Ada orang bencikan imam shafie. Dia mempersoalkan bahawa imam shafie bukan imam agung orang islam. Dia juga bilang dalam nada samada sengaja ataupun tidak bahawa imam shafie menyesatkan orang lain. Dia juga mengatakan bahawa imam shafie menyuruh membunuh anjing. [bila??] Heh.
Ketika itu saya browse guna hp. Tak dapat nak printscreen aksi mengarut dia.Semua komen-komen dalam group sini telah lenyap sepenuhnya. Walaupun dia hilang dari pandangan mata saya, saya yakin dia akan tertarik untuk masuk ke sini kerana saya mengumpat tentang dia di dalam blog saya. Itupun kalau dia mempunyai keberanian. Cabaran saya kepada dia bermula kini.
Samada dia berambus dengan deactivedkan acc tersebut, delete komen-komen tersebut ataupun dibanned oleh admin group terbabit saya tak tahu. Tapi apa yang saya tahu saya nampak dia kutuk iman shafie. Dan itu sudah cukup memberikan saya sebab untuk mengumpat dia di sini. Heh
Saya dah cuba letak komen saya kat thread dia semalam. Sebagai bukti lah. So ble saya online fb guna laptop senang lah aku nak trace back perbualan semalam tanpa perlu saya cari-cari lagi. Tetapi pada saat saya meletakkan komen dia cakap 'cannot be done'. Saya taktahu napa. So saya pun mengalah. Ble saya masuk balik sekarang neh seme komen-komen tersebut dah tiada. Heh
Sesetengah orang mereka tak faham apa itu mahzab. Tetapi mereka hebat dalam mengutuk mahzab.Mahzab bukan ajaran baru dalam islam. Mahzab bukan penganti islam. Mahzab ialah satu panduan.Mahzab ialah pemudahcara bagi kita.
Kita bukan hidup di zaman Nabi saw. Zaman yang mana semua dari mereka menghafal isi Alquran dalam lena dan dalam jaga. Zaman yang mana Allah swt ada dalam setiap denyutan nadi dan helaan nafas mereka. Zaman yang mana islam no 1 dan nyawa no 2. Zaman yang mana mati mesti mau demi Allah swt, hidup mesti takmo kalau masuk neraka. Bukan. Memang bukan. Itu bukan zaman kita. Itu zaman mereka. Zaman itu sudah berlalu. Zaman itu adalah sejarah.
Ketika Nabi saw masih bernafas, segala persoalan tentang islam dijawab secara direct oleh Nabi saw. Namun Nabi saw juga manusia. Nabi saw telah pergi. Pergi tinggalkan kita. Tinggalkan kita dengan semua pergorbanan baginda. Tinggalkan kita dengan semua jasa-jasa baginda. Pergi tinggalkan kita buat selama nya. Yang ada cuma Alquran, hadis dan sunnah Nabi saw.
3 perkara. 1 akal. Zaman berbeza. Ilmu berbeza. Bagaimana bisa kita menafsir semua itu? Sudah tentu kita tak mampu. Allah swt maha mengetahui. Allah swt mengetahui kebodohan kita. Allah swt sudah berikan kita cara. Telah DIA tetapkan [pilih] jalan. Tapi bodohnya manusia kerana tetap memilih untuk melalui jalan yang salah. Heh
Penafsiran Alquran perlukan ilmu. Ilmu itu tidak dapat percuma. Ilmu itu datang kerana tekad dan kemahuan manusia itu sendiri. Ibu imam shafie setiap hari membaca Alquran. Ketika dalam perut ibu, imam shafie telah mendengar Alquran. Itu beza orang alim dengan orang yang tak berapa nak alim ataupun orang yang tak alim langsung. Bukan calang-calang orang yang menghasilkan mahzab ini. Tetapi kenapa ada calang-calang orang menghina imam shafie pula?
