Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 27 Oktober 2011

Nah, roti 1malaysia untuk anda.

kah kah kah

Aku kelakar gila baca benda neh. Apa menda pun nak letak 1malaysia. Sengal dowh. Sengal. Nak bagi bantuan bagi je larh. Tak yah ar mengarut sampai letak nama 1malaysia. Membodek je 24jam.

kah kah kah

Rumah anak yatim dan rumah orang tua serta tuna wisma (orang tak berumah) terpilih di sekitar Lembah Klang akan menerima roti percuma setiap hari mulai hari ini menerusi program kebajikan 'Roti 1Malaysia'.

mahathir bakery the loaf langkawi 070207 breadPengerusi Roti 1Malaysia Datuk Anne Eu berkata pada dasarnya, BreadStory Group bersetuju menyediakan roti di bawah program tersebut menerusi penyertaan cawangannya.

Beliau berharap program di bawah naungan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Heng Seai Kie boleh dipertingkat melalui penyertaan bakeri lain serta hotel.

Sementara itu, Heng berkata program kebajikan berkenaan bertujuan membantu serta menyokong golongan kurang bernasib baik di Malaysia.

"Kita ingin berkongsi hasrat membantu serta menaik taraf mereka yang kurang bernasib baik untuk menjadi sebahagian daripada visi 1Malaysia, yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

NONEIni merupakan satu cara wajar bagi mengelakkan pembaziran, dan pada masa sama, membantu mereka yang kurang bernasib baik," katanya ketika melancarkan program itu hari ini.

Heng berkata pelbagai persatuan belia serta sektor korporat akan terlibat mengedarkan roti berkenaan, dan sukarelawan dipelawa mengambil bahagian dalam program itu.

"Selain menerima sijil kerana menjayakan projek 1Malaysia ini, sukarelawan juga akan berasa bertanggungjawab dan menjadi sebahagian daripada usaha pembangunan bangsa," katanya.

- Bernama


Whorr... mengelakkan pembaziran. Okey gak tue. Roti2 yang tak laku daripada dibiarkan rosak elok gak edarkan kepada mereka2 yang memerlukan. Cuma perlu ke letak nama 1malaysia tue? Aku rasa orang dah bosan dengan jenama 1malaysia neh. 

Nanti kalau najib bukan pm, takan jenama 1malaysia masih wujud? Btw.. agak2 korang ada tak nanti depa cop plastik roti kepada roti 1malaysia? Kalau ada itu bermaksud ada orang dapat untung whor.. mengalakkan industri sticker / cop 1malaysia.

kah kah kah

Ameno : Apa pun nak 1malaysia..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...