Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 18 Januari 2011

Israel bunuh 26 nyawa kanak2 hanyalah angka kecil.


Pada tahun lepas iaitu 2010, sebanyak 26 nyawa kanak2 palestine di bunuh oleh israel. Angka ini adalah angka yang difaktakan. Angka yang bukan fakta saya tidak tahu. Heh.

Kita tidak boleh menolak kemungkinan ada kematian yang tidak dilaporkan. Kita juga tidak boleh menolak kemungkinan ada kematian yang tidak ketahui [kes kanak2 hilang]. Sebab itu saya cakap 26 kanak2 palestine yang dibunuh oleh israel ini adalah angka yang sangat kecil. Ikut kepada kezaliman israel, angka ini sepatutnya lebih besar lagi. Heh


Sabar dulu, jangan nak marah saya melulu kerana saya cukup suka berprasangka buruk terhadap israel. Yang hakikatnya, saya sudah tiada cara untuk melihat israel dengan pandangan yang positif. Jika anda ada, saya ucapkan tahniah dan syabas, kerana anda orangnya cukup kuat, cukup tabah dan cukup sabar dalam menjalani ujian Allah swt. Sayangnya saya tidak setabah anda, saya tidak sesabar anda sebab itu bila lihat israel saya lihat kekejaman.


Saya tidak tahu jika kanak2 palestine ini sempat masuk rancangan realiti seperti kamilah bintang, idola kecil ataupun tom-tom bak tetapi apa yang pasti kesemua mereka telah mati ditembak tanpa mengenaltahu atas kesalahan apa mereka dibunuh. Ini jika bukan zalim, saya sudah tidak tahu nak namakan ia sebagai apa. Walaupun pada hakikatnya, israel menamakan ia sebagai keadilan undang2, tetapi minda negatif saya tetap memandangnya ia sebagai suatu penindasan, bagi saya seteruk mana pun kesalahan kanak2 neh, nyawa mereka masih berharga, dan tidak sepatutnya ditembak membuta tuli.


Mungkin bagi sesetengah dari anda ada yang berjiwa kebal, keras dan kuat tidak akan terasa sedih melihat kanak2 palestine yang terpaksa tinggalkan sekolah dan berkerja bagi membantu keluarga mereka sebelum akhirnya ditembak mati tanpa belas kasihan oleh askar israel atas nama pertahankan undang2, tetapi bagi saya yang sangat lemah, saya melihat ini suatu kenangan yang pahit untuk ditelan oleh orang islam.

Cuba kita lihat wajah anak2 palestine ini.. cuba kita hayati penderitaan mereka.. cuba kita meletakkan diri kita kat tempat mereka.. cuba kita.. fahamkan satu perkara.. betapa nikmatnya negara kita.. adakah kerana terlalu nikmat.. maka kita beria2 melakukan maksiat di bumi malaysia???


Dan jangan salah faham. Bukan saya nak kanak2 di malaysia merasai penderitaan kanak2 palestine, bukan mmg bukan. Tetapi, saya mahu kanak2 di malaysia menghargai keamanan yang Allah swt berikan kepada kita. Bukan dengan cara berjoget syukur ataupun menari syukur. Jauh sekali melalak syukur. Sebaliknya, cuma janganlah beria2 memuja rancangan2 yang menyesatkan minda dan batin umat islam. Kita kini sudah jauh tersimpang. Ibu-bapa patut sedar, meletakkan anak di dunia seni, ibarat mengadaikan anak2 sendiri ke dunia neraka.. renungkanlah.

Ameno : Tak reti nak menangis daa..

Sumber : sini

Untuk lihat gambar2 palestine sila ke sini

Share this

0 Comment to " Israel bunuh 26 nyawa kanak2 hanyalah angka kecil. "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...