Kaki melawan

Jika ada apa-apa pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Ads

Thursday, March 10, 2011

Petanda Petrol bakal naik..

Kat bawah ada keratan akhbar dari utusan hari ini. Utusan hari ini telah memberikan petanda awal bahawa minyak akan naik. Petrol yang di spekulasikan akan naik ialah ron 95. Kenapa ron 95? Sebab ron 97 dah takde subsidi. Yang ada cuma ron 95. Ron 97 ikut cakap kerajaan, dah takde subsidi sejak harga petrol tersebut diselaraskan ikut harga pasaran start dari tahun lepas lagi.

Tengok bawah neh ;


1. Najib cakap kerajaan terpaksa tambah lagi rm4billion kalau nak kekalkan harga petrol 95.

2. Sebelum neh najib cakap kerajaan cuma mampu tampung 10billion untuk subsidi petrol 95.

3. So sekarang korang rasa kerajaan akan tambah atau tidak?

4. Kalau tambah maknanya kenyataan najib yg lepas ketika 'menyelaraskan' harga ron 95 adalah penipu semata-mata. Dulu najib cakap kerajaan dah takde duit so terpaksa naikkan rega petrol ron 95. Setakat 10billion je mampu kerajaan.. baru lagi kenyataan tue dibuat.. akhir januari tak silap aku.

5. Tapi korang kena baca berita neh betul-betul. Fahami dulu.

6. Najib tak cakap pun kerajaan akan tambah kan?

7. Najib cuma cakap yang kerajaan terpaksa tambah.. kalau tak buat penyelarasan harga petrol ron95 dan diesel.

8. Kesimpulan nya apa? Lue fikir lah sendiri beb.

1malaysia suka minyak naik rega. Siyes.


Ameno : Ble petrol nak naik neh weh?? Apsal cam tak sabar2 plak.. ha ha ha..

Tutorial : Pasang iklan bawah entry post anda.

Tutorial neh amat mudah. Dan tutorial neh di ajarkan kepada aku oleh blogger kujie [dia tak kasi kita panggil dia otai, so kena respect lhar tue].

Kalau korang perasan kan, sesetengah blog iklan dia kat bawah entry betul tak? Nak tengok contoh senang je. Tengok contoh blog aku sudey. Baru 3 hari je aku wat macam neh. Itupun setelah dapat maklumat dari blogger's yang dah pro = kak kujie.

Aku dapati earning innity aku lebih baik seterlah diletakkan bawah entry berbanding sebelumnya yang aku letak kat tepi je. 

Bagi korang yang nak follow step aku senang je. Khas untuk pengguna blogspot lhar. Kalau yang guna wordpress aku taktahu. Kalau korang nak cari tahu maybe leh godek info or ask yourselves to kak kujie di sini.

Mula-mula korang kena pergi ;

dashboard - design - edit html - klik expand widget.- tekan ctrl + f

Dah buat kan?

Okey taip perkataan neh post-footer-line-1

kat dalam kotak tersebut. Senang nak cari maa. Tengok contoh kat bawah neh ;


Dah jumpa ? Okey lepas tue paste code pengiklanan korang kat bahagian hitam tue. Tengok contoh di atas. Section yang aku hitamkan tue ialah code pengiklanan aku. Aku tak sure boleh tayang ke tidak kat korang so easy citer aku tutup terus.

Pastekan betul-betul di kedudukan yang aku tunjukkan tue. Kalau silap paste boleh jadi lain pula. Tak pepasal template korang bercelaru.

Kalau korang taip post-footer-line-1 tak jumpa macam mana? Hah..takpe, korang taip lah asing2 pun boleh. Sesetengah template memang begitu.Kadangkala mereka gemar merajuk. Taip je footer dan klik next sampailah jumpa perkataan di atas. Aku pun newbie dan aku faham kesengsaraan nya ble kita termasuk dalam kategori blur habis [macam aku].

Peh tue klik save dan tengoklah preview belog korang. Tengok menjadi ke tidak. Mudah-mudahan menjadi lhar sebab aku nya jadi je. Ha Ha Ha..

Ameno : Setiap benda yang aku belajar, aku tulis balik dalam bentuk tutorial sebagai nota rujukan untuk diri aku sendiri kelak. Senang maa.. so takyah search-search lagi kan?

Bukti advertlets memang bayar blogger.

Yahoo..! Akhirnya aku dah dapat bukti yang sahih mengenai advertlets. Jika sebelum neh aku dengar cakap-cakap orang bahawa ;

- advertlets tidak bayar
- advertlets hanya bayar bloggers otai
- advertlets hanya bayar bloggers yang mereka suka
- advertlets hanya bayar bloggers yang rajin join gathering

nampaknya situasi yang berbeza berlaku pada aku. Sebab aku bukan blogger otai, tak pernah join gathering mereka apatah lagi bukanlah jenis blogger yang mereka akan suka sebab jenis aku yang suka mengkritik secara terbuka tanpa selindung. Tak percaya? Baca sini dan sini.

Aku dapat bayaran dari team advertlets pada 8 mac 2011 hari tue. Mereka bank-in kan dalam account bank aku atas permintaan aku sendiri sebab aku jenis tak tinggal diam di satu tempat. Aku secara peribadinya belum check samada bayaran tersebut memang dah ada dalam account bank aku tetapi aku tak rasa team advertlets hanya menipu mengenai perkara ini.

Advertlets hantar email kat aku dua hari lepas dan notice aku bahawa mereka dah buat pembayaran. Ble aku check menerusi dashboard advertlets aku dapati memang wujud perkara tersebut. Lihat ini ;


Aku ada sebab kenapa aku tutup tarikh dan jumlah pembayaran tersebut. Aku rasa tak sedap hati nak tunjukkan kepada korang. Aku taknak mengalakkan korang buat blog untuk duit. Sebaliknya aku nak korang buat blog atas minat diri sendiri. Ble korang berfikir macam tue barulah korang leh jana pendapatan macam aku. Untuk blog indi macam aku yang bergerak secara terang-terangan menentang kezaliman pemerintah, aku memang perlukan peruntukan macam neh. Bukan dibayar beb. Lainlah bloggers sebelah sana, rm5k sebulan.

