Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 7 April 2011

Tutorial : Lajukan Broadband yang dah habis limit.



Semalam aku jalan-jalan kat blog ataupun berblog walking aku terjumpa satu tutorial yang menarik dan tiptop. Ble aku baca sampai habis perghh mmg best siot. So aku patut tulis balik dalam belog untuk rujukan mendatang.

Bagi yang guna broadband macam aku memang sure layan tutorial neh. Benda neh aku tak test lagi sebab broadband aku masih ada data lagi. Tengoklah beb baru awal bulan. Agak2lah pun nak menganas habiskan data broadband pun kan? Heh.

Aku ciplak benda neh kat sini.

Buka broadband korang dan sambungkan ke internet macam biasa. Lepas tue follow step kat bawah neh okey ;
 
1. Mula-mula korang kena pastikan apa ip address korang. Cara nak check ip korang kena klik sini. 

2. Lepas tue buka notepad. Korang tahu kan apa tue notepad? Kalau taktahu tanya rosmah okey. Heh.

3. Paste benda neh kat notepad tadi. 

c:\windows\system32\ping [jarak] ip adress korang [jarak] -t

4. Save kan file tadi sebagai ping.bat.  Save kat desktop.

5. Kemudian cari balik file yang korang savekan tadi. Klik untuk buka. Nanti akan terkeluar satu command prompt. Biarkan command prompt tue terbuka ketika korang sedang online.

Then korang bandingkan internet speed korang sebelum dan selepas buat benda neh bila broadband korang habis data/cecah limit. okey? Aku tak terai lagi sebab masih ada data. So takley nak share pengalaman. Cuma baca pengalaman orang lain je. Kalau korang tengok ada perubahan share sini okey. 

Last, sila ulang balik dari mula kalau korang terkeluar/mengeluarkan diri dari connection okey.

Benda neh untuk seme jenis broadband. Nanti share result kat sini okey. Nak tgk betul ke tak.

Jom join contest yang paling mudah dengan facebook. Antara hadiah menarik ialah iphone4, kamera dan tv lcd 

Ameno : Best gak buat tutorial neh. Hahaha..

Panas ! Warisan Merdeka sedang dibina?

Rakaman di bawah ini ialah hasil research admin ;



Point penting ;

1. Hasil tinjauan admin group terbabit tapak yang berdekatan dengan tanah cadangan pembinaan warisan merdeka mendapati wujud pekerja pembinaan.

2. Apabila didekati dan ditanya kepada pekerja-pekerja terbabit mereka memberikan jawapan ini ;

- kawasan itu termasuk dalam laluan mrt yang bakal di bina tidak lama lagi. Oleh itu mereka sedang melakukan ujikaji tanah ataupun sewaktu dengan-nya. Aku rasa sebelum bina apa2 kena uji kot stuktur dan kekuatan tanah kat situ. Aku rasa je lah. Aku tak pandai bab2 neh.

- Tinjauan dalam kawasan tanah kosong [yang ditutup dengan zink [aku rasa]] pula mendapati ada khemah untuk pekerja pembinaan berehat. Tengok gambar di bawah neh ;





- Dan apabila di tanya kepada mereka, apa yang akan di bina di sini. Mereka kata hotel 5 bintang.

3. Persoalan nya kita tahu tapak itu sepatuntnya tapak pembinaan menara warisan. Ke dah tukar? Ke nak bina hotel + menara warisan?

4. Katakanlah memang benar bina menara  warisan.  Tapi kenapa satu haramjadah rakyat malaysia tak tahu pun dan kenapa kerajaan kita melangkaui kemahuan dan kehendak ahti kita? Dan kenapa ia seperti di sorok-sorok dari pengetahuan umum? Mahathir ketika membina kl tower dan klcc boleh dikatakan kerja2 pembinaan sering dilaporkan oleh station tv dan media massa.

5. Sebenarnya KLCC dan KL Tower yang wujud di malaysia sudah lebih dari mencukupi dan boleh digunakan untuk kegiatan pelancongan dan sebagainya. Itupun banyak lagi kosong aku dengar walaupun aku tak pernah pergi selidik satu persatu ruang pejabat dalam tue. 

Daripada sibuk buat warisan merdeka lebih baik buat hub halal kat tengah-tengah bandar tue. Pelan dah ada dalam kepala hotak saya. Kalau nak email je nanti saya kasi butiran. Faham tak piem? Ko neh bikin aku panas je lah.



Ameno : Suka sembunyi2 bila nak buat sesuatu tue selalunya ditafsirkan sebagai ada niat jahat.. betul ke?Kita patut check kontraktor yang terlibat dalam projek neh.. amacam? Sapa boleh periksa...?


Sengal Zone : Fasilitator 5

Clue 5 : berasal dari Sabah !

Nota : Untuk makluman entry neh takde kena mengena dengan politik. 

Ameno : Apa menda lah yang aku layan neh..

Terkini : Pegawai kastam yang mati : Bukan kaki rasuah.




Kat bawah neh ialah komen yang aku petik dari sini ;


Anonymous said...

Salam wbth.. Bro aku taktau nak mula dari mane..just nak info mintak ko siasat. kematian pegawai kastam Port Klang. Kwn aku ramai keje forwarding bagitau tadi kat wisma kastam kecoh,mcm kastam mogok pasal kematian ni.kaunter semua tutup.polis takeover wisma xbagi org masuk.tak kuar TV kot.. point aku adalah: Arwah si mati ni dorg ckp bila solat kat wisma dia selalu jadi imam..so mane logik org yg beriman nak bunuh diri..tu satu hal,dlm byk2 pegawai dia ni paling susah nak amek rasuah atau duit kopi.Isu dia di tahan pun (melalui sumber lisan org kastam)SPRM kantoi voucher RM30 jer dari sykt forwarding bagi dia.tapi bukti xsahih ade atau tak. kedua : ini adalah konspirasi Pengarah Kastam Negeri Sgor sengaja nak kenekan dia,( ko siasat lar,aku ni bagi ko sumber lisan jer )sebagai kambing itam.dan semua kastam tau pengarah dorg giler pangkat & kuasa. ketiga : geng2 forwarding ni ckp yg ske lari cukai,byr cukai tipu ni semua sykt2 tempatan yg dimiliki VVIP.Kalau company international semua byr proper. Aku juz nak inform kat ko supaya dgn skil yg ko ade ko bleh mintak rakan2 blogger lain siasat dgn lebih detail,tgk keperibadian si mati ni.majoriti geng fwrding kat port klang percaya dia clean,alim dan baik sahsiah nyer..lagipun dia dah pencen tapi sambung khidmat jer. ok gang,arios.


