Kaki melawan

Jika ada apa-apa pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Ads

Tuesday, April 12, 2011

Entry berapi : Zulkifli nordin sasau.

Mula-mula aku nak korang lihat dua petikan printscreen kat bawah neh dulu  ;



Dah baca? Kalau tak faham meh aku elobrate sket.

1. Kat atas neh sebahagian dari artikel zul nordin yang aku petik dari blog dia. Kalau nak baca yang penuh korang leh klik sini.

2. Apa yang aku perasan ialah zul nordin mengungkap ayat-ayat yang macam aku tandakan di atas. Maksud aku, boleh ke kita mengambarkan diri sebagai Allah swt dan menjawab macam tue?

3. Aku taktahu benda neh. So harap yang arif boleh ulas lanjut. 

4. Adakah kita boleh teka/agak apa yang Allah swt bakal jawab kat kita di akhirat kelak? Lebih kurang beginilah persoalan yang bermain di minda aku.

Kat bawah neh aku nak bidas hujah zulkifli nordin.

16 SEPT BUKTI ANWAR PEMBOHONG.

1. 16 sept adalah sejarah. Kami pr menerima kekalahan itu. Dan dsai pun dah minta maaf berhubung insiden itu.

SAIFUL TELAH DILIWAT

2. Saiful pergi haji dengan nenek dia. Bukan dengan mak dia. Dan fakta2 mahkamah menunjukkan saiful tidak diliwat.

ENGGAN SERAH DNA

3. Tiada kewujudan sperma dalam dubur saiful. Yang ada cuma dna. Harap zulkifli nordin faham fakta sebelum ulas membabi buta. DNA anwar ibrahim boleh diperolehi daripada kes siasatan liwat I dan barang2 yang anwar ibrahim pegang ketika dia dipenjarakan sehari tahun lepas. Jadi tiada keperluan untuk fresh dna.

KENAPA ANWAR PERASAN DIA TERLIBAT DALAM SKANDAL VIDEO SEKS PADAHAL TAK SEBUT NAMA DIA PUN.

4.Alasan kenapa anwar buat sidang media menafikan dia lelaki dalam video seks itu mudah. Wartawan berita alternatif [yg telah tonton video terbabit] yang menyampaikan berita tersebut kepada pkr. Sebab itu anwar buat pc untuk menafikan ia. RCI akan dibentuk untuk mengesahkan dakwaan anwar dan jam omega akan diserahkan kepada pihak berkuasa jika diminta.

PAS DAN DAP HIPOKRIT.

5. Mat sabu yang mengelarkan anwar ibrahim aljuburi dah minta maaf secara terbuka dan tertutup kepada anwar. Jadi gelaran itu tidak patut digunakan dan dikaitkan lagi dengan pas. Karpal singh tidak bongkarkan liwat dsai II ketika dalam mahkamah. Dia cuma bongkarkan siasatan polis terhadap kes dsai. Kena faham dua perbezaan ini. 

1. Membongkarkan kes liwat ataupun 

2. Membongkarkan pihak yang sedang menyiasat kes liwat. 

Karpal singh melakukan yang no dua. Bukan yang pertama. Dia tahu pihak polis dan kerajaan siasat anwar. Jadi dia tanya ketelusan pihak polis ketika itu terhadap dsai kerana ketika itu dsai berada dalam kerajaan. Tidak hairan kalau karpal singh membela anwar ibrahim sekarang sbb dia tahu dsai mangsa fitnah.

Tidak pelik kalau karpal singh dan dap anti islam. Tapi pelik kalau umno anti islam. Harap zulkifli nordin faham perkara itu.

RAMAI AHLI2 PKR KELUAR TINGGALKAN PRK DAN MASUK UMNO.

6. Tiada alasan yang jelas kenapa kebanyakkan mereka angkat kaki keluar dari pkr. Mungkin juga umno bercita2 nak hancurkan pkr sama seperti mereka hancurkan semangat 46. Pkr ialah parti serpihan umno. Mungkin umno berdendam sangat dengan pkr. Sebab itulah satu persatu keluar pkr dan masuk umno.

Kaitan anwar ibrahim dengan amerika dan yahudi bukanlah kaitan yang luar biasa kerana anwar ibrahim mengakui secara terang2an bahawa dia berhubungan dengan mereka atas pelbagai urusan. Namun apa yang menghairankan ialah kaitan umno dengan apco. Kerana umno kelihatan benci yahudi tapi dalam masa yang sama berkerjasama dengan yahudi.

Kalau lah mereka mahu menerima penjelasan dan jawapan demi jawapan maka perkara ini tidak perlu di ulang2 tulis. Saje aku tulis kat sini. Senang. Bila geng2 umno meroyan tanya soklan2 macam zul katak, aku copy paste. Senang. Dorang kan robot. Tanya soklan sama je tiap2 hari. Heh.

Ameno : Nanti dia tak mengaku itu blog dia pula.. kah kah kah siot je ko..

IKLAN TEXT DISINI

13 comments :

  1. ini yb dia sudah penig kepala..dia mana mau pergi lagi lepas nie.. sape nak calonkan dia PRU akan datang?takkan dia berani nak jadi calon bebas? tapi khalis rasa dia dah kaya la kot... tak perlu dah dia susah2 jd YB..macam isu2 nie,,terangkanla berapa kali kat diorang..bukan diorang nak dengar!! diorang akan tanya dan terus tnya walaupun dah jawab ratus2 kali..

