Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 19 November 2011

Jawapan balas isu NFC di Buletin Utama.

Malam semalam sapa tengok tv3? Mesti ada tengok berita pasal NFC kan? Itupun selepas berita bodek PM berlalu. Piem tak berapa berani nak kutuk obama atas isu palestin. Macam lah najib tatau yang usa + israel penentang terkuat bila unesco menerima palestin sebagai ahli mereka. 

US siap guna kuasa veto + tarik balik bantuan. Tapi bukan pasal tue yang aku nak sibukkan pun. Yang penting sekarang isu NFC. Umno memandang berat isu nfc neh. Itu sebab 15minit terawal di berita semalam hanya menyiarkan isu nfc sepenuhnya. Aku sengaja rakam supaya boleh tengok berulang2. Bila aku dapat tengok berulang2 maka senang lah aku nak kupas persoalan2 penting disini.

Hujah pertama datang dari tipiem. Tipiem kata terserah kepada rakyat nak bawa isu nfc ke sprm ataupun apa sebab kerajaan dan nfc dah terangkan sepenuhnya kepada rakyat. Kenyataan neh menjelaskan bahawa tipiem seboleh2 mahu kita faham bahawa nfc tidak bersalah.

Tetapi kita pula nak tipiem faham, dari saat kita [rakyat] tahu projek neh linked dengan shahrizat, dari saat itulah kita dah pandang, projek nfc neh memang bermasalah dan salah. 

Hujah kedua datang dari laki shahrizat yang bernama salleh tue. Kata si salleh ;

1. Perjanjian nfc - kerajaan ialah selama 30 tahun. Sekarang baru 3 tahun jadi belum boleh nak bagi persepsi bahawa nfc rugi atau apa. 

Yang neh jabatan audit tatau ka? Mesti dorang tahu kan? So sekarang neh jabatan audit yang dedahkan isu nfc neh. Hasil pendedahan tersebut, maka timbul lah pelbagai persoalan. Sebab itu wakil rakyat pr siasat isu nfc neh lebih dalam. Bila di siasat lebih dalam maka dapatlah temui pelbagai lagi penyelewengan yang tidak di dedahkan oleh audit. Biasalah, audit yang di edit kan? Heh.

Perjanjian 30 tahun tue, aku sendiri pun tatau. Tapi aku ada sedikit confuse. Adakah selepas 30 tahun nfc ialah satu projek yang tiada kaitan dengan kerajaan lagi ataupun selepas 30 tahun nfc berhasil membayar 250juta atau apa? Perjanjian apa yang dimaksudkan selama 30 tahun tue? Boleh huraikan kan tak?

2. Selepas tue salleh bagi lah hujah2 bahawa hujan antara faktor kegagalan mencapai sasaran. Aku cuba nak faham apa kaitan hujan dengan ternakan lembu neh. Adakah lembu akan mampos  apabila dihujankan? Adakah tempat proses lembu {penyembelihan + pembungkusan + dll} tiada bumbung sehingga apabila hujan muncul maka ia mengangu kelancaran projek neh? Untuk rekod, aku masih sedang cuba untuk faham. So aku takmo ulas lebih2 pasal neh.

3. Then si salleh tiba2 sangkal laporan audit sebagai gagal. Mula2 dia bagi faktor hujan sebagai kegagalan projek neh [gagal capai sasaran]. Dia juga bagitau bahawa adalah amat logik projek yang baru bermula akan mengalami kesulitan pada awal2 operasi. Lepas tue tiba2 dia divert hujah bahawa nfc berjaya capai sasaran. Laporan audit salah. 

NFC berkembang dan semakin baik dalam 3 tahun neh. Dan nfc berjaya capai sasaran. Sasaran lembu ialah 8,000. Tapi nfc berjaya hasil 8,016 ekor. Jadi nfc bukan sahaja berjaya capai sasaran sebaliknya lebih 16 ekor. So, mari kita tepuk tangan ramai2. Bangga bhai. Nfc capai target. Apa bodoh sangat audit kutuk nfc sebagai gagal capai sasaran.