Aku dengar citer dia nak pergi haji tahun neh? Betul ke? Masih ingat kes arwah aminulrahsid yang di lemparkan dengan pelbagai tuduhan negatif di media sedangkan dia bukanlah penjenayah dan sebagainya?

Isu Pegawai kastam neh pun lebih kurang sama gak. Pegawai neh dituduh rasuah dan dituduh bunuh diri atas sebab rasa bersalah. Entah betul entah tidak. Agak2lah nak bela kerajaan pun takpayahlah buat citer. Tapi kes neh aku rasa tak boleh bawa pergi sebab kali neh melibatkan nyawa kakitangan kerajaan yang hilang nyawa di jabatan kerajaan. Kerajaan sudah tentu akan cuba sedaya tutup mulut orang awam. Tak silap aku pengarah kastam di tv3 tadi telah memberikan kata2 begini ;

"kepada kakitangan kastam yang terlibat dalam siasatan rasuah sila jangan buat tindakan melulu dan terburu-buru, kalau ada masalah boleh berbincang dan rujuk kita"

Aik? Kenapa dia cakap macam tue? Mudah. Dia nak timbulkan persepsi bahawa pegawai tersebut bunuh diri. Ahli keluarga mangsa juga dilarang berjumpa media. Kenapa? Korang baca sini kata-kata kawan arwah yang mengenali arwah.

Bagi mematikan semua spekulasi negatif terhadap arwah siasatan terperinci mesti dilakukan. Tapi nak suruh siapa siasat kalau dah pdrm pun bawah kerajaan? Lue fikirlah sendiri.


Ameno : Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan dia bersalah.

Rabu, 6 April 2011

TV3, Jam Omega dan Wan Azizah Part II

Ini part 1, baca dari mula aku malas nak ulang tulis.

Tv3 hari ini menerusi buletin utama telah menyiarkan berita mengenai jam omega sama seperti semalam. Cuma semalam tajuknya EMOSI tapi hari neh tajuk dia JAM OMEGA. Vitie yang sama cuma jalan cerita di ubah sedikit.

Ini video ulasan nazri terhadap jawapan balas wan azizah yang menafikan lelaki di dalam video terbabit ialah suami nya ;



Nazri cakap nak bawa benda neh ke kabinet sebab wan azizah menafikan yang dsai ialah individu yang dituduh dalam video terbabit. Alasan nazri bersebab. Dia nak tubuhkan siasatan diraja untuk menyiasat kesahihan dan ketulenan video terbabit. Dia siap cakap yang wan azizah cakap "pelakon" tue bukan suami wan azizah. Apa itu pelakon pula? Sepatutnya dalam kes ini ia PELAKU bukannya PELAKON. Heh.

Lagipun wan azizah tak sebut pun pelakon.Wan Azizah cuma cakap lelaki dalam video seks itu bukan suami nya. Heh.

Bagi aku ini memang peluang yang baik buat pakatan rakyat. Sama macam kes liwat II yang dibawa ke mahkamah. Akhirnya kebangangang saifool dan kerajaan terserlah. So untuk isu neh pun, biarlah mereka nak bawa ke RIC pun. Kita tengoklah kebangangang mereka terserlah lagi. 

Di buletin utama tadi, tv3 interview beberapa ahli parlimen. Semua memberikan jawapan yang senada. Semua nak kan suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk siasat video terbabit. Dan semua turut memberikan jawapan yang senada dalam isu jam omega. Ini termasuk geng sekatak. Semua geng katak ada tadi kecuali ibrahim ali.

Mereka mahu dsai dan wan azizah menunjukkan jam tersebut kepada tatapan umum. Bagi aku memang perlu pun wan azizah berbuat demikian. Ini bagi mematikan spekulasi. Bukan kita tuduh dan syak yang bukan-bukan. Tetapi takde salahnya pun jam omega tersebut ditayangkan ke hadapan khalayak. 

Namun ada rakan blogger mempunyai jawapan yang berbeza. Wan azizah mungkin ada sebab yang kukuh kenapa dia simpan jam tersebut. Boleh baca sini.

Tapi bagi aku sendiri, jam omega tersebut patut dipertontonkan kepada rakyat malaysia dengan jaminan kerajaan, pdrm dan mana-mana pihak berkuasa tidak boleh memaksa dsai dan wan azizah serahkan jam tersebut kepada mahkamah dan pdrm atas alasan nak menyiasat. Aku percaya mereka mungkin cuba nak main tipu.

Selepas itu tv3 turut menyiarkan kisah wee chee keong yang kena ugut. Dipercayai ada kaitan dengan kenyataan dia berhubung dengan isu skandal video seks di tv3 semalam. Ini kali kedua [atau lebih] dia menerima ugutan menerusi handphone [sms]. Dia menerima gambar ikan mati. Aku rasa nak tergelak tengok muka dia beria-ria bercerita. Entah2 geng sendiri yang hantar saja nak bagi dia rasa cuak kemudiannya pakatan rakyat pula yang dapat imej buruk. Mana nak tahu kan? Dia siap buat laporan polis lagi. Heh. 

Pelik juga aku kenapa tv3 focus pada isu neh. Isu neh sebenarnya bukanlah breaking news macam isu pegawai kastam yang mati di bangunan sprm. Isu neh sebenarnya dah basi. Malahan isu neh diketengahkan dulu berbanding isu pilihanraya negeri sarawak. Aku heran.

TV3 memperuntukkan 10 minit penuh [aku kira okey] untuk mencipta tanggapan buruk terhadap dsai supaya rakyat benci dsai.
Mungkin sebab tv3 dah takde jalan lain apabila mereka sedikit sebanyak UMNO telah terkesan dengan result di bawah neh ;





Hasil poll ini setakat ini ialah ;
1. 3,167 memilih jawapan no 1.
2. 300 memilih jawapan no 2.
3. 978 memilih jawapan no 3. [juga jawapan aku]
4. 717 memilih jawapan no 4. 

Maksudnya bilangan orang yang tak kesah individu dlam video tersebut samada anwar ataupun tidak lebih ramai berbanding dengan jumlah yang menyakini ia anwar. Pelik. Orang umno tak amek poll neh ke? Aku cabar klik sini untuk sertai survey.

Stastistik poll ini memang boleh dipercayai disebabkan satu pengguna facebook hanya boleh pilih satu2 jawapan pada satu kali. Kalau dia ada dua akaun lain, makna nya dia cuma boleh undi 2 kali dan begitulah seterusnya. Aku undi dua kali dan kedua2 nya aku pilih jawapan no 3.

