Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 10 Februari 2011

DAP atau GERAKAN yang lebih BODOH?


DAP atau GERAKAN yang lebih BODOH? 

Jawapan dia ialah obefiend.

Gila! 

Tak pepasal obe plak kena. Heh

Tengok bawah neh ;

Rancangan PAS untuk menggerakkan operasi bagi membendung kegiatan tidak bermoral semasa sambutan Hari Valentine hari ini menerima tentangan hebat daripada rakannya di dalam Pakatan Rakyat.

Malah, ia turut menerima kritikan daripada parti Gerakan berhubung 'kempen anti-zina, arak dan pergaulan bebas' yang akan dijalankan pada hari berkenaan.
Ketua pemuda Gerakan Tan Keng Liang berkata, beliau kesal dengan kenyataan ketua pemuda PAS Nasruddin Hassan yang mahu menjalankan operasi berkenaan di negeri Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

Nasrudin sebelum ini dilaporkan berkata, pihak berkuasa agama di negeri berkenaan akan menjalankan pemeriksaan pada Hari Valentine bagi menghentikan perlakuan yang mengundang dosa seperti seks bebas.



Mengulas lanjut, Tan berkata kenyataan Nasruddin (berserban) itu seolah-olah menandakan Hari Valentine dipenuhi dengan kegiatan tidak bermoral dan penuh dosa.

Tambahnya, pemuda PAS perlu memahami sambutan Hari Valentine dengan fikiran terbuka dan bukannya membuat kesimpulan berdasarkan "pemikiran sempit."

Tutup mulut

"Kenyataan terbaru daripada PAS jelas menunjukkan usaha seterusnya daripada PAS (dengan sokongan rakan dalam Pakatan) untuk mewujudkan versi ekstrem negara Islam mereka di Malaysia," kata Tan lagi dalam satu kenyataan.


Dalam pada itu, Nasruddin yang bakal merasmikan kempen berkenaan, hujung minggu ini, turut diminta supaya "menutup mulut" berhubung program berkenaan.

Gesaan itu disuarakan ADUN Sungai Pinang Teng Chang Khim melalui laman blog mikro Twitter, yang turut menulis bahawa pertentangan pendapat seperti itu tetap dilakukan secara terbuka dalam Pakatan.

"Secara bijak atau tidak bijak, setidak-tidaknya kita bertentangan pendapat secara terbuka dalam Pakatan. Secara bodoh atau dengan takut, Gerakan, MCA, MIC (dan sebagainya) perlu tunduk kepada Umno," katanya lagi.


Bukan dasar Pakatan

Sementara itu, veteran DAP Lim Kit Siang pula berkata, kawalan moral ke atas sambutan Hari Valentine bukanlah satu dasar yang disepakati Pakatan.


Lim berkata demikian melalui tulisannya di laman Twitter ketika menjawab gesaan daripada seorang lagi pengguna laman blog mikro itu supaya DAP menyatakan pendirian berhubung kempen PAS tersebut.

Pelancaran kempen anti-zina, arak dan pergaulan bebas itu akan dirasmikan Nasruddin hujung minggu ini di Pasar Seni, Kuala Lumpur.Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali pula mengharapkan rakan-rakan di kalangan bukan Islam agar menghormati usaha melarang muda-mudi Islam meraikan hari Valentine.

“Saya harap rakan-rakan Facebook yang bukan Muslim menghormati usaha kami di kalangan org Islam yang melarang muda-mudii kami daripada meraikan hari valentine,” tulisnya di laman Twitter.

Menurutnya, itu adalah antara usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi Islam, kehamilan luar perkahwinan, pembuangan bayi dan menjauhi budaya yang bercanggah dengan ajaran Islam.

“Orang bukan Islam nak rai terserah, kami tidak ganggu.

“Itu hak anda asalkan jangan berlebihan dari norma ketimuran kita. Salam perpaduan,” katanya.

Hanya yang penting-penting saje saya akan ulas di sini.

1. Apa itu valentine?

Valentine ialah hari kekasih.

2. Kenapa orang islam tak boleh meraikan valentine?

Orang islam tidak boleh meraikan perayaan yang bukan perayaan orang islam.

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”

3. Valentine ialah hari kasih sayang. Tidak terhad kepada kekasih sahaja. Ibu-bapa, suami-isteri pun boleh meraikan valentine.

Mengikut sejarah, valentine diraikan untuk mengingati kekasih masing-masing. Bukan isteri ataupun suami. Namun bagi membolehkan orang islam untuk meraikan valentine beberapa perkara di ubah. Ini terjadi supaya orang islam tidak merasa was-was dengan sambutan valentine maka ianya di tukar kepada hari kasih sayang. Ini juga bertujuan untuk menutup beberapa persoalan dan keraguan dalam islam mengenai sambutan valentine.

4. Apa masalahnya pun kalau ianya ditukar bagi menyesuaikan keadaan supaya orang islam dibolehkan sambut valentine?

Itu yang kita kena berfikir. Kenapa perlu tukar 'niat' supaya orang islam boleh meraikan valentine pula? Kenapa perlu bersusah payah mengubah 'tujuan valentine' untuk orang islam pula? Penting ke orang islam untuk meraikan perayaan ini seperti orang bukan islam? Penting ke bagi mereka? Kalau tak penting, usah lah peduli sangat samada orang islam nak ikut serta ataupun tidak. Cukuplah kami [orang islam] tak kacau kamu [orang bukan islam] untuk meraikan apa-apa yang kamu ingin raikan.

