Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 3 Januari 2011

Berita kasi mampus rakyat malaysia : Minyak naik ini malam!!

Updated :

Terbukti sah ron 97 memang dinaikkan. Dua hari lepas saya menerima info neh. Terima kasih pada yang share info neh pada saya 2 hari lepas. Kepada mereka yg tahu akan ada kenaikan, ataupun telah berlaku kenaikan senyap2 sila hubungi saya utk share maklumat tersebut di sini orderonline2010@gmail.com. Semua pemberi maklumat akan dirahsiakan jika perlu dan semua info mestilah benar bukan palsu atas alasan mahu menjatuhkan BN. Jika mahu menentang BN, menentanglah dengan kebenaran bukan kepalsuan.

rujuk sini

Ini adalah berita yang nak memamposkan rakyat malaysia bagi menjimatkan ruang malaysia yang semakin sempit.


Dek pertambahan rumah yang semakin ramai dan bagi membantu Najib menyediakan ruang utk membina menara merdeka so kerajaan telah memutuskan menaikkan harga petrol ini malam. Opsssss.. tunggu dulu! Ini adalah spekulasi semata2. Belum di sahkan lagi. Spekulasi ini saya terima menerusi rakan2 dari sini. Khabarnya pengusaha stesen minyak dah dapat hint dari kerajaan bahawa minyak ron 97 akan naik lagi pada tengah malam neh. Ikut sumber terbabit, kerajaan akan umumkan pada malam neh. So nak tahu benar atau tidak sama2 kita nantikan.

Namun, jika tidak diumumkan pada malam neh, tetap akan berlaku kenaikan dalam masa terdekat. Itu info yg dia bagitau saya. Pendek kata naik tetap naik. Ron 97 dan 95 akan naik cuma berbeza tarikh dan waktu sahaja. Kalau nak tahu tarikh tepat just call idris jala or najib. Kah kah kah

Kalau nak tahu ron 97 ikut harga pasaran. So harga bagi ron 97 memang akan disemak setiap hujung bulan tiap2 bulan dan kenaikan akan diumumkan pada tiap2 awal bulan terbabit. Kalau bercadang nak maki hamun ke kata2 kesat ke nak mengutuk ke apa ke saya cadangkan jgn teruskan niat keji anda itu. Heh

Bukan apa, tangan yang mengundi tue, mengundi BN. So kalau berani sangat maki lah diri sendiri sebelum maki BN. Boleh? Heh. Bagi yang tak undi BN bolehlah maki hamun BN, ada logic sket. Betul?

Apa pun selain dari petrol ron 97, saya suspect minyak masak juga akan dinaikkan tak lama lagi. Disebabkan minyak masak dah mula di sorokkan di seluruh malaysia dalam sebulan neh. Pemborong dah mula hadkan penjualan kepada peruncit kerana kekurangan bekalan, ini diakui oleh pemborong menerusi astro awani.

Memang pada mulanya saya fikir hanya minyak masak je bakal naik tp rupanya petrol turut menyusul selain sayur-sayuran import.

Nak taknak kita kena berdepan dengan beberapa kenaikan tak lama lagi. Cuma kita tak pasti bila. Di sini saya bagitau beberapa barang yg akan dinaikkan agar pengguna bersedia dari awal walaupun bersedia ke tak bersedia ke sama je kesan nya. Heh

1. Beras
2. Petrol
3. Minyak masak
4. Product tenusu
5. Tambang bas
6. Tarif elektrik & air [tarif air bagi sesetengah negeri sahaja]

okey?
Info neh saya dapat dari beberapa sumber.



Ameno : WOW.. ini betul2 kasi aku termampos.

Ahad, 2 Januari 2011

Himpunan lawak Datuk Seri Ali Rustam










Berikut di atas ialah koleksi lawak cara DAR = Datuk Ali Rustam menjawab hujah balas dari pembangkang ataupun ketika memberikan statement berhubung beberapa tindakan pembangkang.