Aku ada sebab kenapa pilih no 3. Aku mahukan siasatan terperinci di jalankan. Aku bukan hanya mahu buktikan video ini adalah palsu, aku mahu buktikan lebih dari itu. Aku mahukan fakta. Separuh dari kami dah yakin video itu didalangi umno. Tapi siapakah "nama" dan watak utama selain dari datuk t kita kena amek tahu. Kita perlu korek seme jalan citer berkaitan video ini.

Once bila kita dah dapatkan kebenaran dan hakikat, barulah kita tahu siapakah dalang dibalik video ini selain datuk t. Kita mesti amek tahu dan siasat habis habisan hingga ke hujung citer. Jangan bagi mereka sembunyikan waima satu kebenaran pun.

Tengok aje isu liwat II. Mana mereka berani nak mainkan sangat. Pasal semakin lama semakin terserlah kebodohan mereka. Mereka siarkan berita sekerat2 di tv3 pun ramai orang yang tak percaya. Kalau mereka siarkan berita penuh? Dah sah2 mereka kena maki.

So sama gak dengan isu neh.Biarkan jelah nak tubuh RCI. Kita korek kebangangang mereka satu persatu. Kita tengok siapa yang kena.

Ameno : Dengar citer kucing sebelah jiran rumah korang takley beranak pun anwar punya pasey.. betul ke? klik sini.


[Video] Hot! Gambar tingkap lokasi kes kematian pegawai kastam di sprm!

Aku dapat gambar tingkap neh dari rakaman video malaysiakini. Memang wartawan malaysiakini sengaja rakam gambar tingkap-tingkap yang wujud kat pejabat sprm, tempat berlaku kes "kematian mengejut" tue mungkin nak membandingkan dengan alasan pegawai sprm.

Korang tengok bawah ;



Lepas tue korang tengok alasan pegawai sprm dan pdrm kat bawah neh ;


1. PDRM kata mereka mengklasifikasikan kes neh sebagai kematian mengejut. Dilabelkan sebagai kematian mengejut sebab polis nak siasat secara mendalam. Pdrm juga berkata pegawai tersebut terjatuh dari tingkap setinggi 20 meter. So kat atas tadi tue ialah tingkap-tingkap yang terdapat di pejabat sprm.

2. SPRM kata mayat ditemui di tingkat 1. 

3. Maksudnya kat sini  tingkat 1 = gelanggang badminton. Betul kan?

4. Aku perhatikan gambar2 tingkap tue. Aku tengok memang seseorang boleh terjun dari situ. Aku tak hairan kalau ada orang sungguh nak bunuh diri. Tapi aku hairan kenapa di sprm? Lagipun pegawai kastam tersebut belum dibuktikan sebagai pesalah. So, takan dia bodoh2 nak pergi bunuh diri?

5. Teori aku ialah ada orang kenakan/gunakan sprm untuk tutup beberapa isu. Boleh baca lanjut kat sini.

NOTA : TV3 buletin utama tidak menjadikan isu ini sebagai tajuk utama mereka. Kematian pegawai kastam ini dilaporkan kurang 2 minit. Itupun selepas berita berlalu selama 20 minit.

Nak masuk cabutan bertuah? Percuma, cuma perlu akaun facebook. 

Nota : Terdapat kesilapan tajuk sehingga menghasilkan kesilapan url. Perkataan pembunuhan digantikan dengan kematian. Harap maklum.

Ameno : Mati tidak sengaja.

Hot : Pegawai kastam mati di bangunan SPRM.

Tengahari tadi aku sempat tengok berita awani tentang isu neh. Awani ada memaparkan bangunan SPRM tempat pegawai kastam tersebut terbunuh [ditolak, dibunuh atau apa, aku tak sure]. Aku tak faham macam mana bangunan tersebut boleh menyebabkan kematian misteri sebanyak dua kali. Kalau sekali mungkin boleh di anggap kebetulan. Tapi ini kali kedua. Dan ini menjejaskan nama baik SPRM. Perlu di ingat aku TIDAK membuat apa-apa kesimpulan di bawah ;

SPRM membunuh pegawai kastam terbabit.
SPRM mempunyai kaitan dengan kematian tersebut.

Cuma SPRM kena bertanggungjawab sketlah. Ini dah kali kedua. Dan sudah tentu orang akan membuat macam-macam spekulasi. Spekulasi orang lain aku takmo ulas, sebab aku takley baca otak orang lain. Spekulasi yang aku buat sendiri je yang aku nak ulas.

Berdasarkan jalan cerita yang aku dapat dari berita awani tadi, kisahnya lebih kurang begini ;

1. Pegawai kastam tersebut antara 62 individu yang ditahan dalam siasatan rasuah.

2. Dia lepaskan 2 hari lepas selepas di ikat jamin.

3. Dia kemudian nya kembali semula ke pejabat SPRM untuk bantu siasatan. Dia datang awal pagi dan telah menunggu beberapa seketika sebelum berhasil menemui pegawai siasatan.

4. Kemudian pegawai sprm keluar sekejap dari bilik untuk ambil file siasatan yang melibatkan kes pegawai kastam terbabit.

5. Sekembalinya semula dia ke pejabat tersebut dia tengok pegawai dah takde.

6. Then dia cari di seluruh lokasi. 

Teettttt...... Sampai sini aku terpaksa cakap aku dah berasa ragu-ragu. Ini adalah SPEKULASI aku semata-mata. 

Sepatutnya pegawai sprm hanya perlu call sahaja pegawai terbabit. Atau mungkin dia takde no telefon kakitangan kastam tue. Tapi boleh sahaja dia beranggapan bahawa pegawai terbabit dah balik kot. Pergi tandas ke apa ke. Ataupun semua itu tidak tertulis di berita bagi memendekkan cerita. Entah aku pun tak pasti. Tapi cerita dia yang beria2 cari di seluruh sprm benar2 mencurigai aku. Mungkin kah pegawai sprm tersebut telah diberitahu sesuatu oleh pegawai kastam terbabit? Maksud aku.. mungkinkah dia bagitau dia di UGUT bunuh oleh mana2 individu? Sebab itulah pegawai sprm beria2 cari dia.

7. Pegawai kastam itu kemudian nya ditemui terbaring di gelangang badminton milik sprm dan dipercayai terjatuh dari tingkat 3. 

Teettt.. aku tak percaya dia terjatuh. Sila tengok gambar bangunan sprm neh ;




SPEKULASI AKU ==> Ada boleh terjatuh ka? Dia dibunuh. Aku yakin dengan SPEKULASI aku. Perghh.. Kenapa dia dibunuh di bangunan SPRM? Siapa yang bunuh dia? Semua tue aku nak tahu. Memang kes ini akan menyedihkan ahti keluarga mangsa. Tak dapat dinafikan tapi orang yang ingin TAHU macam aku tak mungkin duduk diam dan berhenti berkata-kata.

