Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 21 Disember 2011

Perkasa tidak akan keluar undi jika SPR guna dakwat kekal !





Bodoh ka ko PERKASA? Bodoh kah ko? Ini ialah soklan. Bodoh kah ko? Jawablah geng2 PERKASA. Jika bukan kenapa buat dan sering memaksa rakyat malaysia menyangka bahawa PERKASA ialah dianggotai oleh sekumpulan melayu2 yang sangat bodoh?


Lihat bawah neh ;


Perkasa menolak keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang semalam mengumumkan akan menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 atas alasan orang Melayu tidak akan keluar mengundi selain mendakwa ia bertujuan mengurangkan peratusan pengundi kalangan kaum itu kelak.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, pihaknya yakin penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang.
Selain itu kata beliau, Perkasa percaya ramai pengundi Melayu tidak akan keluar mengundi jika penggunaan dakwat kekal diteruskan.
Semalam SPR mengumumkan bahawa semua pengundi wajib dicalit dengan dakwat kekal dan sekiranya mereka enggan berbuat demikian, maka pengundi terbabit tidak akan diberikan kertas mengundi.
Langkah itu seiring dengan syor jawatankuasa pilihan khas Parlimen berhubung penambahbaikan proses pilihan raya.
“Adalah memalukan negara yang jauh lebih maju dari negara-negara membangun lain mahu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum.
“Malaysia bukan negara seperti Somalia, Bangladesh, Pakistan, Afghanistan, Kemboja dan lain-lain negara mundur yang rekod pengenalan diri masih tidak canggih, yang menggunakan kertas biasa dengan maklumat peribadi tulisan tangan. Memalukan,” katanya.
Syed Hassan juga mendakwa Perkasa percaya gesaan untuk penggunaan dakwat kekal adalah daripada pihak yang sebenarnya tidak mahukannya juga tapi oleh kerana ia cara untuk membuatkan orang Melayu dan Islam tidak mahu keluar mengundi.
“Siapa yang untung jika orang Melayu tidak keluar mengundi? Saya sendiri kemungkinan besar tidak akan keluar mengundi jika kekal dengan penggunaan dakwat kekal.
“Dan, kemungkinan ramai ahli Perkasa tidak keluar mengundi juga. Siapa yang akan terasa rugi jika ramai ahli Perkasa dan orang Melayu lain tidak keluar mengundi?” katanya.-MI-


Tak rugi apa pun kalau perkasa tak mengundi. Malahan ia menguntungkan aku dan PR. Aku suka korang jangan mengundi sebab undian korang menyusahkan hidup aku dan lain2 rakyat yang benci dengan penyelewengan. Kurang satu masalah nak fikir adalah kebaikan buat rakyat malaysia. 

Tapi jangan pandai2 babitkan melayu dalam kes neh. Hanya perkasa je sangka begitu. Lebih tepat melayu perkasa dan melayulikemamak perkasa je yang sangka begitu. Ia tidak mewakili seme melayu di malaysia neh. So jangan nak perasan bagai. Perkasa is perkasa. Perkasa bukan bermaksud melayu. Pergi sedar diri cepat.

Isu sebenarnya sekarang ialah salah guna dakwat kekal oleh spr. Bukan isu penggunaan dakwat kekal menyebabkan melayu merajuk. Mesir pun membangun, malaysia pun membangun dan sama2 gunakan dakwat kekal so apa masalahnya? Jangan cakap pasal ic canggih yang kerap rosak itu perkasa. Bab kecanggihan ic ko pandai gebang, bab kerosakkan cip ic setahun berkali2 itu ko taknak bising plak? Bab alat scan ic yang tender nya dapat pada syarikat adik najib ko tak fikir pula? 

Sebenarnya geng. Maybe neh ialah helah. Helah untuk bagi kita sarat fikir benda lain. Ataupun helah batalkan penggunaan dakwat kekal pada saat akhir. Walaupun apa jua sebab ia, pastikan andai spr batalkan / salah guna fungsi penggunaan dakwat kekal, bersih 3 adalah  medium kita. Kali neh apa nak jadi, jadi lah. Jangan biarkan mereka tindas kita lagi. Kita bukan di pihak yang jahat. Kita ialah di pihak yang hanya mahu mencari kerajaan yang memperjuangkan masalah rakyat dan bebas dari penyelewengan serta rasuah. Jadi, kita bukan nya salah. Yang salah ialah mereka. Ingat tue sampai bila2.

Ameno : Perkasa = meroyan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...