Bukan aku cakap. Tapi utusan yang cakap. Baca bawah ;
Meh aku tarik keluar point penting kat sini ;
1. Sebanyak 300 ahli pkr keluar parti. Kawasan yang terbabit ialah kawasan kubu kuat pkr.
2. Mereka keluar pkr sebab hilang kepercayaan terhadap parti dan anwar ibrahim.
3. Mereka kemudian nya masuk umno
4. Suratkhabar BNpunya erkk silap ejaa bernama melaporkan mengenai perkara di atas. Tak pasti jika tv3 menerusi buletin utama ada atau tidak melaporkan kejadian tersebut.
Okey dah faham kan?
Mesti keluar parti sebab anwar ibrahim. Tak boleh sebab lain. Aku dah hafal sangat. Mesti anwar ibrahim je yang buat hal. Walaupun anwar ibrahim bukan selalu lepak pahang. Heh.
Mesti kawasan kubu kuat yang keluar parti. Tak pernah nya kubu lemah. Mesti punyalah.
Mesti lebih dari seorang keluar pkr. 100 ke, 200 ke, 300 ke. Mesti punyalah. Ayat lazim. Dah hafal dah aku. Siyes.
Dan jangan taktahu. Lepas keluar pkr siap masuk umno terus. Fuhh.. dasat. Hilang kepercayaan terhadap pkr sebab hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti. Tapi yang pegang parti bukan anwar ibrahim pun. Heh
Dan masuk pula parti yang dipegang oleh pemimpin yang lagi tak boleh percaya. Heh.
WOW.. terkejut anak omak baca berita neh..! Apakah benar yang di ucapkan oleh ahmad jusoh neh? Baca bawah ;
Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.
Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.
Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.
Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat.
Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.
- Bernama
Haihh.. punyalah lama orang islam berfashion menikah dalam masjid apsal baru sekarang cakap ianya menyimpang? Kenapa para-para ulama terdahulu tidak menyuarakan perkara yang sama? Tiada keberanian ataupun......... saya ingat saya lupa mengenai perkara neh? Enhh sorry terpinjam ayat hanief the blogger plak. Heh
Bagaimanapun kata-kata ahmad jusoh adalah sedikit sebanyak menakutkan aku lhar kan. Saja je pown aku nak rasa takut-takut.. seronok. Bayangkan enh dah berapa ramai pasangan islam yang dah menyimpang ketika bernikah dalam masjid? Ramai kan?
Lagi satu tak silap aku, kalau nak bernikah memang disarankan oleh tok kadi bernikah dalam masjid. Sebab memudahkan semua urusan. Hah.. apa citer? Cuba fikir?
Peh tue kan.. kalau boleh harap ahmad jusoh leh perincikan sedikit lhar perkara di atas dengan dalil tertentu. At least kita tahu ahmad jusoh bercakap berdasarkan apa.
Tapi dalam pada itu, aku harap ahmad jusoh boleh juga menegur kelakuan mungkar pemimpin-pemimpin negara. Jangan hanya bersuara pada topik tertentu.
Haizhh.. nampak sangat kat malaysia neh kita sendiri pun tak sedar mana satu batil mana satu haq..
kan?
Urmmm...... kiranya amalan neh cam amalan bidaah kot.. ha ha ha..
Ameno : Nikah masjid dikatakan seperti amalan berkahwin di gereja.. tapi di gereja bukan hanya ada upacara perkahwinan aje kan? Ada juga perkara yg len.. contohnya sembahyang.. buat pengakuan.. dan etc.. urmmm..... pening aku. Tunggu yang pakar jawab..
Libya kini diserang. Yang serang Libya ialah tentera bersekutu yang dikuasai oleh amerika. Bersama amerika, britian dan perancis turut menyertai misi peperangan tersebut. [maaf, lepas neh aku akan taip tanpa guna peraturan bahasa yang formal].
Ini ialah berita terkini mengenai keadaan di libya. Berita ini aku petik dari aljazeera dan beberapa blog bebas [arab] yang sedang melaporkan situasi semasa di libya.
1. Malam tadi berlaku satu serangan terhadap libya oleh tentera bersekutu. Serangan di mulai oleh tentera amerika. Serangan bermula di udara oleh jet pejuang milik pertahanan amerika. Serangan bermula pada jam 12.01 pagi. [waktu libya]
2. Tujuan tentera bersekutu menyerang libya ialah untuk membebaskan para pejuang libya dari terus terusan di bunuh oleh rejim gadafi.
3. Tetapi pada hakikatnya tentera bersekutu yang diketuai oleh amerika cuma nak bolot sumber minyak yang ada di libya. [analisis sendiri].
4. Kita tahu sekarang [sejak revoluser telah menang] mesir sudah membataskan penjualan minyak terhadap israel.
5. Ini menyukarkan israel kerana sumber bahan api utama israel datangnya dari mesir. Berkemungkinan besar serangan di libya ialah pakatan amerika + israel secara gelap. [analisis sendiri].
6. Tentera bersekutu telah menyerang di beberapa lokasi strategik seperti pengkalan tentera libya [gadafi], pusat komunikasi libya, pusat pentadbir [arahan] pertahanan udara libya, dan memusnahkan sebahagian infrastruktur di bandar-bandar utama libya.
7. Sejurus serangan itu tamat, gaddafi telah menyeru seluruh dunia arab, africa, amerika latin [mexico, venezuela, etc] dan asians untuk menyebelahi gaddafi dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera bersekutu ke atas libya.
