Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 27 Mac 2011

Cara-cara nak bunuh anwar ibrahim.


Aku ikhlas nak share benda neh dengan orang yang ada niat untuk melenyapkan anwar ibrahim dari industri pempolitikan di malaysia. Berikut ada beberapa cara yang korang boleh fikirkan untuk memastikan anwar ibrahim hancur dan hilang terus daripada arena politik malaysia.

1. Dedahkan kandungan rakaman video seks yang membabitkan anwar ibrahim.

Sekarang orang tengah kecoh isu skandal video lucah anwar ibrahim. Ini isu yang sangat baik. Polis dah ada vcd yang dimaksudkan. Namun masih ramai rakyat malaysia tak mempercayai skandal zina yang membabitkan anwar ibrahim. Ini berlaku kerana sebelum ini kerajaan telah terbukti banyak kali memfitnah anwar ibrahim melalui kes liwat yang jelas bangang. 

Kes liwat I memang mengarut. Kes liwat II juga begitu. Apatah lagi pelakon yang di liwat kelihatan happy. Itu belum masuk apabila pelakon yang diliwat sempat berjumpa najib, rosmah dan ezam selepas dipercayai liwat. Itu belum masuk bukti pelakon liwat yang memuji dsai dalam blog dua hari sebelum diliwat [Untuk rekod, pelakon liwat cakap dia kena liwat sebanyak 9 kali dan kejadian liwat 28 jun ialah hari terakhir dia diliwat]. Itu pun belum masuk ketidaklogikkan pelakon liwat sanggup pakai seluar yang dihadiahkan oleh individu yang dia tuduh sebagai peliwat. Itupun belum masuk spender lembab yang diambil dari rumah bekas tunang pelakon yang diliwat. 

Pendek kata semakin lama mengarut skrip liwat neh. Dan semakin banyak pekung yang terbuka semakin terserlah kebangangan kerajaan apabila beria-ria mempertahankan kes liwat II tetapi mengabaikan kes rogol, kes bunuh, kes rompak dan pelbagai lagi kes jenayah yang lebih besar. Dan kebangangan kerajaan lebih terserlah apabila sanggup membela saiful yang diliwat namun masih happy, tetapi mengabaikan pula pelbagai penderitaan mangsa jenayah yang lain. Ada yang dibakar, ada yang dibunuh dengan zalim selepas dirogol, ada yang dibunuh dengan kejam tanpa sebab, ada yang hilang, ada yang didera dan macam-macam lagi jenayah. 

Tetapi dimanakah polis untuk mereka? Dan dimanakah badan kehakiman especially gani patail untuk membela mereka dan memastikan penjenayah yang melakukan perbuatan tersebut dihukum? Di mana? Adakah seluruh otak mereka tertumpu kepada kes liwat II? Heh.

Memandangkan kes liwat II sudah memasuki zaman "kerajaan cakap apapun kena booo" maka eloklah polis mendedahkan rakaman video seks yang membabitkan dsai. Isu nya simple. Kalau ahli parlimen boleh tengok, maka apa sebab rakyat tak boleh tengok? Kalau ahli parlimen disuruh tengok untuk memastikan perkara itu benar atau tidak, maka apa sebab rakyat tidak boleh menilai perkara tersebut pula? Kalau ahli parlimen pada hari ini menafikan itu adalah dsai, maka sampai bilakah penafian mereka akan bertahan? Bagaimana pula kalau 2,3 tahun akan datang tiba2 mereka tukar fikiran dan mengatakan pembuat zina dalam vcd tersebut adalah dsai pula?

Maka di sini saksi mata memainkan peranan yang penting. Kerajaan perlu mendedahkan kandungan video seks terbabit. Sebarang alasan tidak akan diterima. Selagi mereka menyorok kandungan rakaman tersebut selagi itu nama mereka akan terus busuk dan dikecam hebat oleh rakyat. Ini terjadi kerana bukan sekali dua mereka bermain fitnah. Bukan perkara baru mereka menfitnah dsai. Ianya satu fakta, sebab itu bila mereka mendedahkan bahawa dsai terlibat dalam skandal zina, manusia bodoh mana yang akan mempercayai kata-kata mereka?

Nah.. pendedahan skandal zina yang membabitkan dsai tidak menjatuhkan dsai. Sebaliknya menjatuhkan maruah kerajaan. Adakah kerajaan rela menerima makian rakyat? Kalau perkara [rakaman seks] itu benar, maka sila tayangkan kepada umum. Kerajaan dan polis nak takut apa? Umum berhak memilih dan menentukan pemimpin mereka. Kami mahu bukti. Aku tak percayakan polis. Aku tak percayakan badan kehakiman di malaysia. Ahli parlimen pun aku tak percaya. Aku hanya percayakan saksi mata aku. Untuk itu aku kena tonton sendiri.

Lagipun kerajaan tak berhak menghakimi moral anwar ibrahim. Ini kerana bila bercakap soal moral umno terpaksa memikirkan pelbagai moraliti umno yang buruk pula. Antaranya isu rahim tamby chik rogol budak bawah umur, video seks chua soi lek, badan kehakiman yang corrupted, campurtangan kerajaan dalam siasatan polis, rekod altantuya yang hilang dari  imigresen, penyelewengan pkfz, keruntuhan pelbagai bangunan termasuk stadium, makmal sekolah, bumbung parlimen dan keretakkan mrr2.
 
Itu belum masuk lagi kes adun yang bunuh diri ataupun ditemui mati dalam bilik hotel. Jangan dilupakan isu menteri umno yg terkait dengan skandal rogol amah ataupun gay. Kesemua di atas ada kaitan dengan moral. Samada rasuah, tidak amanah, menipu, berzina ataupun gayying semua cukup.

Oleh yang demikian,  hanya rakyat je yang berhak menilai video lucah dan anwar ibrahim. Umno dan kerajaan, jangan masuk campur. Heh.

2. Dedahkan 18 klip lucah yang membabitkan anwar ibrahim.

Ummi hafilda dalam satu kenyataan memberitahu bahawa dia tahu ada seseorang yang menyimpan 18 bukti klip lucah anwar ibrahim. Baca sini. Fuhh. Banyak tue bhai. 18 kliplucah. Bukan satu, bukan dua tapi ada lapan belas klip lucah. Ini hebat!

Ke mana ummi menghilang selama ini aku tak tahu. Mungkin juga anwar ibrahim kurung dia di sesuatu tempat. Tetapi aku tak peduli. Yang aku tertarik ialah 18 klip lucah. Lantaklah kalau korang nak kata aku gila video seks. Aku sikit pun tak heran. Yang aku heran bila ummi nak dedahkan klip seks terbabit. Mendedahkan klip seks terbabit akan menyebabkan dsai jatuh bertangga-tangga. Bukan satu tangga. Tapi bertangga-tangga. Bukan senang nak cipta konspirasi. Tapi kalau pemimpin sendiri yang mendedahkan kelemahan diri, mereka akan jatuh sendiri. Tak perlu bantuan konspirasi pun. Heh.