5. Valentine bukan perayaan lah!

Baiklah. Saya menerima pendapat kamu. Valentine bukan perayaan. Oleh itu kenapa nak sambut pula? Apa? sengaja memanipulasikan valentine untuk menjual product? Ceh. Ingatkan marah sebab apa. Marah sebab 60% orang islam [kuasa beli pengguna] akan buat bodoh je dengan product-product valentine rupanya. 

6. Ekstrem nya PAS sampaikan nak menghalang orang islam sambut valentine.

Sejak ble halang orang buat dosa di anggap ekstrem di malaysia neh?

7. Sambut valentine berdosa ke??

Entah. Berdosa ke korang rasa? Berdosa lah kot kalau menyambutnya.. unsur-unsur bidaah dan khurafat neh.. terang2 plak tue. Tak percaya? Apa maksud bidaah? mengada-ngada yang tiada dalam islam. Bidaah ada dua jenis. Sambut valentine neh masuk kategori mana hah? Heh.

Khurafat gak sebab terdapat mitos yang pelik-pelik dibalik valentine neh. Konon nya pakai cincin sepasang, baju sepasang.. boleh kekalkan hubungan lah. Tak boleh hadiahkan baju lah kepada kekasih time valentine takut nanti putus cinta sebab baju bukan jenis kekal [baju boleh kotor, koyak, hilang dan etc]. Heh

Itu belum lagi unsur-unsur maksiat yang mungkin berlaku sewaktu valentine. Contohnya pasangan kekasih [penganut islam] akan beromen [maaf ayat kasar sket] di dalam kereta [akibat tiada duit untuk tempah hotel] ataupun di dalam rumah masing-masing untuk meraikan kehangatan cinta dorang tue. Cinta dalam kubur lagi hangat. Cinta bersama ular. Heh

8. Maksiat hari-hari berlaku beb. Kenapa tak cegah setiap hari je.

Hari-hari PAS cegah maksiat. Neh mesti kes takde member-member dari kalangan PAS yang aktif berdakwah. Pergi cari satu. Heh

9. Adakah valentine dilarang kepada umat islam disebabkan unsur maksiat?

Tidak. Tiada keperluan sambut valentine. Itu sebab sebenarnya. Tiada tujuan. Tiada matlamat. Benda yang sia-sia kena tinggal. Buat apa buang emas [ masa ] ? Heh.

10. Bagaimana pula dengan kisah / sejarah valentine? Adakah itu sebab sebenarnya valentine di larang dari disambut oleh umat islam?

Pun tidak. Jawapan sama seperti atas. Tiada keperluan untuk orang islam sambut valentine. Tiada kebaikan pun. Beli product-product valentine kasi bussiness sapa untung? Fikir sendiri. Heh [Sorry termain kasar plak.. tapi sapa cari pasal dulu?] Heh.

11. Bagaimana pula kalau valentine di islamikkan? Adakah boleh sambut?

Itulah pasal. Apsal beria-ria benar nak islamikkan valentine? Tak yah susah-susah buat macam tue. Kita orang [orang islam] tak de hal lah walaupun tak dapat sambut valentine. Raikan je lah kalau orang bukan islam rasa seronok nak rai. Dipersilakan dengan segala hormatnya.

12. Kalau begitu, bagaimana dengan sambutan seperti hari merdeka, hari malaysia dan hari aids pula? adakah dibolehkan dalam islam?

Entah. Tak tahu. Itu kena tanya yang lebih arif. Tapi setiap sambutan yang menjurus kepada perlakuan maksiat  [khusus untuk orang islam ] seperti sambutan tahun baru, merdeka dan etc memang PAS akan berdakwah untuk mengurangkan aktiviti maksiat. 

Bagi orang bukan islam mereka tak akan faham kenapa. Bagi mereka tiada salahnya meraikan sesuatu. Tetapi malangnya tidak bagi orang islam. Orang islam ini memang bodoh. Bodoh berganda2. Mereka suka melebih2 dalam sesuatu perkara. Contohnya valentine. Kalau hari2 biasa mereka mungkin sekadar 'ringan2' bagi membuktikan mereka sayang kepada kekasih masing2, tetapi ble valentine menjelang mereka akan melakukan seks bebas tak hengat Allah swt.

Itu belum lagi buang/curi duit untuk beli hadiah kepada pakwe makwe.. kalau tak dibelikan mula lah merajuk. Yang sambut pun spesis remaja2 yang tak kenal islam sepenuhnya. Maklumlah orang2 islam [melayu] neh miskin2 belaka. Mereka bukan ada duit nak sambut2 valentine neh. Sudahnya lepas beli hadiah cikai [murah], perempuan2 islam mulalah cair bagai aiskrim.Terus serah body tanda kasih sayang [berzina pun tak reti pakai kondom, punyalah miskin nak mampus orang2 melayu kita neh]. Pehtue mengandung. Ble mengandung campak anak merata2. Dah tue nanti orang bukan islam gak kutuk2 perlakuan orang islam kan? Heh

Disebabkan kebahlolan mereka inilah, kita, orang2 islam yang prihatin terpaksa pula buang masa untuk membanteras kegiatan maksiat mereka neh. Memang agak menyusahkan tetapi nak buat macam mana? Terpaksa berhadapan dengan cabaran manusia kalau nak mengelakkan cabaran [akhirat] dari Allah swt kelak.


Satu nasihat saya kepada DAP dan GERAKAN ;
Bagi kami agama kami. 
Bagi kamu agama kamu.