Namun aku ada sedikit perkara nak bagitau kat adverlets. Aku nak share 'bukti kesetiaan' aku bersama advertlets dengan memberikan beberapa cadangan 'kesetiaan' kepada advertlets ;

1. kemaskini website dengan kerap. Paparkan segala aktiviti terbaru team advertlets dan siarkan setiap iklan/kempen yang berjalan di advertlets supaya mereka [bloggers] tahu iklan apa yang berjalan di blog masing2.

2. Buat ruangan forum ataupun chat supaya sesama bloggers boleh berintergrasi. Jadikan ruangan forum tersebut tempat untuk ping entry blog dan menambahkan traffic ke dalam blog mereka. Ini sekaligus akan membuatkan ramai orang berkunjung ke website advertlets. Innit sebagai contoh tetapi innit sangat teruk sistemnya. Langsung tak boleh pakai. Maaf nuffnang saya bercakap jujur di sini. Apa yang perlu advertlets buat ialah ruangan forum yang simple untuk para bloggers ping entry dan berborak sesama mereka serta tidak terlalu merepek seperti innit.

3. Hantar mesej setiap kali ada bloggers yang cashout. Alert setiap bloggers mengenai proses pembayaran advertlets dalam mesej tersebut agar tidak timbul salah faham. Lebih kurang macam auto-responder larh. Jadi bloggers akan faham. 

4. Respon kepada pertanyaan bloggers sekurang-kurangnya tiga hari. Setiap kali bloggers bertanya menerusi advertlets, advertlets patut reply menerusi auto respon dan beritahu bahawa team advertlets akan membalas pertanyaan anda dalam masa 3 hari masa bekerja. At least bloggers akan tunggu 3 hari sekurang2nya tanpa rasa marah. [lebih baik respon cepat tetapi memandangkan advertlets tak cukup kaki tangan] so ini boleh dibuat bagi memudahkan urusan kedua belah pihak.

5. Buat stat untuk bloggers. Advertlets sampai sekarang tiada stat. So macam mana para bloggers dan team advertlets nak buat catatan / kajian tentang pengiklanan di advertlets? Rugi kalau tiada stastistik yang mengumpulkan data-data neh.

6. Buat program loyalty. Maksudnya untuk bloggers yang dah bertahun-tahun dan setia bersama adverlets mendapat sedikit keistimewaan. Barulah best...  [aku bersama adverlets dari bulan 9 @ 10 tahun lepas tak silap. ]

7. Promosi advertlets dengan lebih kerap. Kalau dibandingkan dengan nuffnang, adverlets lebih baik dari soal 'letak iklan'. Kekurangan adverlets seperti 'ketidakcekapan customer service' membuatkan advertlets tidak diyakini oleh para bloggers. Kalau ini advertlets boleh overcome sudah tentu lebih ramai orang akan berlanggan dengan adverlets berbanding nuffnang sebab apa? Sebabnya ialah ;

- adverlets membayar bloggers lebih tinggi daripada nuffnang.

- advertlets tiada BE section seperti nuffnang. Yang mana setiap bloggers yang berdaftar dengan adverlets boleh terus jana pendapatan tanpa perlu bodek nuffnang sampai mampos.

Advertlets ada dua kelebihan ini tetapi mereka tak highlightkan kelebihan-kelebihan mereka sehingga nuffnang terlihat lebih hebat dari mereka padahal nuffnang hanya pandai mengkomersilkan product mereka. Itu sahaja. Nuffnang mengiklankan diri mereka begitu hebat seolah-olah seperti hebat padahal mereka tidaklah sehebat mana pun dari segi 'kadar bayaran'. 

So advertlets, kalau anda nak maju setapak ke dalam dunia pengiklanan di internet.. kenalah buat sedikit proses pembaikan. Bukan tak boleh, memang boleh. Cuma nak kena usaha dengan lebih giat je. 

Kalau nak tahu macam mana advertlets buat proses pembayaran baca sini.


Updated : Advertlets memang bayar blogger, aku dah terima wang nya.

Ameno : Lambat bayar takpe, jangan tak bayar..

Wednesday, March 9, 2011

Nazri Aziz sahkan FLOM wujud!


Nah. Terpana dah bloggers umno yang menafikan kewujudan FLOM = First lady of malaysia. Sebab apa? Sebab nazri aziz = menteri di jabatan perdana menteri dah sahkan perkara tersebut di parlimen. Baca sini ;

Senarai enam pegawai yang ditugaskan kepada Divisyen Wanita Pertama Malaysia (FLOM) pada direktori Jabatan Perdana Menteri dikeluarkan dari laman sesawangnya bagi mengelakkan kekeliruan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.Direktori dan laman web Jabatan PM sedang dalam proses kemas-kini, untuk elakkan kekeliruan,” katanya di bangunan parlimen hari ini.

Nazri mengulangi kenyataan yang dibuatnya pada Disember tahun lalu bahawa 'divisyen' berkenaan bukan sebahagian daripada jabatan PM tetapi adalah senarai pegawai yang dipinjamkan bagi 'membantu' Datin Seri Rosmah Mansor dengan 'tugasnya' sebagai isteri perdana menteri.

 “Saya ingin menjelaskan soalan ini telah dijawab saya pada 25 Disember 2010“Tak ada kakitangan tetap dan kontrak khusus untuk isteri perdana menteri sebaliknya pegawai dari pejabat PM dari masa ke semasa membantu isteri PM dengan menjalankan tugas beliau selaku isteri pada perdana menteri ,” katanya.

Tambahnya, mereka yang ditugaskan itu bagi kerja-kerja sementara itu adalah kakitangan yang telah diambil bertugas di pejabat perdana menteri. "Tidak timbul elemen elemen kos tambahan kerana mereka yang ditugaskan itu adalah kakitangan pejabat PM,” katanya lagi.

Dalam jawapan bertulisnya, Nazri juga berkata kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.


Dalam penjelasan itu, Nazri berkata rombongan yang diketuai Rosmah itu turut disertai menteri wanita, isteri-isteri menteri-menteri, menteri besar-menteri besar, ketua menteri serta beberapa pegawai kerajaan.Rombongan ke bandar Riyadh, Muscat dan Dhaka itu juga mendapat kelulusan jemaah menteri.