Kewujudan imam-imam besar dan penghasilan mahzab adalah satu keperluan. Mahzab mengajar kita untuk beribadat dengan lebih teratur. Perlu ada ilmu untuk beribadat. Boleh ke solat tanpa tahu cara-cara untuk bersolat? Berbeza mahzab hanya berbeza dari segi cabang. Bukan dari segi akar [pokok] ibadat itu sendiri. Penafsiran bahawa iman shafie itu sesat adalah bodoh. Yang bodoh itu adalah mereka yang tidak tahu kehebatan dan betapa waraknya iman.. imam shafie. Heh
Sudah saya perhatikan banyak kali. Bukan perkara baru golongan atheis kembali untuk menyesatkan kawan-kawan saya. Bukan sedikit pula jumlah mereka. Mereka bertanyakan soalan-soalan yang memusingkan minda rakan-rakan saya dan akhirnya mereka menjawab kepada soalan-soalan seperti itu semula. Bagi mereka yang kekurangan ilmu islam sudah tentu akan terkeliru dan mula memikirkan yang bukan-bukan. Ini budaya yang tidak sehat. Penularan atheis yang menggunakan nama seperti nama melayu dan agama seperti agama islam bagi tujuan memesongkan akhlak rakan-rakan saya sangatlah tidak di senangi oleh saya.
Meskipun saya terpaksa akur akhirnya kesalahan itu tetap terletak pada rakan-rakan saya yang gagal memahami islam dalam sedalam dalamnya. Tetapi siapa pula saya nak menentukan bahawa tindakan mereka tidak memahami islam pada hari ini adalah kayu pengukur kehidupan mereka pada masa akan datang? Saya bukan siapa2 pun. Boleh jadi mereka ini ialah bakal ustaz dan ustazah yang tersohor pada masa akan datang. Boleh jadi mereka ini adalah pejuang islam yang sanggup mati demi Allah swt. Oleh itu saya tidak mahu menghakimi mereka kerana saya sedar saya tidak layak pun.
Golongan atheis ini golongan yang berbahaya. Mereka ini mempersoalkan pelbagai perkara dalam islam dan membanding2kan setiap ajaran dalam islam dengan kristian. Ble orang membaca, mereka akan terfikir bahawa si atheis ini adalah penganut kristian. Sedangkan mereka bukan. Mereka ialah golongan yang tidak beragama.
Tidak mahu agama tidak apa-apa. Mereka punya pasal. Tetapi menganggu orang yang mahu agama adalah satu kebiadapan. Mempersoalkan islam dengan pelbagai cara juga adalah biadap. Kenapa perlu cakap berpusing-pusing kepada mereka yang tidak arif ilmu islam sedangkan golongan atheis ini boleh sahaja berdebat dengan orang-orang yang lebih arif tentang islam.
Jawapan nya mudah. Mereka memilih untuk menyesatkan orang-orang yang beragama pula. Tidak mahu agama dan menghasut orang lain agar memilih untuk tidak beragama seperti dia. Ini tidak boleh dibiarkan.
Terdapat juga orang islam yang tidak pandai menilai. Mereka mengakui mereka islam tetapi mereka lebih suka menegur perkara-perkara yang kecil daripada mengatasi perkara-perkara yang besar. Saya terpaksa cakap bahawa sesetengah dari orang islam ini terlampau terikut-ikut dengan alasan freemason dan illimunasi [betul ke ejaan neh?].
Bila mereka melihat ada bentuk segitiga dan sebagainya mereka mula mengaitkan perkara-perkara tersebut kepada agenda freemason la illiminasi lah apa lah.. kenapa perlu nak mengaitkan perkara2 seperti itu saya pun tak faham lagi. Mungkin ada perkara yang saya terlepas pandang tetapi sungguh siyes saya binggung memikirkan ble kebanyakkan dari kita akan menyalahkan freemason dan illimuninasi sebagai penyebab kepada sesuatu perkara. Heh
Cercaan tak kurang juga kepada Maher Zain. Sudah tentu mereka akan cakap saya peminat tegar Maher Zain. Jika dulu saya bertengkar dengan zuan melodi mengenai Maher Zain. Kini saya tampil di blog membela Maher Zain yang dicerca oleh penghina imam shafie. Bukan kah ini membuktikan saya fanatik Maher Zain? Heh
Siyes sungguh saya bukan begitu. Saya tiada poster Maher Zain. Tiada pula tiket konsert Maher Zain. Meskipun saya tahu sinar.fm mengedarkan tiket konsert percuma Maher Zain tidak pula saya berminat nak mendapatkannya walaupun soalan2 yang ditanya adalah sangat mudah dijawab.
