Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 19 Februari 2011

Hujah Hebat Ali Rustam..

Ali Rustam ialah seorang ketua menteri melaka. Kalau korang ada add facebook dia, korang akan perasaan dia suka jawab soalan-soalan panas penyokong dengan perkataan "melaka maju". Siyes. Aku dah banyak kali nampak. Aku pun pernah juga membuat pertanyaan kat facebook dia.. dia mau juga layan tapi selepas satu tempoh dia akan blocked aku.. cis.

Dua kali aku kena blocked dengan dia. So aku kena ahti-ahti komen kat facebook dia. Aku tahu dia dah pantang nampak nama aku. Sure dia mesti banned punya walaupun takde sebab yang kukuh. Ceh

Komen balas dari menteri melaka neh memang kebudak-budakkan. Mungkin disebabkan itu kot aku rajin lepak facebook dia. Tapi tue lah aku terpaksa jadi silent reader kalau tak sure kena banned punya. Dia dah terkena sindrome fobia-amenoworld. 

Kalau korang nak tengok komen lawak dia baca bawah neh ;



Ameno : Melaka maju.. zzzzzzzzzzzzz...

Jumaat, 18 Februari 2011

Shahrukh dapat special project dari Ali Rustam..


Shahrukh khan berada di malaysia. Dia sedang menjalani pengambaraan filem yang bertajuk Don : 2 [Aku yang one pun tak sempat-sempat tengok full sampai sekarang.. tengok sekerat-sekerat je.. rugi..rugi.. dengar citer besh]

Melaka, Kuala lumpur dan Langkawi antara lokasi pengambaraan bagi filem tersebut. Sayang betul Ali Rustam kat Shah rukh khan neh aku rasa. Sebab apa, dalam berita tadi aku baca ;

1. Kerajaan melaka akan bina studio filem yang besar.

2. Nama studio itu ialah Studio, filem dan television antarabangsa melaka. [Aku harap malaysia boleh buat filem canggih lepas studio neh diwujudkan].

3. Kos studio tersebut di anggarkan RM21.3 juta. [aku harap jangan ada yang cuba memanipulasikan projek neh.. karang habis seme guna barang reject.. baru bina setahun dah runtuh because kualiti cikai]

4. Pembinaan studio dicadangkan di Rumah Media, Ayer keroh.

5. Peruntukan pula datang dari kementerian pelancongan.

6. Studio tersebut di jangka akan mula dibina pada tahun ini [sama-sama kita nantikan]

7. Kaitan shahrukh khan dengan projek ini ialah dia akan sumbangkan idea bagi pembinaan studio tersebut [aku taktahu dia pakar dalam benda tue..]

8. Dia juga akan menjadi pelakon utama bagi filem pertama yang akan dikeluarkan oleh studio tue [Aku rasa cam tak berapa bagus lah idea neh]

9. Aku tak pertikaikan kejayaan shahrukh khan dalam bidang perfileman.. tapi menjadi pelakon dan pengarah adalah perkara yang berbeza.. apabila kita nak membina studio.. ada baiknya kalau kerajaan melaka berkerjasama dengan yang benar-benar pakar.. yelah walaupun shahrukh khan cakap dia akan sumbangkan idea dalam paper.. siapa jamin bahawa sumbangan idea tersebut adalah percuma? Heh. Alang-alang kena bayar pergilah lantik orang yang betul-betul pakar dalam bidang tersebut.

10. Aku pun tak nafikan kehebatan shahrukh khan dalam dunia lakonan [sebenarnya nak kutuk.. tp kalau dibandingkan dengan fasha sandha.. okey lagi kot lakonan shah rukh khan] tapi bukan kah lagi patut kalau pelakon malaysia yang diberikan lead utama untuk merasmikan product pertama dari studio terbabit?

Aku rasa Ali Rustam neh ada hubungan sedara kot dengan shah rukh khan.. asyik utamakan shah rukh khan jer.. 

Ameno : kera dihutan bagi susu, anak kat rumah bagi susu gak, tapi yang dah basi punya.

Mani lelaki lain di dubur saiful.


