Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 7 Mei 2011

Hot : DAP anjur kristian jadi agama rasmi!

Tajuk panas bhai. Patut utusan buat tajuk macam yang aku buat. Barulah direct orang maley [umno] boleh benci dap tanpa ragu-ragu. Lagipun itu memang sikap orang maley. Orang melayu dan islam tak sikap tue. Heh. Baca bawah ;


PULAU PINANG 6 Mei - Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini sebagai tetamu.

Majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan didedahkan oleh dua laman blog hari ini iaitu 'bigdog', bigdogdotcom.wordpress.menerusi entri bertajuk 'Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.


Jeff yang ditanya mengenai ikrar itu mendakwa, ketika majlis berlangsung, beliau sibuk 'melayan' iPad selain menjamu selera walaupun turut bertafakur semasa paderi-paderi itu berdoa.

"Bukankah berdoa itu suruhan tuhan. Apa yang saya tahu, 'bigdog' (penulis blog) tidak sebut nama saya, dia tidak tuduh saya. Kalau mahu tahu lebih lanjut, sila tanya polis Cawangan Khas dan dengar rakaman yang dibuat mereka," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan, majlis makan malam yang dihadiri lebih 100 paderi Kristian itu diadakan di sebuah hotel di sini semalam yang kemudiannya disusuli dengan beberapa konvensyen hari ini.

Malam ini pula akan diadakan satu majlis di Pusat Kristian (Katolik) Pulau Pinang di sini dan satu ceramah perdana pula dianjurkan esok. Pertemuan itu dikatakan dianjurkan setiap tahun.

Dalam majlis makan malam itu, seramai 35 orang paderi dikatakan berdiri dalam bulatan dan saling berpegangan tangan tanda bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian dan mahu Perdana Menteri juga dalam kalangan penganut agama itu.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di hotel yang terletak di Jalan Burmah mendapati persidangan sehari itu yang bermula pukul 8.30 pagi berlangsung di Bilik 2 dan 3, tingkat 7 hotel itu.

Kira-kira 10 meja dan kerusi disusun di luar bilik persidangan yang dikatakan diadakan setiap tahun dengan beberapa rahib dilihat berbual-bual sebelum masing-masing masuk ke dalam bilik persidangan.

Kenyataan Jeff itu bagaimanapun berbeza dengan laporan blog 'bigdog' yang mendakwa majlis itu dianjurkan oleh kawasan Parlimen DAP dipercayai Jelutong dan turut dihadiri oleh kira-kira 100 yang lain termasuk wakil rakyat parti itu dari Sarawak dan beberapa pekerja parti.

"Apa yang dilakukan DAP adalah sesuatu yang sangat berbahaya. DAP membawa strategi politik cauvinis mereka ke satu tahap perubahan dan sensitiviti yang sangat tinggi," dakwa blog berkenaan.

Blog tersebut menambah, sebagai satu komuniti minoriti, cita-cita DAP itu jelas membuktikan mereka cuba bertindak sebagai kaum majoriti.

"Ini merupakan lembaran baru dalam politik yang mana kaum minoriti memainkan peranan sebagai kaum majoriti di samping strategi cauvinis DAP menyemai politik kebencian. Sesuatu yang pasti ia bergerak pada landasan yang sangat berbahaya," dakwa blog itu.

Utusan secara sedar atau tidak sedar sebenarnya telah mendedahkan kelemahan kerajaan persekutuan. Bukan aku nak tuduh sebarangan. Ini jelas aku nampak menerusi penulisan mereka di atas neh. Mari aku terangkan kepada korang ;

1. Jeff oi nafi dia anjurkan majlis tersebut. Dan dia juga cakap perkara neh telah dirakam. Wartawan utusan sudah tentu boleh access rakaman tersebut dari pihak polis sebab utusan, polis dan kerajaan umno boleh digelar satu komuniti. Satu geng. Dan satu kapla. Bukan kerja sukar bagi mereka, so dengarlah rakaman terbabit. Apa susah?

