Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 30 Mac 2011

Meletup: Kisah sebenar pekerja estet !

Ini adalah kisah sebenar pekerja estet. 

Fakta yang korang mesti tahu.

1. Pekerja tersebut telah kerja selama 15 tahun.

2. Pekerja tersebut ialah melayu muslim.

3. Tinggal di kawasan perumahan estet ketika berkerja di estet.

4. Duduk bersebelahan orang india.

5. Di kawasan estet, mereka memiliki gaji yang sangat rendah, sehingga orang india di sana terpaksa makan anjing dan ular untuk teruskan kehidupan mereka. Kesusahan mereka semakin mencengkam sejak kenaikan barang berlaku dari penghujung tahun 2007 sehinggalah kini.

6. Di bawah ini ialah gaji pekerja estet ;




Dan di bawah ini ialah kenyataan presiden MIC ;


7. Pekerja estet kena bayar elektrik. Kepada mereka yang cakap tak perlu bayar, boleh tengok bukti di atas.

8. Setelah melakukan pemotongan itu dan ini gaji pekerja estet tinggal rm400 ++ sebulan.

9. Memang mereka ada rumah, tetapi bukan hak milik kekal. Apabila mereka berhenti kerja, mereka terpaksa pulangkan rumah tersebut.

10. Persekitaran estet juga tidak selamat dan kebanyakkan anak-anak india di estet tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Ramai di antara mereka tercicir dan ketinggalan atas pelbagai sebab. Namun, ini tidak berlaku di semua kawasan estet.

11. Dengan gaji sebanyak itu, mampukah mereka membeli kenderaan ataupun rumah?

12. Jika mereka mempunyai 7 tanggungan dengan 5 anak yang bersekolah mampu kah mereka meneruskan kehidupan ini?

13. Oleh kerana gaji semakin lama semakin terasa kecik, dia [penyumbang slip gaji di atas] bertindak brhenti kerja dan menjadi nelayan. Ini perlu, kerana pernah tiba di suatu saat dia, isteri dan anak2 nya hanya makan nasi kosong selama 2,3 hari. Keadaan lebih teruk bila mereka makan bubur sahaja. Mereka sudah tidak mampu bertahan dengan gaji yang begitu rendah dari estet.

14. Dengan menjadi nelayan, gaji dia lebih sedikit, tetapi tiada potongan. Sekurang-kurangnya dia boleh menjadikan ikan dan udang sebagai lauk kalaupun tiada duit.

15. Beban kerja di estet teruk dan berat dan mendatangkan masalah kesihatan.

16. Pihak syarikat estet tidak pula mahu bertanggungjawab andaikata pekerja2 mereka mengalami masalah kesihatan yang kronik. Sekadar sediakan klinik kesihatan yang ubat-ubatan nya pun low quality, inikah pula nak tentukan halal atau haram.. lagilah jauh.

17. Mereka, GLC sime darby hanya mengaut keuntungan dengan mengerah tenaga orang miskin yang kurang berpendidikan. Perbuatan mereka sangat hina. Sehina pengerusi sime darby itu sendiri.

Updated :

 
Sorry nak tambah skit. Aku harap aku boleh share experience aku keje dgn ****, aku masuk as Cadet Planter. Masuk keje pukul 6.30pagi utk morning roll-call. Kekadang masa roll-call tu pagi2 pekerja2 estate dah kene maki dgnMgmt. Aku pun sedih memikirkan nasib diorng yang dah pagi2 kene sound. Pastu keje diorng teruk. Ambil contoh collection loose fruits. Sapa yg penah kutip loose fruits (buah yg gugur dari tandan kelapa sawit)? Try kutip loose fruits satu jam. Gerenti sakit pinggang..Pastu tgk gak cuaca. Kalau hujan, gaji confirm kurang. Nak tak nak, keje la terik2 panas tu. Itu belum lagi yg pakai sickle yg mmg berat. Salah kait buah, silap2 bulan potong gaji. Itu baru isu berkaitan buah kelapa sawit. Belum lagi cakap pasal field maintenance, equipment, etc. 

Lagi satu, aku tak sampai hati bila diorang panggil aku Tuan (walaupun masa tu aku Tuan Kecil je). Aku gerenti teringat kat ayah aku bila ada uncle2 ni greet aku dgn panggilan tu.

So, kesimpulannya aku nak bagitau memang kerja estate ni teruk, tapi kena ingat kalau takde pekerja2 estate yg tanam racun, kait buah, bawak pegi mill, etc jangan harap ekonomi Malaysia membangun.

Komen neh aku petik dari facebook KBSB. 

Anda buat, anda dapat. Dunia atau akhirat. Allah swt ada. Ingat tue.


Ameno : Kerja di sime darby menguntungkan ka? Pekerja2 estet dikerah bagai kuli yang tidak berharga.

Panas! Peminat sokong fasha sandha seksi !

Tadi aku selak fanpage fasha kat facebook. Sebenarnya untuk pengetahuan korang, aku dulu like fanpage fasha sebab aku "minat" dia. Then selepas beberapa bulan aku asyik komen, dia pun dah jemu agaknya lalu dia blocked aku. Aku kecewa tahu. Siyes. Terus terang dah neh. Harap fasha boleh unblock aku balik. Aku setia je minat dia per. Heh.

Peh tue aku nampak fasha posting benda alah neh, baca bawah ;

Lepas tue aku saja lah klik nak baca komen-komen kat bawah tue ;




Setelah aku membaca dengan teliti setiap komen-komen di atas, aku dapat menyimpulkan bahawa ;

1. Fasha sandha dedahkan aurat. Dan ia adalah hak fasha. Korang jangan sibuk kutuk.

2. Keseksian fasha adalah anugerah tuhan. Dalam erti kata lain, mungkin peminat maksudkan bahawa tuhan suruh fasha utk berseksi.

3. Kemenangan fasha dalam carta artis paling seksi ialah disebabkan anugerah tuhan terhadap fasha akibat fasha selalu difitnah macam-macam. Dalam erti kata lain, kalau anda difitnah, mungkin anda akan dapat hits undian tertinggi untuk artis paling seksi, artis paling suka minum arak, artis paling pandai mabuk, artis paling hebat menari disko dan sebagainyalah.

4. Orang islam boleh suka, berbangga dan meminati keseksian fasha sandha dan boleh mengucapkan tahniah kepada fasha sandha sebagai galakan dia menangi carta artis paling seksi di malaysia.

Hebat!!!!! Aku pun mao di puja seperti ini. Kalah "pujaan" terhadap Nabi saw itu sendiri.

Hebat!!! Peminat fasha pun seberani fasha rupanya..

kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Klik sini utk lihat sendiri jawapan fasha pasal keseksian dia.


