Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 12 Januari 2011

Sultan arah DSAI pulangkan gelaran Datuk Seri.








Cuba tengok petikan gambar di atas. Ada dua petikan kan? Hah, baca betul2 petikan yang dah aku tanda dengan girang ahti. Heh

1. Mula2 Khir toyo membuat kenyataan dalam blog bahawa dia serahkan semula pingat kebesaran datuk seri atas sebab2 di atas.

2. Khusrin bidas kenyataan khir. Dia cakap pingat tersebut sultan yang arah pulangkan.

3. Khir menjawab khusrin. Khir cakap khusrin membuat kenyataan yg boleh membuatkan khir di salah anggap

4. Dalam kenyataan pertama khir, dia cakap pingat tue dipulangkan sebab surat yang dia hantar dah diluluskan oleh sidang dewan. [mana dia tahu?]

5. Dalam kenyataan kedua khir, dia cakap dia taktahu samada ada kena mengena dengan surat tersebut. Kalau dia taktahu, buat apa dia bagitau dia ada tulis surat. Aik.. mau cari pujian kah? Heh [aik dah tak tahu pula, habis tue camne dalam kenyataan pertama dia beria2 yakin macam tahu? ha ha ha]

6. Dalam kenyataan kedua juga, dia cakap memang perkara biasa kalau dia dah di salah anggap. So apa guna dia explain lagi neh? Kalau dah tak kesah kan? Heh

7. Khir siap mention pasal setiausaha sulit sultan. Aik, apa neh beb? Maksudnya setiausaha sulit sultan bagi informasi kat khir ke yang sultan tarik balik gelaran atas sebab2 surat tersebut? Kalau ya, napa khusrin tak tahu? Suka di ingatkan, dalam utusan sekalipun, memaklumkan yang khir hantar surat utk tarik balik gelaran tersebut, so khusrin tak baca ke perkara tue? Khusrin terlepas pandang, ataupun sultan memang tahu khir ada niat di balik perlakuan dia? Heh

8. Ataupun....... setiausaha sulit khir.. erkk silap sultan laporkan kepada khir yang sultan berhajat nak tarik balik pingat tersebut.. kot? Heh

9. Yelah.. dari surat khir tue nampak cam ada apa2 hubungan yg akrab je dengan setiausaha sulit sultan ... ha ha ha

10. So sebelum kena tarik bek berlakon buat2 nak serahkan semula pingat darjah kebesaran kan kan kan?

11. Selama neh pun kalau khir kesah pasal kepentingan rakyat selangor rasanya tak mungkinlah akan rasuah situ sana sini.. kan kan kan? So.. apsal beria2 prihatin nak jaga kesucian pingat sedangkan kesucian akhlak-moral baik di abaikan pula. Heh

12. Kesimpulan nya, semakin banyak cakap, semakin kantoi.

13. Ya, ya saya tahu khir membayar sejumlah wang yang bukan sedikit untuk membina imej sendiri di luar dan di dalam internet.

14. Sebab tue tak hairan kalau amat sukar di lihat bloggers umno totok hentam khir.

15. Walaupun rumah besar menjadi bukti. Dokumen menjadi saksi mereka masih tak boleh tulis penyelewengan khir sebab faktor aku-dibayar-oleh-khir-t0yo.

16. Siapakah individu2 terbabit? Lue orang fikir sendiri, nanti Allah swt akan dedahkan mereka suatu hari nanti. Yang jahat pasti kena dunia ataupun akhirat.

17. Lagipun menerusi kenyataan di atas, aku juga nampak menangkap satu perkara yang fishy. Yelah, apsal dia cakap menyerahkan untuk sementara? Adakah selepas ini dia akan dapat semula pingat tersebut? Heh

18. Bila dah dia cakap macam tue, so adakah ini bermaksud dia bakal lepas dan bakal bebas?

19. Jangan cakap dia tak bersalah. Siyes. Aku hidup kat dunia, akhirat, neraka dan syurga aku tak percaya langsung melainkan aku mendapat khabar dari Allah swt je baru aku yakin dia tak bersalah. Heh

20. And adakah ini wayang / gimmick piliharaya untuk dapatkan selangor semula? heh saya rasa memang macam ya.

Takpe, saya harap rakyat selangor boleh bagi neh kat BN pada pru-13. WOW! Ha ha ha



Ameno : Huizzzhhhh...... boleh ke seseorang tue menipu diri sendiri dia tak bersalah sedangkan dia tahu, kita tahu dan Allah swt lebih tahu dia memang pemberi dan penerima rasuah tegar?