Aku rasa pegawai kastam tersebut sengaja di bunuh di bangunan sprm bagi menekan pihak sprm. Kenapa SPRM? SPRM dah teruk tercemar. Reputasi sprm dah tercalar teruk. Maka orang yang bunuh dia berhajat menekan SPRM habis-habisan. 

Siasatan SPRM mengenai rasuah dan kastam akan terhalang. Ini kerana orang lebih berminat nak tahu kenapa ada individu boleh mati di pejabat sprm. Orang lebih berminat nak tahu benda alah neh. Daripada nak tahu perjalanan kes rasuah yang membabitkan kastam. Telah berkali-kali dibuktikan yang SPRM cuma pandai siasat separuh jalan. 

Kes TBH juga begitu. Orang lebih berminat nak tahu kenapa TBH mati di pejabat sprm. Daripada siasat perjalanan rasuah ronnie liu. TBH di panggil ke pejabat kerana ronnie liu. Ronnie liu entahkan bersih dari rasuah entahkan tidak. Kes dia tergantung macam tue je. Last2 terpaksa ditutup.

Mungkin lah SPRM sekarang neh nak cuba keluar dari persepsi masyarakat yang memandang mereka macam sampah. Tapi sayangnya SPRM masih cuai dan leka. Kalau nak bebas dari persepsi masyarakat, SPRM kena lebih tegas. Pasang cctv di setiap tempat di SPRM. Cakap je terus terang nama pegawai dan pemimpin kerajaan yang menekan SPRM. 

Jangan selindung2 mereka lagi. Kes ini umpama ikan kecik yang dibunuh oleh ikan besar. Memang sama2 ikan. Tapi ikan besar takmo kena jerat jala macam ikan kecik kena. Ikan kecik pula takmo kena jerat sorang2. Mungkin dia dah bersedia mendedahkan nama tapi belum sempat dia berbuat demikian, dia dibunuh atas sebab tertentu. Ini semua ada kemungkinannya. Tapi kebenarannya, Allah swt lebih tahu.

Lagi berita tentangnya di sini ;

http://www.malaysiakini.com/news/160772 < == PDRM klasifikasikan sebagai kematian mengejut. Oiii.. bukan kematian tp pembunuhan mengejut.


Individu yang meninggal itu ialah ;

Ahmad Sarbeni Mohammed, 56 tahun dan berkhidmat sebagai pembantu pengarah di pejabat jabatan kastam diraja malaysia, selangor.

Mari kita sedekahkan Alfatihah buat arwah dan semoga kebenaran terungkap suatu hari kelak.
Ameno : Siasat habis-habisan. Siasat semua. Siasat rasuah dan siasat siapa yang bunuh dia. Tak mungkin dia tiba2 mati di situ..

[Latest Sarawak] : SPR main tipu, terima dokumen BN dan PAS tidak menang di muara tuang.

Belom dapat disahkan lagi tetapi terdapat maklumat yang menyatakan bahawa PAS telah menang di N15 Muara Tuang tanpa bertanding disebabkan BN Sarawka gagal menyerahkan borang penamaan calon...akan diteruskan dengan pencarian maklumat yang lebih terperinci.

Telah disahkan bahawa Brother kepada Pehin Taib didiskualifikasikan dan calon PAS telah menang tanpa bertanding di N15 Muara Tuang...berita ini telah disahkan.....salam Lawan

Updated : SPR telah menerima nota bantahan dari calon bn meskipun masa untuk menerima bantahan telah tamat. SPR main tipu dan PAS bertanding dengan BN di kawasan tersebut. 1 lawan 1.

Di edit oleh : AmenoWorld

Untuk yang serius : Jana pendapatan online.

Entry neh untuk orang yang serius je. Orang yang main-main boleh baca tapi tak digalakkan register dan join benda alah neh sebab nanti result dia main-main gak. Ble dia dapat result main-main sudah tentulah dia akan mengumpat hasil result yang main-main itu ke seantero internet. So ini yang kita takmo dan kita nak elakkan. 

Bagi mereka yang nak menjana pendapatan menerusi internet, dua sikap neh dia mesti ada. 

1. Serius
2. Tidak ikut-ikutan.

Bab serius aku dah explain kat atas. Bab tidak ikut-ikutan neh aku rasa kita semua tahu. Kita jangan ikut apa yang orang buat. Kalau orang ikut apa yang kita buat takpe. Heh.

Sorry..sorry.. aku main-main je kat atas neh tadi. Hahaha.. Kita jangan ikut apa yang orang nak. Maksudnya, kalau kawan2 korang approach korang then soh korang register sekian-sekian.. korang pun tertonggong-tonggonglah register. Lepas tue satu haram jadah korang tak faham apasal korang kena register benda alah tue. Tak ke kat situ menunjukkan korang suka ikut-ikutan? Ble korang tengok kekawan korang ada earning tapi ko takde earning hah mula lah korang naik geram. Then mesti korang akan mengutuk kawan korang dalam ahti.

So, untuk jana pendapatan dari sini korang kena ada dua sikap di atas. Kalau korang saja-saja nak register sebab aku suruh baik tak payah. Kalau korang nak hadiah macam semalam, klik sini, lantak korang lah. Janji bukan pasal aku yang suruh.

Benda neh agak menarik dan berbeza dari churp-churp. Selain suka buat contest, bagi reward dan hadiah menarik, korang boleh cari pendapatan melalui promosi kempen-kempen yang dilakukan oleh pihak pengiklan melalui media mereka.
Contohnya air-asia sign beriklan dengan pihak mereka, sekian-sekian lepas tue nanti dia akan bagi korang link promosi. Apa yang perlu korang buat ialah amek link tersebut dan promosi guna ;

1. facebook
2. twitter.

Setiap orang yang klik dia bayarlah 0.20 sen [bukan semua kempen]. Tapi yang membuatkan dia berbeza dengan churp-churp ialah ;

1. pakej kempen dia lebih banyak dan meluas.

2. ada contest dan hadiah yang menarik [bukan kempen ya, memang ada contest utk ahli2]

3. ada macam-macam reward.

Tapi satu kekurangan di sini ialah reward dan gift dia selalunya limited. Kiranya macam neh lah, sapa cepat dia dapat. Sapa perasan ada contest dan reward dulu, sertai dulu, dia dapat hadiah dulu lah. Kalau kita jenis seminggu sekali baru nak buka dan check, ucap selamat tinggal jelah. Memang takde harapan nak rebut iphone ke apa2 yang sepatutnya dalam tue.

