Berikut di atas ialah koleksi lawak cara DAR = Datuk Ali Rustam menjawab hujah balas dari pembangkang ataupun ketika memberikan statement berhubung beberapa tindakan pembangkang.
1. Masjid jadi balai raya pun masalah. Kalau jadi tempat wat parti umno no hal kot. Kah kah kah
2.Kah kah kah. Gila bangang punya statement. Dia kata PR dengki oiii.. kah kah kah adoii tolonglah aku.. menteri sapa neh? Ingat tue PAS, DAR tak bagi nek benda alah tue.. kah kah kah
3. Tak perlu dipoliticiankan kata DAR.. bahasa seorang ketua menteri.. ingatkan aku yg menulis tadi.. kah kah kah beria2 DAR makan pisang tue weh.. kah kah kah
4. DAP je yang anti-judi? BN macam mana? UMNO macam mana? kah kah kah
5. 21 tahun PAS perintah kelantan tak berkat kata DAR. Huisshhh dasat.. DAR perintah melaka juga yang berkat kot.. kah kah kah apa citer ladang khinzir tue dah settle kot.. kah kah kah 6. Ejaan baru tue.. kah kah kah.. kat melaka semua orang islam wajib tutup aurat kot... kah kah kah bagi aku lebey bek lambat daripada tiada...
7. Ini paling lawak dowh.. sampaikan niat PAS pun DAR boleh baca.. kah kah kah ajak2 ayam enh? kah kah kah.. lawak dowhh...
Inilah dia jawapan ketua menteri melaka. Budak tiga tahun pun gelak baca. Siyes. Heh.
Dalam pada itu aku jumpa satu statement bangang dari pengampu tegar DAR.. lue orang fikirlah sendiri.. soal rezeki anak2 kelantan neh aku tgk dah banyak kali org2 umno dok jaki dari dulu lagi. Apsal enh? Heran betul lah aku..
Yes. Ini ada satu gerakan. Gerakan ini mmg best. Gerakan ini ialah gerakan anti Maher Zain. Bukan calang2 orang yg menerajui gerakan ini. Gerakan ini diketuaiM oleh dua kumpulan yg mempunyai pengaruh besar di malaysia iaitu :
1. Melodi 2. Utusan Malaysia
Baiklah bagi mereka yg berminat utk menyertai gerakan ini anda kena buat beberapa perkara bagi melayakkan anda utk masuk ke dalam kumpulan ini. 1. Mula2 korang kena fitnah Maher Zain, tak kisah lah cara korang fitnah tue, wat vitie dengan tuduhan liar ke,
2. Tajuk akhbar yang panas ke,
3. Wat klip video yang memaparkan statement syok sendiri ke,
4. Lebih baik kalau boleh super impose maher zain ataupun dok push2 maher zain pasal kisah rumahtangga dia sebab ini mmg kemahiran melodi ==> menjahanamkan rumahtangga orang.
5. Lepas dah buat, upload lah ke group fb melodi / bagi je kat wartawan2 fitnah melodi.
6. Then tunggulah APCO calling2 korang ke apa untuk collect bayaran dan sebagainya.
7. Kena faham sket lah media prima neh pro umno.
8. Umno neh pro APCO.
9. APCO pro israel.
10. Israel anti palestine.
11. Maher Zain sayang palestine.
12. Maher zain wat lagu2 kesedaran supaya kita sama2 bantu palestine.
13. Rakyat malaysia pula suka Maher Zain sebab masyarakat muslim di malaysia mmg tengah kehausan lagu2 dakwah mcm neh.
14. Jika rakyat Malaysia terlalu menerima baik Maher Zain, maka Apco / Israel akan terjejas dan berkecil ahti. Israel kan jenis cepat kecil ahti, sebab tue dorang suka bom situ sana sini.
