Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 10 September 2011

Kenapa kerajaan jaga kubur british andai tidak pernah dijajah? - Kubur polis melayu bukit kepong diabaikan.

Cakap benar susah cakap tak benar lagi susah. Hari2 rakyat terpaksa menipu sebab bn paksa rakyat percaya pada penipuan. Heh. Lihat bawah neh jap ;


Gambar 1 ialah gambar perkuburan tentera british di cheras. Perghhh baik punya jaga.

Gambar 2 ialah gambar kubur polis yang terkorban dalam peristiwa bukit kepong.

Bagi aku dalam peristiwa neh sepatutnya tiada sapa2 yang salah or sapa2 yang benar. Kesemua pihak memilih untuk bertindak apa yang mereka rasakan patut pada ketika itu. Sejarah yang ditulis umno memaksa rakyat mempercayai bahawa ada pihak yang benar dan ada pihak yang salah. Tetapi bagi aku sejarah yang ditulis oleh umno belum tentu menceritakan hal yang sebenar.

Sebab tue aku suka memilih tengah2. Jangan salahkan sesiapa. Tujuan sejarah itu sendiri ialah untuk mengingatkan manusia generasi akan datang tentang kisah yang pernah berlaku dulu, bukan untuk tuding jari itu ini seme salah.. di samping ambil iktibar, pengajaran dan ilmu darinya. Nampaknya umno tak faham maksud sejarah sebab tue dia melalut tulis sejarah dia hero yang lain seme penjahat. Heh.

Kalau korang perhatikan statement zainal kling di bawah neh ;


 


1. Di video dia cakap tanah melayu tak pernah dijajah. Lepas tue dia cakap tanah melayu kena jajah 2 tahun dengan british. Then dengan jepun. Then dengan komunis. So sekarang tanah melayu pernah kena jajah ke tidak?

2. Macam mana dia nak huraikan statement dia sendiri kat atas neh? [keratan printscreen]. Dia sendiri cakap penjajahan british.. apa dia tak faham ke apa yang dia tulis dan cakap sebelum neh?

3. Macam mana dia nak elobrate isu peristiwa melaka diserang portugis dan belanda andai tanah melayu tidak pernah dijajah?

4. Apakah kesemua negeri2 yang wujud sekarang dihuni orang pada zaman dahulu? Yelah.. kalau cuma ada beberapa negeri je yang wujud.. tak mustahil pula british cuma menjajah beberapa negeri yang wujud..macam mana boleh jajah negeri yang belum wujud pula ? Ataupun jajah negeri yang tiada penghuni atau kurang penghuni ?  

5. Adakah sejarah kewujudan [kelahiran] negeri2 di tanah melayu neh semua nya sama? Sehingga memungkinkan dorang dijajah dalam waktu yang sama? Ataupun adakah sejarah ketibaan tentera inggeris di tanah melayu adalah sama untuk seme negeri? Sehingga memungkinkan dorang terjajah pada waktu yang sama pula? 

6. Siapa datok bahaman? Maharajalela? Orang kaya empat? Siapa dorang tue seme? Dorang memberontak pasai pa? Andai benar british menaungi melayu pasai pa ada pemberontakkan dan penolakkan melayu terhadap inggeris?

7. Apakah perkataan menaungi yang terdapat di dalam perjanjian2 negeri2 tanah melayu dengan british tidak mempunyai maksud dan makna yang tersirat? Contohnya macam kerajaan sekarang bila naikkan harga barang dorang cakap merasionalisasikan subsidi.. sebagai ganti nama harga barang naik.. jadi apakah neh yang umno warisi daripada british? Heh.

8. Kalau british ialah sekadar penaung, kenapa habis seme sistem pentadbiran, keselamatan dan kewangan dia yang control? Dan salurkan hasil [pendapatan] tanah melayu kepada kerajaan britain sebelum dan selepas kedatangan komunis? 

Motif dia neh seolah2 cuba membersihkan nama british. Siapa british pada malaysia sehingga perlu buat statement macam neh untuk menampakkan british tue baik sangat? Kenapa nak sangat rakyat nampak dan lihat british tue sebagai baik? Supaya rakyat tak persoalkan hari kepolisan yang beratus tahun tue padahal malaysia cuma baru merdeka 55 tahun je ? Macam mana pula hari polis boleh jadi sambutan yang ke beratus2 tahun? 

Umno.. boleh jelaskan kenapa malaysia sebahagian daripada komanwel tak? Apa maksud dan motif komanwel itu sendiri? Umno, tolong baca sini. Hubungan malaysia dengan komanwel. Bukan rekaan pembangkang, okey. Heh.

Bagi aku, kesimpulan dia begini kot. Pemimpin taknak kita anggap british jahat. Menganggap british jahat bererti rakyat akan menganggap mereka jahat juga. Ini kerana mereka, pemimpin bn dulu dan sekarang masih taat setia kepada british dan mengamalkan sistem pentadbiran, kehakiman, kepolisan yang berasal dari british. 

Selain itu terdapat banyak bukti bahawa apa yang berlaku di atas british dan kerajaan zaman dulu especially umno ialah peralihan kuasa yang berdasarkan perjanjian yang menguntungkan british dengan umno sanggup mengorbankan jiwa2 nasionalisme yang berjuang secara mati2an mengikut perintah british. Dan umno juga sanggup membiarkan kematian orang2 islam yang mana menjadi dendam kepada pihak british. Tidak cukup dengan itu, gerakan islam juga diharamkan atas nasihat dan arahan british. Seme umno ikut atas nama kuasa dan pangkat.

Jika ini yang cuba ditutup oleh umno, maka mereka silap besar larh bahawa kejahatan mereka akan terkubur selamanya berdasarkan catitan sejarah palsu. Yang sebenarnya umno.. aku nak bagitau manusia memang boleh mati tetapi bukan Allah swt. Dan hak kebenaran itu sentiasa ada, cuma cepat ataupun lambat je untuk orang sedar hal itu.

Tengok aje kubur di atas sebagai bukti. Yang mana satu mendapat layan mesra kerajaan, british ataupun pejuang rakyat biasa melayu yang menjadi askar british?Yang berjuang bersama british pun tidak dihargai.. apatah lagi yang berjuang menentang penjajahan british.. lue fikirlah sendiri.

Sumber rujukan :  sini, sini, sini, dan sini.

Ameno : Tahun depan no merdeka larh yer?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...