
Terdapat cakap2 belakang yang berbentuk sindiran dan sinis terhadap hero di kalangan rakyat tunisia iaitu mohammed bouazizi yang membakar diri nya sendiri akibat kebiadapan pihak penguatkuasa tunisia yang menyekat usaha boauzizi untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga nya.
Siapakah muhammed boauzizi boleh click sini untuk bacaan lanjut. Yang saya nak ulas ialah tindakan bauazizi yang membakar diri. Bagi saya tindakan dia ialah tindakan yang murni dan patut di sanjung tinggi.
Ya, ya saya tahu. Anda ialah orang islam yang alim bukan? Yang tak pernah buat dosa bukan? Yang hidupnya 100% perfect mengikut landasan islam bukan? Sebab itulah anda dengan sewenang-wenangnya mengutuk tindakan mohammed boauzizi bukan?
Izinkan saya ulas isu neh menggunakan sudut akal penderitaan, kezaliman dan kekejaman pemerintahan tunisia. Saya takan ulas berdasarkan sudut islam. Kalau pun saya go through melalui sudut islam, saya cukup2 yakin mohammed boauzizi juga tidak akan diperlekehkan oleh Allah swt sebagaimana kamu memperlekehkan arwah mohammed bauzizi neh.
Bagi korang, tindakan bauozizi yang membakar diri akibat ditindas dengan pihak penguatkuasa tunisia mungkin satu tindakan yang bodoh. Tetapi tahu kah korang sebodoh2nya tindakan dia itu, dialah pencipta revolusi jasmine. Yang korang kutuk2 dia, apa revolusi yang korang dah buat? ada? ada ke?
Jika korang di tempat boauzizi pun, aku tak percaya korang akan bertahan ditindas bertahun2 lamanya. Baozizi neh lepasan ijazah yang dah bertahun2 lamanya mencari kerja. Sebelum dia, pemuda2 [senior] yang melepasi ijazah pun masih tak dapat2 kerja. Punyalah sabar, sanggup usaha sendiri cari rezeki biarpun meniaga kecil2 untuk menampung kehidupan asalkan tak mencuri.
Tapi bagi korang yang lebih islam dari orang islam yang lain hanya tahu pandang sudut yang negatif. Yang bab bakar diri neh, korang memang hebat cerca cerci orang. Hebat wa cakap lue. Lebih hebat dari orang yang lebih alim dari lue. Hebat! Baca betul2. Hebat!
Tapi ble bab maksiat depan mata, korang juga yang tutup mata. Ble bab zina, korang juga yang tumpang sekaki. Ble bab hiburan, korang lebih havoc dari yahudi. Tapi ada ahti nak kutuk mohammed baouzizi. Heh
Korang neh spesis umat islam yang tak sedar diri. Siyes aku cakap. Tak sedar diri. Boleh baca sini. Ble korang tak sedar diri yang korang neh berpijak kat bumi sebab tue korang suka cakap meninggi diri.
Tindakan mohammed baouzizi pada aku ialah satu tindakan yang kita mesti puji. Aku peduli apa kalau korang nak analisis aku punya mentaliti. Mentaliti aku, adalah hak aku sepenuhnya. Aku memahami penderitaan rakyat tunisia yang terdesak perlu kepada satu revolusi. Revolusi ini adalah lazim jika menuntut pengorbanan. Dan mohammed baouzizi sanggup menjadi tema pengorbanan bagi satu perjuangan di tunisia. At least, walaupun dia mati akhirnya, dia mati dengan penuh terhormat. Kalau korang nak cerca tindakan dia yang bakar diri adalah satu tindakan yang takde tamadun, baik korang cermin diri korang dulu.
Kita pun tak setamadun dan sebagus mana. Pemimpin kita main arak main betina. Kita pun bersubahat dengan mereka ble tak buat revolusi. Berjuanglah bagai nak rak sekalipun, selagi kita masih diperintah oleh pemimpin2 islam yang pinggirkan islam kita tetap berdosa bhai.
Kita nak kutuk orang memang cukup senang. Kita cukup mudah menghakimi tindakan baouzizi konon nya adalah satu tindakan bunuh diri. Tapi pernah tak kita fikir, tindakan kita pun bukan lebih baik dari bouazizi? Malahan kita lebih hina dan lebih keji. Kita mengutuk mereka yang telah mula sedar akan islam hakiki. Sedangkan kita semakin lama semakin t0lak islam sejati.
Sebelum nak kutuk/menghakimi org lain yang berkorban demi sebuah revolusi, aku nasihatkan jangan ingat peribadi diri sendiri sangat sempurna dan sangat suci. Apa yang Allah swt nak buat kat mohammed boauzizi yang telah pergi, adalah hak Allah swt sepenuhnya. Tapi apa yang kita nak buat kat negara kita yang makin menjadi2 menghina islam, adalah hak kita sebagai orang islam untuk membuktikan kepada Allah swt bahawa kita bukan setakat pandai berkata2 tetapi pandai juga bertindak.
Dan kalaupun ada orang yang nak bakar diri kat malaysia untuk menuntut satu perubahan, aku tetap akan sokong dia biarpun korang akan menghentam aku bertubi2. Ingatlah, keimanan aku, hanya Allah swt je berhak decided. Sehebat mana pun korang, korang belum layak lah nak tentukan aku masuk ke syurga atau neraka!
Ameno : Umat islam malaysia, berhentilah jadi hipokrit. Korang neh mmg meloyakan..
Ulasan di atas ditujukan khas kepada pengutuk2 mohammed bauazizi, hero kesayangan aku.





