8. Gaddafi juga mengugut akan membalas serangan tersebut dengan menyerang para pejuang dan rakyat di kawasan mediteranian.
9. Beberapa kumpulan penyokong gaddafi kelihatan berkumpul di kawasan terbuka selepas serangan udara tentera bersekutu untuk menunjukkan rasa simpati dan sokongan kepada rakyat libya atas apa yang dilakukan oleh tentera bersekutu. Anak perempuan gaddafi, aisha gaddafi turut dilihat berada di luar bab al-aziziyah palace, tripolli, kediaman gaddafi.[Padahal mereka lah punca utama kerana amerika serang libya]
10. Menurut laporan AFP, mereka memetik kenyataan media perancis ; UEA dan Qatar masing-masing akan membekalkan 24 jet pejuang [Mirage 2009-9s dan F-16s] dan 4 hingga 4 jet pejuang Mirage 2009-9s bagi menyertai misi ketenteraan terhadap libya. [Aik.. uea dan qatar? sapa ajar korang bunuh umat islam?]
11. Gaddafi dalam pada itu juga menegaskan bahawa libyan akan mempertahankan diri mereka sendiri dan menyelar serangan terhadap libya malam tadi [sabtu] adalah tidak adil dan pencerobohan berniat jahat dan hanya akan mendorong kepada peperangan berskala besar.
12. Menteri pertahanan sepanyol berkata empat jet pejuang F-18 telah berlepas ke pulau sardina, itali. Ia adalah sebahagian dari misi ketenteraan terhadap libya. Selain dari itu, sepanyol turut menghantar submarine S-74, F-100 frigate [kapal kecil] dan CN- 235 maritime surveillance plane mengiringi misi tersebut.
13. Menurut laporan pertahanan US, terdapat beberapa kerosakkan di pusat pertahanan udara libya.
14. Pada jam 1 pagi [waktu libya], britian pula menyerang libya melalui trafalgar-class-submarine melancarkan tomahawk cruise missile. Tentera britian melepaskan 110 butir misil terhadap wilayah libya setakat ini. Setiap satu misil di anggarkan bernilai 1 juta menurut laporan aljazeera. Entah betul entah tidak. Kalau dah 100 misil dah 100 juta?Banyak duit britian buang kat libya. Dah kaya sangat ke? Mungkin 1 juta ialah kos penjualan/pembelian, bukan kos pembuatan.
15. Serangan oleh tentera bersekutu [amerika, britian, perancis] telah membunuh orang awam yang terdiri daripada ulama, kanak-kanak, wanita, dan orang tua di libya.
16. Ketika serangan udara dan darat dilakukan oleh tentera bersekutu, orang awam berkumpul, berdoa dan melaungkan laungan Allahuakbar bagi menghilangkan rasa takut mereka.
17. Jurucakap amerika juga menegaskan bahawa warga amerika digesa untuk keluar dari libya secepat mungkin bagi mengelakkan kejadian yang tidak di ingini. [Amerika attack libya, boleh jadi sebagai balas dendam, libyan akan bunuh seluruh warga amerika di sana. Dalam erti kata lain, amerika buat kerja tak pakai otak. Owh lupa, amerika kan syaitan jelmaan manusia. Patutlah tak berfikir dulu]
18. Serangan dari tentera bersekutu telah mengorbankan 48 nyawa dan mencederakan 150, orang awam. Namun bilangan ini di jangka akan meningkat.
19. China dalam satu kenyataan mengatakan mereka kesal dengan serangan ketenteraan yang berlaku di libya. Padahal mereka juga yang meluluskan usul untuk menyerang libya. [apa tue? lue yang bagi lulus utk libya di serang then lue cakap lue menyesal? lepas tue? lue buat apa? kalau lue menyesal, lue tarik balik lah kelulusan tersebut dan desak tentera bersekutu berundur dari menyerang libya].
Kesatuan africa turut menyuarakan kekesalan mereka terhadap serangan di libya. Dalam pada itu, russia turut mengutuk serangan ketenteraan di libya. Rusia [ada otak lhar sikit daripada china tue kan] yang tidak meluluskan usul untuk menyerang libya telah mengkritik tindakan tentera bersekutu ke atas libya dan mengecam tindakan tentera bersekutu sebagai 'mengadaptasikan tindakan gaddafi ke atas rakyat libya'.
20. Empat wartawan aljazeera telah ditahan di barat libya. Mereka ialah ;
Lotfi al-Messaoudi (a Tunisian),
Ahmed Vall Ould Addin (a Mauritanian),
Ammar al-Hamdan (a Norwegian cameraman)
Kamel Atalua (British)
Pihak berkuasa libya telah memberikan jaminan keselamatan terhadap keempat-empat wartawan aljazeera menurut laporan aljazeera sendiri. Sebab-sebab penahanan belum lagi dikenalpasti.
21. Baca kenyataan tak sedar diri dari amerika neh ;
Vice Admiral William Gortney, the Director of the US Joint Staff, just completed his briefing. He said that US is "the leading edge" of coalition military operations on Libya, which are aimed at preventingfurther attacks on civilian and opposition targets and also at degrading the Libyan ability to violate a no-fly zone, both as authorised under UN Resolution 1973.
He said that the US had struck more than 20 air defence system targets, mostly on Libya's west coast, including communications and SA-5 (surface-to-air) missile sites, as well as the C-2 architecture that goes with those long range missile sites.