TIPSI : Atasi kenaikan cukai, dan harga barang.






Ramai betul yang marah2 ble barang naik tak henti2. Aku pelik dan merasa sangat hairan sungguh. Nak marah pasal apa hah? Biasalah barang naik harga itu perkara kecik. Bukan isu besar yang sampai nak melalak tak henti2 beb.

Neh aku bagi korang TIPSI untuk mengatasi kenaikan harga barang. Daripada korang melalak tak tentu pasal baik korang cari idea cam ne nak berhadapan dengan beban kenaikan harga barang. Ingat bercakap tanpa usaha adalah sia2. Heh.

Tipsi2 neh pula aku collect sepenuhnya dari media2 pro kerajaan dan menteri2 malaysia. So, aku yakin sepenuhnya tipsi2 neh memang berguna habis. Heh

1. Mengatasi kenaikan tarif elektrik & air tahun ini [Air bagi sesetengah kawasan sahaja, JOHOR & PP dah naikkan tarif]

Korang tengok iklan bijak guna tenaga. Perasan tak? Hah.. tue lah dia iklannya. Tapi aku nak tacap sket iklan tue aku punya tipsi lagi hebat, insya-Allah korang tak payah bayar elektrik langsung. Tipsi dia ialah korang jangan bayar bil elektrik sampailah bil korang kena potong. Bila dah potong, pakai lilin je time malam. Kalau ada duit beli generator. So nak tengok tv dan dengar radio bleh guna generator. Tapi dengar citer petrol nak naik harga gak, so kalau betul2 nak jimat, buang aje seme peralatan elektrik kat umah tue. Jangan pakai. Confirm jimat habis. Ingat, kalau korang miskin, korang takde tempat kat negara neh. Kalau nak ada tempat, pandai2lah jadi orang kaya. Heh

Kalau air plak, korang pepandailah cari sungai atau tasik yang berhampiran. Kalau takde, tadah je air hujan. Aku percaya korang mampu jimat tahap maksima kalau korang cekap guna tenaga elektrik dan air. Heh

NOTA MIMPI : JIMAT? KALAU AKU TUTUP LAMPU YANG TAK PAKAI PUN BIL ELEKTRIK AKU TAK BERGANJAK, NAK JIMAT MACAM MANA LAGI NGOK! AIR SUNGAI KEMAIN BERLAMBAK2. GAJI CEO SYABAS DEKAT BERJUTA2. TAPI MASIH SIBUK NAK NAIKKAN TARIF AIR?

2. Mengatasi kenaikan harga petrol bagi kedua2 ron 95 & 97.

Neh paling senang. Pertama sekali kalau ron 97 naik, korang tukar guna 95. Ingat jangan berlagak kalau tak mampu. Kalau ron 95 pula naik, semata2 nak kurangkan jurang harga dengan 97, korang pakai balik 97 tue. Hah begitulah seterusnya. Tukar2 petrol. Kejap 95 kejap 97. Insya-Allah korang akan merasa jimat dengan berbuat demikian. Lagipun, kalau bukan kita yang nak bantu petronas untuk hidup mewah dan menaja F1, sapa lagi yang nak bantu? F1 ada perempuan pakai seksi maaa.. so memang syokk wooo. Heh

NOTA MIMPI : WAKLUE! ISU KENAIKAN MINYAK BUKAN EFFECT KAT PENGGUNA KENDERAAN JE, YG TAK GUNA KENDERAAN PUN JADI MANGSA!

3. Mengatasi beban kenaikan harga barang2 makanan.

Hah neh paling senang. Neh pun tipsi yang aku dapat dari menteri gak neh. Aku share sedikit demi sedikit okeyh

1. Kenaikan harga ayam : PERKASA kata kita kena boikot ayam. So korang jangan makan ayam. Ingat, jangan makan ayam. okeyh?

2. Kenaikan harga sayuran import / tak import : Kerajaan soh tanam sayur sendiri. Ingat tanam sayur sendiri, takde tanah takpe, guna hidroponik.