So disini kelebihan berpihak kepada umno + kerajaan. Ummi tahu siapa yang simpan benda tue. Apa yang perlu ummi buat ialah pergi minta salinan tersebut. Kalau individu terbabit enggan berkerjasama, maka biar polis yang rampas semua klip lucah terbabit. Polis, untuk menjatuhkan dsai, mereka memang cekap. Kita tak perlu ajar. Heh.

Selepas itu dedahkan klip lucah terbabit kepada umum. Tanpa perlu umno bersusah payah memecahkan kepala hotak menjatuhkan dsai, kerana ini jalan yang paling mudah untuk dsai undur diri.
3. Kurung anwar ibrahim dalam rumah / penjara.

Jika kerajaan tiada bukti bahawa dsai terlibat dalam skandal liwat dan zina [seperti di atas] memanglah sukar untuk kerajaan menyakinkan rakyat bahawa perkara di atas adalah benar. Sepertimana yang aku cakapkan tadi, rakyat bodoh mana yang akan mempercayai kerajaan tanpa bukti? Akhirnya kerajaan juga yang akan dikecam dan diherdik bertubi-tubi oleh rakyat marhaen.

Oleh itu, adalah lebih baik jika kerajaan bersikap gentlemen dan berani. Hentikan segala konspirasi dan tunjukkan aje sikap sebenar. Rakyat akan mengutuk pendirian kerajaan yang sangat plastik, tetapi mungkin akan ada rakyat yang hormat pada kerajaan yang melakukan tindakan secara terang-terangan.

Untuk itu, lebih baik tangkap dsai dan kenakan perintah berkurung dalam rumah. Pastikan dia tiada akses internet. Untuk lebih kejam, larang dia bertanding dengan mengubal ataupun mencipta undang2 yg merepek yang menyebelahi kerajaan. Kerajaan memang pakar dalam merepek melalui undang2. Perkara neh tak perlu di ajar lagi. Tengok sahaja akta ISA sebagai salah satu contoh. Kalau nak lagi boleh baca perjalanan kes aminulrashid. Ada pernah kerajaan bersalah? Tak pernah bhai. Sebab tue walaupun diherdik kerajaan tetap slumber tahan kartun zunar. Mereka tak pernah kesah apatah lagi peduli.

So kalau menahan anwar ibrahim atas sebab-sebab merepek sekalipun, not a big deal for them even for us [rakyat]. Kalau ada rakyat yang memberontak, gunakan sahaja polis dan fru untuk menghentam rakyat. Aku yakin ini kepakaran mereka. Malahan di iktirafkan diluar negara. Check dengan pdrm sendiri kalau tak percaya. Malaysia memiliki polis yang terbaik kerana bijak menanggani para pendemo. Heh.

Mengantung dsai masuk parlimen selama 6 bulan [kini tinggal lagi beberapa bulan je] belum cukup.Enam bulan bukan tempoh yang lama. Ianya sekejap. Pejam celik, pejam celik tahu-tahu je dah enam bulan. So takan lepas enam bulan kerajaan perlu perah otak untuk cipta konspirasi lain pula? Takan nak cipta konspirasi anwar ibrahim merogol maknyah? Mampos orang percaya. Buat bahan kena gelak je bhai. Konspirasi liwat I dan II dan zina I pun orang dah kutuk kerajaan macam-macam. Heh.

4. Bunuh anwar ibrahim.

Upah pembunuh upahan dan bunuh anwar ibrahim. Cari waktu yang sesuai untuk membunuh anwar ibrahim. Culik anwar ibrahim sebelum bunuh tak relevan. Takut nanti tertinggal bukti-bukti yang tidak sepatutnya. Perlu di ingat, bukan semua polis ialah pro kejahatan. Ada di antara mereka yang berkhidmat kerana Allah swt. Jika berkebetulan kes siasatan ini diterajui oleh polis yang amanah maka sang bakal pembunuh dsai akan bermasalah besar.

Oleh itu lakukan tindakan pembunuhan on the spot. Samada tembak sampai mati ataupun bom hingga hancur. Pilih dua. Mereka yang ada cita-cita untuk melupuskan anwar ibrahim memang berkelayakan untuk akses kepada dua medium ini. Apabila dsai mati kelak, mereka tak perlu pecah otak untuk cipta konspirasi.

Apa perlu mereka buat ialah buat-buat simpati dan cari jalan untuk tutup kes dengan cepat. Jangan risau, kematian ahli politik di malaysia bukan perkara baru. Belum terbukti lagi yang rakyat akan bangkit menentang. Kalau nak tahu, sila bunuh terlebih dahulu. Heh.

Ameno : Anwar ibrahim adalah alat bagi rakyat, bukan rakyat alat bagi anwar ibrahim.

Sabtu, 26 Mac 2011

Hot! Novandri ada bukti dsai berzina.

Berita neh dipetik dari utusan. Baca bawah ;





Nampaknya utusan online dah mula "berani" berbanding dua, tiga hari lepas berhubung isu skandal zina yang mengaitkan nama anwar ibrahim. Bagi aku ;

1. Novandri punya ulasan ada point. Memang ada point. Ada point kena gelak. Heh. Dia cakap dsai hilang dua jam. Dah tue dia tahu ke hotel tue kat mana? Kalau dsai bertolak dari sesuatu lokasi menuju ke hotel itu, mesti ada rakaman cctv. 

2. Takan dsai bodoh2 nak pergi main kat hotel cikai2? Mesti hotel yg ada tahap sekuriti baik punya. Dan hotel macam neh wajib bagi mereka ada cctv. so buktikan melalui cctv. 

3. Dua jam diperuntukkan untuk buat seks. Memang cam kelam kabut.  Namun dari apa yang aku baca menerusi komen2 di paper online, pemimpin pembangkang itu telah sedia menunggu di dalam bilik hotel terbabit. Faham tak? Ini bermaksud, 2 jam yg dsai hilang tue, mestilah termasuk dengan waktu dsai sedang menunggu. Senang citer macam neh;

- mesti ada perbuatan dsai sedang menunggu
- mesti ada perbuatan dsai sedang buka jam
- mesti ada perbuatan dsai sedang buka pintu utk sambut perempuan terbabit.
- mesti ada perbuatan dsai masuk bilik air dan mandi siap2.
- mesti ada perbuatan eskay sedang sibuk cari jam
- mesti ada perbuatan eskay jumpa cctv
- mesti ada perbuatan eskay keluar dari bilik hotel
- mesti ada perbuataan dsai sedang menunggu di lobi hotel sebab nak tunggu jam omega nya sampai.