1. Nazri aziz mengaku sendiri FLOM memang wujud di website. Bukan rekaan blogger pakatan rakyat okey.

2. Dipadamkan untuk elakkan kekeliruan. Kenapa nak elakkan kekeliruan? Mana aku tahu.. lue fikirlah sendiri.

3. Kakitangan perdana menteri ialah kakitangan mem [rosmah mansur] perdana menteri gak. Tak percaya? Nazri sendiri yang cakap beb. Kakitangan yang dilantik untuk berkerja dengan perdana menteri diberikan kepada rosmah untuk membantu kerja-kerja rosmah. Adakah perdana menteri tiada kerja sehingga pengurangan kakitangan tersebut tidak menjejaskan dia? Ataupun memang dia melantik ramai kakitangan untuk diletakkan di JPM? Kalau gitu dah wujud kos-kos yang tidak perlu. Kerja tiada, jawatan + gaji = ada. Heh.

4. Rosmah pergi luar negara sebab di luluskan oleh jemaah menteri. Bukan atas jemputan sebagaimana yang rosmah mansur tegaskan. Rosmah juga guna wang negara. Angka 134, 317.76 ialah angka yang tercatat dalam hansard parlimen. Angka sebenarnya berapa? Lue fikirlah sendiri. Lawatan seminggu = rm134, 317.76 bukanlah angka yang berpatutan disitu sekalipun figura ini mungkin benar. Walau bagaimanapun aku tak mempercayai langsung no neh. Ha Ha Ha..
Ameno : FLOM = WUJUD beb. Tunggu belog umno spin.. ha ha ha

Saiful : Dada saya diramas.

Dr Razuin Rahimi yang merupakan saksi pendakwaan ke-23 berkata, dia menerima panggilan dari pihak hospital ketika berada di rumahnya pada kira-kira 3.30 petang 26 Jun 2008, mengenai seorang mangsa yang mendakwa telah diliwat oleh seorang ahli politik berprofil tinggi.

Katanya. dia minta kakitangan tersebut supaya memberitahu pengadu membuat laporan polis terlebih dahulu.

Saksi itu memberitahu mahkamah bahawa yang dia memaklumkan kepada pegawai atasannya Dr Siew Sheue Feng, mengenai perkara itu dan Siew memintanya datang ke hospital. 

Dia tiba di pusat krisis HKL dan menemui Saiful dan mengambil maklumat mengenainya.

Dr Razuin berkata, Saiful mendakwa berlaku penetrasi di duburnya dan bahan pelincir digunakan.

Saiful juga, katanya, mendakwa ahli politik berkenaan turut meramas dadanya.

 Dr Razuin kata Saiful juga memberitahu yang dia diminta melakukan seks oral tetapi dia menolaknya.

Katanya, temubual dengan Saiful berjalan selama 20 minit sehingga jam 9 malam, apabila doktor lain - Dr Razali Ibrahim dan Dr Khairul Nizam Hassan - sampai.

Menurutnya, Saiful sekali lagi menceritakan mengenai kejadian tersebut.
Dr Razuin berkata, dia hadir ketika pemeriksaan dilakukan dan Saifu menceritakan perkara yang sama kepada doktor-doktor berkenaan.

Katanya, dia membantu Dr Siew menulis sejarah dan hasil pemeriksaan itu.

Dr Razuin berkata, dia mengisi muka surat tiga, lima dan enam borang pro-forma.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak mengisi semua butiran dalam borang pro-forma kerana Dr Siew berkata borang itu tidak sesuai. Oleh itu, katanya, dia menggunakan kertas kosong.

Menjawab soalan peguam Karpal Singh, Dr Razuin menjelaskan kepada mahkamah bahawa dia menandakan cubaan meliwat pada borang 'pro-forma' berikutan tidak pasti sama ada zakar tertuduh sampai ke rektum.

Menjawab soalan seterusnya dari Karpal, dia berkata tiada perbuatan meliwat sekiranya zakar tidak sampai ke rektum.

"Saya keliru. Ada panetrasi pada dubur tapi saya tidak pasti ianya sampai ke rektum. Saiful cakap Anwar mencapai klimaks di dalam duburnya," jelas beliau.
Dr Razuin berkata, Saiful kemudian mendakwa diliwat tiga kali oleh Anwar tanpa rela selain dipaksa melakukan oral seks namun ditolaknya.

Katanya, dia juga mencatatkan dakwaan Saiful mengalami pendarahan pada kali pertama dan kedua sewaktu diliwat.

"Menurut Saiful, ada pendarahan pada kali pertama dan kedua," katanya ketika mengisi borang tersebut pada 28 Jun 2008.

Namun menurut Dr Razuin, tiada sebarang bentuk pendarahan direkodkan pada hari terakhir kejadian dua hari sebelum itu.



1. Doktor tue telah dihubungi ketika berada di rumah. Pelik juga kenapa nak memberikan kes seperti ini kepada doktor tertentu? Tak boleh ke bagi je kat doktor yang dah standby ada kot hospital tersebut?

2. Selalu gak aku tengok drama macam HOUSE. Selalunya kes macam neh.. doktor periksa dulu then berdasarkan hasil laporan doktor ia dikepilkan untuk membuat laporan polis atas kes liwat, rogol, dera, dipukul, ditembak dan bla bla bla.

3. Apa yang saksi iaitu doktor terbabit bagitau kat mahkamah tadi ialah berdasarkan kepada hearsay = dengar orang [saiful] cakap. Tanpa ada bukti konkrit yang menunjukkan bahawa terdapat perbuatan liwat.

4. Saiful memang hebat. Boleh bercerita 2,3 kali dan berkali-kali kes liwat neh seolah-olah tiada trauma. Aku pernah tengok CSI dan lihat satu dokumentari kat channel dokumentari kes lelaki kena liwat. Bukan sahaja lelaki tersebut tidak mahu tunjukkan muka dia, malahan dia tak mampu nak ulangi detik-detik dia di liwat. Bagi seseorang lelaki, perbuatan di liwat ini sangat berat. Ianya lebih berat dari dibunuh. Tak percaya? Korang tanya lah lelaki2 yang korang kenal. Ada ke mereka nak mengaku mereka diliwat dan buat muka slumber? Atau siap boleh upload video solat jumaat dengan penuh bangga? Ataupun boleh berjalan-jalan beli kamera dengan muka bangga? Bukan kata saiful patut kenang kehidupan silam dia [diliwat andai benar] tapi at least mesti ada nampak babak-babak dia sedih dan trauma kan? Dia tak perlukan rawatan kaunseling pun untuk pulihkan diri dia. Andai benar dia diliwat dan masih cool.. [macam sekarang] aku terpaksa tabik dia. Siyes. 