Maafkan saya kerna bersikap ingin tahu tentang perkara yang melibatkan seks luar tabii ini. Boleh saya tanya begini tak ;

1. Jika saiful di liwat, bukan kah sepatutnya dsai memasukkan z**** dia ke dalam dubur saiful?

2. Jika ya, bukan kah sepatutnya tompokan air mani tersebut berada di b***** saiful?

3. Jika ya, bukan kah sepatutnya seluar di bahagian belakang yang ada tompokkan air mani?

Tetapi merujuk kepada statement di atas, tompokkan air mani berada di hadapan zip seluar saiful. Adakah saiful telah diliwat melalui.. ttetttttttt.. 

Ada berapa lelaki yang meninggalkan air mani mereka kat dubur saiful tue? Adakah saiful telah diliwat lebih dari dua orang lelaki? Ha Ha Ha..  

 

Ameno : Cubaan meliwat.. ataupun cobaan.. ?

Khas untuk UPP : Keadilan untuk arwah Said.

Kisah neh berlaku semalam. Semalam aku tengok tibitree. Aku tahu mesti ramai yang booo aku sebab aku tengok tibitree padahal aku selalu condemn tibitree. Tapi sebenarnya mereka tak akan faham aku. Aku ada sebab kenapa aku tengok tibitree. Bagi aku kalau aku tak tengok tibitree, macam mana aku nak tahu apa yang tibitree tipu kat masyarakat malaysia? So.. niat aku suci murni as always. Heh

Kisah nya begini. Semalam kat tibitree beria-ria lah seorang UPP [Unit Polis Penyeludupan = neh makna yang aku reka-reka ikut suka ahti aku sebab malas nak pergi cari info makna sebenarnya] menceritakan detik-detik bagaimana seorang remaja berusia 19 tahun ditembak [masih hidup] oleh UPP atas faktor mereka nak mempertahankan diri. Okey. No hal. Kalau sungguh budak tue jahat dan nak serang UPP, aku rasa takde masalahlah UPP nak tembak budak tue [walaupun mereka sepatutnya boleh guna elektrik gun cam polis owang putih guna tue] atas alasan pertahankan diri. Tapi masalahnya benar ke budak tue nak serang UPP? Dan betul ke UPP menceritakan perkara yang benar? Sila lihat video dibawah ini ;


Dan ini pula keratan printscreen utusan malaysia mengenai isu di atas ;


Perkara ini timbul menjadi isu sebab ;

1. Arwah Said didakwa telah dibelasah hingga mulut berbuih sebelum di bawa ke hospital. Bukan seperti apa yang didakwa UPP sebelum ini menerusi media arus perdana.

2. Arwah Said bukan seorang penyeludup beras. Semalam sapa tengok berita dia ada cakap UPP menumpaskan kegiatan penyeludupan. Tapi nilai beras cuma ratusan ringgit je. [20 kampit ada berapa kilo?] Dah tue naik kereta kancil pula tue. Boleh bayangkan kereta kancil + 20 kampit beras?

3. Konon nya Anak saudara Said menyerang UPP [betul ke dia menyerang?] sebab marahkan bapa saudara nya dibelasah sampai mati oleh UPP. [Kena tunggu dia sihat dan membuat PC kelak bagi info lanjut].

4. Suratkhabar pula paparkan berita seolah-olah arwah Said ialah penyeludup [menerusi berita di atas] so ini telah menguris perasaan ahli keluarga arwah kerana sebenarnya arwah memang meniaga beras yang di ambil borong dari thailand. 

5. Kalau tengok berita kat atas pun dia tulis dipercayai.. so benda tue tak terbukti.. sahih. 

Ingat kes arwah aminulrashid? Kugan? Teo beng Hock? Semua nya tiada pengadilan. Dan demi mendapatkan pengadilan.. ada individu [aku rasa orang yang dekat dengan arwah dan remaja yang ditembak tue] telah membuka facebook group untuk menepis semua tohmahan, tuduhan dan persepsi negatif terhadap arwah Said.

Nak tahu info lanjut klik sini.

Ameno : Aku cukup risau nak deal dengan pihak penguatkuasa di malaysia.. rasa cam nyawa di hujung tanduk.. anytime kena bang-bang je..

Khamis, 17 Februari 2011

Pendidikan Seks kini di PLKN.



Pendidikan seks kini secara rasmi nya menjadi subjek untuk bebudak PLKN. Herm.. terkejut gak tapi mungkin kah ada kebaikan di sebalik subjek ini?