15. Jadi gerakan fitnah ini diwujudkan bagi memburukkan imej Maher Zain agar tidak disayangi sangat oleh rakyat Malaysia.Mudah bukan? So mau anti Maher Zain dan support APCO? Hah cepatlah fitnah Maher Zain then salurkan kepada wartawan2 utusan dan tv3 mereka tengah tunggu tue. Sehari tanpa fitnah ibarat mereka hidup tanpa udara.
2010 telah berlepas dan melakar pelbagai kisah suka dan duka bagi sesetengah individu. Berikut adalah 10 kematian terhangat yang mencetuskan rasa ingin tahu masyarakat umum sehingga mendapat liputan meluas pelbagai jenis media tanah air dan media antarabangsa.
10. Kematian Sarina Jaafar.
Sarina jaafar yang juga pengasas product kecantikan aveer ditemui mati di kediaman nya ketika kes pembunuhan kejam sosilawati dan tiga yang lain menjadi bualan masyarakat malaysia.
Kematian sarina jaafar diklasifasikan sebagai kes bunuh diri akibat tekanan dalam masalah perniagaan. Kisah ini disahkan oleh PDRM dan keluarga arwah, tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kematian kejam sosilawati dan tiga yang lain.
9. Pembunuhan kejam ustazah dan anaknya.
Mangsa yang dikenali sebagai Norliza Ishak seorang ustazah dibunuh dengan kejam oleh jiran sendiri. Selepas membunuh ustazah, penjenayah bertindak lebih kejam dengan membunuh anak mangsa iaitu Amirul Aiman Mohd Yusof bagi menutup perbuatan tersebut. Bacaan lanjut disini
8. Kes rogol dan bunuh seorang remaja perempuan.
Kisah ini turut mendapat perhatian umum apabila seorang remaja perempuan Ilya Nabilah Rosanita yang berusia 19 tahun ditemui mati dalam keadaan diikat pada sebatang pokok, berbogel dengan kesan tikaman di dada, dirogol dan dibunuh bagi menutup jenayah rogol terbabit. Lagi lanjut disini
7. Penderaan kejam kanak-kanak berusia 18 bulan.
Kanak-kanak berusia 18 bulan, K.Haressvarran didera dengan teruk sampai mati. Diberitakan 6 tulang mangsa patah teruk. Baca sini
6. Tragedi pembunuhan keluarga Imam.
Imam sekeluarga yang mati dibunuh juga turut mengemparkan rakyat malaysia. Bacaan lanjut disini
5. Kes kematian kejam Syafia Humairah.
Syafia humairah seorang kanak2 yang berusia tiga tahun dibunuh dihadapan orang ramai di tengah2 padang bola sepak pada feb 2010 yang lepas. Ketika kejadian, bapa tiri yang membunuh kanak2 terbabit marahkan syafia yang tidak pulang ke rumah meskipun telah dekat waktu senja bertindak memukul mangsa tidak henti2 termasuk memijak2 kepala mangsa. Kesan perbuatan tersebut menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian. Ketika kejadian tersebut berlaku, beberapa remaja memerhatikan perkara tersebut tetapi tidak berani masuk campur kerana bimbang dipukul.
Akhirnya mangsa mati setelah didera bertahun2 lama nya. Baca lanjut disini
4. Kemalangan ngeri 10/10/10
Kematian ngeri beberapa penumpang akibat nahas kemalangan jalanraya yang melibatkan bas-bas-kereta-van pada 10/10/2010 dicatatkan sebagai antara nahas kemalangan jalanraya yang terburuk dalam 10 tahun kebelakangan ini.
Kemalangan berpunca kerana pemandu bas terbabit gagal memotong kenderaan dihadapan nya lalu memaksanya utk mengelak sebelum terlanggar pembahagi jalan, pokok, sebuah bas, sebuah kereta dan sebuah van sebelum terbalik dan terpisah tempat duduk dan bumbung bas. Baca lanjut disini
3. Kematian misteri bekas Adun BN.
Bekas adun BN iaitu Abdul Aziz Mohd Nor dan Siti Rohana 43 ditemui mati ditembak di kepala dalam kereta yang mereka naiki. Terdapat beberapa spekulasi tersebar di antara ialah bekas adun terbabit membunuh diri dan kemudian nya membunuh pembantu peribadi, atau sebaliknya, dan ada yang mengatakan bahawa kedua2 mereka ditembak mati oleh individu ketiga. Kisah ini tidak diketahui samada sedang disiasat oleh PDRM ataupun sudah ditutup.