5. Akhir sekali perkara yang aku nak korang faham kat sini dah di nyatakan oleh doktor terbabit. Doktor sendiri pun menyatakan dia tidak pasti jika terdapat perbuatan liwat kerana sebab-sebab di atas. Jika doktor pun tak nak beri penjelasan ya atau tidak sebaliknya memilih jawapan tidak pasti. Memang ada sesuatu yang tidak kena.

Lue fikirlah sendiri. Tahun meliwat malaysia 2011 kini kembali.

Kalau korang rajin buka lah belog member aku milosuam kat situ terdapat beberapa bukti printscreen yang papagomo dan saiful berpakat utk kenakan dsai dan saiful juga meminta papagomo memaparkan gambar2 saiful yang lebih sedih agar dapat menarik simpati orang ramai.  


Ameno : Pelik tapi benar. Ha Ha Ha..

Premis judi : Bukti putar belit PAS..!

Aku nak korang tengok keratan akhbar neh. Keratan akhbar ini adalah keratan yang aku baru scan tadi. Aku takde scanner kat rumah [kampung] so terpaksalah aku pergi kedai internet untuk scan benda neh sekejap. Saja je aku SCAN benda neh untuk tatapan seluruh ahli umno, seluruh penyokong umno dan seluruh pemimpin tertinggi umno.

Sila tengok bawah neh [sila klik image untuk paparan penuh] ;

Memang di akui aku simpan paper neh untuk tujuan tertentu. Dan sekarang inilah masanya aku menggunakan keratan yang aku simpan kurang dari sebulan neh. Heh. Nak tahu lagi lanjut? 

Tengok bawah pula ;

Dah tengok? Dah baca? Sila buat penaakulan sendiri. 

Sendiri main wayang..
Sendiri terperangkap..
Cakap siang pandang-pandang..
Cakap malam dengar-dengar..


Ameno : Senyum je tengok...

Ibrahim Ali minta tubuh suruhanjaya lucut kerakyatan!



WOW.. Ibrahim Ali.. baru-baru ini dalam parlimen telah mencadangkan satu usul agar ditubuhkan satu jawatankuasa yang membolehkan kerakyatan seseorang itu [warga malaysia] dilucutkan jika ;

1. tidak setia kepada negara [baca barisan nasional].

2. memburuk-burukkan malaysia [baca barisan nasional] di luar negara.

Ha Ha Ha..

Adakah perlu bercakap tipu untuk mempertahankan kerakyatan yang kita miliki sekarang? 

Ibrahim Ali juga meminta agar akta hasutan yang sedia-ada dipinda supaya ;

1. Orang bukan islam di larang memetik ayat-ayat Alquran ketika berkempen.

2. Orang bukan islam tidak boleh memberikan tazkirah di masjid.

Aku rasa kalau orang bukan islam memberikan ucapan atau 'briefing' kenapa mereka hadir ke majlis di masjid pada hari itu tidaklah boleh dikategorikan sebagai tazkirah. Dia neh faham ke apa maksud tazkirah sebenarnya? Heh.

Cadangan supaya orang bukan islam dilarang memetik ayat Alquran ketika berkempen pula, aku serahkan kepada yang arif-pandai untuk ulas. Sebab benda neh aku tengok ada kebaikan dan ada juga keburukannya. Biarlah pakar agama mengulas isu neh lebih lanjut. Me touch do want. 

Baca berita lanjut kat bawah neh ;

KUALA LUMPUR 8 Mac - Kerajaan hari ini dicadang supaya menubuhkan Suruhanjaya Perlucutan Kerakyatan bagi melucutkan kewarganegaraan terhadap mana-mana rakyat yang jelas terbukti tidak menunjukkan kesetiaan kepada negara.

Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berkata, tindakan tegas seperti itu perlu diambil kerana sudah ada individu yang sanggup memburukkan negara melalui tindakan bercanggah dengan undang-undang. Tanpa mengira kaum dan keturunan beliau berkata, mereka yang sengaja berbuat demikian sememangnya tidak layak menjadi rakyat Malaysia.

''Sebagai contoh baru-baru ini terdapat seorang pemimpin pertubuhan haram iaitu Pengerusi Hindraf yang kini bersembunyi di London telah menghantar memorandum kepada 21 pihak dengan memburuk-burukkan Malaysia.
''Oleh itu, sama ada kaum Melayu, Cina, India atau sesiapa sahaja yang menjadi warganegara tetapi tidak menunjukkan kesetiaan kepada negara sememangnya tidak wajar menjadi rakyat Malaysia. Oleh itu adalah penting kerajaan wujudkan suruhanjaya ini untuk mengambil tindakan ke atas individu berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.Ibrahim berkata, adalah penting suruhanjaya itu diwujudkan supaya rakyat tidak sewenang-wenangnya memburukkan negara seperti mana yang dilakukan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu, beliau turut meminta kerajaan meminda Akta Hasutan atau mewujudkan satu undang-undang baru bagi melarang mereka yang bukan Islam mempersoalkan seruan azan serta membaca petikan ayat-ayat suci al-Quran khususnya ketika berkempen.Beliau berkata, syor itu adalah sejajar dengan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
''Ketika ini sudah ada pihak bukan Islam mempersoalkan seruan azan selain tindakan beberapa ahli politik bukan Islam membaca ayat-ayat suci al-Quran sedangkan mereka sebenarnya dilarang berbuat demikian. ''Begitu juga kejadian orang bukan Islam bercakap di dalam masjid. Walaupun mereka boleh melawat masjid, tetapi itu tidak bermakna mereka boleh memberi tazkirah. Tazkirah sepatutnya disampaikan oleh orang Islam kepada pihak yang bukan Islam," katanya. Dengan adanya peruntukan undang-undang beliau berkata, perkara seumpama itu dapat dicegah.

Ameno : Takutnya kena lucut kerakyatan lah plak pasnie.. ha ha ha

Tuesday, March 8, 2011

Tutorial : Lindungi bandwith anda / elak kecurian bandwith!