Ameno : Taktahu nak respon apa.. nak kata negatif.. negatif ke? Nak kata positif.. tapi positif ke? Entah..!

Seriyus fail - Ameno World Fail II [copy-paste from obefiend]

Fail! Aku memang fail!! Obey telah menemukan bukti betapa failed nya Ameno World!!! 
Sila lihat bawah neh ;


Untuk pengetahuan kowang, kami selaku penyedia tapak untuk pengiklan tidak boleh klik iklan sendiri. Akan tetapi atas jasa baik pembaca-pembaca belog seperti obefiend neh dia telah mendedahkan aku satu perkara yang memang sampai sekarang aku taktahu realitinya. Di samping itu aku juga fail sebab dunno what to do dengan benda alah neh. Siyes. Erhh silap eja plak. Seriyus.

Aku cuba mengamati kata-kata sayang obey kepada aku. Puas aku menelek mencari apa yang dia bilang dalam belog dia kat advertlets aku tapi satu haramjadah aku tak jumpa.. Why? Kalau kempen innity memang boleh pilih aku tahu.. tapi aku belum pernah pilih untuk reject pun buat masa sekarang sebab tiada keperluan..




Aku juga tak pernah receive apa-apa memo dari pengiklan samada mahu menjalankan kempen ataupun tidak. Memang tak pernah. Mungkin aku tak sepenting obey. Pengiklan pun rupanya pandai pilih orang yang layak dapat memo dengan orang yang tak layak dapat memo. Owh.. aku kuciwa.. aku kuciwa.. kerana di double standardkan oleh pihak pengiklan..

Apa pun tenkiu lah obey.. cukup sayang engko kepada ku.. kini baru ku mengerti.. ouchh..

Menangi tawaran penjagaan rambut bernilai rm290 sekarang. 

Ameno : Terma advertlets, innity dan nuffang sama ke weh?

Churp-churp petronas neh apa?

Aku tak faham satu je. Apa motif benda alah neh? Aku nak promote pun taktahu nak promote apa sebab aku tak tahu benda alah neh benda apa.. 

Korang tahu ke? Tengok bawah ;


Puas aku cuba sental kepala hotak aku dengan sabun + varnish + clorox + fab + macam2 lagi lah tapi tak berhasil memahamkan apa yang sepatutnya aku faham menerusi iklan petronas neh. 

Dia nak suruh kita amek iktibar bahawa ikatan kekeluargaan itu penting ke ataupun nak suruh kita edarkan kad ucapan selamat tahun baru cina tue? 

Aku terai gak belek-belek gambar tue.. last-last aku give up. Yang aku tahu, aku klik like dan aku blah. Heh


Ameno : Aku tak faham geometrik lah. Matematik aku failed! Failed wa cakap lue!

Fungsi baru facebook makin pelik.

Fungsi terbaru facebook semakin tidak menyenangkan aku. Siyes. Naik runsing aku tengok facebook bila ;



1. Semua link yang kita share via facebook  [link asal dari facebook itu sendiri] tidak boleh di komen oleh sesiapa pun melainkan hanya button share aje yang terpapar. [rujuk gambar]

2. Even like pun takde.

3. So camne nak tahu respon balas atas perkara yang kita share tue?

4. Jawapan nya kena buka topik barulah. Perubahan neh tertakluk kepada facebook individual dan group.

5. Lagi satu untuk facebook fanpage aku dapat tahu bahawa jika ada admin yang like comment fan dia akan terpapar macam neh ;


Okeylah takde masalah sebab aku rasa privacy admin page akan lebih terjamin [pada yang nak sembunyikan identiti lah].

Apa pun ciri facebook yang melarang kita komen / like link yang kita share via facebook adalah sesuatu yang aku tak setuju langsung.


Ameno : Facebook patut buat open survey dulu sebelum apply perubahan demi perubahan.. at least barulah kita owang di hargai.. neh tidak men tukar je.. walaupun facebook adalah free tapi facebook kini adalah seumpama public figure.. so as public figure kena pentingkan public opinion.

Identiti amingenji yang hina kaum india terdedah.








