Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 14 November 2011

PANAS : PKR Cabang Petaling Jaya Selatan bubar !


BENTONG – Seramai 180 ahli PKR Cabang Petaling Jaya Selatan, mengisytiharkan keluar daripada parti itu dan menjadi ahli Umno.

Bekas Naib Ketua Cabang PKR Petaling Jaya Selatan, Suhaimi Saari berkata, keputusan diambil kerana mereka percaya kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) lebih baik daripada PKR.

Menurutnya, beliau sendiri sudah hampir 11 tahun berjuang dalam parti PKR sejak awal penubuhan dan mengetahui banyak rahsia parti.

“Namun, kini saya sudah tidak tahan dengan masalah membelenggu dan mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Naib Ketua Cabang, seterusnya membubarkan PKR Cabang Petaling Jaya Selatan.

“Kemasukan seramai 180 ahli ke dalam Umno melibatkan sebahagian dari 17 Ranting di bawah Cabang PKR Petaling Jaya Selatan,” katanya selepas menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umno Baha­gian Petaling Jaya Selatan, Datuk Raja Hanipuddin Raja Nong Chik.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Donald Lim Siang Chai.

Sementara itu, Raja Hanipuddin berkata, pihaknya menerima dengan hati terbuka keputusan bekas ahli PKR itu itu dan menganggap ia sebagai tanda sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, penyertaan mereka ke dalam Umno membuktikan rakyat sudah tidak mempercayai PKR yang hanya pandai menabur janji tetapi tidak mampu untuk melaksanakannya.

Sinar Harian

Ciri2 wajib ada.

1. Lepas keluar parti pkr wajib masuk umno. Wajib. Faham betul2. Wajib masuk umno. Mesti umno. Bukan parti lain.

2. Mesti umum depan media. Confirm. Tak boleh keluar / bubar diam2. Mesti nak kena hebahkan dalam media. Wajib.

3. Mesti ada pemimpin umno / bn yang menerima borang kemasukkan ahli. Confirm. Wajib ada.

4. Mesti mengutuk kepimpinan PKR dan memuji barisan nasional. Wajib.

5. Mesti masuk secara beramai2. Tak boleh sorang2. Wajib.

6. Mesti diakhiri dengan pembubaran cabang. Wajib.

So.. bila ahli pkr nak habis neh? Aku rasa pkr mana ada 3juta ahli. Aku rasa pkr patut tinggal beberapa orang je. Kesian pkr. 

kah kah kah

Istimewa untuk kaki fashion 

Ameno : So.. Sapa nak jadi pelakon?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...