About 110-112 Tomahawk missiles were used during the operation, which was critical to creating conditions to be able to set up a no-fly zone.He said that US military aircraft were not currently in Libyan air space in this phase of operations, and that the US was using its "unique capabilities to shape the battlespace" before handing over command of operations to other coalition leaders.
Currently, officers with coalition partners are aboard the USS Mount Whitney, from where military operations are being commanded.He also said that further action will depend on a bomb damage assessment, adding that this could not be done using US Reaper or Predator drones, as they were not being deployed. He anticipated that this would take 6-12 hours.
22. Briefing cantik. Tapi sayang tak seperti yang dia gambarkan. Setelah serangan dilancarkan, nyawa orang awam tetap melayang. Dalam pada itu obama cakap, "amerika bangga kerana menjadi sebahagian dari misi ketenteraan untuk menyerang libya". [Amerika dari dulu lagi memang bangga bunuh umat islam, tak heran pun aku].
23. Tengok video neh. Video keadaan di salah satu wilayah di libya selepas serangan ;
24. Gaddafi telah membuka ruang simpanan senjata kepada seluruh rakyat libya yang mahukan senjata bagi memerangi tindakan tentera bersekutu terhadap libya.
Aku tak suka betul cara amerika handdle isu libya neh. Bagi aku, biarlah pejuang revolusi di libya memperjuangkan hak-hak mereka tanpa campurtangan dari sesiapa pun. Kalau nak bantu sangat, maka bagilah bantuan makanan ke, moral support ke, duit ke, peralatan perang ke, baju ke, perubatan ke, apa-apa yang bersesuaian lah untuk memenuhi keperluan mereka dalam menghadapi kekejaman gaddafi di libya.
Bukan nya pergi bunuh orang awam di libya. Bukan nya pergi bom dan musnahkan wilayah di libya. Tahu ke proses pemulihan di libya akan makan masa yang lama dan panjang? Bukan senang nak baikpulih kerosakan-kerosakan di wilayah wilayah libya yang terjejas teruk. Nak baikpulih perlukan duit. Perlukan tenaga kerja dan kepakaran tertentu. So apasal si amerika tolol neh pergi bom negeri orang sesuka ahti setan dia?
Orang kalau ikhlas nak bantu, mesti guna cara baik. Bukan cara jahat dan zalim. Cara amerika neh zalim. Dia dan gaddafi takde beza. Yang pasti akhirnya rakyat libya juga yang sengsara. Gaddafi berundur, amerika berambos. Mungkin amerika taktahu apa rasanya kan kalau masalah dalaman negara kita di sibuksangatkan oleh orang luar. Beginilah, katakanlah kalau malaysia dan dunia islam keseluruhan bersepakatan dan kuat pada masa akan datang, Insya-Allah kami akan bom dan bunuh seluruh rakyat amerika. Mungkin amerika perlu rasa apa yang kami rasa, barulah dia akan berhenti campursibuk urusan negara lain.
Mungkin amerika lupa, daripada mereka [libyan] sibuk-sibuk nak menghadapi gaddafi, tiba-tiba amerika serang libya, sudah tentu akhirnya rakyat libya akan bersatu untuk membela tanahair mereka. Akhirnya disitu mereka akan bersatu menentang amerika dan amerika akan teruk dikecam oleh masyarakat sedunia. Imej amerika tidak akan pulih sampai kiamat. Memang begitulah imej syaitan akan kelihatan. Syaitan ialah syaitan.Tak boleh tukar jadi malaikat.
Siyes. Terkejut aku. Kalah jeniffer lopez aku rasa. Tak pakai bra ke apa artis neh? Korang tahu apa dia jawab ble wartawan tanya dia apasal dia dok pakai baju macam tue ke acara gala dinner rafflesia?
Neh hah jawapan dia ;
"Nampak sikit je. Pilih baju ni sebab nak nampak kelainan"
So korang dah faham kan? Dia pilih baju neh sebab dia nak menampak kan kelainan. Dan korang perasan tak? Jawapan dia jawapan yang berani mati dan aku terpaksa salute. Siyes.
Apa yang dia "ada" tue berlainan dengan apa yang perempuan lain "ada" dan aku rasa itu memang betul. Heh.
Aku taktahu samada mata aku yang terlebih gatal ke ataupun korang pun sama gatal macam aku gak ke tapi aku rasa cam nampak apa yang aku tak sepatutnya nampak kat gambar di atas tue.. betul ke?
Sekarang neh cuma menda je yang aku tengah tunggu si rais yatim buat. Iaitu ban artis perempuan neh daripada berlakon dan sebagainya untuk beberapa seketika sementara dia berubah. Kalau faizal tahir kena balon sebab buka baju takan pompuan kat atas neh lepas pula? Memang betul pompuan neh tak buka baju tapi pompuan neh mendedahkan apa yang tak sepatutnya didedahkan.. pepaham lah enh aku cakap pasal apa.
So apa lagi? Buatlah kerja kepada kementerian yang berkaitan.
1. Screenshot neh dipetik dari wall pemuda umno malaysia.
2. Pemuda umno malaysia mendapat satu screenshot konon nya kb gombak di aniaya oleh rakan seperjuangan sendiri.
3. Punca kb gombak di aniaya ialah disebabkan kb gombak yang terlebih dahulu bertindak main kotor untuk menjatuhkan ketua nya sendiri.