Dan apa yang menariknya mengenai kempen ini, korang hanya perlu promosi perkara yang korang sendiri tertarik untuk promosi. Kalau korang promosi semua kempen demi duit, lupakan sahaja. Ble korang promosi satu2 benda alah tue atas sebab duit, maka dah takde apa dah yang korang nampak di hadapan korang melainkan ikon duit semata-mata. Dah tue, kalau ada kekurangan ataupun ketidakbagusan dalam product yang korang promosikan tue korang ada nak bagitau kat orang lain? Haramm!!! Jangan harap lhorr.. Sebab korang cuma nampak duit je kan?? Mana sanggup nak kutuk kempen sendiri beb.

Aku promosikan kesemua kempen-kempen di bawah neh sebab aku tertarik. Ada juga beberapa kempen dalam neh yang aku tak suka macam dalam churp-churp so aku memilih untuk tidak mempromosikan ia. Aku diberikan pilihan itu dan aku suka. Tak sama macam advertlets. Dia tak bagi aku pilihan untuk promosikan iklan-iklan yang tertentu. Buat masa sekarang aku agak sakit jiwa memikirkan iklan perempuan berbikini merah tue. Bila nak habis iklan bangang tue hah? Porno betul. Nak spa, ko spa lah, apasal nak tayang gambar berbikini kat orang pula?
Kempen yang aku rasa menarik ialah ;

Kempen selamatkan bumi kita <= neh tak dapat duit  ya
Contest IPAD <= neh dapat hadiah

Tak sama macam churp-churp yang hanya offer duit setiap kali kita promotes link mereka, di sini , yang ini tak terhad kepada duit. Mungkinlah kalau korang nak duit je, jangan join benda alah neh lah. Tapi benda neh lagi best dari churp-churp pasal bukan seme orang nak duit je. Hahaha.. bagi aku lah kan. Bagi korang?Mana aku tahu.. kemahuan lain-lain kan..

Nak register klik sini.

Ameno : Hadiah iphone tue best whorr..

Hebat! Contest online paling senang!

Aku macam tak percaya ada contest macam neh. Memandangkan ia menarik sangat dan terlalu mudah, suka pula aku nak share dengan korang. Syarat-syarat dia mudah je. Korang kena ada akaun facebook. Aku rasa kita seme memang ada kan akaun facebook neh. Then korang pilihlah apa-apa hadiah yang korang nak. Macam aku, aku pilih 5 kat bawah neh ;



Nanti dia buatlah cabutan bertuah. Kalau dapat, dapatlah. Kalau tak dapat, nasiblah. At least kita mencuba. Betul tak? Bagi yang berminat boleh klik sini.

Tapi aku nak bagitau gak, lepas korang dah pilih-pilih hadiah, korang kena invite kekawan korang untuk join contest neh. Kita cakap tipu-tipu takmo arh.. kita kena cakap jujur-jujur. Jangan terangkan kepada orang half-half. Tak baik.

Selain itu korang kena share kempen-kempen yang ada dalam neh macam churp-churp. Lantaklah orang klik ke tak klik, at least tanggungjawab korang untuk promote link tue dah selesai. Habis citer.

Aku ingat aku nak buat review pasal benda neh lah. Pasal aku tengok benda neh lebih bagus dari churp-churp. Korang leh buka sendiri kat sini kalau tak percaya cakap aku.

Selasa, 5 April 2011

TV3, Jam Omega dan Wan Azizah.



Bagi sesiapa yang tak tengok berita malam tadi, aku nak bagitau yang hari neh kesemua berita baik cina, tamil, english lebih-lebih lagi berita bahasa melayu menjadikan isu video seks yang membabitkan dsai [dipercayai] menjadi tajuk utama mereka.

Dan macam biasalah buletin utama yang paling lama dan paling banyak mengupas isu ini. Antara paparan awal buletin utama ialah berkenaan isu jam omega. Apa yang wartawan utusan tanya tue memang tak salah langsung. 

Kalaupun wartawan utusan tak tanya, perkara itu sebenarnya memang dah terpahat dalam kepala hotak aku. Bagi aku sidang media tadi sepatutnya membuktikan kepada khalayak yang wan azizah memang ada menyimpan jam omega tersebut.

Jangan salah faham bila kita cakap yang wan azizah kena tunjukkan jam omega tersebut. Kita bukan tuduh dsai adalah pelaku zina dalam video tersebut. Apa yang anwar ibrahim dan wan azizah kena faham ialah mereka sendiri yang mengakui bahawa jam omega tersebut berada di dalam simpanan mereka. Nah, inilah masa yang terbaik untuk membuktikan mereka di pihak yang benar.

Mungkin juga jam itu telah hilang. Terbit juga dalam kepala hotak aku persoalan macam tue. Hilang tanpa mereka sedar bila jam itu hilang. Kalau itu yang berlaku, sepatutnya dari awal2 lagi mengaku bahawa jam tersebut hilang dalam simpanan mereka. Bukan isu besar pun kalau jam itu hilang. Sesiapa pun boleh masuk dan mencuri. Yang perlu focus sekarang ialah kejujuran. Bersikap jujur pun bukan rugi. 

Khalid ibrahim dan wan azizah tidak sepatutnya melebih2 isu jam omega tadi. Bukan kita tuduh mereka salah. Tidak. Tapi lebih baik tunjukkan jam itu kalau ada. Kalau hilang, cakap je hilang. Takpe. Sebab rata-rata rakyat memang tak percaya dsai berada dalam video lucah tersebut. Disitu dsai sudah ada sokongan. So tak perlulah nak risau.

Tajuk paparan tv3 tadi ialah EMOSI. Bila mereka letak tajuk macam itu sudah tentulah rata2 penonton tv3 dah terbuai dengan persepsi yang wan azizah agak emosi ketika menjawab soalan. Bagi aku yang menonton sidang media terbabit, aku tak rasa wan azizah emosi. Apa yang aku nampak sidang media tadi memang terburu2. Dan ada babak yang wan azizah baca skrip. Yenadeyyy.. bukan kah sidang media tersebut bertajuk ;

"Wan Azizah menafikan lelaki dalam video terbabit ialah anwar ibrahim "

Sepatutnya kalau dah nafi, nafi jelah guna kejujuran ahti. Kenapa masih perlu baca skrip? Untuk hafal apa yang perlu dilontarkan? Semua itu tak sepatutnya berlaku. Ini kata2 yang keluar dari ahti. Bila seseorang isteri kata itu bukan suaminya, maka dia boleh berkata tanpa apa2 dokumen sekalipun. Itulah yang sepatutnya berlaku. Takan benda macam itupun nak baca skrip? 

