Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 2 September 2011

Azizan akan digugurkan sebagai MB, lapor The Star - Updated!

OTAK SENGET!!!

Baca bawah ;


Kepimpinan PAS sedang mengatur langkah bagi menggantikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dikatakan tidak sihat akibat serangan sakit jantung, bulan lalu.

NONEMenurut akhbar harian Inggeris,The Star hari ini, presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dijadualkan menghadap Sultan of Kedah berhubung peralihan itu. Abdul Hadi juga dilaporkan akan berjumpa dan berbincang dengan pemimpin negeri di Alor Setar pada hujung minggu ini.

Di sebalik tekanan daripada kepemimpinan pusat PAS, menurut akhbar milik MCA itu, Azizan dikatakan cuba membantah dan mendakwa beliau masih sihat untuk meneruskan tugasnya sebagai menteri besar.

Antara nama-nama yang disebut-sebut bakal menggantikan Azizan, termasuk tiga ADUN kanan iaitu Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Datuk Mohamad Taulan Mat Rasul (Tokai). Semua mereka adalah juga ahli exco kerajaan negeri.

Phahrolrazi, 58, dan Amiruddin, 49, adalah jurutera dalam bidang sivil manakala Mohamad Taulan, 69, adalah seorang peguam. Phahrolrazi juga adalah timbalan pesuruhjaya PAS Kedah manakala Amiruddin pula adalah bendahari negeri.

Perlembagaan negeri Kedah tidak memperuntukkan jawatan timbalan menteri besar.

The Star juga memetik Azizan, yang juga adalah pesuruhjaya PAS Kedah berkata ada usaha yang mahukan beliau berundur.

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 02“Mereka beritahu saya, kami mahu awak berehat. Kami mahu gunakan tenaga dan kemahiran awak kemudian hari nanti. Saya ok, tetapi ada orang yang tidak mahu saya berada di sana lagi, ada yang mahu saya mati,” kata Azizan yang dipetik akhbar itu.

Menurut The Star yang memetik sumber PAS Kedah, parti itu sedang menyiapkan laporan mengenai kesihatan menteri besar dan Abdul Hadi akan diberikan taklimat semasa melawat negeri itu.

Laporan yang sama kemudiannya akan disampaikan ke pihak Istana hujung minggu ini.

Abdul Hadi dikatakan akan diiringi oleh orang kanannya dalam lawatan ke Kedah ini, iaitu setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Menurut The Star lagi, adalah difahamkan Abdul Hadi membuat panggilan telefon kepada menteri besar Kedah itu pada Rabu lalu untuk mengucapkannya Selamat Hari Raya. Beliau kemudiannya mencadangkan Azizan, 67, supaya berehat secukupnya dan membiarkan pemangku menteri besar mengambil alih tugasnya.

Namun, menurut sumber akhbar itu, Azizan tidak menerima baik cadangan berkenaan dan cuba membantah.

Sumber itu juga berkata peralihan dipercayai akan berlangsung bulan depan supaya keputusan penting kerajaan negeri tidak ditangguhkan.-MKINI-

Point penting ;

1. Hadi nak ganti azizan sebab azizan sakit jantung.

2. Azizan cakap dia masih sihat tetapi ada orang nak jatuhkan dia dan suruh dia berundur.

Maksudnya disini ialah ;

1. Azizan mungkin [memang] sakit jantung, tapi adakah penyakit itu ialah alasan kuat untuk dia berundur daripada kerusi no 1 di kedah sekarang? Apakah hadi tiada alasan yang lebih konkrit dari itu? Azizan dilihat lebih berani mempertahankan islam daripada anasir2 luar berbanding hadi. Adakah hadi dipengaruhi untuk menjatuhkan azizan? <-- tanya, bukan kutuk. Penyokong hadi kalau tak faham, ada aku kesah?

2. Cubaan hadi menjatuhkan azizan harus disiasat sehingga ke akar umbi, andai benar. Kaji kenapa dia nak berbuat demikian. Apa manfaat yang dia raih andai azizan jatuh dan sebagainya. Buat masa sekarang azizan bukanlah mb kedah yang terbaik, tapi tidak lah dia begitu teruk sehingga harus dijatuhkan dengan cara yang keji. Tapi dia memang lebih baik daripada hadi awang. Boleh banding cara dia rule kedah berbanding cara hadi rule terengganu. 

Tapi berita di atas neh masih bersifat spekulasi. Spekulasi yang belum tentu sahih apatah lagi bila ia dilaporkan oleh the star. Wajib bagi kita menyemak semua berita dan laporan neh sebelum melulu marahkan hadi. Tapi andai benar, hadi awang harus disiasat, kenapa dia mesti berbuat demikian. Kenapa nak jatuhkan azizan atas alasan sakit jantung sedangkan dia yang patut berundur dari jawatan yang dia pegang sekarang sebab dilihat tidak begitu bijak mentadbir pas sebagaimana ketika tuan guru nik aziz pegang.

Updated ;

Hadi awang nafikan isu di atas. Sila rujuk sini dan sini untuk berita penuh. Masih menunggu respon daripada mb kedah sendiri iaitu ustaz azizan berhubung isu neh.

Ameno : kawan makan kawan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...