3. Kenaikan harga semua jenis bawang : Kerajaan soh kurangkan penggunaan bawang dalam masakan. Kalau dulu korang pakai sebiji bawang besar, sekarang potong kepada empat, dan amek satu bahagian, potong lagi kepada empat dan barulah amek satu dan digunakan utk memasak. Kalau bawang putih, amek seulas dan bahagi 4. Insya-Allah jimat. Ingat malaysia boleh! Kita pasti boleh! Heh

4. Kenaikan gula dan santan : Kerajaan soh kurangkan penggunaan gula dalam minuman dan masakan. Sebenarnya kerajaan ada niat yang baik ketika menaikkan harga gula neh. Kerajaan nak tolong rakyat jaga kesihatan, kurangkan penyakit obesiti, kencing manis dan darah tinggi. Saya percaya kita kena percaya dengan niat ikhlas kerajaan neh. Heh

5. Kenaikan tepung, beras dan minyak masak : Kerajaan sebenarnya nak bagi rezeki lebih kepada pengusaha2 padi & kelapa sawit di malaysia. Kesian mereka berkerja bertungkus lumus tapi masih belum keluar dari kelompok kemiskinan. So janganlah kita merungut banyak pasal kenaikan beras dan minyak masak. Lagipun syarikat beras nasional kita dimiliki firma dari HK, so kerajaan tak salah. Salahkan je HK. Heh. Manakala pula felda kita dimiliki oleh sime darby. Sime darby neh bukan kerajaan dan bukan pula badan kebajikan. So jangan kita merungut tak tentu pasal. Kalau terer buat minyak sendiri. Heh

Tepung naik sebab kerajaan nak soh rakyat kurangkan makan roti. Roti bahaya terutamanya roti canai. Banyak kolestrol. Marilah kita sama2 support perjuangan murni kerajaan kita neh. Heh

6. Kenaikan SERVICE TAX : Hah, neh paling best. Sebenarnya kerajaan takmo korang makan makanan fastfood. Selain dari itu nak tolong korang kurangkan penggunaan telefon dan internet. Daripada asyik guna telefon untuk berbual2, eloklah korang guna cara tradisional pula. Ajak kawan2 keluar berbual dan beriadah sama2. Ada baiknya naik cukai segala cukai neh. Heh

7. Kenaikan tambang pengangkutan, dan barang2 keperluan lain : Hah.. neh paling best. Nak bantu meningkatkan kualiti perkhidmatan kenderaan awam. Kalau tak korang asyik merungut aje kan? Hah, so biarlah naik. Lagi banyak naik dan lagi cepat naik, membuktikan betapa kerajaan beria2 nak memperkemaskinikan kualiti perkhidmatan kenderaan awam. Heh

Kenaikan barang2 keperluan lain pula lagi senang nak atasi. Beli bila perlu. Ingat ble perlu baru ble. Kalau tak perlu korang tak payah beli. Nak curi ke, nak rompak ke, korang punya pasal lah, so cuma ingat je motto neh, kerajaan juga yg nasihatkan neh melalui kempen iklan jimat cermat, aku cuma copy-paste je, hanya 'beli bila perlu'. Heh

NOTA MIMPI : WORR RAKYAT JE KENA BELAJAR JIMAT? KERAJAAN TAK PAYAH? 5B BINA MENARA? JIMAT? 9JUTA BELANJA LUAR NEGARA? JIMAT? SISTEM IPP UTK BELA KRONI YG MERUGIKAN TNB BERBILLION2 RINGGIT SETAHUN? JIMAT? SISTEM PASARAN YG DIKAWAL SEPERTI GULA, BERAS, MINYAK MASAK YG TIDAK BOLEH DIJUAL OLEH ORG LAIN MELAINKAN KERAJAAN? JIMAT? TOL DAN PETROL TAK PAYAH BAYAR PADAHAL GAJI PM, RM 22 RIBU SEBULAN? JIMAT? CUBA KO AMALKAN DULU APA YG KO NASIHATKAN ORANG THEN BARU MELALAK DEPAN TV. JIMAT WAKLUE!

MINYAK MASAK KERAJAAN PUNYA ==> BN = BARANG NAIK
GULA KERAJAAN PUNYA ==> BN = BARANG NAIK
PETROL KERAJAAN PUNYA ==> BN = BARANG NAIK

TNB, AIR SEMUA ADA KEPENTINGAN KERAJAAN DALAM TUE TAPI SEMUA NAIK DAN TERUS NAIK. NAK JIMAT MACAM MANA KALAU KERAJAAN YANG SAMA NAIKKAN HARGA DAN KERAJAAN YANG SAMA SURUH BERJIMAT. WAKLUE!

KALAU TAKNAK DENGAR RAKYAT MEMEKAK PASAL BARANG NAIK, BUATLAH SISTEM PASARAN TERBUKA. SESIAPA SAHAJA BEBAS JUAL GULA, SESIAPA SAHAJA BEBAS PROSES KELAPA SAWIT DAN SEBAGAINYA. INI TIDAK SIME DARBY BELOT SEMUA. YG KECIL2 DIA KASI RANAP. LAMA KELAMAAN SYARIKAT2 YG PROSES KELAPA SAWIT LINGKUP.