Selagi kami tidak menginjaki agama kamu, maka janganlah kamu menginjaki agama kami.
Kami faham. Kami tahu. Dan kami sedar sangat. Kebangkitan di mesir itu menakutkan kamu. Tetapi ketahuilah. Yang menciptakan kamu ialah Allah swt. Heh.

Ameno : Saya patuh kepada Nabi saw saya tanpa kompromi walau seinci pun. Itu bukti saya beriman kepada Rasul Allah swt.

Ganjaran hebat dengan hot-tiket!

Khas untuk pelanggan hotlink. Hotlink je tahu. Heh

Pernah dengar hot-tiket tak? Aku rasa ramai yang dah tahu. Tapi ada gak yang tak tahu.Tak kesahlah seme tue sebab aku nak bagitau apa yang specialnya kat hot tiket neh.

Aku sejak 2,3 bulan neh suka topup guna hot tiket. Memang jimat. Siyes. Kadang2 tempat aku dah habis stok hot tiket aku sanggup tak topup hp beb. Siyes. Biarlah seminggu dua hp aku takde kredit aku rela tunggu hot tiket tue.Dasat tak? Heh

Ada banyak kelebihan topup guna hot tiket neh. Meh aku explain sket kat korang apa kelebihan yang aku dapat menerusi hot tiket neh ;




1. Pada kali pertama aku guna hot tiket, aku dapati aku leh call seme no 019, 013, 016 dan 014 pada satu kadar yang sama. Tak kesah lah orang tue dok sabah atau sarawak sekalipun.. kadarnya tetap sama. Kecuali no rumah lah sebab aku tak pernah call no rumah guna hp lagi.

2. Ble aku topup rm10 aku dapat free rm5. Tapi pernah aku topup rm10 dan dapat rm10 free. menerusi hot tiket lah. [topup prepaid biasa pun dapat gak tapi dari segi kadar, hot tiket lebih berbaloi].

3. Kalau nak tahu baki hot tiket tak ley di bawa ke hadapan. Tapi itu dulu. Sekarang boleh beb. Tapi aku tak pasti seberapa lama tempoh promosi ini akan bertahan.

4. Hot tiket takde untuk kredit bawah rm10. rm10 neh yang paling murah. Kalau korang nak topup ke apa ke biarlah tunggu duit cukup rm10 baru pergi beli topup. Kalau topup rm5 ataupun topup guna topup hotlink yang biasa2 tue rugi siyes aku cakap.

Tapi bagi yang tak pernah guna hot tiket neh aku nak bagitau. Ble korang topup hot tiket dan check baki.. memang tiada jumlah/baki wang yang akan terpapar kat hp korang tue. Sebaliknya yang ada cuma

1. baki minit

2. baki sms

Hot tiket dah tetapkan minit panggilan dan jumlah sms yang korang leh layan. Tapi kalau di hapuskan sistem neh pun okey gak sebab selalunya sms aku memang tak habis2. Yelah sapa je aku nak sms pun? Shah yang selalu rajin kodem blog aku? Haramm... Heh

Untuk lebih info better korang klik sini.

Ameno : Hot tiket neh mmg menjimatkanlah.. tapi satu benda je yang aku tak suka.. takde SMS alert yang bagitau hot tiket kita akan tamat tempoh penggunaan..

Agen Churpchurp penipu!!


Aku dengar ramai yang cakap churpchurp  neh akan bagi duit tanpa perlu keluar modal satu sen pun menerusi medium



3. blog

Jika korang melakukan promosi [job] yang diberikan oleh churpchurp.

Untuk melakukan promosi korang kenalah ada komputer dan line internet. Kalau takde komputer boleh je share menerusi smart hp seperti blackberry, HTC.. dan sebagainya [padahal neh jer dua jenis model smartphone yang aku kenal. Heh].

Tapi kalau takde komputer atau smartphone dan internet.. korang takley jana pendapatan guna churpchurp neh..so itu bukan modal ke? Modal gak yen..? So sah2 dah kena tipu la pada sesiapa yang terpedaya tue. Heh

Kepada pembaca2 blog amenoworld yang sudah ada modal

1. komputer ataupun smartphone

2. line internet

3. usaha

dipersilakan untuk sertai churpchurp untuk jana pendapatan online.

Lebih informasi klik sini.

Ameno : dah aprilfool ke? hahhahahah..

SIS dah mengamuk bila PAS larang sambut valentine!


14 feb semakin menjelang tiba. PAS pula menyibuk berdakwah untuk menghalang orang islam meraikan perayaan valentine. Saya agak simpati kepada PAS sebenarnya. Walau sejauh mana mereka mencuba mereka tetap gagal. Gagal kerana medium dakwah mereka sangat terhad. Mereka tidak sehebat umno. Andai mereka pergi dari rumah ke rumah sekalipun untuk berdakwah mengenai sambutan valentine mereka tetap tak boleh lawan tv3 ataupun semua media arus perdana di malaysia. Ini kerana,  1 suara menghalang orang islam meraikan sambutan valentine, 10000 suara yang lain mengalakkan pula orang islam untuk meraikan valentine. Heh

Saya tak tipu. Kalau saya tipu boleh buka tv sekarang. Contoh terdekat di tv8 sendiri. TV8,  COO nya orang islam. CEO media prima juga orang islam. Ya, saya terpaksa mengakui saya hairan. Jika saya yang beragama islam ini sudah hairan, bukanlah pelik jika orang yang bukan beragama islam juga akan hairan. Heh

