Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 22 Jun 2011

The Star kena godam lah semalam..

Sapa lah buat kerja bodoh piang neh. Kalau sungguh laporan the star neh betul maka kita telah dipermainkan oleh orang. Aku takmo tuduh mana2 pihak tapi kalau pihak yang buat neh pro pembangkang memang sesaja je nak kena lempang. Memalukan pakatan dan memalukan malaysiakini yang tak pasal2 kena ketuk. Ceh. Baca bawah beb ;

KUALA LUMPUR – The Star Online terpaksa membatalkan undian yang dibuat di laman beritanya ekoran undian tersebut telah dimanipulasi penggodam internet yang memihak kepada menyokong perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai nanti.
Menurut pengumuman The Star Online, dalam masa kurang daripada sehari, pengundian itu menarik lebih daripada sejuta pengundi yang menyebabkan mereka mengesyaki bahawa keputusan undian tersebut sedang dimanipulasi pihak tertentu.
Pengundian tersebut dimulakan lewat petang Isnin dan dihentikan tengah hari berikutnya.
“Selalunya, pengundian terdahulu (di The Star Online) hanya menarik purata tidak lebih daripada 30,000 respon dalam tempoh beberapa hari,” kata kenyataan yang dipetik dari The Star Online hari ini.
Mengulas lanjut, The Star Online juga menyatakan bahawa pelawat unik laman sesawangnya hanyalah berjumlah 400,000 pengunjung sehari dan adalah agak mustahil untuk pengundian tersebut untuk mendapat undian berjumlah 1,327,139 hanya dalam tempoh kurang sehari. 
Menurut laman berita itu lagi, setelah log laman itu diperiksa, didapati bahawa lebih kurang sejuta undian telah dilakukan dari satu alamat IP sahaja dan berkemungkinan dilakukan oleh ‘bot’ atau rutin skrip yang mampu bertindak dengan tugas yang sama secara berulangkali di laman pengundian itu.
Ekoran itu, The Star Online terpaksa menutup pengundian tersebut kerana mempercayai bahawa ia telah dicemari oleh pihak tertentu untuk tujuan politik.

Bodoh yang menyusahkan. Kita nak kan pandangan jujur dalam poll neh. Sebab dari situ kita leh tahu berapa banyak sokongan yang kita boleh raih. Adakah kempen2 kita berkesan dan sebagainya. Sapa lah yang bengap piang buat onar tah. Aku harap bukan dari kalangan pakatan rakyat. Pasal pembaca the star tue kebanyakkan bercampur kerajaan + neutral + pembangkang. So sedikit sebanyak membantu kita menganalisa di mana kah kelemahan2 kita dan apakah kita perlu pergiatkan lagi kempen untuk mempromosikan bersih. Adoii.

Yang kesian nya malaysiakini kena ketuk tak pepasal. Baca sini lanjut pasal tue. Tapi aku harap laporan neh betul lah. Kalau the star menipu memang suwei lah dia. 

Ameno : Main tipu macam bn rupanya

Share this

0 Comment to " The Star kena godam lah semalam.. "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...