Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 7 Disember 2011

HUDUD : MCA cabar DAP berdebat.


Kah kah kah

Lawak siot. Orang bukan islam pun ada usaha nak debat pasal hudud. Sharey2. Satu pencapaian yang bagus.  Tapi tajuk dia kena amend sikitlah. Takan debat pasal pelaksanaan hudud, undang2 hudud, dan sebagainya kan? Tajuk debat yang sesuai ialah ;

Kenapa orang bukan islam wajar menghormati orang islam yang mahu laksanakan hudud. 

DAP = PENCADANG.

MCA = PEMBANGKANG

Kalau debat pasal hudud, pasal pelaksanaan, pasal hukum2, neh kerja orang2 yang arif bab islam. Dan sudah semestinya orang yang arif bab islam ialah orang islam itu sendiri. Aku sejujurnya sokong debat neh. Dan proposal tambahan ialah PAS debat Umno juga pasal kenapa hudud perlu dilaksanakan, cara pelaksanaan dan sebagainya.

Dan MCA dan DAP pula debat pasal title di atas. Kita sebagai orang islam kena dengar apa pandangan orang bukan islam tentang hudud. Apa ketakutan dorang, apa persoalan2 yang bermain2 di minda dorang, apa harapan dan keinginan dorang. 

Dari situ barulah kita boleh tahu dan faham cara nak setelkan masalah neh. Jangan tutup pintu dan fikir debat neh dengan otak yang negatif. Setiap masalah mesti dicari punca asalnya barulah boleh diselesaikan. So debat neh memang bagus. LGE, ko kena terima. Dan title dia kena tukar supaya elak salah faham. Dan pas dan umno juga kena berdebat pasal hudud walaupun aku tahu adalah sesuatu yang mustahil untuk melihat umno merelakan perdebatan neh berlaku.

kah kah kah

Ameno : debat airliur..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...