Kena ada kronologi di atas. Dan kronologi ini cuma mesti fit2 2 jam je. Tahu? 2 jam je. Sebelum dan selepas dua jam dsai dah ada saksi. So boleh ke? dua jam ko gunakan untuk berlari pergi hotel dan berlari pergi ke tempat lain?Tapi apa pun neh cuma spekulasi logik akal aku je. Aku tetap nak tengok video lucah tue. Baca sini untuk tahu kenapa.

3. Jamil khir pula bercakap dia takmo ulas isu neh. Takpelah jamil. Aku faham. Mungkin dia ada kesulitan. Oleh itu aku minta dia jangan ulas apa2 juga perbuatan maksiat pada masa akan datang. Dan jangan juga sibuk mengutuk nik aziz. Yelah dia cakap setiap negeri berbeza undang2 nya. So jangan sibuk campurtangan undang2 tubuh negeri kelantan. Jangan menyalak isu terpilih je seperti sebelum neh. Start dari hari neh dia kena diam. Kalau tak jangan salahkan org awam kalau dia kena maki pasal cakap tak serupa bikin.

4. Umno serah pada kerajaan [umno] utk tentukan proses penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat skandal video seks. Tak kisahlah tue. Aku tak peduli umno nak tubuh apa pun. Cuma aku nak umno tayangkan rakaman video seks itu kepada umum untuk menghentikan segala cakap2 serong terhadap kerajaan. Itu je caranya. Lagi jimat. Tak payah tunggu masa dan tak payah buat apa2. Cuma bagi kami tonton video dan kami akan buat keputusan selepas itu.

5. Zaid cakap dia sendiri yg minta utk tgk rakaman video terbabit dari datuk t. Dan dia pun tiada keraguan tentang individu yg dimaksudkan. Dan dia cakap dia bukan tonton video lucah ttp dokumentari. Aku fikir statement dia tue aku leh pakai. Aku pun nak tengok gak dokumentari seks tue.  Kenapa pemimpin blh tgk dan blh nilai sedangkan rakyat tidak padahal rakyat yang pilih mereka bukan mereka yg pilih rakyat? Dan zaid juga akan turun jadi saksi untuk mengaitkan dsai sebagai pelaku seks dalam video terbabit.

Kesimpulan nya dari A sampai Z ahti aku tetap brkobar2 nak tgk video dokumentari seks tersebut. Aku tak peduli kalau korang nak kutuk aku macam2. Aku redha. Yang aku tahu aku mmg nak tgk video terbabit. Jujur.

Bukti twitter dsai di sini.

Ameno : Zaid cakap ianya dokumentari bukan video lucah. Tolong faham. Yang bercakap tue pengamal undang2 okeyh..

JMM yakin Nik Aziz sokong zina!

Jika sebelum neh ketua JMM membuat kenyataan bahawa nik aziz ialah sesat seperti ayah pin, baca sini. Kini JMM menerusi timbalan yang dipertua, omar salleh pula yakin yang nik aziz akan mempertahankan zina dan perlakuan maksiat. Cuma aku tak pasti seberapa banyak kenyakinan omar salleh neh.  Adakah sama banyak dengan 110% keyakinan zulkifli nordin bahawa anwar ibrahim adalah individu yang terlibat dalam perlakuan lucah dalam video seks?

Baca bawah ;


Dan ini pula kartun dalam utusan yang berkaitan dengan artikel di atas ;


Adakah sesiapa di antara kita menghalang suruhanjaya ditubuhkan? Aku rasa takde. Apa yang ditekankan ialah video terbabit bukan sahaja perlu tulen, pelaku zina juga harus dibuktikan adalah orang yang dituduh dan rakyat pula harus diberikan peluang untuk menonton dan menilai video terbabit. Polis boleh mengaburi beberapa adegan seks jika mereka mahu tetapi dalam masa yang sama, rakyat harus diberikan peluang untuk menilai sendiri. 

Bukan tak percaya siasatan diraja tetapi kes linggam dan teoh beng hock telah membuktikan bahawa suruhanjaya cuma boleh membicarakan kes bukan mengambil tindakan jauh sekali menjatuhkan hukuman. Jika anwar ibrahim terbukti melakukan zina, dia harus dihukum tanpa sebarang alasan.

Kesimpulan nya lebih baik paparkan sahaja video tersebut kepada umum.Biar kami tengok dan nilai sendiri. Buat apa susah-susah buka kes dan makan masa berbulan-bulan lamanya sedangkan jalan singkat untuk menjatuhkan anwar ialah "rakyat perlu melihat video itu sendiri". Melainkan ini satu lagi konspirasi untuk menjatuhkan pakatan rakyat.

Ameno : JMM neh berjuang utk melayu je ke?

Terbaru : Anwar Ibrahim di halang berceramah.



Aku tulis ringkas je enh. Berdasarkan info yang aku dapat dari twitter rafizi ramli ;
1. Ceramah menangkis fitnah umno / bn terhadap dsai yang diadakan di pusat khidmat rakyat, parlimen gombak, taman melawati mendapat beberapa ganguan sejak awal ceramah.

2. Rupanya pihak polis dan FRU dah siap2 tunggu kat lokasi ceramah.

3. Mereka cuba nak menhalang ceramah dengan memberikan beberapa alasan.

4. Namun setelah rundingan dengan azmin ali, akhirnya ceramah boleh diteruskan.

5. Pihak polis dan FRU masih berjaga di kawasan ceramah.

6. Ketika dsai sedang berucap, polis dan fru bertindak menghentikan ceramah tersebut atas alasan yang tidak diketahui.

7. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati penonton.

8. Terdapat laporan bahawa beberapa AMK ditahan.

9. Mungkin sebab mengangu tugas polis. [padahal polis yg gangu ceramah]

10. Ketika dsai dipaksa secara kasar utk turun dari pentas, jam belum menunjukkan 12 tengah malam, masih ada setengah jam lagi. So tak pastilah sebab sebenar kenapa ceramah dihentikan tiba2.

Haittt heran aku. Lantaklah dsai nak berceramah ke apa ke bukan keluar tv3 pun. BN dah kontrol semua media arus perdana, takan masih nak kecut perut dengan anwar ibrahim yang takde apa-apa kuasa. Aisehmenn tak gentleman betul lah!

Ketika aku check update twitter, jam belum pun pukul 12 tengahmalam.. tetapi dsai dihalang dan dipaksa turun dari pentas. Pelik!

Downloaod operamini for free now

Nota : dikemaskini dengan penambahan beberapa info. 

Ameno : Tugas polis dan fru apa? Halang berceramah ke tangkap penjenayah? Aku confused!

Jumaat, 25 Mac 2011

Pendedahan esklusif : Kenapa saya tengok video lucah..

