Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 9 November 2011

Bukti Shahrizat balon duit rakyat dalam projek lembu NFC!

Pendedahan lanjut dalam projek lembu shahrizat. 

Lihat dokumen bawah neh terlebih dahulu ;




Perhatikan petikan printscreen di atas.

1. Projek nasional neh di bawah rancangan rmk-9. Diluluskan pada tahun 2008. Tapi dorang dah setup company2 yang akan terlibat dengan projek neh dari awal lagi. NFC di setup pada tahun 2006. Ikut dari info kita [laporan akhbar / jabatan audit] MOU antara menteri asas tani dengan 6 syarikat pengendali ladang ternak lembu bermula pada tahun 2008. Dan selepas MOU itu barulah NFC ditubuhkan. Ini apa pasal NFC ada dulu sebelum MOU tersebut masuk paper?

2. Jelas ini ialah satu penyelewengan dana / wang kerajaan yang terancang dan berniat. 

3. Selepas itu NFC food yang tugasnya menjual daging lembu bertukar nama pada tahun 2008. Makna nya  sebelum neh dorang memang dah beroperasi. Ikut dari apa yang aku fahamkan ialah ;

- NFC memang dah wujud lama.

- MOU 6 syarikat + menteri asas tani ialah propaganda. Yang sebenarnya masing2 dah tahu NFC memang dah wujud. Dorang kelentong cakap NFC wujud pada tahun 2008 hasil MOU dengan 6 syarikat yang terlibat. Sudahnya syarikat pengendali utama lari. Maybe dia dah tahu rahsia tertentu.

- NFC kemudian nya diberikan tanggungjawab + dana + projek oleh kerajaan.

Kita tutup pasal neh. Apa yang penting kita tahu 3 perkara baru. 

Lihat bawah neh pula ;






Kat atas neh ialah pemilik dan pengarah syarikat yang terlibat dalam pengedaran daging sejuk-beku lembu / rangkaian restoran mewah milik family shahrizat. National meat tue dipercayai syarikat yang dimiliki oleh shahrizat 100%.

Wahhh.. kerajaan tahu ek shahrizat anak beranak yang kendalikan syarikat NFC neh. Tapi apsal kerajaan buat bodoh jek? Ingatkan shahrizat ada guna taktik2 tertentu untuk tipu kerajaan rupanya takde. Kaaa.. ada pakatan bersama? Lue fikirlah sendiri.

Fakta kes ;

Keseluruhan RM250 juta pinjaman yang menggunakan wang rakyat sebenarnya telah disalurkan sepenuhnya ke dalam akaun NFC menjelang 31 Mac 2009.

Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama (first loan drawdown) sejumlah RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008.
Pada 31 Mac 2009, NFC membuat drawdown kedua berjumlah RM120 juta yang dimasukkan terus ke akaun Maybank milik NFC.
Pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan wang dari pinjaman ini berjumlah RM116 juta ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.
Penyata kewangan NFC yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan badan-badan lain menunjukkan NFC mendapat keuntungan faedah dari simpanan deposit tetap berjumlah RM666,952.96 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 (penyata kewangan terkini yang diaudit dan difailkan).
Jumlah keuntungan faedah dari simpanan deposit sebesar ini hanyalah mungkin sekiranya NFC mempunyai simpanan tetap ratusan juta ringgit.
Malah, keuntungan faedah dari simpanan deposit berjumlah RM666,952.66 bersamaan 23% daripada perolehan hasil penjualan lembu, seolah-olah NFC adalah sebuat syarikat pelaburan kewangan dan bukannya operator ladang ternakan lembu.
Status pinjaman RM250 juta yang telah diberikan sepenuhnya kepada NFC ini disahkan oleh carian rasmi di SSM (sila lihat gambar di bawah) yang menunjukkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, Hutang Jangka Panjang (Non-current liabilities) NFC berjumlah RM256,082,518 yang terdiri dari: 
PINJAMAN DARI KERAJAAN                RM 250,000,000
GERAN KERAJAAN                             RM     6,082,518 
Pendedahan ini membuktikan bahawa Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah berbohong kepada Dewan Rakyat dan seluruh negara dalam usaha mereka melindungi Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan keluarga beliau.


Pendedahan neh hasil siasatan oleh rafizi ramli pengarah strategi PKR. Pendedahan neh panjang. Akan bersambung di artikel seterusnya. Sila sebarkan. 
Kita akan lawan shahrizat habis2an. Mana boleh guna dana kerajaan [wang rakyat] untuk bina kekayaan. Waklue larh shahrizat. Bikin gua panas beb.
Ameno : Kenapa bn masih bela shahrizat neh hah?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...