Yahoo..! Akhirnya aku dah dapat bukti yang sahih mengenai advertlets. Jika sebelum neh aku dengar cakap-cakap orang bahawa ;
- advertlets tidak bayar
- advertlets hanya bayar bloggers otai
- advertlets hanya bayar bloggers yang mereka suka
- advertlets hanya bayar bloggers yang rajin join gathering
nampaknya situasi yang berbeza berlaku pada aku. Sebab aku bukan blogger otai, tak pernah join gathering mereka apatah lagi bukanlah jenis blogger yang mereka akan suka sebab jenis aku yang suka mengkritik secara terbuka tanpa selindung. Tak percaya? Baca sini dan sini.
Aku dapat bayaran dari team advertlets pada 8 mac 2011 hari tue. Mereka bank-in kan dalam account bank aku atas permintaan aku sendiri sebab aku jenis tak tinggal diam di satu tempat. Aku secara peribadinya belum check samada bayaran tersebut memang dah ada dalam account bank aku tetapi aku tak rasa team advertlets hanya menipu mengenai perkara ini.
Advertlets hantar email kat aku dua hari lepas dan notice aku bahawa mereka dah buat pembayaran. Ble aku check menerusi dashboard advertlets aku dapati memang wujud perkara tersebut. Lihat ini ;
Aku ada sebab kenapa aku tutup tarikh dan jumlah pembayaran tersebut. Aku rasa tak sedap hati nak tunjukkan kepada korang. Aku taknak mengalakkan korang buat blog untuk duit. Sebaliknya aku nak korang buat blog atas minat diri sendiri. Ble korang berfikir macam tue barulah korang leh jana pendapatan macam aku. Untuk blog indi macam aku yang bergerak secara terang-terangan menentang kezaliman pemerintah, aku memang perlukan peruntukan macam neh. Bukan dibayar beb. Lainlah bloggers sebelah sana, rm5k sebulan.
Namun aku ada sedikit perkara nak bagitau kat adverlets. Aku nak share 'bukti kesetiaan' aku bersama advertlets dengan memberikan beberapa cadangan 'kesetiaan' kepada advertlets ;
1. kemaskini website dengan kerap. Paparkan segala aktiviti terbaru team advertlets dan siarkan setiap iklan/kempen yang berjalan di advertlets supaya mereka [bloggers] tahu iklan apa yang berjalan di blog masing2.
2. Buat ruangan forum ataupun chat supaya sesama bloggers boleh berintergrasi. Jadikan ruangan forum tersebut tempat untuk ping entry blog dan menambahkan traffic ke dalam blog mereka. Ini sekaligus akan membuatkan ramai orang berkunjung ke website advertlets. Innit sebagai contoh tetapi innit sangat teruk sistemnya. Langsung tak boleh pakai. Maaf nuffnang saya bercakap jujur di sini. Apa yang perlu advertlets buat ialah ruangan forum yang simple untuk para bloggers ping entry dan berborak sesama mereka serta tidak terlalu merepek seperti innit.
3. Hantar mesej setiap kali ada bloggers yang cashout. Alert setiap bloggers mengenai proses pembayaran advertlets dalam mesej tersebut agar tidak timbul salah faham. Lebih kurang macam auto-responder larh. Jadi bloggers akan faham.
4. Respon kepada pertanyaan bloggers sekurang-kurangnya tiga hari. Setiap kali bloggers bertanya menerusi advertlets, advertlets patut reply menerusi auto respon dan beritahu bahawa team advertlets akan membalas pertanyaan anda dalam masa 3 hari masa bekerja. At least bloggers akan tunggu 3 hari sekurang2nya tanpa rasa marah. [lebih baik respon cepat tetapi memandangkan advertlets tak cukup kaki tangan] so ini boleh dibuat bagi memudahkan urusan kedua belah pihak.
5. Buat stat untuk bloggers. Advertlets sampai sekarang tiada stat. So macam mana para bloggers dan team advertlets nak buat catatan / kajian tentang pengiklanan di advertlets? Rugi kalau tiada stastistik yang mengumpulkan data-data neh.
6. Buat program loyalty. Maksudnya untuk bloggers yang dah bertahun-tahun dan setia bersama adverlets mendapat sedikit keistimewaan. Barulah best... [aku bersama adverlets dari bulan 9 @ 10 tahun lepas tak silap. ]
7. Promosi advertlets dengan lebih kerap. Kalau dibandingkan dengan nuffnang, adverlets lebih baik dari soal 'letak iklan'. Kekurangan adverlets seperti 'ketidakcekapan customer service' membuatkan advertlets tidak diyakini oleh para bloggers. Kalau ini advertlets boleh overcome sudah tentu lebih ramai orang akan berlanggan dengan adverlets berbanding nuffnang sebab apa? Sebabnya ialah ;
- adverlets membayar bloggers lebih tinggi daripada nuffnang.
- advertlets tiada BE section seperti nuffnang. Yang mana setiap bloggers yang berdaftar dengan adverlets boleh terus jana pendapatan tanpa perlu bodek nuffnang sampai mampos.
Advertlets ada dua kelebihan ini tetapi mereka tak highlightkan kelebihan-kelebihan mereka sehingga nuffnang terlihat lebih hebat dari mereka padahal nuffnang hanya pandai mengkomersilkan product mereka. Itu sahaja. Nuffnang mengiklankan diri mereka begitu hebat seolah-olah seperti hebat padahal mereka tidaklah sehebat mana pun dari segi 'kadar bayaran'.
So advertlets, kalau anda nak maju setapak ke dalam dunia pengiklanan di internet.. kenalah buat sedikit proses pembaikan. Bukan tak boleh, memang boleh. Cuma nak kena usaha dengan lebih giat je.
Kalau nak tahu macam mana advertlets buat proses pembayaran baca sini.
Updated : Advertlets memang bayar blogger, aku dah terima wang nya.
Ameno : Lambat bayar takpe, jangan tak bayar..