Kaki melawan

Jika ada apa-apa pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Ads

Sunday, April 3, 2011

Hot! Akhil Hayy peniaga penipu?


Baca bawah neh beb ;

KUALA LUMPUR: “Ana cari makan cara halal, kenapa harus ada pihak yang cuba menidakkan atau memfitnahnya? Jika benar perniagaan yang dijalankan berunsurkan penipuan dan menyalahi hukum syarak, sila kemukakan bukti dan ana sedia bertanggungjawab.

“Memang tiada perkara atau benda yang akan membuatkan semua pihak berpuas hati, jadi tidak hairanlah jika apa saja yang ana lakukan, pasti ada yang tidak kena. 
 
“Bagaimanapun, ingin ana tegaskan di sini, perniagaan yang baru ana mulakan ini tidak berasaskan perniagaan jualan langsung berbilang tingkat (MLM) seperti yang didakwa kerana kami lebih menitikberatkan perniagaan berteraskan 'trading' atau pemasaran satu tingkat (SLM),” kata artis dan penceramah bebas, Akhil Hayy. 
Beliau diminta mengulas tohmahan yang dilemparkan terhadapnya melalui blog kononnya perniagaan yang dijalankannya berteraskan sistem piramid, malah menggunakan kredibiliti sebagai pendakwah untuk ‘cari makan’ dalam perniagaan MLM.

Antara kandungan blog yang mencercanya berbunyi: “Amende mamat kat atas ni angkat tangan macam Ayah Pin? Mintak murah rezeki daripada skim piramid yang dilancarkannya itu ke apa?”
Penyanyi nasyid itu dituduh menjalankan perniagaan membekal dan pengeluar produk minyak wangi dan produk kesihatan untuk orang Melayu yang ketinggalan zaman dan tidak berpelajaran. Dalam masa sama, dia juga didakwa menipu orang Melayu dengan skim piramid yang dilancarkan. 

Ketika dihubungi Metro Ahad semalam, beliau berkata syarikatnya Akhil Hayy Network yang beroperasi di Kajang pada mulanya hanya menjual produk kesihatan untuk kaki dan minyak wangi tetapi kini mula mengembangkan operasi dengan memperkenalkan pakej umrah dan haji selain urusan berkaitan insurans. 

Metro Ahad yang cuba mendapatkan gambaran sebenar perniagaan penceramah bebas itu di pejabatnya di Kajang semalam mendapati pintu utama pejabatnya lengkap dengan kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan dua tingkat itu berkunci kira-kira jam 3 petang. 

Setakat ini, katanya, perniagaan yang dibuka secara rasmi 26 Ogos tahun lalu itu diuruskannya sendiri manakala isterinya, Waheeda sibuk dengan aktiviti dakwah. 

“Buat masa ini, ana sendiri yang menguruskannya dengan dibantu beberapa kakitangan. 

“Bukan dia langsung tidak membantu, tetapi tidak secara menyeluruh kerana ana tidak mahu membebankannya,” kata bekas vokalis kumpulan D’riyadh itu. 

Dia yang dihubungi dari Pulau Pinang menganggap dakwaan itu tidak berasas dan sengaja ditimbulkan oleh golongan tertentu yang kurang senang dengan kejayaannya. 

Menurut Akhil, dia kecewa apabila ada pihak yang bukan saja mempertikaikan perniagaannya, malah mendakwa gambar pada papan iklannya seakan-akan memohon bantuan daripada Ayah Pin. 

“Siapakah dia (Ayah Pin) untuk ana minta pertolongan? Mungkin orang yang memfitnah ana itu lebih kenal Ayah Pin daripada ana kerana tahu cara dan gaya ketua ajaran sesat berkenaan,” katanya berseloroh. 

Katanya, jika dia menjalankan perniagaan secara haram, mustahil untuknya mendaftarkan perniagaan dan mempromosikannya melalui laman web. 
“Ana bukan bodoh untuk berbuat demikian, malah sebelum memulakan perniagaan, ana sudah berbincang dengan beberapa ulama dan pakar agama bagi mengetahui sama ada perniagaan yang dilakukan ini menyalahi syarak atau tidak. 

“Memang ada MLM yang menyalahi (syarak) tetapi bukan perniagaan seperti yang ana uruskan ini,” katanya. 

Bukan saja sebagai ahli perniagaan tetapi juga sebagai pendakwah, dia turut dikutuk apabila pihak tertentu mendakwa dia tidak mendapat tauliah untuk berbuat demikian. 

“Mungkin ramai tidak tahu ana mendapat tauliah daripada Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria dan kini dalam proses mendapatkan pengiktirafan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais),” katanya yang bakal menunaikan umrah bersama isteri, Mawi dan Ikin 8 April ini. 

Ditanya sama ada beliau dan Waheeda kini bersiap sedia untuk menerima ‘orang baru’, beliau berkata: “Kami hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan, jadi ana tumpukan perhatian kepada anak ana dan perniagaan yang dijalankan itu.”


Aku tarik keluar beberapa point yang aku rasa penting kat sini ;

1. Akhil hayy cakap biz dia bukan biz MLM. Entah betul entah tidak aku tak tahu sebab aku memang tak pernah amek tahu pasal biz akhil hayy neh. Sebenarnya aku pun baru tahu dia ada biz. Ceh. Lambat rupanya aku neh.