Ameno : Mereka sedar ke apa yang mereka komen tue?

Selasa, 29 Mac 2011

Hot! Bekas menteri umno hina Alquran!

Aku tidak akan komen panjang entry neh. Tetapi sebagai orang islam, aku, ko dan kita semua [penganut islam] tahu sangat bahawa ;

1. Alquran ialah kitab suci tak kira baru ataupun berusia lama [rupa luaran]

2. Apa penting dalam Alquran ialah hikmah yang terkandung di dalam nya.

3. Alquran dibentuk-kan dalam keadaan zat yang kita boleh pegang tetapi meskipun Alquran berusia lama dibakar [bagi mengelakkan di pijak2, disalahgunakan pada masa akan datang] zat hikmah yang terkandung dalam Alquran tak akan hilang.

4. Alquran bukan individu. Ia adalah kalam Allah swt. Kalam = kata-kata. Yakni bermaksud Alquran ialah kata-kata langsung dari Allah swt [yang disampaikan menerusi malaikat] kepada umat manusia. Alquran dibekalkan oleh Allah swt kepada kita sebagai pembimbing untuk menerangkan kepada kita bagaimana harus kita selusuri kehidupan alam ini mengunakan pelbagai akal. [akal iman, akal logik, akal hukum, etc]

Baca bawah ;

Kita dah faham sangat penghinaan mereka terhadap ulama. Cuma kita tak faham apa kena mengena Alquran dalam kebencian dia terhadap Nik Aziz? Nik aziz bukan Alquran pun. Gila ke menyamakan ulama = Alquran pula..? Bodoh ke dia neh? Kalau tak suka nik aziz pun, jangan babitkan Alquran.

Aku tak galak sesiapa pergi hina nik aziz. Aku cuma cakap, kalau tak suka nik aziz, jangan babitkan Alquran. Itu je.

Neh sambungan petikan di atas bagi mereka yang nak bacaan penuh ;

Kalau sekiranya Nik Aziz tidak dapat memberikan jawapan yang jelas dalam soal ini saya harap Nik Aziz tidak akan merasa tersinggung apabila beliau dianggap sebagai ulama politik yang hanya pandai memutarbelit keadaan sebenar untuk kepentingan parti sahaja.”
Zam yang juga penyandang Karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Mahathir di Universiti Utara Malaysia (UUM) akui bahawa sememangnya Nik Aziz mempunyai kekuatan dalam mengelirukan masyarakat sebagai seorang yang banyak membuat fatwa-fatwa yang boleh menimbulkan salah faham kepada umat Islam.
“Umpamanya Nik Aziz pernah menyatakan bahawa orang-orang yang menuduhnya harus menjawab kepadanya di akhirat seolah-olah dia orang benar dan banyak lagi, malah dia pernah menyatakan bahawa saya ini budak celaka. Saya terkejut bagaimana dia sebagai seorang ulama boleh berkata demikian.”
Tambahnya lagi, kebiasaannya apa juga yang dikatakan oleh Nik Aziz akan mudah dipercayai lantaran sikapnya yang meyakinkan orang kerana bijak bermain retorik.
“Nik Aziz tidak menukarkan imejnya dari sejak dia jadi anggota Dewan Rakyat pada tahun 1963 hingga sekarang dari segi pemakaian dan mengajar agama sedangkan orang lain bertukar. Ini adalah sesuatu kekebalannya tetapi disebaliknya pelbagai pembohongan dengan perkara yang tidak logik dan fatwa-fatwa yang tidak betul telah dikeluarkan.
“Pemimpin Pas ini tidak sedar bahawa segala sebutan mereka itu telah mendedahkan imej mereka sendiri dan ini jelas apabila kita nampak ketakutan mereka malahan video-video caci maki mereka terhadap pemimpin kerajaan juga hilang dari pasaran ketika itu apabila pendedahan secara meluas dibuat oleh media,” katanya.
Terangnya lagi, ini secara tidak langsung telah membetulkan akhlak mereka ketika itu kerana apa yang mereka katakan dulu, mereka tidak lagi sesuai dengan keadaan sekarang, apatah lagi sikap mereka yang berubah-ubah.
Mereka ini bukanlah ulama sezaman tetapi ulama-ulama kuno yang kolot dan ketinggalan zaman,” tegasnya lagi. - MediaUMNO

Ameno : Dulu hina ulama, kini hina Alquran.

Hot! Parpukari dah bertaubat dan pergi haji!

Ini ada satu cerita. Aku nak share cerita special neh ngan pembaca-pembaca amenoworld yang terbukti baik-baik belaka melainkan amenoworld je yang jahat sangat-sangat.

Tengok bawah ye ;




Lepas tue tengok bawah plak ;





Lepas tue kan, aku nak korang baca perbualan bawah neh ;

wartawan : betul ke gambar tuan yang tersebar di internet tue?

tuan besar : saya minum arak ke dalam gambar tue? ada nampak saya minum? ada nampak saya minum ke dalam gambar tue?

Cerita best dah habis.

Sumbangan gambar : Topeng perak unmasked

Nota tambahan : Parpu kari memiliki wajah melayu 100% pure. Heh. Mana ada rupa india ke keling ke apa ke.. patutlah parpu suka ejek kaum india.. heh. 

Ameno : Manusia yang dah bertaubat kita jangan kacau. Kita cuma kacau mereka yang berlagak alim tetapi sebenarnya tak alim. Heh.

Isnin, 28 Mac 2011

Hot! Rosmah Mansur pakai tudung.

Perghhhhhhh.. rosmah pakai tudung bhaiii.... perghhhhh aku cuma mimpi je beb..

kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah..

lepaklah.. kita gurau2 tambah mesra kan? Acececehh.. takan marah kot?

Berikut di bawah ialah gambar datin rosmah bersama isteri pegawai brunei. Sila tengok dan teliti baik2.

Perasan tak ada seseorang yang menyerupai wanita cina yang tak pakai tudung tapi masih berpakaian sopan yang paling hujung sekali bahagian kanan?

Yang tak pakai tudung pun sebab dia bukan islam [dipercayai]. Di brunei ada menteri/pegawai cina juga. Tapi tengok macam mana mereka boleh hidup harmoni. Mudah. Orang islam berperangai macam orang islam, maka org bkn islam akan respect mereka secara automatik.

Dan rosmah mansur ialah satu2 wanita islam yang memang slumber habis tak pakai tudung. Tak pernah menyesalnya brunei, bila tak masuk malaysia. Yang menyesal ialah aku, kerana pemimpin malaysia suka maksiat. Itupun untuk duit. Cis.. memalukan.