4. Kiranya sama-sama main kotor lhar. Ko buat aku, aku balas balik. Nanti aku buat ko, ko balas balik.
5. Makna nya terbuktilah dalam umno permainan jatuh menjatuhkan dan aib mengaibkan sesama sendiri berlaku demi kuasa. Ini tak patut jadi teladan bagi pemimpin-pemimpin parti politik yang lain. Kami sebagai rakyat jijik melihat perbuatan neh. Cakap terus terang neh.
6. Andai benar gambar yang didedahkan oleh milosuam ialah superimpose yang dilakukan oleh umno sendiri, maka ini sudah tentu membuktikan yang milosuam tidak superimpose gambar-gambar tersebut seperti yang dituduh oleh penyokong umno.
7. Mereka cuma mempergunakan bumiputeraberjaya dan milosuam untuk mendedahkan skandal umno sebab selama ini pun memang bumiputeraberjaya sering mendedahkan skandal umno menerusi facebook dan milosuam pula menerusi belog.
8. Ini juga bermaksud mereka cuba melakukan taktik kotor kepada pejuang pakatan rakyat. Yelah, mereka baling satu batu untuk menjatuhkan kb gombak dan mengenakan blogger milosuam. Bukan kah ini secara terang-terangan main kotor? Sudah tentu milosuam dan bumiputeraberjaya yang akan dikecam kalau gambar tersebut terbukti super impose sedangkan bukan mereka yang buat? Padahal gambar tersebut di edarkan sendiri kepada mereka oleh ahli umno.
9. Tapi itu kalau terbukti gambar-gambar tersebut ialah super impose. Bagaimana pula kalau tidak?
10. Jadi apakah maksud tujuan screenshot di atas?
11. Untuk mengurangkan rasa malu kepada tuan punya badan?
12. Atau mengubah persepsi serong terhadap kb gombak kini?
Apa pun nasib baik milosuam dan bumiputeraberjaya tak mendedahkan lebih banyak gambar panas milik kb umno gombak. Sebenarnya yang lebih panas pun ada, cuma sebagai manusia kita pun sedar sangat, gambar-gambar macam neh memalukan pun kalau kita asyik tayang dalam belog. Bukan kata kb umno gombak je yang malu, kita yang melihat pun rasa malu gak.
Apatah lagi kb umno gombak neh orang islam. Memang sedikit sebanyak akan rasa tertekan dan simpati ble terpaksa mendedahkan skandal macam neh. Apatah lagi di akhirat kelak kena bersoal-jawab dengan Allah swt. Tetapi apa yang dilakukan oleh milosuam dan bumiputera berjaya ialah nak menerangkan kepada mereka di luar sana bahawa umno tidak seperti yang digambarkan oleh mereka.
Ya benar pakatan rakyat tidak maksum dan sering terbelit dengan isu-isu peribadi seperti yang sering di lagukan oleh umno. Tetapi umno juga tidak maksum. Cara mereka [umno] yang sering keluar tv masuk paper mengatakan mereka baguslah, terbaiklah, pakatan rakyat sering ada masalah peribadi lhar apa lah cukup memualkan aku lhar.
Bagi aku kedua-dua parti kena berhenti main isu peribadi dan focus kepada kepentingan rakyat. Sama-sama kena buat. Umno kena berhenti apa yang mereka mulakan terlebih dulu terhadap pakatan rakyat. Dan pakatan rakyat insya-Allah akan berhenti membalas serangan tersebut. Dan masing-masing focus kepada perkara yang menjadi keutamaan rakyat.
1. Blogger's hanief telah ditahan oleh sepasukan polis lebih kurang dekat-dekat nak tengah malam tadi.
2. Blogger's hanief neh baru berusia 21 tahun.
3. Muda lagi rupanya.
4. Polis telah merampas dan mengeledah semua peralatan komputer miliknya.
5. Polis ketika ini sedang meminta password komputernya hanief untuk digeledah. [ketika perkara ini di tulis lhar]
6. Ketika ini tian chua yang dihubungi oleh bapa pengendali blog hanief.blogspot.com sedang bergegas ke balai polis sentul untuk membantu blogger tersebut menghadapi soal-siasat. [ketika perkara ini di tulis]
7. Di maklumkan oleh tian chua blogger tersebut di tahan di bawah akta hasutan.
8. Hasutan macam mana? Aku pun tak sure.
9. Tapi aku rasa selepas ini mungkin aku dan geng2 yg len pun bakal di tahan dan di geledah..
10. So, ini kah nama nya kebebasan bersuara? Lue fikirlah sendiri.
Update 2.21 am :
Kronologi kejadian ;
1. Bapa kepada blogger hanief menghantar mesej kepada yb tian chua dan memaklumkan apa yang berlaku kepada hanief.
2. Hanief telah di tahan di rumahnya pada waktu lewat malam.
3. Rumah mereka digeledah dan beberapa peralatan komputer hanief telah dirampas.
4. Mereka kemudian nya di bawa ke ipd polis sentul untuk siasatan lanjut.
5. Semasa sedang di soal-siasat hanief diminta untuk berikan password [tak pasti samada password youtube, komputer ataupun blog] kepada MCMC agar mereka boleh menyelongkar isi dalaman komputer milik hanief.
6. Kemudian yb tian chua tiba di ipd polis sentul lebih kurang jam 1.00++. [aku pun tak catit masa tadi masa dia update twitter].