2. Penulis blog yang membuat research tue aku rasa kita sama kita dah sapa dia sebenarnya. Aku memang selalu baca blog dia bolehlah dikatakan aku rasa research dia tue memang munasabah untuk dipercayai. Tapi.. kita pun kena buat research sendirilah. Sebenarnya kebanyakkan product kesihatan termasuk minyak wangi memang berasaskan MLM. Siyes. Contohnya ;

- Satu syarikat [pembekal/penyedia product/pelabur] cari ejen - ejen cari pengedar/stokis cari customer - customer cari customer untuk komisen.

Neh seme MLM dan melibatkan kos berantaian. Contohnya macam neh ;

Modal rm50 dari pelabur - jual 3x ganda kat ejen jadi rm150 - then ejen cari pengedar jual plak rm250 - then pengedar jual plak rm350 kat customer. Then customer yang nak komisen rm10 cari plak customer len. 

Neh seme MLM neh. Kos berantaian. Kenapa nak buat biz macam neh? Alasan nak menambahkan peluang pekerjaan? Heyoooo.. cari jalan yang baik sikit lah.

Sepatutnya satu syarikat - terus jual product kat customer - buat iklan utk kembangkan biz bukan buat network utk kembangkan biz. Ble buat network itulah jadi MLM. Orang bawah berkerja utk orang di atas. Orang di atas goyang kaki beb.

Modal rm50 boleh cecah sampai rm350.. ble sampai kat pasaran.. tak ke menaya orang namanya neh?Kebanyakkan syarikat neh mereka cari orang utk kembangkan biz mereka sebab mereka malas nak turun bawah utk kerja susah2 tapi kaya nak. Orang2 yang taktahu jadi terjebak.

Lepas tue suka sangat kaitkan product mereka dengan unsur2 kesihatan. Mentang2lah rakyat malaysia neh banyak yang berpenyakit.. mulalah amek kesempatan. Tak bolehlah macam tue. Nak menjual kena ikhlas beb. Kalau tak boleh sembuhkan penyakit jangan pandai2 nak tokok tambah product tersebut boleh menyembuhkan penyakit. 

Dan kebanyakkannya pula, product mereka neh versi copypaste. Sorang jus mangga. Sorang jus mentimun. Dan sorang pula jus mengkedu. Heyoooo.. jadilah kreatif beb. Ini asyik ubahsuai je. Sampai ble? Namun kat atas neh cuma contoh je. Bukan aku kata akhil menipu.Harap jangan salah faham.

3. Gambar yang dikatakan oleh penulis blog tersebut ialah gambar neh ;




Lain orang lain pandangan. Memandangkan sudah ada teguran yang negatif, mungkin akhil hayy patut menukar kepada gambar yang lain. Gambar neh takde salahnya pada aku. Tapi yelah.. mungkin ada gambar yang lebih baik. Lagipun dia ialah pendakwah selebriti. Kalau orang biasa saja2 bergambar di atas aku rasa ia bukan isu.

4. Neh syarikat akhil hayy. Dia ada sebut pasal insurans kan kat atas tadi tue? Perasan tak? Insurans neh aku dah baca banyak pandangan. Aku tahu korang pun sama. Ada macam2 pandangan mengenai insurans. 

Ada kata boleh, ada kata harus, ada yang kata haram. Kecenderungan aku mempercayai bahawa semua bentuk insurans adalah haram. Aku taktahu akhil hayy maksudkan apa dengan insurans. Mungkin dia nak cakap takaful kot. 

Tetapi skim takaful pun ada yang tipu. Jangan terpedaya dengan helah syarikat yang dok melabelkan simpanan mereka takaful tetapi di dalamnya masih berasaskan keuntungan sebelah pihak. Syarikat insurans adalah syarikat yang diberikan lesen oleh kerajaan untuk menipu. Nak hentam aku, hentam. Tapi pandangan aku atas insurans tidak akan berubah.



5. Masyarakat sekarang lebih mementingkan bukti. Adalah lebih baik kalau akhil hayy boleh ke depan nak tunjukkan bukti dokumen atas seme pernyataan dia di atas.

Bukan isu dengki mendengki. Ataupun fitnah menfitnah. Kadangkala kita sendiri pun tak sedar bahawa perniagaan kita berbentuk MLM. MLM secara asasnya tidak menipu. Tetapi MLM ini telah digunakan oleh mereka untuk mengaut keuntungan segera. Skim cepat kaya telah menggunakan MLM untuk menipu ramai orang melayu suatu ketika dulu.

Namun, adalah lebih baik hapuskan teruskan perniagaan berasaskan MLM neh daripada berkembang di malaysia. Sejarah membuktikan kebanyakkan MLM digunakan utk menipu rakyat malaysia dan ia berterusan sebab tiada langkah2 penguatkuasa yang tegas.  Dan satu2 product MLM yang paling berjaya di malaysia ialah HPA sebab BOS mereka berkerja demi Allah swt. Manakala yang lain adalah hampeh. Aku tak percaya. Maaf, aku berterus terang di sini.

Ameno : MLM = MElayu lanyak melayu.

IKLAN TEXT DISINI

44 comments :

  1. tak berminat langsung dengan MLM. tapi rasanya Akhil Network tuu memang MLM lah. kalau dah kena cari downline upline semua tuu. memang sah2 MLM.

    ReplyDelete
  2. camna plak yang duk jual guna(contoh0..pembekal menjual gula pada pembeli dengan harga RM2.00(contoh) dan pembeli jual gula pada pembeli kedua RM2.30(contoh)dan kita beli gula dengan harga RM2.50(contoh).adakah ini dipanggil Melayu Lanyak Melayu?