AKAN DATANG AKU AKAN UPLOAD GAJI PEKERJA SIME DARBY. SAKSIKANLAH BUKTI DI DEPAN MATA, BERAPA BANYAK GAJI YG SIME DARBY BAYAR KAT PEKERJA2 MEREKA. TUNGGU!!

Ameno : Rakyat dah jimat dah weh.. dah macam2 cara yg digunakan utk berjimat cermat.. dek kenaikan barang lah MLM semakin aktif.. pasal mereka seme perlukan duit segera.. cuba tengok dan fikir pula dari sudut rakyat marhaen pula. Rakyat tak betul seme, tapi kerajaan pun tak tepat dalam semua perkara dalam. Dalam perkara ini, kenaikan harga barang memang kerajaan salah. Kerajaan yg punca kepada semua impak negatif yg berlaku kini, kesan kenaikan harga barang di malaysia. Nak taknak, kena akui dan cari jalan untuk bantu rakyat. Cuba fikir poket rakyat sekali lar BN!

Selasa, 11 Januari 2011

PANAS : Lim Guan Eng kebas rm230 juta duit rakyat penang.

Ini berita yang amat-amat mendebarkan bagi kerajaan DAP pulau pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng. Saya percaya dan benar2 percaya bahawa DAP akan mampus, terkubur dan rebah pada PRU-13 yang bakal tiba tak lama lagi bila berita neh tersebar dengan lebih meluas.

Macam tak percaya bila baru2 ini Koh Tsu koon bekas ketua menteri pulau pinang yang cukup2 prihatin dengan nasib orang melayu-islam pulau pinang selama ini mendedahkan bahawa lim guan eng kebas duit rakyat sebanyak rm230 juta. WOW. Ini sudah lebey. RM230 juta tue. Bukan perkara main2. Apa yang SPRM buat? Asyik2 membela DAP aje dari dulu. Badigol bengap lue SPRM. Cubalah cepat2 amek tindakan. Ini tidak asyik mengampu DAP je kerjanya. Hampeh!

Dan satu lagi berita yang tak kurag sedih, iaitu ble kontraktor melayu di pulau pinang 1oo% bankrupt dinaya oleh lim guan eng. Lge owh lge, apsal ko benci melayu sangat hah? Apsal ko beria2 benci islam sangat hah? Apa yang islam dan melayu buat kat ko hah? Sampai ahti ko lupuskan kontraktor melayu-islam kat penang.. baca sini kalau ingat aku tipu. Heh

Melalui link tersebut gak, lge telah memberikan tender 100% kepada orang cina. Iskh memang BIAS. Aku benci kerajaan BIAS. Benci, benci, benci. Memang benci.

Selama neh Koh tsu koon memang prihatin dengan nasib orang melayu di pulau pinang, meskipun dia tak pernah bagi peruntukan kat SAR, kat orang2 islam tanpa mengira parti politik.. dan siap mengulibatakan lagi orang2 melayu-islam di pulau pinang... itu belum masuk memiskinkan penduduk melayu.. dan memastikan tanah2 melayu di penang terhapus terus.. heh. Tapi dia tetap aku anggap prihatin. Kalau tak prihatin takan bodoh2 najib bagi dia jawatan penasihat menteri tue. Heh

Ameno : Erkk.. SPRM tak buka kes enh? RM230 juta tue banyak tue.. hurmm..

Isnin, 10 Januari 2011

Gempar!!! Bangunan PAS runtuh.

Hangat! Panas! Sensasi! PAS kantoi lagi! Ini berita yang baru saya terima. Saya yakin selepas ini PAS akan lebih malu dari biasa apabila berita ini tersebar luas. Heh

Lihat gambar di bawah ini. Gambar ini ialah gambar runtuhan pondok di pasir payang. Untuk pengetahuan korang pondok ini baru dibina. Pada tahun 2008 siap sepenuhnya. [betulkan kalau info ini salah].

Pondok yang runtuh neh terletak di pasir payang, terengganu. Sepertimana yang kita tahu menteri besar terengganu ialah Nik Aziz Nik Mat. Dah selama 20 tahun dah PAS pegang terengganu. Apa yang mereka mampu beri kepada rakyat terengganu ialah runtuhan demi runtuhan. Heh


Nak tahu kenapa sering berlaku runtuhan kat terengganu? Sebab sebelum neh BN pernah memerintah terengganu sekejap. Pada zaman itu, PAS dengan busuk ahtinya telah merampas hasil royalti minyak rakyat terengganu. Mentang2lah dia kerajaan pusat, kemain ko berlagak ya PAS. Memang jahanam betul!