Demm! Rupanya selama ini aku seorang pencuri. Tidak aku sedar perilaku itu sehinggalah aku terbaca mengenai kisah itu di dalam satu belog. Rupanya setiap kali aku copy url image untuk di uploadkan ke dalam belog aku, aku adalah pencuri. Kalau aku curi url yang ada pada portal berita rasanya itu boleh dimaafkan [pepandai memaafkan diri sendiri] kerana mereka memang mempunyai peruntukan bandwith yang sangat besar setiap bulan akibat traffic yang tinggi setiap hari. Almaklumlah website berita kan? Sapa pula tak baca.

Okey berbalik semula kepada cerita asal tentang isu neh. Setelah aku dapati perbuatan copy paste image itu adalah satu kesalahan maka aku tiba-tiba merasakan ianya demm..! Rupanya itu kecurian.  Aku memang selalu copy paste image sebab malas nak SAVEkan balik. Leceh. Mana aku tahu salah. Siyes. Ble aku tahu aku siap terkejut lagi. Demm.. !

Meh aku explain kat korang apa itu bandwith sebelum aku nak ajar korang cara untuk protect bandwith belog. Simple je benda alah neh [padahal aku pun baru belajar semalam.. neh lah masa nya nak tunjuk berlagak beb].

Korang bayangkan bandwith ialah sebotol air minuman. Setiap kali korang minum air dari botol minuman tersebut kan.. sudah tentulah kandungan air dalam botol minuman tersebut akan susut kan? So itulah dia bandwith. 

Bandwith = kapasiti belog korang. Kalau nak bacaan sainstifik korang klik sini.

Bandwith aku 10GB je. Tak banyak. Ada orang 50 GB sebulan. Sebab ramai yang masuk baca. 10GB sebulan tue untuk belog yang normal.

Kalau perhatikan pada bulan jan 2011 ari tue bandwith aku dah habis walau tak sampai pun dua minggu penggunaan. Manakala pada bulan dec 2010 aku telah topup bandwith tambahan sebagai 5GB pada hujung bulan padahal aku berdaftar hosting bukan pada awal bulan december. Siot je.

Kenapa lesap? Adakah di curi? Demm! Tapi aku rasa takde sapa pun nak curi image kat belog aku tue. Sebenarnya bandwith akan di gunakan jika ; aku + korang  =

- baca belog
- tulis komen 
- aku update entry baru
- aku upload image / lagu / video segala bagai.
- korang amek image aku and link kat belog korang.

so inilah perkara yang akan membuatkan bandwith berjalan.. 

Habis tue? Takan sayang bandwith? Kalau sayang bandwith bek tak yah soh orang baca belog ko beb. Heh. 

Ble aku dapat tahu yang belog aku tak cukup nak tampung 10GB bandwith untuk sebulan, maka aku cepat-cepat bertindak dengan kurangkan update belog self-hosted aku : amenoworld.com

Takpelah. Ameno sabar dulu. Baru je nak masuk bulan ke 3 main wordpress apasal beria-ria pula nak tambah pakej belog kepada 30GB? Ameno fikir jauh beb. Dah le tak mahir main wordpress. Cuba belajar kenali wordpress dulu beb. Neh tidak siap cita-cita besar nak tambah bandwith. Demm! Aku terpukul dengan kritikan oleh aku sendiri terhadap aku. Heh.

Sesudah itulah ameno kurang update entry baru kat belog tersebut. Jimat bandwith punya pasal. Barang pun dah banyak naik neh beb. Jimat cermat arahan kerajaan. So ameno follow gile dengan penuh taat. Heh.

Tapi kurangkan update entry tak mencegah daripada bandwith korang kena curi beb. Ia cuma menjimatkan penggunaan bandwith je. Kalau orang baca belog dan tulis komen kat belog korang takpelah. Apadehal korang nak marah plak ble depa wat cam tue kan? Kalau marah memang bodoh larh korang. Heh

Orang yang amek link image ataupun copy paste gambar korang sebenarnya telah menyebabkan bandwith korang berjalan tanpa korang sedar. Pula tue korang taktahu. Yelah dah nama mencuri takan dia buta-buta nak bagitau korang pula. Ataupun dorang [yg mencuri] tue taktahu ia satu kesalahan [macam aku].

Kat situ dah rugi larh bandwith korang sebab ;

- tiada visitor ke belog korang tetapi bandwith berjalan
- tiada kredit kepada belog korang tetapi bandwith berjalan.

Ble berlaku perkara macam tue sudah tentu korang bengang. Demm! Aku pun bengang gak walaupun aku termasuk dalam kategori pencuri. Siyes aku taktahu beb. Heh

So cara yang korang leh buat untuk cegah pencuri bandwith samada mereka sedar mereka tue mencuri ataupun tidak macam aku senang je [berlagak sekejap] ;

1. Kalau korang pandai main coding kat wordpress, korang leh baca sini. Sangat memeningkan kepala aku. Siyes. 

2. Kalau korang malas layan coding korang g masuk dashboard kat wp korang tue
dashboard = install new plugin =  search for wp proctection = enable.

Tujuan perkara di atas dibuat ialah elakkan kandungan/gambar/video blablabla dicuri dari belog korang. Masalahnya aku tak kesah orang copy kandungan belog aku. Aku memang no hal beb. Tapi aku set enable sebab nak protect kecurian bandwith dari segi 'hotlinking' url gambar..

3. Guna DCN. Apa benda neh? Entah! Tapi memang boleh jimatkan penggunaan bandwith dan boleh melajukan belog korang. Klik sini untuk faham lanjut pasal dcn. Kena bayar tau untuk guna perkhidmatan neh. Kalau tanya aku sekarang.. aku rasa takyah kot. Kalau kena tambah duit better aku up kapasiti bandwith aku. Pedehal.

Simple. Pilih mana satu yang sesuai dengan korang. Ada masalah ke pasal bandwith neh? Takde kot.. senang beb nak belajar. Aku yang jahil it pun leh master.. apatah lagi korang kan.

Benda bandwith makwith neh khas untuk blog yang self-hosted [hosting sendiri] je. Bagi blogspot korang tiada masalah macam neh so dont worry. Just happy watermark je. 

Ameno : Panjang gila aku bebel pasal bandwith.

PAS kelantan tidak akan tunduk dengan DAP isu judi!