Kalau korang baca sini, laporan berita neh ada menyatakan bahawa target 60,000 ekor lembu setahun bakal dihasilkan oleh nfc. Kalau based on angka neh, kita dapati at least pada tahun 2010 mestilah 10,000 ribu - 12 ribu ekor lembu harus dihasilkan. Ini perlu kepada pada tahun 2015 nfc harus menghasilkan 60,000 ribu ekor lembu. 

Tapi nilai target itu telah berubah seiring dengan kegagalan nfc mencapai target. Dalam projek, apabila kita gagal capai target, si gagal akan dikeluarkan bagi mengatasi kegagalan tersebut. Si gagal tue boleh menjadi sesiapa sahaja / apa2 faktor pun. Dalam isu nfc, si gagal bukan sahaja bertahan di nfc, malahan target yang sepatutnya nfc capai pun berubah akibat kebangangang si pengurus projek. 

Nak saman aku? Tolong jangan. Sila saman nfc. Dorang yang keluarkan artikel itu beb, bukan aku. Ini bermaksud, sasaran terpaksa direndahkan kerana nfc tidak boleh mencapai sasaran. Tapi si salleh siap bangga lagi bila dia berjaya hasil 8,016 ekor lembu. Pelik.

4. Si salleh dan tv3 tak habis2 mencanangkan pkr sebagai asbab kepada salah faham dalam projek nfc. Yang sebenarnya salleh dan tv3 memang mangkok ayon. Bukan pkr punca kepada salah faham dan kecuriositian rakyat dalam isu neh.  

Rakyat sendiri memang minat nak ikuti isu neh sejak mendapati shahrizat linking dengan projek lembu. Itu berlaku sebelum tahun 2008. Itu pasal menteri tue kalah dengan nurul izzah. Ini bukan pasal kekeliruan. Ini pasal, apa sebab shahrizat dapat projek walhal dia menteri ketika itu? Dan apa sebab dia masih jadi menteri walaupun kalah tergolek dengan nurul izzah?

Dan tiada salah faham pun dalam projek neh. Rakyat memahami fakta dan kes isu nfc dengan jelas. Tepat lagi terang. Yang tidak faham dan sedang terkeliru sekarang neh ialah tv3 dan salleh.  

Salah faham Salleh dan tv3 terhadap rakyat ialah ;

1.1 Pkr punca rakyat memandang berat isu nfc.

Penjelasan : Shahrizat punca rakyat memandang berat isu nfc.

2.1 Pkr punca rakyat salah faham terhadap projek nfc.

Penjelasan : Pkr cuma memberitahu kepada rakyat bahawa = Nfc gagal capai target, penglibatan shahrizat dan family, kegagalan kerajaan menjelaskan dengan yakin bahawa nfc di uruskan dengan baik. 

Contoh kes ;

Lambert [pengendali utama ketika itu] cabut lari, kerajaan tidak boleh dakwa lambert sebab tiada perjanjian. Rakyat pelik. Bagaimana dana dimasukkan, mou di sign, di umumkan di paper, selepas itu bila lambert cabut lari, kerajaan [tipiem yang sign, tipiem yang confess tak boleh dakwa] tak boleh dakwa lambert sebab langgar perjanjian? Bagaimana rakyat nak yakin nfc diuruskan dengan telus? 

kos pembinaan fasilitis + saliran air + jalanraya + lampu = meningkat berganda2 dari kos asal. Alasan pada ketika itu ialah kenaikan harga minyak. Tapi tiada data / bukti / dokumen bagi membenarkan perkara tersebut. Kita faham peningkatan harga kos operasi [pembinaan] memang berlaku. 

Tetapi yang kita tak faham ialah kenapa peningkatan neh hanya di sokong melalui cakap mulut? At least bagi lah bukti bhai. Lue sakit pun minta mc. Bukti maa nak tunjuk pada bos. So, ini duit rakyat. Kalau betul kos operasi meningkat, bukti kasi tunjuklah. Kita faham. Tapi kita nak faham dengan bukti. Simple.

