Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 25 Januari 2011

1Malaysia kutuk fasha sandha putus cinta!

Aku sebenarnya kecik ahti dengan artis kesayangan no 1 aku si fasha sandha neh. Kalau korang nak tahu baru2 neh [takdelah baru sangat pun] aku tengok dalam galaksi [tak silap aku waktu siang mungkin ulangan kot atau dah bertukar siaran] ada disiarkan pengakuan fasha yang dia dan jejai masih stay as couple lagi.

Mereka tak putus pun dan seme tue adalah gossip semata2. Gitulah lebih kurang jawapan si fasha neh. Tup2 baru aku tahu, kejap2 neh juga lebih kurang dekat sejam larh [neh entry yang aku tulis balik akibat blackout 15 minit yang lepas, rasa nak buat lagu maki tnb larh plak] menerusi tajuk blog beautifulnara [baca tajuk je beb pasal excited sangat nak buat dosa mengumpat] rupanya si fasha neh dah putus cinta dengan jejai. Heh


Dia mengaku beb dalam paper. Aku baca kat beautifulnara jap tadi. Atoiii larh si fasha neh. Geram betul aku dengan dia. Petak2 dia tipu sama aku. Pula tue agak lambat aku mendapat tahu berita neh. Tak pepasal dosa mengumpat aku terhadap fasha sandha menjadi berkurangan berbanding dosa pengumpat2 yang len. Heh


Aku percaya si nora danish mesti terlompat beruk ble baca berita cam neh. Hah.. rasakan dulu ko buat orang neh ko dapat balik. Namun merujuk kepada situasi si fasha neh aku rasa dia no hal larh. Dia kan jenis slumber. Kalau si jejai dapat madu [errk madu ke?] si fasha plak dapat duit. Lebih kurang win2 situation.


Kalau korang tengok fb i love fasha sandha tue penuh dengan gambar2 peluk dia bersama si jejai.
Bagai mereka je bercinta dan pasangan paling bahagia dunia akhirat. Heh.

Last2 putus jua akhirnya. Fasha mungkin ingat dia dapat simpati kot. Tapi aku tak heran nak simpati kat ko fasha, pasal ko ban aku dari fb ko. Siyes. Aku nak balas dendam neh. Aku nak gelakkkan ko je. Tah2 bukan aku je gelakkan ko, silap2 satu malaysia gelakkan ko fasha..


kah kah kah


Nasiblah ko, lenkali jgn rampas laki orang, jangan rosakkan kebahagian rumahtangga orang lain, sekarang dah terkena kat ko balik fasha.. amacam ada sakit ka? Confident aku ko kena kutuk beb..

kah kah kah


Ameno : Fasha, ko dengan jejai bergaduh pasal mak ko bela ko pakai bikini kat bali ke fasha? Dalam utusan last week ada siar pasal neh fasha. Hahahahahah

GST sudah dilaksanakan?

Baiklah minggu neh dan minggu lepas terlalu banyak rakan2 facebook saya bertanya adakah GST sudah dilaksanakan di malaysia sedangkan ikut laws, GST sepatutnya ditangguhkan untuk perbahasan lanjut di parlimen pada tahun ini.

Mereka bertanya ada sebab nya. Mereka hadirkan bukti dalam group saya benci harga barang naik, sebuah group yang mana kita membincangkan hak2 pengguna yang telah tertindas akibat kenaikan harga barang yang dilihat sangat mendadak sejak dua tahun kebelakangan ini ataupun lebih tepat sejak RM = Rosmah Mansur = Mem jadi piem kita. Errr silap, jadi mem kepada piem kita, Najib Razak. Heh.

Berikut adalah antara gambar2 yang mereka SHARE di wall group terbabit ;



Aik.. makan satay pun ada GST ka?


Macam mana GST neh dikira aku pun tak sure sangat. Selama neh aku kurang pastilah samada bil astro dan broadband aku ada GST ke tidak, sebab selalu bayar tak guna bil pun.
Broadband aku mmg takde bill, bayar guna no broadband je, lepas bayar dapat resit, kalau apa2 hal check online.

Manakala bill astro pula selalu dapat lewat, so memang bayar dulu walaupun guna bill2 terdahulu.
Selain dari dua bill neh, memang aku tak guna line telefon rumah ke, maxis ke, apa2 ke, tapi ada rakan2 bagitau sekarang, seme bill termasuk bill telefon rumah pun ada GST.. aiyakk ada betul ka kawan?

Kalau ada betul, sebagai pengguna kita ada hak worr untuk mengetahui kenapa ini terjadi. Adakah kita telah ditipu sama seperti sebelum nya?
Jangan lupa sertai group ini, dan sharekan sebarang informasi yang berkaitan.

Ameno : Haizhhh apsal beria2 nak naikkan seme barang2 dan cukai segala bagai hah?

Isnin, 24 Januari 2011

WOW! Janji najib malaysia bankrupt kini terbukti! Tahniah!


Saya bukan orang ekonomi. Dan saya bukan pelajar ekonomi. Walaupun saya bukan orang ekonomi yang ekonomited, tetapi saya percaya anda akan nampak apa yang saya nampak. Malahan perkara ini akan lebih jelas kelihatan bagi mereka yang amek major dalam ekonomi. Heh

Lihat paparan printscreen ini ;


Okey, izinkan saya jelaskan beberapa point yang penting. Point2 ini penting supaya anda tahu anda di control oleh pemimpin yang bagaimana. Ingat pemimpin boleh menunjukkan halatuju kehidupan kita. Pemimpin yang baik akan cari jalan untuk memperbaiki kehidupan rakyat. Pemimpin yang corrupted hanya akan menyusahkan rakyat dan melambakkan rakyat dengan masalah demi masalah seperti yang kita alami kini.

1.
global finacial intergrity telah melakukan satu research yang diberikan nama illicit financial flows from developing c0untries 2000 - 2009.

2. dalam bahasa melayu nya ialah laporan kewangan mengenai perbelanjaan yang hilang/tidak dapat dikesan oleh negara2 membangun dari tahun 2000 - 2009. [boleh juga di anggap penyalahgunaan perbelanjaan dalam negara]


3. malaysia menduduki tangga yang kelima. Dengan $291billion. [RM889 billion]


4. angka ini sangat cantik. tidak terlalu di bawah dan tidak terlalu di atas. heh


5. patut kah kita bangga?


6. tengok size negara kita berbanding size negara2 lain. ini sangat unik. heh


7. takde nama indonesia, thailand, apatah lagi myammar. heh


8. so tiadalah harapan utk BN buat perbandingan dengan mereka dalam hal ini. hampa. Heh


9. merujuk kepada fakta di atas, kajian ini telah di iktirafkan worldwide. So, tak dapatlah BN nak menipu rakyat. heh


10. ikut fakta pada tahun 2000 aliran wang negara kita hilang sebanyak
$22.2 billion.


11. namun ia semakin meningkat pada 2008 iaitu sebanyak $68.2b. 3kali ganda. ini bukan angka yang kecik. Tengok baik2.Jumlah 68.2b hanya tercatat pada tahun 2008. Belum masuk pada tahun 2009. Jika termasuk tahun 2009, maka angka itu menjadi $291b. $291b - $68.2b = $222.8b. Dan $222.8b ini hilang dalam masa setahun saja. Dan setahun ini siapa yang pegang negara? Heh.


12. Antara faktor2 wang ini hilang/gagal dikesan dalam perbelanjaan kerajaan ialah


- rasuah
- penyelewengan oleh kroni2

- ketidakcekapan urustadbir perbelanjaan negara

- kena rompak/curi oleh kementerian itu sendiri
- perbelanjaan yang tidak dicatat


baca petikan ini ;
Financial flows from Malaysia have more than tripled from $22.2 billion in 2000 to $68.2 billion in 2008. This growth rate, seen in few Asian countries, may be a result of significant governance issues affecting both public and private sectors.
13. Piem kita berani ulas tak? Atau lebih tepat, berani siar dalam berita buletin utama tak? Heh.

14. Tak mungkinlah siarkan kegagalan diri sendiri kan? Heh


15. Maklumat lagi mengenai hal neh klik
sini

Nota : Jabatan Audit Negara juga mendedahkan perkara yang sama. Kesemua ini ada kaitan dengan kerajaan yang memerintah. Ingat, mereka dah terlalu lama pegang kuasa, sebab itu mereka tamak haloba.

222.8 = bakal naik no ekor akan datang, cepat beli. Heh

Ingat najib ingat 222.8!
Ingat rosmah ingat 222.8!

Ameno : Agaknya apa lah yang dorang nak spin enh.. enhh mungkin isu anwar meliwat rahimi pula di mainkan kat berita2 di tv malaysia.. ha ha ha lawak siot!

1Malaysia sokong rosmah mansur jadi perdana menteri!

1Malaysia Mahu Rosmah Mansor Jadi Perdana Menteri1Malaysia Mahu Rosmah Mansor Jadi Perdana Menteri1Malaysia Mahu Rosmah Mansor Jadi Perdana Menteri

1Malaysia kena support rosmah mansur jadi perdana menteri. Siyes aku cakap. Kalau mem [bikmama] tak jadi piem ia adalah satu kerugian besar buat kita. Ini pun siyes. Siyes gile dah aku.


