Gila beb berita neh.. siyes. Baca bawah ;
Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini.
Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.
Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.
Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.
Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata mereka 90 peratus pasti yang lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.
Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu.Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.
Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.
Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.
Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama.
AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini.
Sementara itu, akhbar the Star melaporkan bahawa klip video selama 30 minit itu menunjukkan lelaki yang didakwa seorang pemimpin pembangkang, yang juga seorang ahli parlimen, sedang melakukan pelbagai aksi seks.
Menurut akhbar tersebut, video itu yang dirakamkan pada 21 Februari, ditemui di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur.
Menurut the Star, wakil media dibawa ke sebuah bilik hotel untuk menyaksikan video tersebut yang ditayangkan oleh satu kumpulan yang tidak dikenali, yang diketuai oleh seorang yang mahu dikenali sebagai Datuk T....
Dah tengok kan? Berita cuma tulis pemimpin utama pembangkang. So sapa yang ada dalam kepala hotak korang? Dalam kepala hotak aku ialah anwar ibrahim. Takan tuan guru haji hadi awang pula? Kot-kot lim guan eng? Ke lim kit siang? Ataupun karpal singh? Enhh.. lawak siottt.. kah kah kah..
Apa pun kalau benar video tersebut sahih, maka memang kenalah si "dia" berambos dari arena politik malaysia dan harus dijatuhkan hukuman. Tetapi video tersebut harus dibuktikan sahih terlebih dahulu la.
Namun aku ada sedikit kepelikkan di sini. Kenapa ya ;
1. Desak pemimpin utama pembangkang letak jawatan jika tidak mahu video seks tersebut di dedahkan.
Apa kata dedahkan aje video tersebut dan biar kita as rakyat nilaikan sendiri.
2. Dedahkan kepada media antarabangsa.
Kenapa ya nak tunjukkan video tersebut kepada media antarabangsa? Bukan kah selama ini kerajaan melarang rakyat malaysia memburukkan nama malaysia di media antarabangsa? Walaupun pemimpin yang terlibat dengan skandal seks [seperti yang dikatakan oleh datuk tersebut] itu ialah dari side pembangkang, dia tetap rakyat malaysia dan nama malaysia akan terpalit sama semasa media antarabangsa menulis mengenai isu ini.
3. Siapakah datuk t?
Sapa datuk neh? korang rasa sapa enh?
4. Rakaman pada 21 february
Tapi amek masa untuk dedahkan perbuatan tersebut kenapa? Kali neh aku tgk plan mmg teratur. Tiada kaitan bn, najib, rosmah dan sebagainya. Bagus. Kalau ini pun bertujuan nak membunuh karier politik pemimpin tersebut, ianya mungkin berjaya sebab plan neh nampak sempurna.
Dan baca sambungan nya di bawah neh.. ada lagi beb ;
Akhbar itu juga melaporkan Datuk T berkata beliau mahu pihak media menonton video membabitkan ahli politik berkenaan sebelum menghantar salinan kepadanya dan isterinya “untuk mengenal pasti orang dalam video” tersebut dalam tempoh seminggu dari sekarang
Katanya, jika individu dalam video tersebut adalah ahli politik yang dikenalpastinya kepada media, "maka beliau dan isterinya mesti berundur dari politik."
Datuk T berkata jika mereka tidak berbuat demikian, beliau akan meminta beberapa NGO menubuhkan sebuah panel bebas untuk menyiasat dan mendapatkan khidmat forensik profesional untuk mengkaji ketulenan rakaman tersebut.
Datuk T mendakwa beliau telah terjumpa video selepas dia diminta oleh ahli politik berkenaan untuk mencari jam tangannya dalam bilik itu - tempat aksi seks itu berlaku.
Katanya, beliau tidak menemui jam tersebut tetapi sebaliknya terjumpa alat perakam CCTV yang aktif dan membawanya keluar dari hotel itu.
Datuk T juga berkata, hanya dia seorang sahaja yang memiliki rakaman tersebut.
Ble datuk t cakap macam ini.. maka aku terpaksa merasai kepelikkan drama ini.. time2 pilihanraya sarawak pula tue..
Anwar ibrahim? Kalau betul ko tak bersalah.. maka buktikan ia.
Updated :
- perempuan yang dikaitkan dengan dsai ialah perempuan berbangsa cina.
- video seks berdurasi 17 minit
- ada macam-macam aksi seks.
- wajah pemimpin pembangkang jelas terlihat dalam video terbabit.
Namun aku pelik. Datuk t kata dia nak cari jam tangan tapi dia terjumpa cctv. Apa size cctv tersebut? Kenapa blh ada bawah katil? Kenapa dia tak bagi cctv tue kat dsai? Kenapa dia syak dalam cctv tue ada "sesuatu"?
Tonton video seks terbabit di sini.
Updated :
- perempuan yang dikaitkan dengan dsai ialah perempuan berbangsa cina.
- video seks berdurasi 17 minit
- ada macam-macam aksi seks.
- wajah pemimpin pembangkang jelas terlihat dalam video terbabit.
Namun aku pelik. Datuk t kata dia nak cari jam tangan tapi dia terjumpa cctv. Apa size cctv tersebut? Kenapa blh ada bawah katil? Kenapa dia tak bagi cctv tue kat dsai? Kenapa dia syak dalam cctv tue ada "sesuatu"?
Tonton video seks terbabit di sini.
Ameno : Dengar citer ahli parti yang sama parti dengan pemimpin tersebut menafikan kesahihan video terbabit.. aik.. apsal ahli sibuk bercakap? biar pemimpin yang terlibat tue ulas sendiri lhor..