    ReplyDelete
  3. why not kita bagi jak peluang dulu..business tuh x salah..yg salah org yg menghandle..

    ReplyDelete
  4. isu ni memang akan boom skjap je..produk ni pun akan boom skjap je.. tak lama lagi senyapa le..produk bila dah glemer ejen akan mati punye sebab kedai2 akan amik alih jual pulak..lepas tua ada produk tiruanla ape la..

    Ada apa dengan DARA

    ReplyDelete
  5. "Dan satu2 product MLM yang paling berjaya di malaysia ialah HPA sebab BOS mereka berkerja demi Allah swt. Manakala yang lain adalah hampeh."

    Bagaimana kalau saya kata begini, "Dan satu2 sekolah yang paling berjaya di malaysia ialah SK ABC sebab Guru Besar dan cikgu2 mereka berkerja demi Allah swt. Manakala yang lain adalah hampeh."

    Saya kurang setuju dengan kenyataan tuan.

    ReplyDelete
  6. Aku kenal beberapa pegawai hpa. dorang seme mmg alim2. cukup jaga isu halal haram dan menjaga kebersihan product dan pembekal mereka atas nama islam dan dalam ahti telah ditetapkan niat bahawa mereka berkerja demi Allah swt.. aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri. maaf. kalau ko tak setuju aku takley wat apa.

    ReplyDelete
  7. saya berstuju dengan pendapat penulis tentang perbezaan insuran dan takaful. memang dah jelas tahun 1979 lagi dah keluar fatwa mengenai insuran hayat manakala insuran am (selain insuran nyawa) masih diharuskan. kalau tengok kepada banner kat pejabat Sdr Akhil ni, nyata yang dibuatnya ialah Takaful Ikhlas, Syarikat Takaful Malaysia dan Kurnia insuran (syarikat kurnia ni hanya buat insuran am sahaja). Jadi dalam bab insuran yang dikatakan beliau pada saya mungkin untuk memaksudkan takaful. kalau begitulah, disinilah kesilapan beliau. sepatutnya gunakan perkataan takaful terus,jadi secara tidak langsung kita boleh mendidik masyarakat bahawa takaful dan insuran adalah 2 perkara yang sama tapi TIDAK serupa.

    ReplyDelete
  8. saya tak setuju dgn komen sedara pasal hpa..baru baru ni teman saya memohon untuk bekerja di HPA..antara syarat2 untuk bekerja disana ialah harus melakukan solat dhuha pd waktu yg ditetapkan dan hendaklah menjaga aurat dgn memakai tudung labuh seperti yg disarankan oleh ISLAM bkn tudung fesyen seperti yg sering di pakai oleh kaum hawa di MALAYSIA..WALLAHUALAM

    ReplyDelete
  9. kalau saudara kenal orang HPA mengapa tidak dapatkan maklumat dari pihak syarikat Akhil Hayy sendiri untuk kenal syarikat mereka? saudara sendiri yakin dengan orang2 HPA tetapi saudara tidak yakin dengan apa yang dibuat oleh Akhil Hayy kerana saudara tidak rapat dengannya serapat saudara kenal orang HPA. jadi janganlah terus point out kata orang ni mungkin buat MLM tanpa sedar atau apa. Malah saya rasa Akhil Hayy lebih mempunyai ilmu tentang ini berbanding saudara. Wallahualam

    ReplyDelete
  10. Akhil hayy ialah akhil hayy, hpa ialah hpa, jangan jebakkan hpa dengan isu akhil hayy neh. btw takde sapa2 tuduh akhil hayy pun, maksud aku bukan aku tuduh akhil hayy, aku cuma kata, adalah lebih baik jika akhil hayy dapat tampilkan bukti sokongan bagi menunjukkan dia di pihak yang benar bagi mematikan hujah pihak yang dituduh. dalam erti kata lain, tunjukkan bukti. itu sahaja. bkn bererti bleh aku cakap akhil salah. jadi jangan salah faham. aku di sini tidak membela akhil apatah lagi yang expose. aku cuma nak tgk siapa benar siapa salah.

    ReplyDelete
  11. kalau yang ni

    "Modal rm50 dari pelabur - jual 3x ganda kat ejen jadi rm150 - then ejen cari pengedar jual plak rm250 - then pengedar jual plak rm350 kat customer. Then customer yang nak komisen rm10 cari plak customer len. "

    diatas bukankah urusan jual beli biasa?

    cth :saya tanam cabai. cabai saya jual kat ahmeng dgn harga rm1. ahmeng pulak, hantar ke kedai-kedai, jual harga rm 2. ali, beli di kedai, cabai harga rm 3. balik rumah, dia pack kecik-kecik, jual total dapat rm 5.. apa yg terjadi, sejauh mana cabai saya dipasarkan, keuntungan saya tertakluk hanya bilamasa saya berjual beli dgn ahmeng saja..


    mlm patut mcm ni kan,

    saya labur rm50 utk starter kit. kemudian saya cari anak-anak buah untuk masuk bawah saya. saya jual cabai sekilo, dapat seringgit. anak-anak bawahan saya, jual cabai sekilo, lima puluh sen saya punya, lima puluh sen depa punya.. anak-anak buah saya pulak, cari anak-anak buah depa. tiap lima puluh sen yang dorang dapat, saya dapat lak 25 sen dan terus2lah macam piramid tu... jeng3

    ReplyDelete
  12. Lawak2.. OKT pulak kena tunjuk bukti?? Bukan org yg mendakwa perlu tunjuk bukti??

    Aku baru melawat web akhil2u.com..