Asas kehairanan saya ialah

1. ada orang islam melarang orang islam yang lain sambut valentine

2. ada orang islam mengalakkan orang islam yang lain sambut valentine

Kalau tak percaya, boleh semak printscreen di atas. Baca lah betul-betul. Di bawah ini sambungan keratan berita di atas ;


Nasrudin added that the movement would preach and distribute flyers promoting a sin-free lifestyle at lovers’ hotspots in every state.
Yasmin questioned why the wing was spending so much time and energy on such a petty issue, pointing out that Islam was much more than about how Muslims celebrated Valentine’s Day.
SIS urged PAS to focus on real issues affecting Muslim women such as backlog of cases in the Syariah courts.
Yasmin said SIS had cases where women waited for five years for their divorce cases, adding: “In the meantime, their husbands did not pay maintenance for them and their children.
There are also many cases where court-ordered nafkah (alimony) for children was not enforced. Men get away scot-free while women are left having to eke a living to feed their children.’’
Alhamdullilah. Betul-betul thank you Allah swt. Kerana akhirnya ada juga manusia yang sanggup buang masa seperti Pemuda Pas untuk menyibuk memantau kegiatan maksiat anak muda islam zaman sekarang. Di saat semua orang sibuk menggunakan masa yang ada untuk cari duit [macam saya] tetapi ada juga sekumpulan manusia yang rela buang emas [masa] untuk Allah swt. Ini memang pelik. Allah swt akan ganti ke emas [masa] yang dibuang? Entah apa emas [masa] yang Pemuda Pas akan dapat saya pun tak pasti. Heh

Jika menghalang sambutan valentine itu adalah petty issue [perkara remeh], pelik juga melihat SIS mengulas isu ini secara terbuka. Kalau isu kecik apa je sibuk-sibuk nak buat statement balas kan? Heh

Saya pernah dengar orang nasihatkan saya begini 

" dan janganlah kamu menghampiri pintu zina.."

Apa itu pintu zina? 

pintu disko ke? 
pintu pub ke? 
pintu kelab malam ke?
pintu pesta seks ke?
pintu clubbing ke?
pintu sambutan valentine ke?

Ada orang bagitau saya, mereka cakap anak muda sekarang berkahwin atas dasar cinta semata-mata. Mereka tiada perancangan dan hanya menurut nafsu. Selepas suatu tempoh mereka bercerai setelah tiada kasih sayang. Kasih sayang manusia itu terhad dan tidak kekal.

Katakanlah anak muda itu sebelum berkahwin mereka meraikan valentine. Katakanlah valentine itu menjurus kepada perlakuan zina. Katakanlah mereka terpaksa kahwin kerana dek termengandung. Katakanlah mereka akhirnya bercerai setelah tiada sefahaman. Katakanlah mahkamah menangguhkan kes perceraian mereka atas bebanan kerja yang banyak. Katakanlah si ibu menderita, si anak terseksa dan si bapa pula mengabaikan tuntutan nafkah. Katakanlah semua ini berkait rapat dan menjadi asbab. Adakah SIS akan tetap menghalang usaha pemuda pas? 

Boleh jadi SIS marah sebab ;

1. Majlis fatwa kebangsaan mengatakan hukum nya sunat sambut valentine. baca sini

2. Bukti serta dalil Alquran mengatakan tiada larangan untuk sambut valentine. Baca sini dan sini.

3. 100 sebab kenapa muslim wajib rai valentine. Baca sini.

Ameno : Sekecil-kecil isu itulah yang menjurus kepada sebesar-besar perkara.

Rabu, 9 Februari 2011

Ulama meraikan krimas.


Maafkan saya kerana bersikap penyibuk seperti selalu. Entah kenapa kali ini saya boleh menyibuk sampai ke negara pakistan sana. Sesuatu yang saya nampak secara tak sengaja, tetapi sengaja tetap nak menyibuk. Heh

Pertama nya saya kena mengakui orang-orang di dalam gambar tersebut adalah orang orang yang saya tak kenal langsung. Mari kita perhatikan bersama sekeping gambar yang menimbulkan kecurigaan nyata di dalam jiwa saya ;

Ada di antara mereka memakai kopiah [jika boleh di panggil kopiah] di atas kepala.

Ada juga yang memakai salib. Ini terbukti dia ialah paderi.

Mereka memotong kek. Salah ke kalau ulama nak potong kek? Saya tahu tidak salah. Kek ialah makanan. Kalau tidak di potong macam mana nak makan pula?

Perhatikan banner pula. Tertera perkataan ini ;

Minhaj UL Quran International welcomes and wishes merry christmas.

Siapakah lelaki yang memakai kopiah ini? Adakah wujud di dalam mana-mana mahzab bahawa orang islam boleh meraikan krismas? Saya tidak tahu di pakistan bagaimana tetapi yang saya tahu di malaysia memang tidak dibolehkan berbuat demikian.

Lelaki yang meraikan krismas ini dikenali dengan nama Tahir UL Qadri. Sedikit info yang saya dapat mengenai lelaki ini ialah

1. berkemungkinan besar dia terkenal sebagai mufti, imam ataupun ahli agama di pakistan.
2. Terdapat video dia sedang menari.
3. Dia membela musharaf yang bersetongkol dengan amerika dengan mengemukakan dalil Alquran konon nya perkara tersebut di bolehkan.

Saya agak terkesima melihat perkara ini berlaku di pakistan. Namun mungkin saya sudah terbiasa kerana keadaan yang serupa juga berlaku di negara kita. Sedih bukan? Tetapi itu realiti yang kita kena telan. Pahit dan menyakitkan.