Ameno : Brunei maju, aman dan sempurna walaupun mereka takde kasino, takde arak dan takde disko. Heh.

Hot! Fasha artis paling seksi di malaysia!



Paper metro semalam telah membuat satu kajian [baca pengakuan metro di atas] berkenaan artis paling seksi di malaysia. Senarai artis seksi telah ditetapkan oleh harian metro sendiri.


Berdasarkan kepada cara harian metro membuat pemilihan, jelas harian metro memilih mereka kerana kesemua artis di atas memang terbukti mendedahkan aurat mereka secara berani.


Harian metro tidak memilih mereka atas sebab-sebab yang lain. Harian metro tidak memandang mata fasha sandha sebagai seksi, ataupun hidung rozita che wan sebagai seksi. Tidak. Sebaliknya kerana mereka tayang aurat. Buka dada. Banyak benda tersembul keluar. Benda tersebut WAJIB di tutup. Bukan nya WAJIB dibuka buat tayangan umum. Heh.


Aku tak faham tujuan harian metro buat benda alah neh. Orang kalau buat kajian mesti nak mencapai sebab tertentu. Tetapi apa yang harian metro neh nak capai, aku taktahu. Berdasarkan kepada cara wartawan harian metro neh menulis mengenai topic di atas, mereka takde pun nak serap unsur2 dakwah. Mereka malahan bangga bila kajian mereka mendapat sambutan yang hangat.


Katakanlah aku wartawan dan aku buat kajian di atas. Hasil keputusan kajian tersebut aku serahkan kepada artis untuk mereka komen, kemudian hasil komen tersebut aku beri kepada mana-mana pakar motivasi agama untuk komen balik. Kemudian aku siarkan ke dalam paper, dan tengoklah reaksi artis2 neh, kalau mereka tak malu, tak terjun bangunan, ataupun tak tutup muka selama lapanbelas bulan, memang sah, sahlah artis tersebut dan malaikat ilham sudah tidak bersahabat akrab lagi. Heh.


Tetapi harian metro seperti mengalakkan mereka untuk bertambah seksi seksa lagi. Komen artis dan peminat mereka pula sangat tidak matang. Cuba kalau harian metro buat kajian macam neh ;


1. artis paling rajin berdakwah
2. artis paling sempurna tutup aurat
3. artis paling layak jadi contoh masyarakat
4. artis paling bijak bergaya tanpa tayang aurat
5. artis paling pandai mengaji
6. artis paling cerdik bergaul tanpa perlu pergi disko
7. artis paling sopan dalam penampilan tanpa warnakan rambut


dan blablabla.. sebagainya. Cuba buat. Kami nak tgk siapakah pemenang. Adakah dari 1 - 7 jawapan nya ialah wardina saffiyah? Ataupun hafiz hamidon? Ataupun mungkin irma hasmie? inteam? rabbani? raihan? akil hayy? waheeda? silap2 maher zain pun termasuk skali ye tak?


Dan akibatnya, artis2 yg tak menang ataupun tidak tersenarai akan rasa malu yang amat. Ya ampun.. teruknya persepsi wartawan dan peminat terhadap aku. Sedikit sebanyak ini akan membuatkan mereka rasa terhina dan tersisih. Ini tidak, buat undian mencari siapakah paling seksi nampaknya tidak memberi apa2 kesan sebaliknya mengalakkan mereka dan membuatkan mereka sedar yang mereka sebenarnya ada followers dan diminati kerana keseksian.

Ada orang fikir, alah sekadar seksi, biasalah dalam industri hiburan tanahair. Bagi mereka maksiat dan hiburan satu entiti. Siapa cakap industri hiburan ialah industri maksiat? Sendiri yg memaksiatkan hiburan. Sendiri yg salah. Jangan pandai2 kata hiburan itu maksiat. Sendiri yg cari peluang buat maksiat melalui hiburan. Bukan tak boleh buat industri hiburan menjadi industri dakwah.


Cuma mereka [majoriti pemaksiat] dalam industri hiburan je takmo. Bagi mereka pengukur industri hiburan malaysia haruslah berasaskan hollywood ataupun bollywood. Tak pernah ada akal nak menjadi ikutan orang. Hanya ada akal untuk mengikut orang. Melayu or me-LAYU? Phetatic. Heh.


Kajian di atas bukan tak boleh buat. Buatlah. Tapi kena cipta tujuan juga. Bukan buat untuk mengalakan artis seksi. Tapi harian metro buat untuk membuatkan artis merasa seronok ble mereka di iktirafkan seksi. Boleh pula artis rasa bangga bila di iktirafkan seksi. Namun, rozita che wan nampaknya tak bangga ble di iktirafkan seksi. Mungkin atas faktor usia, maka jawapan rozita lebih matang.


Jawapan tak matang fasha neh memang spero. Otak dia memang totally out. Jenis manusia tak boleh pakai. Jenis artis yang tak boleh di puja. Melainkan dia insaf dan ubah diri macam wardina dan irma hasmie.


Kalau dia jadi macam tue, kemuliaan sendiri akan terbang kat dia sebab orang2 islam di malaysia neh sangat cool. Kita tak kesah pun sejarah lampau mereka. Kita hanya pedulikan perkara terbaru mereka. Dan jika mereka baik, baiklah pandangan kita. Dan jika mereka seteruk fasha, maka teruklah bahasa maki kita kepada mereka. Nasiblah. Sapa suruh seksi berani mati? Heh.


Baca kenyataan si fasha kat bawah neh ;




Seksi anugerah semulajadi? Bangang kah dia? Seksi ialah sendiri pandai2 nak buka aurat. Bukan anugerah semulajadi. Sebaliknya anugerah nafsu. Lue ikut nafsu. Dan dia siap cakap seksi itu tak boleh dinilai secara serong dan negatif. Adoiii rosak betullah minah neh.


Woii fasha sandha,


kalau lue tutup aurat, dan orang masih panggil lue seksi lagi, aku boleh faham jika ketika itu seksi dikatakan anugerah semulajadi. Mungkin tang mata ke, tang bibir ke, apa2 lah yang berkaitan.


Tapi masalahnya ko tayang aurat. Tang mana satu aku nak pandang positif wahai pompuan bongek [fasha, jika ko dah bertaubat kelak, mohon ko maafkan aku] ? Aku tak mampu. Aku cuba juga semalam. Tapi hasilnya aku tergelak sorang2. Then aku ditegur oleh seseorang.


orang menegur : Apahal neh? tiba2 gelak je macam org tak betul. apa yg paper tue tulis?


aku : takde apa, lawak sangat. fasha sandha soh org jgn pandang negatif atas imej seksi yg dia bawa


orang menegur : kalau tak pandang negatif, nak pandang apa? pandang t**** dia ke? pompuan bodoh mcm tue jangan bacalah citer2 dia. buat dapat dosa je. tgk gambar dia pun dah dapat dosa. lagi baca citer dia buat apa? tue pasal anak2 muda zaman sekarang terikut2 buka sana buka sini. pasal ada sifu macam dia. mengalakkan lagi org buat maksiat.


aku : hahahhaha... saja je aku baca.


orang menegur : yelah. saja2 je ko dapat dosa nanti.