    So far semua jelas dan terang tiada unsur gharar yang dapat di deteksi..

    Memang semua taboo dgn MLM nih tapi bukan semua perniagaan kau boleh sebut MLM..

    Aku bagi ko komisyen kerana ko bawak aku buyer.. MLM???

    ReplyDelete
  13. Ko pergi baca ulasan penulis blog tersebut. Lebih baik dan banding2kan kedua2nya. Aku masih 50-50. aku tak percaya kat sapa2 lagi buat masa neh masih semak betul2 dulu.

    ReplyDelete
  14. dok becakap pasai agama apa weh? yg hg dok becakap pasai org ni,dok bukak aib org share ngn org lain,n bahaskan pulak aib org tu,hg ingt agama islam bagi ka buat mcm tu? toksah dok becakap psai agama kalau diri sendiri dok buat teik tak ikut agama.....barua siye perosak agama

    ReplyDelete
  15. Anom, jual beli biasa apanya sampai amek keuntungan melebihi seratus peratus. mereka makan komisen atas komisen. modal rm50, jual rm350. patut ke? juallah lepas dengan harga munasabah lepas dah kira seme kos. dia jual rm150 kat ejen dan suruh ejen cari pengedar. kalau ejen dapat banyak pengedar ejen blh beli barang trsebut dnegan harga rm100 pula. lebih kurang begitulah skim nya.

    pengedar pula cari customer. banyak customer, pengedar blh beli denga lebih murah dari ejen pula.. begittulah seterusnya. kenapa tidak sahaja jual dengan harga rm80 kepada pengedar terus supaya sampai ke custome dengan harga rm150. kenapa nak jual sampai rm350 utk modal rm50? kan dah melampau2 untungnya disitu?

    ReplyDelete
  16. mana ada perniagaan yang tidak MLM, jualm kacang puteh pun MLM , si penjual tak pesan terus dari penanam, si penanam bagi pemborong, peruncit ambil drp pemborong, si penjual Kp ni tingkat ke berapa , single ke...??? tu tak kira everhead lagi. Sadau lah sikit... kenapa kerajaan tak di salahkan...kereta semenanjung dengan kereta pulau bebas cukai pun beza puluhan ribu...tak dak akai ka??????

    ReplyDelete
  17. iTU BAGI yang tak pakai modal. mmg mcm tue anom. tp ada juga mlm yang kena bagi modal dulu. buka aib apa? bukan aku soh dia dedahkan dokumen2 rahsia dia. fahamkan sket lah. aku cuma minta dia dedahkan dokumen sokongan daripada syarikat yg mengatakan dengan jelas dia nya perniagaan bukan MLM. bukan soh tunjuk sapa share patner dia ke apa ke. otak kasi cerdik sket naa. ini bkn aib akhil hayy. aku heran apsal ko nak anggap menda neh aib. aku tak nampak pun dia trer aib kat mana2. melainkan aku tgk dia steady je bidas tuduhan tersebut. lagipun aku bukan dalam posisi mana2 pihak. aku lebih cenderung memerhatikan mana betul mana salah. so kalau ko geram elok ko pergi marah penulis blog yg tuduh akhil hayy menulis. dah kalau ko mungkin tak nampak aku copy paste jap benda neh kasi ko ;

    Sampai ble? Namun kat atas neh cuma contoh je. Bukan aku kata akhil menipu.Harap jangan salah faham.

    dalam ertikata lain AKU TAK KATA AKHIL HAYY MENIPU. ada faham?

    ReplyDelete
  18. Sebab tue kena amek untung sikit2 dan kurangkan rangkaian bikorasi yang tak perlu.matikan peranan yang menyebabkan kos tinggi mcm pasaraya borong. blh tahu kan? mcm mana? nampaknya prniagaan tue ada akai daripada ko. mereka terus amek dari pengilang dan jual kepada peniaga dengan yg harga murah. sudahlah ko kini nak kata seme MLM sbb ko pro MLM ye tak? teruskanlah menyokong MLM kalau ko mahu. hahahhaah.. ko melalak kat aku pun, aku ttp tak sokong MLM gak..

    ReplyDelete
  19. kalu HPA btl buat keje krana ALLAH.apsal buat dlm bntuk MLM?apsal xedar direct ke pasar raya@bukak kedai@jual trus tanpa ade upline,downline? jgn kita bias hanya krna nama atau prwatakan.kbnyakkan org kutuk mlm ialah org yg GAGAL dlm mlm.

    ReplyDelete
  20. MACAM MANA X DI HARAMKAN KAT MALAYSIA..KOT2 ANAK MENTERI DENGAN BAPAK2 DIA SEKALI PON TAUKE MLM..INCOME WEIH!!!!!!

    ReplyDelete
  21. biar aku terangkan serba sedikit kepada ko anom memandangkan ko tak faham apa yang aku cakap. lagipun silap aku gak tulis secara ringkas kat atas.

    syarikat mlm cari ejen - ejen cari pengedar - pengedar cari customer - customer cari customer.

    syarikat mlm tue ketika dapat ejen, ejen kena keluarkan duit terlebih dahulu. so kat situ modal syarikat datang dari ejen. lepas tue kan mereka siap ada skim pv lah bonus lah apa2 lah. padahal itu cuma duit yang dipulangkan semula. 100 pengedar dapatlah bonus 1,000. satu pengedar dapat 10. 10 x 100 = 1,000.

    harga product dia jual kat ejen rm150 x 100 = 15,000.
    modal dia rm50 x 100 = 5,000.

    dia buta2 untung 10,000. dia bagi ko seribu ko dah happy gila.