Puas juga mencari alasan positive untuk membenarkan tindakan di atas tetapi saya belum jumpa lagi. Pada saya jika mahu menghormati perayaan orang lain bukan bermaksud kena meraikan perayaan tersebut. Memandailah kita tidak membuat ganguan kepada mereka. Tetapi entah di mana silapnya sehingga orang alim [jika boleh di anggap alim] pun meraikan krismas.

Tindakan mereka ini hanya akan memburukkan keadaan. Apatah lagi dibimbangi jika menjadi ikutan. Semoga kita dijauhkan dari keterlanjuran seperti ini.

Link yang korang mesti klik. Kat sini baca sendiri pandangan orang2 pakistan mengenai gambar di atas.

Ameno : Rupanya rakyat islam di kebanyakkan negara sudah mula memberontak dan meluahkan ketidakpuasan ahti mereka menerusi internet.. herm.. 

Main facebook dapat hadiah.

Hah. Neh memang betul. Bukan tipu-tipu. Memang main facebook korang leh dapat hadiah. Hadiah-hadiah yang korang leh dapat ialah ;



Itulah antara hadiah yang korang leh dapat. Mulanya aku fikir neh seme penipuan. Tapi rupanya benda neh simple gila. Senang guna facebook je. Bagi korang yang ske buang masa dengan game bolehlah layan contest neh. 

Aku pun suka gak buang masa dengan game tapi masalahnya masa yang nak dibuang tue terhad. Dan data broadband aku pun terhad gak. Len larh kalau aku kat kl. Memang aku main habis-habisan game neh sebab guna streamyx. Heh

Aku dah check seme butiran dalam tue. Memang tiada penipuan ataupun kepincangan yang aku boleh pertikaikan. Melainkan korang kena beli product milo [aku assume neh normal sebab seme syarikat yang buat pertandingan pun akan suruh kita beli product mereka] sebab ianya ditawarkan oleh milo. Dengar citer milo neh product israel. Aku taktahu betul atau tidak. Pepandailah korang check sendiri kesahihan nya.

Untuk mendapatkan hadiah seperti di atas korang kena klik sini.

Ketika aku surf facebook milo tadi, aku ternampak mereka mengiklankan jawatan kosong. Sebenarnya tidaklah dia tulis jawatan kosong tapi dia tulis program latihan di nestle. Tapi aku assume program tersebut akan menawarkan peluang pekerjaan selepas tamat latihan. Khas untuk pemengang ijazah yang tengah cari kerja sekarang. Sila lah mohon sementara tawaran masih ada. Lupa pula nak amek link facebook tue tapi takpe korang klik je link kat atas sebab kat link tue ada direct link ke facebook milo yang tawarkan peraduan neh.

Ameno : Hah.. neh baru betul-betul tawaran menarik.. takde tipu-tipu dan belit situ sana sini..

Betul ka Celcom buat great sale?

Heh. Kalau celcom baca neh dia confirm mesti marah aku. Dan aku pula memang jenis tak malu. Walaupun aku register dengan churp-churp untuk raih side income tapi tak bermaksud aku kena jual keberanian dan kejujuran aku demi duit.

Menjual ahti nurani aku demi wang..? Aku belum sanggup pergi sejauh itu. Walaupun aku sedar aku jahat. Tapi neraka bukan impian aku. Heh

Aku pernah pakai celcom broadband dua tahun lepas sebelum berpindah ke maxis. Tidak aku nafikan reward celcom broadband memang banyak. Maxis pula? Haramjadah spesis kedekut. Tetapi apalah erti reward kalau service yang di tawarkan berada dalam kualiti yang sangat teruk? Line yang sering terputus dan tidak cantik adalah masalah yang besar buat aku meskipun celcom menganugerahkan aku pelbagai discount untuk memikat ahti aku. 

Salah satu ganjaran terbaru celcom ialah token. Token neh boleh ditukarkan kepada duit untuk beli apa-apa barangan dalam celcom. Nak tahu klik je sini.

Kalau korang nak tahu duit yang paling banyak aku dapat dari celcom ialah rm60. Dua kali aku dapat masa aku guna celcom broadband dulu. Heh

Pada aku jika ganjaran diberikan untuk menutup kelemahan celcom dari segi kualiti perkhidmatan adalah tidak berbaloi. Jika mereka mahu mereka boleh saja meningkatkan tahap perkhidmatan broadband mereka berbanding memberikan pelbagai reward yang akhirnya orang tetap akan mencela kualiti perkhidmatan mereka juga. 

Tak percaya? Tengok je tawaran terbaru dari celcom.


Tawaran memang cantik tetapi aku berharap jangan kita mudah tertipu. Sebagai pengguna kita kena peka. Tawaran di atas hanya terhad kepada pelanggan broadband yang baru. Bukan sedia-ada. Yang sedia ada tak pepasal dah rugi. Heh

Lepas tue kalau nak tahu celcom siap cakap lagi internet serendah rm38 sebulan berbanding rm48 dulu. Cantik bukan. Data masih sama. Tetapi rm38 hanya terhad untuk tempoh 6 bulan je beb. Makna nya kalau korang ikat kontrak dengan celcom broadband ;

rm100 + 38 (6bulan) + rm48 (6bulan) = rm616 setahun.

Dan kalau berminat bolehlah beli salah satu dari tiga barangan yang di offer di atas. Kalau berminat nak tahu detail pasal neh sendiri klik sini.

