Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 11 Oktober 2011

Kenapa kita kena tolak subsidi.

Rakyat malaysia, kita semua kena tolak subsidi. Kenapa kita kena tolak subsidi? Apa yang best sangat subsidi neh? Kenapa mesti ada subsidi? Apa itu subsidi?

Subsidi ialah istilah yang kerajaan cadangkan dan canangkan kepada kita.  

Maksudnya disini ialah ;

Bagi kerajaan apabila mereka menghulurkan hak rakyat, ia adalah bukti bahawa kerajaan sedang buat kerja. Bagi memberikan pemahaman kepada rakyat bahawa kerajaan sedang buat kerja, maka istilah subsidi dicadangkan. Apabila rakyat ditarbiah dengan perkataan subsidi secara automatiknya rakyat akan ditampal dengan rasa prihatin dan kasih kepada kerajaan. Bagi mereka, tanpa kerajaan bn maka tiada lah subsidi walaupun secara fakta subsidi ialah hak milik rakyat samada kerajaan buat kerja ataupun tidak buat kerja.

Sebab itu cadang dan canang istilah subsidi neh diperluaskan oleh kerajaan agar rakyat tidak berpaling dengan mengundi yang lain. Walaupun seteruk mana mereka menyeleweng, sejahat mana mereka merompak wang rakyat, andai dijaja isu subsidi maka rakyat sedikit sebanyak akan mengenangkan jasa BN.

Kita harus membetulkan balik maksud sebenar subsidi disini. Selagi mana istilah subsidi tidak dibetulkan selagi itulah kerajaan akan mengambil kesempatan terhadap rakyat dengan istilah tersebut.

Apa yang best sangat subsidi neh?

1. Subsidi ialah hak. Hak neh selayaknya diberikan kepada pihak yang berhak. Adakah semua rakyat malaysia berhak menerima hak masing2? Ya. Semua rakyat malaysia dan bukan rakyat malaysia berhak menerima hak masing2 berdasarkan kepada perlembagaan negara.

2. Contoh kes ;

Subsidi petrol. 

Petrol ialah kegunaan orang yang memiliki kenderaan. Andai kata subsidi petrol yang diperuntukkan oleh kerajaan hanya untuk orang2 miskin dan mestilah berwarganegara malaysia, maka itulah yang harus dilaksanakan oleh kerajaan.

Dengan mengagihkan subsidi kepada golongan yang berhak dan layak, kerajaan boleh menggunakan wang selebihnya untuk perkara2 yang lain. Contohnya ;

meningkatkan fasiliti dan gaji kakitangan hospital kerajaan agar setanding dengan perubatan swasta. Kita tidak mahu lagi wujud orang2 begini ;

- rakyat terpaksa berusaha keras untuk menjadi kaya raya atas tuntutan hidup. Mereka mahukan perubatan yang baik, mereka mahukan pendidikan yang baik, mereka mahukan rumah yang baik, mereka mahukan kualiti hidup yang baik tetapi semua itu memerlukan kos yang sangat tinggi, disebabkan itu dikalangan mereka ada yang berusaha menggunakan apa sahaja cara untuk mencapai matlamat. Seolah2 matlamat mereka adalah hidup demi duit. Dan mengabaikan aspek2 yang lebih penting seperti kerohanian, agama, dan pergaulan sosial.

- rakyat yang miskin pula terpaksa merayu2 mengharapkan bantuan dan simpati. Walaupun mereka sedar mereka memerlukan bantuan tetapi mereka juga ada perasaan malu. Ada yang gagal dapatkan bantuan sehingga mati akibat tidak mampu merawat penyakit.

-  faktor gaji yang rendah di kalangan pekerja kerajaan menyebabkan pekerja2 di hospital kerajaan kurang berdaya saing. Mereka bukan sahaja kerap marah, tidak mesra pelanggan, malahan ada di sesetengah hospital, mereka tidak mematuhi piagam yang ditetapkan sehingga menyebabkan kematian, kecacatan, dan sebagainya. Andai lebihan subsidi digunakan untuk menaikkan gaji mereka agar selevel dengan beban kerja mereka, sudah tentu faktor kekurangan pegawai perubatan dapat di atasi sekaligus mengurangkan beban mereka.