Hampeh. Aku kena ceramah. Setepek kat dahi aku. Neh dia belum tahu aku mengumpat fasha dalam blog. Kalau dia tahu, mesti kena ceramah punya. Confirm!


Beginilah akibatnya kalau kita berkawan ataupun bersedara dengan orang alim. Kita nak buat jahat pun rasa takut.  Bukan takut kat Allah swt je. Kat manusia sekali. Takut kena mengata dan takut kena marah.

Tapi si fasha neh dah hilang rasa takut. Rasa malu usah cakaplah. Dah lama pupus gamaknya. Takut pada Allah swt langsung tak wujud. Takut pada tohmahan manusia pun dah lenyap. Kalau kita maki dia, dia cakap dia dapat pahala. kah kah kah.. pompuan bodoh.


Dia fikir buat maksiat tue dapat pahala ke? Dia tak fikir perlakuan maksiat dia akan mendatangkan maki. Bukan dia takde buat apa2 kita terus maki. Tak. Pasal dia terang2 buat maksiat, kita maki lah sebab pemimpin kita pun tak peduli nak hukum dia. Dia dapat saham neraka, pemimpin pun dapat saham neraka.Takde yang terlepas. Dari bersubahat sampai bersahabat seme kena heret sekali. Heh.


Dan kepada peminat2 fasha bongek. Korang berhentilah minat artis bangang macam neh. Aku sebenarnya taktahu kenapa korang minat dia. Tetapi kalau minat dia semata2 kerana tubuh badan dia yang seksi tue aku cadang rentikanlah. Cuba bayangkan tubuh badan fasha tue ialah ular. Cepat. Bayangkan. Masih minat lagi tak? Itulah dia ular yang akan datang membelit kat kubur kita nanti.


Ular belit aku pasal aku mengumpat fasha. Ular belit korang pasal korang puja fasha. Mungkin ular aku kecil. Pasal sehebat2 aku mengata fasha pun, aku mengata atas perbuatan jahat dia. Daripada korang sehebat2 korang memuji fasha, korang memuja kemaksiatan dia. So apa citer?


Ameno : Main ular kena patuk whorr..

Ahad, 27 Mac 2011

Cara-cara nak bunuh anwar ibrahim.


Aku ikhlas nak share benda neh dengan orang yang ada niat untuk melenyapkan anwar ibrahim dari industri pempolitikan di malaysia. Berikut ada beberapa cara yang korang boleh fikirkan untuk memastikan anwar ibrahim hancur dan hilang terus daripada arena politik malaysia.

1. Dedahkan kandungan rakaman video seks yang membabitkan anwar ibrahim.

Sekarang orang tengah kecoh isu skandal video lucah anwar ibrahim. Ini isu yang sangat baik. Polis dah ada vcd yang dimaksudkan. Namun masih ramai rakyat malaysia tak mempercayai skandal zina yang membabitkan anwar ibrahim. Ini berlaku kerana sebelum ini kerajaan telah terbukti banyak kali memfitnah anwar ibrahim melalui kes liwat yang jelas bangang. 

Kes liwat I memang mengarut. Kes liwat II juga begitu. Apatah lagi pelakon yang di liwat kelihatan happy. Itu belum masuk apabila pelakon yang diliwat sempat berjumpa najib, rosmah dan ezam selepas dipercayai liwat. Itu belum masuk bukti pelakon liwat yang memuji dsai dalam blog dua hari sebelum diliwat [Untuk rekod, pelakon liwat cakap dia kena liwat sebanyak 9 kali dan kejadian liwat 28 jun ialah hari terakhir dia diliwat]. Itu pun belum masuk ketidaklogikkan pelakon liwat sanggup pakai seluar yang dihadiahkan oleh individu yang dia tuduh sebagai peliwat. Itupun belum masuk spender lembab yang diambil dari rumah bekas tunang pelakon yang diliwat. 

Pendek kata semakin lama mengarut skrip liwat neh. Dan semakin banyak pekung yang terbuka semakin terserlah kebangangan kerajaan apabila beria-ria mempertahankan kes liwat II tetapi mengabaikan kes rogol, kes bunuh, kes rompak dan pelbagai lagi kes jenayah yang lebih besar. Dan kebangangan kerajaan lebih terserlah apabila sanggup membela saiful yang diliwat namun masih happy, tetapi mengabaikan pula pelbagai penderitaan mangsa jenayah yang lain. Ada yang dibakar, ada yang dibunuh dengan zalim selepas dirogol, ada yang dibunuh dengan kejam tanpa sebab, ada yang hilang, ada yang didera dan macam-macam lagi jenayah. 

Tetapi dimanakah polis untuk mereka? Dan dimanakah badan kehakiman especially gani patail untuk membela mereka dan memastikan penjenayah yang melakukan perbuatan tersebut dihukum? Di mana? Adakah seluruh otak mereka tertumpu kepada kes liwat II? Heh.

Memandangkan kes liwat II sudah memasuki zaman "kerajaan cakap apapun kena booo" maka eloklah polis mendedahkan rakaman video seks yang membabitkan dsai. Isu nya simple. Kalau ahli parlimen boleh tengok, maka apa sebab rakyat tak boleh tengok? Kalau ahli parlimen disuruh tengok untuk memastikan perkara itu benar atau tidak, maka apa sebab rakyat tidak boleh menilai perkara tersebut pula? Kalau ahli parlimen pada hari ini menafikan itu adalah dsai, maka sampai bilakah penafian mereka akan bertahan? Bagaimana pula kalau 2,3 tahun akan datang tiba2 mereka tukar fikiran dan mengatakan pembuat zina dalam vcd tersebut adalah dsai pula?

Maka di sini saksi mata memainkan peranan yang penting. Kerajaan perlu mendedahkan kandungan video seks terbabit. Sebarang alasan tidak akan diterima. Selagi mereka menyorok kandungan rakaman tersebut selagi itu nama mereka akan terus busuk dan dikecam hebat oleh rakyat. Ini terjadi kerana bukan sekali dua mereka bermain fitnah. Bukan perkara baru mereka menfitnah dsai. Ianya satu fakta, sebab itu bila mereka mendedahkan bahawa dsai terlibat dalam skandal zina, manusia bodoh mana yang akan mempercayai kata-kata mereka?

