Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 27 Oktober 2011

Tidak turun 9julai satu tindakan strategik - Ibrahim Ali

Kelakar gile. 

Akhirnya Ibrahim Ali dah buktikan dia ialah seorang pengacau dan pencetus provokasi dalam isu bersih 2.0. 

Tengok bawah apa dia cakap pasal 9 julai ;

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali hari ini menjelaskan bahawa keputusannya supaya pertubuhan itu tidak turut berdemonstrasi dalam perhimpunan 9 Julai merupakan satu tindakan strategik.

Katanya, beliau tidak seharusnya mendedahkan kesemua perkara tersebut dalam situasi "perang" pada waktu itu.

"Ada yang boleh beritahu ada yang tidak boleh beritahu. Takkan saya nak cerita semua. Strategi perang takkan saya nak cerita semua," katanya dalam ucapan penggulungannya di persidangan agung PERKASA.

"Kita buat laporan polis sebagai senjata perang saraf. Kalau (BERSIH) nak buat (perhimpunan), kita buat (perhimpunan juga).


"Sebab itu mereka tak dapat permit, kita pun tak ada permit,"
Tambahnya, beliau bagaimanapun memutuskan supaya tidak menyertai perhimpunan berkenaan setelah melihat satu titah daripada Istana berhubung perhimpunan 9 Julai.

"Bukan kita takut. Orang yang kata saya takut, dia jel sehari pun tak masuk lagi.
"(Perhimpunan) boleh timbul kucar-kacir, huru-hara. Kita tengok apa yang berlaku di London.



"Rakyat semua ada ijazah tapi masih bakar bangunan, bakar kereta,"


Ibrahim turut menyatakan kekesalannya kerana Perhimpunan Sejuta Umat pada Sabut lalu turut gagal meraih jumlah peserta yang disasarkan.

"Kata sejuta umat, tapi sampai jam 4 petang tak sampai 10,000 orang. Malunya kita," katanya lagi.


KAH KAH KAH

Tindakan strategik? 

KAH KAH KAH

Tak turun berhimpun sebab titah sultan?

KAH KAH KAH

Strategi perang kepala hotak kau. Ko ingat pembersih [pendemo bersih] nak berperang ka apa dengan lue?

Bukan kah dia sendiri yang mengaku dia sms semua ahli2 perkasa bahawa perhimpunan di batalkan pada hari tue? Dia bagitau gak yang bas2 yang memuatkan ahli2 perkasa di halang daripada memasuki kl. Malahan dia siap hantar mata2 dia untuk memantau pergerakkan bersih pada hari tersebut. Jadi, apa benda plak yang dia melalut kat atas neh? 

Aku ingat kisah dia. Dia cakap pada awalnya bas2 dihalang memasuki kl, selepas dia dapat info dari informer dia yang menyamar sebagai peserta bersih, dia terus sms kepada ahli2 perkasa bahawa perhimpunan di batalkan. Dalam erti kata lain, bukan pasal titah sultan, bukan pasal tindakan strategik tapi pasal dia malu takde orang turun support dia. Kan?

KAH KAH KAH

Ibrahim ali mudah lupa? Adoihaiii.. hari tue cakap lain. Hari neh cakap lain. Dia punya belit memang berbelit2 beb.

Lagi satu baca bawah neh. Yang neh lagi kelakar.

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali memberi amaran bahawa anggota pertubuhan itu tidak akan memberi sokongan kepada wakil rakyat tertentu yang dianggap sering membuat kenyataan mengguris perasaan golongan Melayu.
Katanya, PERKASA boleh berbuat demikian dengan mudah melalui kiriman SMS kepada ahlinya yang memberi arahan untuk tidak mengundi calon tertentu.
Ditanya, beliau berkata wakil rakyat yang diperhatikan itu bukan sahaja dari kalangan Pakatan Rakyat.
"Jadi pihak yang mahu sokongan PERKASA itu hendaklah dapat mendekati kita,"
Ibrahim juga yakin PERKASA akan berjaya menjadi kuasa penentu dalam pilihan raya akan datang apabila keanggotaan pertubuhan itu dijangka mencecah 500,000 orang.
"Nanti lepas pilihan raya baru dia tahu, bila kalah 600 undi sebab orang PERKASA tidak undi.
Ahli perkasa mencecah hampir = 500,000.00 ribu orang.

Jumlah perhimpunan himpun = kurang dari 10,000 ribu orang.

Ahli perkasa = melayu = islam.

Jadi disini boleh larh utusan menyalahkan perkasa atas faktor kegagalan himpun. Sekurang2nya perkasa mesti ada ahli yang melebihi 100 - 300 k sekarang. So apsal depa tak join himpun? Pasal pe utusan dan mashitah nak salahkan pas dalam hal neh? Bengong. Kata ada ramai ahli. So buktikanlah. Ahli2 pas dan pkr memang kurang. Sebab setiap hari depa masuk umno. Tak caya tanya arh utusan.

kah kah kah

Ameno : Katak lagi pandai belit dari ular rupanya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...