    ReplyDelete
  22. peh tue dia soh ko buat mcm tue kat pengedar. ejen jual kat pengedar
    rm250. kat situ ejen dah markup harga rm100. tue tak kira keuntungan yang dia dapat dari syarikat [rm1,000 tadi tue].

    harga jualan rm250 x 100 = 25,000
    modal rm150 x 100 = rm15,000
    25-15 = 1o,000 +1,000 = 11,000

    itu keuntungan yang ejen dapat.

    stokis pula jual kat customer. stokis selalu jual murah. kira komisen je. kalau modal rm250, setakat rm300 paling tinggi dorang jual. then dorang soh customer cari customer. kalau customer cari customer, customer dapat potongan 10%. takpun soh customer buat card. yuran pendaftaran rm25.00 each

    ReplyDelete
  23. rm25 x 100 = rm25,000

    modal card termasuk pos katakan rm10.00

    lagi rm15,000 untung masuk syarikat lagi. so apa yang customer dapat dengan perniagaan mcm neh?

    knp mereka neh tak boleh terus ke pergi ke pasaraya dan pasarkan product mereka kat dalam tue? memang tak boleh sbb product mereka kebanyakkan nya menipu. [bukan aku cakap akhil hayy]

    aku bagi contoh cni lah. cni tue jual ubat gigi mahal nak mampos. konon nya halal dan ada khasiat lah blabla.. entah betul entah tidak. apa yang dia buat ialah buat ubat gigi, rebranding dan jual mahal. sambil tue dok tokok tambah2 kelebihan yang ada pada product mereka semata2 nak org beli. kalau dah bagus sangat, kenapa tak jual kepada orang awam je kat pasaraya? kenapa tak iklan kat tv? kenapa nak ada kad keahlian pula? utk cari modal lah. hasil keuntungan mereka beli saham. beli saham2 yg akan naik. etc. mmg mcm neh cara mereka berniaga. entah apa2 product mereka jual, dari mana mereka amek.. mcm mana mereka proses, satu haram jadah kita taktahu.

    ReplyDelete
  24. aku tgk perniagaan mcm neh mmg mensasarkan keuntungan sebelah pihak.

    ini berbeza dengan hpa. hpa neh bagus sebab apa? meh aku explain. hpa neh cari pembekal di kalangan org2 islam. makna nya product mereka neh membantu org islam. mereka pergi satu daerah ke satu daerah cari rakan kongsi dan pembekal utk product mereka. dari situ mereka menjana pendapatan utk org2 yg berusaha gigih. ekonomi sapa? ekonomi org islam.

    lagi satu hpa - pengedar - customer
    hpa - pengedar besar - stokis - customer

    tp harga ttp. mereka cuma leh kurangkan sedikit dan mereka akan dapat balik bonus hujung tahun berdasarkan jualan mereka.

    lepas tue, mereka proses bahan tersebut dalam kilang mereka sendiri. kilang tersebut di jalankan oleh sapa? org islam. ekonomi sapa? orang islam juga yang maju.

    ReplyDelete
  25. lepas tue, mereka pasarkan product mereka. mereka pun ada buat kad keahlian. org islam je blh apply. org tak islam tak boleh [pengetahuan aku, kalau dah ubah tlng betulkan]. mereka pun ada bonus. bonus bentuk duit. boleh tukar dengan product hpa. hpa dijamin halal. dari atas sampai ke bawah hpa membantu org islam. memang agak mahal rm1-3 product hpa. at least menda neh halal. hpa mmg mlm. mmg ada komisen. terang2 aku nampak. pernah juga aku persoalkan kepada stokis hpa. aku cakap susah kalau harga hpa mahal sangat. ibarat org kaya je blh makan makanan halal. org miskin tak mampu mcm mana? susah juga apatah lagi product hpa neh tak meluas. bkn semua kedai ada. ini antara kekurangan hpa yang aku nampak.

    kalau mcm ini prosesnya aku tak kesah. tp kalau blh biar harga murah lagi dan biar masuk ke dalam pasaraya. namun aku diberitahu hpa cuba kontrol product mereka agar dijual oleh org2 islam je bagi membantu usahawan tempatan. [stokis hpa yg cakap, kalau salah aku taktahu]

    ada beberapa member dah melawat ke kilang hpa. mereka kagum. aku tak pernah pergi tp keinginan nak pergi mmg ada. malahan aku sendiri ada cita2 nak buka kedai runcit berasaskan hpa. apatah lagi aku tgk kat perak benda neh belum meluas tp permintaan banyak.

    ReplyDelete
  26. keuntungan hpa berbalik kpd org islam.mereka menderma, mereka wujudkan peluang pekerjaan. mereka melatih. mereka buat kilang dan etc. benda tue kita nampak. ada korang nampak hpa pergi rumah ke rumah promote product mereka? satu lagi yang bagus kat hpa neh mereka menitikberatkan product halal dan bersih. bkn setakat halal bahan je halal proses gak. tapi yang cni ke apa2 yang seangkatan dengan nya aku tak nampak. ada beberapa penjual mlm tak senang dengan hpa. mereka kutuk2 cakap hpa nak bankrupt dan etc. tue barulah ko leh kata org nak dengki. neh org cuma ulas diskusi pasal akhil hayy terus ko cop org kata akhil hayy pesalah. aku tak kata, metro tak tulis, ko yang syok sendiri sangka lepas tue terpalit dengan sangkaan sendiri. aku cuma harap akhil hayy blh bg bukti relevant bagi menguat hujah2 dia apatah lagi penulis blog huraikan dengan panjang lebar. kalau akhil hayy rasa ia isu remeh maka akhil hayy tak perlu susah payah terangkan dalam metro. ini berlaku sbb akhil hayy rasa ulasan penulis blog itu dipercayai org. ko nak salahkan aku? fikir dulu. aku tak tuduh pun. pergi direct terus dengan org yg tuduh. aku kat sini cuma memberikan sedikit pandangan je. bukan menentukan akhil salah pun. harap maklum.