Aku tahu ramai di antara korang tak setuju orang islam macam aku tonton video lucah. Tapi daripada korang maki hamun aku tak tentu pasal, kan lebih baik korang amek masa dan dengar dulu penjelasan aku? Lepas dah tahu, nak kondem, kondemlah. Kalau nak kondem tanpa amek tahu memang tak patut. Heh.

Aku pun bukan nak tonton sebarangan punya video lucah. Video yang aku nak tengok ini adalah video yang mengaitkan anwar ibrahim dengan wanita cina. Sebagai rakyat aku berhak tahu perangai pemimpin aku bagaimana. Aku berhak untuk membuat keputusan itu sebab pemimpin yang aku pilih akan mencorakkan masa hadapan negara aku. Aku takmo pemimpin yang berzina. Aku tak peduli jika dia islam atau bukan islam. Jika dia mengamalkan budaya seks bebas, maka aku takmo ada pemimpin macam neh. Pemimpin yang suka berseks akan merosakkan masyarakat. 

Katakanlah jika ada mana-mana syarikat ataupun individu yang tahu kelemahan pemimpin tertentu yang suka berseks bebas, bayangkan jika mereka nak kontrak ataupun tender kerajaan, mereka akan sediakan wanita baik punya untuk pemimpin berhibur semata-mata untuk dapatkan kontrak. Adakah jika pemimpin islam yang buat maka ia jadi salah dan jika pemimpin bukan islam yang buat maka ia lepas? Sudah tentu tidak. Apabila bercakap soal moral, ianya harus melibatkan islam dan bukan islam. Lainlah chua soi lek. Dia kan ada tiket cuci zina dari umno. Heh.. 



Aku tahu mesti ramai yang cakap tonton video lucah itu berdosa. Memang pun berdosa bhai. Tapi aku rasa sengsara selagi aku tak tengok sendiri bhai. Bagi aku apa yang boleh polis buat ialah ;

1. Sunting video tersebut agar bahagian-bahagian sulit tertutup. Lebih kurang macam kaburkanlah.

ATAU

2. Tunjukkan hanya muka pelaku seks, yang bahagian mereka membuat aksi dan etc ditutup.

ATAU

3. Gantikan video kepada klip gambar. 

Dan kemudian dedahkan ia kepada masyarakat. Jangan biarkan ia jadi tanda tanya. Aku pun tak faham kenapa hishamudin buat kenyataan menghalang orang ramai daripada mengatakan video itu palsu. Dia cakap video itu bukan video palsu. Tapi dia tak faham satu perkara. 

Aku bukan mempersoalkan ketulenan video. Walaupun polis dan tambi chik hanya highlightkan isu ketulenan. Katakanlah video tersebut tulen, adakah ini bermaksud sang pelaku seks tersebut adalah dsai? Sudah tentu ini akan mencetuskan lebih banyak spekulasi. Apatah lagi tujuan suruhanjaya diraja ditubuhkan adalah semata-mata nak menentukan ketulenan video tersebut. Sama macam kes vk.linggam. Hanya nak tentukan bahawa video itu tulen. Bila orang dah anggap video tersebut tulen, sudah tentulah persepsi umum automatik tercipta bahawa dsai adalah pesalah seks.

Disebabkan itulah aku mendesak agar video tersebut didedahkan kepada umum. Dsai dan seluruh ahli keluarga tak perlu rasa malu sebab dsai dah menafikan dia dalam video tersebut. Yang patut rasa malu ialah orang yang buat zina dan rakam kan pula dalam bentuk video.

Yang nak tengok pun bukan suka-suka. Bagi aku sendiri, aku ada sebab. Aku nak pastikan sesuatu. Kenapa mereka [pihak polis] hanya nak periksa ketulenan video tersebut je? Kenapa tak nak pastikan bahawa watak dalam video terbabit adalah orang sama dengan orang yang dituduh berzina?

Media termasuk malaysiakini pun bercakap tak konsisten mengenai isu ini, membuat aku lagi beria-ria nak tengok klip lucah tersebut ;

1. Ada media cakap 80% seperti dsai

2. Ada media cakap 90% seperti dsai

3. Ketika skandal video klip didedahkan, johari, chegu bard dan zaid dah tgk terlebih dahulu. Kenapa mereka tunggu masa tertentu utk buat pc? Apa sebenarnya yang kita taktahu lagi?

4. Ada media cakap watak dalam klip video lebih putih. 

5. Ada media cakap watak dalam klip video berperut lebih buncit.

6. Tetapi takde sesiapa yang bercakap bahawa muka pelakon dalam video terbabit tidak menyerupai dsai? Nampaknya takde. Sebab itulah point paling penting untuk kita fikirkan. 

Seiras mana sekalipun dia dengan dsai, tentu lah tak boleh nak menyerupai 100%. Kalau nak dibandingkan datuk eskay dengan dsai, aku tengok dsai lagi putih dari datuk eskay. Apatah lagi video version hitam putih. Macam mana kita nak tentukan kulit sebenarnya individu terbabit? 

Sebab itulah aku cakap, aku mesti tengok juga video lucah tue. Aku tak kisahlah korang nak cakap apa. Aku tetap nak tengok juga. Biar aku tengok dan biar aku analisis sendiri. Aku susah nak percaya cakap pemimpin, polis apatah lagi umno. Susah aku nak ulas berdasarkan pandangan orang. Macam video vk linggam, aku dah tgk dan aku puas ahti untuk mengatakan dia memang bersalah. 

Untuk isu neh selagi aku tak tengok sendiri, susah juga aku nak berhujah dengan cybertrooper umno. Bagi cybertroopers umno mereka tak perlu tengok pun. Tengok atau tak tengok pandangan mereka tak berubah. Mereka bukan suka bagi fakta. Tapi untuk golongan atas pagar dan anak muda, kita kena bagi fakta. Mereka takan dengar cakap aku "heyyy u percaya saya, dsai kena fitnah""Bullshitlah ko". Aku kena maki balik lagi ada. Golongan ini mencari fakta dan menilai sesuatu perkara berdasarkan akal. 

So, perlunya untuk aku dan rakyat [yang nak tengoklah] tonton video itu. Bercakap pasal dosa. Memang berdosa pun. Tapi aku nak amek risiko untuk berdosa itu. Aku kena amek. Selagi aku tak dapat tengok video lucah itu selagi itu hidup aku tertanya-tanya. 

Aku tahu tiada pemimpin yang maksum. Yang aku tak gemar ialah penyokong yang taksub. Aku terpaksa cakap. Mungkin ada di antara korang yakin 110% yang dsai tak bersalah. Tetapi aku lain. Aku letak 50%-50%. Kebarangkalian dia bersalah itu tetap ada. Sebab itu aku kena tengok video lucah itu. Video lucah itu akan menentukan pandangan sebenar aku. Negatif ataupun positif. 