Ini adalah kali kedua aku menulis semula posting neh. Tulisan kali pertama aku padam. Aku padam sebab aku rasa terlalu skema dan entah hapa-hapa. Heh

Kalau korang nak tahu asas citer neh, dipersilakan rujuk video racist neh terlebih dahulu. Dah tengok boleh masuk komen sini.

1. Tengok printscreen kat atas. Aku tengok budak amingenji neh dah berambos setelah video racist tersebut menjadi kontroversi di dunia internet.

2. Mungkin itupun yang dia cari untuk raih populariti.

3. Yelah, kalau sungguh nak berambos, kenapa tak tutup je terus blog dia? Betul? Bajet nak tunjuk muka tak handsome dia lah tue.. ceh

4. Siap bagi amanat terakhir lagi tue. Ceh.. terakhir lah sangat.. kalau berani meh lah datang sini kita slowtalk sesama..

5. Namun aku rasa budak gangster melayu neh memang ada masalah jiwa yang kronik. Dia ingat dia sorang aje kenal dunia internet time umur 15 - 17 tahun? Aku pun kenal dunia internet sejak awal remaja gak tapi takde plak nak wat belog bodoh macam tue.. apatah lagi merepek yang bukan-bukan kat youtube..heh

6. Dalam pada dok kutuk india, dia makan gak roti canai enh? Sadis betul..

7. Kalau korang tengok video racist tersebut.. korang perasan sebenarnya dorang [amingenji gangster yg tak handsome] neh buli budak-budak yang baru masuk sekolah.. maybe bebudak form 1 kot..

8. Budak-budak melayu yang buli bebudak india tue sekarang form 5. Nak amek SPM. Tapi kaki ponteng sekolah.. kaki suzi [boleh tengok repekan di atas] dan kaki mengarut..

9. Pengajaran terbaik untuk budak ini ialah dia kena dihukum. Dia kena minta maaf secara terbuka dan berjanji tidak mengulangi perbuatan biadap tersebut.

10. Kenapa kita kena hukum dia? Pasal dia neh .. beratus-ratus komen hina islam, melayu dan Nabi Muhammad saw kat youtube [bawah video dia] ditulis.. sebagai respon balas di atas perbuatan biadap dia.. Namun video tersebut telah hilang ble dia bertindak tutup account dia. Dia fikir kita hanya dapat jejak dia menerusi facebook, twitter dan youtube je ke? Dalam blog pun boleh gak per. Heh

11. Nak tengok gambar dia?

Opsss maaf aku tutup sebab dia tak handsome pun. Buang masa lah tengok budak yang berperangai buruk bila tak sedar muka pun tak berapa handsome gak.. heh

12. Kesimpulan nya budak yang buat video racist neh memang orang melayu. So orang-orang yang mengatakan india yang buat video tersebut semata-mata nak cetus rusuhan kaum nampaknya tak betul.. tet.

13. Apa pun bangsa mereka, asalkan mereka racist mereka tetap dibenci. Aku benci racist india, melayu atau cina. Tiada beza kerana racist ialah racist. Racist bukan bawa imej bangsa tapi imej individu. Orang macam di atas neh, walaupun dia melayu.. dan bersikap racist tetapi tidak adil pula kalau seme melayu terpalit dengan persepsi buruk disebabkan kebiadapan dia.

14. Ada juga yang bagitau mungkin budak neh dah insaf.. aku nak cakap, kalau dia dah insaf Alhamdullilah. Lagi bagus kalau dia tulis statement minta maaf secara terbuka. Tapi kalau dia lari sebab takut .. bek tak payah. Makna dia bukan nya insaf sebaliknya dia takmo dikenakan tindakan undang-undang je. Orang yang dah insaf depa tak lari tapi sebaliknya depa deal dengan situasi tersebut.

15. Kesimpulan nya janganlah kita bersikap racist disebabkan ada orang racist dengan kita. Mereka [orang bukan islam] menilai kita [orang islam] berdasarkan perwatakan kita. So.. pepandailah bawa imej islam yang Rasul Allah tonjolkan.
Ameno : Amingenji.. lagi bagus kalau ko masuk blog aku neh weh..

Rabu, 16 Februari 2011

Benarkah syiah sesat?

