Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 9 Mei 2011

Hot : DAP diminta jelaskan isu ubah islam jadi kristian!

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Kan aku dah cakap. Menda neh akan tiba2 terpalit kepada pembangkang padahal kita satusen pun taktahu apa2. Kah kah kah baca bawah beb ;

KUALA LUMPUR: Usaha menjadikan Kristian agama rasmi oleh pemimpin DAP bukan saja mencabul Perlembagaan Persekutuan, malah menggugat keselamatan negara. 
 
Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dan DAP digesa memperjelaskan dakwaan itu seperti didedahkan dua laman blog sebagai menghormati perlembagaan yang menetapkan Islam agama rasmi. 



Cubaan pembangkang untuk mengubah perlembagaan disebabkan tanggapan kerajaan yang ada hari ini lemah dan tindakan itu perbuatan ekstrem serta boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkara yang termaktub dalam perlembagaan perlu dihormati dan dipertahankan semua pihak.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata kehilangan kuasa majoriti dua pertiga kerajaan di Parlimen menyebabkan ada puak semakin berani mengambil kesempatan untuk menimbulkan pelbagai masalah berbanding ketika pemerintahan beliau. 

Bagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah mahu siasatan terperinci sebelum tindakan diambil serta mahu pihak yang memulakan isu berkenaan dikenakan hukuman tegas jika terbukti benar. 

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, meminta polis segera menyiasat kerana ia boleh menimbulkan pelbagai persepsi negatif memandangkan isu itu amat sensitif. 

 
Presiden Persatuan Penulis Nasional Kebangsaan (PENA), Salleh Rahmad meminta tidak ada pihak cuba meruntuhkan perancangan kemerdekaan walhal mereka tahu Islam adalah agama rasmi.

Point penting ;

1. Usaha menjadikan Kristian agama rasmi oleh pemimpin DAP bukan saja mencabul Perlembagaan Persekutuan, malah menggugat keselamatan negara.

Bila masa lah pula dap tiba2 menjadi isu kat sini? Bukan kah pendedahan dua blog terbabit mengenai ikrar 35 paderi di salah satu majlis tertutup?So paderi tue lah yang mencabul perlembagaan persekutuan. [utk info paderi2 dah deny all allegation] Lagipun macam mana pembelog terbabit tahu? Adakah mereka berada disitu pada ketika itu?Adakah ada orang lain [kristian pro bn] disitu pada ketika itu cuba untuk mengapi2kan suasana? Lagipun jeff oi hanya pergi sahaja. Dia kristian dan tak aneh org kristian pergi majlis macam neh. Yang aneh nya pdrm ada rakaman mengenai isu terbabit. Why not dedahkan rakaman tersebut untuk kami analisis sendiri. Heh.

2.Ahli parlimen dap kena jelaskan isu neh.


Aik.. ahli parlimen dap pula kena jelaskan? Kenapa bhai? Bukan kah yang dituduh itu paderi kristian bukan nya ahli parlimen dap? Dia cuma hadir je ke upacara itu atas kapasiti penganut kristian. Bukanlah dia tue paderi ataupun penyedia ikrar kepada paderi2 tue beb. Apsal dap pula yang kena jawab isu yang mereka sendiri pun blur pasal tiba2 je mengaitkan mereka dengan perkara neh.


3. Zahid hamidi bidas cubaan pembangkang tukar perlembagaan.


Arhh sudah. Tiba2 PR plak dituduh macam2. Apsal pula pr kena jawab isu yang satusen kita pun taktahu apa2. Isu neh kan umno yg timbulkan? Umno kaitkan pula dengan PR kenapa pula? Habis tue adakah parti politik di malaysia tak boleh pergi mana2 upacara keagamaan kelak? Kalau g budha nanti nak jadikan budha agama rasmi? Kalau g kuil kang.. isu len plak yang timbul? Kah kah kah.. pr satusen pun takde kaitan dengan isu yang dimainkan oleh umno. Dan umno claimed paderi yang buat ikrar tue so patutnya umno direct siasat paderi2 tue. Jangan heret pr pula dalam isu yang satusen pun pr takde kaitan.


LIM guan eng jawab disini.

Ameno : Ada je agenda nak mengaitkan pembangkang itu ini..

Share this

0 Comment to " Hot : DAP diminta jelaskan isu ubah islam jadi kristian! "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...