1. Masjid jadi balai raya pun masalah. Kalau jadi tempat wat parti umno no hal kot. Kah kah kah

2.Kah kah kah. Gila bangang punya statement. Dia kata PR dengki oiii.. kah kah kah adoii tolonglah aku.. menteri sapa neh? Ingat tue PAS, DAR tak bagi nek benda alah tue.. kah kah kah

3. Tak perlu dipoliticiankan kata DAR.. bahasa seorang ketua menteri.. ingatkan aku yg menulis tadi.. kah kah kah beria2 DAR makan pisang tue weh.. kah kah kah

4. DAP je yang anti-judi? BN macam mana? UMNO macam mana? kah kah kah

5. 21 tahun PAS perintah kelantan tak berkat kata DAR. Huisshhh dasat.. DAR perintah melaka juga yang berkat kot.. kah kah kah apa citer ladang khinzir tue dah settle kot.. kah kah kah

6. Ejaan baru tue.. kah kah kah.. kat melaka semua orang islam wajib tutup aurat kot... kah kah kah bagi aku lebey bek lambat daripada tiada...

7. Ini paling lawak dowh.. sampaikan niat PAS pun DAR boleh baca.. kah kah kah ajak2 ayam enh? kah kah kah.. lawak dowhh...

Inilah dia jawapan ketua menteri melaka. Budak tiga tahun pun gelak baca. Siyes. Heh.

Dalam pada itu aku jumpa satu statement bangang dari pengampu tegar DAR.. lue orang fikirlah sendiri.. soal rezeki anak2 kelantan neh aku tgk dah banyak kali org2 umno dok jaki dari dulu lagi. Apsal enh? Heran betul lah aku..


Ameno : Dah tak larat nak gelak dah weh..

Gerakan anti Maher Zain oleh Melodi!

Yes. Ini ada satu gerakan. Gerakan ini mmg best. Gerakan ini ialah gerakan anti Maher Zain. Bukan calang2 orang yg menerajui gerakan ini. Gerakan ini diketuaiM oleh dua kumpulan yg mempunyai pengaruh besar di malaysia iaitu :

1. Melodi

2. Utusan Malaysia

Baiklah bagi mereka yg berminat utk menyertai gerakan ini anda kena buat beberapa perkara bagi melayakkan anda utk masuk ke dalam kumpulan ini.

1. Mula2 korang kena fitnah Maher Zain, tak kisah lah cara korang fitnah tue, wat vitie dengan tuduhan liar ke,


2. Tajuk akhbar yang panas ke,


3. Wat klip video yang memaparkan statement syok sendiri ke,


4. Lebih baik kalau boleh super impose maher zain ataupun dok push2 maher zain pasal kisah rumahtangga dia sebab ini mmg kemahiran melodi ==> menjahanamkan rumahtangga orang.


5. Lepas dah buat, upload lah ke group fb melodi / bagi je kat wartawan2 fitnah melodi.


6. Then tunggulah APCO calling2 korang ke apa untuk collect bayaran dan sebagainya.


7. Kena faham sket lah media prima neh pro umno.


8. Umno neh pro APCO.


9. APCO pro israel.


10. Israel anti palestine.


11. Maher Zain sayang palestine.


12. Maher zain wat lagu2 kesedaran supaya kita sama2 bantu palestine.


13. Rakyat malaysia pula suka Maher Zain sebab masyarakat muslim di malaysia mmg tengah kehausan lagu2 dakwah mcm neh.


14. Jika rakyat Malaysia terlalu menerima baik Maher Zain, maka Apco / Israel akan terjejas dan berkecil ahti. Israel kan jenis cepat kecil ahti, sebab tue dorang suka bom situ sana sini.


15. Jadi gerakan fitnah ini diwujudkan bagi memburukkan imej Maher Zain agar tidak disayangi sangat oleh rakyat Malaysia.
Mudah bukan? So mau anti Maher Zain dan support APCO? Hah cepatlah fitnah Maher Zain then salurkan kepada wartawan2 utusan dan tv3 mereka tengah tunggu tue. Sehari tanpa fitnah ibarat mereka hidup tanpa udara.

Lagi lanjut sini
dan sini



Ameno : Apa no telefon Apco enh?