Nah.. pendedahan skandal zina yang membabitkan dsai tidak menjatuhkan dsai. Sebaliknya menjatuhkan maruah kerajaan. Adakah kerajaan rela menerima makian rakyat? Kalau perkara [rakaman seks] itu benar, maka sila tayangkan kepada umum. Kerajaan dan polis nak takut apa? Umum berhak memilih dan menentukan pemimpin mereka. Kami mahu bukti. Aku tak percayakan polis. Aku tak percayakan badan kehakiman di malaysia. Ahli parlimen pun aku tak percaya. Aku hanya percayakan saksi mata aku. Untuk itu aku kena tonton sendiri.

Lagipun kerajaan tak berhak menghakimi moral anwar ibrahim. Ini kerana bila bercakap soal moral umno terpaksa memikirkan pelbagai moraliti umno yang buruk pula. Antaranya isu rahim tamby chik rogol budak bawah umur, video seks chua soi lek, badan kehakiman yang corrupted, campurtangan kerajaan dalam siasatan polis, rekod altantuya yang hilang dari  imigresen, penyelewengan pkfz, keruntuhan pelbagai bangunan termasuk stadium, makmal sekolah, bumbung parlimen dan keretakkan mrr2.
 
Itu belum masuk lagi kes adun yang bunuh diri ataupun ditemui mati dalam bilik hotel. Jangan dilupakan isu menteri umno yg terkait dengan skandal rogol amah ataupun gay. Kesemua di atas ada kaitan dengan moral. Samada rasuah, tidak amanah, menipu, berzina ataupun gayying semua cukup.

Oleh yang demikian,  hanya rakyat je yang berhak menilai video lucah dan anwar ibrahim. Umno dan kerajaan, jangan masuk campur. Heh.

2. Dedahkan 18 klip lucah yang membabitkan anwar ibrahim.

Ummi hafilda dalam satu kenyataan memberitahu bahawa dia tahu ada seseorang yang menyimpan 18 bukti klip lucah anwar ibrahim. Baca sini. Fuhh. Banyak tue bhai. 18 kliplucah. Bukan satu, bukan dua tapi ada lapan belas klip lucah. Ini hebat!

Ke mana ummi menghilang selama ini aku tak tahu. Mungkin juga anwar ibrahim kurung dia di sesuatu tempat. Tetapi aku tak peduli. Yang aku tertarik ialah 18 klip lucah. Lantaklah kalau korang nak kata aku gila video seks. Aku sikit pun tak heran. Yang aku heran bila ummi nak dedahkan klip seks terbabit. Mendedahkan klip seks terbabit akan menyebabkan dsai jatuh bertangga-tangga. Bukan satu tangga. Tapi bertangga-tangga. Bukan senang nak cipta konspirasi. Tapi kalau pemimpin sendiri yang mendedahkan kelemahan diri, mereka akan jatuh sendiri. Tak perlu bantuan konspirasi pun. Heh.

So disini kelebihan berpihak kepada umno + kerajaan. Ummi tahu siapa yang simpan benda tue. Apa yang perlu ummi buat ialah pergi minta salinan tersebut. Kalau individu terbabit enggan berkerjasama, maka biar polis yang rampas semua klip lucah terbabit. Polis, untuk menjatuhkan dsai, mereka memang cekap. Kita tak perlu ajar. Heh.

Selepas itu dedahkan klip lucah terbabit kepada umum. Tanpa perlu umno bersusah payah memecahkan kepala hotak menjatuhkan dsai, kerana ini jalan yang paling mudah untuk dsai undur diri.
3. Kurung anwar ibrahim dalam rumah / penjara.

Jika kerajaan tiada bukti bahawa dsai terlibat dalam skandal liwat dan zina [seperti di atas] memanglah sukar untuk kerajaan menyakinkan rakyat bahawa perkara di atas adalah benar. Sepertimana yang aku cakapkan tadi, rakyat bodoh mana yang akan mempercayai kerajaan tanpa bukti? Akhirnya kerajaan juga yang akan dikecam dan diherdik bertubi-tubi oleh rakyat marhaen.

Oleh itu, adalah lebih baik jika kerajaan bersikap gentlemen dan berani. Hentikan segala konspirasi dan tunjukkan aje sikap sebenar. Rakyat akan mengutuk pendirian kerajaan yang sangat plastik, tetapi mungkin akan ada rakyat yang hormat pada kerajaan yang melakukan tindakan secara terang-terangan.

Untuk itu, lebih baik tangkap dsai dan kenakan perintah berkurung dalam rumah. Pastikan dia tiada akses internet. Untuk lebih kejam, larang dia bertanding dengan mengubal ataupun mencipta undang2 yg merepek yang menyebelahi kerajaan. Kerajaan memang pakar dalam merepek melalui undang2. Perkara neh tak perlu di ajar lagi. Tengok sahaja akta ISA sebagai salah satu contoh. Kalau nak lagi boleh baca perjalanan kes aminulrashid. Ada pernah kerajaan bersalah? Tak pernah bhai. Sebab tue walaupun diherdik kerajaan tetap slumber tahan kartun zunar. Mereka tak pernah kesah apatah lagi peduli.

So kalau menahan anwar ibrahim atas sebab-sebab merepek sekalipun, not a big deal for them even for us [rakyat]. Kalau ada rakyat yang memberontak, gunakan sahaja polis dan fru untuk menghentam rakyat. Aku yakin ini kepakaran mereka. Malahan di iktirafkan diluar negara. Check dengan pdrm sendiri kalau tak percaya. Malaysia memiliki polis yang terbaik kerana bijak menanggani para pendemo. Heh.

Mengantung dsai masuk parlimen selama 6 bulan [kini tinggal lagi beberapa bulan je] belum cukup.Enam bulan bukan tempoh yang lama. Ianya sekejap. Pejam celik, pejam celik tahu-tahu je dah enam bulan. So takan lepas enam bulan kerajaan perlu perah otak untuk cipta konspirasi lain pula? Takan nak cipta konspirasi anwar ibrahim merogol maknyah? Mampos orang percaya. Buat bahan kena gelak je bhai. Konspirasi liwat I dan II dan zina I pun orang dah kutuk kerajaan macam-macam. Heh.

4. Bunuh anwar ibrahim.

Upah pembunuh upahan dan bunuh anwar ibrahim. Cari waktu yang sesuai untuk membunuh anwar ibrahim. Culik anwar ibrahim sebelum bunuh tak relevan. Takut nanti tertinggal bukti-bukti yang tidak sepatutnya. Perlu di ingat, bukan semua polis ialah pro kejahatan. Ada di antara mereka yang berkhidmat kerana Allah swt. Jika berkebetulan kes siasatan ini diterajui oleh polis yang amanah maka sang bakal pembunuh dsai akan bermasalah besar.