Cuba fikir secara logik duit. Bukan logik akal. Tapi logik duit. Logiknya orang yang berkerja akan dibayar gaji atas kerja2 yang mereka lakukan. Ini normal. Ini kebiasaan kita.

Korang nak ke buat satu2 kerja tapi habuk satu sen ko tak dapat? Aku rasa korang pun mesti surrender. Gila larh beb. Gila. Zaman sekarang masuk toilet pun kena pow tiga kupang neh kan pula nak2 kena kerja pergi sana pergi sini pehtu satu sen haramjadah tak dapat. Sapa nak? Aku confident gila confirm taknak. Heh

So, logiklah kalau rosmah dapat duit untuk kerja2 kerajaan yang dia dah buat. Duit itu adalah imbuhan atas kerja2 yang dia dah buat. Dia layak weh. Dia buat kerja kan? Dia ada office weh, kat putrajaya kan? Heh

Si rosmah neh pun bagus. Dalam satu masa, dia boleh buat kerja untuk beberapa kementerian sekaligus. Tengok sekarang sudey. Contohnya dia baru2 neh buat kerja untuk kementerian sukan, kementerian pendidikan, kementerian wanita, dan kementerian kewangan. 4 in 1. Shampoo pun kalah bhai. Ini luarbiasa hebat! Heh

So, ada baiknya kalau dia jadi perdana menteri malaysia sebab jika dia bukan piem pun dia dah beria2 buat kerja untuk beberapa kementerian yang penting, bayangkan.. bayangkanlah kalau dia ialah piem. Aku confirm, habis seme. Habis. Habis seme kementerian dia sapoo bhai.. habis seme kementerian dia wat kerja bhai.. Heh

So, kalau kira dari logik duit, ini adalah langkah penjimatan yang paling afdal sekali. Jimat. Siyes. Betul2 jimat. Satu orang buat kerja ramai orang. So, mana2 menteri yang makan gaji buta macam kementerian pelajaran, kewangan, wanita, pelancongan dan sebagainya bolehlah dipecat terus. Membazirkan wang rakyat jer. Elok bagi seme kat rosmah. Biar dia sandang seme. Dah muka dia je kuar tv dapat promosi. Muka menteri2 lain dah tak wujud dah aku rasa. Mungkin kerja dorang makan tidur, makan tidur atas kerusi empuk dalam pejabat tue je aku rasa. Heh

So, aku sarankan mari kita sama2 bantu kempen, biarlah rosmah aka mem aka bikmama kita jadi perdana menteri. Dengan dia sebagai piem, insya-Allah tenaga dia dapat dioptimizekan sehingga ke titisan tenaga yang terakhir. Heh.

Najib dan seme menteri2 kabinet patut letak jawatan. Kalau aku malu beb, malu. Malu, bini lebih terserlah dari piem. Malu, bini sendiri lebey layak jadi piem. Heh.

Jangan lupa support kempen neh. 1malaysia mahu bik jadi piem. Auwww..

Ameno : 1malaysia mahu rosmah mansur jadi piem ke? kah kah kah..

Ahad, 23 Januari 2011

WTF!! Mohammed bouazizi hero?


Terdapat cakap2 belakang yang berbentuk sindiran dan sinis terhadap hero di kalangan rakyat tunisia iaitu mohammed bouazizi yang membakar diri nya sendiri akibat kebiadapan pihak penguatkuasa tunisia yang menyekat usaha boauzizi untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga nya.

Siapakah muhammed boauzizi boleh click sini untuk bacaan lanjut. Yang saya nak ulas ialah tindakan bauazizi yang membakar diri. Bagi saya tindakan dia ialah tindakan yang murni dan patut di sanjung tinggi.

Ya, ya saya tahu. Anda ialah orang islam yang alim bukan? Yang tak pernah buat dosa bukan? Yang hidupnya 100% perfect mengikut landasan islam bukan? Sebab itulah anda dengan sewenang-wenangnya mengutuk tindakan mohammed boauzizi bukan?

Izinkan saya ulas isu neh menggunakan sudut akal penderitaan, kezaliman dan kekejaman pemerintahan tunisia. Saya takan ulas berdasarkan sudut islam. Kalau pun saya go through melalui sudut islam, saya cukup2 yakin mohammed boauzizi juga tidak akan diperlekehkan oleh Allah swt sebagaimana kamu memperlekehkan arwah mohammed bauzizi neh.

Bagi korang, tindakan bauozizi yang membakar diri akibat ditindas dengan pihak penguatkuasa tunisia mungkin satu tindakan yang bodoh. Tetapi tahu kah korang sebodoh2nya tindakan dia itu, dialah pencipta revolusi jasmine. Yang korang kutuk2 dia, apa revolusi yang korang dah buat? ada? ada ke?

Jika korang di tempat boauzizi pun, aku tak percaya korang akan bertahan ditindas bertahun2 lamanya. Baozizi neh lepasan ijazah yang dah bertahun2 lamanya mencari kerja. Sebelum dia, pemuda2 [senior] yang melepasi ijazah pun masih tak dapat2 kerja. Punyalah sabar, sanggup usaha sendiri cari rezeki biarpun meniaga kecil2 untuk menampung kehidupan asalkan tak mencuri.

Tapi bagi korang yang lebih islam dari orang islam yang lain hanya tahu pandang sudut yang negatif. Yang bab bakar diri neh, korang memang hebat cerca cerci orang. Hebat wa cakap lue. Lebih hebat dari orang yang lebih alim dari lue. Hebat! Baca betul2. Hebat!

Tapi ble bab maksiat depan mata, korang juga yang tutup mata. Ble bab zina, korang juga yang tumpang sekaki. Ble bab hiburan, korang lebih havoc dari yahudi. Tapi ada ahti nak kutuk mohammed baouzizi. Heh

Korang neh spesis umat islam yang tak sedar diri. Siyes aku cakap. Tak sedar diri. Boleh baca sini. Ble korang tak sedar diri yang korang neh berpijak kat bumi sebab tue korang suka cakap meninggi diri.

Tindakan mohammed baouzizi pada aku ialah satu tindakan yang kita mesti puji. Aku peduli apa kalau korang nak analisis aku punya mentaliti. Mentaliti aku, adalah hak aku sepenuhnya. Aku memahami penderitaan rakyat tunisia yang terdesak perlu kepada satu revolusi. Revolusi ini adalah lazim jika menuntut pengorbanan. Dan mohammed baouzizi sanggup menjadi tema pengorbanan bagi satu perjuangan di tunisia. At least, walaupun dia mati akhirnya, dia mati dengan penuh terhormat. Kalau korang nak cerca tindakan dia yang bakar diri adalah satu tindakan yang takde tamadun, baik korang cermin diri korang dulu.

Kita pun tak setamadun dan sebagus mana. Pemimpin kita main arak main betina. Kita pun bersubahat dengan mereka ble tak buat revolusi. Berjuanglah bagai nak rak sekalipun, selagi kita masih diperintah oleh pemimpin2 islam yang pinggirkan islam kita tetap berdosa bhai.

Kita nak kutuk orang memang cukup senang. Kita cukup mudah menghakimi tindakan baouzizi konon nya adalah satu tindakan bunuh diri. Tapi pernah tak kita fikir, tindakan kita pun bukan lebih baik dari bouazizi? Malahan kita lebih hina dan lebih keji. Kita mengutuk mereka yang telah mula sedar akan islam hakiki. Sedangkan kita semakin lama semakin t0lak islam sejati.

Sebelum nak kutuk/menghakimi org lain yang berkorban demi sebuah revolusi, aku nasihatkan jangan ingat peribadi diri sendiri sangat sempurna dan sangat suci. Apa yang Allah swt nak buat kat mohammed boauzizi yang telah pergi, adalah hak Allah swt sepenuhnya. Tapi apa yang kita nak buat kat negara kita yang makin menjadi2 menghina islam, adalah hak kita sebagai orang islam untuk membuktikan kepada Allah swt bahawa kita bukan setakat pandai berkata2 tetapi pandai juga bertindak.

Dan kalaupun ada orang yang nak bakar diri kat malaysia untuk menuntut satu perubahan, aku tetap akan sokong dia biarpun korang akan menghentam aku bertubi2. Ingatlah, keimanan aku, hanya Allah swt je berhak decided. Sehebat mana pun korang, korang belum layak lah nak tentukan aku masuk ke syurga atau neraka!

Ameno : Umat islam malaysia, berhentilah jadi hipokrit. Korang neh mmg meloyakan..

Ulasan di atas ditujukan khas kepada pengutuk2 mohammed bauazizi, hero kesayangan aku.

Tunisia : sekularisme, kekejaman dan akhirnya revolusi.


Pasti ramai di antara kita telah melihat vitie pemberontakan rakyat Tunisia terhadap rejim Ben Ali akibat kekejaman pemerintahan Ben Ali selama dia berkuasa hampir 23 tahun lama nya sebagai presiden di Tunisia.

Baiklah mari kita mulakan kisah ini [maaf, saya mungkin tak akan patuhi protokol penulisan dalam artikel ini seperti huruf besar bagi nama/tempat dan etc] ;

1. Nama sebenar ben ali ialah
zine el abidine ben ali.
2. ben ali mula menjadi presiden tunisia pada
7 november 1987 setelah mengulingkan presiden pertama tunisia iaitu habib bourguiba.

