WOW. Ini berita hebat. Saya sangat seronok. Terima kasih kerajaan BN kerana turunkan harga petrol pada saat ini. Ini perkara yang saya sangka tidak akan berlaku langsung tetapi akhirnya prasangka buruk saya memakan diri saya semula.
Sememangnya sia2 sahaja saya berprasangka buruk pada kerajaan selama neh. Rupanya kerajaan benar2 mengambil berat hal ewhal rakyat. Kerajaan benar2 prihatin terhadap masalah2 yang dihadapi oleh rakyat.
Selain dari turunkan harga petrol, kerajaan juga telah berjanji akan
1. memberikan pendidikan percuma kepada seluruh warga malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.
2. membatalkan faedah ke atas peminjam ptptn
3. menambahkan jumlah biasiswa kepada pelajar2 yg memerlukan yang belajar dalam dan luar negara.
4.menghapuskan cukai kepada pembayar2 zakat di malaysia.
5. membantu org2 miskin yang memerlukan dengan memberikan mereka latihan dan insentif agar mereka boleh keluar dari kelompok kemiskinan tegar dan kemiskinan bandar.
6. mengurangkan harga kereta nasional dengan menghapuskan cukai2 yang membebankan rakyat di samping menyediakan kualiti kereta nasional pada kualiti yang terbaik.
7. menghapuskan cukai2 pada kereta import agar rakyat boleh bebas memilih untuk membeli kereta nasional atau kereta import.
8. menetapkan harga siling rumah agar syarikat hartanah dan pemaju tidak mengambil kesempatan untuk mengenakan harga yang membebankan rakyat jelata.
9. menghapuskan sistem kroni dan proxi dalam kerajaan dalam setiap tender2 kerajaan.
10. melongarkan syarat peniaga kecil untuk meminjam. [seperti tekun, mara, etc]
tiba2.. ada suara dari belakang..
Woit bangang..neh seme fitnah bhai.. fitnah.. jangan percaya cakap blogger amenoworld neh dia neh penipu, pemfitnah. Inilah dia ajaran pr yang hanya tahu suruh blogger dia menfitnah jer.. bila masa pula bn nak turunkan harga petrol? bila masa pula bn nak buat seme2 perkara di atas? mimpi kot dia neh. Elok isa kan aje si amenoworld pasal asyik dok fitnah bn je. Heh
hahahahhhaa.. yeke aku fitnah? at least aku fitnah benda yang baik2 beb. Dalam aku fitnah, aku fitnah benda yang ber-roh baik.
Bukan dok fitnah org berzina, org meliwat, org merogol, org kena tangkap khalwat, org gila seks, org pijak islam, org tikam melayu, org racist, superimpose, video sekerat2, org keluar parti. Ataupun dok cercacerci peribadi orang. Heh
Fitnah pun ada beza beb.
Orang baik2 fitnah pun baik2. Heh
Ameno : Kah kah kah.. sabar pembaca2 seme.. sabar.. saja je melawak.. kah kah kah..


