Oleh itu lakukan tindakan pembunuhan on the spot. Samada tembak sampai mati ataupun bom hingga hancur. Pilih dua. Mereka yang ada cita-cita untuk melupuskan anwar ibrahim memang berkelayakan untuk akses kepada dua medium ini. Apabila dsai mati kelak, mereka tak perlu pecah otak untuk cipta konspirasi.

Apa perlu mereka buat ialah buat-buat simpati dan cari jalan untuk tutup kes dengan cepat. Jangan risau, kematian ahli politik di malaysia bukan perkara baru. Belum terbukti lagi yang rakyat akan bangkit menentang. Kalau nak tahu, sila bunuh terlebih dahulu. Heh.

Ameno : Anwar ibrahim adalah alat bagi rakyat, bukan rakyat alat bagi anwar ibrahim.

Sabtu, 26 Mac 2011

Hot! Novandri ada bukti dsai berzina.

Berita neh dipetik dari utusan. Baca bawah ;





Nampaknya utusan online dah mula "berani" berbanding dua, tiga hari lepas berhubung isu skandal zina yang mengaitkan nama anwar ibrahim. Bagi aku ;

1. Novandri punya ulasan ada point. Memang ada point. Ada point kena gelak. Heh. Dia cakap dsai hilang dua jam. Dah tue dia tahu ke hotel tue kat mana? Kalau dsai bertolak dari sesuatu lokasi menuju ke hotel itu, mesti ada rakaman cctv. 

2. Takan dsai bodoh2 nak pergi main kat hotel cikai2? Mesti hotel yg ada tahap sekuriti baik punya. Dan hotel macam neh wajib bagi mereka ada cctv. so buktikan melalui cctv. 

3. Dua jam diperuntukkan untuk buat seks. Memang cam kelam kabut.  Namun dari apa yang aku baca menerusi komen2 di paper online, pemimpin pembangkang itu telah sedia menunggu di dalam bilik hotel terbabit. Faham tak? Ini bermaksud, 2 jam yg dsai hilang tue, mestilah termasuk dengan waktu dsai sedang menunggu. Senang citer macam neh;

- mesti ada perbuatan dsai sedang menunggu
- mesti ada perbuatan dsai sedang buka jam
- mesti ada perbuatan dsai sedang buka pintu utk sambut perempuan terbabit.
- mesti ada perbuatan dsai masuk bilik air dan mandi siap2.
- mesti ada perbuatan eskay sedang sibuk cari jam
- mesti ada perbuatan eskay jumpa cctv
- mesti ada perbuatan eskay keluar dari bilik hotel
- mesti ada perbuataan dsai sedang menunggu di lobi hotel sebab nak tunggu jam omega nya sampai.

Kena ada kronologi di atas. Dan kronologi ini cuma mesti fit2 2 jam je. Tahu? 2 jam je. Sebelum dan selepas dua jam dsai dah ada saksi. So boleh ke? dua jam ko gunakan untuk berlari pergi hotel dan berlari pergi ke tempat lain?Tapi apa pun neh cuma spekulasi logik akal aku je. Aku tetap nak tengok video lucah tue. Baca sini untuk tahu kenapa.

3. Jamil khir pula bercakap dia takmo ulas isu neh. Takpelah jamil. Aku faham. Mungkin dia ada kesulitan. Oleh itu aku minta dia jangan ulas apa2 juga perbuatan maksiat pada masa akan datang. Dan jangan juga sibuk mengutuk nik aziz. Yelah dia cakap setiap negeri berbeza undang2 nya. So jangan sibuk campurtangan undang2 tubuh negeri kelantan. Jangan menyalak isu terpilih je seperti sebelum neh. Start dari hari neh dia kena diam. Kalau tak jangan salahkan org awam kalau dia kena maki pasal cakap tak serupa bikin.

4. Umno serah pada kerajaan [umno] utk tentukan proses penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat skandal video seks. Tak kisahlah tue. Aku tak peduli umno nak tubuh apa pun. Cuma aku nak umno tayangkan rakaman video seks itu kepada umum untuk menghentikan segala cakap2 serong terhadap kerajaan. Itu je caranya. Lagi jimat. Tak payah tunggu masa dan tak payah buat apa2. Cuma bagi kami tonton video dan kami akan buat keputusan selepas itu.

5. Zaid cakap dia sendiri yg minta utk tgk rakaman video terbabit dari datuk t. Dan dia pun tiada keraguan tentang individu yg dimaksudkan. Dan dia cakap dia bukan tonton video lucah ttp dokumentari. Aku fikir statement dia tue aku leh pakai. Aku pun nak tengok gak dokumentari seks tue.  Kenapa pemimpin blh tgk dan blh nilai sedangkan rakyat tidak padahal rakyat yang pilih mereka bukan mereka yg pilih rakyat? Dan zaid juga akan turun jadi saksi untuk mengaitkan dsai sebagai pelaku seks dalam video terbabit.

Kesimpulan nya dari A sampai Z ahti aku tetap brkobar2 nak tgk video dokumentari seks tersebut. Aku tak peduli kalau korang nak kutuk aku macam2. Aku redha. Yang aku tahu aku mmg nak tgk video terbabit. Jujur.

Bukti twitter dsai di sini.

Ameno : Zaid cakap ianya dokumentari bukan video lucah. Tolong faham. Yang bercakap tue pengamal undang2 okeyh..

JMM yakin Nik Aziz sokong zina!

Jika sebelum neh ketua JMM membuat kenyataan bahawa nik aziz ialah sesat seperti ayah pin, baca sini. Kini JMM menerusi timbalan yang dipertua, omar salleh pula yakin yang nik aziz akan mempertahankan zina dan perlakuan maksiat. Cuma aku tak pasti seberapa banyak kenyakinan omar salleh neh.  Adakah sama banyak dengan 110% keyakinan zulkifli nordin bahawa anwar ibrahim adalah individu yang terlibat dalam perlakuan lucah dalam video seks?

Baca bawah ;


Dan ini pula kartun dalam utusan yang berkaitan dengan artikel di atas ;


Adakah sesiapa di antara kita menghalang suruhanjaya ditubuhkan? Aku rasa takde. Apa yang ditekankan ialah video terbabit bukan sahaja perlu tulen, pelaku zina juga harus dibuktikan adalah orang yang dituduh dan rakyat pula harus diberikan peluang untuk menonton dan menilai video terbabit. Polis boleh mengaburi beberapa adegan seks jika mereka mahu tetapi dalam masa yang sama, rakyat harus diberikan peluang untuk menilai sendiri. 