Selain itu, sudah sampai masanya kerajaan menghulurkan lebihan subsidi kepada perkara2 yang lebih memerlukan perhatian. Antara cadangan ialah melantik badan bebas yang memantau operasi hospital kerajaan secara berkala dengan mengejut dan berlakon sebagai pesakit. Cara sama boleh digunapakai untuk semua agensi kerajaan bagi meningkatkan kecekapan pekerja kerajaan.

Sesetengah orang akan bertanya, kenapa subsidi untuk orang miskin je? Bagaimana dengan orang kaya? Apakah kami tidak membayar cukai? Kenapa hanya kami sahaja yang perlu memberi lagi dan lagi?

Ada banyak sebab kenapa subsidi hanya untuk golongan yang berhak. Orang yang berhak menerima subsidi, bukan sampai bila2 hanya akan menerima subsidi. Mereka juga perlu di ajar agar keluar dari kelompok penerima subsidi. Ini perlu dilakukan supaya mereka boleh berdikari dan subsidi disalurkan pula kepada golongan yang lain. Keadaan neh akan berterusan, sehinggalah tiada lagi rakyat malaysia yang layak menerima subsidi.

Penerima subsidi juga tidak boleh dibuat berdasarkan bangsa dan agama. Ia harus dibuat berdasarkan rakyat malaysia. Sesiapa yang miskin dan perlukan bantuan, maka dia seharusnya layak menerima tanpa kira bangsa dan anutan dia.

Andai kata penerima subsidi dikurangkan, sudah tentu kerajaan ada lebihan wang. Maka dari sini, golongan kaya akan menerima faedah. Sudah semestinya lebihan wang akan disalurkan kepada sektor pendidikan, pengangkutan, perubatan, jalanraya, harga kereta yang lebih rendah dan sebagainya. Untuk sektor2 seperti neh, tidak patut ada tingkat perbezaan di antara golongan kaya dan miskin. 

Jika kerajaan mampu sediakan sekolah satu sistem yang efisien, sudah tentu orang2 kaya akan menghantar anak2 mereka belajar di sekolah kerajaan. Yakni, mereka mampu lakukan penjimatan dari segi kos pendidikan untuk anak2. Dari sini, mereka dapat kembali merasa pembayaran wang cukai mereka. 

Jika kerajaan boleh hapuskan tol dan tingkatkan tahap keselamatan, sudah tentu ianya akan dirasai oleh semua golongan tanpa kira kaya dan miskin. Yakni, mereka dapat kurangkan kos perjalanan dan bayaran untuk menjaga keselamatan masing2. Dari sini, semua rakyat malaysia berhasil menikmati kembali cukai yang mereka bayar.  Sudah tentu orang2 kaya tidak akan merunggut lagi kenapa mereka perlu bayar lebih.

Jika kerajaan boleh wujudkan pasaran kos pendidikan yang berpatutan untuk semua rakyat malaysia, dengan kualiti pendidikan yang setara dengan tahap piawaian antarabangsa, sudah tentu orang2 kaya tidak akan salurkan wang ke luar negara bagi menghantar anak2 belajar di luar negara.  Yakni, mereka dapat lakukan penjimatan dari segi kos pendidikan lanjutan untuk anak2. 

Sebaliknya kita yang akan menarik pelajar luar masuk ke malaysia. Suasana seperti ini sudah tentu akan dirasai oleh golongan2 kaya dan sudah tentu mereka seronok kerana dapat merasai kembali hasil pembayaran wang cukai mereka. 

Jadi, tolak subsidi kita boleh maju?
Ya. Sudah tentu.

Tapi kenapa hanya subsidi yang membabitkan rakyat? Bagaimana pula dengan subsidi untuk kroni kerajaan?

