Kaki melawan

Jika ada apa-apa pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Ads

Sunday, April 3, 2011

Terkini : Penganut kristian bakar Alquran, nak join?

Sibuk dengan isu video lucah yang dipercayai dsai [tuduhan individu pro umno], sibuk juga dengan isu bible berbahasa melayu yang aku anggap remeh temeh, sibuk juga dengan isu poco-poco yang aku kira agak lawak dan sibuk juga dengan isu kenaikan harga minyak dan barang-barang di malaysia sehingga agak lewat dapat info isu pembakaran Alquran secara terbuka oleh penganut kristian.

Isu neh bila dibahaskan sudah tentu penganut kristian di malaysia akan terasa seperti dibenci oleh penganut islam di sini. Tetapi kena faham, kita orang islam malaysia tidak benci kristian. Yang kita benci sekarang neh ialah sekumpulan kristian tongong yang takde kerja dan biadap. Dan kumpulan kristian ini bukanlah kumpulan kristian di malaysia. Kristian malaysia saya hormati.

Lihat bawah


Ini ialah tindakan susulan selepas dia dihalang dari membakar Alquran tahun lepas. Kali neh dia buat secara senyap2. Tak dikecohkan seperti tahun lepas. Cuma 50 orang je sokong tindakan bodoh dia. Ingatkan ramai yang benci islam kat amerika rupanya cuma 50 orang je kristian ektremis yang tiada akal dan otak. Kesian.

Tapi lebih kesian orang islam yang terbunuh di afghanistan. Heyoooo.. kenapa sampai melibatkan nyawa pula. Aku tak faham isu neh. Kalau nak demo ataupun protes sekalipun, buatlah secara aman. Aku faham dorang nak protes ke PBB atas tindakan biadap paderi terry jones. Tapi tolonglah hargai sedikit nyawa yang ada. Masih banyak yang perlu umat islam [kita] kena buat. Masih ada banyak rancangan umat islam [kita] perlu fikirkan untuk kembalikan semula zaman kegemilangan islam dan tarbiah anak cucu cicit kita.

Polis dan tentera [pro amerika + israel] di afghanistan tue memang takan bagi muka dan can kepada rakyat islam kat sana. Aim mereka memang mendera orang islam. So, jangan buat tindakan yang boleh menyebabkan korang terbunuh. Takpelah, sabar itu berbaloi. Buat protes aman sudah. Tapi mungkin juga media spekulasikan protes tersebut sebagai protes ganas. Silap2 protes tersebut memang aman dan mereka saja2 nak bunuh orang islam kat sana. Boleh jadi juga. Media-media antarabangsa pro zionist neh memang bertujuan memberikan imej dan persepsi buruk masyarakat antarabangsa terhadap penganut islam.

Sebab tue ble baca, kita kena fikirkan kesimpulan sendiri. Jangan percaya bulat-bulat.


Ameno : Jangan ada orang islam yang balas perbuatan biadap paderi neh. Paderi neh silap2 peluk islam lepas neh. Hahahahahah.. 

IKLAN TEXT DISINI

2 comments :

  1. pandai wat tajuk entry..hehe.. sbnarnya Khalis ada ramai saudara sebelah isteri yang menetap di Amerika.. sangat ramai, dan takde la pulak dengar mereka dizalimi,,dibuli di pulaukan..kebanyakan mereka masih berpakaian sebagai orang islam dengan menutup aurat,,( walaupun ada yg hanyut)..

    Ada apa dengan DARA

    ReplyDelete
  2. Saya tak kisahlah mereka bakar al quran.Paling saya khuatir ialah KESEDARAN kita orang Islam untuk membaca dan menghayati Al Quran.Saya secara peribadi memaafkan golongan yang membakar Al Quran.Takkan la saya nak bakar Bible pulak?APA MARUAH??Laaaa...kita orang Islam sendiri yang tak baca Al Quran ada maruah ke?Come on my brothers and sisters...jom baca dan ikut Al Quran.

    ReplyDelete

Komen mestilah berkaitan dengan artikel.Kalau nak maki hamun ke (kalau dah geram sangat neh) sila maki hamun saya je, janganlah maki hamun ataupun babitkan ahli keluarga saya dalam neh. Tak kan itu pun nak di ajar lagi? Masing2 dah besar. Kalau tak suka saya, so sila lah kutuk2 saya.. apa kena mengena family saya dalam neh? sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...