Bukan tak percaya siasatan diraja tetapi kes linggam dan teoh beng hock telah membuktikan bahawa suruhanjaya cuma boleh membicarakan kes bukan mengambil tindakan jauh sekali menjatuhkan hukuman. Jika anwar ibrahim terbukti melakukan zina, dia harus dihukum tanpa sebarang alasan.

Kesimpulan nya lebih baik paparkan sahaja video tersebut kepada umum.Biar kami tengok dan nilai sendiri. Buat apa susah-susah buka kes dan makan masa berbulan-bulan lamanya sedangkan jalan singkat untuk menjatuhkan anwar ialah "rakyat perlu melihat video itu sendiri". Melainkan ini satu lagi konspirasi untuk menjatuhkan pakatan rakyat.

Ameno : JMM neh berjuang utk melayu je ke?

Terbaru : Anwar Ibrahim di halang berceramah.



Aku tulis ringkas je enh. Berdasarkan info yang aku dapat dari twitter rafizi ramli ;
1. Ceramah menangkis fitnah umno / bn terhadap dsai yang diadakan di pusat khidmat rakyat, parlimen gombak, taman melawati mendapat beberapa ganguan sejak awal ceramah.

2. Rupanya pihak polis dan FRU dah siap2 tunggu kat lokasi ceramah.

3. Mereka cuba nak menhalang ceramah dengan memberikan beberapa alasan.

4. Namun setelah rundingan dengan azmin ali, akhirnya ceramah boleh diteruskan.

5. Pihak polis dan FRU masih berjaga di kawasan ceramah.

6. Ketika dsai sedang berucap, polis dan fru bertindak menghentikan ceramah tersebut atas alasan yang tidak diketahui.

7. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati penonton.

8. Terdapat laporan bahawa beberapa AMK ditahan.

9. Mungkin sebab mengangu tugas polis. [padahal polis yg gangu ceramah]

10. Ketika dsai dipaksa secara kasar utk turun dari pentas, jam belum menunjukkan 12 tengah malam, masih ada setengah jam lagi. So tak pastilah sebab sebenar kenapa ceramah dihentikan tiba2.

Haittt heran aku. Lantaklah dsai nak berceramah ke apa ke bukan keluar tv3 pun. BN dah kontrol semua media arus perdana, takan masih nak kecut perut dengan anwar ibrahim yang takde apa-apa kuasa. Aisehmenn tak gentleman betul lah!

Ketika aku check update twitter, jam belum pun pukul 12 tengahmalam.. tetapi dsai dihalang dan dipaksa turun dari pentas. Pelik!

Downloaod operamini for free now

Nota : dikemaskini dengan penambahan beberapa info. 

Ameno : Tugas polis dan fru apa? Halang berceramah ke tangkap penjenayah? Aku confused!

Jumaat, 25 Mac 2011

Pendedahan esklusif : Kenapa saya tengok video lucah..

Aku tahu ramai di antara korang tak setuju orang islam macam aku tonton video lucah. Tapi daripada korang maki hamun aku tak tentu pasal, kan lebih baik korang amek masa dan dengar dulu penjelasan aku? Lepas dah tahu, nak kondem, kondemlah. Kalau nak kondem tanpa amek tahu memang tak patut. Heh.

Aku pun bukan nak tonton sebarangan punya video lucah. Video yang aku nak tengok ini adalah video yang mengaitkan anwar ibrahim dengan wanita cina. Sebagai rakyat aku berhak tahu perangai pemimpin aku bagaimana. Aku berhak untuk membuat keputusan itu sebab pemimpin yang aku pilih akan mencorakkan masa hadapan negara aku. Aku takmo pemimpin yang berzina. Aku tak peduli jika dia islam atau bukan islam. Jika dia mengamalkan budaya seks bebas, maka aku takmo ada pemimpin macam neh. Pemimpin yang suka berseks akan merosakkan masyarakat. 

Katakanlah jika ada mana-mana syarikat ataupun individu yang tahu kelemahan pemimpin tertentu yang suka berseks bebas, bayangkan jika mereka nak kontrak ataupun tender kerajaan, mereka akan sediakan wanita baik punya untuk pemimpin berhibur semata-mata untuk dapatkan kontrak. Adakah jika pemimpin islam yang buat maka ia jadi salah dan jika pemimpin bukan islam yang buat maka ia lepas? Sudah tentu tidak. Apabila bercakap soal moral, ianya harus melibatkan islam dan bukan islam. Lainlah chua soi lek. Dia kan ada tiket cuci zina dari umno. Heh.. 



Aku tahu mesti ramai yang cakap tonton video lucah itu berdosa. Memang pun berdosa bhai. Tapi aku rasa sengsara selagi aku tak tengok sendiri bhai. Bagi aku apa yang boleh polis buat ialah ;

1. Sunting video tersebut agar bahagian-bahagian sulit tertutup. Lebih kurang macam kaburkanlah.

ATAU

2. Tunjukkan hanya muka pelaku seks, yang bahagian mereka membuat aksi dan etc ditutup.

ATAU

3. Gantikan video kepada klip gambar. 

Dan kemudian dedahkan ia kepada masyarakat. Jangan biarkan ia jadi tanda tanya. Aku pun tak faham kenapa hishamudin buat kenyataan menghalang orang ramai daripada mengatakan video itu palsu. Dia cakap video itu bukan video palsu. Tapi dia tak faham satu perkara. 

Aku bukan mempersoalkan ketulenan video. Walaupun polis dan tambi chik hanya highlightkan isu ketulenan. Katakanlah video tersebut tulen, adakah ini bermaksud sang pelaku seks tersebut adalah dsai? Sudah tentu ini akan mencetuskan lebih banyak spekulasi. Apatah lagi tujuan suruhanjaya diraja ditubuhkan adalah semata-mata nak menentukan ketulenan video tersebut. Sama macam kes vk.linggam. Hanya nak tentukan bahawa video itu tulen. Bila orang dah anggap video tersebut tulen, sudah tentulah persepsi umum automatik tercipta bahawa dsai adalah pesalah seks.

Disebabkan itulah aku mendesak agar video tersebut didedahkan kepada umum. Dsai dan seluruh ahli keluarga tak perlu rasa malu sebab dsai dah menafikan dia dalam video tersebut. Yang patut rasa malu ialah orang yang buat zina dan rakam kan pula dalam bentuk video.

Yang nak tengok pun bukan suka-suka. Bagi aku sendiri, aku ada sebab. Aku nak pastikan sesuatu. Kenapa mereka [pihak polis] hanya nak periksa ketulenan video tersebut je? Kenapa tak nak pastikan bahawa watak dalam video terbabit adalah orang sama dengan orang yang dituduh berzina?

