Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 30 September 2011

Harga telur ayam semua gred naik serta merta.

Kah kah kah

Apa tah aku sibukkan sangat semalam satu hari, sampaikan aku terlalu lewat baca berita neh. 

Lihat bawah beb ; 




Yang neh aku tak pasti tv3 ada siar ke takde , sebab aku skip2 tengok berita semalam. Bowsaan. Buka2 je potpet pasal lim guan eng. Malas aku layan. Baik aku blah. 

Tapi yang aku pasti andai berita neh tercetak di dalam paper, berita neh mungkin bersize kecik di utusan dan media arus perdana yang lain sebab berita neh bukan berita bodek bn or kutuk pembangkang, kemenangan dalam sukan ataupun bencana alam. Hanya 4 berita neh je yang layak dapat front page di paper2 arus perdana di malaysia neh.

kah kah kah

Telur ayam sekarang, untuk kesemua gred naik 2 sen. Ia berkuatkuasa serta merta. Nanti dulu penyokong umno, nanti dulu. Sebelum korang cakap biar aku yang cakap dulu.

Harga telur ayam naik dua sen je der..  <-- tiap2 hari aku beli telur ayam sebijik je. So naik 2sen sebijik memang takde effect der. Hehehe..

Harga telur ayam lebih murah di malaysia berbanding di negara jiran der <-- Ye, ye aku setuju. Bandingkan nilai matawang, gaji, pendapatan perkapita, kos sara hidup, harga rumah, harga barang keperluan, cukai dan macam2 beban yang aku kena tanggung di malaysia neh.. aku setuju je lah dengan pendapat ko tue. Heheheh..

Makan banyak telur boleh kena penyakit der <-- Ye.. ye aku dah faham. Hehehhe..

Telur, satu makanan yang mak aku hampir setiap hari masak ketika aku kecik2 dulu sebab masa tue family aku susah sangat. Almaklumlah mak aku, ibu tunggal. Aku dapat makan telur dah rasa bersyukur sangat. Kalau tak maggie kosong je weh. Takpun sambal kosong. Hehehe..

Telur neh sebenarnya, bukan makanan orang kaya pun. Hehehe.. tapi korang nak naikkan telur atas alasan tak cukup bekalan. 

Barang kurang = permintaan belum tentu tinggi = tapi harga dinaikkan?

Andai permintaan tinggi = bekalan kurang = belum tentu kenaikkan harga dapat menyelesaikan masalah.

Menaikkan harga bukan boleh mengurangkan permintaan terhadap telur sebab telur neh lebih kurang macam barang keperluan. Ada banyak masakan yang memerlukan telur dalam resepi mereka. Kek, kuih muih, lauk pauk, nasi lemak, roti dan etc. Kenaikan 2 sen mungkin kecik bagi sebiji telur, tapi berbijik2 telur boleh menghasilkan pelbagai jenis roti dan makanan.

Dan banyak di antara makanan2 yang terhasil di mana majoritinya makanan2 murah, orang2 macam aku akan makan. Aku mungkinlah kot, mampu hidup, telur naik 2sen sebijik neh sekarang. Tapi macam mana yer kalau ada keluarga yang susah2 macam kehidupan aku masa kecik2 dulu.. yang mana dorang makan telur hari2 ? Lue fikirlah sendiri.

Nota : Masa kecoh isu telur tiruan, dorang cakap bekalan dalam negara SENTIASA mencukupi.

Ameno : telur ni makanan orang kaya ke?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...