7. YB tian chua kemudian nya mempersoalkan kewajaran pihak polis dan mcmc menahan blogger lewat malam.
8. YB tian chua juga meminta polis melepaskan hanief jika sesi soal jawab sudah selesai dan pulangkan semua peralatan komputer hanief. Dan meminta siasatan di sambung pada siang hari.
9. Namun MCMC enggan melepaskan hanief. Mereka juga bertindak mahu membuat laporan polis terhadap yb tian chua atas alasan apa yang saya kurang pasti di sini.
10. YB tian chua bertegas kepada MCMC bahawa mereka harus melepaskan hanief apatah lagi mereka tiada waran untuk menangkap blogger tersebut.
11. Menurut yb tian chua, jika MCMC tidak mahu menahan hanief [sebab tiada kes kukuh] maka sila lepaskan hanief segera.
11. Tetapi MCMC siap buat lawak dan mengatakan bahawa hanief sendiri yang saja suka-suka datang untuk disiasat tengah malam. [aku tengah gelak pecah perut neh]
12. Akhirnya MCMC melepaskan hanief dari sesi soaljawab tetapi hanief mendapat notis untuk hadir ke HQ MCMC keesokan hari [dah masuk hari neh dah] pada waktu 1o pagi bagi siasatan lanjut di bawah akta hasutan.
Untuk melihat gambar pegawai SKMM dan notis penahanan hanief ;
Line internet teruk pula nak upload gambar tak dapat2. Gambar2 tersebut sumbangan yb tian chua.
Petikan berita malaysiakini pula yang baru di update 19 minit yang lepas ;
Seorang penulis blog dibawa ke balai polis Sentul tengah malam tadi dan pihak berkuasa didakwa tidak mempunyai waran bagi menahannya, dakwa naib presiden PKR. Tian Chua berkata, beliau mendapat penulis blog yang dikenali sebagai Hanief disiasat oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) selepas tiba di balai berkenaan tengah malam tadi.
"Di tengah-tengah siasatan SKMM, saya bertanya apa hak mereka menahan orang di tengah-tengah malam sebegini. (Dan) Tiada sesiapa menunjukkan waran (terhadap Hanief) pada saya," tulisnya di laman Twitter kira-kira jam 2.30 pagi tadi. "Pegawai SKMM mengaku mereka tidak mengeluarkan waran, justeru saya minta soal siasat itu dihentikan. (Tetapi) mereka berita Hanief secara sukarela datang ke situ," tambah anggota parlimen Batu itu. Tian juga mendedahkah bahawa SKMM memerintah Hanief hadir di ibu pejabat suruhanjaya itu di Cyberjaya pada jam 10.30 pagi ini bagi membantu memberi maklumat berhubung satu siasatan bawah Bab 3, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Menurut dokumen perintah yang gambarkan dimuatkan kembali Tian di internet, sekiranya gagal atau enggan berbuat demikian, Hanief boleh dibawa kepada majistret dan diberikan waran tangkap. Masih belum jelas Hanief akan disiasat berhubung perkara apa. Setakat ini belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung 'penahahan' dan siasatan pada penulis blog itu.
Selama neh pun aku rajin bidas kerajaan dalam belog aku. Dalam masa yang sama aku turut bidas kelemahan pakatan rakyat. Bagi aku takde guna nya jadi blogger yg taksub politik, yang penting jadi blogger kena hurai apa yang kita rasakan, bukan apa yg 'orang' lain rasakan. Apa yang selalu aku tgk hanief buat menerusi blog dia, dia selalu hurai apa yang dia rasa dan kebanyakkan remaja seangkatan dia 'rasa'.
Kalau luahan kelemahan pentadbiran kerajaan itu kini menjadi satu kesalahan, ini bermaksud pada bila2 masa, kesemua bloggers politik macam kami sudah tentu akan ditahan utk di soal siasat kelak. Sudah tentu bloggers umno tidak perlu risau, kerana tugas mereka bodek kerajaan even atas perkara yang mungkar sekalipun.
Susah nak jumpa blogger umno yang berprinsip. Belum pernah lagi aku jumpa. Kalau ada mention lhar enh.
Hah.. amek ko! Padan muko! Dok sibuk halang orang PAS berdakwah.. macam-macam sekatan kerajaan umno buat. Padahal ble orang kristian nak berdakwah mereka diberikan full access untuk tujuan itu. Mereka tidak dihalang waima sedikit pun. La neh ble kerajaan dah mula sibuk nak halang, mereka boleh di saman-saman pula. Heh.
Hait.. tak boleh saman ka? Dalam perlembagaan sendiri kata..
kita bebas beragama dan mengamalkan kepercayaan masing2.
Barang siapa nak amal apa2 agama pun lantak lah..
rakyat malaysia neh bebas memilih kepercayaan
Nak dakwah ka apa ka lantak lah
namun islam agama rasmi
Rasmi apa nya kalau penganut islam tak boleh berdakwah sebebas penganut kristian?
Pernah kah kita dengar mufti ataupun alim ulama saman kerajaan sebab kerajaan halang orang islam berdakwah? Macam kes MAZA dulu yang kena serbu dengan jais isu takdak permit? Tak pernah youu..
Mati lagi lah ade beb. Macam kes ibrahim libya. Sampai ke nyawa, kerajaan kejar pendakwah-pendakwah islam di malaysia.