Namun, selepas itu pada tahun 2004 PAS berjaya merampas semula kedudukan mereka di terengganu. Habis macam2 tawaran mereka suakan kepada rakyat. Konon nak bina itu, bina ini. Ya memang betul. Bina memang bina. Tapi lepas bina.. runtuh. collapsed.. tumbang.. apa cerita? Heh

Pulak tue tender seme bagi kat kroni2 PAS aje. Seme amek untung atas angin. Cas kat kerajaan kemain mahal. Tapi bahan binaan yang digunakan pula low quality. Tak sama apa yang tercatit dalam kertas kerja. Baru ribut kuat sket dah tumbang. Piramid pun kuat lagi walau dah bertahun2 bina tanpa teknologi moden. Heh

Akibatnya satu demi satu bangunan yang PAS bina runtuh. Stadium, kampung, dewan banyak runtuh. Pondok pun runtuh. Aihhh.. rezeki tak berkat asyik mencuri. Memang lah patut Allah swt kasi ajar sama itu PAS.

Makin lama makin ranap terengganu tue aku tengok. Itu tak masuk lagi mansun ke monson cup ke apa ke aku lupa. Habis rosak2. Itu tak citer lagi bab 1MDEB ke apa ke, yang aku lupa gak.. habis2 malap masa depan terengganu di bawah PAS.

Semoga rakyat terengganu cerdik sketlah nak pilih pemimpin. Dah dibagi peluang, bukan tak dibagi. Elok2 dapat pemimpin yg cerdik ilmu agama + dunia, korang takmo. Pi pilih pemimpin yg gila meroyan pasal harta + hiburan. Last2 pembangunan ke mana, iman ke mana. Bina masjid pun tengah2 laut. Tah sapa tah solat dalam tue. Bunian ke? Heh

Pengajaran dari kesah neh ialah lenkali kalau nak bina bangunan 'runtuh', sila bagi kontraktor kroni Pas. Confirm mesti runtuh secepat yang mungkin. Heh

Ameno : Ya runtuh2.. runtuh lagi.. esok lusa time kiamat pun runtuh gak.. heh

Amaran keras : Penyokong Hadi Awang jangan berlagak!

Adooiii terkilan aku baca satu laporan berita pasal aduka kena ketuk dengan penyokong hadi baru2 neh. Tak agak2 dah orang yang buat macam tue kat aduka. Apa benda lah yang dia buat sampai kurung2 dia plak. Salah ke dia nak jumpa Hadi Awang dan menuntut beberapa penjelasan? Yang sampai nak halang dan kurung dia watpe? Spesis rejim ala zionist umno plak aku tengok. Kalau dulu dok heboh kutuk2 umno tp kalau neh perbuatan penyokong pas apa ada beza?

Bukan aku nak backup aduka tue. Siyes. Aku tahu setiap tindakan mesti ada asas. Asas dia kena kurung sebab nak tanya Tuan Guru Hadi Awang beberapa soklan. Kenapa dia nak tanya? So hak dia lah dah dia sokong PAS kan? Nasib baik dia berani nak tanya depan2 daripada fikir benda yg bukan2. At least dia ada keberanian. Yang keberanian dia kemudian nya disekat2 pula. Bangang betul penyokong hadi awang. Ada aku kesah?

Ya, ya aku tak salahkan Tuan Guru Hadi Awang sekarang neh. Aku bersangka baik. Aku percaya Tuan Guru tak tahu. Kalau dia tahu, aku rasa tak wujud insiden tersebut. Memandangkan penyokong2 tuan guru Hadi Awang yang buat bangang, maka layaklah penyokong tuan guru Hadi Awang gak yang kena bidas.

Sebenarnya dah agak lama aku baca dan sering kali ternampak penyokong2 yg taksub hadi dan taksub nasha neh bersepah memaki hamun sesama geng sendiri kat blog2, terutamanya blog tulang besi. Aku bukan nak marah ke apa, aku faham niat korang. Tapi penyampaian korang tue melampau2 sampai babitkan hal2 peribadi dan kain dalam blogger tue watpe NGOK!

