Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 29 November 2011

Isu seks bebas : Siapa yang kantoi neh? - [Video Inside]

Sapa tengok tv3 semalam? Peh.. mesti ramai yang tengok kan? Sebab rata2 ramai yang complaint persidangan umno kat wall fb memasing2. Sebenarnya, isu sekarang bukan nak citer pasal persidangan umno. Aku pun tak tengok citer tue semalam pasal tengah layan drama korea kat channel 393. Heh.

Isu sekarang nak citer pasal laporan yang disiarkan oleh buletin utama. Antara sedikit petikan laporan dari buletin utama semalam ;



TV3 sebenarnya bagitau lebih dari neh. Ini sedikit je petikan yang milosuam rakam. Walhal semalam tv3 ada bagitau secara jelas bahawa ada perhimpunan yang sokong seks bebas sokong usul bantahan yang dibawakan oleh majlis peguam. [Selain penyokong bersih].

Malahan MP Kinabatangan pun secara jelas cuba mencipta persepsi bahawa pembangkang menyokong seks bebas menerusi berita tv3. Konon nya begini lah cerita yang tv3 buat semalam ;

1. Kumpulan LBGT = sokong seks bebas [konon-nya] = sokong usul bantahan akta perhimpunan aman = sokong pembangkang.

2. Petikan ucapan MP Kinabatangan pula di ambil pada bahagian yang bercakap pasal bantahan bill perhimpunan aman, yang juga sedang persoalkan kumpulan yang menyokong seks bebas di luar parlimen [ketika itu] dan mengaitkan ia dengan pembangkang [dalam nada menyoal].

Lepas tue apa? Ada tv3 siar penjelasan dari pihak pembangkang ka? Majlis peguam ka? Mana ada. Jadi sudah tentu timbul persepsi bahawa ;

Pembangkang = bantah akta perhimpunan aman = sokong seks bebas.

Untuk rekod anda, memang lah nama dia Akta Perhimpunan Aman tapi ia isi kandungan nya ialah akta kukubesi. Kulit lain, isi lain. Kalau ia adalah satu akta yang benar2 untuk mewujudkan perhimpunan yang aman, kita juga suka. Tapi setelah diperhalusi kita dapati akta neh ialah akta yang menyekat hak2 kebebasan berhimpun sebagaimana yang terdapat dalam perlembagaan yang mengamalkan sistem demokrasi.

Yang sebenarnya pun andai lah benar LGBT neh nak sangat seks bebas aku pun marah. Andai dorang menyemak berhimpun sekali semalam pun aku rasa memang dorang tue bengap. Bukan apa, dengan pelbagai berita2 negatif plus fitnah yang melingkari perjuangan sia2 mereka tue, lagi berani nak muncul dalam tv siap berdemo? Bodoh ke apa? Tapi beb, korang perhatikan muka budak2 kat bawah neh ;


Ada nampak tak macam gay? Gay yang aku kenal cukup smart jaga penampilan beb. Bukan aku nak kutuk2 lelaki ka apa. Tapi siyes. Gay memang jenis ada standard. Depa jaga penampilan depa. Ini gaya macam sohai langsung takde imej, gay apa mendernya? 

Jelas kat sini depa sedang berlakon. Lagipun mana ada orang2 dari SM mempromosikan budaya seks bebas. Dorang cuma minta di iktirafkan je. Bukan minta diakui budaya seks bebas. Nampak sangat larh weh.. benda neh provokasi.

Semalam juga diberitahu oleh orang2 yang menghadiri perhimpunan tersebut bahawa terdapat orang2 yang membakar baju kuning. Mereka buka dan bakar baju kuning terbabit. Itu di buat selepas berdemo beb.

Situasi dia begini beb ;

1. Sekumpulan orang pakai baju kuning.

2. Sokong bersih + sokong seks bebas [pasal banner tulis seks bebas beb]

3. Then buka baju.

4. Then bakar.

5. Then tv3 siar pasal sekumpulan baju kuning [bersih] yang berdemo sokong seks bebas + petikan ucapan mp kinabatangan.

Yang bab buka baju dan bakar tv3 tak siar. Bukan nak tuduh. Tapi kemon lah tv3. Jadi berita jangan bias. Kalau ko berani siar pasal orang berdemo bagai, ko kena berani siar pasal buka baju dan bakar juga. Akhirnya biarlah penonton buat analisa sendiri. 

Benda takde bukti. Aku pun tak berani nak tuduh2 neh kerja tv3 ka umno ka apa ka. Sebab provokasi neh sesiapa sahaja boleh buat dan terlibat. Tapi hakikatnya, provokasi seperti neh lebih memihak kepada kerajaan bilamana tv3 siarkan berita yang separuh2. Jadi, bila orang sangka bahawa umno = pecetus provokasi, tv3 tak boleh nak salahkan persepsi rakyat sebab tv3 sendiri yang salah bila memilih untuk tidak melaporkan fakta kes dengan lengkap. Faham?


Untuk rekod, aku rasa pelik kenapa dorang tak sorok2 bakar baju ka, masukkan dalam plastik ka apa ka. Napa saja nak biarkan diri agar dilihat orang? Ini satu kepelikkan bagi aku yang suka berfikir dalam2. Adakah sengaja biarkan diri dikantoi kemudian tuduh pr sebagai pecetus provokasi? Allah swt lebih tahu semua tue beb.

Sila perhatikan pula sesi temubual yang milosuam buat semalam.


Kita manusia neh tidak tahu. Tetapi Allah swt maha mengetahui. Hentikanlah politik kotor kepada sesiapa saja yang terlibat. 

Sumber video : Milosuam.

Ameno : Sadis..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...