3. ben ali kemudian digulingkan daripada pemerintahan tunisia pada
januari 2011 setelah beberapa siri pemberontakan demi pemberontakan oleh rakyat tunisia berikutan ;

- masalah penganguran yang tinggi di kalangan rakyat [yang ada ijazah ke takde ijazah ke seme susah dapat kerja kat sana beb]

- rasuah dan penyelewengan yang berleluasa [neh buat aku teringat satu negara yang bernama malaysia beb]

- kenaikan pelbagai barang makanan dan keperluan rakyat sehingga 80% [ neh pun sama.. tetiba je teringat kat malaysia.. apasal hah?]

4. Sebenarnya
revolusi jasmine [nama revolusi yang berlaku kat tunisia baru2 neh] bermula begini kisahnya ;

- ada seorang pemuda, bernama
mohammed bouazizi yang berusia 27 tahun.
- dia ada ijazah, tapi dia takde kerja. dah lama cari kerja tapi tak dapat2 juga.

- dia takde pilihan, terpaksa meniaga tepi jalan. meniaga buah dan sayur2an. sebenarnya kat tunisia, belia2 muda lepasan u, lepasan sekolah mmg susah nak dapat kerja sebab takde kerja.

- satu hari tue macam biasalah, dia pergi meniaga. dia buka gerai utk mencari rezeki bagi menampung kehidupan dia dan keluarga dia.

- namun hari tue hari malang bagi dia. penguatkuasa tunisia [ neh spesis sial punya manusia, kalau Allah swt sound aku pun kenapa aku mencarut kat penguatkuasa tersebut, aku pun berani lah bagi alasan, dapat dosa pun aku rasa berbaloi] boleh pula rampas gerai tersebut. tempat dia cari rezeki kena rampas beb. atas alasan takde permit. takde lesen. tak boleh meniaga tepi jalan.

- dah lah dia takde duit. nak cari kerja pun tak boleh. nak taknak dia pergi balik kat pejabat penguatkuasa tue minta balik gerai dia, tapi rayuan dan permintaan dia tak dilayan. [bagi pandangan aku lah, maybe kena rasuah dulu kot baru penguatkuasa tue layan, mungkin permit sana mahal, tak pun gila babi punya biokrasi nak dapatkan satu permit]

- dia geram, dia pergi kedai. dia beli minyak tanah dua botol dia bakar diri kat depan pejabat penguatkuasa yang dia buat rayuan sebelum tue.

- dia terbakar habis. tapi nyawa masih panjang. dia sempat hidup selama
18 hari selepas nekad bakar diri. bagi kita, mungkinlah korang anggap dia neh bunuh diri kan? tapi aku ada pandangan yg len. bagi aku dia neh seorang wira. yg berkorban utk mencipta revolusi. siyes. pengorbanan dia kira berbaloilah sebab akhirnya presiden bahlol ben ali tue dah ditumbangkan cuma belum didakwa je lagi.

- kisah dia bakar diri depan pejabat penguatkuasa neh jadi isu kat tunisia. jadi isu besar kat sana. org mula bersatu dan berkumpul. orang mula peduli. orang mula berfikir. rakyat tunisia mula mencari kekuatan utk membebaskan diri daripada masalah2 mereka.

- yang si ben ali neh pula lepas dapat tahu insiden tersebut [insiden berlaku pada pertengahan bulan
disember 2010], dia buat2lah berlakon prihatin dengan masalah rakyat. dia tabur pelbagai janji. Dia cakap dia akan atasi masalah penganguran, kesihatan, pendidikan, kebuluran dan etc. Tapi rakyat tunisia dah tak percaya cakap2 dia.

- kemuncak mula berlaku pada hari kematian seseorang.
17 disember 2010 arwah bourzizi [dia org islam, malahan 99% tunisian = org islam] yang bakar diri, akhirnya meninggal dunia.

- rakyat tunisia mula marah, memberontak, sakit ahti, geram, dengan macam2 perasan lagi dah tak boleh sabar dengan rejim zalim ben ali neh.

- sehinggalah pada awal-pertengahan bulan januari 2011, akhirnya ben ali terpaksa melarikan diri daripada tunisia akibat pemberontakan dalaman rakyat tunisia terhadap kerajaan ben ali.

- habis seme aset2 ben ali dan saudara maranya seperti hotel2, pejabat2, rumah2, kedai2 diserang, dibakar, divandalismekan oleh rakyat tunisia [hah amek ko].

4. selepas di gulingkan oleh rakyat tunisia, ben ali mencari perlindungan kat kerajaan perancis, tapi perancis boh layan je mamat spedo neh.

5. tapi alih2 si arab saudi neh plak bebal2 gi bantu presiden kejam neh. [arab saudi neh kan mmg sukeeeeee sangat taw bantu org yang kejaaaammmmm sangat.. macam US dan Israel..]

6. si isteri ben ali neh plak, bernama
leila trabelsi, umur 53 tahun.

7. dengan ben ali dia ada 3 anak, dipercayai dia isteri kedua ben ali. nama2 anak dia bersama ben ali tidak pula diketahui oleh aku buat masa kini.


8. perangai si leila neh plak suka berboros duit rakyat. hidup pula mesti mewah yang amat.

9. ketika suami dia si ben ali dok kelam kabut fikir masalah politik, dia plak bleh wat derhaka yang maha hebat. dia pergi lari dan sambil melarikan jongkong emas yang di anggarkan bernilai
171.3juta yang disimpan kat dalam bank negara tunisia.

10. kat mana dia lari, takde pula aku baca. tapi mmg bodoh bangang gila perempuan neh. nampak sangat dia sayang kat duit laki dia, bukan kat laki dia. hish. [atau boleh jadi konspirasi laki-bini neh, segalanya ada kemungkinan beb]

11. Lagi 1 aku nak ulas sket pasal tunisia neh. Kita tahu rakyat tunisia di hampir
99% orang islam.

12. tapi walaupun begitu negara mereka tak begitu islamik sepertimana pegangan agama rakyat mereka.

13. kat tunisia,
poligami diharamkan. [satu2 nya negara arab yg haramkan poligami lepas merdeka pula tue] alamak beb, sejak ble org islam sendiri haramkan poligami hah?

14. agama rasmi mereka mmg islam. dan presiden tunisia mmg wajib sangatlah org islam baru layak jadi presiden tapi pakai tudung dalam pejabat2 dihadkan, malahan kalau nak pakai tudung kat jalan2 raya, khayalak umum sangat2
tidak digalakkan.

15. dan yang lebih parah neh beb, mmg parah,
bourguiba [presiden tunisia yg 1] yang konon-nya mengaku org islam tue kan tidak mengalakkan rakyat tunisia berpuasa pada bulan ramadhan sedangkan 99% penganut islam di tunisia ialah sunni. adoiii..

16. disebabkan itulah
bourguiba tue diberikan gelaran kamal attaturk ala tunisia dek sekular gila cara dia perintah negara [enh aku teringat kat seseorang seperti itu di malaysia lah..]. Ketika era bourguiba neh sebelum ben ali gulingkan dia, dia pernah diberikan iktikad untuk dibiarkan menjadi presiden tunisia seumur hidup. Heh.

17. hah, neh kan sedang perang revolusi kat tunisia kan, walaupun ben ali dah ditendang keluar dari negara tetapi org2 pro ben ali masih ada kat sana.

18. parti2 yg pro ben ali bersama parti2 pembangkang berkerjasama utk membentuk kerajaan campuran. tapi rakyat tak ley terima parti2 pro ben ali tue. mereka tak suka sebab mereka rasa
fouad mobizza yang dilantik sebagai presiden sementara tunisia adalah boneka kepada ben ali.

19. kalau nak tahu kat tunisia tue presiden lain, perdana menteri lain. aku yang baca pun confuse mula2.

20.
presiden tunisia sekarang neh ialah fouad mobizza [pro ben ali neh, asalnya dia speaker parlimen].

21.
perdana menteri pula mohammed ghanauchi.

22. dalam masa 60 hari akan diadakan pilihanraya kat tunisia tue untuk memilih pemimpin baru.

23. tapi pelik gak pasal parti2 islam kat tunisia tak diundang utk membentuk kerajaan campuran kat tunisia. apasal hah?

24. kalau dulu aku ingat malaysia, indonesia mmg negara islam yg kategori sayur hancur.

25. tapi rupanya tunisia lagi hancur bhai. 99% rakyat islam tapi dok perlekeh undang2 islam.

Youtube mesti tengok. Pasal arwah bouazizi.
Link mesti baca. Pasal arwah bouazizi.

Ameno : macam mana lah tak teruk negara lue, wa cabar lue tunisian kalau lue berani lue kasi buang sekularisme tue sekali.. amacam? ada berani kah? malaysia sedang buat.. lue ble lagi? 99% islam tue bhai.. hahahaha..

Sabtu, 22 Januari 2011

Orang islam suka menipu.

