Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 20 September 2011

Azizan mengaku beli kereta mewah

MB kedah dah jawab isu berhubung pembelian kereta mewah yang dihebohkan oleh blogger umno sebagai penyelewengan. Fack U. Diri sendiri pun tak betul tapi sibuk urusan orang lain. Moral pemimpin sendiri dibanding dengan lembu, lembu pun kalah whorrr.. lagi mao canang peribadi pemimpin pembangkang? 

Paling getik dengan blogger macam neh. Kalau berpeluang jumpa memang rasa nak ludah je.. tapi bukan ludah depan2, belakang2 je lar.. sebab confirm dorang seme besar2 kan.. muahahahah.. baca bawah beb, penjelasan dari MB kedah berhubung isu neh ;
Alor Setar - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui Kerajaan Negeri ada membeli sebuah kereta Mercedes Benz model S Class bernombor KCX 8 tetapi menafikan ia untuk kegunaannya sendiri.

“Betul kita ada beli tetapi kereta itu lebih untuk kegunaan tetamu kenamaan yang datang ke negeri ini, bukan untuk saya sendiri guna.Saya sendiri lebih suka guna kereta lama KBV 8 yang dibeli oleh kerajaan dahulu. Walaupun kereta itu selalu rosak malah pernah breakdown di Kuala Lumpur tetapi setakat ini, saya masih gunakan yang itu,” katanya.

Mengenai kereta KCX 8, Azizan berkata, kereta itu pernah digunakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kunjungannya ke Kedah selain Tengku Mahkota Johor sewaktu mengikuti latihan penerjunan di Kuala Nerang selama seminggu, tidak lama dulu.

“Kita beli sebab ada keperluan. Hanya sebuah kereta dibeli untuk dijadikan kereta rasmi Menteri Besar yang turut digunakan oleh kenamaan yang datang ke Kedah,” katanya.

Azizan turut menyangkal dakwaan kononnya beliau cuba menyembunyikan kereta KCX 8, sebaliknya berkata, kereta itu jarang digunakan kerana tujuan asal adalah sebagai kereta rasmi tambahan untuk kenamaan.

Menurutnya, sepanjang tahun ini, hanya sebuah kereta dibeli untuk kegunaan Menteri Besar, manakala sebanyak lima kereta Toyota Camry dan empat kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner dibeli pada 2010 bagi menggantikan kereta Exco dan pegawai kanan yang sering rosak.

“Takkan pula kereta yang sering rosak masih nak digunakan, sampai masa, tetap perlu digantikan, termasuklah kereta saya, sebab yang sedia ada selalu rosak, tak salah beli sebagai persediaan apabila kereta itu rosak,” katanya.

Menurutnya, beliau juga lebih gemar berulang alik untuk urusan rasmi di Kuala Lumpur dengan kereta berbanding kapal terbang, dan adalah wajar untuk memiliki dua kereta rasmi supaya urusannya tidak terjejas.

“Perjalanan dengan kereta lebih jimat berbanding tambang kapal terbang. Itu yang saya usahakan selain mudah untuk bergerak di sana. Dengan kapal terbang pun ada ketika jadual tertangguh. Sebagai ketua kerajaan, saya tak boleh ikut macam itu kerana ia melibatkan urusan negeri, jadi saya lebih suka guna kereta kerana ia mudah untuk kita buat perancangan,” katanya.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman ketika dihubungi, mengesahkan kereta Mercedes Benz KCX 8 dibeli Kerajaan Negeri.

“KCX 8 didaftarkan pada 20 Jun 2011, manakala KBV 8 didaftar 5 April 2006. Kedua-dua kenderaan itu didaftar bawah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah,”
katanya. -SH-

Laaa.. mahathir pun pernah naik kereta neh? Awat blogger umno takmo lapor ka apa? BODOHPIANG. Bagi aku kalau betul kereta tue untuk kegunaan rasmi terpaksa lah beli kan. Kang asyik nak sewa kenderaan plak payah. So better beli. 

Cuma macam biasa.. asal beli je mesti kereta import. Kereta nasional neh memang cikai takde kualiti kan? Sebab tue seme pemimpin baik pembangkang ataupun kerajaan layan import je. Bab2 nasional tue campak ke kita je lew.. muahahahah..

Ameno : blogger umno pun layan kereta import.. walhal beria2 bela proton muahahah...

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...