Aminul rashid yang ditembak sampai mati dan dilabelkan sebagai perompak oleh PDRM melalui suratkhabar UTUSAN MALAYSIA juga turut meraih perhatian luar biasa rakyat malaysia. PDRM yang dituntut untuk minta maaf kepada arwah keluarga aminul rashid kerana memfitnah arwah sebagai seorang perompak masih enggan dan berdegil untuk membuat permohonan maaf secara terbuka. Kesan daripada berita negatif/fitnah yang dibuat terhadap arwah membuatkan arwah dicaci, dikutuk, dihina, dimaki, dituduh, dan dilabelkan pelbagai gelaran yang tidak baik dan ini melukakan keluarga arwah yang menghadapi detik2 sukar akibat kehilangan anak bongsu yang tersayang pada ketika itu.
PDRM juga turut dikecam oleh masyarakat akibat perbuatan mereka yang menembak mangsa [aminul rashid] membuta tuli ketika kejadian tersebut. Pelbagai group fb yang ditubuhkan oleh pembela aminul rashid [siapa mereka, kita sama kita tahu] juga dipantau secara khusus oleh PDRM kerana terdapat banyak luahan tidak puas ahti rakyat terhadap sikap PDRM selama ini. Ketika ini kes mahkamah masih berjalan. Baca lanjut disini.
1. Pembunuhan kejam Sosilawati dan tiga rakan nya yang lain.
Kes kematian kejam Sosilawati dan tiga yang lain menutup tirai 2010 antara salah satu kes pembunuhan yang paling kejam dalam sejarah kes2 pembunuhan di malaysia. Sosilawati dan tiga yang lain, diculik, dikurung, diugut, dipukul, ditikam sampai mati dan mayat2 kesemua mangsa dibakar bagi menghilangkan bukti DNA di sekitar tempat kejadian.
Kes ini mendapat liputan meluas dalam dan luar negara. Beberapa segmen khas ditubuhkan oleh beberapa unit berita bagi cover kisah pembunuhan kejam ini kerana kes pembunuhan ini meraih perhatian luar biasa seluruh rakyat malaysia. Kisah kejam ini berlaku ketika umat islam sedang berpuasa dan kisah ini juga mencetuskan beberapa insiden perkauman bagi mereka yang ektremis. Kes mahkamah masih berjalan. Terdapat beberapa pesalah telah dikenakan hukuman namun mengundang rasa tidak puas ahti masyarakat umum kerana hukuman disifatkan terlalu ringan. Lanjut di sini , sini dan sini
Kisah ini disenaraikan mengikut ranking carian google.
Aku time baca komen-komen dari orang indonesia perihal bola memang akan tergelak sendirian. Betul2 lawak mee sedap. Kelakar yang amat. Kadang2 aku ras dorang neh memang sengaja buat lawak. Mungkin nak hibur ahti yang bosan.
Cuba tgk komen2 kat atas neh sebagai bukti. Siap nak bakar bendera lah. Perghhh.. penjaga garisan pun kena kutuk wa cakap lue.. kah kah kahFB aku, group aku, blog aku penuh ngan komen2 dorang sejak dua menjak neh.. kat shoutbox aku pun dorang terjah.. perghh.. takboleh blah, aku provoke sket.. dorang cepat melatah jenis tak tahan emosi.. ada ahti nak main provoke2 sebab tue lah aku cakap jangan men provoke kalau tak tahan kena provoke.. kah kah kah
Tapi aku rasa komen kat bawah neh yg paling lawak biol.. kah kah kah baca bebaik beb. Ugut kemain hebat tapi cuak juga enh dengan penyokong2 Malaysia rupanya.. Siap buat filem lagi, Marcus pun kalah cam neh aku rasa. Kah kah kah.. Aku rasa dorang neh memang dah dipengaruhi watak2 dalam sinetron lah, macam citer pari2 yang ada kat dalam bawang putih dan bawang merah tue.. semua skrip yang bebal2 belaka dorang cipta.. ada ke patut belum apa2 dorang dah suspect kita akan bawa laser dan menyamar sebagai penyokong indonesia?