Cuba kita perhatikan keadaan sekeliling kita. Cuba kita tumpukan pemerhatian kita khusus kepada orang islam semata2. Ya, hanya orang islam. Tidak kah anda merasakan apa yang saya rasakan?Apa yang saya rasa ialah orang islam ialah spesis yang suka menipu, kuat menipu dan sering menipu. Betul. Saya jujur. Dan saya tidak menipu meskipun saya suka menipu. Heh

Saya tahu pembaca tidak akan mempercayai saya. Malahan pembaca akan mengatakan saya sedang menipu. Masalahnya bila menulis saya tidak tipu. Saya hanya tipu bila tidak menulis. Faham tak? Heh


Orang islam suka menipu. Ini fakta. Mari saya tunjukkan bukti.


Di atas ini adalah rancangan yang menyesatkan umat islam. Tetapi orang islam yang paling ramai masuk. Orang islam yang paling ramai sokong. Dan orang islam juga
yang paling ramai tonton.

Emccceeehzz.. saya tak tipu. Kan saya dah cakap banyak kali tadi. Ketika menulis, saya suka tulis dengan betul. Kalau saya menipu, saya buat ketika saya tidak menulis. Heh


Orang islam suka menipu mengenai arak. Mereka kata arak haram, tetapi mereka minum juga.


Orang islam suka menipu mengenai aurat. Mereka kata buka aurat berdosa besar. Tapi mereka buka juga.


Orang islam suka menipu mengenai maksiat. Mereka kata maksiat haram, tapi mereka buat juga.

Orang islam suka menipu mengenai hiburan. Mereka kata hiburan melalaikan, tetapi mereka yang anjurkan juga.


Orang islam suka menipu mengenai israel. Mereka kata israel jahat, tapi jahat2 israel mereka kawan juga.


Orang islam suka menipu mengenai agama mereka sendiri. Mereka kata mereka islam tapi solat tak pernah nampak.


Orang islam suka menipu mengenai keislaman mereka, mereka kata jadi orang islam lebih baik dari orang kafir tapi perangai mereka yang paling teruk juga berbanding dengan orang kafir.

Tak percaya? Takpe..


Sapa paling banyak buang anak kat malaysia?
orang islam!

Sapa paling banyak rogol/liwat anak orang?
orang islam!

Sapa paling banyak hisap dadah?
orang islam!

Sapa paling banyak berzina?
orang islam!

Sapa paling banyak merempit?
orang islam!

Sapa paling banyak hina islam?
orang islam!

Sapa paling banyak menjahanamkan akidah umat islam?
orang islam juga!!

Saya penipu bila saya kata saya orang islam tapi dalam masa yang sama saya buat perkara2 yang Allah swt tegah. Saya tak tipu saya suka maksiat cuma saya tipu saya orang islam. Heh


Saya penipu bila saya kata saya orang islam tapi dalam masa yang sama saya minum arak dan berzina. Saya tak tipu saya jahil cuma tipu bila saya kata saya orang islam. Heh


Saya penipu bila saya kata saya orang islam tapi dalam masa yang sama saya tayang aurat. Saya tak tipu saya suka seksi cuma tipu bila saya kata saya orang islam. Heh

Saya penipu bila saya kata saya orang islam tapi dalam masa yang sama saya meragui/menghina undang2 Allah swt. Saya mengaku saya tak suka hudud cuma tipu bila saya kata saya kata saya orang islam. Heh


Saya penipu bila saya kata saya orang islam tapi dalam masa yang sama saya membiarkan kawan2 saya buat maksiat depan mata. Saya mengaku saya sayangkan kawan2 saya dan rela mereka buat maksiat cuma saya tipu ble saya kata saya orang islam. Heh


So tak betul ke ble aku kata orang islam suka menipu? Hiduplah korang dengan penipuan korang. Neh aku pinjam kata2 linggam "correct,correct,correct"


Nama macam nama orang islam.

Muka macam muka orang islam.

Agama dalam ic macam agama islam.

Tapi mereka bukan orang islam.


Ameno : Yang menipu, yang tertipu dan yang ditipu.

Penyokong Rosmah Mansur buat hal.

Kisah nya begini. Saya, selaku penyokong rosmah mansur sebenarnya agak geram dengan rosmah mansur. So boleh lah di anggap sayalah penyokong rosmah mansur yang buat hal tue. Heh

Lagi satu saya terpaksa gelar wanita pertama di malaysia neh sebagai rosmah mansur je. Saya harap rosmah mansur tak kesah sangatlah. Sebab apa, kalau nak saya gelarkan dia pun.. saya tak tahu gelaran apa yang patut saya tulis kat sini. Yelah dek terlalu banyak gelaran yang dia dapat sejak dua tahun kebelakangan neh. Selangor ada, melaka ada, sarawak ada, johor ada.. arhhh sudahlahh!! Nak sebut2 pula seme gelaran dia ape ke hel nya pulak!!! Heh


Cuba tengok paparan printscreen kat bawah neh. Ada dua paparan je. Tak banyak kan, so jangan lazy2 nak tengok..

Okey dah tengok? Pheeiwww..

Rosmah cakap dia tak kesah kena kritik der.. so pe lagi selaku penyokong setia totok rosmah [hanya penyokong je tahu kesah2 rosmah neh, kalau benci biasa tak amek tahu kan? heh] aku nak buka silat kritikan aku.. harap2 dia yang tak amek kisah tue, betul2 tak kesahlah lepas baca neh. Heh [huissshh korang.. dia baca lah.. kalau tak mana dia tahu dia kena kritik, lagi satu page rosmah mansur, sila minta maaf kepada umat islam adalah page yang dia mesti 'tonton'.. auwww..]


Kalau korang baca betul2 keratan di atas rosmah ada mention cakap dia di jemputlah, untuk diberikan ucapanlah.. apalah.. owh pls lah rosmah mansur, awak tue isteri piem. Bukan piem. Apsal lah dorang beria2 nak jemput mem mengalahkan piem pula? Dah tue sekali pergi bawa dekat 20 org sertai rombongan. Kos tue kos yang penting. Siapa tanggung? Kalau betul di jemput, mereka [yg menjemput] tanggung ke 'self-pay'? Heh.


Dengar citer seme kos2 rosmah ke luar negara bersama rombongan nya di tanggung/dibiayai oleh kerajaan, tetapi mereka [parlimen/kerajaan] tidak mahu dedahkan kos sebenarnya. Adoiiii mana boleh macam neh mem. Mem pergi sana, guna duit rakyat mem. Mem suruh rakyat jimat cermat tapi mem hebat merosmahmansurkan duit rakyat mem. Adoiilahhh mem neh.. cakap lain bikin lain. Heh


Dah tue mem siap cakap lawatan mem tue demi rakyat. Mem owhh mem.. apa benefits yg rakyat gain dari lawatan mem neh mem oii? Apa dia? Rakyat tak duduk pun kat hotel mewah. Rakyat tak berjalan2 sambil bershopping2 pun kat luar negara. Asap kapal terbang pun rakyat tak hidu. So apakah benefit nya wahai mem rosmah mansur? Apa?


Saya neh mem, tak pernah soh mem pergi luar negara sana taw. Tak pernah waima sekalipun. So apa wakil2 plak? Taktahu lah kalau ada penyokong mem yang len suruh wakil mereka pula. Heh. Bagi sayalah kan, kalau mem nak bantu rakyat malaysia kan, mem kena kurangkan pergi luar negara. Siyes mem. Lagi kerap mem duduk dalam malaysia, lagi kurang wang rakyat di belanjakan ke jalan yang tidak sepatutnya, lagi seronok rakyat rasa, walaupun mem duduk sini tanpa buat apa2. Neh mem buat itu buat ini, bukan rakyat rasa seronok. Lagi menyampah dok ada mem. Heh


Bila saya baca mem cakap kerajaan arab saudi jemput mem sebab nak kaji sumbangan mem kepada kanak2 empat tahun kan mem, saya rasa nak tergelak besar mem. Betul mem. Saya ikhlas mengaku mem. Anak2 mem dah lepas 4 tahun mem. Dah berkurun lamanya mem menjadi isteri najib, tak pernah sekalipun saya baca kat paper pasal sumbangan mem terhadap kanak2 bawah 4 tahun. Neh tuptup kerajaan arab saudi nak selidik sumbangan mem kepada budak2 bawah 4 tahun. Apa result yang kerajaan arab saudi dapat mem? Berani mau kongsi ka mem? Heh


Kalau setakat PERMATA mem tue, failed lah mem. Failed. Guru2 yg mengajar kat KEMAS dan PASTI pun lagi layak jadi tetamu kerajaan arab saudi mem. Buat gelak orang je mem neh. Heh.


Semua orang tahu pendidikan awal memang penting untuk budak2. Malahan sejak dari perut ibu lagi. Tengok iklan ammun sudey. Mungkin kerajaan arab saudi takde tv kot. Mungkin kerajaan arab saudi tak tengok iklan ammun kot. Tue pasal dorang mengiktirafkan kata2 mem pasal pendidikan awal kanak2 kan mem. Walhal benda neh satu dunia dah tahu. Agaknya satelit informasi terputus kat arab saudi kot. Heh.

Lagi satu statement mem yang lawak ble mem kata mem takde kena mengena dengan politik dan kerajaan. Mem, saya hormat mem. Walaupun mem menipu saya tetap hormat. Tapi mem, walaupun hormat saya tetap nak kantoikan penipuan mem so mem jangan terguris ahti plak dengan saya. Cuba mem baca sini.