Namun aku pegang pada satu prinsip. Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan dia bersalah. Namun dalam kes video lucah ini, sehebat mana pun umno bercakap mengenai kelucahan dsai, dan selama mana pun dsai akan masuk penjara angkara video lucah, aku tak peduli. Aku tak percayakan mereka.  Aku cuma nak tonton video tersebut. Keputusan hanya akan dibuat selepas video tersebut aku berjaya tonton. Simple. 

Ameno : Buka tv pun lagi lucah dari tengok klip lucah yang berdurasi 17 minit tue beb.

Terkini : Zaid sahkan pemimpin pembangkang dalam video seks!

Hebat! Semalam zaid taknak bagi pandangan mengenai video terbabit, sila lihat sini. Tetapi hari neh tiba-tiba dia tukar status pandangan dia terhadap video skandal seks pula. Takpe, mari teliti pandangan dia ;


Zaid cakap dia tiada keraguan bahawa ;

1. Video itu tulen
2. Pemimpin yang dikaitkan dengan isu skandal video seks adalah individu tersebut.

Perghhh.. ada yang nafikan. Ada yang percaya. Biar betik? Dan terbaru hishammudin siap bagi warning. Kita tak boleh cakap video itu palsu kerana ia satu kesalahan. Baca bawah ;


Sekarang korang kenalah berhenti mengatakan video tersebut palsu. Aku memang tak pernah kata ia palsu. Aku cuma selalu kata yang aku nak tengok video tue. Aku cakap terus terang. Dan dalam paper berita harian pula si ezam neh dah bagi warning kat anwar ibrahim. Baca bawah ;


Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Nor meminta pihak berkuasa merampas pasport antarabangsa Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menghalang ketua pembangkang itu daripada terus memburuk-burukkan nama Malaysia di luar negara. 

“Saya mohon pihak berkuasa merampas pasport antarabangsa Anwar dengan kadar segera. Dia (Anwar) akan terus berusaha untuk menghancurkan politik dan ekonomi negara.

 “Ini bagi mengelakkan Anwar daripada terus menjaja kes liwat yang sedang dihadapinya itu di luar negara serta memburuk-burukkan nama Malaysia," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada BERNAMA di sini, semalam.

 Ezam berkata, sebagai individu yang lama mengenali Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, beliau sama sekali tidak akan percaya terhadap Anwar walaupun bekas ketuanya itu bersumpah menggunakan al-Quran. 

“Saya yakin Anwar akan bersumpah jika dia diletak di dalam suatu suasana terdesak dan jika dia sudah tidak ada jalan keluar (berhubung dakwaan yang dihadapinya),” katanya. 

Selain berdepan dengan kes liwat membabitkan bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan, Anwar juga berhadapan dengan isu terbaru apabila dikaitkan dengan video aksi seks dengan seorang wanita. 

Anwar menafikan penglibatannya dalam kes video seks itu.

Wow! Dasat! Kalaupun anwar bersumpah guna Alquran pun dia tak percaya. Sebab apa? Mungkin dia pun dah yakin kot yang pelaku seks dalam video terbabit adalah anwar juga. Erkk jangan-jangan dia pun dah menonton tak?

Dalam pada itu, najib bagitau sendiri yang saham bumiputera cuma tinggal rm2b daripada rm54b yang diperuntukkan oleh kerajaan. Sapa pegang malaysia selama 54 tahun? Anwar ibrahim? Lim guan eng? Nik aziz? Lue fikir sendiri. Baca bawah ;


Ameno : Saham tersebut diperuntukkan oleh kerajaan. Kerajaan patut ada data untuk menjelaskan kenapa perkara di atas boleh berlaku.

Hot! Kopi pun ada gelatin babi!!

Perghh macam tak percayalah yang kopi pun bercampur dengan gelatin babi bagi menghasilkan lemak agar kopi itu kelihatan lebih sedap, berkrim dan disukai ramai. Ciss..

Baca petikan bawah neh ;

Johor Bahru: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.

Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.

“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.

“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, kata Zainal, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit melainkan menasihati peniaga supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal.

“Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal,katanya.

Difahamkan, pengusaha premis terbabit akan hadir ke pejabat JAJ, hari ini. Selain di Johor, kedai kopi itu dikatakan turut memiliki cawangan di Lembah Klang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menghantar lima pegawai ke premis terbabit, kelmarin.

“Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ.

“Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Abdul Hamid, jika premis terbabit memaparkan logo halal, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.

Sehubungan itu, menasihatkan pelanggan beragama Islam supaya berhati-hati memilih lokasi untuk menjamu selera.

“Sepatutnya orang Islam memastikan tanda logo halal sebelum memasuki sesuatu premis itu kerana dalam kes ini, tiada langsung logo berkenaan dipamerkan tapi pengguna Islam masih ke situ untuk menjamu selera.

“Pada masa sama, pengusaha terbabit juga perlu lebih bertanggungjawab kerana premis perniagaan mereka sering dikunjungi pelanggan beragama Islam,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Persatuan Pengguna Bumiputera Johor Bahru berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pengusaha premis terbabit secepat mungkin dan menasihati pengusaha berkenaan supaya mempamerkan kandungan minuman dan makanan kepada pelanggan.

“Kami menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada orang ramai yang bimbang selepas melihat sebaran berkaitan isu berkenaan di Internet dan laman web sosial,” katanya. -hm

Adoii.. beberapa perkara yang aku boleh simpulkan ialah ;

1. Kedai kopi dan kopi itu sendiri tiada logo halal. Dan takde logo halal pergi masuk buat orang islam oii?

2. Pihak penguatkuasa agama johor tak boleh ambik tindakan undang-undang sebab premis terbabit tidak paparkan logo halal. So, pemilik kopi tersebut lepaslah walaupun dah membabikan umat islam di johor dan selangor.

3. 80% pelanggan dia ialah orang islam. Suwei betul.. dah meniaga kat orang islam tapi meniaga benda haram lepas tue buat bodoh je sebab fikir keuntungan.

Benda camne tak boleh dibiarkan lagi. Kerajaan kena gubal undang-undang lah. Bagi kuasa lebih lagi kat jabatan agama negeri2 neh. Idea aku ;

1. Yang menjual makanan haram kepada umat islam kena dakwa. Pedulilah dia taktahu hukum ke apa, janji dia tahu babi dan arak tue haram untuk umat islam. Neh dia campur dalam kopi dan jual dengan muka senyum kan kat situ dia dah sengaja membabikan umat islam di malaysia? Kenapa nak lindungi peniaga sohai macam neh?

2. Buat logo tak halal. Bukan logo halal je. Maknanya setiap premis makanan dan minuman kena ada logo. Jika mereka mohon logo halal letak. Jika mereka tak mohon logo halal, automatik letakkan mereka premis yg ada logo tak halal. Charge lah duit. Kan dapat collect duit tue. Kerajaan suka kan? At least mereka tahu yang kedai makanan ada logo halal dan logo tak halal. Bila berlaku macam tue umat islam tahu dah kedai makan mana yang halal dan kedai makan mana yang tak halal.