Saya cuma nak tegur kepada penghina imam shafie yang juga menempelak maher zain sebagai penjual agama. Bukan kepada dia sahaja. Malahan kepada ramai orang2 islam di luar sana yang tak faham perkara sebenar.
Jika siti menjual lagu. Maka maher zain juga menjual lagu. Jika siti menjual lagu2 cinta agar kekasih boleh tangkap jiwang apa salahnya maher zain jual lagu cinta kepada Allah swt agar kita boleh tangkap jiwang kepada Allah swt?
Adakah kerana maher zain mengingatkan kita kepada Allah swt maka itu satu kesalahan? Adakah lagu2 dakwah islam sepatutnya percuma? Siapa yang cakap? Adakah sesiapa berikan maher zain kos operasi percuma untuk membina album? Untuk kos promosi? Untuk kos penginapan? Adakah maher zain bergerak ke sana ke mari tanpa bayaran itu ini?
Jangan bagi alasan bodoh kepada saya. Jangan. Saya tahu mereka akan cakap begini ;
"dah tue yang maher zain sibuk nak jadi artis apasal? siap jual agama lagi?"
Sebab apa saya akan jawab begini pula..
Dah tue korang yang bangang gila hiburan kenapa? gila tengok konsert adam lambert. Gila tengok justin bangang. Gila tengok lagy gagap. Gila segala bagai gila.
Perlunya maher zain sebagai alternatif hiburan kepada orang2 islam itu sendiri. Perlunya rabbani. Perlunya inteam. Perlunya raihan. Semua atas sebab yang sama. Orang islam perlu berhenti berhibur yang mengarut2. Mengarut dengan artis yang bertindik sana sini. Lebih mengarut ble gay di puja sebagai artis. Memang mengarut ble meminati artis tak tutup aurat.
Ini semua mengarut. Mengarut dan bodoh. Zaman bodoh dan mengarut ini sudah saya tinggalkan. Heh
Maher zain dan artis2 dakwah melalui lagu tidak mendapatkan segala2nya percuma. Mereka membayar untuk kos operasi. Pelbagai kos lain yang kita tidak nampak. Jika mereka menjual hiburan yang mengingatkan kita kepada Allah swt itu tidak salah.
Kenapa mesti salah? Jika ct menjual lagu bangang dia kenapa tiada teguran? Sebab ct tak mengingatkan korang pasal Allah swt?Sebab hiburan itu maksiat? Oleh itu normalnya kalau ct jual lagu bangang dia? Begitu ke?
Hiburan itu dibolehkan dalam islam selagi tidak melalaikan. Andai maher zain menyebabkan korang tak solat itu pun dah kira lalai. Ble dah lalai sampai tinggal solat hukum dia berdosa. Wajib tinggal. Sama macam blog. Sama macam facebook. Ini semua hiburan. Hiburan bukan lagu semata2.
Adakah selepas mendengar lagu maher zain korang akan terus teringat nak beromen dengan pasangan kekasih masing2? Nampaknya tidak. Oleh itu usah bising. Banyak lagi perkara yang boleh difikirkan bersama. Bukan maher zain.
Alquran pun dijual-beli. Kenapa tidak tegur kepada penjual2 Alquran bahawa mereka menjual agama?
Orang islam tolonglah berhenti. Berhenti buat perkara yang bodoh. Berhenti menegur perkara yang mengarut. Berhentilah menyalahkan bangsa lain di atas kelemahan diri sendiri. Berhentilah. Berhentilah sebelum kiamat menjelang tiba.
Ameno : Tak boleh tahan seksa.



















