Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 29 Disember 2011

Email burukkan Anwar Ibrahim dan PKR tersebar.

Sekarang neh tengah kecoh isu email yang burukkan dsai dan pkr [amk] di internet. Berikut di bawah ialah petikan penuh email terbabit yang dihantar oleh saudara ;

== > azhar.abdulllah@brother.com.my




Thursday, December 29, 2011 11:44 AM

Assalamualaikum sahabat pembaca sekelian. semoga sentiasa didalam perlindungan Allah semata tiada yang dua selain dari Nya.. InsyaAllah.
 
Tindakan pengikut tegar Anwar Ibrahim untuk mengheret rakyat dalam kempen Bebaskan Anwar 901 yang di gerakkan oleh PKR jelas membuktikan Anwar itu memperlekehkan keluhuran sistem perundangan negara, 901 adalah mengambil sempenan tarikh keputusan perbicaraan Kes LIWAT Anwar 09 Januari 2012. [ini tindakan ahli parti pkr yang memberikan sokongan kepada anwar ibrahim, ia bukan sesuatu yang pelik pun. Masing2 ada hak masing2 untuk berdemo dan nyatakan sokongan beb. Janganlah kecoh sangat]
 
Sekarang ini hebat di persidangan maya mengatakan bahawa akan berlakunya suasana yang tidak tenteram di kalangan rakyat jelata bila mana waktu keputusan perbicaraan kes Liwat Anwar Ibrahim dibacakan pada 09 Januari 2012 tahun hadapan nanti puak puak AMK akan memastikan Anwar Bebas dari hukuman, kira mereka mahu menjadi hakim, kebetulan mereka juga mengelarkan gerakan ini sebagai “Rakyat adalah Hakim”. [Korang sendiri lah yang semak sebarkan cakap benda neh akan huru harakan negara, walhal depa nak berhimpun sokong dsai je. Lawan tetap lawan andai dia dipenjarakan angkara fitnah of course orang marah. Normal. Berani tangkap orang tak bersalah berani tanggung kesan bagi kedua2 belah pihak. Habis citer]
 
Disaat tarikh yang bakal berkunjung tiba itu satu gerakan ‘Bebaskan Anwar 901′ telah dilancarkan oleh Angkatan Muda Keadilan yang diketuai oleh Samsul Iskandar. Gerakan ini bertujuan untuk membebaskan Anwar, yang kononnya tuduhan liwat oleh Saiful Bukhari adalah fitnah semata-mata. [Ya, bebaskan tapi bukan nak merusuh. Nak luahkan protes lah bhai. Ini nama nya demo. Ngok lah korang. Benda neh akan jadi huru hara kalau diprovoke]
 
Dengan keyakinan bahawa Selaku Ketua Umum PKR, lebih-lebih lagi selaku Ketua Pembangkang mereka tidak boleh berputih mata melihat bakal ‘PM’ mereka ini untuk merengkok di dalam penjara, Ini lah mereka yang kata kumpulan mereka memperjuangkan ‘keadilan’. Sanggup membelakangkan undang undang semata mahu menyelamatkan seorang Peliwat tegar, ini semua tahu kerana yang mengesahkannya adalah peguam tersohor mereka sendiri Kapral Singh. [Undang2 tak halang orang berprotes beb. Apa benda lah neh]
 
Ayat mereka juga menarik, mereka lebih marahkan Saiful (mangsa liwat) kerana tidak mencuci bontot selama dua hari tetapi tidak pula marahkan Kapral yang mengesahkan bahawa Perdana Menteri in future mereka meliwat.

.
Strategi mereka mahu rakyat turun beramai-ramai bagi menyatakan sokongan kepada Anwar yang sejak kebelakangan ini Makamah dapat bersidang dengan aman kerana “kurangnya” penyokong Anwar di sana . Tetapi mereka lupa bahawa rakyat Malaysia sudah muak dengan sikap kepimpinan PKR terutamanya AMK (angkatan muda)yang seringkali mempunyai agenda tersembunyi di dalam setiap geraknya.

 
Kempen kali ini di terajui oleh kepala AMK ( yang dengar kata dijanjikan jawatan Ketua Menteri Melaka jika Anwar menjadi PM) Samsul Iskandar atau lebih dikenali sebagai Sam Ketot, yang kerjaya utamanya ialah menghasut rakyat untuk menggulingkan kerajaan melalui politik jalanan dan keganasan. Dan inilah yang bakal berlaku jika gerakan “Bebaskan Anwar 901″ tidak dihalang sedari awal. Kerana ramai tahu apa yang bermain didalam kepala Samsul yang dijana oleh Anwar.
 