So la neh paderi mao saman kerajaan. Saman boleh berlaku sebab hak paderi tertakluk dalam perlembagaan. Mereka nak berdakwah kepada orang-orang bukan islam. Heh.
Kalau kristian boleh berdakwah dengan bebas di malaysia berbanding islam itu sendiri walaupun islam ialah agama rasmi.. maka tukarlah agama rasmi di malaysia. Tukar kepada kristian. Pali.. pali.. government.. pali..
Keputusan kerajaan untuk mengecop 'Untuk Kristian Sahaja' ke atas 5,100 alkitab Injil berbahasa Indonesia yang ditahan baru-baru ini mungkin dibawa ke mahkamah, kata seorang peguam.
Menurut Annou Xavier, beliau dihubungi oleh beberapa paderi yang bercadang mengheret Kementerian Dalam Negeri ke ke mahkamah kerana berpendapat hak mereka sebagai penganut agama Kristian telah dicabuli. Katanya, cop berkenaan pada alkitab secara tidak langsung menafikan hak penganut Kristian bagi mengembangkan kepercayaan mereka kepada masyarakat bukan Islam. Merujuk Artikel 11 (4) perlembagaan persekutuan, Annou berkata sekatan hanya adalah terhadap mengembangkan agama kepada masyarakat Islam tetapi tidak menyatakan apa-apa bila membabitkan masyarakat bukan Islam. Artikel 11 (4) berbunyi: “Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.”
Ameno : Di malaysia, orang kristian bebas berdakwah.. mereka fikir mereka tidak bebas tetapi mereka tidak sedar yang mereka bebas.. yang tertindas dan masuk penjara itu ialah orang islam yang mao berdakwah...
Semalam aku telah di tanda oleh rakan facebook ke atas satu poster yang hebat. Aku baru perasan tadi sebab baru login facebook guna account pertama aku. Kat bawah neh adalah poster yang calon aspirasi buat ketika prk kampus berlangsung baru-baru ini ;
Hebat tak poster neh? Hebat kan..
Cukup tak sangka pro aspirasi dah mula mengikuti jejak langkah taktik penyokong umno dalam memperhebatkan diri dalam seni super impose.
Semoga mereka [pro aspirasi] cemerlang, terbilang dan gemilang membuat poster lucah.
Ingat aspirasi! Ingat lucah!
Ha Ha Ha..
Ameno : Isu yg patut pro aspirasi + mahasiswa pakai ketika prk kampus ialah isu2 setempat yang melibatkan fasilitis kampus itu sendiri. Isu2 nasional macam neh apa guna pun korang jaja? Haizhh.. pelik!
Alhamdullilah. Aku suka baca kenyataan pemuda dap neh. Best.
1. DAP akhirnya akur dengan ketegasan kerajaan negeri kelantan berkaitan isu judi di kelantan.2. Namun ada sesuatu yg aku rasa pemuda dap tak patut cakap3 . Apa nama yang loteri dah jadi kebiasaan masyarakat tinghua neh?4. Nanti masyarakat tinghua dikecam kerana suka main judi loteri pula... tak pe ke?5. Sendiri suka beli loteri sendiri punya pasal lah. Jangan dikaitkan dengan masyarakat pula.6. Kang tak pepasal orang malaysia akan memersikan ingat cina ingat loteri.. amacam? mesti marah kan?7. So jangan cakap itu macam. Saya punya member banyak cina, mereka loteri pun tak pandang. Mereka bilang " buang saya punya duit" Hanya orang bodoh saja pergi berjudi. Haiyo
=> Dalam erti kata len, judi ataupun loteri bukanlah kebiasaan masyarakat tinghua8. Dalam pada itu isu dsai menegur tgna juga tidak wujud.9. Namun aku tetap rasa pelik. Sebab pemuda dap turut berkata tidak semestinya apa yg berlaku di kelantan, akan di ikuti oleh pakatan rakyat.. apa tue? Kena elobrate sket weh.. aku takmo undi parti pro judi + pro maksiat. Maaf, aku jujur lagi.
10. Judi = merosakkan masyarakat tak kira siapa pun pelakuan dia. Maksiat? Juga merosakkan masyarakat tak kira siapa pun pelaku dia. Korang nak ke anak2 korang jadi pelacur kat kelab malam? Bohsia? Merempit? Jual dadah? Lue fikir sendiri.11. Dan PKR kena bagitau apa pendirian mereka mengenai isu judi neh.12. Aku takmo celon umno perintah malaysia ble umno jatuh.13. Aku mao celon islam tadbir malaysia sebab itu hasrat aku sebagai seorang islam. Final. Ameno : Pendirian aku : nampak macam tak sokong tapi sokong.. tp kadang2 nampak macam sokong tp tak sokong plak.. aik?
Ummi kini kembali menyaman manusia lagi. Heh. Dia neh memang kaki saman lher. Baca bawah ;
KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tingi di sini hari ini melibatkan tuntutan ganti rugi RM100 juta terhadap bekas rakan perniagaannya dan laman berita Malaysiakini. Ummi Hafilda, 43, memfailkan saman tersebut melalui Tetuan Sahrihan & Hamdan di kaunter Mahkamah Sivil dengan menamakan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda sebagai defendan pertama dan Mkini Dotcom Sdn Bhd yang menyelenggarakan laman berita Malaysiakini sebagai defendan kedua.