Tapi sebenarnya korang kena buat semakan coverage. Kalau tempat korang line celcom cantek, alhamdullilah takdelah rugi. Tapi kalau tempat korang line celcom tak cantik memang rugi habis. Buat apa ada broadband tapi line hancur nak mampus? Heh

Kalau nak tahu maxis punya lagi best. Tiada tawaran contract langsung. Tak kira pakej apa yang ko amek. rm100 untuk fee pun tak perlu.  Melainkan ko berminat nak dapatkan broadband maxis barulah korang kena ikat kontrak untuk tempoh 6 bulan.

rm100 + 48 [monthly paling rendah (6bulan)].


Tapi kalau korang berminat nak beli broadband semata-mata aku cadangkan takyah lah ikat kontrak situ sana sini. Buang masa dan buang duit je. rm150 harga broadband yang paling murah aku boleh dapat kat celcom.[celcom kat tempat aku lah] Takyah ikat kontrak langsung. Beli dan terus pakai. Buang masa nak ikat kontrak semata-mata nak dapatkan broadband tue. 

Tapi bagi aku yang dah pernah pakai celcom dan maxis kan, aku prefer maxis lagi bagus. Sebab apa walaupun data aku dah habis digunakan aku tetap boleh surf internet macam biasa tanpa ganguan berbanding celcom. Aku bukan taknak support celcom cuma kat tempat aku celcom belum sebagus maxis. So sehingga detik itu tiba, aku akan kekal bersama maxis.

Ameno : Pengguna harus menolong pengguna bukan menikam pengguna. Heh

Selasa, 8 Februari 2011

Imam shafie' sesat dan maher zain penjual islam.


Ada orang bencikan imam shafie. Dia mempersoalkan bahawa imam shafie bukan imam agung orang islam. Dia juga bilang dalam nada samada sengaja ataupun tidak bahawa imam shafie menyesatkan orang lain. Dia juga mengatakan bahawa imam shafie menyuruh membunuh anjing. [bila??] Heh.

Ketika itu saya browse guna hp. Tak dapat nak printscreen aksi mengarut dia.Semua komen-komen dalam group sini telah lenyap sepenuhnya. Walaupun dia hilang dari pandangan mata saya, saya yakin dia akan tertarik untuk masuk ke sini kerana saya mengumpat tentang dia di dalam blog saya. Itupun kalau dia mempunyai keberanian. Cabaran saya kepada dia bermula kini.

Samada dia berambus dengan deactivedkan acc tersebut, delete komen-komen tersebut ataupun dibanned oleh admin group terbabit saya tak tahu. Tapi apa yang saya tahu saya nampak dia kutuk iman shafie. Dan itu sudah cukup memberikan saya sebab untuk mengumpat dia di sini. Heh

Saya dah cuba letak komen saya kat thread dia semalam. Sebagai bukti lah.  So ble saya online fb guna laptop senang lah aku nak trace back perbualan semalam tanpa perlu saya cari-cari lagi. Tetapi pada saat saya meletakkan komen dia cakap 'cannot be done'. Saya taktahu napa. So saya pun mengalah. Ble saya masuk balik sekarang neh seme komen-komen tersebut dah tiada. Heh

Sesetengah orang mereka tak faham apa itu mahzab. Tetapi mereka hebat dalam mengutuk mahzab.Mahzab bukan ajaran baru dalam islam. Mahzab bukan penganti islam. Mahzab ialah satu panduan.Mahzab ialah pemudahcara bagi kita.

Kita bukan hidup di zaman Nabi saw. Zaman yang mana semua dari mereka menghafal isi Alquran dalam lena dan dalam jaga. Zaman yang mana Allah swt ada dalam setiap denyutan nadi dan helaan nafas mereka. Zaman yang mana islam no 1 dan nyawa no 2. Zaman yang mana mati mesti mau demi Allah swt, hidup mesti takmo kalau masuk neraka. Bukan. Memang bukan. Itu bukan zaman kita. Itu zaman mereka. Zaman itu sudah berlalu. Zaman itu adalah sejarah. 

Ketika Nabi saw masih bernafas, segala persoalan tentang islam dijawab secara direct oleh Nabi saw. Namun Nabi saw juga manusia. Nabi saw telah pergi. Pergi tinggalkan kita. Tinggalkan kita dengan semua pergorbanan baginda. Tinggalkan kita dengan semua jasa-jasa baginda. Pergi tinggalkan kita buat selama nya. Yang ada cuma Alquran, hadis dan sunnah Nabi saw. 

3 perkara. 1 akal. Zaman berbeza. Ilmu berbeza. Bagaimana bisa kita menafsir semua itu? Sudah tentu kita tak mampu. Allah swt maha mengetahui. Allah swt mengetahui kebodohan kita. Allah swt sudah berikan kita cara. Telah DIA tetapkan [pilih] jalan. Tapi bodohnya manusia kerana tetap memilih untuk melalui jalan yang salah. Heh

Penafsiran Alquran perlukan ilmu. Ilmu itu tidak dapat percuma. Ilmu itu datang kerana tekad dan kemahuan manusia itu sendiri. Ibu imam shafie setiap hari membaca Alquran. Ketika dalam perut ibu, imam shafie telah mendengar Alquran. Itu beza orang alim dengan orang yang tak berapa nak alim ataupun orang yang tak alim langsung. Bukan calang-calang orang yang menghasilkan mahzab ini. Tetapi kenapa ada calang-calang orang menghina imam shafie pula?