Hah.. bagus. Ini memang terbagus dan terbaik. Memandangkan DAP tak faham bahasa yang judi itu merosakkan masyarakat malaysia.. maka korang fikir lah 2,3,4,5,6,7,8,9,10 kali sebelum buang undi kat dap neh.. apa punya manusia lah.. judi pun mao..



apa nama? judi sukan.. not okey.
apa nama? judi not sukan is okey.
apa nama? dap bilang lhor.. bukan saya lhor.. dont blame-blame me okey.. 

Bagi korang yang nak baca lanjut mengenai perkara neh kena tunggu berita kejap lagi. Berita neh belum di update dalam talian online. Aku dah check. Pendirian Pas kelantan neh baru disiarkan menerusi berita lewat malam tadi menerusi astro awani.

Pas kelantan menolak usul dap yang mahu membenarkan perjudian di kelantan. Asas kepada tindakan PAS ialah semua agama melarang penganutnya berjudi dan berjudi merosakkan masyarakat tak kiralah siapa pelaku dia. India ke, cina ke, dusun ke, melayu ke, iban ke semua rosak angkara judi sebab tiada manfaat satu sen pun kalau mengalakkan tabiat berjudi neh. Ada faham dap? Dap neh agaknya lupa kot judi neh bawa pengaruh negatif. Heh.

So dap terimalah hakikat. Ke korang gila berjudi dap woiit? 

Bagi yang tak faham isu neh dari awal, korang kena baca sini dan sini terlebih dahulu. 

Ameno : DAP = UMNO = KAKI JUDI. Penyokong judi tetap di kecam walau siapa pun pelaku nya sebab judi itu merosakkan masyarakat. Sekian. Ha Ha Ha..

Monday, March 7, 2011

Advertlets bayar atau tidak II

Lebih kurang dua minggu lepas [aku main agak je lah] aku telah membuat satu entry pertanyaan kepada advertlets mengenai isu pembayaran. Asas kepada pertanyaan aku tue korang leh klik sini. Setelah aku membuat posting berkenaan tak semena-mena team advertlets membalas pertanyaan aku dengan cepat.

Adakah sebelum itu mereka tidak membalas pertanyaan aku? Ya. Tidak. Entah. Jawapan yang pasti apa enh? Heh. Sebenarnya mereka balas tetapi lambat. Boleh jadi mereka menggunakan service broadband yang paling teruk sekali. Ataupun sambungan internet mereka bermasalah berhari-hari lamanya. Boleh jadi mereka berada di kawasan yang mana liputan internet sangat teruk. Ini adalah sangkaan baik aku kepada mereka. Ngerti? Heh.

Maklum balas yang aku dapat dari team advertlets ialah ;

1. Advertlets hanya akan kira pembayaran setiap hujung bulan.

Contoh ;

Kalau kita cashout bulan jan 2011 dari awal bulan atau akhir bulan.. dia tak akan kira sehinggalah habis bulan tersebut. Kalau ko cashout 9 jan 2011 ko tunggulah sampai feb 1 2011 barulah mereka akan proceed permohonan ko.

Daripada 1 feb 2011 + 45 = tolak cuti umum + cuti segala cuti = tempoh pembayaran ko.

So berapa lama ko kena tunggu? Entah! Secara perkiraan tetap aku tiada jawapan. Setiap bulan berbeza jumlah cuti nya. Memang tiada jawapan yang tetap kat situ. Namun keputusan yang tetap telah aku perolehi dari team advertlets. Itulah jawapan yang aku dapat. Walaupun bukan itu je yang aku tanya.

Antara persoalan aku kepada advertlets ialah ;

Perlu ke seorang blogger menulis tentang advertlets di BLOG nya barulah advertlets akan memproses pembayaran blogger tersebut?

Inilah yang aku teringin sangat nak tahu sebab aku memang tak larat nak menulis pasal advertlets setiap kali cashout bayaran. Namun dalam pada menulis tentang advertlets neh aku dihadiri oleh beberapa bloggers pro advertlets yang mengatakan bahawa advertlets sebenarnya okey. Apa yang penting ialah kesetiaan bersama advertlets. Aku faham maksud kesetiaan. Tetapi aku tak faham kesetiaan yang macam mana advertlets harapkan dari blogger macam aku? 

Ikut jawapan dari team advertlets yang aku terima menerusi email, 15 march adalah tarikh pembayaran. Takpelah aku tunggu tarikh itu tiba. Akan tetapi aku dapati advertlets masih tidak belajar dari kesilapan mereka dalam menanggani permasalahan blogger mengenai isu customer service.

Telah diberitahu oleh ramai orang dan kini termasuk aku. Mereka perlu tingkatkan kualiti perkhidmatan customer service mereka. Mungkin mereka tak faham agaknya macam mana team innity dan nuffnang berkerja tetapi jangan risau sebab aku akan buat entry khas mengenai issue neh kelak. Itupun untuk mereka. Nampak tak? Inilah dia cara aku setia bersama advertlets. 

Ameno : Aku memang tak pandai bodek.

Lagi penghinaan terhadap Nabi Muhammad !

Tengok bawah neh ;









Kat atas neh adalah karya-karya ilustrasi yang menghina Allah swt, Islam dan Nabi Muhammad saw. Siapa yang buat seme neh? Betul ke kristian yang buat ataupun seseorang yang berlakon menganuti kristian yang buat supaya orang islam dan kristian bergaduh? Lue fikir sendiri. Wa tak punya jawapan yang pasti.

Tengok sini pula.



Sebenarnya ada beberapa pages di facebook yang ditubuhkan khusus untuk menghina islam. Kenapa? Aku pun tak pasti. Tetapi sure ke yang hina neh orang kristian? Aku lagi tak sure. Kalau korang tanya pendapat aku. Aku suspect atheis yang melakukan semua ini. Tujuan? Tak lain tak bukan untuk membuat orang islam dan orang kristian saling bercakaran. Mereka memang mempunyai pemikiran tak sehat macam neh.

Tapi kalau korang perhatikan komen-komen di kedua-dua pages neh korang akan perasan penulisan komen dan rujukan link pula di tulis dalam bahasa indonesia. Betul ke indonesian yang buat seme neh? Entah aku tak sure. Tapi aku ada pandangan yang lain. Mungkin yang tulis neh sengaja nak membuatkan rakyat malaysia menyangka orang indonesia suka menghina agama islam. Tujuan? Nak membuatkan rakyat malaysia benci indonesia.