Saya sebenarnya tak berapa gemar nak menulis topic ini. Apatah lagi menulis pula mengenai isu yang boleh di anggap sensitif oleh umat islam di malaysia. Akan tetapi saya juga merasa tidak tertahan pula  dituduh sebagai ahli syiah ataupun liberal semata-mata saya gemar kepada konsep menerima pandangan, berbahas, mencari titik persamaan, merungkai perbezaan dan akhir sekali menjalin persefahaman.

Ramai sungguh diantara kita cukup malas mencari ilmu tetapi mengharapkan ilmu datang bergolek-golek. Ramai juga di antara kita meletakkan tugas mencari ilmu adalah tugas orang tertentu manakala mereka hanya duduk menunggu sehingga ilmu tersebut sampai kepada mereka. Ramai juga diantara mereka seringkali kata berkata hidayah itu milik Allah swt tanpa pernah memahami bahawa hidayah takan datang bergolek kalau sendiri malas mencari. Bila tak dapat hidayah, disalahkan takdir [qada` dan qadar]. Alasan yang cukup mesra untuk mengubati kelemahan jiwa yang pemalas.

Gheezz.. tiba-tiba topic syiah menjadi begitu popular di malaysia. Dan tiba-tiba saya sedar bahawa bilangan masyarakat yang hipokrit tidak tertumpu kepada umno dan bn sahaja. Rupanya mereka lebih ramai dan wujud di mana-mana. Betapa hipokrit nya mereka bolehlah dirujuk kepada keratan printscreen di bawah ini ;





Sudah lihat? Disini saya berikan link kepada petikan printscreen yang saya amek untuk bacaan penuh masing-masing.


Pada asalnya di malaysia, amalan syiah sememangnya dibenarkan. Kenapa dibenarkan? Dibenarkan kerana amalan / ajaran syiah itu bukan sesat. Yang sesat itu pengamal syiah yang ektremis. Mereka yang sesat ini telah pun disahkan oleh ulama besar syiah jaafa' sebagai telah terkeluar / tergelincir dari iktikad syiah itu sendiri. Akan tetapi mungkin penganut yang sesat itu adalah majoriti di malaysia, maka tindakan mengharamkan amalan syiah di malaysia dibuat agar dapat membendung aktiviti yang akan menyesatkan umat islam. Walaupun ulama besar dari aliran jaafa',  zaidiyah dan dua aliran lain menafikan syiah terlibat dalam aktiviti penyelewengan akidah umat islam, malaysia tidak menyiarkan laporan tersebut. Saya mendapat maklumat pun dari penganut syiah di indonesia.

Di situ sudah wujud ketidakadilan. Tidak adil kerana mereka tidak memberikan ruang kepada syiah untuk membela diri. Mereka melemparkan pelbagai tuduhan dan meletakkan hukuman tanpa bicara. Tidak adil juga kerana penganut syiah bukan semua nya terpesong dari pegangan islam.

Baru-baru ini mereka sangat baik berceramah kepada saya ;

1. Jika ada masyarakat kristian yang tidak mengamalkan ajaran kristian yang sebenarnya, kita tak boleh salahkan kristian, sebaliknya itu masalah penganut itu sendiri.

2. Semua agama  mengajar kepada kebaikan.

3. Islam tidak mengajak kita membenci agama lain.

Haizhh.. ceramah memang hebat. Tetapi adakah mereka beriktikad dengan apa yang mereka ceramah kan kepada saya? Hanya Allah swt yang lebih tahu.

Syiah bukanlah agama lain. Syiah ialah aliran mahzab. Mereka pegang kepada Alquran, yakni islam. Di antara aliran syiah ada imamiyah [jaafa'], zaidiyah dan beberapa yang lain. Jika pengamal ahli sunnah wal jamaah berpecah kepada 4 mahzab, begitu juga dengan syiah. Mereka beriman kepada Allah swt dan rasul. Mereka membaca kitab Alquran [jelas Alquran tidak mampu di ubah oleh mana-mana manusia di dunia ini] yang sama seperti kita. Mereka juga bayar zakat dan pergi haji. Andaikata syiah itu sesat, saya rasa arab saudi sudah tentu menghalang pengamal syiah daripada menunaikan haji di mekah, tetapi nampaknya tidak.

Amalan syiah imamiyah dan zaidiyah dilarang tersebar di malaysia atas masalah akidah. Masalahnya benarkah pengamal/penganut zaidiyah dan immamiyah yang buat hal dalam insiden di malaysia? [menyeleweng dari akidah sebenar?]