Dah baca mem? Mem sedar tak satu malaysia dah tahu mem ada pejabat sendiri kat putrajaya. Plak tue dalam bangunan kerajaan. Kalau betul mem takde kaitan dengan kerajaan ape ke hel nya mem ada pejabat sendiri. Kalau boleh suke2 saya pun nak ada satu mem. Bleh saya berlagak kat orang kampung. Heh


Yelah2 saya tahu mem tak hirau seme sungutan2 saya neh mem. Tapi saya nak bersunggut juga. Lantaklah saya peduli apa. Yang saya tahu mem tetap baca seme sungutan2 rakyat kan mem kan? Eley, cakap depan2 konon tak hirau tapi dalam ahti mem kecik ahti kan mem kan? Mengaku je lah mem. Apa pun saya minta maaf lah mem sebab direct dengan mem neh. Saya kan penyokong tegar mem. Kalau bukan saya yang tegur sapa lagi nak tegur mem. Nak harapkan pembangkang tegur? Hah mampus mem kena kutuk. So sebelum mem kena kutuk better saya kritik dulu. Heh


Ingat mem pesanan blog saya, jangan merosmahmansurkan duit rakyat dan sila segera pulang ke malaysia. Dah 3,4 hari berita2 kat tv3 kurang siar pasal mem walaupun ada. Sapa lah buletin utama tanpa mem. So segera pulang ya mem. Jangan lama2 sangat tabur duit rakyat kat luar negara mem. Rakyat malaysia masih ramai yang miskin neh mem. Heh


Jangan lupa baca sini, tak sangka si rais yatim neh pun bela lawatan mem keliling dunia.
Heh

Ameno : Berapa banyaklah duit dah mem tabur kat luar negara sekarang... hizhh

Jumaat, 21 Januari 2011

Yahudi serang Masjid.di palestine.


Baca petikan di bawah ini ;

Selasa , 18/01/2011 - Penduduk Yahudi menodai sebuah masjid Yaffa pada malam Ahad ketika perbarisan agresif yang tampaknya diaturkan oleh polis.

Penduduk Yahudi itu mengepung dan membaling batu ke arah masjid Nuzha setelah berkeliaran di sekitar jalan-jalan kota yang diduduki secara haram oleh Israel sambil mengibarkan bendera dan berteriak “Matilah Arab”, menurut sumber-sumber dari rakyat Palestin.

Polis Israel tidak bergerak sehingga jemaah di dalam masjid mulai melawan para penyerang, tambah sumber itu. Kehadiran polis sepatutnya adalah untuk mencegah pertengkaran, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.


Rasanya sudah tidak perlu saya jelaskan lagi tujuan mereka [yahudi israel] berbuat demikian terhadap rakyat palestine. Ini bukan perkara baru kawan2. Bukan.

Adakah kita marah mereka ganggu jemaah yang bersolat atau marahkan mereka ganggu masjid? Tak kisahlah apa sebab nya ia tidak penting untuk kita tafsirkan amarah kita disini.

Tapi apa penting nya kita baca berita ini? Sebenarnya saya tertarik dengan laungan yahudi israel ketika membaling batu kepada jemaah masjid Nuzha di palestine. Mereka melaungkan perkataan
'matilah arab'. Adakah mereka membenci orang arab? Kenapa agaknya mereka membenci orang arab? Adakah mereka racist?

Sebenarnya perkara yang sama juga berlaku kepada kita disini. Adakah kita racist? Adakah saya racist? Adakah pembaca2 sekalian racist? Bebeberapa bulan yang lepas, menerusi twitter seorang pro pr [dap] mengatakan pas juga parti yang racist kerana berasaskan perjuangan agama. Dia cakap begitu kepada ahli parlimen dap iaitu Tony Pua. Heh.

Petikan twitter itu kemudian nya dicopy-paste oleh azeeza abdullah dan dia sebarkan menerusi fb untuk melakukan provokasi politik. Mengapa dia cakap begitu? Saya boleh faham.

Sejauh mana kita faham apa itu racist di malaysia? Adakah mempertahankan islam itu racist? Kenapa ada salah faham seperti ini? Pernah kita amek peduli? Adakah kepada mereka [non-muslim] harus kita letakkan kesalahan?

Sebenarnya kawan2, kita mungkin telah salah-faham maksud racist di malaysia. Dek kerana itulah ramai orang menganggap memperjuangkan sesuatu bangsa/agama di anggap racist.

Racist = ialah kebencian kepada bangsa/agama lain.

orang yang memperjuangkan bangsa bukan racist.
orang yang memperjuangkan islam bukan racist.

Ianya menjadi racist kalau mereka benci satu2 bangsa/agama.

Salah ke orang macam kita [muslim dan non-muslim] memperjuangkan bangsa kita sendiri?Sebenarnya tidak salah.

Siapa yang kata salah?

Salah, kalau kita meletakkan kepentingan bangsa di hadapan berbanding Allah swt.

Tetapi manusia macam kita, kalau pun kita tak letakkan perjuangan bangsa di depan Allah swt, kita kadangkala meletakkan perjuangan maksiat di depan Allah swt. Ini pun salah juga. Heh


Orang yang memperjuangkan semangat bangsa/kaum semata2 ialah orang yang assobiyah.

Orang yang memperjuangkan islam sekaligus mengangkat bangsa sendiri bukan assobiyah atau ektremis.


Islam tidak mengajar penganutnya membenci orang lain, bangsa lain ataupun agama lain. Islam cuma mengajar penganutnya membenci perkara2 yg mungkar, jahil dan kejam. Itupun dengan beberapa syarat tertentu.

PAS bukan parti yang racist apabila mereka memperjuangkan islam.
Islam ialah satu cara hidup yang di anjurkan oleh Allah swt.

Oleh itu dapatlah kita simpulkan apabila PAS memperjuangkan islam, itu bermaksud PAS memperjuangkan
'satu cara hidup yang aman, damai dan SELAMAT' sepertimana yang dianjurkan oleh Allah swt yang ter-kandung dalam setiap kalimah2 Alquran.

Cara hidup yang aman dan selamat ini sebenarnya disukai oleh kelompok majoriti manusia di seluruh dunia. Dan ini menjadi tanggungjawab kita umat islam untuk terangkan kepada rakan2 kita [non-muslims] yang tidak faham dan tidak tahu. Bukan menakut2kan mereka demi survivol politik. Baca sini. Tapi bagaimana mahu menolong mereka [non-muslims] agar memilih islam sebagai
'cara hidup'?

Bagi orang islam, cara yang paling senang untuk dihormati ialah melaksanakan apa yang termaktub dalam Alquran. Cukup ini kita buat. Jangan fikir banyak. Jangan fikir susah. Jangan fikir jauh. Insya-Allah kehormatan untuk kita [khususnya orang melayu yg beragama islam] akan datang jua dari mereka [orang cina, india dan lain2 bangsa di malaysia].

Islam meletakkan keadilan. Dan keadilan dalam islam tiada paksi kepada bangsa, kaum waima agama sekalipun. Terangkan ini kepada mereka [non-muslims].

Semua kita disini sayangkan bangsa kita sendiri. Mahu melihat bangsa kita maju ke depan. Kita sebenarnya tak boleh pilih untuk menjadi bangsa apa. Kadangkala kita cemburu melihat ada bangsa yang lebih maju dari kita. Tetapi jangan disebabkan itu kita hina bangsa orang lain. Ini tidak baik kawan2.

Sikap racist [benci bangsa lain] inilah yang terjadi di malaysia sekarang ini. Dan sikap seperti ini haruslah di bersihkan segera sebelum merebak sehingga menganggu keharmonian negara kita.

Ameno : banding masjid kita dengan masjid mereka [palestine].. jemaah kita masih kurang ke masjid.. ada masjid yg tak boleh laungkan azan ble bilal sakit.. kenapa jadi begini? adakah hanya yang berjawatan bilal je boleh melaungkan azan?


Sumber : sini

Hebat! Kini JPJ boleh saman di mana-mana.


Ini berita BAGUS untuk rakyat malaysia..

Lihat petikan di bawah ini ;


PJ kini berkuasa di semua jalan

ALOR GAJAH 9 Jan. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas di semua jenis jalan termasuk jalan kampung dan kawasan perumahan.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad berkata, ia berikutan pindaan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang telah diluluskan oleh Dewan Negara, 22 Disember lalu.

Katanya, penguatkuasaan itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

Menurutnya, sebelum ini, tumpuan JPJ hanya di lebuh raya, jalan Persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran.

"Namun kini mereka yang menggunakan jalan seperti di ladang, kebun, kampung serta kawasan perumahan juga tidak akan terlepas, sekiranya melakukan kesalahan.

"Malah semua jenis kawasan letak kereta dan bahu jalan, kita boleh ambil tindakan jika pemandu kenderaan terbabit melakukan kesalahan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian penutup program Satu Komuniti Satu JPJ kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna negeri, Datuk R. Perumal yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam merasmikan majlis itu.

Program itu disertai seramai 494 orang yang berjaya memperoleh lesen menunggang motosikal.