Caci maki jangan cakaplah. Penuh blog tue dengan maki hamun sesama ahli pas. Wat malu aje. Kalau dah member sama member apa salahnya cakap baik2? Kalau dah tulang besi salah, aduka taruna salah then balas lah guna hujah balik. Orang tue bagi hujah, korang plak bagi maki. Spesis ikut perangai rejim zionist umno. Aku taknak nanti tak pepasal PAS yang dapat nama buruk disebabkan tindakan beberapa penyokong ala-kipas-susah-mampus yang beria2 taksub segala bagai. Konon takley tegur tuk guru lah apa lah.

Come on lar. Tuk guru pun manusia. Hadi awang manusia. Nik Aziz manusia. Nasharuddin isa manusia. Nasrudin Tantawi pun manusia. So kalau ada perkara2 yg ahli2 PAS rasa tak selesa dan mereka nak tegur, biarlah mereka tegur. Yang sampai korang nak halang kebebasan PENYOKONG/AHLI PAS saling tegur menegur perbuatan pemimpin kenapa? Pada awal nya aku yang mengikuti benda neh dah tengok banyak kali, tulang besi tegur cara baik. Aku ulang semula..
cara baik. Lama kelamaan dia hilang sabar tue pasal terkeluar segala bagai perangai amarah dia kat blog. Mana tak marah kalau asyik kena provoke je? Kalau aku, mau naik setan.

Benda neh simple je beb. Small matter. Aduka ada benda tak puas ahti kat Hadi awang. Tulang besi pun sama. Memang secara ikhlas aku pun ada yang tak berkenan dengan Tuan Guru Hadi Awang haddle beberapa isu kepimpinan. Ustaz Nasha tue pun sama. Bukan aku nak kondem dia. Cuma dia punya suara entah dah berapa tahun aku tak dengar. Asyik2 muka sama je yang melalak buat kerja. Kalau tak Dr. Lolo, khalid samad, habis2 Tuan Guru Nik Aziz yang kena kutuk dengan penyokong2 seberang sana. Ikut logic, muka2 yg paling banyak bidas kerajaan tentulah muka2 tue yg paling banyak kena kutuk.

Tapi yang nama HADI AWANG dan USTAZ NASHA neh jarang sekali aku nampak kena balun ngan puak2 seberang sana. Habis2 pun isu amanat hadi awang. Yang lain?Haram.. macam tidur je. Meneruskan warisan paklah ke? Jangan sampai nanti jatuh terduduk baru nak menyesal beb. Terengganu dah hilang. Pengalaman dah dapat. Cuba amek iktibar sket. Nasihat orang tak seme buruk dan teruk. Tapis lah. Yang mana baik, collect. Yang mana buruk, reject. Jangan tolak seme. Suara ahti penyokong/ahli PAS adalah suara ahti rakyat marhaen juga.

Bukan nak tuduh ada pakatan PAS - UMNO. Takde. Cuma nak peringatkanlah. Kalau betul ada niat nak gabung dengan umno cakap terus terang. Supaya kami seme boleh buat pilihan tepat. Kalau takde pakatan UMNO-PAS pun kena cakap terang2 gak. Bukan apa takut salah faham. Aku tahu perang saiko maiko neh. Pernah aku terfikir saja umno saiko dari dalam bagi PAS berpecah. Maybe dorang taknak attack hadi dan nasha untuk bagi suspicious kat penyokong2 pr. Pernah. Mmg pernah aku terfikir. Tapi bukan seme fikir cam aku fikir. Yelah, pasal dah macam tak nampak langsung Nasha dan Hadi bersuara ble umno menyerang pas bertubi2? Wat de hell!

Balik2 nik aziz, nik aziz, nik aziz. Balik2 husam, husam, husam. Balik2 khalid, khalid, khalid. Balik2 mahfuz, mahfuz, mahfuz. Balik2 azizan, azizan, azizan. Balik2 tantawi, tantawi, tantawi. Apa dalam PAS dah takde ke tokoh kepimpinan yg layak bersuara untuk BIDAS segala bagai fitnah UMNO? Kalau macam tue, undur diri bagi pada mereka yang layak. Dan yang layak ialah yang buat kerja.