Ummi Hafilda dalam saman pemula berkenaan mendakwa defendan dalam satu temuramah di lobi Bangunan Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah dan menyerangnya secara peribadi.Beliau mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Nor Azman adalah semata-mata untuk memalukannya dan bermotifkan niat jahat. Ummi Hafilda juga mendakwa kenyataan Nor Azman seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal dan amat tidak jujur, serta terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengakibatkan pertuduhan meliwat terhadap Anwar. Beliau mendakwa defendan kedua pula telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah itu di web portal www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu. Selain menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, plaintif memohon satu injunksi untuk melarang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan-kenyataan berbau fitnah terhadapnya.Ummi Hafilda juga turut memohon ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk, serta lain-lain relif yang difikirkan adil dan sesuai oleh mahkamah. - BERNAMA
Pelik aku tengok manusia zaman sekarang. Saman menyaman macam satu budaya pula. Mungkin ini budaya ummi hafilda kot. Tapi persepsi manusia pada zahirnya selalu begini ;
- pihak yang memulakan saman = pihak yang benar.
Entah betul entah tidak. Tapi aku tak percaya kat ummi hafilda neh. Aku tak percaya bukan pasal dia musuh anwar ibrahim. Enh betul ke dia musuh DSAI, ataupun DSAI musuh dia? Entah! Lue fikir sendiri enh..
Aku tak percaya pasal aku dah syak sesuatu kat perempuan neh. Kalau nak tahu dia sebenarnya terlibat dalam skandal rasuah dalam tourism malaysia. Sepatutnya dia didakwa tahun lepas tapi sampai sekarang isu tue cam terbiar.
Then sebulan dua tiba-tiba dia buat comeback dan attack DSAI mengenai isu liwat. So kat situ aku dah rasa ada sesuatu yg fishy sebab tue aku tak leh percayakan perempuan neh. Perempuan ini, azmin ali dan azwan ali ketiga-tiganya aku tak percaya. Cuma tahap ketidakpercayaan aku terhadap mereka tue berbeza ikut tingkat.
Ummi hafilda = 99% aku tak percaya.
Azwan Ali = 90% aku tak percaya.
Azmin Ali = 80% aku tak percaya.
Katakanlah ummi bakal menang dalam kes saman fitnah neh.. adakah ini akan membuktikan dia di pihak yang benar? Belum tentu beb. Kepercayaan aku terhadap sistem mahkamah malaysia dah hilang. Mungkin kerana ini sistem sekular.
Baginda neh pun aku tak percaya. Dia pernah masuk islam dan kemudiannya keluar islam. Orang macam neh dia nak suruh aku percaya kat dia? Tolonglah, aku masih manusia normal. Sejahat-jahat aku di dunia ini, aku belum sampai tahap mengagungkan orang yang murtad. Maaf cakap, aku jujur.
Aku neh belum lhar masuk taraf budak baik, tetapi jalan untuk menjadi baik itu aku sedang buat. Insya-Allah sebelum kubur buka pintu untuk aku, aku akan pastikan aku akan pilih jalan yang orang islam wajib pilih.
Selain dari saman, ummi juga melarang malaysiakini daripada menyiarkan apa-apa kenyataan baginda terhadap ummi. So kira nya macam neh lhar..
- media arus perdana berhak siar apa2 kenyataan dari ummi tak kiralah samada dia menfitnah ataupun menuduh dan etc.
- baginda tak boleh cakap apa2 pun pasal ummi
Heh. Pelik. Awat takut sangat ummi? Tapi apapun sandiwara korang berdua..
Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr. Harun Din dikatakan telah dikunjungi beberapa kumpulan Pemimpin PAS Pro Erdogan bagi memujuk beliau membuat kenyataan membenarkan Kitab Injil berbahasa Melayu dibenarkan untuk terus beroperasi di seluruh Negara. Ini akan memberi kelebihan politik terhadap parti tersebut terutamanya dalam berhadapan dengan PRU Sarawak. Harun Din dengan nada marah memberi amaran keras terhadap pemimpin2 tersebut agar tidak menggadaikan maruah Agama Islam demi kepentingan politik sempit. Harun Din kemudiannya bertanya kembali apa kesannya apabila pengedaran Kitab Bible berbahasa Melayu ini? Adakah kita hendak lihat anak2 Muda Islam membeli Kitab tersebut lalu terpesong agama mereka? Harun Din juga menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya bahawa ianya tidak releven dan sewajarnya PAS tidak bertindak melulu dalam mengejar karier politik tanpa memikirkan soal kedaulatan Islam pada masa hadapan.
Petikan di atas aku amek dari blog pro umno. Aku dah search harakahdaily dan beberapa berita online pro pakatan rakyat tetapi aku tak jumpa berita di atas. Ini point yang korang faham kan dulu ;
1. Terdapat perkataan puak erdogan dalam petikan di atas.
- Kesemua ahli/penyokong pas tahu puak endorgan tidak wujud dalam pas. Ianya disebarkan oleh umno bagi memecahbelahkan sokongan terhadap pas. Jelas artikel di atas tidak ditulis oleh mana-mana ahli pas sebaliknya ditulis oleh penyokong umno itu sendiri.
2. Beberapa pemimpin pas memujuk harun din untuk bersetuju agar bible dibenarkan dalam bahasa indonesia [bukan bahasa melayu].