    ReplyDelete
  27. http://www.stormreaders.my/ - ini MLM patuh syariah

    ReplyDelete
  28. http://akhil2u.net/page.php?id=plan

    kat link ni pelan pemasaran nya jelas menampakkan dia MLM, bukan SLM. SLM sepaham aku mcm kedai runcit la, komisen takat satu level aje.

    Ni siap ckp "POTENSI PENDAPATAN JIKA 3 LANGKAH MUDAH INI DIIKUTI

    * Ujrah (upah) Jualan Runcit: RM20 (tiada had jualan)
    * Ujrah (upah) Royalti: RM5 dibayar sehingga tahap yang ketiga (3)
    * Limpahan downline dari upline anda yang aktif.
    "

    Takkan tak nak ngaku ni MLM lagi kot.

    Apa2 jua yang melibatkan MLM, perkara itu adalah syubhah. Menda yang sybhah lebih elok la dijauhi.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  29. skim piramid...
    klu nk d bndingkn dgn pkerjaan bese pn sme jgk...
    klu korg ckp org bwh ssh2 wat kije org ats sng2 je blh duit...
    bnding kn ngn pkrjaan kte y mkn gaji ni...
    kite y pkerja bese ni ssh2 wat kje...boss rilex je duk lam bilik...
    so...ap y hrm ap y halal nye.?
    klu skim piramid haram jd pkerjaan kte skrg ni haram jgk la.?

    ReplyDelete
  30. kalo bkn dlm bidang perniagaan,xyh ckp psl MLM..kaji dlu ape itu MLM..ni tidak,main sembur je ameno ni..ilmu xdak...

    ReplyDelete
  31. Korang ni aku tangok ramai yang salah faham dgn MLM, sebenarnya MLM ni benda baik tapi kebanyakannya aku boleh kata 90 % tak baik & menipu orang. Ibarat mcm facebook, kalo org guna utk buat salah mcm kutuk agama Islam ke maka Facebook tu benda buruk, tapi kalo kita guna FB untuk berdakwah, maka FB tu benda baik. Ini dijelaskan oleh seorang Ulama di U.S, Syeikh Yusuf. Kalo kita terpedaya dgn kekayaan, join je jadi kaya maka sah la itu MLM penipu. Tapi kalo MLM tu mcm HPA ke DCL ke yang tu ok, tak tipu duit orang pun, join pun tak rugi. beli barang pun murah2. Kena tipu kat mana? Korang pilih la nak beli colgate omputih yang harga rm6 ke nak beli ubat gigi hpa yang harga rm5. syampu rangkaian palmolive yg harga rm15 ke syampu hpa yg rm12 dan takde bahan2 haiwan? Seperti mana yg kita tahu, syampu palmolive yg mcm2 brand tu (ibarat rokok mcm2 brand tapi semuanya keluaran philip morris) semuanya diimport dari thailand dan mengandungi glycerin (lemak haiwan), binatang apakah yg banyak dan berlemak di Thailand?? kalo diorang pakai lemak lembu sekali pun, sembelih ke lembu tu? So korang pilih la. sebab tu la mak aku jual hpa ni kesana kesini dari pakai kancil sekarang pakai Alza, duit sendiri, Alhamdulillah, sorang pun tak kena tipu.

    ReplyDelete
  32. ntah pape la mlm.. ramai yang menipu je.. baper banyak barang mlm yang sama ngan harga pasaran?
    diorang just order, taruk brand, kelentong cakap barang diorang sangat power sampai boleh letak harga 10x ganda

    ReplyDelete
  33. piramidsu....

    skim piramid tak boleh nak dibandingkan dgn struktur piramid dlm organisasi...

    betul..manager, pengurus berada di atas..tapi gaji diorang yang tinggi berbanding kerani, pegawai biasa diberi oleh syarikat...kedudukan dan gaji diorang berdasarkan kepada liabiliti, kredibiliti dan responsibiliti mereka terhadap syarikat...kerani dan pegawai biasa hanya menjalankan tugas yg diarah oleh menager/ketua yg berada di atas...

    berbanding dgn mlm-skim piramid..banyak nya duit orang2 yg kat atas tu berdasarkan kepada 'ramainya' ahli/downline yg dapat direkrut...downline cari downline ccari downline...

    lagi satu...mane ade orang mintak kerje kat syarikat yang kena bayar duit? nak join mlm-piramin skim ni kena bayar duit...untuk apa? nak suap sikit kat org2 atas tu laaa....

    cuba baca sini...jgn ikut/percaya terus...faham kan, mana yg betul boleh ambil buat rujukan...

    http://aididmuaddib.blogspot.com/2010/10/apakebendenya-skim-piramid-tu.html

    http://aididmuaddib.blogspot.com/2010/10/kenyataan-mufti-besar-arab-saudi.html

    ReplyDelete
  34. Anom ko baca neh ;

    Kadangkala kita sendiri pun tak sedar bahawa perniagaan kita berbentuk MLM. MLM secara asasnya tidak menipu. Tetapi MLM ini telah digunakan oleh mereka untuk mengaut keuntungan segera. Skim cepat kaya telah menggunakan MLM untuk menipu ramai orang melayu suatu ketika dulu.

