan berbikini merah tue. Bila nak habis iklan bangang tue hah? Porno betul. Nak spa, ko spa lah, apasal nak tayang gambar berbikini kat orang pula?
Kempen yang aku rasa menarik ialah ;

Kempen selamatkan bumi kita <= neh tak dapat duit  ya
Contest IPAD <= neh dapat hadiah

Tak sama macam churp-churp yang hanya offer duit setiap kali kita promotes link mereka, di sini , yang ini tak terhad kepada duit. Mungkinlah kalau korang nak duit je, jangan join benda alah neh lah. Tapi benda neh lagi best dari churp-churp pasal bukan seme orang nak duit je. Hahaha.. bagi aku lah kan. Bagi korang?Mana aku tahu.. kemahuan lain-lain kan..

Nak register klik sini.

Ameno : Hadiah iphone tue best whorr..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...