Di sini ada dua kebencian yang dia nak tanamkan buat kita.

1. Suruh kita benci kristian
2. Suruh kita benci indonesia.

Adakah kita akan benci kristian dan benci indonesia? Nahh.. aku takmo dan aku takan. Korang plak macam mana? Nak benci kristian dan nak benci indonesia ke? Lue fikirlah sendiri. 

Tapi tak semestinya bukan orang kristian dan bukan orang indonesia yang buat page macam tue pula.. pendek kata selagi tiada bukti selagi itulah kita takley nak cakap perkara sebenarnya melainkan berdasarkan kepada persepsi kita semata2.

Aku nak pesan sket kat korang kalau korang ada niat nak masuk pages tersebut untuk berdakwah ke apa ke.. lupakanlah niat suci korang sebab aim page's tersebut dibuat bukanlah untuk berdiskusi sebaliknya ;

1. untuk membuatkan orang islam marah

2. untuk membuatkan org islam bergaduh dengan penganut lain

3. untuk membuatkan orang islam membenci penganut kristian

Sebaiknya korang REPORT je macam aku. Orang datang cara baik, kita balas cara baik. Orang datang cara jahat kita balas cara LICIK. Habis citer.

Report page karikatur Nabi Muhammad saw di sini

Report page menghina Allah swt dan Nabi Muhammad saw di sini.

Updated :

Aku jumpa lagi page yang hina islam. Aku suspect neh page politik indonesia. Page neh anti - parti islam di indonesia. Boleh tengok kat bawah neh ;










Kelakar plak ble aku baca.


1. Buang Alquran ke, bakar ke apa ke seme tue tak menghilangkan zat hikmah yang terkandung dalam Alquran. Selama mana pun mereka nak bakar/hina Alquran di dunia ini setakat itulah je yang mereka mampu buat sebab zat dan kandungan Alquran akan kekal sepertimana janji Allah swt.


2. Hahahaha.. tak pepasal kaabah plak jadi mangsa kebencian mereka. Pelik aku.


3. Hahahah.. ariel kena tahan.. islam plak jadi mangsa kemarahan.. pedehal?


4. Jihad? Tahu ke maksud jihad? Jihad bukan suruh perangi mana2 manusia yang berbeza penganut atau agama.. jihad ada banyak aspek.. kalau tak faham pasal islam asyik nak kondem je sampai ble nak membentuk jalan perdamaian macam neh?


Korang report dua pages neh gak. Sini dan sini.


Cara nak report tengok bawah ;








1. cari link "report page"

2. tak yah "like" lhar page macam tue.. boleh je report walaupun tak di like.


3. then klik.


4. pilih option macam aku atau korang nak pilih yg len pun takpe. Ikut suka asal report.


Ameno : Ble org islam kena tindas dan bangkit melawan mereka kata ia salah..  adil ke? Tak pernah pun Allah swt dan Alquran menyuruh menghina mana2 manusia di dunia ini. Sebab tue kalau nak menilai islam jangan lihat pada penganutnya nescaya kamu akan membenci islam jika merujuk amalan penganut islam pada masakini.

Hot! Luahan student luar negara!