Ismail memberitahu, di bawah pindaan sama, pemilik kenderaan yang gagal memaklumkan pertukaran alamat kepada jabatan itu dalam tempoh dua bulan akan dikompaun RM300.

Beliau berkata, langkah itu diambil bagi mengelakkan pemilik kenderaan menggunakan alasan bertukar alamat sebagai helah tidak menerima saman daripada JPJ.

"Melalui peraturan baru ini, pemilik kenderaan tidak lagi boleh menggunakan helah bertukar alamat sebagai punca surat saman tidak sampai ke tangan mereka.

"Jika lewat (pertukaran alamat) dimaklumkan kepada JPJ, pemilik kenderaan akan dikompaun RM300," katanya.

Okey, mari sini aku nak ulas guna akal positif aku. Ingat kalau kita fikir positif kita akan sentiasa di kelilingi oleh perkara2 yg positif2 belaka.

1. kalau ada pakcik/makcik yg ada motor buruk sila simpan dalam bangsal. i sure punya motor u tak 'relevan' dengan spesifikasi keselamatan jalan2 kebun. Kalau tak nanti kena saman.. auww.

kesan positif : memastikan setiap pengguna membeli motor baru ataupun upgrade motor mereka dari semasa ke semasa. kalau yang takde duit boleh exercise jalankaki atau naik basikal [err guna basikal tak kena saman kan?]

2. kalau nak pergi kedai yg tak sampai 100 meter kena guna helmet you.. kalau tak kena saman.. walaupun ikut jalan dalam [kampung2].

kesan positif : memastikan helmet korang sentiasa terguna dan mengelakkan rambut2 korang dimasuki oleh habuk2 jalanraya.

3. motor2 yg takde roadtax [takde duit nak bayar], motor2 yg tak berapa elok lepas accident [malas/takde duit repair] bolehlah dijual terus kalau tak nanti kena saman kang kalau korang guna motor2 tue even kat jalan2 kampung.

kesan positif : memastikan rakyat yg miskin hina pokai takde duit nak bayar roadtax tidak berangan yg bukan2 [sebab tak mampu bayar roadtax/insurans sibuk pakai motor plak] dan motor2 yg hancur kapak dek accident boleh dijual ke besi buruk terus bagi memastikan peniaga2 besi buruk meraih sumber pendapatan yg gemilang.

Hah.. positif kan pemikiran aku? Sapa ketuk aku dalam posting neh jaga dia. Lebih2 si shah tue. Aku dah puas bodek umno neh. Agak2lah nak ketuk aku pun. Heh.

Ameno : Jika ko fikir ko boleh melakukan.. engkau boleh.. erkk apa kena mengena lagu neh dengan tajuk citer kat atas hah?

Oi mahfuz, YB dah kena SPOT lah!


Oi mahfuz, ahli parlimen pokok sena,
ko sedar tak ko dah kena spot?
org umno dah mula cari ditdot
untuk kasi suasana ribot2.

Oi mahfuz, ahli parlimen pokok sena
ko sedar tak ko dah screenshot?
bloggers umno kan jenis 'copot'
pasni mesti keliling fb dan belog.

Oi mahfuz, ahli parlimen pokok sena
ko sedar tak ko dah kena komplot?
kejap lagi confirm tercipta plot
kalau menarik mesti tv3 kasi hot

Hahahahhahahaha..

buat pantun pun salah.
bukan hina org meninggal dunia
habislah.. mahfuz japgi.. confirmlah kena spin..

Sumber : sini

ameno : aku pun buat pantun je.. bukan dok hina2 neh..

Singaporean tarah minyak ron 95 malaysia..


Menurut satu info kita dapat tahu ;

1. org2 singapore bebas beli ron 95 tanpa had kawalan.

2. pemilik station minyak wat bebal je plak tue. hampeh!

3. ron 95 ada subsidi [ikut cakap kerajaan lah kan].

4. dan subsidi neh sepatutnya utk org malaysia je.

5. singapore neh sebahagian dari malaysia ke sekarang? tak kan? so apsal dorang sibuk2 beli ron 95 kat malaysia plak?

6. kes neh aku tak salahkan kerajaan sepenuhnya, sebab pemilik station minyak pun akai letak kat lutut. kalau fikir untung guna akal tak ekonomik aku, rasa lagi untung kalau dorang paksa org singapore beli minyak ron 97 tue. Heh

7. Kerajaan kena kasi warning sama ini pemilik2 station minyak.

8. mereka dah melampau sangat. tah2 yg pegang station minyak tue pun bukan org malaysia.. aiyarkk.. patutlah dok tikam2 org malaysia.

9. dah pekerja seme bangla2 dan nepal2 belaka. Sedangkan ikut laws dorang mana boleh masuk dalam industri macam neh. tak caya selidik kat kementerian sumber manusia. ingat aku mau tipu ka?

10. satu lagi perkara yg menyakitkan ahti ialah peniaga2 kat johor gemar kenakan rakyat sendiri. ya, siyes.

11. kos sara hidup kat jb tinggi sebab dekat dengan singapore. aku rasa takde masalah. gaji2 kat jb pun standard gaji2 kat kl per.

12. tapi sekarang ada peniaga dok jual barang2 ikut market price singapore. hak eley.. singapore gaji mahal. kl pun kalah beb. so peniaga tak boleh lah serakus itu. bukan singapore je beli belah kat johor. rakyat johor pun beli belah kat sana. ikut lah harga pasaran malaysia, bukan harga pasaran singapore. fikir nak untung dan cepat kaya je peniaga2 neh. hampeh.

13. tanah2 kat johor pun sama beb. siyes. org2 johor dah mula berkeluh kesah hal neh. yelah.. tanah2 makin lama makin melambung harga disebabkan permintaan tinggi terhadap pasaran hartanah di johor. yg mintak2 tanah dan beli2 rumah kat sana org2 singapore plak tue.

14. org2 johor siap berspekulasi dan mengumpat pasal neh. dorang cakap ble org2 singapore beli tanah kat johor, lama2 dorang claim johor tue singapore. hah mampos. tanah, tanah dorang.. so kalau nak claim tempat dorang tinggal tue sebahagian dari singapore cam mane?

akal geografi aku ada berkata ; beli tanah kat satu2 negara tak semesti tanah tersebut menjadi hak milik negara tersebut.

Tapi akal org johor menafikan, mereka cakap.. org singapore beli tanah ibarat kerajaan singapore beli tanah.

Yang pasti perkara yg dah terjual dah menjadi hak milik pembeli bukan hak milik penjual.. jika dulu singapore sebahagian dari malaysia tapi disebabkan kesilapan umno..[ini di akui oleh melayu singapore sendiri, baca sini] singapore keluar dari malaysia, tak mustahil di johor pun boleh berlaku perkara yang sama..

apatah lagi banyak tanah2 di johor dah dimiliki oleh org2 singapore.

15.
So kesimpulan nya kena ada penguatkuasaan lah. Kita pun dah tahu tiada had/kawalan undang2 utk warga asing beli tanah di malaysia. Ada keluar dalam utusan/bh ari tue aku tak ingat, sapa2 yg ada link bleh share sini. Kita pun tahu 40% tak silap aku, hartanah di malaysia dimiliki oleh warga asing. Kerajaan kena cepat bertindaklah. Ini penganiaya kepada rakyat malaysia. Kot ye pun nak mempertahankan kuasa, pertahankan dengan cara buat kerja. faham? buat kerja bukan buat fitnah. adoiiiyaiii..

Ameno : Johor .. johor.. haizhhh..

Sumber : sini

Khamis, 20 Januari 2011

Terkini : Petrol turun harga, bukti BN jaga kebajikan rakyat!


WOW. Ini berita hebat. Saya sangat seronok. Terima kasih kerajaan BN kerana turunkan harga petrol pada saat ini. Ini perkara yang saya sangka tidak akan berlaku langsung tetapi akhirnya prasangka buruk saya memakan diri saya semula.

Sememangnya sia2 sahaja saya berprasangka buruk pada kerajaan selama neh. Rupanya kerajaan benar2 mengambil berat hal ewhal rakyat. Kerajaan benar2 prihatin terhadap masalah2 yang dihadapi oleh rakyat.

Selain dari turunkan harga petrol, kerajaan juga telah berjanji akan

1. memberikan pendidikan percuma kepada seluruh warga malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

2. membatalkan faedah ke atas peminjam ptptn

3. menambahkan jumlah biasiswa kepada pelajar2 yg memerlukan yang belajar dalam dan luar negara.

4.menghapuskan cukai kepada pembayar2 zakat di malaysia.

5. membantu org2 miskin yang memerlukan dengan memberikan mereka latihan dan insentif agar mereka boleh keluar dari kelompok kemiskinan tegar dan kemiskinan bandar.

6. mengurangkan harga kereta nasional dengan menghapuskan cukai2 yang membebankan rakyat di samping menyediakan kualiti kereta nasional pada kualiti yang terbaik.

7. menghapuskan cukai2 pada kereta import agar rakyat boleh bebas memilih untuk membeli kereta nasional atau kereta import.

8. menetapkan harga siling rumah agar syarikat hartanah dan pemaju tidak mengambil kesempatan untuk mengenakan harga yang membebankan rakyat jelata.