Walaupun begitu saya masih tidak akan menyokong sebarang usaha untuk melakukan dakwah syiah di malaysia secara terbuka melainkan memilih untuk menghormati penganut syiah. Asas kepada perkara tersebut ialah ;

1. Rakyat malaysia menganuti islam yang bermahzab shafie'.

2. Perlu kepada satu mahzab bagi mengelakkan kecelaruan akidah.

3. Bayangkan jika syiah dibiarkan tersebar di malaysia, sudah tentu akan wujud perbezaan pendapat yang memungkinkan akan mengelirukan amalan/akidah umat islam di malaysia.

4. Jika amalan bebas bermahzab di benarkan di malaysia, akan terjadi kacau bilau yang mana manusia [umat islam] akan mengamalkan hukum ikut suka naluri. Contohnya hukum aurat mungkin ikut mahzab maliki, hukum bersolat mahzab shafie' dan begitulah seterusnya. Dan jika itu terjadi maka bukan kah itu seperti sudah membentuk mahzab yang baru pula? Sebab itu umat islam di malaysia kena disatukan atas satu mahzab iaitu mahzab shafie' yang paling dekat dengan ahlul bait dan ini diperakui oleh seluruh tamadun islam itu sendiri.

5.Dakwah islamiah juga akan senang dilakukan jika umat islam di malaysia beramal dengan mahzab yang sama.

Bila saya memberikan respon positif ke atas syiah di tuduhnya saya adalah penganut syiah. Ghizz.. jika saya memberikan respon positif untuk pengamal kristian, hindu dan buddha adakah saya semestinya penganut bagi agama-agama tersebut? Jika saya memberikan respon positif kerjasama PAS-UMNO adalah saya ialah talibarut najib pula?

Jika kita umat islam boleh bertolenrasi dengan penganut agama lain kenapa tidak boleh bertolenrasi dengan penganut islam yang bermahzab syiah?

Mereka  berkata orang-orang syiah hina ulama-ulama besar sunni, hina sahabat Rasullulah saw dan membunuh umat islam sunni.

Ghezz.. macam lah penganut agama lain tak hina islam dan membunuh umat islam. Mereka iaitu umat islam hipokrit suka membuat hukum mengikut kehipokritan mereka. Bila masa mereka suka untuk menerima mereka akan terima dan lampirkan pelbagai hujah bagi menguatkan dakwaan mereka. Dan bila masa mereka tidak mahu menerima, mereka akan berikan pula pelbagai dalil untuk menguatkan hujah-hujah mereka. Meskipun telah berulang kali di nyatakan, tiada lagi fatwa jelas yang diterima pakai oleh seluruh umat islam di seluruh dunia bahawa syiah itu sesat secara total dan mutlak. Jika tiada fatwa, maka mereka bersandarkan kepada nas apa yang membolehkan mereka menyesatkan kesemua pengikut-pengikut syiah pula?

Mungkin mereka lupa maka suka saya ingatkan bahawa iran juga termasuk dalam negara-negara OIC. OIC ialah Organization Islamic Countries. Iran mengangotai OIC sejak tahun 1969 sama seperti Malaysia. Jika pengamal syiah di iran itu sesat, maka adakah OIC itu sesat pula? 

Menganalisis syiah dari sudut sejarah yang telah bercampur baur memang tidak adil sama sekali. Apatah lagi mengadilinya dari skop ilmu yang sempit. 8 mahzab utama yang mana empat dari sunni dan empat lagi dari syiah diiktirafkan oleh seluruh dunia islam kini. Tak percaya? Baca sini.

Beberapa persoalan mengenai syiah bahawa syiah mengkafirkan para sahabat Nabi saw, syiah memfitnah Aishah r.a, syiah membunuh umat islam sunni sememangnya adalah berita benar. Namun masih tidak mewakili keseluruhan aliran pengamal syiah sepenuhnya. Syiah ektremis yang dimaksudkan sebenarnya sudah terhapus. Kalaupun masih wujud mereka adalah kumpulan minoriti yang tidak di iktirafkan. 

