Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 31 Julai 2011

Telur masin 80sen sebijik dan tipsi jimat duit sempena ramadhan.

Korang tahu tak telur masin tue apa? Ada sesetengah orang panggil ia telur asin. Tak kisahlah tue telur asin ka masin ka janji product yang aku maksudkan dalam kepala hotak aku sama dengan apa yang korang bayangkan dalam kepala hotak masing2.


Sebenarnya untuk pengetahuan korang harga telur masin di perak ialah rm0.40sebijik. Ya betul. Itu harga yang aku silap dengar. Harga sebenarnya ialah rm0.80sen sebijik. Ya. Ini harga yang aku tak silap dengar tapi rasa macam nak silap buat bayaran. Sejak bila harga telur masin di perak neh mahal nak mampos?

Memang benar aku jarang makan telur masin. Asal nak makan telur masin je mesti time ramadhan. Asal time ramadhan je mesti rasa nak makan telur masin. Apasal hah? Trend ka? Tradisi ka? Ataupun wajib? 

Kah kah kah

Pandai2lah korang fikir sendiri. Yang penting sekarang telur masin dah naik harga. Harga asal sebelum najib jadi piem ialah 40sen sebijik. Setahun dia jadi piem naik 20sen kepada 60sen sebijik. Dua tahun dia jadi piem naik lagi 20sen. Dari 60sen sebijik kepada 80sen sebijik. Harga neh kuatkuasa bila aku taktau. Aku pun dah malas nak tanya makcik tue. Dah lah aku silap dengar harga dia.

makcik harga telur masin neh berapa? [aku bawa rm10 je so kena tanya harga. Kalau rm100 aku bantai redah beli tak hengat donia. Siyes]

rm0.40sen <-- Makcik tue jawab. harga aku silap dengar.

rm0.40 yer makcik?

tak. 0.80sen sebijik <-- harga yang buat aku rasa macam nak teranjang seseorang.

ok. Saya nak 3 biji je <-- untuk 2 hari lepas kot. Kalau jimat cermat ler cara makan nya. Ye tak?

kah kah kah

Gila punya mahal. Itu baru telur masin. Belum apa kejadah barang lain. Sebab tue aku nak kongsi dengan korang tipsi aku jimat cermat time bulan ramadhan. Takyah pening2 kepala hotak korang nak fikir hari neh buka makan apa, nak beli lauk apa, nak buat kuih apa, nak bajet berapa dan segala bagai.

Ikut je plan aku yang nak masuk tahun keempat di perak neh. Caranya mudah. Iaitu berbuka di masjid. Lantak ko lah buka kat masjid mana atau apa. Asal nama tempat tue masjid, ada sediakan juadah berbuka, ko serbu lah sana. Meriah beb. Aku dah buat untuk 3 tahun berturut. Amat jarang2 sekali aku berbuka kat rumah. Aku pun tak perlu penat lelah macam orang lain yang beria2 masak segala bagai. Aku hanya perlu sediakan keperluan serba sedikit dan berlenggang2 ke masjid dengan seronok. 

So kalau korang nak jimat macam aku dan keluarga aku, jangan segan2 lepak masjid. Ini siyes punya cakap. Bukan main2. Mari kawan dengan masjid sebab boleh berbuka puasa percuma + dengar ceramah + dapat ilmu percuma.

Hidup is sempoi. Terlalu membazir untuk dibiarkan ia di isi dengan masa2 memasak juadah untuk berbuka puasa di bulan ramadhan.  <-- motto hidup seorang pemalas macam aku. Tak sia2 mak aku panggil aku pemalas. Memang sebijik kena dengan perangai aku.

kah kah kah

Ameno : Malas masak takpe, jangan malas benda lain beb. kah kah kah

Share this

0 Comment to " Telur masin 80sen sebijik dan tipsi jimat duit sempena ramadhan. "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...