Sapa lar bagi script bebal cam neh kat admin dia enh. Admin dia neh penuh dengan syak wasangka yang melulu.Yang paling tak boleh blah ada artis indonesia yang nak pakai seksi untuk alih tumpuan pemain malaysia. kah kah kah.. adoiiii lawak gileeeee.... biar betik dorang neh.. kah kah kah
Dorang neh memang beria-ria nak menangkan. Sampai sanggup usaha itu, usaha ini. Kah kah kah.. macam2 strategi yang pelik2. Macam2 konklusi yang lawak2. Lantak koranglah indonesians weh.. asalkan lue tahu, malaysia tetap cool dan rasional kalah mahupun menang.. kah kah kah
Apa itu ABIM? ABIM ialah Angkatan Belia Islam Malaysia. Apa kaitan ABIM dengan IFF? ABIM dan IFF ialah dua perkara memang ada kaitan secara tidak langsung. Tengok betul2 apa yang saya nak sampaikan neh.
1. ABIM = Angkatan Belia Islam Malaysia
2. IFF = Islamic Fashion Festive.
Baik ABIM, baik IFF kedua-dua nya ada perkataan Islam dan Islamic.
Apa itu islam? Islam ialah satu cara hidup yang di anjurkan oleh Allah swt. Manusia di tuntut untuk hidup mengikuti aturan islam tanpa mengira bangsa, keturunan, negara dan darjat. Dalam erti kata lain seluruh manusia di dunia ini patut menganuti islam sebagai agama, bukan agama lain.
Apa itu islamic pula? Islamic ialah ciri2 keislaman. Perempuan yang pakai tudung meskipun dia bukan orang islam, tetapi dia mengambarkan ciri2 islam, so di sini dia ialah islamic.
Disebabkan ABIM ialah islamer's yang islamic maka tidak hairan kalau ABIM sokong IFF. Saya tidak bohong. Boleh lihat gambar kebenaran kata2 saya di bawah ini.
Sudah lihat bukan? Jadi adakah saya pendusta? Saya bukan pendusta dan saya terkilan jika dituduh sebagai pendusta. Memang perkara benar ABIM sokong IFF. Apakah di balik kerasionalan ABIM sokong IFF neh? Mari saya terangkan. Mungkin korang rasa ABIM salah langkah tetapi saya rasa ABIM langkah besar. Bukan salah langkah tetapi langkah besar. Faham betul2 ya.
IFF dinaungi oleh Rosmah. Rosmah ialah suami Najib. Najib ialah perdana menteri malaysia. Dan perdana menteri malaysia berkuasa keluarkan apa2 peruntukan dan dana untuk membiayai apa2 program.
Oleh itu jika ABIM sokong IFF pun, ia bukan nya tak logik. Ini memang logik. Ada rasionalnya disitu. Di sini saya berikan anda contoh agama islamic fashion show. Pakai baju yang ada kalimah Muhammad saw juga adalah salah satu ciri islamic. Tengok sini.
Sudah tgk? Sudah faham? Kalau pakai tudung, buka leher juga islamic. Kalau pakai skirt, tutup rambut juga adalah islamic. Islamic tak semestinya memenuhi tuntutan hukum yang termaktub dalam Alquran. Asalkan ada unsur2 islam sudah cukuplah membuktikan yang ianya islamic.