Mereka ini telah dapat menghidu bahawa kes liwat ini tidak akan memihak pada Anwar ,walaupun dua tahun dahulu Anwar telah menanam persepsi di luar negara yang Malaysia ini tidak mengamalkan sistem kehakiman yang adil dan menyatakan dirinya akan didapati bersalah kerena tuduhan meliwat bekas pembancuh kopi nya yang tersohor Saiful, mungkin bancuhan kopi saiful lebih enak dari bancuhan kopi Wan Azizah isterinya sendiri. [kes liwat neh fitnah, bukti dan hujah boleh cari di kami benci saiful bukhari. Inilah yang ingin aku bagitau. Bab lain2 pasal amk ka, jawatan dan etc, aku no komen. Masing2 ada penilaian masing2 so aku hormat je. Betul salah aku tatau. Allah swt je yang tahu dan mereka2 yang tertentu]
 
Sebenarnya Anwar tidak punya saksi dan bukti kukuh untuk menyangkal hujah dari pendakwaraya. Mereka juga lupa bahawa Karpal Singh yang dianggap sebagai peguam yang hebat sekalipun gagal untuk mempertahankan Anwar, putar belitnya juga akhirnya memakan diri sendiri. Penggulungan hujahnya mengatakan bahawa kejadian liwat itu adalah atas dasar suka sama suka. Dan ini membawa maksud bahawa peguambela Anwar itu bersetuju bahawa Anwar memang meliwat Saiful Bukhari!.
 
Ingat yang mengesahkan pertuduhan Liwat adalah Kapral Singh, Soal suka rela atau suka paksa tak ada isu, yang penting perkara Liwat itu benar berlaku dan ianya bukanlah satu fitnah baik dari seteru politik mahupun dari kerajaan sendiri, jadi apa motifnya mereka hendak buat himpunan 901 ini?.
 
Sahabat mungkin jelas kini mengapa kumpulan AMK hendak sangat buat protes di makamah pada 09 Januari 2012 nanti, ianya tidak lain hanya semata mahu lepas kan Anwar dari di Penjarakan sahaja, kerana jika Anwar di penjara mungkin peluang mereka saperti yang di janjikan oleh ‘invester’ dari luar akan terbantut.
 
Kesian!! rakyat.. Anwar sendiri pun tak pedulikan dirinya, peguamnya sendiri pun saperti mahu Anwar di malukan, tetapi rakyat pula yang mahu di susahkan, dia yang sedap menala kita pula yang nak tanggung bala. Sanggupkah sahabat pembaca sekelian dipergunakan oleh AMK yang diketuai oleh Samsul Iskandar ini atas sesuatu yang sudah jelas lagi bersuluh?. Aku harap sahabat dapat mengunakan akal untuk menilau sesuatu, jangan guna nafsu.
 
Hujung kata inilah wajah perjuangan Parti Keadilan, yang matlamatnya hanya untuk Anwar semata-mata, Biar lah rakyat menderita janji cita cita untuk ‘invester’ tertunai Tidak lah aku tahu sama ada kebetulan atau pun memang didalam perancangan bahawa BERSIH 3.0 juga sedang dirancang untuk dilancarkan pada tarikh yang sama, jadi jelaslah kini apa matlamat dan tujuan mereka sebenar, biar lah negara hancur dan rakyat menderita yang penting Anwar mesti di bebaskan demi janji janji dengan ‘Invester’.
 
Orait sahabat sampai disini dahulu.. Jumpa lagi lain masa dan ketika..InsyaAllah ..  [Bila masa bersih pada 901? Aduhaii takde dapat info pon. Aku neh pro bersih awat aku tak tahu? Janganlah cipta havoc lagi. Biar aje pkr nak berdemo. Kalau ko kawal jalan aku rasa lagi okey. Biar depa meluahkan apa yang mereka rasa. Then balik. Paling2 kuat pun yang dorang boleh buat ialah berdemo. Takan nak bunuh najib pula? So, biar je lah. Janganlah sibuk nak halang2 hak orang. Simple.]

Ada je bahan nak provoke. Tah pape lah weh.. tah pape.

Nota : Artikel neh telah di edit. 

Sumber : sahabat fb.

Ameno : Demo nyatakan sokongan neh tidak salah. Ia adalah hak. So biar je lah.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...