salam...
aku nak tekankan kat sini tentang coment2 yang mengatakan melayu malas kerja sebab tu susah,komplain je tau.korang tau ke diorg tu kerja ke tak?kenal ke korang satu sama lain?senang2 je tuduh org malas,tak bersyukur,tak berterima kasih dgn kerajaan.pe hak korang cakap camtu?ko ada kenal ke diorg tu,ada nampak masalah diorg?aku ni bercampur dgn banyak golongan dah dan terbukti mentaliti yang kaya dan yg kurang berkemampuan amatlah tak sama.yg senang kaya raya golongan kaki ampu,kroni,memang jawapan selalu sama.bila kita komplain isu camni,balik2 diorg dgn jawapan diorg kita malas,tak bersyukur,tau nak senang je.tp semua tu bullshitla bila aku dgr pulak golongan2 kurang berkemampuan ni mengadu nasib.kerani,golongan rendah dalam kerajaan mahupun swasta,elaun basikal/motosikal utk pembantu am kat sekolah pon dah diluputkan ganti dgn sistem km.setakat berapa sen satu kilometre pe jadahnya?itu baru satu contoh.kalau nak ikutkan banyak lagi ,tp aku malas nak taip panjang2 tentang bukti2 tu.aku ada kawan yg hidupnya senang,kereta mak bapak belikan cash,rumah cam istana...bila aku berbual dgn dia,aku tanya pe dah jadi dgn msia (sebab aku duk kerja somewhere kat europe)...dia ckp ok je...barang semua mana ada harga naik.politik semua ok,aman damai je msia.itu jawapan seorg kawan yg senang sbb mak bapak dia kaya dan kroni...pastu aku berbual lak dgn seorg kawan yg dtg dr keluarga kurang berkemampuan,kerjanya takat kerani dalam jabatan kerajaan...memang terbukti berbeza jawapan si kaya dgn si miskin.ada plak sorg kawan lg,waktu berbual dgn dia,budak baru setahun jagung join utusan meloya,gaji takat 5-6 ratus euro dah nak berlagak bangga nak mampos tegakkan perjuangan paper meloya tu.pusing sana sini,balik2 jawapan yg sama...kerajaan bg sekolah,hospital,U,felda,bla,bla bla...mengapa nak ungkit semua tu?bukan ke itu tanggungjawab kerajaan untuk memastikan keperluan rakyat dan kepentingan rakyat.hak asasi,hak bersuara,hak memilih.mana2 kerajaan pon akan pastikan semua tu tp patut ke mengungkit?nak bandingkan dgn negara cam thailand n indon?msia pon nak jd camtu ke?baca pasal sejarah marcos kat filipina tu, nak jadi camtu ke?bandingkanlah dgn negara2 menbangun,negara maju, cam aku ni, duk merantau kat sini,aku salute cara pentadbiran negara diorg.nampak mana cukai disalurkan,bebas bersuara,harga makan rendah,tepung,gula,susu,antara 20-60 sen je sekilo/liter.pendapatan?6,7 kali ganda lagi besar.tol tak de,minyak murah.tak payah la nak convert euro dgn rm,memang korang kata mahal bila seliter minyak kat sini euro 1.50 = rm 6,tp nilaikan lak pendapatannya.aku g shopping bawak euro 10,aku leh dapat gula,tepung ,susu,beras,sayur dll untuk seminggu,guna highway takyah bayar tol,korang lak bawak rm10 pe korang dpt?katakanla gaji kita sama,rm1000 dan aku euro 1000,faham tak korang perbezaannya?point aku kat sini...nak ke korang nilai rm jatuh sama dgn negara2 spt thailand,filipin n indon?kalau takat tu je mentaliti korang,so jangan pandang yg maju,jgn ikut contoh negara maju,teruskanlah pemikiran takuk lama,isu yg sama sejak bertahun2.yg kaya makin kaya,yg miskin makin miskin.itu ke matlamat korang?rakyat msia mmg jelas tolong kerajaan,tolong diorg amalkan gaya hidup mewah,makan mewah,pakai mewah,rumah,kereta semua mewah,hasil duit rakyat.nak suruh jalan kaki g kerja,ingat cuaca kat msia tu mcm kat sini ke,sejuk dan segar sesuai utk jalan kaki atau kayuh basikal?kalau kat sini lainla..g kerja kayuh basikal leh senyum je...nak mampos agaknya suruh org jalan kaki dgn bahang cuaca camtu.sampai ofis sah bau taik babi la jawabnya.bodoh punya usul.
aku nak cakap mmg banya,tp malas nak taip pjg2,aku sure korang boleh nilai dan fikirkan sendiri mana baik dan buruk.dan untuk mereka2 yg tak habis2 dgn fitnah kononnya kita ni mals,tau nak senang,komplain je,kerja malas,tak bersyukur,tak berterima kasih dab sebagainya,tolong jangan pandai2 buat andaian cam tu kalau korang tak kenal dan tak nampak apa yg kami nampak.kalau aku ni melayu yg malas, tak sampai jauh ke europe ni aku merantau berkerja.takat gaji korang kerja kat msia tu cam nak rak,ampu kerajaan jilat bontot diorg,gadaikan maruah,prinsip dan keadilan untuk kesenangan, aku rasa pendapatan aku kat sini 8 kali ganda dr korang dan hak2 aku tak pernah dinafikan kat sini...sorry kalau bunyi cam berlagak je aku ni, bukan nak bermegah, tp bg sesapa yang asik duk kutuk kita ni malas, tgk diri lu sendiri sblm kutuk n fitnah org.jgn ikut cara kerajan korang yang memang suka memfitnah tu.bagus sgt ke korang tu?ko ingat suka2 org malas cam aku merantau menghabiskan duit mak bapak (wpon mak bapak aku tak support pon aku dr segi kewangan sbb diorang bukan org kaya) sepertimana kerajan menghabiskan duit rakyat enjoy kat oversea?sbb malas ke aku kat sini skrg?kat satu negara di eropah yang amat terkenal dgn disiplin dan ketepatan?aku ni dtg dr keluarga yang senang kaya raya ke?tidak.buat apa aku dtg dr jauh,merantau,tglkan keluarga dan sanak saudara?untuk apa?sebab aku malas ke?sbb aku tak bersyukur ke?untuk berlagak ke?untuk enjoy makan angin bershopping cam menteri2 lu ke?TIDAK!!!tp adalah untuk memajukan diri aku dan belajar dr pengalaman kat tempat org, bercampur dgn mentaliti2 dan fikiran2 yang lain,lihat dari sudut yg berbeza.ingat senang aku nak dtg sini bekerja camna senang2 je kerajaan lu org amik bangla,indon dan bangsa asing bkerja di msia?aku kena lulus bahasa diorg baru leh dpt visa.tak tau bahasa diorg jgn harap...malas ke aku?tau nak senang je ke aku yang melayu ni?msia ada laksanakan syarat camtu ke terhadap pendatang asing yg nak bkerja di msia?aku rasa tak de...
rosak sungguh msia...dan aku sangat2 lah kecewa dan sedih dgn fenomena ni...kalau bukan sbb keluarga,tak ingin aku balik langsung ke msia tu...mungkin aku patut proceed je utk tukar kewarganegaraan bila dah lulus exam nanti...dan kalau lah ada antara korang yg nak berhijrah gak sbb kerosakan ini, agaknya satu hari nanti msia akan penuh dgn pendatang asing la jawabnya...dan masa tu ketuanan melayu and whatsoever kena fuck ajela jawabnya...kesian...

Komen di atas neh di tulis seseorang yang bernama anak rantau. Ditulis dalam blog amenoworld.com. Boleh klik sini kalau nak baca lanjut. Ada sesiapa yang nak nafikan kenyataan dia atau nak berdebat dengan dia? Heh.

Sungguhnya tak sangka 10 euro di sana lebih besar nilai [kegunaan] berbanding rm10 kat sini. Kalau rm10 kat sini pula yang dapat ialah ;

1. susu tin rm2.50 [paling murah punya worr.. paling mahal rm3.30 now]

2. gula rm2.10 [sesetengah tempat rm2.20-2.30 pun ada wor]

3. beras? sayur? beras sekilo cukup kot.. rm3.30 sesetengah tempat ada yang lagi mahal.. nak murah beli beras hancur.. tapi beras timbang neh pun low quality lah kan.. tapi still beras dan still jadi nasi asal kenyang balun je lah.. sayur? tengoklah sayur apa. Kalau karot sebatang dah 70kupang. Kalau sawi ke apa ke mao rm1++. Memang cukup rm10 tue. Tapi bukan kegunaan seminggu. Sehari je bagi sayur. Manakala bagi beras dan susu tin 2 hari. Bagi gula mungkin la seminggu. Ha Ha Ha..

Yang dah kahwin dan dah miliki keluarga sendiri? Cukup ke kat atas tue? Lagi parah je jawab nya...

Kerajaan ini kerajaan lue dan gue. Negara ini negara lue dan gue. Kalau dah macam tue.. layak lah lue dan gue kena sama2 pueh ahti menetap dalam ini negara. betul? Heh.

Lue fikirlah sendiri!

Ameno : Rupanya orang asing datang malaysia tak perlukan kemahiran berbahasa melayu.. patutlah semua pun merapu tak reti cakap bm.. iskh iskh iskh... teruk betul!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...