Media termasuk malaysiakini pun bercakap tak konsisten mengenai isu ini, membuat aku lagi beria-ria nak tengok klip lucah tersebut ;

1. Ada media cakap 80% seperti dsai

2. Ada media cakap 90% seperti dsai

3. Ketika skandal video klip didedahkan, johari, chegu bard dan zaid dah tgk terlebih dahulu. Kenapa mereka tunggu masa tertentu utk buat pc? Apa sebenarnya yang kita taktahu lagi?

4. Ada media cakap watak dalam klip video lebih putih. 

5. Ada media cakap watak dalam klip video berperut lebih buncit.

6. Tetapi takde sesiapa yang bercakap bahawa muka pelakon dalam video terbabit tidak menyerupai dsai? Nampaknya takde. Sebab itulah point paling penting untuk kita fikirkan. 

Seiras mana sekalipun dia dengan dsai, tentu lah tak boleh nak menyerupai 100%. Kalau nak dibandingkan datuk eskay dengan dsai, aku tengok dsai lagi putih dari datuk eskay. Apatah lagi video version hitam putih. Macam mana kita nak tentukan kulit sebenarnya individu terbabit? 

Sebab itulah aku cakap, aku mesti tengok juga video lucah tue. Aku tak kisahlah korang nak cakap apa. Aku tetap nak tengok juga. Biar aku tengok dan biar aku analisis sendiri. Aku susah nak percaya cakap pemimpin, polis apatah lagi umno. Susah aku nak ulas berdasarkan pandangan orang. Macam video vk linggam, aku dah tgk dan aku puas ahti untuk mengatakan dia memang bersalah. 

Untuk isu neh selagi aku tak tengok sendiri, susah juga aku nak berhujah dengan cybertrooper umno. Bagi cybertroopers umno mereka tak perlu tengok pun. Tengok atau tak tengok pandangan mereka tak berubah. Mereka bukan suka bagi fakta. Tapi untuk golongan atas pagar dan anak muda, kita kena bagi fakta. Mereka takan dengar cakap aku "heyyy u percaya saya, dsai kena fitnah""Bullshitlah ko". Aku kena maki balik lagi ada. Golongan ini mencari fakta dan menilai sesuatu perkara berdasarkan akal. 

So, perlunya untuk aku dan rakyat [yang nak tengoklah] tonton video itu. Bercakap pasal dosa. Memang berdosa pun. Tapi aku nak amek risiko untuk berdosa itu. Aku kena amek. Selagi aku tak dapat tengok video lucah itu selagi itu hidup aku tertanya-tanya. 

Aku tahu tiada pemimpin yang maksum. Yang aku tak gemar ialah penyokong yang taksub. Aku terpaksa cakap. Mungkin ada di antara korang yakin 110% yang dsai tak bersalah. Tetapi aku lain. Aku letak 50%-50%. Kebarangkalian dia bersalah itu tetap ada. Sebab itu aku kena tengok video lucah itu. Video lucah itu akan menentukan pandangan sebenar aku. Negatif ataupun positif. 

Namun aku pegang pada satu prinsip. Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan dia bersalah. Namun dalam kes video lucah ini, sehebat mana pun umno bercakap mengenai kelucahan dsai, dan selama mana pun dsai akan masuk penjara angkara video lucah, aku tak peduli. Aku tak percayakan mereka.  Aku cuma nak tonton video tersebut. Keputusan hanya akan dibuat selepas video tersebut aku berjaya tonton. Simple. 

Ameno : Buka tv pun lagi lucah dari tengok klip lucah yang berdurasi 17 minit tue beb.

Terkini : Zaid sahkan pemimpin pembangkang dalam video seks!

Hebat! Semalam zaid taknak bagi pandangan mengenai video terbabit, sila lihat sini. Tetapi hari neh tiba-tiba dia tukar status pandangan dia terhadap video skandal seks pula. Takpe, mari teliti pandangan dia ;


Zaid cakap dia tiada keraguan bahawa ;

1. Video itu tulen
2. Pemimpin yang dikaitkan dengan isu skandal video seks adalah individu tersebut.

Perghhh.. ada yang nafikan. Ada yang percaya. Biar betik? Dan terbaru hishammudin siap bagi warning. Kita tak boleh cakap video itu palsu kerana ia satu kesalahan. Baca bawah ;


Sekarang korang kenalah berhenti mengatakan video tersebut palsu. Aku memang tak pernah kata ia palsu. Aku cuma selalu kata yang aku nak tengok video tue. Aku cakap terus terang. Dan dalam paper berita harian pula si ezam neh dah bagi warning kat anwar ibrahim. Baca bawah ;


Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Nor meminta pihak berkuasa merampas pasport antarabangsa Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menghalang ketua pembangkang itu daripada terus memburuk-burukkan nama Malaysia di luar negara. 

“Saya mohon pihak berkuasa merampas pasport antarabangsa Anwar dengan kadar segera. Dia (Anwar) akan terus berusaha untuk menghancurkan politik dan ekonomi negara.

 “Ini bagi mengelakkan Anwar daripada terus menjaja kes liwat yang sedang dihadapinya itu di luar negara serta memburuk-burukkan nama Malaysia," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada BERNAMA di sini, semalam.

 Ezam berkata, sebagai individu yang lama mengenali Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, beliau sama sekali tidak akan percaya terhadap Anwar walaupun bekas ketuanya itu bersumpah menggunakan al-Quran. 

“Saya yakin Anwar akan bersumpah jika dia diletak di dalam suatu suasana terdesak dan jika dia sudah tidak ada jalan keluar (berhubung dakwaan yang dihadapinya),” katanya. 

Selain berdepan dengan kes liwat membabitkan bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan, Anwar juga berhadapan dengan isu terbaru apabila dikaitkan dengan video aksi seks dengan seorang wanita. 

Anwar menafikan penglibatannya dalam kes video seks itu.

Wow! Dasat! Kalaupun anwar bersumpah guna Alquran pun dia tak percaya. Sebab apa? Mungkin dia pun dah yakin kot yang pelaku seks dalam video terbabit adalah anwar juga. Erkk jangan-jangan dia pun dah menonton tak?

Dalam pada itu, najib bagitau sendiri yang saham bumiputera cuma tinggal rm2b daripada rm54b yang diperuntukkan oleh kerajaan. Sapa pegang malaysia selama 54 tahun? Anwar ibrahim? Lim guan eng? Nik aziz? Lue fikir sendiri. Baca bawah ;


Ameno : Saham tersebut diperuntukkan oleh kerajaan. Kerajaan patut ada data untuk menjelaskan kenapa perkara di atas boleh berlaku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...