    AKU MAIN SEMBUR? AKU TAKDE ILMU? KALAU SEKADAR BERKATA2 AKU PUN BLH BUAT KAT KO. TANG MANA AKU MAIN SEMBUR KO TARIK KELUAR DAN TERANGKAN KPD AKU SUPAYA AKU TAHU BETUL DAN SALAH AKU KAT MANA. INI CAKAP MCM ITU JE LEPAS TUE TAK EXPLAIN KAT MANA AKU SALAH, KO FIKIR ORG NAK PERCAYA CAKAP KO?

    Apsal aku tulis huruf besar neh? hahha.. confused aku. mlm mmg tak menipu. tapi mlm = dibayangi skim piramid = kebanyakkan itulah yg berlaku di malaysia. DCL pun sama je lah. HPA je yang betul. yang lain HANCUR!

    ReplyDelete
  35. Anom ;

    aku bkn nya kutuk MLM neh jahat sangat. ko takley nak samakan mcm syarikat. syarikat tue mereka ada pelaburan. mereka keluarkan duit sendiri dan berusaha. mereka cari pekerja. kalau rugi mereka yg kena dulu. neh berbeza dengan skim piramid. kalau rugi, mereka tak kena tp cabut. yang kena org2 bawah mereka. apa susah sangat nak faham neh? tp ada sesetengah company yg menjarah keringat pekerja dengan gaji ciput blh lah gak di samakn mcm mlm neh.

    ReplyDelete
  36. Amenoworld . . . kita sama je, aku pun orang hpa. tak mungkin mak aku dan semua orang melayu kena tipu selepas dah buat benda ni aku rasa lebih 5 - 6 tahun. Aku tak pernah masuk DCL tu, aku dgr2 je la, diorang ni ok sket, tak silap aku DCL pun milik org melayu, tapi aku tak pernah join, cuma aku tgk brg DCL tak mahal pun, so aku anggap DCL pun mcm HPA, takde tipu orang. Tapi mungkin aku salah.

    Sebenarnya banyak org tak paham yg sebenarnya MLM tu sistem yg dicipta orang ISLAM,contohnya bila nabi dakwah kepada sahabat dan sahabat sampaikan kpd rakan-rakan lain, diorang akan dapat pahala (1) pastu bila orang yg dia sampaikan tu sampaikan pulak kepada orang lain, orang tu dapat pahala DAN PARA SAHABAT pun dapat pahala jugak walaupun orang lain yang bg dakwah, sbb tu kita kena sampaikan dakwah, so bila orang yg dgr tu sampaikan pada org lain yg kita tak tahu or tak kenal, rupa2nya kita dapat pahala. Ini hadis sahih "sampaikan walau satu hadis aku". Benda ni juga di apply oleh sahabat dlm perniagaan, setiap pengagih barang akan mark up 1 -20% keuntungan dalam brg yg mereka jual setiap kali mereka pergi distribute barang. Ini dikira keuntungan berbilang tingkat.

    cuma omputih dan bangsa lain dah salah guna sbb nak untung cepat, mereka create sistem yang mengaburi mata, masuk je jadi kaya, mmg sah itu mlm penipu. Tapi percayalah, mak aku dah bantu ramai orang islam raih pendapatan halalan thoyiban, tak jadi jutawan pun tapi pendapatan selalu ada, Alhamdulillah. MLM, masuk jadi jutawan, sah MLM penipu. (Kecuali dia dah lama usaha tu lain)

    ReplyDelete
  37. Gaduh, gaduh. Baca sendiri la post ni.

    http://aididmuaddib.blogspot.com/2011/04/akhil-hayy-hai-apakejadahnya-pulak-dah.html

    ReplyDelete
  38. Gaduh, gaduh. Baca sendiri la post ni.

    http://aididmuaddib.blogspot.com/2011/04/akhil-hayy-hai-apakejadahnya-pulak-dah.html

    ReplyDelete
  39. piramidsu....

    skim piramid tak boleh nak dibandingkan dgn struktur piramid dlm organisasi...

    betul..manager, pengurus berada di atas..tapi gaji diorang yang tinggi berbanding kerani, pegawai biasa diberi oleh syarikat...kedudukan dan gaji diorang berdasarkan kepada liabiliti, kredibiliti dan responsibiliti mereka terhadap syarikat...kerani dan pegawai biasa hanya menjalankan tugas yg diarah oleh menager/ketua yg berada di atas...

    berbanding dgn mlm-skim piramid..banyak nya duit orang2 yg kat atas tu berdasarkan kepada 'ramainya' ahli/downline yg dapat direkrut...downline cari downline ccari downline...

    lagi satu...mane ade orang mintak kerje kat syarikat yang kena bayar duit? nak join mlm-piramin skim ni kena bayar duit...untuk apa? nak suap sikit kat org2 atas tu laaa....

    cuba baca sini...jgn ikut/percaya terus...faham kan, mana yg betul boleh ambil buat rujukan...

    http://aididmuaddib.blogspot.com/2010/10/apakebendenya-skim-piramid-tu.html

    http://aididmuaddib.blogspot.com/2010/10/kenyataan-mufti-besar-arab-saudi.html

    ReplyDelete
  40. Amenoworld . . . kita sama je, aku pun orang hpa. tak mungkin mak aku dan semua orang melayu kena tipu selepas dah buat benda ni aku rasa lebih 5 - 6 tahun. Aku tak pernah masuk DCL tu, aku dgr2 je la, diorang ni ok sket, tak silap aku DCL pun milik org melayu, tapi aku tak pernah join, cuma aku tgk brg DCL tak mahal pun, so aku anggap DCL pun mcm HPA, takde tipu orang. Tapi mungkin aku salah.