3. Ambil tindakan undang-undang kepada peniaga yang membiarkan premis tak halal dia dimasuki oleh orang islam. Jangan dibagi can. Mereka fikir duit je. Kerajaan pun boleh fikir duit gak. Kenakan denda tertentu. Mesti mereka lainkali akan berkira-kira mencari pasal dengan umat islam lagi.

Kopi yang dimaksudkan tidak halal itu ialah kopi railway kluang. Dipetik dari sini.


Ameno : Babi adalah lagenda di malaysia. Di mana-mana sahaja ada babi. Heh.

Meletup! 12 dikriminasi kerajaan pusat terhadap kelantan !!



Dulu time aku budak-budak sekolah aku cakap terus terang aku tak ske budak kelantan. Nak tahu napa? Sebab, asal aku buka tv je tgk berita mesti ada je pemimpin negeri kelantan buat pasai. Macam-macam kerajaan cakap pasal kelantan. Time tue aku budak sekolah. So aku anggap apa yang tertayang di berita adalah perkara yang benar lagi fakta. Dah nama nya berita kan? Dan tak pernah aku terfikir yang berita sebenarnya juga boleh dibentuk dan diolah untuk memanipulasikan minda dan pemikiran manusia. 

Sampailah aku tingkatan satu, aku terjumpa seorang budak perlis. Budak pompuan. Ketika itu aku baru nak merasai alam persekolahan menengah. Aku hilang rakan-rakan dari sekolah rendah. Salah seorang yang aku teringat sampai sekarang ialah seorang budak cina nama nicholas. Dia neh memang special sket bagi aku.

Kalau nak tahu aku selalu gak di buli oleh sekumpulan geng cina dua ekor neh. Sorang gemuk tp pendek. Sorang kurus tapi tinggi. Ada je kerja dorang buli aku dan buli sorang lelaki lembut [nama di rahsiakan walaupun aku masih ingat dia] kat dalam kelas aku tue. Dan nicholas neh selalu lah jadi penyelamat aku dan cukup fasih bertutur bahasa melayu dan english. Aku sekelas dengan dia dan duduk di hadapan dia. Memang best kawan dengan dia, nak-nak dia anak orang kaya, lagi lah aku rasa best. Heh.

Berbalik citer pasal budak perempuan yang aku kenal time aku form one tue [dan kekal menjadi sahabat aku kini], dia orang perlis sebab lahir di sana. Tetapi keturunan dia kebanyakkan nya dari kelantan. Dan aku tak pepasal bercampur dengan orang kelantan padahal aku bukan suka kawan dengan orang kelantan masa tue. 

Dia duduk setempat dengan aku. Sebelum dia hadir, aku bukan kawan pun dengan sedara mara dia. Aku tak suka orang kelantan kan. Aku rasa dorang neh jahat. Tapi selepas aku berkawan dengan dia sedikit demi sedikit persepsi aku terhadap orang kelantan berubah. Dan selepas itu aku mula mempunyai ramai kawan-kawan dari kelantan. Sampailah sekarang neh.

Walaupun pada ketika itu persepsi aku terhadap rakyat kelantan telah berubah tetapi persepsi aku terhadap PAS masih di takuk lama. Aku masih rasakan PAS ini jahat dan ektremis agama. Malahan aku percaya sesiapa yang sokong PAS ialah sesat. Dah itu je aku tengok tiap-tiap malam dalam berita di tv. Macam mana tak terpengaruh?

Namun sejak aku kenal internet pada usia 16 tahun, minda aku terbuka sedikit demi sedikit. Dan genap je usia aku berusia 20 tahun aku dah memilih untuk menyokong PAS dan meninggalkan parti umno yang biol tue. Ramai gak member-member sekolah yang pelik dan ada yang marah konon nya aku penderhaka [kat facebook] tp tue lah, hak untuk berpolitik menerusi parti apa pun, adalah hak aku. Jika aku tidak menyentuh hak korang untuk berpolitik dalam mana-mana parti, maka perkara yang sama mereka kena buat untuk aku lah. 

Berpolitik cabang lain, berkawan cabang lain. Aku ada ramai kawan umno yang boleh terima aliran parti politik aku jadi kenapa yang satu sekolah dengan aku tak boleh terima pula? Sampai marah-marah dan remove aku..? arhh sudah meleret pula aku neh..

Apa yang aku nak cakap ialah kerajaan pusat telah menafikan hak rakyat kelantan dalam pelbagai bentuk sehingga tercipta persepsi serong terhadap rakyat kelantan. Contohnya mereka akan mengutuk kelantan kuat semangat kenegerian. Padahal mereka [org dari negeri lain] tak faham yang kerajaan pusat dikriminasikan hak rakyat kelantan dan mengutuk kelantan dalam tv dan saluran media arus perdana. Tiada sesiapa pun tampil membela kelantan ketika itu. Sebab itu orang kelantan akan bela orang kelantan, kalau kelantan di tohmah kerajaan sebab mereka tahu cuma orang kelantan je yang faham situasi sebenar di kelantan.

Namun apa yang terjadi disalahanggap oleh mereka [orang dari negeri lain] sebagai semangat kenegerian. Cuba kita bayangkan kalau dah dikutuk selama bertahun2 lamanya dalam tv dan bila pergi memana je orang anggap serong, sudah tentu lah rasa tak enak kan? Sebab itu juga lah orang kelantan suka brkawan dengan orang kelantan. Sesama mereka saling memahami dan tahu perkara sebenar. Tapi itu kisah dulu lah. Sekarang media arus perdana kelentong macam mana pun pasal kelantan memang aku dah tak percaya. Dan ramai rakyat malaysia pun tak percaya gak. Yang aku tahu "negeri" yang paling teruk ialah "umno". Heh. Pernah dengar "umno" tue apa? Buka kamuslah wehh.. 