Sebab itu aku kata. Benda macam neh pkr tak perlu suruh sapa2 buat sidang media. Cukup je dsai tampil ke depan dan menafikan. Benda dah berlaku dua hari. Tapi yang dok bercakap dan berbahas ialah karpal singh, nik nazmi,  chegu bard, wan azizah.. individu-individu yang tak berkaitan langsung dengan video terbabit. Kenapa?

Sepatutnya biarlah anwar ibrahim je yang buat sidang media dan kemukakan dalil-dalil kebenaran dia. Selepas itu kalau ada sapa2 nak defend pun silakanlah. Ini tidak. Dsai sampai ke hari neh masih belum buat sidang media. Sudah tentulah orang akan tertanya-tanya bila dia nak menafikan isu terbabit. Sidang media minggu lepas ialah sidang tanpa kebocoran isi kandungan video seks. Tapi sidang kali neh, video terbabit dah bocor. Maka, kenalah buat statement yang lebih menyeluruh. 

Lagisatu wan azizah telah mengatakan sesuatu yang tidak patut dia kata dalam sidang terbabit. Korang semak sendirilah kat berita online. Itupun kalau betullah dia yang kata ataupun wartawan yang salah lapor.

Lepas tue isu suruhanjaya siasatan diraja. Bagi aku, biarlah mereka nak tubuhkan dan siasat isu neh. Benda neh dibuat secara terbuka. Dan dsai sebenarnya tidak rugi apa2. Ramai orang mempercayai anwar ibrahim tidak bersalah walaupun mereka bukan condong kepada mana-mana parti politik. Kajian online dan merdeka centre juga mendapati bahawa majoriti rakyat mempercayai bahawa ini satu lagi konspirasi untuk menjahanamkan anwar ibrahim. Rujuk sini.

PR boleh lantik mana-mana pakar teknologi untuk mengesahkan ketulenan video terbabit. Bahaskan sahaja kes tersebut secara terbuka. Sama seperti kes liwat II yang mana makin diselak, makin terbukti umno dan barisan nasional bongok. Memang betul anwar akan penat. Lepas bertarung di mahkamah isu liwat II, kini kena perangi isu zina pula. Kalau aku jadi dia, aku surrender. Tapi nak buat macam mana? Memang ini cara umno alihkan perhatian rakyat daripada memerhatikan perjalanan ekonomi dan masalah dalaman pentadbiran kerajaan.

Suka atau tidak, kita lebih baik jangan berdolak-dalik atas dua isu neh. Jam omega dan siasatan suruhanjaya diraja. Kita ikut je kemahuan mereka, insya-Allah yang benar tetap benar walaupun kalah. 

Tak lupa juga 4 geng katak dipanggil untuk berhujah. Siapa lagi kalau bukan  ;
zulkifli nordin, zahrain, ibrahim ali dan wee chee keong = katak 4 bersaudara.

Zulkifli nordin membidas wan azizah.
Zahrain membidas anwar ibrahim
Ibrahim ali membidas tindakan pakatan yang menolak usul IRC.
Wee chee keong pula membidas karpal singh.

IGP pula cakap dia nak siasat siapa yang leak video terbabit kat internet. IGP kata video terbabit bukan datang dari pihak mereka. Maksudnya takde kena mengena dengan pdrm lah tue. Hishamuddin pula cakap video terbabit tiada kaitan dengan kerajaan. Tapi paparan sebelumnya di tv3 mendedahkan bahawa BLOG PRO UMNO yang leak benda alah tue. 

BLOG UMNO beb. Yang ditaja oleh UMB. UMB neh bawah sapa? Bawah pkr ke? Tak. Bawah umno. Dah tue hishamuddin neh dok kerusi kerajaan atas tiket apa? Bukan tiket umno? Kalau dah blog pro umno yang DEDAHKAN macam mana pula boleh tiada KAITAN dengan UMNO? Nak tipu sapa neh.. adoiiyaiii.. BODOH! Itu je yang paling sesuai.

Bagi aku, dua benda je yang PKR perlu buat sekarang neh. Tunjukkan jam omega kepada rakyat dan biarlah IRC ditubuhkan. Semua cakap2 yang menuduh dsai memang takan terhenti pun kalau dsai tunjukkan jam omega tue. Nanti mereka akan fitnah cakap anwar baru beli lah. Anwar itulah inilah. Tapi at least tanggungjawab anwar untuk menunjukkan jam omega miliknya dah lepas.

Kalau lepas tue mereka nak sambung fitnah, itu mereka punya pasal. Mereka boleh jawab dengan Allah swt sendiri. Yang penting dsai dah kemukakan bukti. Habis.

Baca analisis adukataruna pula kat sini.

Ameno : Dsai buat pc, bawa jam dan biarkanlah IRC ditubuhkan utk siasat video neh.. simple.

[Video Inside] Perjalanan kes liwat II Saiful-DSAI di mahkamah. [Completed]

Berikut di bawah ialah siri penerangan perbicaraan liwat II yang berlaku di dalam mahkamah.















Di bawah pula adalah beberapa screenshot dari video di atas.





Point penting yang kita semua mesti tahu ialah ;

1. Saiful jumpa najib dua hari sebelum kes liwat dilaporkan berlaku.

2. Doktor perubatan swasta mengesahkan saiful tidak diliwat.

3. Doktor kerajaan tiada bukti klinikal dan saintifik bagi membuktikan saiful diliwat. Tiada laporan klinikal/makmal terdapat kehadiran airmani di dubur saiful [rujuk gambar ke empat]. Apa yang mereka ada ialah MUNGKIN dna yang ada di dubur saiful berasal dari airmani. Dalam erti kata lain, mungkin juga tidak.

4. Rakaman saiful yang keluar dari cctv selepas perbuatan liwat tidak menunjukkan tanda2 seperti telah diliwat.

5. Rakaman cctv anwar ibrahim bersama rakan2 nya yang keluar dari kondo tersebut tidak disiarkan di dalam mana2 akhbar. Anwar pada ketika itu bersama 9 individu lain di dalam kondo tersebut.

Dan kesemua dari mereka tidak dipanggil untuk memberikan keterangan. Sebenarnya 9 individu lain ini boleh membuktikan samada saiful berada atau tidak dalam kondo tersebut. Kenapa tidak dipanggil untuk memberikan keterangan? Pelik.

Berfacebook bersama digi rm1 sahaja!
Ada pertandingan menarik yang ditawarkan oleh coklat terkenal!

Ameno : Isu liwat dah terbukti konspirasi.. sekarang neh adakah isu zina juga adalah konspirasi?

Isu kehilangan video seks di youtube : Menjawab tuduhan blogger umno.