Recap 10 terhangat : Kes kematian kontroversi 2010

2010 telah berlepas dan melakar pelbagai kisah suka dan duka bagi sesetengah individu. Berikut adalah 10 kematian terhangat yang mencetuskan rasa ingin tahu masyarakat umum sehingga mendapat liputan meluas pelbagai jenis media tanah air dan media antarabangsa.

10. Kematian Sarina Jaafar.

Sarina jaafar yang juga pengasas product kecantikan aveer ditemui mati di kediaman nya ketika kes pembunuhan kejam sosilawati dan tiga yang lain menjadi bualan masyarakat malaysia.

Kematian sarina jaafar diklasifasikan sebagai kes bunuh diri akibat tekanan dalam masalah perniagaan. Kisah ini disahkan oleh PDRM dan keluarga arwah, tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kematian kejam sosilawati dan tiga yang lain.

9. Pembunuhan kejam ustazah dan anaknya.

Mangsa yang dikenali sebagai Norliza Ishak seorang ustazah dibunuh dengan kejam oleh jiran sendiri. Selepas membunuh ustazah, penjenayah bertindak lebih kejam dengan membunuh anak mangsa iaitu Amirul Aiman Mohd Yusof bagi menutup perbuatan tersebut. Bacaan lanjut disini

8. Kes rogol dan bunuh seorang remaja perempuan.

Kisah ini turut mendapat perhatian umum apabila seorang remaja perempuan Ilya Nabilah Rosanita yang berusia 19 tahun ditemui mati dalam keadaan diikat pada sebatang pokok, berbogel dengan kesan tikaman di dada, dirogol dan dibunuh bagi menutup jenayah rogol terbabit. Lagi lanjut disini

7. Penderaan kejam kanak-kanak berusia 18 bulan.

Kanak-kanak berusia 18 bulan, K.Haressvarran didera dengan teruk sampai mati. Diberitakan 6 tulang mangsa patah teruk. Baca sini


6. Tragedi pembunuhan keluarga Imam.

Imam sekeluarga yang mati dibunuh juga turut mengemparkan rakyat malaysia. Bacaan lanjut disini

5. Kes kematian kejam Syafia Humairah.



Syafia humairah seorang kanak2 yang berusia tiga tahun dibunuh dihadapan orang ramai di tengah2 padang bola sepak pada feb 2010 yang lepas. Ketika kejadian, bapa tiri yang membunuh kanak2 terbabit marahkan syafia yang tidak pulang ke rumah meskipun telah dekat waktu senja bertindak memukul mangsa tidak henti2 termasuk memijak2 kepala mangsa. Kesan perbuatan tersebut menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian. Ketika kejadian tersebut berlaku, beberapa remaja memerhatikan perkara tersebut tetapi tidak berani masuk campur kerana bimbang dipukul.

Akhirnya mangsa mati setelah didera bertahun2 lama nya. Baca lanjut disini

4. Kemalangan ngeri 10/10/10



Kematian ngeri beberapa penumpang akibat nahas kemalangan jalanraya yang melibatkan bas-bas-kereta-van pada 10/10/2010 dicatatkan sebagai antara nahas kemalangan jalanraya yang terburuk dalam 10 tahun kebelakangan ini.

Kemalangan berpunca kerana pemandu bas terbabit gagal memotong kenderaan dihadapan nya lalu memaksanya utk mengelak sebelum terlanggar pembahagi jalan, pokok, sebuah bas, sebuah kereta dan sebuah van sebelum terbalik dan terpisah tempat duduk dan bumbung bas. Baca lanjut disini

3. Kematian misteri bekas Adun BN.

Bekas adun BN iaitu Abdul Aziz Mohd Nor dan Siti Rohana 43 ditemui mati ditembak di kepala dalam kereta yang mereka naiki. Terdapat beberapa spekulasi tersebar di antara ialah bekas adun terbabit membunuh diri dan kemudian nya membunuh pembantu peribadi, atau sebaliknya, dan ada yang mengatakan bahawa kedua2 mereka ditembak mati oleh individu ketiga. Kisah ini tidak diketahui samada sedang disiasat oleh PDRM ataupun sudah ditutup.