Kita akan tolak semua bentuk subsidi. Bukan hanya rakyat sahaja perlu di educate untuk mengeluarkan diri dari kelompok subsidi, kerajaan pun sama. Kita tidak mahu lagi wang kerajaan digunakan untuk bailout MAS, PROTON dan lain2 GLC. 

Kita juga tidak mahu kerajaan wujudkan subsidi IPP untuk syarikat2 besar seperti YTL. Subsidi untuk rumah rasmi PM dan TPM pun tidak perlu. Sudah sampai masanya untuk kerajaan beli rumah rasmi sendiri, dan hanya gunakan api dan elektrik jika ada urusan rasmi yang mewajibkan penggunaan rumah terbabit.
6 perkara yang paling penting ;

pendidikan

pengangkutan

sara hidup yang berpatutan

keselamatan
kesihatan

rumah

Kita dapat tinggal dengan selesa, kita boleh membeli belah dengan selesa, kita boleh bergerak dengan selesa, kita boleh belajar dengan selesa, kita boleh mengubati penyakit dengan selesa, sambil hidup dengan tahap keselamatan yang selesa, lalu apa lagi yang kita inginkan dalam kehidupan neh? 

Kerajaan sekarang tak boleh bagi apa yang kita inginkan di atas. Subsidi hanyalah ubat untuk mengkhayalkan kita. Sampai bila kita kena hidup berasaskan subsidi? Kerajaan sepatutnya salurkan subsidi kepada golongan dan sektor yang memerlukan sambil mendidik masyarakat betapa peri pentingnya untuk keluar dari kehidupan bersubsidi.

Dalam waktu yang sama, kerajaan juga sepatutnya tidak menyalahgunakan istilah subsidi untuk kepentingan politik mereka. Subsidi ialah hak kepada mereka yang berhak. Subsidi itu sendiri ialah antara cabang kerja yang kerajaan kena laksanakan dengan telus. Bukan nya mengagihkan ia kepada golongan tertentu [kroni] dan menyasarkan kepada penyokong mereka sahaja. Suasana seperti ini menyebabkan rakyat malaysia berbalah sesama mereka.  

Yang layak mendapat subsidi, merunggut kerana tidak dibantu. Yang tidak layak pula, merunggut kepada orang lain dengki dia dapat, yang tidak dapat pula hairan kenapa mereka berbalah, sedangkan dia boleh hidup walaupun tanpa subsidi, meskipun dia agak marah kerana terlalu kerap memberi daripada menerima kembali wang cukai mereka dan begitulah seterusnya. Dan sampai bila2. Andai yang hak tidak menerima hak, yang tidak berhak, menerima hak dan yang tidak layak seringkali dipaksa mengeluarkan hak sehingga melebihi dari apa yang sepatutnya.

Memandangkan kerajaan sekarang gagal educate rakyat apa itu subsidi dan sering mencandukan kita dengan subsidi, maka kita kena cari jalan lain untuk ubah cara hidup dan pemikiran kita agar kita lebih maju ke depan berbanding negara2 lain. Kita kena sentiasa berfikir bahawa kitalah perintis dan bukannya pengikut.  

Untuk langkah pertama, kita kena ubah kerajaan sekarang. Kerajaan sekarang tidak pandai menguruskan malaysia dan malaysians. Kita kena berani mengubah andai kita mahu berubah. Kita tak pernah rugi apa andai menolak kerajaan corrupt. Tetapi kita akan rugi berterusan andai undi kerajaan yang rasuahkan subsidi semata2 demi undi.

Lagipun, ini baru isu penyelewengan wang subsidi. Kita belum ambilkira penyelewengan wang zakat lagi.  Jika kesemua neh di ambilkira, maka kita akan faham betapa teruknya kita di aniaya oleh kerajaan selama neh.

Sudah sampainya masa untuk kita menolak subsidi. Kita mampu berdikari dengan usaha dan kaki kita sendiri. Buktikan ia dengan menolak BN terlebih dahulu.

Ameno : Apa pun nak menipu lah kerajaan neh..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...