Nampaknya bloggers umno tidak berhenti memainkan sentimen fitnah dan sentimen menyakitkan ahti rakyat malaysia berhubung isu penyebaran video seks yang membabitkan anwar ibrahim [dipercayai]. Mereka telah menuduh bahawa anwar ibrahim dan penyokong pakatan rakyat telah mendelete video tersebut dari youtube.

Mungkin mereka lupa, bahawa rakyat malaysia bukan semuanya bodoh. Maka aku suka nak ingatkan di sini, kalau korang bercita-cita nak tonton video tersebut, maka korang boleh pergi ke sini. Sebab aku dah upload sendiri dalam blog ini. Bukan menerusi link youtube.

Kalau kami nak delete video tersebut di youtube, maka apa sebab kami upload di dalam blog kami?  Bukan kah ini wujud percanggahan? Yang delete video itu sebenarnya adalah kamu, bloggers umno. Yang upload video itu sebenarnya juga adalah kamu, orang umno. Video itu bukan berada di tangan kami. Ia di tangan kamu. Akaun yang upload video itu bukan account pembangkang. Tapi akaun pro umno. Jadi kalau acc itu hilang [dia terminatedkan] apa kena mengena dengan pembangkang pula? Jelas di sini ialah kamu semua cuba menyembunyikan jejak dan mengelirukan rakyat dengan permainan kamu.

Biar aku tulis sedikit kronologi isu neh, agar kita sama kita faham.

1. Video tersebut muncul waktu tengahari di BLOG PRO UMNO terlebih dahulu.

2. Pada waktu petang, ada INDIVIDU UPLOAD video tersebut menerusi YOUTUBE.

3. Individu itu BERADA DI THAILAND ketika upload video tersebut.

4. TV3 buat-buat TIDAK TAHU CERITA sehinggalah ke PERTENGAHAN siaran berita mereka. KONON nya nak buat-buat macam BARU TAHU padahal MEREKA dah lama TAHU.

5. TV3 PROMOTE semua BLOG PRO-UMNO yang ada VIDEO terbabit agar rakyat yang mencari video tersebut boleh tonton di sana. KENAPA TIDAK TV3 PROMOTE LINK YOUTUBE itu? Jawapan nya MUDAH. Link itu akan HILANG. [aku dah agak ketika tgk berita tv3 malam tadi]

6. Mereka yang upload, mereka yang delete. Tapi yang dapat nama buruk ialah pembangkang? Banyak cantek mereka punya tuduhan.

7. Suka di ingatkan bahawa anwar ibrahim bukanlah "pakatan rakyat". Kalaupun dia bersalah, kami tetap berada di posisi untuk hancurkan barisan nasional. Kami bukan benci barisan nasional kerana anwar benci bn, kami benci barisan nasional kerana barisan nasional adalah barisan yang kejam. Ada atau tiada anwar, kami tetap mara ke depan.

8. Dan anwar ibrahim telah dilantik oleh kami untuk mengetuai misi kami. Kami percaya dia tidak akan sebodoh itu untuk merosakkan harapan dan cita-cita kami. Dan jika kami mempunyai bukti teknikal bahawa video itu palsu dan individu di dalam itu bukan anwar ibrahim, kami akan beri HINT kepada KERAJAAN CUKUP-CUKUP kerana mempermainkan perasaan dan sentimen kami. Jangan cakap kami tak bagi TIKET

Jangan desak rakyat ke jalan macam neh. Jangan buat fitnah yang maha dasat. Jangan main2. Cara ini sudah cukup jijik dan kami tidak akan berdiam diri. Kesabaran kami sudah habis.

Pendirian aku menerusi isu video seks itu disini. Aku tidak mahu mengulas dari aspek teknikal sebab itu bukan kemahiran aku dan aku tidak mahu memandai-mandai atas isu yang aku tak pandai. Tapi satu perkara yang aku pasti, jika terbukti ia palsu, kerajaan dan umno akan terima akibatnya.

NOTA : Blogger umno di atas itu tahu DENGAN TEPAT WAKTU kehilangan video terbabit. Hairan. Adakah kerja dia check video itu setiap masa di youtube? Heh.

Kerjaya atau kesihatan yang anda pilih?
RM1 = Facebook and Digi?
Terbang tinggi dengan tambang murah dari AirAsia 

Ameno : Anwar ibrahim kena buat PC dengan segera. 


Isnin, 4 April 2011

Analisis video seks : Ya atau Tidak ia DSAI??

Terlalu banyak spekulasi dan andaian mengenai video seks ini. Memang dah lama aku mengharapkan agar aku dapat tonton video neh. Aku takmo tonton aksi ranjang yang wujud dalam video ini. Tak penting. Apa yang penting aku nak tengok ya atau tidak dsai berada dalam video yang dicanang-canang oleh pihak kerajaan dalam seminggu dua ini.

Ini ialah video yang diperkatakan bagi mereka yang belum tengok. 


Aku dah tengok lebih dari sekali video ini. Aku dah tengok macam-macam benda dalam video neh. Aku tengok anwar ibrahim. Aku tengok datuk eskay. Aku tengok perempuan cina [yeke pompuan cina? takde rupa cina pun]. 

Aku sempat gak tengok cermin. Aku sempat gak kira berapa kali pintu tandas di tutup/di buka. Aku sempat juga cuba fahamkan remote control apa yang dipegang oleh eskay dan dsai. Aku sempat tengok aircond. Aku sempat perhatikan katil dan jenis tuala/kain yang dipakai dsai dan wanita tersebut.  Aku perhatikan kedudukan suis lampu. Adakah hotel di thailand akan meletakkan suis lampu mereka si sebelah kira atau kanan.

Aku juga perhatikan meja solek. Aku sempat buat analisis yang meja solek, meja tepi dan katil lebih kurang macam satu set. Aku tengok mereka petik remote. Aku taktahu apa benda di hadapan mereka. Adakah tv ataupun lampu? Jika aircond tak mungkin sebab aircond atas katil.

Kalau tv aku percaya. Aku sempat juga tengok baju yang dipegang dsai. Aku tak faham kenapa dsai tak simpan/gantung baju tersebut dalam almari? Adakah hotel tersebut tidak menyediakan almari? Baju dia akan berkedut kerana di lipat berkali2 dan dibubuh macam tue je. 

Apa yang aku leh cakap, ini bukan hotel murah."Dsai" boleh jenguk keluar dari bilik dengan keadaan tidak berbaju.Ini bermaksud ia bukan bilik biasa. Mungkin suite. Tapi perabot dalam bilik dsai tidak kelihatan seperti suite. Almari pun takde.Pintu hotel tidak ditutup. Aku jenguk menerusi cermin dalam video tersebut. Aku tak faham hotel neh hotel apa. Tapi yang pasti ia agak besar. Bukan macam bilik hotel yang kita biasa pergi. Mungkin hotel neh ada dua atau tiga bilik yang lain. Lebih kurang macam suite walaupun hiasan dalaman nya tidak seperti suite.