Bacaan lanjut disini

2. Kematian tragis Aminul rashid.



Aminul rashid yang ditembak sampai mati dan dilabelkan sebagai perompak oleh PDRM melalui suratkhabar UTUSAN MALAYSIA juga turut meraih perhatian luar biasa rakyat malaysia. PDRM yang dituntut untuk minta maaf kepada arwah keluarga aminul rashid kerana memfitnah arwah sebagai seorang perompak masih enggan dan berdegil untuk membuat permohonan maaf secara terbuka. Kesan daripada berita negatif/fitnah yang dibuat terhadap arwah membuatkan arwah dicaci, dikutuk, dihina, dimaki, dituduh, dan dilabelkan pelbagai gelaran yang tidak baik dan ini melukakan keluarga arwah yang menghadapi detik2 sukar akibat kehilangan anak bongsu yang tersayang pada ketika itu.

PDRM juga turut dikecam oleh masyarakat akibat perbuatan mereka yang menembak mangsa [aminul rashid] membuta tuli ketika kejadian tersebut. Pelbagai group fb yang ditubuhkan oleh pembela aminul rashid [siapa mereka, kita sama kita tahu] juga dipantau secara khusus oleh PDRM kerana terdapat banyak luahan tidak puas ahti rakyat terhadap sikap PDRM selama ini.
Ketika ini kes mahkamah masih berjalan. Baca lanjut disini.

1. Pembunuhan kejam Sosilawati dan tiga rakan nya yang lain.


Kes kematian kejam Sosilawati dan tiga yang lain menutup tirai 2010 antara salah satu kes pembunuhan yang paling kejam dalam sejarah kes2 pembunuhan di malaysia. Sosilawati dan tiga yang lain, diculik, dikurung, diugut, dipukul, ditikam sampai mati dan mayat2 kesemua mangsa dibakar bagi menghilangkan bukti DNA di sekitar tempat kejadian.

Kes ini mendapat liputan meluas dalam dan luar negara. Beberapa segmen khas ditubuhkan oleh beberapa unit berita bagi cover kisah pembunuhan kejam ini kerana kes pembunuhan ini meraih perhatian luar biasa seluruh rakyat malaysia. Kisah kejam ini berlaku ketika umat islam sedang berpuasa dan kisah ini juga mencetuskan beberapa insiden perkauman bagi mereka yang ektremis. Kes mahkamah masih berjalan. Terdapat beberapa pesalah telah dikenakan hukuman namun mengundang rasa tidak puas ahti masyarakat umum kerana hukuman disifatkan terlalu ringan. Lanjut di sini , sini dan sini



Kisah ini disenaraikan mengikut ranking carian google.

Selasa, 28 Disember 2010

1,000 strategi Indonesia untuk menang piala suzuki esok!


Aku time baca komen-komen dari orang indonesia perihal bola memang akan tergelak sendirian. Betul2 lawak mee sedap. Kelakar yang amat. Kadang2 aku ras dorang neh memang sengaja buat lawak. Mungkin nak hibur ahti yang bosan.

Cuba tgk komen2 kat atas neh sebagai bukti. Siap nak bakar bendera lah. Perghhh.. penjaga garisan pun kena kutuk wa cakap lue.. kah kah kah
FB aku, group aku, blog aku penuh ngan komen2 dorang sejak dua menjak neh.. kat shoutbox aku pun dorang terjah.. perghh.. takboleh blah, aku provoke sket.. dorang cepat melatah jenis tak tahan emosi.. ada ahti nak main provoke2 sebab tue lah aku cakap jangan men provoke kalau tak tahan kena provoke.. kah kah kah

Tapi aku rasa komen kat bawah neh yg paling lawak biol.. kah kah kah baca bebaik beb.
Ugut kemain hebat tapi cuak juga enh dengan penyokong2 Malaysia rupanya..

Siap buat filem lagi, Marcus pun kalah cam neh aku rasa. Kah kah kah.. Aku rasa dorang neh memang dah dipengaruhi watak2 dalam sinetron lah, macam citer pari2 yang ada kat dalam bawang putih dan bawang merah tue.. semua skrip yang bebal2 belaka dorang cipta.. ada ke patut belum apa2 dorang dah suspect kita akan bawa laser dan menyamar sebagai penyokong indonesia?