    Sebenarnya banyak org tak paham yg sebenarnya MLM tu sistem yg dicipta orang ISLAM,contohnya bila nabi dakwah kepada sahabat dan sahabat sampaikan kpd rakan-rakan lain, diorang akan dapat pahala (1) pastu bila orang yg dia sampaikan tu sampaikan pulak kepada orang lain, orang tu dapat pahala DAN PARA SAHABAT pun dapat pahala jugak walaupun orang lain yang bg dakwah, sbb tu kita kena sampaikan dakwah, so bila orang yg dgr tu sampaikan pada org lain yg kita tak tahu or tak kenal, rupa2nya kita dapat pahala. Ini hadis sahih "sampaikan walau satu hadis aku". Benda ni juga di apply oleh sahabat dlm perniagaan, setiap pengagih barang akan mark up 1 -20% keuntungan dalam brg yg mereka jual setiap kali mereka pergi distribute barang. Ini dikira keuntungan berbilang tingkat.

    cuma omputih dan bangsa lain dah salah guna sbb nak untung cepat, mereka create sistem yang mengaburi mata, masuk je jadi kaya, mmg sah itu mlm penipu. Tapi percayalah, mak aku dah bantu ramai orang islam raih pendapatan halalan thoyiban, tak jadi jutawan pun tapi pendapatan selalu ada, Alhamdulillah. MLM, masuk jadi jutawan, sah MLM penipu. (Kecuali dia dah lama usaha tu lain)

    ReplyDelete
  41. http://www.stormreaders.my/ - ini MLM patuh syariah

    ReplyDelete
  42. keuntungan hpa berbalik kpd org islam.mereka menderma, mereka wujudkan peluang pekerjaan. mereka melatih. mereka buat kilang dan etc. benda tue kita nampak. ada korang nampak hpa pergi rumah ke rumah promote product mereka? satu lagi yang bagus kat hpa neh mereka menitikberatkan product halal dan bersih. bkn setakat halal bahan je halal proses gak. tapi yang cni ke apa2 yang seangkatan dengan nya aku tak nampak. ada beberapa penjual mlm tak senang dengan hpa. mereka kutuk2 cakap hpa nak bankrupt dan etc. tue barulah ko leh kata org nak dengki. neh org cuma ulas diskusi pasal akhil hayy terus ko cop org kata akhil hayy pesalah. aku tak kata, metro tak tulis, ko yang syok sendiri sangka lepas tue terpalit dengan sangkaan sendiri. aku cuma harap akhil hayy blh bg bukti relevant bagi menguat hujah2 dia apatah lagi penulis blog huraikan dengan panjang lebar. kalau akhil hayy rasa ia isu remeh maka akhil hayy tak perlu susah payah terangkan dalam metro. ini berlaku sbb akhil hayy rasa ulasan penulis blog itu dipercayai org. ko nak salahkan aku? fikir dulu. aku tak tuduh pun. pergi direct terus dengan org yg tuduh. aku kat sini cuma memberikan sedikit pandangan je. bukan menentukan akhil salah pun. harap maklum.

    ReplyDelete
  43. apa kata kita baca pandangan ustaz zaharudin ttg isu MLM... cuba baca kat sini...

    http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html

    dah ada yg kaitkan MLM dgn cara nabi berdakwah sedangkan kita sendiri masih x pasti hukumnya... blm ada fatwa di malaysia yg menghalal atau mengharamkan... jadi baik bertanya pd yg berilmu...

    mana blh samakan MLM dgn org tanam cabai... dlm sistem tanam 'cabai', semua orang yg dpt keuntungan tu bekerja.. dr peladang, pemborong, peruncit dan penjual... semuanya berusaha utk dptkan keuntungan.. dlm MLM, org yg duk tangga atas goyang kaki, yg duduk kat bawah kerja mcm nak mati... sama ke?

    'org yg kutuk mlm adh org yg gagal mlm...' sedapnya bahasa... jari tu ada insurans tak? tak semua org gila nak buat MLM.. jgn berbangga sgt dgn apa yg kita ada hari ni sbb semuanya pinjaman dr Allah semata2...sekelip mata Dia blh tarik segala2nya...

    ReplyDelete
  44. Cakap xguna otak! cina niage banyak menipu dari zaman atok lu sampai cicit lu xnk kondem lak! klo lu ckp "itu cina!","ini melayu!" nk beza2kan kaum, apa guna hudud untuk semua lapisan kaum dan agama?? bersangka baik tu kan lebih elok! lu tegur mcm lu ade perniagaan bagus je! bajet lu tu baik ke mendedahkan aib orang?? bab2 haram mendedahkan aib ni lu x buat entri ke?? dasar munafik!

    ReplyDelete

Komen mestilah berkaitan dengan artikel.Kalau nak maki hamun ke (kalau dah geram sangat neh) sila maki hamun saya je, janganlah maki hamun ataupun babitkan ahli keluarga saya dalam neh. Tak kan itu pun nak di ajar lagi? Masing2 dah besar. Kalau tak suka saya, so sila lah kutuk2 saya.. apa kena mengena family saya dalam neh? sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...