Aku tahu pintu hotel tue kaler putih. Aku nampak. Aku perhatikan cincin dan jam eskay. Aku taknampak dsai buka jam. Buka baju pun aku tak nampak. Aku taktahu dia buka baju kat mana. Mungkin bahagian itu telah di sunting. 

Aku tengok gambar pelakon dalam video itu memang mirip dsai. Aku cuba untuk kata tidak. Tapi aku taknak tipu diri aku sendiri. Memang aku rasa ianya seiras dsai. Soal perut ialah soal persepsi. Ianya adalah persepsi yang di pupuk untuk mengatakan perut lelaki itu buncit. Walhal aku tak nampak ia sebuncit yang digambarkan.

Namun aku ada sedikit keraguan. Adakah ini bentuk rakaman cctv? Maksud aku, bukan kah cctv sepatutnya di atas, bukan di bawah? Kualiti visual ini tidak seperti kualiti yang dihasilkan cctv. Apatah lagi tiada rakaman suara. Aku agak binggung.

Kebinggungan aku makin bertambah bila aku teringat yang pada hari itu dsai bersama keluarga nya. Jika dia berada di thailand maka ia mengambil masa untuk dia ke sana dan ke mari. Lagipun sepatutnya ada rekod dsai ke thailand pada hari tersebut. Memandangkan datuk eskay yang bayar, maka datuk eskay patut ada dokumen yang mengesahkan dia bayar untuk bilik hotel tersebut pada hari itu.

Dsai juga ada jadual perjalanan. Jadual perjalanan dsai sangat teratur. Sudah tentu individu yang boleh memerangkap dsai atas isu neh tahu pada 21 february dsai tidak majlis bersama rakyat ataupun bertemu dengan mana2 pemimpin. Jika tidak kenapa dia memilih 21 february, hari ketika dsai bersama keluarga?
Apakah pada hari itu, dsai tidak menerima sebarang panggilan telefon? Sudah tentu ada macam2 rekod bagi membuktikan dsai tidak bersalah. Rekod twitter tidak boleh digantung harap sepenuhnya.

Tapi kalau itu sebenarnya dia,  situasi tersebut berlaku di thailand ataupun kuala lumpur? Jika di kuala lumpur, hotel apa yang mempunyai perabot sebegitu rupa? Apakah ada rakaman cctv yang menunjukkan dsai masuk ke ruang hadapan hotel tersebut? Alah tempat check in. Dsai sudah tentu naik hotel untuk ke bilik. Apakah ada rakaman cctv dalam lif yang memaparkan muka dsai? Dan kenapa wujud perkataan thailand di bawah rakaman tersebut?

Lagi satu yang menimbulkan tanda tanya aku ialah kenapa perut datuk eskay kelihatan sangat boroi dalam video ini? Kenapa baru2 ini perutnya tidak seboroi yang terpapar dalam video di atas?

Menonton video ini tidak menyelesaikan masalah. Ia menambahkan persoalan. Ada banyak persoalan yang timbul. Aku masih tak faham. Memang wajah macam wajah dsai. Alasan perut boroi dan jalan kangkang bagi aku bukan isu. Sebab tue aku nak tunggu penafian dari anwar ibrahim. Aku rasa sekarang neh sesiapa cakap apa pun tak guna. Memandangkan yang dituduh ialah dsai, maka layaklah dia menjawab isu ini. 

Sebagai rakyat malaysia, aku, ko dan kita semua ada hak untuk memberikan pandangan atas isu neh. Apatah lagi dsai telah di amanahkan oleh kita untuk menjatuhkan kerajaan barisan nasional. Pandangan aku atas isu neh masih berada di tengah-tengah. Iaitu 50-50. Aku tak pandai tafsir ketulenan video neh. Aku tunggu orang yang pandai tafsir untuk buat analisis.

Kalau disuruh aku tafsir jalan citer, aku memang merasakan ada keraguan. Aku cuba juga mematahkan keraguan dan mempercayai itu ialah dsai. Tetapi aku tak boleh. Ibarat seorang pencuri yang mengatakan dia dituduh pencuri oleh orang lain. Ko rasa aku nak percaya ke cakap orang macam neh? Aku dah cakap banyak kali. Umno terbukti banyak kali suka menfitnah.  Kalau tiba2 umno datang dan mengatakan dsai berzina walaupun dia bawa bukti, aku terpaksa cakap yang aku ttp akan rasa ragu2. Sebab? Umno pun lebih kurang sama dengan apa yang dia cuba bongkarkan. 

Dalam erti kata lain aku tak boleh menolak bulat2 bahawa itu bukan dsai. Dan aku tidak juga mampu menerima bulat2 bahawa itu ialah dsai. Aku berada di landasan was2. Sebab itu penafian dari dsai amatlah diperlukan oleh aku. Aku nak dengar apa kata2 penafian dia. Kalau dia kata, itu bukan dia, Insya-Allah aku percaya. 

Di tv3 tadi, isu mengenai video seks ini telah tersebar. TV3 bukan sahaja memaparkan klip video yang memaparkan dsai, malahan mereka turut mempromosikan laman web pro umno. Tujuan nya ialah agar mereka yang ingin melihat video terbabit akan cari video terbabit di laman2 berikut.
Seperti yang kita tahu, laman2 tersebut sudah tentu akan menanamkan persepsi bahawa dsai adalah pesalah. Dari situ kepercayaan orang islam dan melayu khususnya akan hilang. Kalaupun mereka tak mempercayai itu adalah anwar ibrahim, sejauh mana kepercayaan mereka akan bertahan kalau hari2 di suakan dengan berita yang sama menerusi media?

Penafian dari pemimpin pkr lain adalah tidak perlu buat masa ini. Penafian dari ahli pkr juga tidak relevan. Aku percaya, seluruh penyokong rakyat hanya mahu mendengar penafian dari dsai. Kerana dia pemimpin kami. Dan kami hanya mahu mendengar suara dia.

Updated : Video ini telah di uploaded oleh thepowercam yang baru register youtube semalam.  Dan di upload dari thailand. Kenapa perlu susah payah ke thailand utk upload video ini? Aku binggung. Kata adegan seks itu berlaku di kuala lumpur. Baca sini.

Ameno : Aku terkedu.. tapi terkawal. Walaupun aku 50-50 dalam isu neh, tp aku masih mempercayai dsai bukan seperti apa yang dituduh umno.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...