Dalam erti kata lain kalau pun ABIM nak bodek rosmah, maka biarkanlah dia. Jangan dengki tak tentu pasal macam perangai orang ini.
Orang ini dengki sebab rosmah taknak keluarkan apa2 peruntukan dia. Itulah hakikatnya. Manusia memang suka saling dengki mendengki. Auw.
Sejak Indonesia kalah bola semalam, pelbagai serangan dilakukan kepada rakyat malaysia melalui pelbagai medium secara online, samada menerusi blog, twitter, facebook, dan website milik Indonesia. Adoiiiyaii aku nak tergelak pun ya, sebab apa rasa cam kelakar sangat tengok mentaliti kebudak-budakan Indonesia daripada rakyat biasa hinggalah kepada pemimpin mereka. Seme jenis provoke lebey, isi tarak.
Untuk pengetahuan pembaca Indonesia, sebelum neh pun kami rakyat malaysia pernah kalah bola dengan Indonesia, 5-0 lagi, tapi takde pula kami melatah dan menyalahkan laser semata2. Siyes. So bolehlah bandingkan kematangan kami dengan kematangan kamu.. jauh berbeza bukan?
Dan kalau nak tahu sekarang media Indonesia dah mula mengarut macam orang BODOH, menghasut rakyat Indonesia untuk benci Malaysia. Siyes, tengok sini.
Dah tengok kan? Dah kalah tue kalah lah, neh apahal pula menyalahkan laser tak pepasal dari malam tadi bawak ke siang sampai nak lancar peranglah, ugut macam2 lah, bunuhlah, maki la, nak baling bom lah.. boleh baca sini [link dia nanti aku bagi, blog lagi satu dah kehabisan bandwith nanti nak pergi topup]
Aku bagaimanapun nak bagitau Indonesia beberapa perkara, biar dorang buka sket minda kebudak-budakan dowang tue.
1. Ketika Gunalan nak buat sepakan percuma, pemain indonesia dok tolak2 pemain malaysia. Ingat aku tak nampak ke weh? Aku nampak taw.. Marcus tue saja cuak pasal dia rasa gawang indonesia confirm bolos punya malam tue. So ada tak pemain2 malaysia menghentikan perlawanan? tarak.. pasal we all pro beb, pro. profesional. Heh.
2. Lepas tue tiba2 Marcus mengamuk pasal lazer kena mata dia. Siyes aku tak nampak time bila lazer kena mata dia tapi ketika separuh masa pertama, memang aku perasan ada cahaya lazer suluh2 kat baju Marcus. Benda benar beb, benda benar aku cakap, takmo tipu2. Tapi aku tak percaya Marcus kena lazer kat mata, aik fikir logiklah ble lazer tue dah kena mata dia mana dia nak perasan lagi? Lagipun dia dah buta ke belum? Enh tak buta enh? So kemungkinan besar Marcus berlakon je lebey, aku tgk si Marcus tue mmg wayang lebey, sama cam aksi tarik kaki Gunalan.. lebey2 plak nak tarik2 kaki, dah kalah tue kalah lah woittt.. enh ada tak rakyat malaysia yang protes tindakan tue? takde kan? Sebab rakyat malaysia bukan sahaja pro, malahan kita orang coolll... inikan cuma game aje so takyahlah nak emo lebey2 beb. Heh
3. Belum terbukti tembakan lazer tersebut ialah dari penyokong Malaysia. Belum terbukti beb. Sapa ada bukti? Ada? Takde kan, so apsal nak tuduh2, pada pemerhatian aku, lazer tue datang dari penyokong Indonesia. Dorang main2 lazer baju Marcus banyak kali ble pemain2 bola tengah sibuk sepak bola utk jaringkan gol. Pelik aku. Time pemain Malaysia nak jaring gol je mula lah lazer tue menyemak cam nak mengangu kosentrasi pemain Malaysia. Dah tue lazer tue di pancarkan ke perut Marcus, bukan muka atau tangan dia, so Marcus memang takan perasan sangat sebaliknya pemain2 lain yang akan perasan dan terjejas konsentrasi. So lazer itu digunakan untuk bantu Marcus, bukan mengenakan Marcus, dalam erti kata lain Marcus main tipu dengan lazer. Lazer tersebut membantu Marcus, dan ini tidak adil. Heh
4. Video youtube yang membuktikan penyokong indonesia main tipu dengan lazer. Aishh tak nampak pun pemain Malaysia protes dan keluar padang? Tak nampak pun penyokong Malaysia [termasuk saya] protes online. Pasal apa? Pasal kami matang dan berfikiran bijak. Siyes. Kemungkinan besar si pemlazer malam tadi ialah orang Indonesia, bukan dari rakyat Malaysia. Kantoi dah..