2. Jeff oi cuma nafi anjur tapi tidak pula dia menafikan niat paderi kristian untuk menjadikan kristian agama rasmi di malaysia. Niat paderi kristian ini adalah niat yang normal. Sebagaimana kristianer berhajat menjadikan kristian sebagai agama rasmi, seperti itu jugalah umat islam [pas] berhajat menjadikan malaysia negara islam. Islam sebagai agama rasmi tidak mencukupi. Kerana islam bukan sekadar agama. Islam ialah satu sistem yang mampu mengatasi kelemahan dasar sekular, sosialis, komunis, dan demokrasi. Inilah hakikat yang ramai orang islam dan orang bukan islam tidak faham. 

Namun Ini bukanlah isu kepartian. Mengaitkan perkara ini dengan parti akan membawa beberapa perkara buruk di mana ;

2.1 Orang2 kristian akan rasa geram kerana seolah2 kerajaan [utusan] mempermain2kan majlis yang mereka anjurkan. Sudah tentu mereka marah kerana utusan memperbesar2kan majlis mereka semata-mata ada ahli dap yang datang ke majlis tersebut sedangkan majlis mereka ialah majlis keagamaan bukan majlis politik. Dan normallah kalau ada ahli politik menganuti kristian sebagai agama di malaysia. Kenapa bila ahli dap jadi kristian maka ia satu isu yang besar pula?

2.2 Umat islam akan merasa tidak selesa kerana cara berita ini ditulis. kita umat islam sudah tentu jelas bahawa kristian dan islam ialah dua agama yang sentiasa akan bercanggahan. Benda neh dah berlarutan dari dulu lagi. Sesungguhnya umat islam dan kristian hanya akan berperang. Samada mereka berperang cara baik [debat, dialog, anjur majlis] ataupun berperang cara kasar [bakar gereja, bom masjid]. Anda pilih.

2.3 Orang islam dan orang kristian yang tidak tahu apa-apa akan saling benci membenci. Padahal mereka tak sedar yang kerajaan cuma nak mewujudkan sentimen keagamaan bagi mengekalkan kuasa mereka. Lagipun menjadikan kristian sebagai agama rasmi hampir sahaja mustahil sekurang-kurangnya untuk masa terdekat neh sebab pdrm, tentera, sultan semua nya dipegang oleh orang melayu. Menukar perlembagaan bukan nya macam menukar baju. Ia perlukan masa dan persetujuan. Yang mana memang takde lah orang islam nak bersetuju atas perkara neh pun. Lagipun perkara neh bukanlah sesuatu yang orang kristian nak hairankan. Walaupun kristian bukan agama rasmi di malaysia mereka tetap bebas berdakyah di mana-mana sahaja berbanding orang islam yang mana nasib mereka akan berakhir di dalam tahanan ISA. Heh.

3. Sepertimana yang dinyatakan oleh utusan, majlis ini di anjurkan setiap tahun. Apa yang membuatkan majlis ini terlihat berbeza dari tahun-tahun sebelumnya? Ikrar kristianer menjadikan kristian sebagai agama rasmi di malaysia? Ini bukan perkara baru beb. Ini normal. Ini wujud di mana2 negara sekalipun. Paderi kristian berikrar menjadikan kristian sebagai agama rasmi. Dan orang islam berikrar menjadikan islam sebagai agama rasmi. Ini ikrar peribadi. 

Apakah kita boleh melarang ikrar mereka kini? Sudah tentulah tidak. Ikrar itu ini adalah hak masing2. Cara mana kita nak menghalang ikrar mereka jadi kenyataan ialah dengan memperkuatkan akidah umat islam. Itu je. Kalau akidah umat islam dah kuat dan akidah yang kuat ini akan menarik minat orang bukan islam pula. Inilah medium dakwah terbaik. Bukannya pergi menyibuk dan memerangi majlis orang kristian. Apatah lagi majlis itu bukan perkara yang dilarang dalam negara ini. Yang sibuk potpet2 pasal ikrar paderi kristian buat apa? Padahal cara hidup sendiri pun tak macam orang islam. Heh.