9. menghapuskan sistem kroni dan proxi dalam kerajaan dalam setiap tender2 kerajaan.

10. melongarkan syarat peniaga kecil untuk meminjam. [seperti tekun, mara, etc]

tiba2.. ada suara dari belakang..

Woit bangang..neh seme fitnah bhai.. fitnah.. jangan percaya cakap blogger amenoworld neh dia neh penipu, pemfitnah. Inilah dia ajaran pr yang hanya tahu suruh blogger dia menfitnah jer.. bila masa pula bn nak turunkan harga petrol? bila masa pula bn nak buat seme2 perkara di atas? mimpi kot dia neh. Elok isa kan aje si amenoworld pasal asyik dok fitnah bn je. Heh

hahahahhhaa.. yeke aku fitnah? at least aku fitnah benda yang baik2 beb. Dalam aku fitnah, aku fitnah benda yang ber-roh baik.

Bukan dok fitnah org berzina, org meliwat, org merogol, org kena tangkap khalwat, org gila seks, org pijak islam, org tikam melayu, org racist, superimpose, video sekerat2, org keluar parti. Ataupun dok cercacerci peribadi orang. Heh

Fitnah pun ada beza beb.
Orang baik2 fitnah pun baik2. Heh

Ameno : Kah kah kah.. sabar pembaca2 seme.. sabar.. saja je melawak.. kah kah kah..

Remy Ishak kena fitnah?


Hah.. ada sesiapa tak kat sini yang minat remy ishak? Kepada peminat2 remy ishak korang kena sabar dulu ble baca berita neh. Berita neh sebenarnya memburuk2kan imej remy ishak. Aku taktahu lah nak cakap berita neh benar ataupun palsu tapi senang citer korang baca jelah kat bawah neh ;

1. Ada satu blogger umno dedahkan satu kisah.

2. aku dah printscreen antara isi citer, korang leh tengok bawah ;



3. Alkisah intipati citer neh sebenarnya nak serang peribadi pkr as always lah kan.

4. padahal kalau yang membuang ibu-bapa neh tak kira level politik pun.

5. Kalau dok taksub politik mmg macam tue pemikiran dia.

6. Tak pepasal dok kutuk2 ibu remy ishak dan berniat jahat memburuk2an nama remy ishak. Lihat apa yang aku copy-paste dari blog tersebut ;

Untuk makluman semua anak anak kepada Ibu tua bernama Rahmah ini yang berumur 73 tahun tidak lagi menjaga Ibu mereka sendiri dan meletakkan Ibu Tua ini merempat di pusat Jagaan orang orang Tua. Sudahlah tidak menjaga Ibu nya ini malah habis di canang sana sini yang Ibunya sudah Nyanyok. Ibu tua ini tidaklah Nyanyok sepertimana yang di katakan oleh Anak Anak Durhaka ini, malah menurut penduduk sekitar Nenek Rahmah ini faham apa yang kita cakapkan dan tidak lah membuang najis merata rata. Nenek Rahmah juga akui beliau pernah di kasari oleh anak anaknya dan pernah di kurung di rumah yang tiada Elektrik dan air. Itu lah keangkuhan Timbalan Penegrusi PKR Cabang Masjid Tanah serta anak anak yang lain. Malah Sunar Misran anak kepada Nenek Rahmah juga pernah dengan angkuh berkata tidak mahu menjaga Ibunya dan mahu Ibunya di hantarkan ke rumah kebajikan kerana menyusahkaN kehidupan adik beradik yang lain.
7. Sapa remy ishak neh? aku minat ke? Owh plurrrzeee.. tak minat pun cuma tak suka paparan blogger tersebut yang agak bias. Lagipun blogger tersebut terbukti banyak kali suka sebar citer fitnah. Citer kalau fitnah, aku tetap tak suka sekalipun dia fitnah artis 'febret' aku si fasha sandha. Heh.

8. Namun kalau benarlah nenek tersebut dibuang oleh ahli keluarga mmg lah tak patut.

9. Sepatutnya blogger tersebut direct ke fb/twitter remy ishak. hah macam aku [plan nak cari satgi] untuk bantu nenek tersebut. Bukan buat posting kemudian dok melalut2 buat persepsi sendiri. Ayat plak tue tak cover2 langsung.

10. Semoga kita seme dijauhkan dari sikap yang suka membuang ibu-bapa sendiri.

11. Apa pun kalau perkara neh tak benar aku harap ada pihak yg boleh jelaskan kekeliruan tersebut.

12. Fitnah makin menjadi2. Kini sesiapa pun boleh menulis. Kebenaran? Hanya Allah swt yang tahu. Aku ternampak ari tue gambar nenek neh ada di mainkan kat dalam fb pro umno.. isu nya aku tak baca.. tapi rasanya jalan citer dia lebey kurang gak kot.

13. Buat peminat2 remy ishak, kalau korang leh contact direct remy ishak lagi bagus. Sila inform kat dia apa yang aku cakap kan neh okey.

14. Aku pun nak tahu gak kebenaran citer neh.

15. Kalau gambar nenek neh pun palsu, korang inform kat aku. Heh

Ameno : Apsal mesti nak attack peribadi org dalam berpolitik yerk? Aku rasa makin muak lah.. cuba tengok peribadi diri sendiri dulu.. perfect ke? tak kan? so apsal nak expect peribadi org lain perfect pula? Hizhh.. Satu lagi perkara yang aku menyampah ialah bila mereka depan2 org [rakyat] mereka akan berlagak alim, bagus dan sopan yang amat tetapi anak2 sendiri, hanya Allah swt je yang tahu. Konon nak ajar org lain islam cara 'betul' tapi betul kah islam mereka jika meneliti anak2 mereka? Heh. Sudahlah neh seme hipokrit semata2 utk raih kuasa politik je.

Mahu kenal siapa pengkhianat dalam kumpulan kami?

p/s : Gambar di atas bukan gambar hiasan. Ia mengandungi makna tersirat dan tersurat. Heh

Saya percaya ramai yang mahu kenal pengkhianat yang saya dah mentioned awal2 kat KBSB tiga hari yang lepas. Ramai yang mahu melihat dari dekat muka pengkhianat ini. Pengkhianat ini adalah pengkhianat yang pandai berlakon. HEBAT.

Pakai baju oren, sokong kumpulan oren dan duduk bersama oren belum tentu dia sokong perjuangan oren.


Rupanya secara zahir dia memang sangat OREN. Tetapi dari segi batin, dia adalah BIRU. Heh


Baiklah saya akan dedahkan kronologi bagaimana si pengkhianat neh mengenakan BB dan saya dari dalam.


1. Dia akan buat satu inbox yang mesti ada nama saya dan nama BB.


2. Dalam inbox tersebut dia bukan berseorangan, nampak macam ramai tapi satu nama ada 2,3 org dipegang oleh org yang sama.


3. Kesudahan nya nanti mereka akan saling jamin menjamin. Aku kenal dia, dia kenal dia, dia dan dia saling kenal mengenal lama2 aku dan BB pun akan terperangkap dalam tak sedar.


4. So ble aku dah terperangkap sudah tentulah aku dah hilang rasa syak pada mereka2 neh.


5. Ble aku dah hilang rasa syak sudah tentulah aku percayakan mereka dan tidak syak lagi lah aku akan berikan no hp aku tanpa ragu2.


6. Namun aku rasa sedikit lega sebab aku tak bongkarkan siapa aku sebenarnya sepenuhnya kepada sang pengkhianat neh.


7. Namun tujuan utama pengkhianat neh bukan aku sebenarnya, dia just gunakan aku sebagai pengalas untuk mendekati BB.


8. Dia tahu aku dan BB saling percaya mempercayai.


9. So tujuan dia tandakan aku dalam setiap inbox dan posting dia adalah untuk meraih kepercayaan dari BB.


10. BB = bumiputera berjaya adalah individu yang ditikam dari belakang dalam kes neh.


11. Mereka sebenarnya telah berjaya hijack sementara acc BB, sebelum BB berjaya amek semula acc dia.


12. Dalam acc fb BB, ada beberapa perkara yang sepatutnya mereka [umno] tidak perlu tahu [taktik perang saraf]


13. Kami tidak menggunakan strategi kotor untuk memenangi PRU-13. So aku tak rasa risau. Cuma memang mengakui aku ada melakukan penyamaran.

14. Penyamaran berbeza dengan pembelot.


15. Pembelot ialah orang yang duduk depan kita, jumpa kita selalu tetapi tikam kita dari belakang demi sesuatu kepentingan.


16. Penyamaran [macam yang aku buat] ialah aku menyamar sebagai satu2 individu untuk membongkarkan taktik2 kotor umno bagi mengumpul bukti bahawa mereka neh mmg jahat luar dalam.


17. Dalam penyamaran aku, seboleh2nya aku tidak suka attack hal org lain atas isu peribadi. Aku hanya mahu menentang dengan fakta dan keadilan.


18. Dalam kes pembelot neh, dia bertindak kejam dengan menyerang peribadi orang lain dan bersetongkol bersama2 cybertroopers umno untuk membuat group dan menjatuhkan seseorang [BB] bagi melingkupkan perang saraf PR.