Marcus mengamuk sebab taktik wayang dia dah terkantoi. PADAN MUKA!
5. Tengok plak perang facebook. Habis semua rakyat Malaysia kena serang menerusi inbox [termasuk saya] dan di kutuk2 kat semua page pro Malaysia termasuk page KBSB, Maher Zain Malaysia, Rosmah Mansur, dan DSAI.
6. Tengok sini pula, dok kutuk2 malaysian kat facebook. Adoiiiyaii.. ugutan mmg macam2, sebab tue aku risaukan keselamatan pemain dan penyokong Malaysia, venue patut ditukar, orang indonesia neh bukan boleh main2, kemungkinan besar dorang memang nak attack orang Malaysia neh, kesian rakyat Malaysia tak pepasal kena aniaya lagi..
Baca komen indonesians neh cam baca komen bebudak, silap2 bebudak pun lagi matang dari dorang. Nak ajar penyokong malaysia konon, uishh hebatnya, tapi takut pak polisi, kalau dah hebat sangat, ajar sekali pak polisi tue, pak polisi kat malaysia neh hebat, dorang terer guna gas beracun taw. kah kah kah terai lah lawan polis di malaysia kalau betul2 hebat beb..
Dah tue sampai ke artis2 dorang sekali mengutuk2 kalah angkara lazer. Apa ke bangang daaa.. kalau dah kalah tue kalah jer lah, takyah bagi alasan semak2 weh.. ketika safree sali sepak gol kali pertama ada ke lazer kacau tumpu marcus? Takde kan? Marcus terjejas sebab putus cinta ke apa ke mana korang seme tahu, adalah dia mood tak baik malam tue.. tetiba dia salahkan lazer. Senang kerja dia, daripada orang salahkan dia pasal indonesia kalah, so dia cari jalan salahkan lazer, alih tumpuan, pandai betul berlakon sebijik cam umno. Heh
7. Senang cakap, indonesia takyahlah nak ancam2 kita owang lagi, kita orang tak kesahlah pun kalah menang [memang nak menang sangat] kita orang terima dengan redha sebab ini adat pertandingan. Agak2lah nak belit cakap malaysia tak hormat lagu indonesia lah apa lah, yang suka sangat nak memerangkan Malaysia dengan Indonesia napa? Jangan termasuk dalam perangkap media Indonesia tue, dorang mmg expert bab melaga2kan Malaysia dan Indonesia.
8. Dengar citer Indonesia nak wat protes sebab kalah malam tadi, protes pasal lazer enh? Tak kesahlah nak protes ke, nak demo ke, tapi sendiri mau ingatlah, rakyat malaysia memang penyabar orang nya, tapi jangan dok pijak2 kesabaran kami lama2, kami mungkin kalah dari segi kuantiti dan kekuatan, tetapi satu perkara yang kami lebih dari kamu dari dulu sampai sekarang ialah RASIONAL. Kami RASIONAL dalam setiap keputusan kami, dan selalu nya manusia yang pandai buat keputusan RASIONAL akan menang. Heh.
Ameno : Kucing pun gelak tengok fans indonesia wat lawak lazer.. kah kah kah