Belum masuk lagi isu perang propaganda UMNO bilamana tiba2 wujud konon nya dalam PAS ada team DSAI vs team Tuk guru. Satu team memberikan taat setia kepada DSAI. Satu team memberikan kesetiaan kepada tuk guru. Wat de hell! Karut! Marut! Segala bagai macam tue sekali penyokong2 hadi buat fitnah! Erk.. ye ke penyokong hadi? [Neh tanya bai.. tanya je bukan fitnah.. habis2 kuat pun spekulasi aje neh. Heh]

Adoiii benda simple cam neh pun ada yang tak boleh DETECT! Memang dalam PAS ada yang tak suka DSAI. Alasan tak SUKA tersebut sebab imej DSAI yang dah tercalar teruk akibat difitnah oleh UMNO bertubi2. Namun ada juga berita2 yang bukan fitnah. Memang betul DSAI pun ada buat SILAP. At least manusia ini, dari SILAP bangkit untuk tidak mengulangi kesilapan dia lagi. Bukan aku sokong DSAI sangat. Kalau tanya aku pun, aku ada calon lain untuk jawatan perdana menteri malaysia jika PR benar2 mengambil-alih putrajaya. Namun takanlah disebabkan tulang besi menentang HADI and the geng tiba2 dia dilabelkan sebagai orang suruhan DSAI untuk mengucarkacirkan PAS dari dalam? Tapi yelah apa2 pun mungkin berlaku. Kemungkinan tue tetap ada. Aku tak tolak 100%. 50-50 lah. Tapi selagi tuduhan tersebut tak terbukti, tuduhan adalah tetap tuduhan. Dan sehingga kini tak terbukti pun yang tulangbeli agen PKR dalam PAS. Heh. Apatah lagi agen UMNO. Heh

Kepada yang suka sangat maki hamun member2 sendiri, penyokong2 sendiri, ahli2 sendiri patut cermin muka kat cermin masing2 dulu. Ble orang hentam musuh lue segala bagai lue gelak meroyan sakan tepuk tangan gembira lue suka ahti! Tapi ble orang hentam pemimpin lue, segala riuh lue kecoh bagai nak bakar tangan yg mengkritik. Apa neh bhai? Pemimpin takde yg maksum. So jangan taksub. Alang2 mandi biar basah. Alang2 jadi orang islam biar betul. Alang2 nak banteras kezaliman, biar sampai akar umbi. Kalau musuh lue, lue benci ble dia wat zalim, apsal perkara yg sama lue tak buat ble pemimpin lue buat zalim bhai? Adoiii neh la nama nya lue bukan adil. Orang adil tak pandang individu sebagai pengukur. Dia pandang adil sebagai pengukur. Bilamana lue halang orang len bersuara untuk menuntut beberapa keadilan, lue adalah zalim. So ble orang zalim macam lue nak tuntut keadilan, lue ingat orang nak patuh ke bhai? Lue jangan fikir sendiri. Lue ajak member2 yg spesis se-otak lue untuk berfikir sekali. Ada faham? Heh

Ameno : BONGOK punya penyokong yang taksub!

Khamis, 6 Januari 2011

Telenovela Ummi Hafilda penyelamat UMNO..



Nampaknya najib kini semakin cekap buat kerja. Mungkin nak capai NKRA yang di pantau oleh rosmah secara tidak langsung. Baru2 ini ummi telah mula berblog. WOW. Ini benar2 pelik. Kenapa setelah lebih dari 12 tahun barulah dia berminat nak menceburkan diri dalam bidang perblogkan? Heh.

Alasan si ummi neh berblog konon nya nak membersihkan semula nama dia yang tercalar teruk. Aik PRU-13 nak hampir ke? Dah macam novel pula blog dia tue. Dari satu citer ke satu citer dia jaja. Patutlah beria2 hapuskan DSAI dari parlimen. Heh

Tengok sini beb ;


Baca ayat no 6 ;

Sekira nya benar.. itulah antara kata2 yg terkandung kat dalam ayat tersebut.. "sekiranya benar" itu ditafsirkan bahawa ummi sendiri tak yakin bahawa DSAI bersalah. Kalau dia 100% yakin dia takan tulis ayat macam neh beb.

ayat no 7 ;

Seks luar tabii Allah swt larang. Habis tue yg perang rambut Allah swt galakkan? Heh. Fikir sendiri beb.

Ummi claimed yg DSAI habiskan masa berjam2 dalam telefon. Okey good one. Ada bukti log telefon? Mesti ada kan? Heh.

Baca cerita novel kat bawah neh plak ;

Dah baca?

Senang je. Mula2 dia kata perkara neh dirahsiakan selama 8 tahun sehingga dibocorkan oleh aton pembantu rumah shamsidar tapi ;

yang kat last sekali tue dia cakap puan shamsidar selalu berceita kepada dia yg Dsai tue pakwe dia.. so benda neh rahsia ke bukan? aku confused. Kalau rahsia.. kenapa shamsidar nak bercerita secara terbuka?