- Harun din tak pernah pula mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak bersetuju bible indonesia. Yang cuma pernah dia ulas ialah hukum penggunaan kalimah Allah swt untuk orang kristian. Dia secara lantang menegaskan bahawa hukum penggunaan kalimah Allah swt oleh orang bukan islam ialah ;
- HARUS. [baca baik2 ya penyokong umno, ia bukan haram].
HARUS dibenarkan.
HARUS dilarang.
Dia memilih harus dilarang sebab ia membabitkan masalah akidah umat islam. Umat islam di malaysia kini sangat lemah akidahnya. Apatah lagi kristian mengambarkan Allah swt mempunyai anak dan menyerupai mahkluk. Dan saya ada terbaca beberapa pandangan, ada yang mengatakan bagaimana jika di sini hindu dan buddha turut menamakan tuhan sebagai Allah swt dalam ajaran mereka? Bukan kah itu akan timbul konflik? Sebagai umat islam kita sedia tahu Allah swt ialah tuhan sekalian mahkluk. Tetapi menempatkan kalimah Allah swt yang bukan mewakili Allah swt, sudah tentu akan wujud pertikaian yang tidak munasabah.
Manakala TGNA mengatakan ia ;
HARUS dibenarkan.
Namun TGNA turut mengulas bahawa kalimah Allah swt haruslah digunakan bagi merujuk kepada Allah swt itu sendiri dan bukan nya mahkluk dan sebagainya.Jika kalimah Allah swt digunakan untuk merujuk selain dari Allah swt ianya dilarang sama sekali.
Jelas artikel ini sedang menyerapkan unsur-unsur tidak baik agar penyokong pas saling berbalah.
3.Artikel di atas turut mengulas isu pilihanraya sarawak. Mungkin mereka lupa pas hampir tiada kerusi untuk dipertandingkan di sarawak berikutan berlaku perebutan kuasa antara pkr, dap dan snap baru-baru ini. So isu neh takde kena mengena dengan pas waima sedikitpun. Walaupun yang bertanding ialah parti-parti komponen pakatan rakyat tetapi cukuplah pkr dan dap bersuara bagi membolehkan bible bahasa indonesia digunakan di sarawak. Suara PAS di sarawak sangat kecil malahan orang-orang sarawak tak heran sebab mereka tak berapa mao islam berkuasa di sarawak. Ini sifat lazim bagi penganut kristian. Sifat yang lazim ini juga adalah perkara yang lazim bagi aku sebagai seorang penganut islam sudah tentu tidak mao kristian berkuasa di negeri-negeri majoriti islam.
4. Harun din marah dan mempersoalkan isu akidah umat islam masakini.
- Tiada apa-apa yang boleh aku ulas mengenai kemarahan harun din. Dia marah sudah tentu bersebab dan sebagai seseorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi dan wajib pula kita menghormati dia, maka kemarahan dia sudah tentu ada benarnya. Namun isu sekarang, kenapa kemarahan dia tidak tersiar di dalam harakah ataupun mana-mana paper online? At least orang nampak kemarahan itu. Ini kenapa dia nak marah diam-diam pula kan? [kalau ada sila inform]
Ataupun cybertroopers umno menyebarkan fitnah? Ingat, yang kamu fitnah itu orang yang cukup menjaga solat dan ibadat mereka sehari-hari. Tak kiralah harun din ataupun nik aziz. Mereka ini sudah terbukti melalui wajah di mana keluar cahaya yang berseri-seri melalui muka mereka.
Pas bebas berbeza pandangan dan pendapat. Asalkan ianya tidak lari dari apa yang tertera dalam Alquran. Namun isu bible bahasa indonesia pas hanya boleh mempunyai satu pendapat.
Setuju atau tidak bersetuju?
Jika pemimpin pas memutuskan untuk bersetuju maka seluruh ahli/penyokong pas kena ikut keputusan jemaah.
Jika pemimpin pas memutuskan untuk tidak bersetuju maka seluruh ahli/penyokong pas kena juga ikut keputusan jemaah meskipun pandangan peribadi aku sendiri bersetuju bible diterbitkan dalam bahasa melayu [bukan bahasa indonesian seperti sekarang] bacasini.
Mungkin ramai yang tidak tahu kenapa kerajaan menyekat penyebaran bible bahasa indonesia dua tahun yang lepas. Sebab utama ialah terdapat kalimah Allah swt dalam bible-bible tersebut. Ketika itu isu penggunaan kalimah Allah swt oleh penganut kristian sedang kecoh di seluruh negara. Maka kerajaan bertindak membekukan pengedaran bible bahasa indonesia sehingga kes itu selesai.
Memandangkan di indonesia, penganut kristian bebas menamakan tuhan sebagai Allah swt dalam kitab mereka, maka malaysia harus membuat satu keputusan yang tepat bagi menjaga hubungan baik islam-kristian.
Samada menghentikan terus bible terbitan indonesia dan menerbitkan bible bahasa malaysia dan dilarang menggunakan kalimah Allah swt di dalam nya ataupun hanya meluluskan bible terbitan indonesia yang tiada perkataan Allah swt di dalamnya.
Bible terbitan indonesia ini akan di tag hanya untuk penganut kristian sahaja ketika ia di edarkan. Jika kerajaan bersungguh mahu menjaga akidah umat islam, maka mohon dikenakan hukuman mati kepada yang memurtadkan orang islam dan orang islam yang murtad.
Kenapa? Sebab islam agama rasmi, maka eloklah kerajaan bertindak seperti digambarkan oleh perlembagaan negara.