Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 28 November 2011

Shahrizat: Saya tiada kaitan dengan projek lembu



Ampuni lah kami Ya Allah swt.. apa lah kesalahan kami sehingga mendapat menteri bengap macam neh. Mesti ada silap salah kat mana2 sebab tue wanita neh menjadi menteri malaysia walaupun dia neh terbukti bengap. Bacalah kenyataan dia kat bawah neh. Terbukti dia neh memang tak tahu malu. Standard menteri umno gamaknya..

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menegaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan isu berkaitan dengan projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Justeru kata Ketua Wanita Umno itu, beliau tidak akan menggunakan perhimpunan agung Umno minggu ini untuk menjawab sebarang isu yang dibangkitkan pembangkang berkaitan NFC.

"Saya tidak akan jelaskan (isu NFC) tetapi ada satu, dua mesej yang nak saya jelas kepada pihak di luar sana semasa persidangan Wanita Umno nanti. Tunggulah. Sebagai pemimpin, kita kena banyak bersabar, tenang dan jangan cepat melatah.[1]

"Saya tidak akan jawab. Kalau nak bertanya mengenai NFC, tanyalah kepada orang NFC. [2]Saya hanya akan tumpukan pada Pergerakan Wanita Umno," katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di Kuala Lumpur.


"Dalam politik (parti) mana tidak ada masalah, tambahan pula pembangkang, dia takut kerana Wanita Umno kukuh bersatu padu dan dia cuba untuk menggoyahkan Wanita Umno tetapi Alhamdulillah, Umno dan Wanita Umno tetap kental.[3]

"Keimanan kita, keikhlasan kami [4]tidak akan berganjak dan kita tak akan mudah melatah walau apa pun pembangkang nak buat sebabnya kita ikhlas dalam perjuangan untuk agama, bangsa dan negara," kata Shahrizat.-MK-

1. Sebenarnya apa yang ko buat neh bukan merujuk kepada perbuatan sabar. Sebaliknya ko sedang berdegil mempertahankan salah laku yang melibatkan diri ko. Bercakap pasal sabar + tenang + jangan cepat melatah itu ialah merujuk kepada rakyat. Bersyukurlah kami neh rakyat malaysia. 

Kalau di luar negara sana dah lama dah ko mampos. Dah lama dah bn dan umno terkubur. Dah lama dah bangunan dibakar, rusuhan, dan berlaku pelbagai perkara lagi. Bersyukurlah weh pemimpin2 umno.. bersyukurlah yang korang tue ada kami sebagai rakyat malaysia yang tinggi dengan kesabaran.

2. Ya, ko lah orang NFC yang sedang ditanya. Nafilah banyak2. Tapi kesudahan nya tetap sama. Ko tetap orang NFC walaupun ko guna segala macam jentera bagi menafikan fakta tersebut.
3. Hahaha.. balik2 pembangkang. Balik2 pembangkang yang ko sebut. Yang persoalkan ko neh bukannya pasal pembangkang tapi pasal penyelewengan ko. Bila ko nak sedar diri dan melihat kesalahan diri sendiri shahrizat?

4. Ko ialah orang yang tidak layak cakap pasal keikhlasan. Sebab ko sendiri tidak ikhlas. NFC sebagai bukti. Kalah parlimen tapi jadi menteri jadi senator. Lagi bercakap pasal ikhlas? 

Haktuihhhhhhhh... jadilah menteri pertama yang menerima ini dari aku. Aku belum lagi buat pada mana2 menteri kerana atas dasar hormat walaupun marah. Tapi memandangkan ko jenis tatau malu jadi jangan pernah marah andai tiada orang akan hormat pada ko lagi. Sekian.

Ameno : Menteri muka tebal. Dah tidur sekatil lagi takde kaitan? Waklue!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...