3.1 Rakyat salah faham pasal pembelian kondo. Sebenarnya bukan 1 tapi dua kondo dibeli untuk pelaburan dengan nilai rm13.7 juta. Ini sebab kalau duit di simpan di bank, kadar faedah rendah, so lebih baik nfc labur sementara tunggu fasilitis lengkap.

Penjelasan : Good. Rupanya 2 kondo. Thanks sebab bagitau. Kata salleh, duit itu berada di acc bank khas yang dikawal oleh kerajaan. So sepatutnya faedah kat bank tue, kerajaan yang dapat. Kenapa pula nfc nak dengki bagai keluarkan duit itu untuk beli kondo?

Elok2 kerajaan boleh dapat faedah, tapi bila bagi kat nfc, satu hapa kerajaan tak boleh dapat. Lepas tue dari sibuk2 bagi nfc pinjam, lebih baik kerajaan completekan dulu apa2 yang tak lengkap dalam isu fasilitis perternakkan lembu. Kan lebih bagos?

Dan lebih sadis, selepas 3 tahun, nfc masih tidak membayar sedikitpun pinjaman yang diperolehi sedangkan mereka kata mereka untung banyak dalam pelaburan kondo. So apa lagi? Bayar larh bhai. Untuk rekod, nfc sendiri kata bahawa mereka perlu bayar balik selepas 3 tahun beroperasi. 

4.1 PM dan TPM tidak terlibat dalam pembohongan nfc.

Penjelasan : Terlibat. Sebab TPM dan PM ialah pemimpin malaysia. Apabila pemimpin malaysia buat derk je dengan penglibatan shahrizat dalam projek neh dan tidak ambil peduli kerugian yang terjadi akibat kecuaian operasi maka persepsi rakyat akan mengatakan PM dan TPM memang terlibat. Cara mana mereka terlibat itu aku tak boleh hurai. Tapi apabila bersubahat dalam menyorok/menutup kejahatan walaupun tak buat jahat itu tetap dipanggil terlibat.

5.1 Rakyat salah faham harga lembu nfc mahal.

Penjelasan : Rakyat tidak salah faham. Harga lembu nfc memang mahal. Mahal sebab apa itu bukan isu. Isu sekarang harga lembu nfc mahal sedangkan aim projek neh ialah untuk membantu penternak + pembeli lembu. Dan matlamat asal nfc dah lari. 

Yang dia beria2 jual lembu dengan harga mahal buat apa? Apa salahnya dia hasilkan lembu kualiti dengan harga yang mampu milik? Bukan tak boleh untung dan cari kaedah win2 situation pun. Sudahlah. Nak berlakon je pandai. Asal mao mesti boleh. Lagipun itulah matlamat asalnya. Matlamat lari, sasaran lari, semua pun lari selepas tue bila orang persoalkan alih2 dia nak saman pula? Hek eley. Kenapa nak ugut rakyat? 

Lepas tue kebanyakkan product dia salur kat geng2 dia. Kat restoran mewah dia. Jadi rakyat dapat apa? Dulu dia kata product dia untuk rakyat marhaen. Akan masuk pasar basah. Tapi aku haram tahu product gemasgold tue wujud. Maknanya product2 tue terhad pemasaran dia dan mungkin lebih banyak dipasarkan untuk restoran2 mewah dan akhirnya rakyat macam kita tak merasa hapa pun.

6.1 NFC bagi discount pada semua pembeli berdaftar di bawah nfc, bukan rfc je dapat discount. Rakyat dah salah faham neh.

Penjelasan : rfc = shahrizat punya. RFC dapat discount rm2.9juta. Adakah semua pembeli nfc [70 pembeli yang berdaftar] mendapat nilai discount yang sama? Atau, hanya geng2 shahrizat jek yang dapat? Dan kenapa tak bagitau di tv3 bahawa nfc ka, rfc ka, meatwork ka apa kata semua linking dengan salleh + anak2 shahrizat?