19. Pembelot tersebut berjuang untuk meranapkan sebuah impian rakyat yang bercita2 mahukan keadilan.


20. Penyamaran aku pula bertujuan untuk mengumpul bukti2 kegiatan dan maklumat2 sulit mereka agar aku tahu apakah rancangan2 dan plan2 fitnah mereka terhadap PR.


21. Aku cukup jelas dengan tujuan aku.
Tidak mendedahkan aktiviti 'tidak bermoral' mereka [admin2 group UMNO] bukan bermaksud aku takut, tetapi aku merasakan ianya tidak perlu. Menyerang peribadi orang lain sepertimana peribadi aku diserang bukanlah cara yang aku mahu buat dalam perjuangan aku.

22. Tetapi pembelot ini hanya tahu serang peribadi apabila dia gagal mendapatkan bukti untuk menyerang dengan fakta. Ini sangat 'sakit'. Sakit jiwa namanya.


23. Pembelot ini mempunyai perancangan untuk menjatuhkan BB.


24. Pembelot ini adalah orang yang bersama2 jessy koh memburuk2kan BB suatu ketika dulu. Tujuan nya ialah melemahkan perang saraf PR.


25. Pembelot ini bersetongkol dengan azmy awang gila meroyan, jas salleh hotak senget dan suara -neraka- terjah bumi.


26. Mereka membuat satu plot dan pembelot ini akan muncul sebagai hero, secara tidak sedar kita akan mempercayai pembelot ini adalah orang yang boleh kita sandarkan kepercayaan.


27. ketika acc bb di hijack sementara, saya percaya dia telah baca kesemua mesej2 dalam inbox fb bb. Dalam hal ini, saya percaya kesemua admin KBSB telah terdedah.


28. Samada dia ada printscreen ataupun tidak, saya tidak pasti. Saya juga tidak tahu apakah rancangan mereka seterusnya.

29. Akan tetapi seperti yang saya katakan tadi, kalau pun dia printscreen semua perbualan2 kami, dia hanya akan mendedahkan kebodohan total UMNO. Saya ulang, kebodohan TOTAL umno. Heh

30. Ada beberapa individu yang telah call saya, atas beberapa tujuan dan ada yang sibuk2 tanya siapakah saya. Saya tidak tahu kalau2 ini ada kaitan dengan si pembelot tersebut, tapi kalau dah berani main tikam dari belakang, jangan tak berani mengaku pula.


31. Saya baru lepas menjegah
ID pembelot tersebut, konon nya sekarang mereka bikin PLOT baru. Armand perkasa sedang ATTACK id kedua sang pembelot tersebut. Heh [plot terbaru untuk menyelamatkan diri sendiri lah tue]

32. Untuk pembelot saya nak bagitau kamu identiti kamu telah terdedah.


33. Kepada sesiapa yang nak kenal watak pembelot tersebut boleh klik
sini.

34. Satu soklan saya nak tanya kepada pembelot tersebut ialah :


Kalau berani membelot, kenapa tak berani mengaku?


35. Nasihat saya kepada pembelot ialah
adalah sia2 kamu hijack acc BB ataupun acc saya, kerana walaupun kamu berjaya hijack acc2 kami, kamu tidak akan jumpa perbuatan2 / perbualan sulit seperti papa gomo dan saiful bukhari azlan. Mahu tahu kenapa?

Kerana org yang berjuang utk kebenaran hanya akan melakukan perkara2 yg benar sahaja.
Sedih bukan? Hahahahaha.. tetapi ada banyak faedahnya kalau pihak kami pula yang berjaya hijack acc2 fb korang pasal di dalam nya penuh dengan penipuan dan pelbagai kepalsuan demi untuk meraih kuasa.

Ya, ya saya tahu mereka juga mahu HIJACK acc saya. Kerana saya menjadi ADMIN kepada beberapa group PR yang mereka ANTI. Akan tetapi saya mahu ucapkan terima kasih banyak2 kerana apa? Kerana ini akan membuatkan langkah saya semakin berhati2...

Satu penyamaran terlingkup, boleh buat baru.

Ameno : Pembelot ini berkerja secara kumpulan, selain dia ada beberapa lagi nama yang berpadu dengan gerakan dia. Heh. Korang seme jenis tak sabar2 nak menang kan? Baru tahu sedikit hal terus kecoh sana sini. Tak syak lagi, itulah budaya umno. Heh

Rabu, 19 Januari 2011

Kerajaan : Kenapa tipu pengawal keselamatan?



Saya bukan pengawal keselamatan. Saya tiada teman akrab yang berkerja sebagai pengawal keselamatan pada saat ini. Tetapi tidak menjadikan saya tidak boleh mengomen apa yang berlaku kepada mereka baru2 ini. Ini adalah kisah penipuan yang secara terang2 di jaja oleh kerajaan kepada rakyat malaysia tanpa rasa malu. Heh

Lihat printscreen di atas ini ;

Sudah lihat. Baiklah saya percaya apa yang saya rasa adalah sama apa yang pengawal keselamatan rasai kini meskipun saya bukan mereka dan mereka bukan saya. Heh

1. Pada tahun lepas, mereka kata mereka nak semak gaji pengawal keselamatan.

2. Kalau ikut info dari member fb aku, dia cakap 80% pengawal keselamatan ialah org melayu.

3. Kalau ikut info goverment, mereka cakap melayu dan india masih kekal menerajui kelompok yang mempunyai pendapatan yang rendah/kecil.

4. Ini bukan posting untuk membela kaum melayu. Bagi aku, aku suka meletakkan adil pada tempatnya. Kebetulan melayu paling ramai berkerja sebagai pengawal keselamatan.

5. Berbalik pada tajuk asal, aku nak korang lihat paparan printscreen ini ;


Ini adalah link search aku, kot2 kalau korang nak baca satu persatu entry mengenai isu ini.

6. Kalau ikut berita tahun lepas, gaji mereka sepatutnya dah naik pada bulan julai. Ini bukan tuduhan aku. Bukan kawan2. Bukan mmg bukan. Sepertimana dalam entry2 sebelumnya, aku sudah menegaskan banyak kali, kalau aku buat spekulasi, aku tulis aku berspekulasi, kalau ianya andaian, aku tulis aku mengandaikan, dan kalau ianya benar aku tulis ianya kebenaran. Heh.


7. Nampak apa yang aku nampak? Baca apa yang aku baca? Faham apa yang aku faham? Kalau dah nampak, dah baca dan dah faham mesti tahu apa yang aku cuba sampaikan kan? Heh

8. Kerajaan sebenarnya tak faham apa yang rakyat faham. Mereka [rakyat] masih dibayar gaji yang sama. Tetapi harga barang terus meningkat. Kos sara hidup kian naik. Kerajaan yang sama naikkan harga barang. Bukan orang lain, tetapi kerajaan [umno] itu. Tetapi kerajaan yang sama suruh rakyat berjimat cermat. Kerajaan yang sama, bercakap mahu membela rakyat tetapi kerajaan yang sama juga akhirnya menindas rakyat. Ini cuma sedikit perkara yang kita nampak. Kita nampak sebab Allah swt benarkan kita untuk melihat seme ini. Bagaimana pula dengan perkara2 yang kita tidak/belum nampak? Bagaimana pula dengan perkara2 yang kita kena tipu? Bagaimana?

9. Kalau masih ada yang menegaskan bahawa kerajaan tidak mampu mengawal semua ini, takpelah sila baca petikan yang terakhir ini terlebih dahulu ;


10. Formulanya mudah sahaja. Jika kerajaan tidak mampu, maka sudah sepatutnya mereka tidak membuat kenyataan yang baik2 untuk mengangkat diri mereka sendiri. Mereka tidak patut bagi gula2 dalam setiap statement demi statement. Sudah nya bila tiba detik yang dijanjikan habuk pun tarak. Rakyat yang termakan janji sudah pasti kecewa. Rakyat yang mengangap kerajaan akan membantu mereka pasti terkilan. Ini berita yang menyakitkan ahti mereka. Ini berita yang kerajaan kena jawab. Kenapa buat janji kalau tidak menunaikan?

Saya tahu nanti ada yang berprasangka begini ;

eleh pembangkang pun tabur janji.. blablabla..

jawapan saya ialah : biarlah pembangkang tabur janji, dah nama nya mereka pembangkang mereka bukan kerajaan, kerajaan ini siapa yang rule? yang perintah tue kena lah amek peduli. Pembangkang mmg tugasnya membangkang. Kalau tidak, usah gelar mereka pembangkang. Yang pegang duit ialah BN, yang pegang kawalan ialah BN, tapi ble ditempelak soal janji, mereka boleh tunding jari ke PR pula.. adakah ini jawapan/penyelesaian kepada masalah pokok? Heh

Isu nya mudah. Cukup mudah sekali. Rakyat tidak peduli siapa yang tidak tunaikan janji. Yang rakyat peduli ialah siapa yang boleh tunaikan janji. Rakyat tidak pandang siapa yang membuat janji, apa yang rakyat mahu ketahui, ialah janji terlaksana.

Ameno : Dengan kos yang semakin meningkat.. gaji mereka ditakuk lama... Siapakah yang mahu membela nasib mereka tanpa ada niat terselindung?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...