Sapa lar bagi script bebal cam neh kat admin dia enh. Admin dia neh penuh dengan syak wasangka yang melulu.
Yang paling tak boleh blah ada artis indonesia yang nak pakai seksi untuk alih tumpuan pemain malaysia. kah kah kah.. adoiiii lawak gileeeee.... biar betik dorang neh.. kah kah kah


Dorang neh memang beria-ria nak menangkan. Sampai sanggup usaha itu, usaha ini. Kah kah kah.. macam2 strategi yang pelik2. Macam2 konklusi yang lawak2. Lantak koranglah indonesians weh.. asalkan lue tahu, malaysia tetap cool dan rasional kalah mahupun menang.. kah kah kah


Ameno : Desperate gila nak menang punya pasal kah kah kah..

Must read!! ABIM Sokong IFF! Yesss..! Sekularisme menang akhirnya!

Apa itu ABIM? ABIM ialah Angkatan Belia Islam Malaysia. Apa kaitan ABIM dengan IFF? ABIM dan IFF ialah dua perkara memang ada kaitan secara tidak langsung. Tengok betul2 apa yang saya nak sampaikan neh.

1. ABIM = Angkatan Belia Islam Malaysia

2. IFF = Islamic Fashion Festive.

Baik ABIM, baik IFF kedua-dua nya ada perkataan Islam dan Islamic.

Apa itu islam? Islam ialah satu cara hidup yang di anjurkan oleh Allah swt. Manusia di tuntut untuk hidup mengikuti aturan islam tanpa mengira bangsa, keturunan, negara dan darjat. Dalam erti kata lain seluruh manusia di dunia ini patut menganuti islam sebagai agama, bukan agama lain.

Apa itu islamic pula? Islamic ialah ciri2 keislaman. Perempuan yang pakai tudung meskipun dia bukan orang islam, tetapi dia mengambarkan ciri2 islam, so di sini dia ialah islamic.

Disebabkan ABIM ialah islamer's yang islamic maka tidak hairan kalau ABIM sokong IFF. Saya tidak bohong. Boleh lihat gambar kebenaran kata2 saya di bawah ini.


Sudah lihat bukan? Jadi adakah saya pendusta? Saya bukan pendusta dan saya terkilan jika dituduh sebagai pendusta. Memang perkara benar ABIM sokong IFF. Apakah di balik kerasionalan ABIM sokong IFF neh? Mari saya terangkan. Mungkin korang rasa ABIM salah langkah tetapi saya rasa ABIM langkah besar. Bukan salah langkah tetapi langkah besar. Faham betul2 ya.

IFF dinaungi oleh Rosmah. Rosmah ialah suami Najib. Najib ialah perdana menteri malaysia. Dan perdana menteri malaysia berkuasa keluarkan apa2 peruntukan dan dana untuk membiayai apa2 program.

Oleh itu jika ABIM sokong IFF pun, ia bukan nya tak logik. Ini memang logik. Ada rasionalnya disitu. Di sini saya berikan anda contoh agama islamic fashion show. Pakai baju yang ada kalimah Muhammad saw juga adalah salah satu ciri islamic. Tengok sini.

Mau lagi? Klik sini

Sudah tgk? Sudah faham? Kalau pakai tudung, buka leher juga islamic. Kalau pakai skirt, tutup rambut juga adalah islamic. Islamic tak semestinya memenuhi tuntutan hukum yang termaktub dalam Alquran. Asalkan ada unsur2 islam sudah cukuplah membuktikan yang ianya islamic.

Dalam erti kata lain kalau pun ABIM nak bodek rosmah, maka biarkanlah dia. Jangan dengki tak tentu pasal macam perangai orang ini.

Orang ini dengki sebab rosmah taknak keluarkan apa2 peruntukan dia. Itulah hakikatnya. Manusia memang suka saling dengki mendengki. Auw.



Ameno : WOW.. i am shocked!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...