    Mnutup aurat tapi berbogel??

    Ada apa dengan dara

    ReplyDelete
  2. katak ni mkn lama makin menunjukkan kebodohannya.da lompat jauh sgt ni, lupa dah nak lompat balik ke tempat asal.ayat yg last tu x blh blah lagsung..ada ke Allah suruh terima je bulat2 berita yang jatuh hukum fitnah krn tiada bukti..dah la drpd media yg x telus bersekongkol dgn pemimpin yg zalim. zn katak yang otak udang.

    ReplyDelete
  3. tak salah saya ini adalah salah satu jokes dalam ruangan Laughther is the Best Medicine dalam Reader's Digest. Dia cuma tukarkan 'God' dengan kalimah Allah, dengan kisahnya di'Melayu'kan. Orang Kristian memang tak kisah dengan jokes sebegini, tapi kalau kita sebagai umat Islam pun ikut jugak, di mana letaknya iman kita?

    ReplyDelete
  4. zulkifli nordin , marilah balik ke parti PKR , tak payah dok menyibuk dlm BN

    ReplyDelete
  5. tahniah Ameno, ulasan yang tepat..

    ReplyDelete
  6. Zul Nordin, UMporNO dan BN sentiasa mengeluarkan soalan-soalan yang sama setiap masa. Saya perasan soalan-soalan mereka semua senada sejak kes 1998 lagi. Soalan sentiasa berulang-ulang walaupun sudah banyak kali diterangkan.

    Zul Nordin ini saya tidak percaya dia masih dengan Islam sepenuhnya. Mata dia sudah kabur dengan duniawi. Kasihan pada anda zul nordin. Kasihan pada ibu yang melahirkan anda juga ayah yang mendidik anda. Anda sudah terjerat dengan kisah duniawi semata.

    -Dr. Latif-

    ReplyDelete
  7. bertobatlah ko zul..pengetahuan agama yg ada dlm diri ko perjudikan untok kepentingan duniawi semata mata..ingat! janji Allah..mereka yg mendahului masok neraka dikalangan ahli neraka ialah golongan agama yg mendustakan ayat ayat Allah..tgok muka ko pun dah tau hilangnya apa yg dikatakan 'nur' seorg ahli agama..dr taraf ustaz jd pencacai..hu hu hu..

    ReplyDelete
  8. tahniah ameno..bedebuk hang ZN!
    malu ak jadi org sempadan bandar baru...
    cpt2la PRU nak halau katak pi balik kolam...haahahaha

    plus,mana ada org kulim-bb cakap mike-kome...shuh shuh shuh...

    ReplyDelete
  9. pasal helikopter terhempas kat sarawak, apa plak maksud yf tuhan hantarkan? lepas tu tempat yg tak pernah banjir bole banjir papa plak maksud yg tuhan hantar? kapal selam tak bleh selam apa plak maksudnya?

    ReplyDelete
  10. zul nordin teruk....dulu sblm khianat...pnyle sokong anwar dan beri kenyataan bhw anwar difitnah....tp bila dah xdpt memuaskan hati sndr....dia mcm terlupa kjp dia tu siapa? adakah ingin mewakili agamanya (kebenaran) atau memuaskan dendam nyer pd hamba allah tersebut! sdh jelas bhw DSAI difitnah selama ini (dan beliau jg tlh tegaskan sebelum ini)....tp blh tkr kenyataan hny krn x puas hati....? bukti menunjukkan DSAI jelas x bersalah dan zul sndr tau hakikat itu.....tidakkah beliau jg sdr bhw fitnah2 itu jg telah disebarkan utk mengaburi rakyat kini....itu bkn petunjuk kpd rakyat siapa DSAI...ttp itu adalah petunjuk betapa parti yg memerintah negara kini itu yg PENDUSTA!!!!! xkan x nampak lg?????

    ReplyDelete
  11. tahniah ameno..bedebuk hang ZN!
    malu ak jadi org sempadan bandar baru...
    cpt2la PRU nak halau katak pi balik kolam...haahahaha

    plus,mana ada org kulim-bb cakap mike-kome...shuh shuh shuh...

    ReplyDelete
  12. tak salah saya ini adalah salah satu jokes dalam ruangan Laughther is the Best Medicine dalam Reader's Digest. Dia cuma tukarkan 'God' dengan kalimah Allah, dengan kisahnya di'Melayu'kan. Orang Kristian memang tak kisah dengan jokes sebegini, tapi kalau kita sebagai umat Islam pun ikut jugak, di mana letaknya iman kita?

    ReplyDelete

Komen mestilah berkaitan dengan artikel.Kalau nak maki hamun ke (kalau dah geram sangat neh) sila maki hamun saya je, janganlah maki hamun ataupun babitkan ahli keluarga saya dalam neh. Tak kan itu pun nak di ajar lagi? Masing2 dah besar. Kalau tak suka saya, so sila lah kutuk2 saya.. apa kena mengena family saya dalam neh? sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...