Dan, kenapa mesti dia menganggap semua orang atasan ada gelaran datuk seri? [berdasarkan kepada penulisan si ummi neh dia sepatutnya tidak menganggap bahawa yg bercakap dalam telefon tue mempunyai gelaran datuk seri]

dan lagi sekali.. kenapa nak menganiaya si afifa tue. Bagi je bukti dna afifa tue bukan anak azmin. heh. Neh tidak mendera mental budak yg tak berdosa tue kenapa? dia taktahu apa2 tapi dikutuk dan dicaci macam2. Katakan lah mmg benar dia bukan anak azmin pun, dia bukan insan yg patut si ummi neh jebakkan. Agak2lah nak menganiaya saudara sendiri pun..

Dan tgk plak kat bawah neh.. inilah yg paling meroyan sekali di antara royanan2 si ummi neh beb ;



Kelakar pun ya. Pelik pun ya. Konon nak menyedarkan orang ramai sapa DSAI. Tapi dalam diam tak diam dok kutuk2 TGNA. Lepas tue perli2 DAP. Sound tuk guru yg taknak berkerjasama dengan UMNO.. alamak.. neh sebijik telenovela weh.. ceritera sayfool dah tak laku ke weh?

Korang baca dan fikirlah sendiri isi kandungan artis wanita terhebat di abad ini. Abg dia sendiri [azwan ali] pernah mengaku 'pondan' so ble dah jadi pondan tue kita pepaham la yew.. kat sini bukan nak ungkit citer pasal abg2 dia ke apa ke, cuma nak bagitau.. dalam pada dia beria2 nak expose pasal sang peliwat.. sapa sebenarnya yg ter expose? Heh.

Sudah2lah tue ummi.. PRU-13 dah dekat. Skrip masih sama. Manusia kalau diberikan makanan yg sama hari2 akan muak dan muntah.

Ameno : Nak gelak pasal ada juga org BODOH percaya kat skrip bebal neh. Heh

Apa salah Umno Melaka sambut krismas?



suasana cukup meriah di Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Krismas 2010 di kampung portugis,melaka. saya mengucapkan setinggi tinggi terima kasih kepada semua rakyat yang hadir dan memberi sokongan penuh walaupun keadaan sesak dan kemenangan pasukan bolasepak kita di saringan pertama ''final'' piala suzuki. dar

Semua tahu yang malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama. So kalau merayakan perayaan yang berbeza-beza tue bukanlah satu keganjilan bagi masyarakat Malaysia. So sama macam Ali Rustam yang meraikan krismas baru-baru neh. So apa masalah nya?Berdosa? Haram? Bidaah? Khurafat? Come on lar ini malaysia ada pelbagai budaya. Ini bukan isu yang perlu diperbesarkan bagai nak rak beb. Tengok gambar bawah neh ;


Ini lah dia salah satu konsep pluralisme agama. Aku raikan perayaan ko. Ko raikan perayaan aku. Memang betul dalam islam dah ada perayaan hari raya aidilfitri dan aidiladha tetapi itu tak mencukupi. Lagipun tak pernah lagi aku dengar mufti2 kat malaysia neh larang kita orang sambut krismas secara terbuka. So what's your problem now? Punya pasallah nak sambut krismas ke apa ke, orang kata jangan busy body lah. Setakat nak copy ayat Alquran dan segala bagai hadith kat aku buat apa? Aku mmg gila babi sokong umno sampai mampus. Lebih sokong umno dari sokong Allah swt. Heh

Nak tgk gambar penuh klik sini

Aku percaya nanti adalah mamat2 meroyan yang cakap apsal tak soh je pemimpin non-muslim rasmi kan majlis2 macam neh? Sebenarnya jawapan aku simple je. Ali Rustam ketua negeri melaka, so memanglah dia kena rasmikan hal2 macam neh. Kalau korang nak paste dalil2 dalam Alquran berhubung isu sambut perayaan agama lain tue aku anggap tak sesuai sebab apa malaysia negara majmuk dan mmg biasa je pemimpin sambut macam2 perayaan demi menghormati hak kaum lain. Mungkin korang terlupa kot nak cari ayat Alquran yang memenuhi ciri2 masyarakat majmuk. Heh

Hidup Umno! Hidup BN! Hidup pluralisme agama.

Ameno : Tak salah kerajaan keluarkan peruntukan bagi penganut kristian meraikan agama mereka, hak mereka terjamin dan terlindung dalam institusi islam tetapi itu tidak bermaksud orang islam boleh meraikan krismas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...