Berikut di bawah ialah antara 17 dikriminasi kerajaan pusat terhadap kelantan selama ini ;

Tindakan diskriminasi pertama yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap Kelantan berlaku apabila Kerajaan Pusat menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), sebaik sahaja PAS berjaya memerintah negeri itu pada tahun 1990, bagi tujuan mengganggu sistem pentadbiran kerajaan negeri. 
Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menjelaskan, dengan wujudnya JPP, berlakulah sistem dualisme dalam pentadbiran negeri Kelantan, apabila turut diwujudkan kakitangan jabatan di peringkat negeri, jajahan, daerah sehingga di kampung-kampung.
Menurut beliau, disebabkan keadaan itu, di negeri Kelantan turut terdapat dua penghulu bagi setiap daerah, apabila seorang darinya dilantik oleh kerajaan negeri dan seorang lagi dilantik oleh Kerajaan Persekutuan yang memainkan peranan menerusi JPP.
Katanya, tindakan tersebut merupakan satu penderaan yang amat nyata dari Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Kelantan, akibat permainan politik kotor para pemimpin Umno BN yang marahkan rakyat Kelantan menyokong PAS pada PRU tahun itu.
"Lanjutan dari itu, Tok Guru Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan hanya sempat mempengerusikan sekali sahaja Majlis Tindakan Negeri Kelantan. Selepas itu majlis itu dibubarkan dan tidak lagi dibenarkan mana-mana agensi Persekutuan hadir ke dalam Majlis Tindakan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan," katanya.
Ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini, beliau menjelaskan, tindakan diskriminasi ketiga, Menteri Besar tidak lagi dilantik menjadi Pengarah Keselamatan Negeri Kelantan, tempatnya digantikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.
Keempat, baja subsidi tidak lagi diberikan secara menyeluruh oleh Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Kelantan, khususnya yang bekerja sebagai petani, tetapi hanya diberikan kepada mereka yang mendapat sokongan dari JPP yang tentunya hanya kepada para penyokong Umno BN sahaja.
"Akibatnya, Kerajaan Negeri Kelantan mulai tahun 1991 terpaksa membelanjakan RM3.2 juta di dalam belanjawan negeri bagi menampung pembiayaan baja subsidi kepada para petani," katanya.
Kelima, menurut beliau, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi dijemput di dalam Mesyuarat-mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dikatakan MBs Club, sebaliknya dijemput pemimpin Umno yang kalah dalam pilihanraya menghadiri mesyuarat itu mewakili Menteri Besar.
"Keenam, geran Persekutuan dalam bentuk capitation grant, federal road grant, growth grant, dalam bentuk geran keseimbangan dan lain-lain diberi amat lewat. Ini kami di negeri Kelantan untuk tahun ini dibayar tahun hadapan, sedangkan di negeri-negeri lain ada yang dibayar tiap-tiap bulan, ada yang dibayar pada bulan Januari dan Jun," tegasnya.
Ketujuh, peruntukan geran rumah awam kos rendah sebanyak RM12 juta yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan melalui pihak Perbadanan Kemajuan Iktisas Negeri Kelantan telah ditarik balik sebaik sahaja PAS berjaya memerintah Kelantan.
Kelapan, jelas beliau, permintaan Tuan Guru Nik Aziz sejak tahun 1991, menerusi pertemuannya dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad agar diwujudkan satu pelabuhan di Kelantan, tetap tidak dilayan oleh Kerajaan Persekutuan hingga kini.
"Kesembilan, Tok Guru minta supaya tanah yang telah pun diambil di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa untuk memanjangkan landasan penerbangan, sampai ke hari ini pun tidak dapat digunakan lagi," katanya.
Kesepuluh, royalti petroleum kepada kerajaan Kelantan tetap terus dinafikan sehingga hari ini, sehingga kerajaan Kelantan terpaksa membawanya ke mahkamah untuk mendapatkan royalti minyak dan gas hak rakyat negeri Kelantan.
"Kesebelas, apabila berubah kerajaan, wakil kerajaan negeri untuk berada di dalam Lembaga Pengarah KESEDAR tidak lagi diminta daripada kerajaan negeri, tetapi dilantik mengikut kesukaan pihak Kerajaan Persekutuan sendiri.
"Keduabelas, pengambilan peneroka untuk menduduki Felda dihentikan. Kemudian mereka majukan sendiri dan mengambil untung melalui apa yang dinamakan ladang Felda Plantation. Pada hal, tanah Felda diberikan oleh kerajaan negeri untuk dimajukan, dibangunkan dan menempatkan peneroka," jelasnya.
Pentadbiran Majlis Sukan Negeri Kelantan, menurut Wan Abdul Rahim, sehingga kini turut didiskriminasikan oleh Kerajaan Pusat terhadap kerajaan Kelantan, sehingga menjadikannya tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri dan seperti mempunyai dua identiti, tidak seperti di negeri-negeri lain.
"Begitu juga dengan agensi-agensi pelancongan. Pada hal kita sudah ada Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) yang di bawah Exco yang jaga portfolio pelancongan, ada pegawai kerajaan yang ditugaskan menjadi pengarahnya, tetapi Kementerian Pelancongan melantik pula satu agensi lain untuk mengendalikan soal-soal pelancongan di Kelantan," ujarnya. 
Beliau turut kesal kerana Yang di-Pertua Dewan Rakyat sendiri turut terpengaruh dengan suasana politik negara, apabila Majlis Persidangan Speaker-Speaker Malaysia yang dipengerusikan oleh Speaker Dewan Rakyat sudah tidak diadakan lagi, sejak PRU tahun 2008 lalu. 
"Kemuncak penderaan yang dilakukan oleh pihak berkenaan di Kelantan, apabila Umno Negeri Kelantan menjemput pemimpin-pemimpinnya pada satu hari dalam tahun 1993, buat satu pentas di Padang Sekolah Ketereh di Kota Bharu, jemput seorang kerabat kononnya dari Kuala Lumpur naik ke pentas dan mengangkat tangan.
"Serentak dengan itu dilaungkan "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku" dan diikuti oleh semua orang Umno di situ. Tabal Raja baru di Kelantan pada tahun 1993. Ini bukan pembohongan. Ini bukan fitnah. Ini ada rakaman yang dibuat oleh polis dan agensi-agensi.
"Jadi sampai ke hari ini, saya sebagai rakyat negeri Kelantan tertanya-tanya, bilakah pendakwaan akan dilakukan terhadap penderhaka ini?
"Ini yang betul-betul menderhaka. Kita, budaya Melayu, kita orang Melayu. Kalau kita angkat tangan kepada satu orang menyatakan "Daulat Tuanku", sebenarnya kita menderhaka kepada Raja yang ada di negeri masing-masing," ujar beliau.


Ameno : Kerana berkawan rapat dengan orang kelantan aku dah gila laksam dan nasi kerabu..

Khamis, 24 Mac 2011

Terkini : Zulkifli nordin sah dapat gelaran datuk!!

Aku dah tahu kenapa zulkifli nordin asyik muncul dalam buletin utama di tv3 beberapa hari ini. Jawapan nya ada di bawah ;


Siapalah yang suggest ke sultan pahang untuk berikan gelaran "datuk" kepada dia? Menteri besar pahang ke? Perdana menteri kita yang dari pahang tue ke? Entah. Lue fikir sendiri. Apa pun artikel ini bukan menghina sultan ya. So jangan nak salah faham sesuka hati. 

Dia kalau ikut rekod, mana ada jasa pun. Lainlah m.nasir dan ramli ms. Mereka dah lama berkecimpung dalam bidang masing2, dah bertahun2. Memang nampak ada juga kelayakkan nya.. yang si zul neh? Entah.. lue fikir sendiri larh!!  Heh

Ameno : Katak pun dapat datuk. Hebat!

