Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 28 Jun 2011

PAS lupa jaga kebajikan rakyat kelantan sebab sibuk sangat ker?


Penyokong Kelantan memohon penjelasan rasional daripada Kerajaan Negeri dengan tindakan membenarkan "charge parking" di perkarangan stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.

Tanpa angin dan ribut, dapat dilihat pembinaan rancak pihak Metro Parking membuat pondok di kawasan stadium.

Tindakan ini nyata mengundang masalah tidak puas hati segelintir pihak terutamanya para penianga akan sebab-sebab pihak Metro Parking diberi hak mengenakan bayaran kepada kenderaan yang masuk ke kawasan stadium.

Bagi mereka, mengenakan bayaran parking di kawasan ini membuatkan ramai pihak tidak lagi memilih kaawasan ini untuk aktiviti santai serta menjamu selera di medan usahawan.

Secara tidak langsung ia menjejaskan rezeki mereka yang bergantung harap kepada kehadiran orang ramai.

Mereka juga mempersoalkan adakah terdapat jaminan dari pihak Kerajaan Negeri bayaran tidak dikenakan seandainya ada perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Kelantan di Stadium.

Justeru itu, pihak Kerajaan Negeri seharusnya memberikan satu penjelasan terbuka kepada semua pihak mengapa baru kini mereka dengan kerjasama sebuah syarikat luar akan mengenakan bayaran di kawasan tersebut.

Kita tidak mahu rakyat dibebankan lagi dengan bayaran mengarut yang dilihat tidak memberi sebarang faedah untuk jangka masa panjang.

Selain itu, penjelasan juga perlu bagi menutup mulut pihak yang menuduh tidak benar kepada Kerajaan Negeri.

Ini penting untuk menjaga nama baik Kerajaan yang dipilih majoriti rakyat Kelantan. -redsfcnews-

WOWW.. dari apa yang aku fahamkan kat sini ialah ;

1. Kerajaan negeri tak bagi notis aka memo pun bila dorang nak kenakan charge ke atas kawasan parking stadium.

2. Adakah kerajaan negeri dah terlupa isu kebajikan rakyat di negeri sendiri bila terlampau sibuk fikir pasal isu parti orang lain?

3. Ini ialah serius FACK kalau dah menyusahkan rakyat marhaen. Sekian.

Ameno : Damm... kalau ini umno buat riuh semalaysia pembangkang gegarkan.. whoooaa..

Share this

0 Comment to " PAS lupa jaga kebajikan rakyat kelantan sebab sibuk sangat ker? "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...