Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 1 Disember 2011

Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia terus merudum




Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jatuh dari tangga 56 pada tahun lalu kepada 60 tahun ini, menurut Transparency International Malaysia (TI-M).

Bercakap pada majlis mengumumkan keputusan itu di Subang Jaya pagi ini, Timbalan Presiden TI-M Mohamad Ali Hasan berkata, Malaysia mencatatkan markah atau skor sebanyak hanya 4.3. Ini kejatuhan kali ketiga berturut-turut sejak 2009.

Katanya, walaupun kejatuhan itu hanya membabitkan 0.1 mata tahun ini, namun ia masih membimbangkan kerana kerajaan telah berusaha memulakan beberapa usaha-usaha anti-rasuah.

"Mengapa ia harus jatuh? Kerajaan telah menganjurkan beberapa program (anti-rasuah). Persepsinya adalah bahawa program itu tidak berkesan," katanya.

Pada tahun 2003, Malaysia berada pada kedudukan 37 dalam kaji selidik yang membabitkan 146 negara. Bagi 2010, kaji selidik itu melibatkan 178 negara.-CI-

Point penting ;

1. Kedudukan merosot dari 56 ke 60.

2. Malaysia alami penurunan ranking sejak tahun 2009. [sejak zaman kejatuhan paklah].

3. Penyertaan negara makin bertambah, tapi ranking malaysia semakin jatuh. Ini bermaksud, malaysia semakin lama semakin teruk walaupun dibanding dengan negara2 yang baru menyertai ranking antarabangsa neh.

Punca masalah ;

1. SPRM suka main lompat dari bangunan tinggi daripada tangani kes rasuah.

2. SPRM suka menyiasat kes video lucah yang senang di akses melalui komputer di pejabat sprm.

3. SPRM juga gemar bina tembok. Rakyat biasa tak boleh lihat perkembangan kes rasuah tahu2 je kes rasuah settle hanya dengan beberapa arahan.

4. SPRM juga tak suka makan jerung sebab haram. Sebaliknya dia hanya makan ikan bilis.

5. SPRM juga lebih gemar belikan gula2 yang berkalestrol tinggi + bodek kuasa mega unlimited untuk pemimpin2 negara yang terpalit dengan kes rasuah.

Kelima2 punca masalah neh, andai diatasi insya-Allah indeks persepsi rasuah malaysia akan meningkat semula. Hanya dengan satu cara je yang boleh mengubah semua perkara2 buruk neh. Undilah selain dari bn.


Ameno : apa pun tak boleh larh bien neh.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...