Kewujudan imam-imam besar dan penghasilan mahzab adalah satu keperluan. Mahzab mengajar kita untuk beribadat dengan lebih teratur. Perlu ada ilmu untuk beribadat. Boleh ke solat tanpa tahu cara-cara untuk bersolat? Berbeza mahzab hanya berbeza dari segi cabang. Bukan dari segi akar [pokok] ibadat itu sendiri. Penafsiran bahawa iman shafie itu sesat adalah bodoh. Yang bodoh itu adalah mereka yang tidak tahu kehebatan dan betapa waraknya iman.. imam shafie. Heh

Sudah saya perhatikan banyak kali. Bukan perkara baru golongan atheis kembali untuk menyesatkan kawan-kawan saya. Bukan sedikit pula jumlah mereka. Mereka bertanyakan soalan-soalan yang memusingkan minda rakan-rakan saya dan akhirnya mereka menjawab kepada soalan-soalan seperti itu semula. Bagi mereka yang kekurangan ilmu islam sudah tentu akan terkeliru dan mula memikirkan yang bukan-bukan. Ini budaya yang tidak sehat. Penularan atheis yang menggunakan nama seperti nama melayu dan agama seperti agama islam bagi tujuan memesongkan akhlak rakan-rakan saya sangatlah tidak di senangi oleh saya.

Meskipun saya terpaksa akur akhirnya kesalahan itu tetap terletak pada rakan-rakan saya yang gagal memahami islam dalam sedalam dalamnya. Tetapi siapa pula saya nak menentukan bahawa tindakan mereka tidak memahami islam pada hari ini adalah kayu pengukur kehidupan mereka pada masa akan datang? Saya bukan siapa2 pun. Boleh jadi mereka ini ialah bakal ustaz dan ustazah yang tersohor pada masa akan datang. Boleh jadi mereka ini adalah pejuang islam yang sanggup mati demi Allah swt. Oleh itu saya tidak mahu menghakimi mereka kerana saya sedar saya tidak layak pun.

Golongan atheis ini golongan yang berbahaya. Mereka ini mempersoalkan pelbagai perkara dalam islam dan membanding2kan setiap ajaran dalam islam dengan kristian. Ble orang membaca, mereka akan terfikir bahawa si atheis ini adalah penganut kristian. Sedangkan mereka bukan. Mereka ialah golongan yang tidak beragama.

Tidak mahu agama tidak apa-apa. Mereka punya pasal. Tetapi menganggu orang yang mahu agama adalah satu kebiadapan. Mempersoalkan islam dengan pelbagai cara juga adalah biadap. Kenapa perlu cakap berpusing-pusing kepada mereka yang tidak arif ilmu islam sedangkan golongan atheis ini boleh sahaja berdebat dengan orang-orang yang lebih arif tentang islam. 

Jawapan nya mudah. Mereka memilih untuk menyesatkan orang-orang yang beragama pula. Tidak mahu agama dan menghasut orang lain agar memilih untuk tidak beragama seperti dia. Ini tidak boleh dibiarkan.

Terdapat juga orang islam yang tidak pandai menilai. Mereka mengakui mereka islam tetapi mereka lebih suka menegur perkara-perkara yang kecil daripada mengatasi perkara-perkara yang besar. Saya terpaksa cakap bahawa sesetengah dari orang islam ini terlampau terikut-ikut dengan alasan freemason dan illimunasi [betul ke ejaan neh?]. 

Bila mereka melihat ada bentuk segitiga dan sebagainya mereka mula mengaitkan perkara-perkara tersebut kepada agenda freemason la illiminasi lah apa lah.. kenapa perlu nak mengaitkan perkara2 seperti itu saya pun tak faham lagi. Mungkin ada perkara yang saya terlepas pandang tetapi sungguh siyes saya binggung memikirkan ble kebanyakkan dari kita akan menyalahkan freemason dan illimuninasi sebagai penyebab kepada sesuatu perkara. Heh

Cercaan tak kurang juga kepada Maher Zain. Sudah tentu mereka akan cakap saya peminat tegar Maher Zain. Jika dulu saya bertengkar dengan zuan melodi mengenai Maher Zain. Kini saya tampil di blog membela Maher Zain yang dicerca oleh penghina imam shafie. Bukan kah ini membuktikan saya fanatik Maher Zain? Heh

Siyes sungguh saya bukan begitu. Saya tiada poster Maher Zain. Tiada pula tiket konsert Maher Zain. Meskipun saya tahu sinar.fm mengedarkan tiket konsert percuma Maher Zain tidak pula saya berminat nak mendapatkannya walaupun soalan2 yang ditanya adalah sangat mudah dijawab.

Saya cuma nak tegur kepada penghina imam shafie yang juga menempelak maher zain sebagai penjual agama. Bukan kepada dia sahaja. Malahan kepada ramai orang2 islam di luar sana yang tak faham perkara sebenar.

Jika siti menjual lagu. Maka maher zain juga menjual lagu. Jika siti menjual lagu2 cinta agar kekasih boleh tangkap jiwang apa salahnya maher zain jual lagu cinta kepada Allah swt agar kita boleh tangkap jiwang kepada Allah swt?

Adakah kerana maher zain mengingatkan kita kepada Allah swt maka itu satu kesalahan? Adakah lagu2 dakwah islam sepatutnya percuma? Siapa yang cakap? Adakah sesiapa berikan maher zain kos operasi percuma untuk membina album? Untuk kos promosi? Untuk kos penginapan? Adakah maher zain bergerak ke sana ke mari tanpa bayaran itu ini?