Breaking News : Zaid dan chegu bard pun tonton video seks..



Baca bawah ;

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mengakui beliau juga telah menonton video seks yang didakwa memalitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang perempuan.

Dalam tulisan terbaru di blognya, Zaid berkata berdasarkan apa yang ditontonnya beberpa persoalan mesti dijawab dan sebaik-baiknya ia dilakukan oleh sebuah badan bebas.

“Tidak seperti kebanyakan rakyat Malaysia yang belum menonton pita itu, saya dalam kedudukan yang baik bagi membentuk pendapat. Bagi saya ketulenan video berkenaan mesti ditentukan.

“Memandangkan rasa skeptism terhadap institusi sendiri, makmal forensik dan pakar di negara ini, biar kita minta panel antarabangsa bebasyang terdiri daripada pakar (membabitkan) Scotland Yard, FBI, dan juga Pasukan Polis Berkuda Kanada, bersama-sama polis di negara ini bagi mengesahkan sama ada pita itu tulen atau palsu,” tulisnya.
Zaid bagaimanapun tidak mengulas sama ada beliau mempercayai lelaki dalam video lucah yang ditontonnya itu adalah ketua umum PKR.


Beliau juga tidak menyatakan bagaimana dia memperolehi seks video berkenaan.

Selain dari zaid, chegu bard pun dah tonton video tersebut ;

Bekas ahli jawatankuasa pusat PKR Badrul Hisham Shaharin berkata beliau telah menonton video lucah yang didakwa memaparkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Badrul Hisham yang lebih dikenali dengan panggilan Chegubard berkata beliau yakin bahawa individu yang ditunjukkan dalam video berkenaan bukanlah Anwar.

"Daripada susuk tubuh, gerak geri yang kita rapat dengan Anwar, tentu kita boleh kenal," katanya dalam satu sidang media petang ini.

Katanya, beliau menonton video berkenaan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada malam Isnin lalu.

Beliau pergi ke hotel berkenaan atas jemputan seorang lelaki yang dinamakannya sebagai Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

"Tujuan saya dipanggil adalah untuk diberi sesalinan video itu untuk ditunjukkan kepada (presiden parti) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail," katanya lagi.

Kes neh dah heboh. Memandangkan dah heboh, maka layaklah rakyat didedahkan dengan rakaman video lucah tue. Kalau tak nak bagi rakaman penuh pun, bagilah klip-klip gambar untuk kita nilai sendiri. Susah juga baca analisis orang lain selagi kita tak tengok sendiri.

Ble kita tak dapat tengok sendiri, sudah tentu wujud pelbagai andaian kan? So untuk lebih adil aku harap three stooges boleh dedahkan kandungan video tersebut kepada umum. Habis citer.


akan dikemaskini lagi.

Ameno : Dari semalam aku asyik tulis citer lucah je.. dah berjangkit dah..

Hebat! Ummi hafilda ada 18 klip seks dsai untuk didedahkan!



WOW.. ummi hafilda.. aku sangat terkejut membaca pendedahan anda... aku rasa korang pun mesti terkejut baca pengakuan ummi hafilda gak.. baca bawah beb ;

Ummi Hafilda Ali, saksi utama kes liwat pertama dan salah guna Datuk Seri Anwar Ibrahim 13 tahun lalu sambil mendakwa ada 18 klip video seks berkata, dia tahu siapa dalang di sebalik pembikinan rakaman berkenaan.

“Bukan itu (satu) saja, sebenarnya ada lagi,” kata Ummi Hafilda, ahli perniagaan, ketika mengulas pendedahan rakaman video seks melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Dipetik beberapa akhbar tempatan, Ummi Hafilda berkata, “Saya dah dengar 13 tahun lalu mengenai hal sebegini dan memang kita tahu siapa di belakang tabir, siapa pelaku, siapa yang melakukan kerja terkutuk ini,” katanya dipetik Berita Harian.

Bagaimanapun dia tidak pasti sama ada rakaman yang didedahkan di ibu negara kelmarin adalah salah satu daripadanya.

“Saya tidak pasti sama ada video yang didedahkan adalah salah satu daripadanya, tetapi dalam pengetahuan saya terdapat sekurang-kurangnya 18 lagi rakaman video seperti itu disimpan oleh seseorang,” katanya pada sidang media di Alor Setar semalam.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu yang dimaksudkannya tetapi berharap akan didedahkan selepas ini untuk dinilai oleh rakyat.

“Sekarang adalah masa yang sesuai untuk didedahkan supaya rakyat sedar mengenai tembelang pemimpin berkenaan,” kata beliau dipetik Sinar Harian selepas ceramahnya di Alor Setar dibatalkan ekoran bantahan kerajaan negeri.

Pertengahan Januari lalu, Ummi Hafilda yang juga adik kandung Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, dia bertekad mahu berkempen secara aktif untuk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 mengelakkan tsunami politik 2008 berulang.

Ummi Hafilda mendakwa kehadirannya dalam kempen BN akan dapat menghalang keputusan Mac 2008, yang menyaksikan Pakatan Rakyat menafikan perikatan itu kedudukan selesa tradisi - majoriti dua pertiga di Parlimen....


Macam tak percayalah yang ummi ada 18 klip seks anwar ibrahim. Ummi tahu siapa yang simpan klip seks tersebut ya? Takpe ummi, aku fikir nak bagi idea sket kat kak ummi neh, caranya simpe, kalau nak pastikan bn menang dengan bergaya di pru akan datang memang mudah kalau kak ummi follow beberapa step yang aku ajarkan neh ;

1. Pergi jumpa orang yang ada video seks dsai

2. Upload kat utube dan blog tertentu

3. Biar orang ramai tgk

4. Ble kes dah heboh mesti keluar paper dan tv

5. Nak taknak dsai terpaksa tampil untuk buat pengakuan

6. Kalau boleh paparkan 18 klip seks tue secara bersiri

7. Lepas tue biarkan dsai nak lantik forensik luar negara ke dalam negara ke apa ke, untuk tentukan kesahihan video terbabit

8. Tapi percayalah kak ummi, 18 klip seks? Kalau benar, even 1 video seks pun dsai akan rasa malu sebab kesahihan video tersebut mmg blh dibuktikan even oleh rakyat biasa sekalipun asalkan mereka pakar komputer.

9. Jadi di situ, dsai terpaksa berundur dan kak ummi tak yah susah payah buat roadshow 1 malaysia.

10. Kan jimat masa dan tenaga akak?

Dah takde masa terbaik dah untuk didedahkan, inilah masa yang terbaik, jangan tangguh2 lagi macam kes perbicaraan liwat II dsai tue kak ummi, kami siap sedia jatuhkan dsai dalam arena politik negara neh, hulurkan kami video lucah itu now.. 

kah kah kah
kah kah kah kah
Ameno :1malaysia deman video lucah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...