7.1 Ladang NFC di gemas tiada lembu. Ini fitnah dan tohmahan.

Penjelasan : Sapa pula cakap ladang nfc takde lembu? Orang cuma nak tengok ladang nfc di gemas. Tetapi kakitangan nfc tak bagi masuk. Itulah yang pembangkang bagitau. Selepas beberapa hari berlalu [mungkin dah di edit, dikemaskini, diperbaiki] baru depa cabar suruh kita lawat sendiri. Adakah lawatan mengejut sama seperti lawatan yang di undang?

8.1 NFC hanya memperolehi rm181juta bukan 250juta. Dan rm250juta ialah pinjaman bukan nya geran. Fitnah dari pkr untuk mencetuskan kekeliruan fakta di kalangan rakyat.

Penjelasan : Semua pun faham bahawa rm250juta ialah pinjaman. Baca lah berita pro pembangkang betul2. Kita kata rm250j pinjaman + 6j = geran so total = rm256juta. Dan bagi membuktikan bahawa hanya rm181juta jek yang nfc dah amek, layaklah nfc bagi dokumen untuk membenarkan perkara neh. Ingat, pkr bagi dokumen SSM. NFC bagi cakap mulut. Antara mulut dengan dokumen, mana satu orang percaya? 

9.1 NFC layak mendapat tender neh. Kata2 pembangkang bahawa nfc tidak layak adalah berupa satu tohmahan yang busuk ahti dan orang yang berpenyakit.

Penjelasan : Rasanya ko belum cukup faham kenapa ko dibalon atas isu nfc. Rugi satu hal. Ko mengalihkan [menukar] matlamat asal projek neh pun satu hal. Ko dapat pinjaman mudah pun satu hal. Tapi hal yang paling besar sekali ialah shahrizat tue menteri. Ko faham tak? Aku malas nak ulang2. Ko baca jek sini salleh. Please.


10.1 NFC tidak mendapat pinjaman dan tanah dengan mudah. Sebaliknya ia melalui proses tender yang telus.

Penjelasan : Ya. Itu pasal aku bagitau ko. Seme neh berlaku sebab shahrizat tue bini ko. Bila shahrizat yang menteri + senator + ketua wanita umno tue jadi bini ko, maka apa2 tender kerajaan yang ko dapat akan jadi pertikaian. Kalau ko rasa ko layak, ko buatlah bisnes sendiri. Tak payah grab projek kerajaan. Buktikan kemampuan ko berdiri tanpa mendapat tender dari kerajaan. Masa tue ramai larh yang akan respect ko. Tak pun ko suruh lah shahrizat tue nyah dari jawatan dia. Dan satu family ko harus disiasat bagi membuktikan yang korang benar2 bersih dalam mendapatkan tender neh.


Sebelum memamposkan hujah2 mereka di tv3, mereka sempat warning bahawa segala isu berbangkit berkaitan nfc akan boleh berdepan dengan tindakan saman. Saman? Ko nak saman rakyat yang persoalkan projek neh? Peguam nfc nak saman rakyat? Wehhh..? Kenapa? Saham ko jatuh ka? Orang boikot taknak makan di restoran ko ka? Sebab tue ko masuk tv3 dan bercerita bagai ka?


NFC, kita hidup selama-lamanya. Lepas hidup di dunia. Sambung di kubur plak. Lepas tue sambung di akhirat. Lepas tue sambung di syurga or neraka. Aku harap ko boleh pertimbangkan kenyataan ugutan berhubung isu saman tue dalam2. Hopefully ko fikir sikit, rakyat bukan tahu seme perkara. Tapi Allah swt tahu. 


Nota : Salleh, ko masih ada ruang untuk membetulkan segala kesilapan neh. Ingat, orang yang buat salah, berubah adalah lebih baik dari orang yang tahu dia buat salah tetapi mempertahankan kesalahan dia.

Ameno : Lembu marah dengan nfc. Siyes. Lembu tak buat dosa, tak mencuri, menyeleweng, pecah amanah dan sebagainya. Menyamakan nfc dengan lembu adalah perbuatan yang sangat keji.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...