Jangan bagi alasan bodoh kepada saya. Jangan. Saya tahu mereka akan cakap begini ;

"dah tue yang maher zain sibuk nak jadi artis apasal? siap jual agama lagi?"

Sebab apa saya akan jawab begini pula..

Dah tue korang yang bangang gila hiburan kenapa? gila tengok konsert adam lambert. Gila tengok justin bangang. Gila tengok lagy gagap. Gila segala bagai gila.

Perlunya maher zain sebagai alternatif hiburan kepada orang2 islam itu sendiri. Perlunya rabbani. Perlunya inteam. Perlunya raihan. Semua atas sebab yang sama. Orang islam perlu berhenti berhibur yang mengarut2. Mengarut dengan artis yang bertindik sana sini. Lebih mengarut ble gay di puja sebagai artis. Memang mengarut ble meminati artis tak tutup aurat.
Ini semua mengarut. Mengarut dan bodoh. Zaman bodoh dan mengarut ini sudah saya tinggalkan. Heh

Maher zain dan artis2 dakwah melalui lagu tidak mendapatkan segala2nya percuma. Mereka membayar untuk kos operasi. Pelbagai kos lain yang kita tidak nampak. Jika mereka menjual hiburan yang mengingatkan kita kepada Allah swt itu tidak salah.

Kenapa mesti salah? Jika ct menjual lagu bangang dia kenapa tiada teguran? Sebab ct tak mengingatkan korang pasal Allah swt?Sebab hiburan itu maksiat? Oleh itu normalnya kalau ct jual lagu bangang dia? Begitu ke?

Hiburan itu dibolehkan dalam islam selagi tidak melalaikan. Andai maher zain menyebabkan korang tak solat itu pun dah kira lalai. Ble dah lalai sampai tinggal solat hukum dia berdosa. Wajib tinggal. Sama macam blog. Sama macam facebook. Ini semua hiburan. Hiburan bukan lagu semata2. 

Adakah selepas mendengar lagu maher zain korang akan terus teringat nak beromen dengan pasangan kekasih masing2? Nampaknya tidak. Oleh itu usah bising. Banyak lagi perkara yang boleh difikirkan bersama. Bukan maher zain. 

Alquran pun dijual-beli. Kenapa tidak tegur kepada penjual2 Alquran bahawa mereka menjual agama?

Orang islam tolonglah berhenti. Berhenti buat perkara yang bodoh. Berhenti menegur perkara yang mengarut. Berhentilah menyalahkan bangsa lain di atas kelemahan diri sendiri. Berhentilah. Berhentilah sebelum kiamat menjelang tiba.

Ameno : Tak boleh tahan seksa.

Isnin, 7 Februari 2011

1Malaysia kena tipu pasal petrol !!!



1Malaysia kena tipu pasal petrol. Heh. Tajuk bangga gila tapi sebetulnya aku pun tak faham apa yang aku baca neh. Boleh gitu? Heh.


1. Cuba korang tengok rajah satu dan rajah dua.


2. rajah satu ialah harga minyak berdasarkan weekly [mingguan] per tong


3. rajah dua ialah harga minyak jualan berdasarkan country [negara] per tong. Sila lihat malaysia punya berapa. Member blogger aku dah tandakan khusus kat situ.


4. sekarang lihat pula gambaran kat bawah neh ;




5. Rajah atas neh mengenai harga bagi minyak mentah. aku assume harga berdasarkan per tong gak.


6. sekarang tengok plak kat bawah neh ;





aku sebenarnya tak tahu macam mana nak menganalisis benda di atas kepada bentuk tulisan sebab aku satu haramjadah tak faham macam mana nak menerangkan dari sudut ekonomi. Yang aku faham ada draf menaik ada draf menurun.. macam mana nak terjemahkan ranking pun aku tak tahu. Macam mana nak baca draf di atas pun aku blur.  Cuma aku tengok dia ada stated kat situ yang malaysia antara yang mempunyai rizab minyak yang banyak. Klik sini. Kat sini ada link jumlah pengeluaran minyak malaysia berbanding negara2 lain. 

Dan korang pun leh klik sini gak. Analisis lah apa2 yang patut kat link tersebut sebab aku tak tahu cam ne nak analisis benda alah tue. Then korang kalau rajin klik sini. Kat sini jumlah rizab minyak malaysia. Tak banyak. Sikit je 4billion berbanding negara2 lain.

7. Dan tengok pula rajah yang neh ;






Rajah di atas mengenai jumlah import minyak by year. Pecah by year. Tahun 2008 dan 2009 malaysia tiada. Tak tahu napa takde. Tapi info bagi negara lain tercatit pula. Boleh klik sini.
Semak sendiri. Kalau tengok rajah di atas jumlah import kita nampaknya berkurangan..



8. Tengok rajah kat bawah pula ;







Ini jumlah eksport malaysia. Kalau tengok rekod neh kita eksport kita melebihi import kita. Pada tahun 2008 dan 2009 tiada data tercatit pula. Pun tak tahu kenapa. Pengeluaran eksport kita berkurangan pada tahun 2006. Tak tahu kenapa. Check sini untuk lebih informasi.



Aku tak tahu nak menganalisis benda neh tetapi aku melihat seperti ada sesuatu yang disorok. Hahaha.. Rasa cam kena tipu pun ada tapi yelah biarkan korang yang cerdik pandai bab ekonomi mengulasnya. Neh pun ada satu ulasan berkaitan perihal di atas. Bacalah untuk lebih kefahaman.


Ameno : Adakah data2 untuk 2008 dan 2009 sengaja disorokkan? Jika benar kenapa enh??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...