Perbezaan pendapat antara sunni dan syiah dalam beberapa perkara memang tidak dapat di elakkan. Namun kenapa tidak menjadikan perbezaan itu sebagai satu keindahan ilmu? Kenapa tidak di anjurkan perdamaian dan dialog antara sunni-syiah? Adakah lebih senang berkompromi dengan mereka yang berkitabkan suntingan sendiri seperti bibble berbanding mereka yang mengamalkan Alquran?

Apa masalahnya sehingga menghalang kerjasama erat sunni-syiah pula? Apa masalahnya umat islam islam sunni-syiah berkerjasama membanteras kezaliman? Apa asasnya menolak syiah bulat2 tanpa ada ruang kemaafan untuk mereka? Sedangkan Nabi saw ampunkan umat, tetapi kita pula memandai2 menjatuhkan hukum sesat dan kafir kepada keseluruhan pengamal ajaran syiah. [sesetengah individu di malaysia]

Allah swt telah berfirman ;

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar." (QS An-Nisa': 48)


Nah, di sini sudah dibuktikan dengan jelas, Allah swt tidak akan mengampuni dosa syirik [besar]. Adakah penganut syiah menyembah tuhan yang lain selain dari Allah swt? [Untuk rekod : tiada tuhan yang lain selain Allah swt] Tidak. Terbuktilah pengamal syiah tidak mempersekutukan Allah swt, lalu apa masalahnya sehingga kita tak boleh buka pintu ahti nurani kita untuk merapatkan hubungan sunni-syiah pula? Kenapa mesti dicari titik perbezaan sedangkan kita dengan slumbernya membuka pintu sebesar-besarnya yang boleh kepada pengamal ajaran lain yang jelas menyekutukan Allah swt dalam lena dan jaga?? Kenapa?

Kenapa kita boleh memilih untuk bersangka baik kepada pengamal agama lain tetapi tidak kepada mereka yang beriman kepada Allah swt, Rasullulah saw, Alquran?Kenapa mesti kita memperbesarkan api prejudis sesama umat islam dan akhirnya melemahkan persatuan kita sendiri? Seringkali saya melihat umat islam begitu senang menyalah yahudi, freemason dan pelbagai lagi lah alasan demi alasan untuk menutup kelemahan mereka tetapi enggan membuka peluang dengan mengatasi kelemahan mereka dan menyelongkar kekuatan umat islam yang sebenar-benarnya.

Ghezz.. saya juga dapat tahu ada ahli agama kita [Jakim] siap membuka ruang dialog dengan pengamal syiah di london.. adehh.. apa pula dasar mereka kali ini bagi menghalalkan tindakan mereka, saya kurang pasti. Tetapi kemain liat untuk berikan pengamal syiah di malaysia ruang untuk berdialog bagi mencari titik persefahaman? Satu lagi hipokrasi?

Lakon wayang di malaysia sememangnya saya sudah lali. Saya masih ingat kisah-kisah yang berlalu ketika saya membesar. Kisah yang mana di antaranya memberikan kesan kepada pandangan saya kini.

13 tahun yang lepas, saya mempercayai dsai ialah peliwat, namun dengan keraguan. Berbekal keraguan itu saya mencari jawapan.
8 tahun yang lepas, saya mempercayai tgna adalah seorang yang sesat dan ektremis, juga dengan keraguan.  Berbekalkan keraguan itu juga saya menyelidiki jawapan nya.

3 tahun yang lepas, saya mempercayai pengamal syiah itu adalah sesat dan menyeleweng dari islam, juga dengan keraguan. Berbekalkan keraguan itulah saya mencari buku, guru dan sahabat pengamal syiah.

Adakah anda sepatutnya ragu-ragu untuk mempercayai bahawa syiah adalah sesat secara total setelah melihat printscreen di atas dan gambar di bawah ini?


nota : Pegawai jakim membuat lawatan kerja sambil belajar di Yayasan Alkhoei, london. [Syiah].

Ameno : Peringatan.. saya tiada minat nak melihat umat islam semakin merepek dengan perkara yang sudah menjadi sejarah. Sejarah adalah satu perkara yg dikenang agar kesilapan lepas boleh dijadikan iktibar, bukan menjadi sandaran untuk menceraiberaikan umat islam agar hilang jalinan kerjasama. Juga tidak minat membaca tuduhan bahawa saya adalah pengamal syiah kerana Allah swt mengetahui saya ialah sunni imam shafie'.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...