4. Kemudian utusan mencanangkan pula agenda cauvinis dap. Apa kena mengena cauvinis dap dengan agama kristian. Mengaitkan cauvinis dengan kristian adalah perkara yang pelik disini. Orang kristian kalau mereka beramal dengan ajaran kristian mereka tiada sikap cauvinis lah. Korang tak pernah kawan ke dengan orang kristian? Adoii.. pergi cari satu lah. Aku kenal banyak. Cauvinis dan kristian bukanlah satu komuniti yang boleh menjadi segeng. 

5. Kemudian utusan melaporkan dap menyerapkan perasaan benci mereka ketika berpolitik. Entahlah betul ke tidak susah aku nak jawab sebab aku bukan dap. Tapi dari apa yang aku lihat sekarang di kaca tv ialah ;

-  rtm pada 3 hari lepas menyemai perasaan benci orang melayu kepada pas dan dap pada pukul 7.30 pagi melalui satu rancangan akhbar dan.. apa tah aku lupa.

- rtm pada tengahari juga pada hari yang sama memainkan perkara yang lebih kurang sama dengan memainkan satu rakaman yang menunjukkan dap dan pas ialah parti perosak dan pengkhianat malaysia.

- Buletin utama semalam dan kelmarin telah menyerapkan sentimen kebencian kepada kaum cina dan dap.Mca malahan mengutuk sekeras-kerasnya dasar perjuangan dap di dalam tv3.

Itu belum masuk paper dan vcd yang diedarkan lagi. Jika diperhatikan apa yang aku lihat dalam setahun dua neh aku dapat merasakan bahawa yang menyemai perasaan benci itu ialah bn.

Daripada pengalaman aku memerhatikan sikap orang2 cina di malaysia neh aku dapati bahawa komuniti cina neh suka membantu orang. Macam mca dan dap. Apa yang membuatkan mereka dilihat kehadapan ialah kerana sikap mereka yang cepat membantu rakyat apabila bantuan diperlukan. Tetapi jika kes itu berkaitan dengan agama ataupun umat islam, memang mereka teragak-agak nak bantu. Mungkin sentimen keagamaan membataskan keterbukaan mereka. Mungkin juga bimbang persepsi serong yang timbul jika mereka membantu orang islam atas perkara2 khusus yang berkaitan islam.

Tetapi PAS tidak sebegitu. Kita, PAS bersama ahli kelab penyokong bukan islam pas, seringkali memberikan bantuan tanpa kira paksi agama. Bagi membuatkan semua orang merasa selesa dan aman damai, maka aku berharap PAS boleh membuka keahlian mereka kepada bukan islam dan meletakkan calon bukan islam di dalam kawasan2 tertentu. Bukan apa, kalau sentimen keagamaan dan perkauman terus dimainkan oleh bn, ini hanya akan mewujudkan perpecahan di kalangan rakyat malaysia. 

Sudah sampai masa nya untuk PAS tampil ke hadapan menyelesaikan isu2 perkauman dan keagamaan yang sering dimainkan oleh umno dan bn. Tiada parti yang lebih bagus dari PAS yang boleh memerintah malaysia neh. Mari kita buktikan kepada orang islam, orang bukan islam dan orang kristian bahawa islam memayungi mereka semua tanpa kira apa parti, apa agama dan apa kaum sekalipun. 

Sebab apa? Sebab Allah swt bagi islam untuk kita, untuk semua umatNYA. Allah swt tidak cipta umat islam untuk mendera orang bukan islam dan begitulah sebaliknya. Ia adalah kelemahan manusia sendiri yang tak faham bahawa dasar islam melindungi manusia. Bukan melindungi orang islam sahaja. Ia melindungi semua manusia. Dan bila aku cakap ia manusia, ia termasuklah orang kristian sekali. 

Ameno : Islam for all.


Share this

0 Comment to " Hot : DAP anjur kristian jadi agama rasmi! "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...